Proposal Penyelidikan Ilmiah Penyelia Dr Noorhayati Ali (1)

download Proposal Penyelidikan Ilmiah Penyelia Dr Noorhayati Ali (1)

of 50

description

schooll

Transcript of Proposal Penyelidikan Ilmiah Penyelia Dr Noorhayati Ali (1)

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PARA BELIA MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN

MARIE CHRISTERINE AK MATTHEW

D20071029896

012-9332382

PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MAC2010

Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:..

Nama Penulis: Marie Christerine ak Matthew

Tarikh: 22 Mac 2010

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya akhirnya dapat menyiapkan kajian ini sebagaimana yang dirancangkan. Ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya bagi menyiapkan kajian yang saya jalankan ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada penyelia saya iaitu Dr. Noorhayati dan pensyarah pembimbing bagi kursus Penyelidikan Ilmiah (SHP 4133) iaitu Prof. Supli Effendi Rahim kerana memberi kesudian dalam memberikan pandangan, bimbingan, panduan, tunjuk ajar, dan juga bahan-bahan rujukan bagi menyiapkan kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada keluarga saya, khususnya Ibubapa serta rakan-rakan seperjuangan diatas kesabaran, sokongan, kerjasama, dan doa yang diberikan. Semoga kejayaan ini sebagai satu rahmat bagi mereka dan mudah-mudahan hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap, dorongan minat dan kemahiran para belia terhadap bidang keusahawanan. Bagi mengkaji permasalahan ini, sebanyak tiga persoalan kajian yang berkaitan telah dibentuk. Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada 40 responden belia dari golongan yang berbeza iaitu golongan yang bekerja dan mahasiswa. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sejauh mana sumber dorongan para belia dalam bidang keusahawanan. Kaedah kuantitatif digunakan oleh penyelidik untuk menyediakan borang soal selidik, mengedarkan borang dan menganalisis data-data numerikal. Hasil daripada kajian ini majoriti responden mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang mendorong untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Faktor pendorong minat juga menjadi punca responden untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan disamping kemahiran-kemahiran yang dimiliki. Kata kunci: sikap, dorongan minat dan kemahiran belia terhadap bidang keusahawananABSTRACT

This research aimed to identify attitudes, motivation and skills of youth interest in the field of entrepreneurship. To investigate this problem, three research questions that have been formed. The sample used in this study consisted of 40 respondents were youths from different groups of people who work and students. The objective of this research was to investigate the extent to which the source drives of the youth in entrepreuneurship. Quantitative methods used by researchers to prepare a questionnaire, distribute forms and analyze numerical data. The results of this research the majority of respondents have characteristicss that encourage entrepreneurship to venture into entrepreneurship. Driving factors are also a source of respondents interest to venture into business as well as the skills possessed. Key word: motivation and skills of youth interest in the field of entrepreneurshipISI KANDUNGAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan..1-2

1.2 Latar Belakang Masalah...3-4

1.3 Penyataan Masalah..5

1.4 Objektif Kajian..5

1.5 Hipotesis Kajian5-6

1.6 Batasan Kajian.6

1.7 Kepentingan Kajian.7

1.8 Definisi Operasional..7-8

1.9 Penutup..8

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1Pengenalan9

2.2Teori Tindakan Bertujuan10-11

2.3Teori Tingkahlaku Terancang.11-12

2.4Keusahawanan dari Perspektif Sains Sosial...12-19

2.5Kajian-kajian Lepas20

2.6Rumusan21

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1Pengenalan.22-23

3.2Tempat dan Masa Kajian.23

3.3Reka Bentuk Kajian..24

3.4Prosedur Kajian..24-25

3.5Instrumen Kajian...25

3.6Pengumpulan Data dan Analisis Data..26

BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1Pengenalan.27

4.2Latar Belakang Responden..28-29

4.3Dapatan Persoalan Kajian30-39

4.4Perbincangan.39-41

BAB 5

KESIMPULAN 42-43

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bidang usahawan bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat jika dibandingkan dengan masyarakat belia pada tahun 60-an dan 70-an dahulu. Perkembangan yang pesat dalam pertumbuhan ekonomi negara terutama di negara maju penglibatan masyarakat terhadap bidang perniagaan membentuk usahawan. Namun usaha ke arah pembentukan generasi yang membudayakan semangat keusahawanan ini adalah sesuatu yang amat dinantikan. Minat di kalangan masyarakat terhadap bidang ini tidak dilahirkan semulajadi tetapi datang dengan sendirinya. Ianya perlulah disertakan dengan dorongan dan sokongan sebagai perangsang dan juga pembakar semangat untuk terus maju dan berjaya dalam bidang berkenaan.

Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memerlukan 4,000 usahawan dalam pelbagai bidang untuk mencapai sasaran 20,000 usahawan FAMA di seluruh negara menjelang tahun 2010. Menurut Datuk Paduka Badruddin Amiruldin ketika berucap di majlis sambutan jubli perak pasar tani peringkat Negeri Sembilan, terdapat 16,000 usahawan FAMA di seluruh negara dan tumpuan FAMA kini adalah untuk membabitkan usahawan belia bagi menyertai program usahawan. Seramai 4,000 usahawan FAMA yang diperlukan termasuk dalam kontrak ladang, pasar tani, industri asas tani dan juga dari segi pemasaran peraih dan kedai rakyat. Sehubungan itu, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin menyeru agar para belia melibatkan diri dalam usahawan (Utusan Malaysia, 28Februari 2010). Menurut Ismail Sabri dalam program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM) dapat memberi peluang kepada belia bermula dari peringkat awal untuk mengasah bakat mereka sebagai usahawan yang lebih kreatif. Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM) adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 3,000 seorang dan umur kelayakan adalah 18 tahun hingga 40 tahun. (Utusan Malaysia, 8Februari 2009).

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Apabila disebut perkataan usahawan, sebenarnya ianya merujuk kepada para belia usahawan lelaki ataupun wanita. Menurut Mohd. Fadzilah kamzah et.al. (2008) seorang usahawan tidak dilahirkan semulajadi. Maknanya anak seorang usahawan tidak semestinya menjadi usahawan juga. Sebaliknya usahawan bukanlah seorang yang boleh dicipta sekelip mata. Seorang usahawan boleh dibentuk, dimotivasikan dan ditanam minat untuk memulakan perniagaan. Sesungguhnya setiap individu mempunyai potensi tertentu yang boleh dikenalpasti, dicungkil dan dikembangkan melalui program latihan hingga menjadi seorang usahawan.

Dalam apa juga usaha atau bidang yang diceburi, tidak semua orang akan berjaya. Begitu juga dengan bidang keusahawanan ini di mana ada sesetengah usahawan yang berjaya, manakala yang lainnya pula gagal. Antara salah satu faktor kegagalan seseorang usahawan ialah sikap. Berbagai-bagai perkara boleh dikelaskan sebagai sikap seseorang, misalnya dari segi kerja disiplin, etika dan rasa tanggungjawab. Oleh sebab usahawan bekerja sendiri, sesetengah orang tidak dapat mendisiplinkan diri sendiri. Bekerja sesuka hati, tidak mematuhi masa untuk satu-satu temu janji, tidak memenuhi janji, tidak membayar hutang adalah antara sikap negatif usahawan yang tidak berdisiplin, tidak beretika dan tidak bertanggungjawab. (M.B Muda et.al. 2003).

