Rabitah Harun

9
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 273 KAJIAN TAHAP KESEDARAN AMALAN WAKAF DI KALANGAN PELAJAR UiTM PERLIS Rabitah Harun 1 Hasyeilla Abd Mutalib 2 Rusnadewi Abdul Rashid 3 Abstrak Amalan berwakaf merupakan suatu amalan yang dituntut oleh Islam. Walaupun ia bukanlah merupakan suatu amalan yang wajib, namun ganjaran yang diperolehi daripada amalan tersebut akan berkekalan selamanya. Meskipun negara Malaysia kian membangun dan sedang berkembang pesat seiring dengan era globalisasi dunia, tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang wakaf dan kepentingannya masih lagi dilihat kurang memuaskan. Persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap wakaf masih lagi kurang memberangsangkan berbanding dengan beberapa aspek ibadah yang lain seperti ibadah umrah dan korban. Justeru bagi memupuk semangat amalan berwakaf ini, kesedaran yang tinggi perlu diterapkan di peringkat awal lagi. Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana tahap kesedaran amalan berwakaf terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunapakai data primer. Metod yang digunakan ialah melalui soal selidik rintis yang diedarkan kepada pelajar-pelajar UiTM Perlis yang dipilih secara rawak. Data yang diperolehi seterusnya dianalisa menggunakan perisian SPSS. Beberapa cadangan juga akan diutarakan untuk membantu meningkatkan kesedaran terhadap wakaf sebagai satu amalan jariah bagi membangunkan ummah di negara ini. Hasil kajian ini diharap dapat menjadi titik tolak kepada usaha oleh pelbagai pihak bagi mempromosikan wakaf agar ia dapat dilestarikan khususnya bagi generasi muda. Kata Kunci: wakaf, kesedaran berwakaf, pelajar UiTM 1 Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi MARA Perlis. Tel: +604-9882666, Fax: +604-9882526, E-mail: [email protected] 2 Pensyarah, Universiti Teknologi MARA Perlis. Tel: +604-9882787, E-mail: [email protected] 3 Pensyarah Kanan (PhD), Universiti Teknologi MARA Perlis. Tel: +604-9882871, E-mail: [email protected]

Transcript of Rabitah Harun

Page 1: Rabitah Harun

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 273

KAJIAN TAHAP KESEDARAN AMALAN WAKAF DI KALANGAN PELAJAR

UiTM PERLIS

Rabitah Harun1

Hasyeilla Abd Mutalib2

Rusnadewi Abdul Rashid3

Abstrak

Amalan berwakaf merupakan suatu amalan yang dituntut oleh Islam. Walaupun ia

bukanlah merupakan suatu amalan yang wajib, namun ganjaran yang diperolehi daripada

amalan tersebut akan berkekalan selamanya. Meskipun negara Malaysia kian

membangun dan sedang berkembang pesat seiring dengan era globalisasi dunia, tahap

kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang wakaf dan kepentingannya masih lagi

dilihat kurang memuaskan. Persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap wakaf masih

lagi kurang memberangsangkan berbanding dengan beberapa aspek ibadah yang lain

seperti ibadah umrah dan korban. Justeru bagi memupuk semangat amalan berwakaf ini,

kesedaran yang tinggi perlu diterapkan di peringkat awal lagi. Sehubungan itu, kajian ini

adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana tahap kesedaran amalan berwakaf

terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Kajian ini berbentuk

kuantitatif yang menggunapakai data primer. Metod yang digunakan ialah melalui soal

selidik rintis yang diedarkan kepada pelajar-pelajar UiTM Perlis yang dipilih secara

rawak. Data yang diperolehi seterusnya dianalisa menggunakan perisian SPSS. Beberapa

cadangan juga akan diutarakan untuk membantu meningkatkan kesedaran terhadap

wakaf sebagai satu amalan jariah bagi membangunkan ummah di negara ini. Hasil kajian

ini diharap dapat menjadi titik tolak kepada usaha oleh pelbagai pihak bagi

mempromosikan wakaf agar ia dapat dilestarikan khususnya bagi generasi muda.

