pt3 geo

download pt3 geo

of 2

description

pt3

Transcript of pt3 geo

. Konsep dan takrifan Kegiatan EkonomiDefinisi Kegiatan Ekonomi :Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti penduduk yang menjana pendapatan dalam kehidupan seharian. Kegiatan ekonomi boleh dibahagikan kepada beberapa sektor antara adalah Pembalakan, Pertanian, Perkhidmatan, Perindustrian mahupun Perlombongan. Di Malaysia, kegiatan ekonomi utama boleh dikategorikan kepada tiga antaranya adalah sektor sekunder, tertier dan Primer. Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara.

Sumber:Contoh Panduan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi | melvister.comMenurut BusinessDictionary.com,kegiatan ekonomiditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

Konsep kegiatan ekonomiKamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan bahawakegiatan ekonomisebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat. Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi,antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain.

Contoh Lengkap Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi (5 Markah)

Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan(1 Markah). Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier(1 Markah). Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/ pembalakan dan perlombongan(1 Markah). Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan(1 Markah). Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan(1 Markah).