Keadaan sosial dan faktor-faktor sosial seperti umur, budaya, masyarakat dan sebagainya dapat mempengaruhi seseorang untuk menjadi usahawan. Dorongan kepada keusahawanan mengikut pendekatan sosiologi terdiri daripada pengalihan negatif, tempoh peralihan, tarikan positif dan tolakan positif. Dalam model sosiologi dorongan usahawan ciri-ciri keadaan situasi yang dapat menentukan sama ada usaha teroka baru dapat direalisasikan atau tidak. Dua faktor situasi tersebut ialah persepsi dorongan dan persepsi kebolehlaksanaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi dorongan datang daripada latar belakang budaya seseorang, keluarga, rakan taulan, masyarakat atau mentor. Contoh bagaimana faktor budaya boleh mempengaruhi persepsi ini ialah keusahawanan dikalangan keturunan Cina dimana sahaja mereka berada, mereka sentiasa mengambil peluang membuka perniagaan dan menjadi usahawan. Keusahawanan juga hendaklah dilihat sebagai boleh boleh dilaksanakan jika proses usaha penerokaan baru hendaklah diteruskan. Kesediaan dan dorongan sahaja belum memadai. Bakal usahawan memerlukan model dan contoh untuk mencapai sesuatu. Mereka memerlukan sokongan daripada orang lain dalam pelbagai bentuk seperti sokongan emosi, kewangan dan fizikal.(A. Shapero dan L. Sokol dalam C.Kent D. Sexton and K. Vesper eds).

Penciptaan dan pembaharuan juga merupakan kemahiran penting yang harus dimiliki oleh usahawan untuk menghasilkan peluang-peluang perniagaan. Walau bagaimanapun bukan semua pencipta adalah usahawan. Pencipta mungkin mempunyai kebolehan menghasilkan idea penciptaan tetapi tidak mempunyai kemahiran keusahawanan dan pengurusan. Sebaliknya orang lain yang mempunyai kemahiran keusahawanan menguruskan idea penciptaan tersebut. Oleh itu, gabungan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran keusahawanan untuk menghasilkan ciptaan baru akan melahirkan satu peluang perniagaan yang menguntungkan.

1.3PERNYATAAN MASALAH

Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Masalah yang ingin dikaji ialah faktor-faktor yang mendorong para belia menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Namun berdasarkan dorongan para belia terhadap keusahawanan penyelidik ingin mengetahui sejauhmanakah kesanggupan sikap para belia memikul tangungjawab, risiko, mempunyai kemahiran dan kebolehan yang bersesuaian dengan matlamat yang hendak dicapai. Penyelidik turut meninjau faktor-faktor yang mendorong para belia melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

1.4OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmana sumber dorongan para belia dalam bidang keusahawanan. Secara khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk:

i. Mengenalpasti sikap para belia terhadap bidang keusahawanan

ii. Mengenalpasti adakah minat menjadi faktor pendorong kepada para belia menceburkan diri dalam bidang usahawan.

iii. Mengenalpasti kemahiran yang ada pada para belia dalam menguruskan perniagaan

1.5HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis ialah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara penyelesaian masalah. Menurut Mohd. Majid Konting ( 2005 ), hipotesis digunakan sebagai panduan untuk menjalankan penyelidikan dan menerangkan kaedah untuk melaksanakan sesuatu kajian. Hipotesis memberi jangkaan penyelidik mengenai hubungan antara pembolehubahpembolehubah.

i. Terdapat hubungan yang signifikan antara sikap para belia dengan sikap yang dimiliki oleh usahawan

ii. Terdapat hubungan yang signifikan antara minat dalam bidang usahawan dengan peluang menjadi usahawan.

iii. Terdapat hubungan signifikan kemahiran dalam mengurus perniagaan dengan pembangunan modal insan.

1.6BATASAN KAJIAN

Semasa menjalankan kajian, terdapat beberapa batasan kajian yang berkemungkinan dihadapi oleh penyelidik. Antaranya ialah kekangan dari segi masa, kos dan juga kaedah yang diguna pakai. Hal ini akan memberi kesan kepada penyelidikan yang dilakukan. Batasan tersebut adalah seperti berikut :

i. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik.

ii. Dari segi kos, kajian ini dibiayai sepenuhnya oleh penyelidik. Maka ianya akan menjadi bebanan kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ini.

1.7KEPENTINGAN KAJIANKajian yang dijalankan untuk melihat sikap dalam kalangan para belia yang dipilih sebagai responden. Bidang keusahawanan menyediakan para belia dengan pengetahuan serta amalan perniagaan agar melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi, serta kreatif berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan ekonomi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. Kajian ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada para belia tentang betapa pentingnya bidang keusahawanan dan kemahiran yang ada para belia agar mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif. Sehubungan dengan itu, mereka dapat membantu usaha kerajaan untuk melahirkan usahawan pelapis seiring dengan matlamat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

1.8DEFINISI OPERASIONAL

Definisi operasional adalah merupakan pengertian atau makna bagi sesuatu perkataan atau ayat tertentu. Dalam kajian ini yang melibatkan Faktor-faktor yang mendorong para belia menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

1.8.1Faktor

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 321), ia bermaksud keadaan atau tenaga yang mempunyai pengaruhnya atas hasil daripada sesuatu.

1.8.2Belia

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1970) belia pula ialah golongan muda remaja dan

pemuda. Belia adalah anak-anak muda lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur yang telah melimpasi umur kanak-kanak dan mula memasuki umur dewasa, umur yang cukup untuk mendirikan rumah tangga, kerana telah baligh. Umumnya belia ialah golongan muda-mudi yang sudah baligh hingga mencapai umur 25 tahun.

1.8.3Keusahawanan

Menurut Hisrich dan Peter (1998), keusahawanan ialah proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan memperuntukkan masa dan usaha yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, risiko psikologikal dan risiko sosial serta mendapat ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk kewangan, kepuasan diri dan kebebasan.

1.9PENUTUP

Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, dan definisi istilah.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1PENGENALAN

Dalam bab ini, penyelidik membuat sorotan kajian penulisan yang mempunyai hubungan terhadap faktor-faktor yang mendorong para belia menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Kajiankajian yang dilakukan berasaskan kepada sikap iaitu tingkahlaku atau sikap seorang usahawan berdasarkan teori tindakan bertujuan, teori tingkahlaku terancang, keusahawanan dari perspektif sains sosial iaitu pendekatan ekonomi, pendekatan psikologi, pendekatan sosiologi dan keusahawanan dalam konteks islam serta dapatan kajian-kajian lepas. Perihal yang dibincangkan bagi membantu kajian ini dan seterusnya menjadi panduan untuk membina kerangka ujian.

2.2TEORI TINDAKAN BETUJUAN (THEORY OF REASONED ACTION-TORA)Pemahaman tentang kesediaan keusahawanan diri seseorang diterangkan mengikut teori tindakan bertujuan dan teori tingkah laku terancang Fishben dan Ajzen (1980). Mereka memulakan teori dengan premis bahawa sikap terhadap tingkah laku bermula dengan kepercayaan tentang kesan tingkah laku tersebut. Oleh demikian, sikap merupakan penentu kepada sesuatu bentuk tingkah laku. Secara tradisional, pengukuran sikap dapat diukur daripada sikap seseorang terhadap sesuatu objek atau peristiwa. Contohnya sikap terhadap keusahawanan. Mereka memfokuskan tentang sikap terhadap tingkah laku yang boleh dijangkakan seperti mendaftarkan diri dengan subjek yang berkaitan dengan keusahawanan. Namun, menurut ahli psikologis, satu cara yang paling mudah untuk mengetahui sama ada seseorang mahu melakukan sesuatu ialah dengan bertanyakan hasrat atau keinginannya. Bagaimanapun, tidak semua hasrat atau niat dapat ditunaikan.