Kata Kunci: wakaf, kesedaran berwakaf, pelajar UiTM

1Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi MARA Perlis. Tel: +604-9882666, Fax: +604-9882526, E-mail:

[email protected] 2Pensyarah, Universiti Teknologi MARA Perlis. Tel: +604-9882787, E-mail:

[email protected] 3Pensyarah Kanan (PhD), Universiti Teknologi MARA Perlis. Tel: +604-9882871, E-mail:

[email protected]

Page 2: Rabitah Harun

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 274

PENGENALAN

Perkembangan dan kemajuan ibadah wakaf kini telah semakin berkembang dan

mendapat perhatian masyarakat umum. Ini berikutan fungsi dan peranan ibadah wakaf

yang bukan sahaja bertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan agama, malahan

turut melibatkan fungsi-fungsi pengurusan yang lain seperti ekonomi, perundangan,

pengurusan serta pentadbiran, sistem maklumat dan sebagainya. Hakikatnya,

pembangunan dan perkembangan wakaf dapat memberi impak yang sangat besar

terhadap pembangunan ekonomi ummah dan juga negara secara amnya (Abul Hasan,

2014). Perkembangan positif ini sebenarnya disokong oleh bukti peningkatan penubuhan

beberapa institusi yang berkonsepkan wakaf di seluruh negara, misalnya dalam bidang

pendidikan yang melibatkan pendidikan rendah, menengah mahupun pengajian tinggi

(Ahmad Zaki, Norzaidi, dan Che Zuina, 2008). Namun dengan bukti perkembangan

institusi wakaf yang semakin pesat di negara ini, tahap kesedaran dan pengetahuan

mengenai amalan berwakaf masih berada pada tahap yang rendah bukan sahaja dari

kalangan pelajar pengajian tinggi tetapi juga di kalangan para cendekiawan.

Tahap kesedaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pengetahuan.

Tahap pengetahuan pula akan mempengaruhi sikap. Dalam isu wakaf, rata-rata

masyarakat masih mempunyai pengetahuan yang agak terbatas dalam membicarakan

mengenai isu wakaf. Ini terbukti apabila persepsi mereka kepada wakaf hanya tertumpu

kepada pengurusan tanah perkuburan, masjid, surau dan juga rumah anak-anak yatim

(Mohamad Akram, Mek Wok, dan Mohd Fuad, 2008). Salah faham yang berpunca

daripada kurangnya tahap pengetahuan ini boleh memberi kesan yang kurang baik

sebagaimana yang telah diucapkan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang menyebut bahawa jika masyarakat

melihat wakaf daripada perspektif amalan selepas mati sahaja, potensi wakaf sebagai

amalan yang baik dan besar manfaatnya untuk memenuhi tuntutan kamajuan dan

kejayaan umat Islam khasnya dalam menghadapi cabaran alaf baru tidak akan tercapai

(Muhammad Ali, 2012). Justeru itu, tahap kesedaran dan pengetahuan yang saling

berkait rapat ini amat perlu dikaji bagi memastikan amalan wakaf mampu terus

berpanjangan. Melihat kepada kemampuan wakaf mengisi sebahagian kekurangan di

dalam masyarakat dan berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi

negara, artikel ini akan membincangkan sejauhmanakah tahap kesedaran amalan

berwakaf di kalangan pelajar-pelajar UiTM Perlis yang merupakan salah satu daripada

institusi pendidikan tinggi awam di utara tanah air.

KAJIAN LITERATUR

Islam menganjurkan umatnya untuk melakukan amal jariah dengan pelbagai cara dan

kaedah. Antaranya ialah dengan ibadah wakaf. Ibadah wakaf ini antara lain mampu

mendekatkan diri kepada Allah SWT selain bagi tujuan kebajikan dan manfaat umum

(Abdul Hamid dan Mohammad Tahir, 2014). Sehubungan itu, bagi meningkatkan ciri-

ciri amalan tersebut, maka tahap kesedaran terhadap amalan berwakaf perlulah

ditingkatkan dari masa ke masa. Syed Khalid (2011) berpandangan bahawa wakaf perlu

diberikan publisiti yang meluas melalui media massa dan elektronik. Kepentingan sikap

Page 3: Rabitah Harun

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 275

bantu-membantu yang tertanam dalam mekanisme wakaf ini menurut beliau perlu

disebar kepada masyarakat umum, organisasi dan juga badan-badan NGO.

Dalam memupuk kesedaran amalan berwakaf, maka elemen-elemen pemasaran yang

berkesan perlu diterapkan. Antara elemen pemasaran yang penting adalah promosi.

