PKK presentation.pptx

44
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan individu Baka (nature) Persekitaran(nurt ure)

Transcript of PKK presentation.pptx

PowerPoint Presentation

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan individu Baka (nature)Persekitaran(nurture)Baka (nature)Johann Gregor Mendel menjalankan kajian pengaruh genetik terhadap bunga dan menemui faktor baka dalam sel gamet yang memainkan peranan yang penting sebagai penentu ciri-ciri pokok anaknya.

Pengaruh genetik

Faktor baka / gen terletak di lokus kromosom dan terdapat di dalam nukleus sel sprema dan ovum Ia menentukan ciri keturunan.Menurut kajian, individu mempunyai 23 pasangan kromosom yang mengandungi bahan DNA dan RNA dan membawa gen yang mengandungi sifat baka.Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma dan ovum bersama membentuk zigot.Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu bapa berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri dan diwarisi oleh bayi yang akan dilahir.

4

Ini merupakan keputusan kajian Mendel. Berdasarkan keputusan dan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu.Perbezaan fizikal

Setiap individu kecuali kanak-kanak kembar mempunyai ciri fizikal yang unik.Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri tersebut adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa.

Ciri fizikal = saiz badan, ketinggian, bentuk, organ deria6Perbezaan mental (kognitif)

Kajian telah membuktikan setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.Kecerdasan individu berkait dengan kecerdasan ibu bapa mereka.Ibu bapa yang cerdas pintar = anak juga cerdas pintarKajian = ahli2 psikologi Galton, Goddard, Newman, SheldonIni blh diperhatikan drp prestasi pelajar dlm kelas7Perbezaan emosi

Emosi diwarisi daripada ibu bapa.Contoh : ibu bapa mempunyai emosi kurang stabil , anak akan menjadi lebih agresif.Persekitaran (nurture)

Urie Bronfenbrenner telah mengutarakan Teori Ekologi yang mefokuskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan individu dari lahir hingga dewasa. Mirkosistem

Merujuk kepada persekitaran kanak-kanak berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa,rakan sebaya, guru-guru dalam rumah, sekolah dan persekitaran.Memainkan peranan yang tidak kurang penting.

Teori telah dibahagikan kpd 5 sistem.Mirkosistem dalam perkembangan kanak210Mesosistem

Merujuk kaitan-kaitan di antara dua mikrosistem.Contoh : - perhubungan keluarga dengan sekolah - perhubungan keluarga dengan rakan sebaya anak mereka - perhubungan sekolah dengan organisasi berkuasa.11Kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang peluang.Ekosistem

Sesuatu sistem yang melibatkan persekitaran luar dan kanak-kanak memainkan peranan secara pasif.Perkembangan dipengaruhi dengan tindakan ahli-ahli dalam ekosistem ini.Contoh : implimentasi sesuatu program utk peningkatan pencapaian murid2 oleh PIBG & pihak sekolah13Makrosistem

Merujuk kepada sistem mengenai pengaruh elemen-elemen sosiobudaya dan kedudukan sosioekonomi terhadap perkembangan kanak-kanak.Merangkumi pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.Faktor : jantina, etnik, adat resam,kedudukan sosioekonomiCth : kemiskinan merupakan salah satu aspek yg menghalang perkembangan kanak2 dgn mengurangkan keupayaan belajar mereka 14Kronosistem

Memfokus pengaruh keadaaan sosiohistorikal dan peristiwa-peristiwa terhadap perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu zaman tertentu. Cth : prestasi kanak2 lahir dlm zaman ICT adalah berbeza dgn kanak2 yang lahir sebelum alat komputer direka & diperkenalkan.15Kepentingan Teori Ekologikal BronfenbrennerMemfokuskan pengaruh sistem ekologi terhadap perkembangan kanak-kanak.Mengisikan kena pada masanya kekeosongan teori perkembangan dan pembelajaran di antara teori behavioral dan teori anthroplogikal.Bukan sahaja mengutamakan alam belajar dalam bilik darjah, tetapi juga alam persekitaran di luar bilik darjah.Dgn perkataan lain, guru tidak patut hanya menumpukan perhatian kpd aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru juga harus memberi pertimbangan pengaruh drp interaksi & komunikasi murid2 mereka dgn keluarga, rakan sebaya dan sebagainya,16Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Teori Ekologi Bronfenbrenner

IMPLIKASI STRATEGITeori BronfenBrener mempunyai implikasi terhadap diri seseorang : kanak-kanak, murid, orang dewasa melalui lima sistem iaitu:Mikrosistem MesosistemEkosistemMakrosistemKronosistemMIKROSISTEMKeluarga, sekolah dan tempat kerja merupakan tempat yang mempengaruhi seseorang individu dalam pembentukan tingkah laku mereka.