Korelasi antara tingkah laku sebenar dengan hasrat bergantung kepada faktor-faktor tertentu seperti sejauh mana khususnya niat tersebut, jangka waktu antara niat dengan tindakan tersebut dan kebolehan individu melakukan apa yang ingin dilakukannya. Ajzen dan Fishbein (1980) memutuskan bahawa sikap dan tingkah laku mengandungi empat elemen iaitu tindakan yang khusus, sasaran sesuatu tindakan tersebut dilakukan, konteks di mana tindakan tersebut dilakukan, dan waktu tindakan tersebut dilakukan. Teori ini adalah berdasarkan andaian bahawa sikap seseorang akan terbentuk daripada kepercayaan tentang ciri-ciri dan tanggapannya terhadap ciri tersebut. Teori ini mengandungi beberapa pemboleh ubah. Pemboleh ubah tersebut adalah keazaman atau kemahuan tingkah laku, niat untuk melakukan tingkah laku tersebut, sikap terhadap tingkah laku tersebut, nilai kepercayaan seseorang terhadap tanggapan orang lain terhadap apa yang perlu dilakukannya dan dorongan untuk memenuhi jangkaan orang lain. Kesan kepada tingkah laku ini mungkin bersifat utilitarian, iaitu pengalaman terhadap ganjaran dan dendaan, atau bersifat nomatif iaitu persepsi orang lain bagi membenarkan tingkah laku ataupun tidak.

2.3TEORI TINGKAHLAKU TERANCANG (THEORY OF PLANNED BEHAVIOR)

Teori Tingkah Laku Terancang adalah urutan kepada TORA, iaitu mengambil kira kawalan ke atas tingkah laku yang dilihat. Menurut teori ini, seseorang hanya akan melaksanakan niatnya apabila dia merasakan mampu mengawal perlaksanaan tindakan tersebut. Kawalan yang dirasakannya itu adalah pelbagai mengikut persepsi kesukaran melakukan tingkah laku tersebut. Persepsi ini adalah berdasarkan refleksi pengalaman seseorang dan juga halangan atau rintangan bagi melakukan tingkah laku tersebut. Ajzen (1980) menyimpulkan bahawa, kepentingan kawalan yang dirasakan (perceived control) dalam menentukan hubungan antara sikap dan tingkah laku telah dibuktikan dalam beberapa kajian empirikal.

Kajian ini menyokong hipotesis iaitu, mereka yang mempunyai kawalan yang tinggi akan mempunyai niat yang kuat untuk melakukan tingkah laku tertentu dan akan melakukannya apabila keadaan dirasakan sesuai. Kedua-dua teori ini mengandaikan tingkah laku adalah hasil daripada keputusan yang disedari untuk bertindak mengikut pelakuan tertentu. Sebagai contoh, apabila seseorang perlu membuat pilihan antara dua bentuk perlakuan, maka beliau akan memproses maklumat tentang perlakuan tersebut. Beliau akan mengambil kira ciri objek atau situasi, sikap yang sesuai dengan pelakuan tersebut dan keburukan serta kebaikan atas pelakuan tersebut. Semuanya akan diproses secara kognitif. Namun, terdapat juga tingkah laku yang dilakukan secara spontan. Keadaan ini berlaku apabila motivasi dan tahap kesedaran adalah rendah.

2.4KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF SAINS SOSIAL

2.4.1Keusahawanan Mengikut Ahli Ekonomi

Joseph A. Schumpeter yang berpegang kepada tradisi dan pandangan Institusi Ekonomi Austria telah membina satu model keusahawanan dalam tahun 1934 yang meletakkan inovasi sebagai intipati kepada kegiatan keusahawanan. Menurutnya, keusahawanan merangkumi semua kegiatan atau usaha yang membawa kepada satu bentuk pembaharuan. Ia juga mengaitkan inovasi dengan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada perubahan yang besar atau revolutionary change yang memberi kesan signifikan kepada sesuatu industri. Beliau membawa contoh ciptaan wireless oleh Marconi yang merevolusikan industri perhubungan serta meningkatkan kegiatan ekonomi secara keseluruhan. Baginya, usahawan dapat dianggap sebagai seorang pengubahsuaian yang tidak akan membiarkan sistem ekonomi berada dalam suasana yang statik, stabil dan tidak mengalami perubahan apa-apa. Seperti ahli-ahli ekonomi yang lain, Schumpeter turut juga membincangkan tentang soal keseimbangan atau equilibrium. Ia mengaitkan bahawa persoalan utama dalam keseimbangan bukanlah soal mengapa tetapi siapakah atau apakah yang menyebabkan ketidak-seimbangan boleh berlaku. Beliau menyatakan bahawa ketidakseimbangan ini berlaku adalah disebabkan oleh tindakan usahawan melalui daya inovasi dan kreativiti mereka. Schumpeter berpendapat bahawa usahawanlah yang membawa perubahan pada pembangunan ekonomi seperti yang telah dinyatakan didalam bukunya yang bertajuk The Theory of Economic Development.

Israel Kirzner, seorang ahli ekonomi dari Amerika Syarikat pula cuba menghubungkan keusahawanan daripada aspek ekonomi dengan cara mengaitkannya dengan elemen ketidakpastian. Beliau menerangkan elemen keuntungan dalam kegiatan ekonomi berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh usahawan. Peranan mereka sebagai orang tengah menyebabkan mereka lebih bersedia untuk mengeksploitasikan peluang. Contohnya usahawan bersedia untuk membeli produk dengan harga yang rendah dengan harapan untuk menjualnya pada harga yang lebih tinggi walaupun terpaksa berhadapan dengan ketidakpastian atau pelbagai risiko.

Richard Cantillon dalam Hisrich & Peter (1998), telah melihat usahawan sebagai individu yang yang bersedia untuk memikul risiko dan amat berbeza daripada mereka yang hanya menawarkan modal dengan mengharapkan pulangan tetap. Usahawan juga dilihat sebagai berbeza daripada kapitalis yang menawarkan modal tetapi pada masa yang sama mengekspoit pihak yang menggunakan modal mereka. Sebaliknya, Cantillon melihat usahawan sebagai agen yang membeli alat-alat pengeluaran bagi menghasilkan produk yang dapat dipasarkan. Walau bagaimanapun, semasa membuat pembelian, usahawan tidak pasti akan harga yang bakal diterimanya di mana terdapat unsur-unsur risiko dan juga spekulasi. Segala-galanya bergantung kepada kebolehan yang dimiliki oleh usahawan.

