Rancangan Mengajar Sains Alam Bahan Tahun 4

15
Tema : Menyiasat Alam Bahan. Tajuk : Sifat-sifat bahan. Sub Topik : Bahan terapung dan bahan menyerap air. Tempoh : 60 minit Tahun : 4 Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar dapat: 1. Menyenaraikan 5 bahan yang terapung di permukaan air. 2. Menyenaraikan 5 bahan yang menyerap air. 3. Mengenalpasti ciri-ciri bahan yang boleh menyerap air. 4. Membandingkan ciri-ciri bahan yang boleh terapung di permukaan air dan menyerap air. Pendekatan P&P : Pembelajaran Masteri. Kaedah : 1. Permainan 2. Demonstrasi KPS : 1. Berkomunikasi 2. Meramal 3. Menginferens 4. Membuat pemerhatian KMS : 1. Mengendalikan spesimen dengan betul dan berhati-hati. BBM : 1. Kertas A4. 9. Beg plastik. 2. Besen berisi air. 10. Beg kertas.

Transcript of Rancangan Mengajar Sains Alam Bahan Tahun 4

Page 1: Rancangan Mengajar Sains Alam Bahan Tahun 4

Tema : Menyiasat Alam Bahan.Tajuk : Sifat-sifat bahan.Sub Topik : Bahan terapung dan bahan menyerap air.Tempoh : 60 minitTahun : 4Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan.Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar dapat:

1. Menyenaraikan 5 bahan yang terapung di permukaan air.2. Menyenaraikan 5 bahan yang menyerap air.3. Mengenalpasti ciri-ciri bahan yang boleh menyerap air.4. Membandingkan ciri-ciri bahan yang boleh terapung di permukaan air dan menyerap air.

Pendekatan P&P : Pembelajaran Masteri.Kaedah : 1. Permainan

2. Demonstrasi

KPS : 1. Berkomunikasi2. Meramal3. Menginferens4. Membuat pemerhatian

KMS : 1. Mengendalikan spesimen dengan betul dan berhati-hati.

BBM : 1. Kertas A4. 9. Beg plastik.2. Besen berisi air. 10. Beg kertas.3. 5 objek berlainan bahan buatan (dicari oleh murid)4. Jadual pemerhatian.5. Lembaran kerja.6. LCD.7. Jaket keselamatan.8. Pelampung.

Page 2: Rancangan Mengajar Sains Alam Bahan Tahun 4

Fasa(Masa)

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi( 5 minit )

Menyatakan keadaan kapal kertas.

- Guru membimbing murid melakukan aktiviti membina kapal dengan menggunakan kertas yang diedarkan.

- Murid meletakkan kapal yang telah siap dibina di dalam besen yang berisi air.

(telah disediakan oleh guru di hadapan kelas)- Guru meletakan kapal yang diperbuat daripada

plastik ke dalam besen- Murid membuat pemerhatian.- Guru bersoal jawab tentang apa yang

diperhatikan oleh murid.

Jenis aktiviti:Permainan

BBM:- Kertas A4- Besen berisi air

KPS:- Pemerhatian

Pencetusan Idea

(15 minit)

Sifat-sifat bahan. - Guru mengaitkan apa yang diperhatikan oleh murid tadi dengan sifat-sifat bahan.Contoh:Bahan boleh menyerap air dan terapung.Soal-jawab:

1. Mengapa kapal yang cikgu letakkan tidak tenggelam?

2. Mengapakah kapal yang kamu bina daripada kertas tersebut tenggelam?

3. Apakah yang akan berlaku jika kapal tersebut dibuat daripada plastik.

- Guru memaparkan beberapa contoh gambar melalui LCD, untuk murid mengenalpasti ciri-ciri bahan yang terdapat pada gambar tersebut.

(polisterina, lampin pakai buang bayi, tisu, sudu plastik dan span)

BBM:LCD

KPS:- Meramal- Menginferens

Page 3: Rancangan Mengajar Sains Alam Bahan Tahun 4

Penstrukturtan Semula Idea(20 minit)

Ciri-ciri bahan Guru memberi arahan kepada murid untuk menjalankan aktiviti. (Kumpulan telah ditetapkan)

1. Murid akan keluar dari kelas mencari 5 objek yang ingin diuji sifat-sifat bahannya.

2. Murid akan membawa objek ke dalam kelas dan menguji objek tersebut dengan memasukkannya ke dalam besen yan berisi air.