Kamus Dewan (2010), menjelaskan bahawa promosi merupakan segala usaha yang

dijalankan untuk meningkatkan atau menggalakkan penjualan sesuatu barangan atau

perkhidmatan. Dalam konteks ini, promosi bolehlah diterangkan sebagai satu medium

untuk membuat hebahan dan publisiti terhadap ibadah wakaf agar masyarakat umum

lebih memahami pengertian sebenar wakaf. Justeru itu, kaedah promosi yang berkesan

mampu melebar luaskan pemahaman mengenai ibadah wakaf sekaligus meningkatkan

kesedaran amalan berwakaf.

Melalui kaedah promosi yang berkesan ianya mampu untuk memberi pendedahan dan

meningkatkan kesedaran terhadap amalan berwakaf. Institusi wakaf berperanan dan

bertanggungjawab dalam menjalankan promosi dan kempan bagi menerangkan

kelebihan amalan berwakaf (Norazlina dan Abdul Rahim, 2011; Wan Ariffin, Mohd

Syahiran, dan Hasan, 2008). Kampen dan promosi tersebut bukan hanya perlu dibuat di

dalam negara sahaja malahan meliputi peringkat luar negara juga. Apabila banyak

promosi dan kempen dijalankan, maka tahap kesedaran dapat ditingkatkan, justeru itu,

perolehan sumber-sumber bagi pembangunan harta wakaf akan turut bertambah.

Laporan Tahunan JAWHAR (2012), telah menyarankan supaya diperbanyakkan kempen

dan juga promosi melalui media cetak dan elektronik agar mampu memberi impak yang

besar kepada masyarakat umum. Antara kaedah yang telah dijalankan adalah

mengadakan program rancangan di televisyen dan radio, promosi di akhbar-akhbar

utama tempatan, penerbitan artikel di majalah, serta mengadakan program kembara di

setiap nageri terutamanya di kawasan pendalaman dengan bantuan Majlis Agama Islam

Negeri (MAIN). Melalui kaedah yang dijalankan, ia mampu untuk memberi publisiti

yang meluas di seluruh negara. Penganjuran program di peringkat kebangsaan dan juga

antarabangsa terbukti dapat meluaskan pemahaman serta pengetahuan berkaitan amalan

berwakaf. Sejajar dengan itu, tanggungjawab meningkatkan kesedaran berwakaf tidak

hanya terletak di bahu institusi wakaf sahaja, malahan institusi pengajian juga boleh

memainkan peranan menghebahkan ibadah wakaf melalui saluran ilmu seperti ceramah,

program ilmiah, konferensi, kursus dan juga pameran mengenai keunggulan wakaf di

negara ini (Ahmad Zaki Abd Latiff et al., 2008).

Siti Alawiah (2012) pula menjelaskan bahawa kesedaran amalan berwakaf boleh

dipupuk dengan penglibatan badan-badan dunia seperti Kooperasi Pertubuhan Islam

Dunia. Ianya boleh dilihat sebagai satu instrumen promosi dan membangunkan institusi

wakaf serta mengaktifkan peranan umat Islam terhadap ibadah wakaf. Selain itu, pihak

kerajaan juga seharusnya memainkan peranan yang progresif dengan meningkatkan

kebertanggungjawaban serta prestasi setiap institusi awam dengan mengawalselia serta

memberi kesedaran, motivasi, pengajaran dan pembelajaran terhadap amalan berwakaf.

Walau bagaimanapun, kesedaran berwakaf boleh dijalankan melalui kaedah sistem

pengurusan yang lebih telus, agar maklumat berkaitan dengan wakaf dapat dikongsi

Page 4: Rabitah Harun

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 276

bersama masyarakat umum (Abul Hasan, 2014).

METODOLOGI

Kajian ini menerangkan hubungkait antara dua pembolehubah seperti yang dinyatakan

di rajah 1. Dalam kerangka kajian, ianya menunjukkan pembolehubah bersandar adalah

kesedaran tentang wakaf, manakala pembolehubah bebas terdiri daripada kesedaran

melalui promosi dan kaedah atau bentuk promosi.

Rajah 1: Kerangka kajian

Kaedah methodologi kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian lapangan

digunakan dalam proses pengumpulan data. Penyelidik menggunakan teknik

pengumpulan data melalui pengedaran soal selidik agar dapatan kajian adalah lebih

tepat.