2.4.2Keusahawanan Dalam Pendekatan Psikologi

Salah satu pendekatan yang digunakan oleh pengkaji bidang keusahawanan untuk memahami bidang ini ialah melalui kajian terhadap ciri-ciri dan sifat personaliti seseorang yang memulakan perniagaan baru. Pengkaji-pengkaji ini melihat bahawa terdapat perbezaan cara seseorang usahawan bertindak dan bertindak-balas dan perbezaan ini adalah hasil program mental secara intrinsik. Beberapa abad yang lalu, kajian keusahawanan telah mengenalpasti beberapa ciri personaliti yang membezakan seorang usahawan dengan bukan usahawan. Diantara ciri yang paling kerap dibincangkan ialah keperluan kepada pencapaian, lokus kawalan dan kecenderungan untuk mengambil risiko. Keperluan pencapaian bagi seorang usahawan adalah sifat personaliti pertama yang telah dikenalpasti oleh McCelland dalam kajiannya terhadap pembangunan ekonomi. Seseorang yang mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi biasanya akan mempunyai kehendak yang kuat untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri, suka meletakkan matlamat dan mencapainya melalui usaha sendiri dan dan suka menerima maklum balas terhadap apa yang telah dilakukan. Mereka merupakan seorang penanggung risiko yang sederhana.

Ciri kedua ialah lokus kawalan. Dalam teori lokus kawalan, terdapat dua jenis manusia iaitu manusia luaran dan manusia dalaman. Manusia luaran ialah seorang yang percaya bahawa apa yang berlaku ke atas mereka adalah secara kebetulan, nasib atau disebabkan oleh desakan-desakan yang diluar daripada kawalan mereka. Manusia dalaman ialah seorang yang percaya bahawa mereka yang mengawal sebahagian besar masa depan mereka melalui usaha mereka sendiri. Ciri ketiga ialah kecenderungan mengambil risiko. Ciri ini berkait rapat dengan keperluan kepada pencapaian memandangkan usaha penerokaan baru ini berisiko tinggi dan pembiayaan penerokaan baru juga biasanya dikenali sebagai model berisiko, maka ramai pengkaji yang cuba untuk menentukan sama ada seorang usahawan membuat keputusan yang lebih berisiko jika dibandingkan dengan lain-lain ahli perniagaan.

Secara keseluruhan, pendekatan psikologi melalui kajian terhadap sifat-sifat tertentu ini gagal memutuskan kriteria yang membezakan seseorang usahawan dengan bukan usahawan. Apa yang membezakan seorang usahawan dengan bukan usahawan ialah seorang usahawan dengan bukan usahawan ialah seorang usahawan memulakan usaha penerokaan baru dan yang lain tidak.

2.4.3Keusahawanan Dalam Pendekatan Sosiologi

Pendekatan sosiologi menjelaskan keadaan sosial yang mempengaruhi kemunculan seorang usahawan dan faktor-faktor sosial yang mempengaruhi keputusan menjadi usahawan. Dorongan kepada keusahawan mengikut model sosiologi iaitu pengalihan negatif, tempoh peralihan, tarikan positif dan tolakan positif.

2.4.3.1Pengalihan negatif

Pengalihan negatif bermaksud penyisihan seseorang individu atau kumpulan individu daripada masyarakat teras. Golongan ini biasanya tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung. Salah satu contoh fenomena ini ialah kecenderungan seseorang imigran menjadi usahawan. Contoh yang terbaik ialah pendatang izin dari negara Asia yang dapat dilihat di mana-mana pelusuk dunia. Mereka menjadikan bidang keusahawanan cara hidup mereka apabila berhijrah.

2.4.3.2Tempoh peralihan

Seseorang yang berada diantara kedudukan tertentu juga biasanya menjadi seorang usahawan. Antaranya ialah pendatang asing. Mereka ini dilihat sebagai orang luar dari masyarakat teras. Empat contoh tempoh peralihan yang dinyatakan dalam model sosiologi adalah semasa di antara kehidupan sebagai dengan orang biasa, diantara kehidupan pelajar dengan kerjaya, diantara kehidupan pelajar dengan kerjaya, diantara kehidupan penjara dengan bebas dan diantara proses mendapatkan kemahiran melalui latihan dengan memasuki kerjaya.

2.4.3.3Tarikan positif

Tarikan positif ini boleh datang daripada bakal rakan kongsi, mentor, keluarga, pelabur atau pelanggan dan pembekal. Bakal rakan kongsi menggalakkan seseorang individu dengan tawaran untuk berkongsi pengalaman, membantu kerja dan penyebaran risiko. Seorang mentor dapat menaikkan rasa keyakinan diri dan rasa hormat. Mentor dan rakan kongsi juga boleh memperkenalkan seseorang usahawan kepada orang-orang yang berada dalam jaringan sosial dan ekonomik bagi melancarkan aktiviti usaha teroka.

2.4.3.4Tolakan positif

Kategori terakhir situasi yang memberi dorongan dan momentum untuk seseorang itu menjadi usahawan ialah tolakan positif. Faktor-faktor tolakan positif ini termasuklah laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang kegiatan keusahawanan atau pendidikan yang menyediakan seseorang individu itu dengan pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi usahawan dan mengenalpasti peluang-peluang.

2.4.4 Keusahawanan Dalam Konteks Islam

Islam ialah cara hidup atau agama yang dapat mengurus seluruh aspek kehidupan manusia. Islam melihat aspek ekonomi sebagai sebahagian daripada sistem kehidupan yang menyeluruh. Islam mempunyai nilai yang berbeza dalam menentukan gelagat ekonomi. Sesuai dengan makna Islam itu sendiri iaitu tunduk dan menyerah diri kepada Allah, maka segala aspek kehidupan manusia yang yang merangkumi aktiviti ekonomi, politik dan sosial hendaklah berkisar dalam persoalan penyerahan diri kepada Allah dalam bentuk amal, Itikad (keyakinan) dan akhlak. Urusan ekonomi dalam Islam merupakan figh muamalat (perhubungan sosial yang mengandungi pelbagai kegiatan ekonomi dan bukan ekonomi) dan sistem ekonomi Islam adalah sebahagian daripada sistem Islam yang syumul. Keusahawanan merupakan sebahagian daripada figh muamalat dalam Islam. Terdapat beberapa asas sistem ekonomi Islam:

2.4.4.1 Allah ialah pemilik mutlak

Dalam konteks ini, segala sesuatu yang berada dilangit, dibumi dan diantara keduanya termasuklah harta kekayaan adalah milik mutlak Allah SWT. Aktiviti keusahawanan adalah aktiviti yang berkait dengan pencarian kekayaan dan harta. Manusia, baik usahawan mahupun bukan usahawan hanyalah merupakan pengurus harta yang telah diamanahkan oleh Allah untuk mencari, menerokai menggunakan harta dengan kadar dan batas-batas tertentu disamping menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengeluarkan sebahagian harta kepada golongan yang layak menerima harta tersebut dalam bentuk zakat.

2.4.4.2 Kekayaan di dunia adalah untuk mencari kehidupan diakhirat

Harta kekayaan yang diperolehi di dunia ini hanyalah merupakan alat untuk mencapai kesenangan hidup di dunia yang kekal abadi iaitu akhirat.

2.4.4.3 Bahagian di dunia tidak boleh ditinggalkan dalam mengejar akhirat

Islam ialah agama untuk hidup. Oleh itu, berusaha dengan bekerja kuat dan bersungguh-sungguh di dunia ini adalah bertujuan untuk memenuhi sebahagian fungsi kehidupan manusia. Manusia tidak berhak mengharamkan apa-apa yang telah dihalalkan oleh Allah seperti mengharamkan perhiasan dan harta. Bekerja mencari harta dalam kadar dan batas-batas yang tidak terkeluar daripada syarak adalah diseluruh oleh Islam.

