Report trends
-
Upload
nor-hazlinda -
Category
Documents
-
view
2.465 -
download
4
description
Transcript of Report trends
PENGENALAN
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari
ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi
nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru merupakan ejen
kepada keberkesanan pendidikan. Mereka bukan sahaja berfungsi untuk memberi
kesedaran pada diri sendiri malahan juga kepada masyarakat. Perpaduan kaum juga dapat
dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara
satu sama lain tidak mengira bangsa dan juga agama.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya
sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan
pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak
penjajah secara terang-terangan, kini jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain
pula iaitu lebih mencabar lagi kerana melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri
yang perlu dihadapi secara profesional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai satu
profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-
cabaran yang mesti dihadapi oleh seseorang guru.
Profesion perguruan adalah satu profesion mulia yang mencurahkan ilmu
pengetahuan dan mendidik pelajar sehingga mereka berjaya ke peringkat pengajian tinggi
dan akhirnya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, negara dan agama.Tanpa guru
yang mendidik di peringkat sekolah, pastinya tidak akan lahir golongan profesional
seperti doktor perubatan, doktor pergigian, jurutera, arkitek, saintis, juru ukur dan
sebagainya.
1
DEFINISI
Definisi Guru
Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang
guru ialah seorang pembimbing dalam proses pembelajaran. Antara fungsi dan peranan
guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar, harus memiliki kestabilan emosi, ingin
memajukan murid, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap
perkembangan, terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus memiliki dan
menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal pendidikan,
menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.
Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat.
Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang
hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai
keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Berdasarkan temubual dengan penolong kanan sebuah sekolah
menengah kebangsaan menyatakan, guru dan murid juga memainkan peranan penting
dalam hal menjadikan ‘Sekolah Sebagai Asas Penyelesaian Masalah’. Di mana guru-guru
di sekolah mereka telah mengamalkan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan cara
kajian tindakan yang berteraskan budaya kerja sekolah.
Beliau telah menyenaraikan antara faedah-faedah yang boleh didapati oleh guru-
guru dan murid melalui kajian tindakan iaitu mendapat sumber maklumat penting untuk
memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana
pembelajaran dalam bilik darjah dan sebagainya. Guru dapat merancang huraian mata
pelajaran dengan lebih berkesan. Guru dapat juga mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran supaya mencapai objektif pengajaran mereka.
2
Definisi Profesion
Profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan
latihan yang khas misalnya dalam bidang pendidikan, undang-undang, senibina,
perubatan, perakaunan dan lain-lain. Profesion juga boleh diertikan dengan sesuatu yang
mempunyai badan yang menjaga kualiti sesuatu kerjaya tersebut dengan piawaian yang
ditetapkan. Seseorang yang memiliki jiwa profesionalisme sentiasa mendorong dirinya
untuk mewujudkan kerja-kerja yang profesional. Kualiti profesionalisme di dokong oleh
ciri-ciri sebagai berikut:
1) Keinginan untuk selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal.
Seseorang yang memiliki profesionalisme tinggi akan selalu berusaha
mewujudkan dirinya sesuai dengan piawai yang telah ditetapkan. Ia akan
mengidentifikasi dirinya kepada seseorang yang dipandang memiliki piawaian
tersebut. Yang dimaksudkan dengan “piawai ideal” ialah suatu peringkat perilaku
yang dipandang paling sempurna dan dijadikan sebagai rujukan.
2) Meningkatkan dan memelihara imej profesion
Profesionalisme yang tinggi ditunjukkan oleh besarnya keinginan untuk selalu
meningkatkan dan memelihara imej profesion melalui perwujudan perilaku
profesional. Perwujudannya dilakukan melalui pelbagai cara misalnya
penampilan, cara percakapan, penggunaan bahasa, sikap tubuh badan, sikap
kehidupan seharian, hubungan dengan individu lainnya.
3) Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan perkembangan profesional yang
dapat meningkatkan dan meperbaiki kualiti pengetahuan dan keterampilannya.