Sebanyak 350 soal selidik telah diedarkan dikalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda dari

pelbagai fakulti di UiTM Perlis. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan selama

lebih kurang 10 minit. Teknik persampelan kebarangkalian telah digunakan dalam

proses pengumpulan data dan kaedah persampelan rawak telah dipilih. Setiap responden

telah dipilih secara rawak. Kesemua maklumat daripada responden telah dianalisa secara

statistik menggunakan perisian SPSS versi 20.

Kajian ini telah menggunakan beberapa teknik penganalisaan data seperti analisis

kebolehpercayaan (reliability analysis), analisis kekerapan (frequency analysis), analisis

korelasi pearson (pearson correlation analysis) dan analisis regresi kepelbagaian

(multiple regression analysis).

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini telah menggunakan beberapa teknik penganalisaan data seperti analisis

kebolehpercayaan (reliability analysis), analisis kekerapan (frequency analysis), analisis

korelasi pearson (pearson correlation analysis) dan analisis regresi kepelbagaian

Kesedaran melalui

promosi

Kaedah atau bentuk

promosi

Kesedaran tentang

wakaf

Page 5: Rabitah Harun

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 277

(multiple regression analysis).

Analisis Kebolehpercayaan

Analisis kebolehpercayaan adalah untuk mengukur kosistensi keseluruhan faktor-faktor

untuk menentukan faktor yang sahih. Hasilnya daripada saiz sampel, hanya item yang

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sahaja boleh digunakan untuk penganalisaan

seterusnya (Sekaran dan Bougie, 2014).

Satu item bagi setiap pembolehubah telah dibuang untuk mendapatkan Cronbach’s

Alpha melebihi 80% bagi pembolehubah bebas yang pertama dan kedua. Berdasarkan

Jadual 1 dibawah, jelas menunjukkan bahawa kesemua pembolehubah bebas adalah baik

berdasarkan ukuran oleh Sekaran dan Bougie, (2010) iaitu bagi nilai Cronbach’s Alpha

0.80 keatas dikira baik, dan semakin hampir nilai kepada 1, menunjukkan bahawa

semakin tinggi kebolehpercayaan faktor itu boleh diterima pakai sebagai pembolehubah

sesuatu kajian. Ini bermaksud item dalam setiap pembolehubah bersandar dan bebas

boleh diterima pakai sebagai penganalisaan data bagi memperolehi dapatan kajian yang

baik.

Jadual 1: Analisis kebolehpercayaan

Pembolehubah Bilangan item Cronbach's Alpha Penanda aras

Kesedaran tentang wakaf 5 0.820 Baik

Kesedaran melalui promosi 9 0.850 Baik

Kaedah/bentuk promosi 10 0.894 Baik

Jumlah item 24

Analisis Kekerapan

Analisis frekuensi adalah kaedah statistik deskritif yang menunjukkan bilangan

kekerapan bagi setiap item dipilih oleh responden. Analisis ini digunakan untuk menilai

dapatan daripada latarbelakang demografi responden yang telah menjawab soal selidik

ini (Sekaran dan Bougie, 2014). Jadual 2 dibawah menunjukkan dapatan kajian

mengenai latarbelakang demografi responden.

Jadual 2: Taburan Analisa kekerapan berdasarkan latar belakang demografi

responden

Latar Belakang Demografi Kekerapan Peratusan (%)

Jantina Lelaki 67 26.2

Perempuan 189 73.8

Umur kurang 20 tahun 94 36.7

21 hingga 23 tahun 155 60.5

24 hingga 26 tahun 5 2.0

27 tahun keatas 2 0.8

Page 6: Rabitah Harun

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 278

Latar belakang

persekolahan

Aliran teras agama 29 11.3

Aliran teras biasa 227 88.7

Taraf Pendidikan Lepasan diploma 127 49.6

Lepasan matrikulasi 129 50.4

Daripada kajian ini, Jadual 2 menunjukkan majoriti responden adalah pelajar perempuan

yang berjumlah 189 orang yang bersamaan 73.8%, manakala selebihnya 67 orang

(26.2%) adalah pelajar lelaki. Manakala 60.5% responden berumur diantara 21 hingga

23 tahun, diikuti dengan 36.7% yang berumur kurang daripada 20 tahun, dan hanya 2

peratus responden yang berumur 24 hingga 26 tahun. Latar belakang persekolahan bagi

responden sebelum ini, majoritinya adalah daripada aliran teras biasa yang menyumbang

kepada 88.7% dan hanya 11.3 % responden yang mengikuti aliran teras agama ketika di

peringkat sekolah menengah. Namun dari sudut taraf pendidikan pra-universiti, bilangan

responden adalah hampir seimbang mahupun dari lepasan diploma dan lepasan

matikulasi dengan 49.6 % dan 50.4 % masing-masing.