Kanak-kanak atau seseorang murid itu mempunyai pengetahuan kemahiran sedia ada yang dipelajari daripada keluarga.

Kajian Tingkah Laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-kanak Luar Bandar oleh Yahaya Juhari (2009) latar belakang keluarga mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak atau murid.

Kanak-kanak dilahir dalam sebuah rumah yang mesraKanak-kanak dilahir dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.

Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, khasnya tingkah laku dan emosi dengan sempurna.

MESOSISTEM Sesebuah kelas biasanya terdiri daripada pelbagai golongan individu yang berbeza seperti berikut :

Aspek intelek atau emosi dan sosial. Pelbagai kebolehan dengan darjah kecerdasan (IQ) ataupun kecerdasan emosiPelbagai budaya, kaum dan agamaPelbagai kelas sosialProses sosialisasiLokasi Contoh: jika guru merokok, murid menganggap merokok itu baik atau tidak memberi kesan sampingan22Guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid.

Guru berperanan penting dalam pendidikan sahsiah murid.

Guru perlulah sentiasa memberi nasihat yang berguna.

Pengaruh guru akan memberi kesan terhadap murid.

Pengaruh rakan sebaya juga adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak , khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial.

Contohnya : Mendorong peningkatan perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum.

Dipupuk dengan nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.EKOSISTEM Seseorang individu boleh mempengaruhi individu yang lain berasaskan kepada pengalaman sedia adanya.

Implikasi kepada kanak-kanak adalah persekitaran sekolah manakala implikasi kepada orang dewasa adalah lokasi tempat kerja yang dapat mempengaruhi corak tingkah laku masing-masing. Penyelesaian masalah kepada kanak-kanak : Guru melakukan kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu memberi timpuan yang lebih terhadap semua pelajar sama ada pelajar itu aktif mahupun pasif.

Aktiviti P&P mesti bersesuaian dengan minat, pengetahuan dan perkembangan murid.

MAKROSISTEM Melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma, nilai dan amalan masyarakat.

Contoh ketara bagi sesetengah masyarakat adalah peranan jantina. Sesetengah ibu bapa berfikiran konservatif terhadap jantina.Anak-anak perempuan tidak diberikan hak pendidikan yang sama berbanding anak lelaki. Oleh itu, guru perlulah memperbetulkan semula fahaman-fahaman sebegini agar tidak menjejaskan proses perkembangan kanak-kanak.

Kepercayaan-kepercayaan seperti ini juga haruslah dikikis daripada pemikiran mereka agar mereka memahami kepentingan pelajaran dalam kehidupan.

Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan.

Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman

Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin, berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna.

KRONOSISTEMMerujuk kepada perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.

Implikasi perubahan teknologi

Kesan-kesannya :Kanak-kanak mudah terdedah dengan adegan-adegan negatif dan pembawaan budaya yang teruk.Senang terpengaruh dan terikut dengan paparan-paparan yang tidak sihat.

kanak-kanak lebih gemar bermain permainan komputer berbanding bersukan atau permainan tradisional

Didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning dan atau kezaliman.Penyelesaian :Guru perlulah bijak menggunakan kecanggihan ini sebagai perangsang dalam membentuk pelajar yang serba boleh dan berkualiti.

Dalam kaedah P&P, guru dapat menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar dengan adanya kemudahan makmal komputer berbanding dahulu.Dalam kajian Clements (1994), komputer hanya mampu membantu dalam proses pembelajaran dan tidak boleh menggantikan aktiviti dan bahan seperti SeniPermainan

Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara satu yang lain. Ini bermakna, setiap orang pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain.Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran-Pembelajaran Kesediaan belajar Oleh sebab murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza.

Perkara ini perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya daripada guru dalam pemilihan kaedah dan teknik mengajar, terutama murid-murid yang lambat.

Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir.Di peringkat sekolah menengah pula, disamping perbezaan dari segi umur, faktor motivasi, tekanan emosi, pemilihan mata pelajaran yang sesuai, keyakinan diri dan sikap guru terhadap murid juga mempengaruhi kesediaan seseorang untuk belajar. Contohnya, sekiranya seorang pelajar tidak meminati mata pelajaran Geografi dipaksa oleh guru untuk mengambilnya, besar kemungkinan pelajar tersebut tidak akan menyediakan dirinya untuk belajar. Situasi ini jika berlarutan akan menyebabkan keputusan peperiksaan pelajar tersebut turut terjejas.36Objektif Pengajaran dan PembelajaranDalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai mengikut kemampuan murid. Bagi murid yang pintar, objektif pembelajaran perlu lebih tinggi daripada murid yang lemah.

Objektif pembelajaran perlu mengikut aras yang dicadangkan oleh taksonomi Bloom, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis.

Aras kesukaran pada objek atau penilaian perlu berubah mengikut prestasi murid.Bagi murid-murid yang pintar cerdas tentu memerlukan objektif yang lebih luas jika dibandingkan dengan kumpulan yang lemah.supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.37Gangguan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kesediaan belajar.

Bagi murid yang bermasalah seperti malas belajar, meminta perhatian yang berlebihan, nakal dan berkelakuan tidak senonoh, mereka akan menggangu pembelajaran. Murid-murid ini akan menggangu rakan, membuat bising dan tidak mengendahkan arahan guru.

Ada juga murid yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu yang belum disuruh, suka bertanya mengenai sesuatu yang belum diajar dan lain-lain.Ini dipanggil mengganggu yang positif.Gangguan Pengajaran dan PembelajaranMurid-murid yang bersedia belajar selalunya akan memudahkan guru memulakan pengajaran. Mereka juga biasanya saling bekerjasama dengan rakan-rakan dalam sebarang aktiviti pembelajaran yang dijalankan. 38 Perbezaan Gaya BelajarPerbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Gaya belajar dikelaskan sebagai gaya belajar bergantung, bebas, mengelak, bekerjasama, bersaing dan mengelakkan diri. Guru boleh mengenal pasti dengan jelas keenam-enam gaya belajar di atas dalam sesebuah kelas.

Menurut pakar psikologi, terdapat sekurang-kurangnya dua puluh perbezaan gaya belajar dalam kalangan individu. Oleh itu, guru perlu membuat penyelidikan bagi mengkaji dan meneliti perlakuan setiap murid dalam kelas yang diajarnya sebelum pengajaran dimulakan.Ada yang suka belajarsecara sambil mendengar muzik , ada yang suka visual, ada yang suka belajar secara individudan ada juga secara berkumpulan.39Strategi Menangani Perbezaan Individu Pendidikan Pemulihan dan Pengayaan dalam KBSR dan KBSMDi dalam Buku Panduan Am KBSR 1982, guru KBSR dikehendaki merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada kebolehan dan perbezaan murid.

Oleh itu, kaedah kumpulan disarankan untuk melaksanakan program KBSR dalam kelas. Pengajaran KemahiranPBKumpulan CerdasKumpulan SederhanaKumpulan LambatPemulihan dalam kelas biasa PPemulihan dalam Kelas Khas PPengayaanPengajaran Kemahiran BaruPetunjuk:PB : Penilaian BerterusanP : Penilaian Di bawah rancangan KBSR, semua program pemulihan adalah tertumpu kepada kumpulan kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira. Bagi KBSM, pendidikan pemulihan juga diutamakan. Ini jelas donyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana matlamat KBSM ialah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Aktiviti adalah dikendalikan oleh guru biasa, sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Murid-murid yang diberikan program pemulihan adalah murid yang gagal menguasai satu-satu kemahiran dalam masa yang tertentu.2. Untuk mencapai matlamat ini, program pendidikan haruslah mengambil kira perbezaan setiap pelajar di sekolah menengah.42 Setiap program pemulihan harus diikuti dengan aktiviti penilaian untuk menentukan kejayaan atau kegagalan program itu. Kes-kes yang tidak dapat diatasi oleh guru biasa hendaklah diserahkan kepada guru khas untuk melaksanakan program pemulihan selanjutnya.