3. Murid akan membuat pemerhatian tentang sifat-sifat bahan dan mencatatkannya di dalam jadual yang disediakan oleh guru.

(seperti di dalam Lampiran 1)4. Murid mengenalpasti setiap objek diperbuat

daripada bahan apa.5. Murid membuat kesimpulan berdasarkan

pemerhatian yang dibuat.

BBM:Jadual pemerhatian.

KPS:- Pemerhatian- Menginferens

KMS:Mengendalikan spesimen dengan betul dan berhati-hati.

Aplikasi Idea(10 minit )

Mengenalpasti ciri-ciri bahan dalam kehidupan seharian.

- Guru memanggil 3 orang murid tampil ke hadapan untuk menjalankan aktiviti demonstrasi.

Demonstrasi 1:- Guru mengarahkan murid memakai jaket

keselamatan dan pelampung.- Guru bersoal jawab dengan murid:1. Antara 3 orang murid di hadapan ini, yang

manakah akan terselamat jika terjatuh ke dalam air?

2. Apakah yang menyebabkan murid tersebut terselamat? Nyatakan ciri-ciri bahan yang terdapat pada objek tersebut.

Jenis aktiviti:Demontrasi

BBM:Jaket keselamatan, pelampung, beg plastik, beg kertas dan air.

Page 4: Rancangan Mengajar Sains Alam Bahan Tahun 4

Demonstrasi 2:- Guru memberikan beg plastik dan beg kertas

kepada murid.- Guru menuang air ke dalam kedua-dua beg

tersebut.- Guru bersoal jawab dengan murid:1. Antara 2 objek tersebut, yang manakah boleh

digunakan dalam kehidupan seharian? Mengapa?

Refleksi( 5 minit )

Peta minda berkaitan dengan ciri-ciri bahan.

- Guru meminta murid melengkapkan peta minda berdasarkan apa yang telah di pelajari:

(seperti di dalam Lampiran 2)- Guru mengedarkan lembaran kerja.

BBM:lembaran kerja

Page 5: Rancangan Mengajar Sains Alam Bahan Tahun 4

Lampiran 1:Jadual Pemerhatian.

Objek Ciri-ciri bahan Bahan binaanTerapung Menyerap air

Page 6: Rancangan Mengajar Sains Alam Bahan Tahun 4

Lampiran 2:

Bahan di perbuat daripada apa?

Apakah ciri-ciri bahan?

Kegunaan dalam

kehidupan seharian.Nama objek

Page 7: Rancangan Mengajar Sains Alam Bahan Tahun 4
Page 8: Rancangan Mengajar Sains Alam Bahan Tahun 4

Lembaran Kerja. (PENGAYAAN)Jadual 1 menunjukkan penyiasatan untuk mengkaji hubungan diantara saiz tuala dengan kebolehan menyerap air.

A B C

Tuala Kebolehan menyerap air (ml)A 500B 750C 1000

Jadual1

a. Nyatakan pemerhatian anda berdasarkan tuala C. .........................................................................................................................................................................................b. Berikan inferens berdasarkan pemerhatian di (a). .........................................................................................................................................................................................c. Apakah tujuan penyiasatan di atas? .........................................................................................................................................................................................d. Nyatakan dua maklumat berdasarkan penyiasatan. i. ............................................................................................. ii. .............................................................................................e. Apakah hubungan di antara saiz tuala dengan kebolehan menyerap air. .........................................................................................................................................................................................

Page 9: Rancangan Mengajar Sains Alam Bahan Tahun 4

Lembaran Kerja. (PEMULIHAN)

Kelaskan objek-objek berikut berdasarkan jadual.

Kebolehan menyerap air Kebolehan terapung di permukaan air

Page 10: Rancangan Mengajar Sains Alam Bahan Tahun 4