Analisis Korelasi Pearson

Analisis korelasi pearson yang digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk melihat

hubungkait di antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas. Jadual 3

berikut merupakan hasil dapatan kajian terhadap dua pembolehubah bebas dan satu

pembolehubah bersandar.

Jadual 3: Taburan Analisa kekerapan berdasarkan latar belakang demografi

responden

1 2 3

Kesedaran tentang

wakaf

Pearson Correlation

Sig. (2-tailed)

1 .591**

.000

.452**

.000

Kesedaran melalui

promosi

Pearson Correlation

Sig. (2-tailed)

.591**

.000

1

.545**

.000

kaedah promosi Pearson Correlation

Sig. (2-tailed)

.452**

.000

.545**

.000

1

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Melalui Jadual 3 di atas, dapat dilihat bahawa terdapat hubungkait yang potitif antara

kesedaran tentang wakaf dengan faktor penentu kesedaran berwakaf melalui promosi.

Ini dibuktikan dengan nilai korelasi 0.591 yang sangat signifikan pada kadar 0.000.

Maksudnya hasil dapatan ini mempunyai hubungan positif yang sangat signifikan, maka

ia boleh diterimapakai sebagai satu dapatan kajian.

Bagi pembolehubah bebas yang kedua, hubungan di antara kesedaran berwakaf dengan

kaedah promosi menunjukkan hubungkait pada tahap sederhana positif dengan nilai

korelasi 0.452 yang sangat signifikan pada kadar 0.000. Ini bermaksud perhubungan

positif sederhana yang signifikan, maka ia boleh diterimapakai sebagai satu dapatan

kajian.

Analisis Regresi Berganda

Page 7: Rabitah Harun

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 279

Analisis regresi berganda adalah satu teknik yang terbaik untuk meramal ketidaktentuan

nilai pembolehubah daripada satu atau dua pembolehubah peramal.

Jadual 4: Analisis regresi berganda

Model Unstandardized

Coefficients

Standardized

Coefficients

B Std. Error Beta t Sig.

1 (Constant) 9.075 0.647 14.033 0.000

Kesedaran melalui

promosi

0.218 0.026 0.491 8.269 0.000

kaedah promosi 0.071 0.023 0.185 3.112 0.002

a. Predictors: (Constant), kaedah promosi, Kesedaran melalui promosi

b. Dependent Variable: Kesedaran tentang wakaf

R Square = .374

Adjusted R Square = .369

F Value = 75.434

Jadual 4 di atas menunjukkan hubungan di antara pembolehubah bersandar dan

pembolehubah bebas. Menurut kepada nilai Adjusted R Square 0.369, ini jelas

menunjukkan bahawa hanya 36.9% sahaja kesedaran wakaf dipengaruhi oleh kaedah

promosi dan juga kesedaran melalui promosi. Ini dapat dirumuskan bahawa terdapat

banyak lagi faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kesedaran wakaf ini. Mengikut

kepada analisa Beta (β), kesedaran berwakaf melalui promosi dengan nilai 0.218

mempunyai kaitan yang tinggi terhadap kesedaran tentang wakaf berbanding dengan

kaedah promosi yang hanya pada nilai 0.071.

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan analisa data serta maklumat dan pandangan yang telah diberikan oleh para

pelajar yang terlibat, pelbagai cadangan untuk penambahbaikan telah pun dicadangkan.