4) Mengejar kualiti dan cita-cita dalam profesion
Profesionalisme ditandai dengan kualiti darjat rasa bangga akan profesion yang
dipegangnya. Dalam hal ini diharapkan agar seseorang itu memiliki rasa bangga
dan percaya diri akan profesionnya.
3
Falsafah Profesion Keguruan
Profesion keguruan merupakan perkhidmatan yang mempunyai tanggungjawab yang
amat penting kepada pembangunan individu, masyarakat dan negara. Walaupun tidak ada
suatu falsafah profesion keguruan yang jelas di negara ini, namun profesion ini adalah
satu profesion yang murni, unggul dan dipandang mulia oleh masyarakat. Falsafah yang
mencorakkan profesion keguruan ialah memberi perkhidmatan untuk mendidik, melatih,
membimbing dan membantu individu membangunkan potensi mereka melalui kualiti
pendidikan yang unggul.
Falsafah profesionalisme yang mendasari perkhidmatan dan perjuangan guru,
antaranya yang penting ialah falsafah idealisme, pragmatisme, progresivisme. Ini
membentuk guru sentisa berfikiran positif, tabah, cekal, dedikasi, semangat berkorban
yang tinggi, berhemah, bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional, dan dinamik.
Berdasarkan falsafah untuk mendidik, guru bertanggungjawab memberikan ilmu
pengetahuan dan membimbing pelajarnya ke arah kejayaaan dan kesempurnaan. Guru
juga menyemai semangat dan mendorong pelajar untuk mencapai cita-cita mereka. Guru
ialah pemimpin yang ideal dari segi watak, peranan, sumbangan, imej dan statusnya
sebagai pendidik.
Idealisme Pendidikan
Falsafah profesion keguruan berbeza dengan pofesion lain kerana kekuatan idealisme
pedidikan yang membentuk guru-guru sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpin
masa depan generasi muda. Guru tidak mengejar kedudukan, pangkat, kuasa, pengaruh
politik, kekayaan dan status sosial, sebaliknya merupakan pejuang dan reformis sosial
yang penting dalam masyarakat yang membangun. Walaupun profesion ini dikongkong
kuat oleh pengaruh politik dan birokrasi, namun idealisme keguruan yang menampilkan
watak dan personaliti pendidik yang berpengaruh dalam masyrakat demi mencorakkan
masa depan generasi muda menjadikan idealisme profesion ini begitu unggul dan
disanjung oleh masyarakat.
4
Ramai pemimpin yang berjaya hari ini dididik oleh golongan guru yang
berpengaruh dan berwibawa. Hampir setiap kanak-kanak dan golongan muda pada suatu
masa dahulu mendapat pendidikan melalui sekolah yang dipimpin oleh guru-guru yang
mempunyai idealisme yang tinggi. Idealisme sebagai pendidik membolehkan guru
menjadi pemimpin inspirasi dan pemimpin ‘instrumental’ yang penting kepada
perkembangan dan pembangunan personaliti generasi muda. Guru yang mempunyai
idealisme yang tinggi adalah guru yang berjasa kepada nurid-muridnya kerana
kekuatannya membangunkan insan yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi.
Idealisme pendidikan mendorong guru-guru melaksanakan tugas mereka dengan
lebih dedikasi dan produktif. Dunia pendidikan merupakan dunia yang mencorakkan
manusia dan kemanusian, dunia yang menghapuskan kejahilan dan membina kekuatan
individu, dunia yang memperkenalkan seseorang kanak-kanak dan golongan remaja
tentang idealisme kehidupan. Pendek kata, dunia yang membangunkan insan yang
berperanan untuk mengubah masa depan dan membentuk manusia berjasa dan bercita-
cita tinggi untuk memimpin bangsa dan masyarakat serta negara mereka. Tanpa
pendidikan manusia menjadi jahil dan tidak dapat membangunkan diri mereka sendiri
untuk mencapai kemajuan, perubahan dan keterampilan diri.