2.4.4.4 Tetap berlaku adil sesama manusia

Manusia hendaklah berlaku adil sesama sendiri dengan menunaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan membantu orang-orang yang berada dalam kesempitan.

2.4.4.5 Tidak boleh melakukan sebarang kerosakan

Walaupun manusia disuruh oleh Allah untuk menerokai alam ini dan mengambil manfaat daripada daratan dan lautan, namun aktiviti ini hendaklah tidak menjejaskan dan merosakkan bumi dan makhluk lain. Islam melarang kegiatan mencari kekayaan yang tidak adil dengan menindas orang lain, membazirkan sumber-sumber dan hasil-hasil kekayaan serta melakukan penipuan dalam perniagaan.

2.5 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (Ministry of Higher Education, MOHE) pada tahun 2005 menunjukkan daripada seramai 22,016 siswazah bekerja yang ditinjau, hanya 2.8% bekerja sendiri. Begitu juga, daripada kumpulan seramai 11,313 pemegang diploma, hanya 1.4% yang bekerja sendiri. Dalam usaha memberikan dorongan keusahawanan di peringkat pengajian tinggi, makin banyak kursus yang ditawarkan di universiti, politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara, yang bertujuan menyemai teori perniagaan dan nilai keusahawanan yang baik dalam kalangan pelajar untuk membangunkan usahawan yang berpengetahuan dan berkebolehan dari segi teknologi. (Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan.)

Laporan tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dikendalikan oleh Majlis PKS Kebangsaan Pada tahun 2006, sebanyak 1,447 pekerja PKS menghadiri pelbagai program latihan pembangunan kemahiran yang dilaksanakan oleh 22 Pusat Pembangunan Kemahiran (Skills Development Centres, SDCs) yang dilantik oleh (Small and Medium Industries Development Corporation, SMIDEC) di bawah Program Peningkatan Kemahiran. Terdapat pelbagai kursus yang diadakan oleh SDCs yang dilantik ini daripada kemahiran teknikal hinggalah kepada kemahiran insaniah dalam pemasaran dan pengurusan dalam bidang kritikal seperti elektrik dan elektronik, teknologi maklumat, reka bentuk industri dan kejuruteraan. SDCs juga diperlukan untuk mewujudkan mekanisme pengesan bagi memantau kemajuan kerjaya pelatih-pelatih mereka.

2.9 RUMUSAN

Walaupun terdapat banyak kajian yang mengkaji tentang bidang keusahawanan tetapi penyelidik lebih menumpukan kecenderungan sikap dan minat pada para belia terhadap bidang usahawan agar memupuk budaya keusahawanan menuju pencapaian 2020.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1PENGENALAN

Kaedah di dalam kajian ini adalah amat penting untuk memastikan keputusan yang dikehendaki diperoleh penyelidik. Kaedah dapat menentukan keberkesanan sesuatu kajian dan mempengaruhi hasil dapatan yang akan diperoleh nanti. Kaedah yang digunakan dalam Faktor-faktor yang mendorong para belia menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ini ialah kaedah soal selidik. Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan pendidikan ini. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta fakta, kepercayaan , perasaan, kehendak dan sebagainya.

Menurut Mohd. Majid Konting (1993), soal selidik lebih pratikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Beliau juga berpendapat bahawa dengan menggunakan kaedah soal selidik ini dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diberikan.

Umumnya terdapat dua jenis soal selidik. Pertama, soal selidik jawapan di pilih bila mana subjek dikehendaki memilih jawapan tepat terhadap soalan atau rangsangan yang dikemukakan. Kedua ialah soal selidik jawapan diberi. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan kaedah soal selidik yang pertama iaitu soal selidik jawapan dipilih. Kaedah ini akan memudahkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat data yang dikehendaki dan sekaligus mendapat hasil yang memuaskan. Kaedah ini juga dapat membantu penyelidik membuat analisis bagi kajian yang dijalankan.

3.2TEMPAT DAN MASA KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Tanjong Malim, Perak. Para responden adalah terdiri daripada latar belakang yang berbeza beza iaitu golongan belia yang bekerja dan golongan mahasiswa. Seramai 40 orang belia telah dijadikan responden dalam populasi kajian ini. Masa kajian yang diperlukan untuk membuat penyelidikan pada musim cuti semester.

3.3REKA BENTUK KAJIAN

Kepentingan reka bentuk kajian adalah untuk membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih teratur. Pada peringkat permulaan kajian, data data yang berkaitan dengan tajuk kajian telah dikumpul dan dianalisis. Antara kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik. Sebelum kajian dijalankan perkara seperti latar belakang , objektif, kepentingan kajian telah dikenal pasti.

Kajian ini merupakan satu kajian deskriktif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana kos yang lebih murah dan masa yang diperuntukan juga singkat. Selain itu, penyelidik juga boleh memperolehi data atau maklumat daripada bilangan responden yang lebih ramai dan cepat, responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan. Di samping itu juga, soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan daripada responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. Data kajian akan dikumpul daripada sampel melalui borang soal selidik. Melalui kajian ini, ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi.

3.4PROSEDUR KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini melibatkan golongan belia yang bekerja dibawah kerajaan atau bukan kerajaan dan mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai sampel. Sebelum membuat kajian penyelidik perlu meminta kebenaran daripada pihak yang berkaitan. Kajian berbentuk soal selidik ini dijalankan di Tanjong Malim, perak. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengetahui faktor-faktor yang yang mendorong para belia menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Segala perbincangan ini adalah berlandaskan kepada objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1.

3.5INSTRUMEN KAJIAN

Menurut Azhar Harun (2004), instrumen kajian merupakan cara yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat seperti soal selidik. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Sebelum soal selidik digunakan dalam kajian ini, kajian rintis telah dijalankan.

Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang utama. Sebanyak 40 borang soal selidik telah diedarkan kepada para responden. Soalan soal selidik kajian ini terdiri daripada soalan-soalan yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A terdiri daripada Latar belakang demografi dan Bahagian B terdiri daripada 3 persoalan pokok iaitu mengenalpasti sikap para belia terhadap bidang keusahawanan, faktor-faktor yang mendorong minat para belia terhadap bidang keusahawanan dan kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh para belia.

BahagianAspek KajianJumlah Soalan

AMaklumat Responden9

BSikap Para Belia Terhadap Bidang Keusahawanan12

Minat Para Belia terhadap Bidang Keusahawanan8

Bidang Kemahiran7

JUMLAH ITEM SOALAN36

3.6PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA

Kaeadah pengumpulan data yang akan dibincangkan adalah memfokuskan kepada sumber data. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan maklumat sekunder. Data primer ialah data asal yang dikutip oleh penyelidik. Dalam kajian ini, data data diperolehi melalui maklum balas daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terpilih. Data ini merupakan sumber maklumat yang terpenting kerana ia diperlukan untuk menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian lepas. Bagi mendapatkan bahan dan maklumat untuk kajian ini, rujukan telah di buat di Perpustakaan Tunku Bainun ( UPSI ). Selain itu, sumber bagi data sekunder ini juga turut diperolehi daipada jurnal jurnal, buku rujukan dan juga maklumat daripada laman web.