Kebanyakkan amat berminat untuk berwakaf namun kesedaran ini masih kurang

disebabkan oleh beberapa kekangan, antaranya adalah promosi yang kurang daripada

pihak berwajib menyebabkan mereka kurang terdedah dengan maklumat berkaitan

wakaf. Pelbagai aktiviti seperti talk show, kempen kesedaran wakaf, penyebaran

maklumat wakaf di media cetak ataupun eletronik harus diperhebatkan. Melalui program

sebegini, mahasiswa yang rata-ratanya anak muda, akan mempunyai peluang untuk

berinteraksi secara lansung dengan pihak-pihak berwajib seperti pentadbir wakaf untuk

mendapat penjelasan yang terperinci mengenai kelebihan serta kebaikan berwakaf. Bagi

pelajar universiti, pelbagai program boleh dilaksanakan bagi menerapkan minat untuk

berwakaf apabila mereka berkemampuan kelak. Pelbagai medium sedia ada boleh

digunakan seperti mengadakan promosi wakaf di laman web universiti, atau terus ke

halaman Students’ Portal. Kaedah promosi cetakan juga boleh digunakan seperti poster,

banner, flyers, dan papan tanda yang boleh dilihat oleh mahasiswa di dalam kawasan

kampus ataupun di laluan utama.

Page 8: Rabitah Harun

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 280

Golongan muda masa kini yang rata-rata terdiri daripada Generasi-Y amat dahagakan

maklumat yang jelas mengenai amalan berwakaf. Terdapat juga responden yang

langsung tidak mengetahui dan memahami tentang amalan berwakaf ini disebabkan

tiada pendedahan kepada ilmu serta maklumat yang berkaitan dengannya.

Sekiranya kajian sebegini ingin dilaksanakan pada masa-masa hadapan, penyelidik ingin

mencadangkan agar lebih banyak pembolehubah bebas yang digunakan agar nilai

hubungkait dapat dilihat dengan lebih jelas dan dapat memberikan impak yang lebih

baik terhadap kajian yang dijalankan.

Sebagai kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kesedaran untuk berwakaf dari

kalangan mahasiswa universiti masih rendah disebabkan oleh kekurangan maklumat.

Namun, perkara ini akan dapat diatasi dengan tindakan yang sewajarnya daripada semua

pihak yang bertanggungjawab seperti pentadbir wakaf negeri serta pihak universiti yang

boleh berperanan secara langsung memberikan ilmu kepada para pelajar. Pemahaman

tentang wakaf harus diterapkan dari rumah, sekolah, serta instutusi pengajian tinggi.

Dengan kesedaran wakaf yang tinggi dalam kalangan mahasiswa, maka akan lahirlah

satu generasi yang mempunyai budaya berwakaf sebagai salah satu amalan kebaikan

dalam kehidupan.

RUJUKAN

Abdul Hamid Mar Iman, & Mohammad Tahir Sabit Mohammad. (2014). Waqf

property: Concept, management, development, and financing. Jobor Baharu:

Penerbit UTM Press.

Abul Hasan M. Sadeq. (2014). Waqf , perpetual charity and poverty alleviation.

International Journal of Social Economics, 29(1/2), 135–151.

Ahmad Zaki Abd Latiff, Norzaidi Mohd Daud, & Che Zuina Ismail. (2008). Pengurusan

harta wakaf dan potensinya ke arah kemajuan pendidikan umat islam di Malaysia.

Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2), 25–61.

Kamus Dewan. (2010) (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laporan Tahunan JAWHAR. (2012). Putrajaya.

Mohamad Akram Laldin, Mek Wok Mahmud, & Mohd Fuad Sawari. (2008). Maqasid

syariah dalam pelaksanaan waqaf. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2), 1–24.

Norazlina Abd. Wahab, & Abdul Rahim Abdul Rahman. (2011). A framework to

analyse the efficiency and governance of zakat institutions. Journal of Islamic

Accounting and Business Research, 2(1), 43–62.

Sekaran, U., & Bougie, R. (2010). Reseach methods for business: A skill building

approaches (5th ed.). United Kingdom: John Wiley & Son Ltd.

Sekaran, U., & Bougie, R. (2014). Research methods for business (6th ed.). India: John

Wiley & Son Ltd.

Siti Alawiah Siraj. (2012). An empirical investigation into the accounting ,

accountability and effectiveness of waqf management in the State Islamic Religious

Councils (SIRCS ) in Malaysia. Cardiff University.

Wan Ariffin Wan Yon, Mohd Syahiran Abdul Latif, & Hasan Bahrom. (2008).

Mekanisme wakaf : Gagasan awal terhadap pembangunan dan pembiayaan pusat

Page 9: Rabitah Harun

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 281

penyelidikan dan perkembangan Islam Borneo. Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2),

63–86.