5
PENDIRIAN
Kami memilih guru yang mempunyai pengetahuan matematik dengan kursus perguruan
adalah lebih baik daripada guru yang hanya mempunyai pengetahuan matematik yang
mendalam sahaja.
Institut Pengajian
- Institut Pendidikan Guru (IPG)
Institut Pendidikan Guru merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih
bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, semua Institut
Pendidikan Guru (IPG) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian
Pelajaran Malaysia (IPG KPM) yang bertempat di Cyberjaya. Namun demikian,
institusi ini masih menggunakan nama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan bakal
mempunyai IPG induknya tersendiri seperti UiTM.
Visi IPG ialah Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru dan misinya adalah untuk
melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan
guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. IPG mempunyai 28
kampus cawangan dan sebuah English Language Teaching Centre. Boleh dikatakan
IPG mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia. Kampus-kampus tersebut
adalah:
a) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
b) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
c) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
d) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
e) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail
f) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
6
g) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
h) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
i) Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
j) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
k) Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
l) Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
m) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
n) Institut Pendidikan Guru Kampus Persekutuan Pulau Pinang
o) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
p) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
q) Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
r) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
s) Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri
t) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
u) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
v) Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
w) Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
x) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
y) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
7
z) Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn
- IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam)
Institut Pengajian Tinggi Awam ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam melalui
kerajaan negara ataupun setempat. Antara IPTA yang menawarkan ijazah pendidikan ialah:
a) Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI
b) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
c) Universiti Utara Malaysia, UUM
d) Universiti Teknologi Mara, UiTM
e) Universiti Malaya, UM
f) Universiti Sains Malaysia, USM
g) Universiti Teknologi Malaysia, UTM
h) Universiti Malaysia Sabah, UMS
i) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM
- KOPEDA (Kolej Pendidikan Perdana)
KOPEDA telah ditubuhkan pada awal 1994 setelah mendapat kelulusan daripada
Kementerian Pendidikan. KOPEDA merupakan sebuah institusi pendidikan
swasta perintis yang telah berjaya mendapat kelulusan daripada Kementerian
untuk mengendalikan program-program latihan guru.
Penubuhan KOPEDA adalah bertujuan mengisi kekosongan yang wujud bagi
latihan guru-guru di luar bidang kuasa Kementerian Pelajaran, sama ada di sektor
swasta, badan berkanun atau pun institusi-institusi milik Kerajaan Negeri dan juga
Agensi-Agensi tertentu Kerajaan Pusat.
Dalam latihan tersebut matlamat dan fokusnya adalah penghasilan guru-guru
terlatih yang mantap, berwibawa serta bersedia menghadapi cabaran-cabaran pada
masa kini. Pada tahun awalan penubuhannya (1994-2003) program-program yang
dikendalikan adalah dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
8
Pelajaran, dan secara berkembar dengan IPTA. Program-program ini adalah
seperti berikut:
Kursus Perguruan Asas (KPA)
Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
Kursus Bacelor Pendidikan (B. Ed.)
Di samping itu, KOPEDA dengan usaha sama Kementerian Pendidikan Malaysia,
telah menjalankan program Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (kursus dalam
cuti) (KPLI-KDC) yang mana tujuannya adalah mendedahkan dan menghasilkan
tenaga pengajar dari golongan pemegang ijazah yang memiliki minat dan
keazaman untuk menjadi seorang pendidik.
Kerangka Kursus Pengajian ISMP
A) Kursus Universiti
KOD KREDIT KURSUS
ULP1013 3 Pembangunan Sahsiah
ULP1023 3 Kenegaraan
UBI1032 2 English For Communication 1
UBI1042 2 English For Communication 2
UBM1032 2 Wacana Akademik Bahasa Melayu
Wajib 6 Kokurikulum
Wajib 2 Pengayaan Diri
B) Kursus Profesional Pendidikan
KOD KREDIT KURSUS
9
EDU3012 2Perkembangan Pendidikan Di Malaysia:
Falsafah dan Dasar
EDU3024 4 Pengurusan Pembelajaran
EDU3034 6 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1
EDU3046 6 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2
EDU3056 2 Seminar Refleksi Latihan Mengajar
EDU3062 4Pembelajaran dan Perkembangan
Pelajar
Kursus profesional pendidikan merupakan kursus yang membezakan ijazah sarjana
muda pendidikan dengan ijazah sarjana muda, kursus-kursus ini dapat melatih bakal
guru supaya bersedia untuk menjadi guru yang sebenar dengan pelbagai pendedahan
yang diberikan.
