REFLEKSI rbt

4
REFLEKSI Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurnianya tugasan RBT 3203E ini dapat saya selesaikan dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya Puan Asmahan BT Md Yusoff kerana beliau telah banyak membantu saya dan rakan-rakan saya dari segi memberi penerangan serta panduan bagaimana cara untuk melaksanakan kerja kursus ini seperti yang diperuntukkan. Penerangan beliau mengenai tugasan telah banyak menolong saya dan rakan-rakan saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan mudah. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek RBT 3203E Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baharu kepada saya. Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang jahitan amatlah sedikit. Memandangkan saya tidak minat menjahit dan tidak pernah memegang mesin jahit. Namun dengan bantuan pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai jahitan dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Tugasan yang diterima kali ini juga amat mencabar kerana saya terpaksa membuat baju blaus. Ketika menjalankan tugas ini berbagai dugaan seperti kesilapan dan kerosakan terjadi pada balus yang saya jahit. Dengan dibimbing dan diberikan tunjuk ajar oleh pensyarah, saya berjaya menghasilkan baju pada masa yang ditetapkan. Saya juga dapat merasa dan menjadikan ini pengalaman yang amat penting bagi saya untuk menjadikan salah satu panduan pada masa akan datang.

description

REFLEKSI rbt

Transcript of REFLEKSI rbt

Page 1: REFLEKSI rbt

REFLEKSI

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurnianya tugasan RBT

3203E ini dapat saya selesaikan dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Saya juga

ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

saya Puan Asmahan BT Md Yusoff kerana beliau telah banyak membantu saya dan rakan-

rakan saya dari segi memberi penerangan serta panduan bagaimana cara untuk melaksanakan

kerja kursus ini seperti yang diperuntukkan. Penerangan beliau mengenai tugasan telah banyak

menolong saya dan rakan-rakan saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang

ditetapkan dengan mudah.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek RBT 3203E Teknologi Rumah

Tangga dan Pertanian, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan

memandangkan ini adalah subjek baharu kepada saya. Saya berasa begitu bimbang dan

tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang jahitan

amatlah sedikit. Memandangkan saya tidak minat menjahit dan tidak pernah memegang mesin

jahit. Namun dengan bantuan pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai

jahitan dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu.

Tugasan yang diterima kali ini juga amat mencabar kerana saya terpaksa

membuat baju blaus. Ketika menjalankan tugas ini berbagai dugaan seperti kesilapan

dan kerosakan terjadi pada balus yang saya jahit. Dengan dibimbing dan diberikan

tunjuk ajar oleh pensyarah, saya berjaya menghasilkan baju pada masa yang

ditetapkan. Saya juga dapat merasa dan menjadikan ini pengalaman yang amat penting

bagi saya untuk menjadikan salah satu panduan pada masa akan datang.

Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah

diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya

hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan

tajuk mengenai fabrik yang digunakan untuk membuat blaus. Selepas itu, saya terpaksa pula

mencari maklumat mengenai rekod kos untuk melihat kos sepasang blaus untuk kerja kursus

saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu faham

untuk menjahit blaus dan membuat rekod laporan jahitan tetapi setelah di terangkan oleh

pensyarah dan rakan-rakan saya, akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk

menjahit garis leher lapik berbentuk, lengan dan membuat pola blaus.

Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi

dalam kerja kursus saya. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan

Page 2: REFLEKSI rbt

kedalam kerja kursus kami. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa

melaksanakan kerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk

meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat

blaus. Perkara ini tidak mudah kerana banyak langkah-langkah dan teknik yang saya perlu

mahir untuk menyiapkan sepasang kemeja.

Melalui pembuatan baju kemeja yang telah berjaya disiapkan dalam masa yang

ditetapkan dan juga rekod kerja ini, banyak ilmu yang telah saya berjaya perolehi berkaitan

dengan pembinaan pakaian. Antara ilmu yang telah saya perolehi ialah tentang jenis-jenis fabrik

yang sesuai digunakan untuk membuat blaus, memilih rekaan yang terbaik berdasarkan jenis

fabrik dan kesesuaian pemakai, mengukur saiz baju dan juga membuat pola. Selain daripada

itu, saya juga mendapat ilmu berkaitan tentang proses-proses menjahit bahagian-bahagian

pakaian dengan cara yang betul.

Dalam pakaian yang dihasilkan, antara ciri-ciri yang terdapat pada blaus tersebut ialah

llapik berbentuk, lengan padanan rata, kelepet belah sama lebar, kelepet bawah baju. Selain itu

kelim belah kangkung telah digunakan untuk mencantum bahagian bahu dan tepi baju.

Walaupun terdapat halangan yang dihadapi sepanjang usaha untuk menghasilkan pakaian ini,

namun segalanya dapat diatasi dan blaus ini berjaya disiapkan. Antara masalah yang wujud

ialah kekangan masa dan masalah teknikal seperti kerosakan mesin yang melambatkan masa

menyiapkan proses jahitan. Namun berkat tunjuk ajar pensyarah pembimbing dan bantuan

daripada rakan-rakan masalah ini berjaya diselesaikan.

Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan

tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji

bagaimana sehelai blaus boleh dihasilkan. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan

pengetahuan tentang jahitan dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat

tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Kemahiran Hidup dan sumber internet.

Banyak kelemahan yang dapat saya perbaiki ketika menyiapkan tugasan sebenar

menjahit blaus ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai

kemahiran menjahit dan maklumat yang sangat berguna. Daripada pengalaman menjahit blaus

dan pelbagai maklumat yang telah saya kumpulkan dalam portfolio, akhirnya saya berjaya

melaksanakan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Pengetahuan ilmu berkaitan Reka

Bentuk Pakaian yang saya peroleh di semester ketiga ini, akan saya gunakan apabila

ditugaskan untuk mengajar murid-murid dalam bidang jahitan di sekolah. Akhirnya dengan

usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini

Page 3: REFLEKSI rbt

semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini

terutamanya menjahit sehelai kemeja akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan

pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.

Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan

untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas

mengenai ilmu yang berkaitan dengan jahitan. Sebagaimana yang kita ketahui jahitan

merupakan seni yang tidak semua orang boleh buat.

Saya tidak pernah tahu adanya alat untuk mencucuk benang ke dalam jarum. Jika

dahulu saya hanya mencucuk benang tanpa sebarang alat yang digunakan. Berbanding

sekarang dengan mata yang kurang jelas penglihatannya, saya masih dapat mencucuk benang

ke dalam jarum denagn menggunakan alatannya (Threader). Berbagai maklumat dan input

yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang

pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk

meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di bilik darjah

sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar subjek ini nanti.

          Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah

serta rakan sekumpulan saya kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan

ini dengan agak sempurna dan baik. Pada masa yang sama, saya berharap saya dan rakan

sekumpulan saya dapat memanfaatkan maklumat-maklumat yang telah kami perolehi ini

dengan baik. Saya amat berpuas hati dangan hasil kerja saya dengan adanya pelbagai pihak

yang memberikan sokongan padu agar tugasan yang diberikan dapat dihantar pada tempoh

masa yang telah ditetapkan.