Tempoh yang diberikan untuk memulangkan borang soal selidik adalah selama 3 hari. Hasil kajian itu kemudiannya dibuat jadual untuk memahami isi yang penting. Hasil kajian seterusnya dianalisis oleh penyelidik.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini membentangkan hasil analisis data kajian yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan.

4.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Jadual 1 menunjukkan jumlah keseluruhan responden yang dapat dilibatkan dalam kajian ini. Dari segi jantina, seramai 18 orang atau 45% responden adalah terdiri daripada belia lelaki. Sejumlah 22 orang atau 55% responden adalah terdiri daripada belia perempuan.

Dari segi bangsa pula, seramai 16 orang atau 40% responden terdiri daripada bangsa Melayu. Seramai 12 orang atau 30% terdiri daripada bangsa Cina. Bagi bangsa India pula diwakili oleh 8 orang atau 20% responden, manakala 4 orang atau 10% mewakili oleh bangsa lain-lain.

Seramai 28 orang atau 70% responden yang mempunyai status bujang, manakala 12 orang atau 30% responden yang mempunyai status berkahwin.

Seramai 26 orang atau 65% respondenyang tinggal dikawasan bandar, manakala 14 orang atau 35% responden yang tinggal diluar bandar.

Dari segi status perkhidmatan, seramai 4 orang atau 10% responden mewakili status perkhidmatan tetap. Bagi status perkhidmatan kontrak pula diwakili oleh 14 orang atau 35% responden, manakala 22 orang atau 55% responden mewakili oleh status perkhidmatan lain-lain.

Selain itu, seramai 20 orang atau 50% responden mempunyai tahap pengajian tertinggi di perinkat Ijazah Sarjan Muda. Sejumlah 3 orang atau 7.5% responden mempunyai tahap pengajian tertinggi di peringkat Diploma. Bagi tahap pengajian tertinggi peringkat STPM, seramai 8 orang atau 20% responden, manakala 9 orang atau 22.5% responden mempunyai tahap pengajian tertinggi di peringkat SPM. Jadual 4.2: Maklumat dan latar belakang responden

Latar belakangRespondenPeratus (%)

1. JantinaLelaki1845

Perempuan2255

2. BangsaMelayu1640

Cina1230

India820

Lain-lain410

3. Status Bujang2870

4. Berkahwin1230

5. Lokasi tempat tinggal Bandar2665

Luar bandar1435

6. Status perkhidmatan Tetap410

Kontrak1435

Lain-lain2255

7. Tahap pengajian tertinggi PhD--

Sarjana--

Ijazah sarjana muda2050

Diploma37.5

STPM820

SPM922.5

PMR--

4.3 DAPATAN PERSOALAN KAJIAN

4.3.1 Persoalan Kajian 1

Sejauhmana sikap para belia terhadap bidang keusahawanan?

Berdasarkan Jadual 2, kajian ini mendapati bahawa purata keseluruhan mengenai sikap para belia terhadap keusahawanan menunjukkan terdapat purata Ya sebanyak 87.9%. walaubagaimanapun terdapat juga beberapa para belia yang tidak mempunyai sikap terhadap bidang keusahawanan yang hanya mendapat purata keseluruhan sebanyak 12.1%.

Jadual 4.3.1: Mengenalpasti sikap para belia terhadap bidang keusahawanan

BILITEM SOALANRESPONDENPERATUS (%)

YaTidak

1. Adakah anda percaya kepada diri sendiri?Ya3895%

Tidak25%

2.Adakah anda berkebolehan untuk menghadapi risiko?

Ya40100%

Tidak--

3.Adakah anda bertindakbalas secara positif kepada cabaran dan sentiasa cekal menghadapi rintangan?

Ya40100%

Tidak--

4.Adakah anda berkebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang lain?

Ya3280%

Tidak820%

5.Adakah anda berpengetahuan tentang pasaran?

Ya512.5%

Tidak3587.5%

6.Adakah anda berfikiran terbuka, cergas, kreatif serta bertindakbalas terhadap cadangan-cadangan yang bernas dan dapat menerima kritikan secara positif?

Ya3997.5

Tidak12.5%

7. Adakah anda sentiasa bersedia untuk mengambil inisiatif dan berkebolehan untuk mengenalpasti peluang-peluang yang ada?

Ya40100%

Tidak--

8. Adakah anda rajin dan bersungguh-sungguh?

Ya3895%

Tidak25%

9.Adakah anda jujur dan amanah?Ya40100%

Tidak--

10.Berkebolehan untuk berniaga serta berupaya untuk membuat keputusan dengan cepat dan betul?

Ya3690%

Tidak410%

11.Berkebolehan menyelesaikan masalah sendiri?

Ya3485%

Tidak615%

12Berdisiplin dan konsisten semasa menjalankan tugas?

Ya40100%

Tidak--

PURATA87.9%12.1%

4.3.2 Persoalan Kajian 2

Apakah faktor-faktor yang mendorong minat para belia menceburkan diri dalam bidang keusahawanan?

Berdasarkan Jadual 3, menunjukkan analisis kajian secara keseluruhan berkaitan dengan minat para belia terhadap bidang keusahawanan. Analisis mendapati bilangan responden pada tahap tertinggi iaitu setuju berdasarkan kefahaman tentang bidang usahawan sebanyak 52.5% manakala pada tahap terendah sebanyak 5% iaitu sangat tidak setuju tentang kefahaman responden dalam bidang usahawan.

Analisis menunjukkan bahawa 55% responden setuju bahawa responden berminat mempelajari bidang keusahawanan. Responden yang sangat tidak setuju ialah 2.5% dan responden yang menyatakan tidak pasti adalah 7.5%. Ini bermakna responden mempunyai minat untuk mempelajari bidang keusahawanan.

Selain itu, analisis kajian secara keseluruhan berkaitan dengan minat bidang keusahawanan disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Analisis mendapati bilangan responden pada tahap tertinggi iaitu tidak pasti minat keusahawanan disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya sebanyak 67.5%, manakala pada tahap terendah iaitu sangat setuju sebanyak 2.5% minat keusahawanan responden disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.

Hasil kajian menunjukkan bahawa 32.5% responden tidak setuju minat bidang usahawan kerana tiada pilihan kerjaya lain dan responden yang sangat setuju sebanyak 15% minat bidang usahawan kerana tiada pilihan kerjaya lain. Keseluruhan menunjukkan bahawa responden berminat menceburi bidang keusahawanan bukan kerana tiada pilihan kerjaya lain.

Analisis kajian secara keseluruhan berkaitan dengan minat dalam bidang keusahawanan disebabkan oleh dorongan keluarga. Analisis mendapati bilangan responden tidak setuju bidang keusahawanan disebabkan oleh dorongan keluarga sebanyak 37.5% manakala bilangan responden pada tahap terendah tidak pasti sebanyak 7.5% bidang keusahawanan disebabkan oleh dorongan keluarga.

Responden yang bersetuju bahawa akan memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan pada masa depan iaitu 65%, manakala responden yang sangat tidak bersetuju akan memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan pada masa depan sebanyak 5%.

Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa 55% tidak pasti responden dari latar belakang yang berniaga atau bekerja sendiri. Sebanyak 20% yang bersetuju responden dari latar belakang yang berniaga atau bekerja sendiri, manakala sebanyak 15% yang tidak bersetuju responden dari latar belakang yang berniaga atau bekerja sendiri.