a) Falsafah dan dasar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Kursus ini membincangkan
secara kritis tentang falsafah dan pendidikan dengan menganalisisnya dalam
konteks perkembangan pendidikan di Malaysia.
Kursus ini juga meninjau dam membincangkan perkembangan pendidikan negara
sebagai satu kesinambungan dan keunggulan yang berterusan dengan
berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku dalam proses
pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam
10
pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan bakal guru memperolehi
penegtahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan
tanggungjawab secara berkesan dalam batasan profesion perguruan.
Kursus ini juga akan mendedahkan bakal guru tentang matlamat pendidikan
negara yang bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan
memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:
Percaya dan patuh kepada Tuhan
Berilmu pengetahuan dan Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
b) Pengurusan Pembelajaran
Kursus ini membincangkan peranan guru sebagai pengurus pembelajaran dalam
konteks pelbagai persekitaran pembelajaran. Bakal guru akan diperkenalkan
kepada pelbagai aspek pengurusan pembelajaran termasuk organisasi,
kepimpinan, tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan keupayaan. Kursus ini
akan menyediakan guru-guru pelatih kepada pengalaman sebenar di sekolah yang
akhirnya membolehkan mereka beraksi dalam semua situasi pembelajaran.
c) Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar
Remaja merupakan tempoh individu mengalami perubahan yang pesat dalam
pelbagai aspek terutama fizikal, sosial, emosi dan pemikiran. Guru-guru di
sekolah harus memahami perkembangan pelajar dalam mewujudkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Golongan remaja dikatakan mengalami krisis
identiti dan perkembangan mereka harus difahami oleh ibu bapa, guru dan
masyarakat.
11
Pihak kementerian juga harus menilai semula kesesuaian kurikulum yang harus
disediakan untuk mereka yang dikatakan peringkat awal remaja dan akhir remaja.
Maka melalui kursus ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang
aspek pembelajaran dan perkembangan remaja berlatar belakangkan pendidikan
yang meliputi diri pelajar, proses pembelajaran dan kepelbagaian pelajar. Selain
itu, aspek pengalaman pembelajaran yang berasaskan minda, budaya, bahasa,
keupayaan diri, personaliti, sosial, persekitaran, emosi dan fizikal juga
diketengahkan.
d) Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran
Kurus ini melatih bakal guru untuk membina kemahiran merancang pengajaran
dalam 5 aspek utama iaitu:
Pernyataan objektif pengajaran dan pembelajaran
Memilih dan menyusun kandungan dan bahan pengajaran
Memilih dan mengguna pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang
sesuai mengikut topik pengajaran
Memilih dan mengguna alat yang sesuai termasuk alat multimedia dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
Memilih, mengguna alat dan kaedah penilaian yang sesuai untuk menaksir
dan menilai hasil pembelajaran. Bakal guru akan mendapat kemahiran
menyediakan set rancangan pelajaran dalam sesuatu topik dalam mata
pelajaran pengkhususan mereka.
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) adalah sebuah program latihan perguruan yang
dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan di maktab-
maktab perguruan. Mulai daripada tahun 1994, Kementerian Pendidikan telah memberi
kebenaran kepada KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA (KOPEDA) untuk melaksanakan
program ini secara bekerjasama dengan agensinya iaitu BPG. Kerjasama yang diberikan
adalah dalam bentuk:
12
a) mengguna sama kurikulum BPG.
b) mengambil peperiksaan yang sama yang dianjurkan oleh BPG di maktab-maktab
perguruan.
c) menerima Diploma KPLI yang sama yang dianugerahkan oleh BPG kepada
pelajar maktab perguruan.
