Refleksi Tugasan Bumi Dan Angkasa

download Refleksi Tugasan Bumi Dan Angkasa

of 3

Transcript of Refleksi Tugasan Bumi Dan Angkasa

  • 7/29/2019 Refleksi Tugasan Bumi Dan Angkasa

    1/3

    REFLEKSI TUGASAN.

    Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah

    kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan kajian lapangan ini walaupun dibatasi masa

    yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian sebagai pendidik.

    Pada semester kali ini, SCE 3110 Bum i dan Angkasatelah menjadi salah satu subjek

    major. Subjek ini adalah salah satu subjek sains berkaitan Kajian Bentuk Muka Bumi

    Setempat. Tugasan kerja ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan . Kami telah

    sepakat memilih lokasi Teluk Senangin untuk menjalankan kajian. Teluk Senangin

    terletak 30 km dari Bandar Sitiawan. Pantai Teluk Senangin mempunyai pasir yang

    putih dan air laut kebiruan. Di pantai ini pengunjung berpeluang melihat keindahan

    pemandangan Selat Melaka dan Pulau Pangkor terutama pada waktu petang. Lanskap

    fizikal bumi Teluk Senangin berpusat kepada pinggir pantai. Pembentukan bentuk

    muka bumi fizikal di kawasan pinggir laut dikaitkan dengan proses hakisan dan

    pemendapan ombak. Bagi kawasan berteluk seperti Teluk Senangin keadaan bentuk

    muka buminya pinggir laut yang melengkung ke daratan dan terlindung daripada tiupan

    angin kencang. Keadaan ini terbentuk disebabkan hakisan ombak ke atas batu.

    Setelah mengumpul maklumat berkaitan kajian kumpulan kami memulakan bersetuju

    memulakan kajian pada waktu pagi. Pemilihan kawasan diambil kira bagi memudahkan

    kajian supaya tidak mengganggu orang awam yang berkelah di situ. Akhirnya hujung

    teluk menjadi pilihan kerana tempat ini agak jauh daripada orang ramai dan sesuai

    dijalankan kajian. Proses penandaan kawasan dilakukan terlebih dahulu supaya kajian

    hanya lebih berfokus dan terperinci. Namun kita hanya merancang tetapi ketentuan

    semua dariNya. Ketika mengambil beberpa maklumat kelihatan air semakin

    menghampiri pinggir pantai dan menenggelamkan pancangan yang kawasan yang

    telah dibuat. Rupa-rupanya hari tersebut berlakunya air pasang. Namun kami dapatjuga mengumpul beberpa maklumat dan membuat perbincangan dengan ahli kumpulan

    untuk melengkapkan kajian tersebut.

    Kawasan persekitaran kajian juga terdapat hutan yang terdiri daripada pelbagai jenis

    tumbuhan. Sepanjang pemerhatian saya jenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan ini

  • 7/29/2019 Refleksi Tugasan Bumi Dan Angkasa

    2/3

    ialah pokok ru, pokok kelapa, mengkuang laut, pokok renek, rumput lari-lari, ketapang,

    pokok nibong, pokok palas dan semak-samun.

    Seterusnya kami menfokuskan kepada aktiviti manusia sekitar kawasan tersebut.

    Berdasarkan penelitian kami aktiviti penduduk sekitar kaasan tersebut ialah bekerja

    sebagai nelayan pekerjaan utama di situ, pengusaha chalet dan juga peniaga kecil-

    kecilan Kegiatan ekonomi ini member pendapatan utama dalam menyara kehidupan

    mereka. Sepanajang pemerhatian saya juga kebanyakan nelayan di sini merupakan

    nelayan pinggir pantai kerana mereka hanya menggunakan bot-bot kecil bagi

    menangkap ikan. Saya dapat membuat gambaran bahawa pendapatan nelayan di sini

    lebih kepada kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    Setelah selesai membuat pemerhatian saya dan ahli kempulan membuat perbincangan

    bagi melengkapkan lagi kajian. Saya dan rakan-rakan membuat rumusan ringkas

    proses kajian kami pada hari itu. Kami mengambil pengajaran daripada pengalaman

    yang berlaku iaitu air pasang. Sepatutnya saya dan rakan-rakan lebih peka dengan

    melihat terlebih dahulu jadual pasang surut laut di situ. Kesilapan ini telah sedikit

    sebanyak menggganggu proses kajian saya dan rakan-rakan pada hari itu. Selain itu,

    kaasan hutan kecil yang terdapat di situ agak membahayakan jika tidak berhati-hati

    seperti duri-duri, dahan pokok rebut, dan ancaman binatang berbisa. mengenai tugasan

    ini.

    Selesai kajian dijalankan saya dan rakan saya membuat perincian dan pembahagian

    tugasan. Setiap minggu,saya akan berbincang dengan ahli kumpulan mengenai hasil

    bahan dan maklumat yang diperolehi yang berkaitan dengan dapatan bentuk muka

    bumi Teluk Senangin yang diperolehi. Saya mengumpul semua maklumat dan bahan

    tersebut dan memilih sumber maklumat yang terbaik sahaja.

    Setelah beberapa hari, akhirnya kami dapat menyiapkan juga kajian lapangan ini

    sebelum tarikh menghantar tugasan tamat. Walaupun ada berlaku sedikit salah

    faham,kami dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kerjasama di antara

    saya dan rakan amat penting bagi memastikan kelancaran tugasan. Namun, saya

    mendapat pengajaran yang berguna daripada melakukan tugasan ini iaitu kita perlu

  • 7/29/2019 Refleksi Tugasan Bumi Dan Angkasa

    3/3

    membuat perancangan dan mendapatkan maklumat terperinci tentang sesuata

    kawasan yang hendak dikaji sebelum memulakan kajian..

    Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

    penghargaan kepada Puan Hajah Badariah Binti Hashim yang telah banyak membantu

    kumpulan saya dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.Begitu juga

    dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah kajian

    lapangan ini dapat disiapkan.

    Sekian, terima kasih.

    TAUFIK ADAM BIN ABDUL HAMID (28022)

    770827-02-5945