Analisis kajian secara keseluruhan berkaitan dengan laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang kegiatan atau pendidikan yang menyediakan pengetahuan untuk menjadi usahawan. Analisis mendapati 62.5% responden yang sangat setuju dan 35% setuju dengan laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang kegiatan atau pendidikan yang menyediakan pengetahuan untuk menjadi usahawan, manakala 2.5% responden yang tidak pasti dengan laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang kegiatan atau pendidikan yang menyediakan pengetahuan untuk menjadi usahawan. Jadual 4.3.2 keputusan kajian minat para belia terhadap bidang keusahawanan

BILITEM SOALANTAHAP KEBERKESANAN

12345

1Anda memahami tentang bidang usahawan2

5%4

10%5

12.5%21

52.5%8

20%

2Adakah anda berminat mempelajari bidang keusahawanan?1

2.5%3

7.5%3

7.5%22

55%11

27.5%

3Adakah berminat dalam bidang keusahawanan disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. 3

7.5%2

5%27

67.5%7

17.5%1

2.5%

4Anda berminat menceburi bidang usahawan kerana tiada pilihan kerjaya lain.9

22.5%13

32.5%5

12.5%7

17.5%6

15%

5Anda berminat dalam bidang keusahawanan disebabkan oleh dorongan keluarga.7

17.5%15

37.5%3

7.5%8

20%7

17.5%

6Anda akan memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan pada masa depan. 2

5%-4

10%26

65%8

20%

7Anda dari latar belakang yang berniaga atau bekerja sendiri. -6

15%22

55%8

20%4

10%

8Laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang kegiatan atau pendidikan yang menyediakan pengetahuan untuk menjadi usahawan.--1

2.5%14

35%25

62.5%

4.3.3 Persoalan Kajian 3

Sejauhmana kemahiran yang ada pada para belia dalam menguruskan perniagaan?

Berdasarkan Jadual 4, kajian ini mendapati bahawa purata keseluruhan mengenai kemahiran yang ada pada responden dalam menguruskan perniagaan menunjukkan terdapat purata Ya sebanyak 76.8% manakala sebanyak 23.2% purata menunjukkan responden tidak berkemahiran dalam menguruskan perniagaan.

Jadual 4.3.3 Mengenalpasti kemahiran yang ada pada para belia dalam menguruskan perniagaan

BILITEM SOALANRESPONDENPERATUS (%)

YaTidak

1. Adakah anda tahu apa kemahiran asas yang anda perlukan untuk kejayaan perniagaan anda?

Ya40100%

Tidak--

2.Adakah anda memiliki kemahiran tersebut?Ya3997.5%

Tidak12.5%

3.Jika mahu menggaji pekerja, adakah anda dapat menilai kemahiran pekerja tersebut memenuhi kehendak jawatan yang kosong?

Ya3690%

Tidak410%

4.Adakah anda pernah bekerja dengan orang lain atau dibawah syarikat dalam kapasiti pengurusan atau penyeliaan?

Ya2255%

Tidak1845%

5.Adakah anda pernah bekerja didalam bidang perniagaan yang anda hendak mulai?

Ya--

Tidak40100%

6.Adakah anda pernah mendapat latihan atau didikan dalam bidang perniagaan sama ada disekolah, pusat latihan, kursus pendek, kolej atau universiti?

Ya3895%

Tidak25%

7. Jika anda dapati bahawa anda belum memiliki kemahiran asas yang diperlukan oleh bidang yang anda ceburi, adakah anda bersedia untuk menangguhkan rancangan perniagaan hingga anda telah memiliki kemahiran tersebut melalui kursus jangka pendek atau masuk ke kolej mengambil sijil atau yang berkaitan?

Ya40100%

Tidak--

PURATA76.8%23.2%

4.4 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

4.4.1 Sikap para belia terhadap bidang keusahawanan

Kesimpulan hasil kajian dari persoalan sikap para belia terhadap bidang keusahawanan, pada keseluruhannya menunjukkan majoriti responden mempunyai sikap keusahawanan yang tinggi sebanyak 87.9%. walaubagaimanapun bagi sesetengah para belia yang tidak mempunyai sikap keusahawanan iaitu 12.1%.

4.4.2 Tahap minat para belia terhadap bidang keusahawanan

Berdasarkan penganalisisan, hasil dapatan kajian menunjukkan majoriti para belia bersetuju (65%) memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan pada masa depan. Ia betepatan dengan kenyataan yang diutarakan oleh Zaidatol Akmaliah (1997) dalam Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, menyarankan kurikulum pendidikan yang berhubung kait dengan komponen usahawan perlu diberi penekanan dalam usaha mendedahkan serta menanam kecenderungan keusahawanan kepada belia. Hasil dapatan kajian mengenai laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang kegiatan atau pendidikan yang menyediakan pengetahuan untuk menjadi usahawan majoriti responden sangat setuju (62.5%) dan selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan usahawan pelapis seiring dengan matlamat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

4.4.3 Kemahiran para belia dalam mengurus perniagaan

Keseluruhan tahap kemahiran para belia menunjukkan bahawa purata keseluruhan mengenai kemahiran dalam menguruskan perniagaan sebanyak 76.8%. Responden dapat menentukan bidang kemahiran yang dimiliki. Namun terdapat segelintir responden( 5%) yang masih belum pernah mengikuti kursus dalam bidang yang diperlukan. Responden bersedia untuk menangguhkan rancangan perniagaan dan memiliki kemahiran tersebut melalui kursus jangka pendek atau masuk ke kolej mengambil sijil atau yang berkaitan.

4.4.4 Cadangan

Bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang lebih baik, dicadangkan supaya para penyelidik pada

masa hadapan mengasingkan jantina iaitu memberi tumpuan kepada wanita dalam keusahawanan kerana wanita mampu untuk memajukan diri dalam bidang keusahawanan. Selain itu pengkaji pada masa hadapan dapat memperluaskan lagi pengambilan sampel kajian ke institusi-institusi lain selain dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kawasan Tanjong Malim, Perak. Perbezaan antara lokasi juga boleh menghasilkan dapatan yang berguna. Selain itu, kajian juga boleh dilakukan dengan menggunakan teknik temubual bagi memahami dengan lebih mendalam lagi terhadap sikap, minat dan kemahiran yang dimiliki dikalangan para belia ini adalah kerana secara temubual, pengkaji pada masa hadapan dapat memerhatikan cara gaya responden menjawab soalan dan maklumat jawapan yang diberikan adalah lebih berkesan.

BAB 5

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara. Maka kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995 sebagai badan yang menguruskan pembangunan usahawan. Usahawan mempunyai peranan dan sumbangan yang sangat besar kepada diri sendiri, masyarakat dan juga negara. Usahawan yang berjaya memiliki sifat atau sikap seperti mempunyai inisiatif yang tinggi, berani, mengambil risiko, sanggup berkorban dan sebagainya. Keadaan sosial dan faktor-faktor sosial seperti umur, budaya, masyarakat dan sebagainya dapat mempengaruhi seseorang untuk menjadi usahawan. Kemahiran dan pengalaman tertentu sangat mustahak bagi kejayaan sesuatu perniagaan. Bidang keusahawanan terdedah kepada perubahan, cabaran, persaingan dan ketidakpastian. Oleh itu, usahawan perlu bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dalam menggiatkan operasi keusahawanan. Rujukan

AB. Aziz Yusof & Zakaria Yusof (2004). Prinsip Keusahawanan. Selangor: Prentice Hall

Ajzen, I. & Fishbein, M. 1980. Understanding attitudes and predicting social behavior.