Kurikulum
Komponen dan mata pelajaran kurikulum KPLI adalah seperti berikut:
Bil Komponen Kredit Mata Pelajaran
1 Dinamika Guru 9 1.1 Kemahiran Belajar Secara Kiritis dan Kreatif.
1.2 Teknologi Maklumat
1.3 Pendidikan Islam & Tamadun Islam atau
Pendidikan Moral & Tamadun Islam
1.4 Pendidikan Alam Sekitar
1.5 Kemahiran Komunikasi Sosial
– Bahasa Melayu Kini
2 Pendidikan
Pengkhususan
13
22
Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif
1)
Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif
2)
3 Elektif 3 Mata Pelajaran Sekolah (mengikut pilihan
pengajian pengkhususan)
13
4 Gerakerja
Ko-Kurikulum
(GERKO)
3 Pengurus Ko-Kurikulum Unit Beruniform dan
Sukan
5 Praktikum 7 Latihan Mengajar di Sekolah
Pengkhususan dan Bahasa Pengantar
KOPEDA menawarkan pilihan pengkhususan mata pelajaran seperti berikut:
a) Pengajian Melayu
b) Pengajian Inggeris
c) Pengajian Agama Islam
d) Pengajian Matematik
Pengajian pengkhususan mata pelajaran lain boleh dipertimbangkan sekiranya
permohonan yang diterima mengcukupi. Bahasa pengantar kuliah ialah Bahasa Malaysia.
Tempoh dan Tarikh Kursus
Tempoh kursus ialah 2 tahun yang dilaksanakan secara berperingkat mengikut cuti
sekolah iaitu:
Peringkat Cuti Sekolah Perkara (Pengisian) Tempoh (Bil minggu)
1 Mei – Jun 2001 Kuliah 1
2 Sep 2001 Kuliah 1
3 Nov – Dis 2001 Kuliah 5
4 Feb 2002 Kuliah 1
5 Mei 2002 Kuliah 1
14
6 Sept 2002 Kuliah 1
7 Nov – Dis 2002 Kuliah 5
8 Feb 2002 Kuliah 1
9 Feb 2003 Kuliah 1
10 Apr – Mei 2003 Peperiksaan Akhir 1
Jumlah Bilangan Minggu Sepanjang Kursus 17
Tempat Kursus
Kursus ini dijalankan di 3 pusat kursus iaitu:
a) KOPEDA - Shah Alam, Selangor
b) Maktab Perguruan Gaya - Kota Kinabalu, Sabah
c) Maktab Perguruan Batu Lintang - Kuching Sarawak
HUJAH - KEPENTINGAN KURSUS PERGURUAN
Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)
Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) merupakan satu pendedahan pengajaran dan
pembelajaran sebenar yang diadakan di sekolah untuk guru-guru pelatih. Antara rasional
ROS dilaksanakan adalah guru pelatih akan dapat memerhati secara langsung perkara
berkaitan dengan organisasi dan pentadbiran sekolah (Abdul Raof Dalip, 1991).
15
Dalam ROS peranan utama guru pelatih ialah memerhatikan apa yang berlaku di dalam
dan diluar bilik darjah. Seseorang guru pelatih harus memainkan peranan seperti aktiviti
bilik darjah, aktiviti kokurikulum dan aktiviti diluar bilik darjah. Antara objektif
Rancangan Orientasi Sekolah ialah:
1) Memberi peluang kepada guru pelatih membiasakan diri dengan keadaan
masyarakat sekolah.
2) Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari kemahiran pengajaran
dan bukan pengajaran seperti pengurusan, pentadbiran dan lain-lain.
3) Guru pelatih boleh mengendalikan serta mengurus bilik darjah terutamanya dari
segi kaedah, pendekatan dan teknik mengajar.
