Rangkaian komputer dan internet

13
RANGKAIAN KOMPUTER DAN INTERNET MODULE 1 : RANGKAIAN KOMPUTER : PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN KOMPUTER

Transcript of Rangkaian komputer dan internet

Page 1: Rangkaian komputer dan internet

RANGKAIAN KOMPUTER DAN

INTERNETMODULE 1 :

RANGKAIAN KOMPUTER :PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN KOMPUTER

Page 2: Rangkaian komputer dan internet

Di akhir PnP, pelajar dapat: Mendefinisikan rangkaian komputer Menyenaraikan kebaikan rangkaian

komputer Mengenalpasti perkakasan yang diperlukan

dalam rangkaian komputer.

Objektif Pembelajaran

Page 3: Rangkaian komputer dan internet

Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.

Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi.

Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.

Definasi Rangkaian

Page 4: Rangkaian komputer dan internet

1. Berkongsi Fail : Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada pelayan (server) atau komputer pusat.

2. Memindahkan Fail : Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.

3. Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos :Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus dan Access. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.

4. Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data : Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna ke dalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.

5. Berkongsi perkakasan komputer (Pencetak, Pengimbas, CD-Rom) : Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.

6. Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail) : Pengguna dapat menghantar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)

Page 5: Rangkaian komputer dan internet

PERKAKASAN RANGKAIAN KOMPUTER1) Modem Perkakasan yang menukar isyarat digital kepada isyarat

analog dan sebaliknya. Terdapat dua jenis modem iaitu modem luaran dan modem

dalaman. Modem luaran adalah alat berasingan daripada komputer. Modem dalaman adalah expansion card yang boleh

dimasukkan kepada expansion slot pada papan ibu komputer.

Jenis modem:◦ Dial-up modem◦ ISDN and DSL modem◦ Cable modem◦ Wireless modem (WAP)

Page 6: Rangkaian komputer dan internet

2) Kad Antaramuka Rangkaian (network card) Kad rangkaian dipasang ke dalam setiap komputer. Ketika penghantaran maklumat di antara dua buah komputer

dilakukan, maklumat yang akan dihantar akan melalui proses pengendalian.

Kad rangkaian bertanggungjawab melakukan proses ini. Kad antaramuka rangkaian mempunyai 3 kelajuan duplex penuh

iaitu 10MB, 100MB dan 10/100MB. Terdapat tiga jenis perhubungan peranti rangkaian iaitu Kad

Ethernet, LocalTalk connectors, dan Token Ring Cards. Mengikut kajian yang dijalankan oleh International Data

Corporation, Kad Ethernet adalah paling meluas digunakan diikuti oleh Token Ring dan LocalTalk (Sant'Angelo, R. (1995), Netware Unleashed, Indianapolis, IN: Sams Publishing).

Page 7: Rangkaian komputer dan internet

3) Hub/ Switch Merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan

"central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.

Hub/Switch digunakan dalam topologi bintang bersama dengan kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cables).

Hub selalunya mengandungi 8, 12, 32 port untuk menyambungkan komputer-komputer atau alat-alat lain di dalam rangkaian.

Hub mempunyai 3 kelajuan duplex penuh iaitu 10MB, 100MB dan 10/100MB.

Page 8: Rangkaian komputer dan internet

4) Kabel (cable) Talian sambungan di antara setiap peranti

di dalam rangkaian. Dalam memainkan peranan sebagai

perantara dalam penghantaran maklumat. Spesifikasi kabel yang berbeza mempunyai

kelajuan penghantaran yang berlainan.

Page 9: Rangkaian komputer dan internet

5) Repeater (Pengulang) Sebuah alat yang menerima isyarat daripada media

penghantaran, menguatkan semula isyarat tersebut dan menghantar semula isyarat berkenaan ke destinasinya

Peranti antara-rangkaian yang digunakan untuk menambah jarak maksimum satu-satu LANs.

Satu contoh terbaik penggunaan pengulang ialah di dalam LANs yang menggunakan topologi bintang dengan kabel UTP Kategori 5 (Unshielded Twisted-Pair Categori V). Jarak maksimum kabel ialah 100 meter sahaja.