New Jersey: Prentice-Hall.

Amir Hassan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Ketiga. Tanjong Malim: Quantum Books. Bukryman Sabri et.al. Kajian Aspirasi Keusahawanan Belia Terhadap Memupuk

Budaya Keusahawanan Ke Arah Menuju Pencapaian Wawasan 2020. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. http://www. ippbm.gov.my (akses pada 10Mac 2010).

FAMA sasar 4,000 usahawan kalangan belia. (2010, Februari 28). Utusan Malaysia.

Fishbein, M. & Ajzen, I. 1975. Brief attitude, intention and behavior: An introduction to

theory and research. Reading, MA: Addison-Wesley.

Hisrich, R.D., & Peter, M.P. (1998). Entrepreneurship, 4th. Ed., Chicago, Irwin.

Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan. Meningkatkan Kapatasi dan Keupayaan. http://www.bnm.gov.my/files/ publication/sme/bm/2006/bab_5 (akses 11Mac2010).

Mohani Abdul et.al. (2008). Pembudayaan Keusahawanan. Cetakan Pertama. Selangor: Pearson Prentice Hall.

Mohd. Fadzilah Kamsah & Muhammad Zakaria (2008). Langkah Bijak Usahawan Terbilang. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Norita Deraman et.al. (2007). Keusahawanan. Selangor: McGraw-Hill Education.

RM8 Juta Untuk Geran Program Belia Usahawan. (2009, Februari 8), Utusan Malaysia.

Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (1994). Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Habibah Elias (1997). Keusahawanan dan Motivasi Diri. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SENI DAN MUZIK

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PARA BELIA MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN

BORANG SOAL SELIDIK

A. MAKLUMAT PERIBADI Semua maklumat adalah untuk kegunaan kajian sahaja.

Arahan : Anda diminta menandakan ( ) dalam bahagian yang berkenaan dan isikan maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan.

1. Jantina :

( ) Lelaki ( ) Perempuan

2. Umur :______ tahun

3. Bangsa :

( ) Melayu ( ) Cina

( ) India ( ) Lain-lain

4. Status Perkahwinan : ( ) Bujang ( ) Berkahwin

5. Lokasi tempat tinggal : ( ) Bandar ( ) Luar Bandar

6. Status Perkhidmatan : ( ) Tetap ( ) Kontrak( ) lain-lain

7. Tempoh berkhidmat sekarang :______ tahun

8. Pendapatan sebulan:

Dibawah dari RM2000 ( )

Lebih dari RM2000 ( )

9. Tahap pengajian tertinggi : ( ) Ijazah Sarjana Muda

( ) Sarjana

( ) PhD

( ) Diploma

( ) STPM

( ) SPM

( ) PMR

B. PENILAIAN SIKAP PARA BELIA TERHADAP BIDANG KEUSAHAWANANBahagian ini bertujuan untuk melihat sikap yang ada para belia dalam bidang keusahawanan.

Arahan: Tandakan (() di dalam kotak yang berkenaan

1. Adakah anda percaya kepada diri sendiri?

( ) Ya

( ) Tidak

2. Adakah anda berkebolehan untuk menghadapi risiko?

( ) Ya

( ) Tidak

3. Adakah anda bertindakbalas secara positif kepada cabaran dan sentiasa cekal menghadapi rintangan?

( ) Ya

( ) Tidak

4. Adakah anda berkebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang lain?

( ) Ya

( ) Tidak

5. Adakah anda berpengetahuan tentang pasaran?

( ) Ya

( ) Tidak

6. Adakah anda berfikiran terbuka, cergas, kreatif serta bertindakbalas terhadap cadangan-cadangan yang bernas dan dapat menerima kritikan secara positif?

( ) Ya

( ) Tidak

7. Adakah anda sentiasa bersedia untuk untuk mengambil inisiatif dan berkebolehan untuk mengenalpasti peluang-peluang yang ada?

( ) Ya

( ) Tidak

8. Adakah anda rajin dan bersungguh-sungguh?

( ) Ya

( ) Tidak

9. Adakah anda jujur dan amanah?

( ) Ya

( ) Tidak

10. Berkebolehan untuk berniaga serta berupaya untuk membuat keputusan dengan cepat dan betul?

( ) Ya

( ) Tidak

11. Berkebolehan menyelesaikan masalah sendiri?

( ) Ya

( ) Tidak

12. Berdisiplin dan konsisten semasa menjalankan tugas?

( ) Ya

( ) Tidak

C. PENILAIAN TERHADAP MINAT PARA BELIA TERHADAP BIDANG KEUSAHAWANAN

Bahagian ini bertujuan untuk melihat tahap minat para belia terhadap bidang keusahawananArahan: Tandakan (() di dalam kotak yang disediakan mengikut tahap kekerapan.

Setiap angka mewakili tahap keberkesanan;

5 = Sangat setuju

4 = setuju

3 = tidak pasti

2 = tidak setuju

1 = sangat tidak setujuBILPERKARATAHAP KEBERKESANAN

12345

1Anda memahami tentang bidang usahawan

2Adakah anda berminat mempelajari bidang keusahawanan?

3Adakah berminat dalam bidang keusahawanan disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.

4Anda berminat menceburi bidang usahawan kerana tiada pilihan kerjaya lain.

5Anda berminat dalam bidang keusahawanan disebabkan oleh dorongan keluarga.

6Anda akan memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan pada masa depan.

7Anda dari latar belakang yang berniaga atau bekerja sendiri.

8Laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang kegiatan atau pendidikan yang menyediakan pengetahuan untuk menjadi usahawan.

D. MENENTU BIDANG KEMAHIRAN ANDA

1. Adakah anda tahu apa kemahiran asas yang anda perlukan untuk kejayaan perniagaan anda?

( ) Ya

( ) Tidak

2. Adakah anda memiliki kemahiran tersebut?

( ) Ya

( ) Tidak

3. Jika mahu menggaji pekerja, adakah anda dapat menilai kemahiran pekerja tersebut memenuhi kehendak jawatan yang kosong?

( ) Ya

( ) Tidak

4. Adakah anda pernah bekerja dengan orang lain atau dibawah syarikat dalam kapasiti pengurusan atau penyeliaan?

( ) Ya

( ) Tidak

5. Adakah anda pernah bekerja didalam bidang perniagaan yang anda hendak mulai?

( ) Ya

( ) Tidak

6. Adakah anda pernah mendapat latihan atau didikan dalam bidang perniagaan sama ada disekolah, pusat latihan, kursus pendek, kolej atau universiti?

( ) Ya

( ) Tidak

7. Jika anda dapati bahawa anda belum memiliki kemahiran asas yang diperlukan oleh bidang yang anda ceburi, adakah anda bersedia untuk menangguhkan rancangan perniagaan hingga anda telah memiliki kemahiran tersebut melalui kursus jangka pendek atau masuk ke kolej mengambil sijil atau yang berkaitan?

( ) Ya

( ) Tidak