Adanya Latihan Mengajar (LM)
Sebagai langkah pertama, guru-guru pelatih seharusnya telah dilatih supaya menjadi
seorang yang mempunyai kepercayaan diri, bersedia untuk menghadapi cabaran
mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai keturunan, agama dan budaya serta sanggup
memesrakan diri dengan semua lapisan guru dan ibu bapa. Kebolehan untuk
menyesuaikan diri dengan masyarakat sekolah adalah suatu acid test kepada bakal-bakal
guru itu nanti.
Latihan mengajar adalah satu aspek latihan perguruan yang penting dalam proses
perguruan. Dalam program ini guru-guru pelatih ditempatkan di sekolah untuk
menjalankan pengajaran yang sebenarnya. Melalui latihan mengajar, guru pelatih akan
dapat menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku yang di inginkan untuk mengajar
secara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah di dedahkan kepada
mereka semasa mengikuti kursus pendidikan.
Di samping itu, latihan mengajar boleh memberikan kesempatan dan peluang
yang banyak kepada guru pelatih untuk menimba segala pengalaman awal sebelum
mereka memasuki profesion perguruan yang akan ditempuh nanti. Di dalam masa latihan
mengajar, guru pelatih itu menerima tunjuk ajar, bimbingan, pandangan, nasihat, teguran
16
dan penilaian formatif dan sumatif dalam pengajarannya sebagai suatu proses penyeliaan
ke arah pengajaran yang lebih berkesan.
Jika pelatih gagal menunjukkan kebolehan dan kecekapannya sebagai guru
terlatih, ini bererti dia belum layak memasuki bidang keguruan. Semasa mengikuti kursus
di institusi ini guru pelatih diberi pedagogi dan teori yang berkaitan dengan pembelajaran
dan pengajaran serta kemahiran asas dalam kursus kaedah dan pengajaran mikro. Guru
pelatih haruslah menunjukkan dia mempunyai faktor-faktor yang berikut:
Asas pendidikan.
Penguasaan isi pelajaran akademik.
Penggunaan prinsip-prinsip pedagogi.
Sahsiah yang baik.
Seseorang yang mempunyai ilmu yang tinggi sekalipun belum lagi mencukupi untuk
menjadi seorang guru yang berkesan kerana urusan bimbingan, latihan dan teladan
melalui proses pengajaran dan pembelajaran adalah ukuran utama hasil kerja sebenar
seorang guru (Abdul Raof Dalip, 1991). Antara objektif latihan mengajar adalah:
1) Memberi peluang kepada guru menyesuaikan teori pembelajaran dalam bilik
darjah sebenar.
2) Memberi peluang kepada guru mengenali masalah disiplin dan membolehkan
mereka cuba mengatasinya.
3) Membolehkan guru-guru membina keyakinan diri.
4) Memberi peluang kepada guru menilai diri sendiri serta memperbaiki kelemahan
mereka.
Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi
kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran yang membolehkan seseorang guru
menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan yang diterima juga dapat
17
melahirkan guru yang mempunyai sahsiah yang baik dan beretika. Sahsiah ini
termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa
bersifat tenang dalam pengajaran.
Pada masa yang sama guru pelatih membina keyakinan diri dalam menguruskan bilik
darjah (classroom management). Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
banyak bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seseorang guru itu menguruskan
bilik darjahnya. Dengan bekalan ini barulah seseorang itu layak dipertimbangkan untuk
mengamalkan dan mempraktikkan kemahiran mengajar dalam bilik darjah. Walaupun
guru pelatih itu diperhatikan dan dinilai untuk pelbagai tujuan pentadbiran, namun
rasional untuk di selia adalah demi memperbaiki pengajarannya. Matlamatnya ialah
untuk melahirkan guru yang cekap dan berwibawa.
Tempoh Latihan Perguruan yang Panjang
Melalui tempoh latihan perguruan yang panjang memberi peluang kepada bakal guru
menerima banyak pengalaman sama ada dari segi akademik dan juga kokurikulum,
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak di ajarnya
dan juga mengetahui keadah dan cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-
murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan
untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti
mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan
Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, sama
ada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.
Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya
supaya pelajar dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru
haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid.
Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan
sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil
18
daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan
berkesan.
Selain tugas di dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain
yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa,
menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi
kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang
elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
Terdedah dengan Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan
Setiap bakal guru amat perlu mengetahui kaedah dan cara penghasilan, penggunaan dan
pengendalian alat bantu mengajar yang akan digunakan dalam sesi pengajaran kelak.
Penggunaan alat bantu mengajar dapat mempelbagaikan kaedah dan cara penyampaian
oleh guru dan untuk menarik minat murid (Razali Nor, 2000).
Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-
Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer.
Criswell (1989) pula mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan
pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas.
Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan
sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki
oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan
tersebut adalah seperti berikut:
Hubungan Interaktif: Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara
rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan
meningkatkan minat.
Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk
memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti
19
pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar
(Clements, 1995).
Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar
memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan
positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan
pelajar.
Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program
Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran
utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Justeru itu, guru-guru
mata pelajaran berkenaan dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, mata pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 sebagai salah satu langkah mengaplikasikan
teknologi komputer dalam pendidikan (Zakaria Ahmad, 2003).
Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan teknologi maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang
ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.
Pengetahuan Matematik yang Mendalam
(Mohd Sharif bin Kassim 1990 - Keberkesanan Pengajaran Matematik)
Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh Meclelland dan Winter (1971) dan
dapatan kajian yang dijalankan oleh Noad (1979), aspirasi bakal guru adalah penting
yang mendorong mereka menetapkan suatu aras matlamat yang realistik untuk dicapai.
Oleh itu adalah lebih baik sekiranya dalam peringkat kemasukan guru pelatih ke maktab
perguruan lagi aspek aspirasi diberi perhatian. Calon-calon yang kurang minat dan rendah
aspirasi untuk menjadi guru sepatutunya tidak ditawarkan untuk mengikuti kursus
perguruan.
20
Guru terlatih yang mempunyai aspirasi yang tinggi untuk memperolehi taraf yang
baik dalam kursus perguruan cenderung untuk member sambutan yang lebih positif
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru matematik mestilah
mempunyai pengetahuan matematik yang mendalam. Pengetahuan matematik yang
dimaksudkan bukanlah hanya semata-mata yang akan diajar tetapi matematik yang jauh
lebih mendalam. Seorang yang mempunyai pengetahuan matematik yang mendalam
dapat mengajar dengan penuh keyakinan manakala yang kurang pengetahuan matematik
akan merasa kurang yakin ketika mengajar.
Pengetahuan matematik yang kukuh adalah asas bagi pengajaran matematik yang
baik dan membolehkan seseorang itu menggunakan strategi pengajaran yang lebih
bermakna. Bidang kepakaran guru matematik terbahagi kepada tiga aspek iaitu:
A – Pengetahuan Matematik
B – Teori pengajaran dan pembelajaran
C – Teknik-teknik pengajaran
Mempertingkatkan Profesionalisme
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa
tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan
menerajui negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method
pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Untuk berdepan dengan cabaran
dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah
berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.
Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus
pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus
21
Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-
kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan
keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks
ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka
profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang
berasaskan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid, 1998)
KESIMPULAN
22
Kami menegaskan guru yang mempunyai pengetahuan dengan kursus perguruan adalah
lebih baik daripada guru yang hanya mempunyai pengetahuan sahaja tanpa adanya
latihan. Melalui latihan yang diterima ini dapat menjadikan mereka guru yang berkualiti
dalam pengajaran bagi melahirkan pelajar yang cemerlang. Kursus-kursus pendidikan
yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan
prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini.
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi
kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap
perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu
bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang
berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan,
kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan
dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.
Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai
satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi
yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua. Adakah peranan guru
semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya
yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan
arkitek.
Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan
Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau
menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada
peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru
sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek
keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran
yang tinggi.
23