Page 10: Rangkaian komputer dan internet

6) Bridges (bridges) Digunakan untuk menghubungkan dua LAN yang sama protokol

komunikasi / alamat rangkaian (Ethernet-Ethernet, Token ring-Token Ring). Bridge beroperasi pada Lapisan Dua OSI. Berikut adalah beberapa kegunaan bridge:

◦ Bridge berkeupayaan menapis data agar data yang dialamatkan kepada LAN berkenaan sahaja yang melaluinya. Sebagai contoh sekiranya terdapat dua LAN, iaitu LAN 1 dan LAN 2. Walaupun semua stesen kerja menghantar data, tetapi salah satu stesen kerja di LAN 1 menghantar ke LAN 2, maka hanya data dari stesen kerja tersebut sahaja dibenarkan melalui bridge. Dengan kaedah ini bridge dapat mengurang trafik di dalam LAN.

◦ Di samping itu setiap bridge mempunyai keupayaan asas, iaitu learn, filter dan forward.

◦ Remote Bridge boleh digunakan untuk menghubungkan dua LANs yang berjauhan.◦ Bridge menjadikan dua LAN yang disambung menjadi satu rangkaian (mempunyai

nombor rangkaian yang sama).

Page 11: Rangkaian komputer dan internet

7) Routers (Pengulang) Alat yang menyambungkan beberapa rangkaian termasuk rangkaian yang menggunakan

protokol yang berbeza. Alat komunikasi pintar yang boleh membuat penghantaran data menggunakan laluan yang

paling pantas. Router juga digunakan untuk menghubungkan antara LAN tetapi yang berbeza protokol

komunikasi / alamat rangakaian. Ciri-ciri router adalah seperti berikut:Router boleh menentukan laluan mana yang terbaik untuk dilalui sekiranya terdapat lebih daripada satu laluan.Router hanya perlu mengetahui rangkaian yang dilalui sahaja berbeza dengan bridge yang perlu mengetahui semua alamat nod yang ada dalam rangkaian.Router beroperasi pada Lapisan Tiga OSI.Pada kebiasaannya router digunakan untuk menyambung LANs yang besar dan juga untuk mengbungkan LAN dengan WAN.Router berkeupayaan membawa maklumat kepada dua protokol yang tidak sama (Ethernet - Token Ring, dan sebagainya).Membawa maklumat melalui kabel fiber optik, kabel sepaksi, dan kabel pasangan terpiuh (twisted pair).Membawa maklumat merentasi topologi bus, star dan "star-wired" ring.

Sekiranya sekolah anda mempunya Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan ingin membuat sambungan ke Internet, maka anda perlu membeli router. Dalam keadaan ini, router berfungsi sebagai penterjemah antara maklumat dalam LANs dan Internet.

Page 12: Rangkaian komputer dan internet

8) Fail Server/ Pelayan Nadi yang menghidupkan keseluruhan rangkaian dalam sistem rangkaian

pelanggan-pelayan (client-server). Fail server merupakan sebuah komputer berkuasa tinggi, mempunyai jumlah

memori dan ruang storan yang besar, kad rangkaian yang laju. Sistem Operasi Rangkaian (Networking Operating System - NOs) dipasang pada

komputer ini beserta dengan perisian aplikasi dan fail-fail data yang perlu dikongsi oleh stesen kerja.

Komputer Server / Fail Server berfungsi untuk mengawal-selia semua komunikasi data di antara nod dalam rangkaian.

Sebagai contohnya, fail server mungkin diperlukan untuk menghantar perisian pemprosesan perkataan kepada satu stesen kerja, menerima fail pangkalan data dari stesen kerja yang lain pula, dan pada masa yang sama menyimpan mesej mel elektronik.

Keadaan ini memerlukan komputer berkuasa tinggi yang berupaya menyimpan maklumat dan membolehkan perkongsian sumber dengan cepat.

Spesifikasi komputer untuk fail server bergantung kepada fungsi server itu sendiri.

Page 13: Rangkaian komputer dan internet

9) Stesen Kerja/ Workstation Semua komputer yang dihubungkan dengan fail server

dalam rangkaian dikenali sebagai stesen kerja (workstation).

Stesen kerja tersebut dilengkapkan dengan Kad Rangkaian, perisian rangkaian, dan kabel yang sesuai.

Pada dasarnya stesen kerja tidak memerlukan cakera liut atau cakera keras kerana fail boleh disimpan pada komputer server.

Namun begitu, pada masa kini terdapat banyak stesen kerja yang mempunyai cakera liut dan cakera keasnya sendiri kerana harga komputer yang semakin murah.