Perwakilan Data

12
PERWAKILAN DATA Beberapa kaedah yang digunakan untuk mempamerkan data secara grafik: 1. Piktograf (Piktogram) Piktogram biasanya menggunakan lukisan dalam bentuk manusia, objek untuk mewakili sesuatu maklumat. Bilangan Basikal Yang Dijual Dalam Lima Hari Hari Bilangan Basikal (Kekerapan) Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat mewakili 5 buah basikal

description

bm

Transcript of Perwakilan Data

REPRESENTATION OF DATA

PERWAKILAN DATABeberapa kaedah yang digunakan untuk mempamerkan data secara grafik: 1. Piktograf (Piktogram) Piktogram biasanya menggunakan lukisan dalam bentuk manusia, objek untuk mewakili sesuatu maklumat. Bilangan Basikal Yang Dijual Dalam Lima HariHariBilangan Basikal(Kekerapan)

Isnin((((((

Selasa((((

Rabu((((((((((((

Khamis((

Jumaat((((((

( mewakili 5 buah basikal 2. Carta Bar (Carta Palang) Carta bar biasanya digunakan untuk tujuan membandingkan data secara kuantitatif.

`2.1 Carta bar ringkas

Berikut adalah rekod jumlah penjualan bulanan bagi 6 bulan pertama tahun 2010 koperasi sekolah XYZ. Semua nilai dalam RM,000)

Jumlah Penjualan Bulanan Dari Januari ke Jun Tahun 2010 Jumlah penjualanbulanan(RM,000)108642

0

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Bulan

Daripada carta bar ringkas di atas, kita dapat mengetahui sama ada perniagaan koperasi adalah baik atau merosot.

Bar (palang) yang dilukis mempunyai lebar yang sama dan tingginya mewakili jumlah penjualan bulan tertentu. Satu ruangan ditinggalkan antara setiap bar untuk menunjukkan tiada kaitan antara satu bulan dengan bulan yang lain.

2.2Carta bar komponen

Carta bar komponen adalah berguna jika sesuatu kuantiti itu mengandungi dua atau lebih bahagian (atau komponen).Katakan anda ingin menunjukkan dalam bentuk gambar rajah bilangan pelajar yang lulus dalam peperiksaan PMR dari tahun 2008 hingga 2010 bagi sekolah anda. Di samping itu anda juga ingin tahu daripada mereka yang lulus, berapa orang yang mendapat gred A, gred B dan gred C.

Misalnya jadual berikut menunjukkan bilangan pelajar yang lulus peperiksaan PMR dari tahun 2008 hingga 2010 serta bilangan-bilangan yang mendapat gred A, gred B dan gred C.

TahunJumlah LulusGred AGred BGred C

20082768810484

200928547121117

20103239014984

Oleh kerana jumlah kelulusan setiap tahun boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, kita gunakan bar yang mengandungi 3 komponen yang dilorekkan berlainan untuk bandingan mudah.Keputusan PMR untuk Tiga Tahun berturut-turut Mengikut Gred Bilangan Lulus

350

Gred A300

250

Gred B200

150

Gred C100

50

0 2008 2009 2010 TahunCarta bar komponen selain drp dapat membandingkan jumlah yang lulus PMR setiap tahun, ia juga dapat membandingkan perubahan jumlah dengan perubahan komponen-komponen.2.3Carta Bar Terkumpul

Jika anda hanya ingin mengetahui perubahan sebenar dalam bilangan pelajar yang mendapat gred A, gred B dang red C bagi ketiga-tiga tahun itu dengan tidak mementingkan jumlah yang lulus dalam peperiksaan,data-data itu boleh dipersembahkan dengan satu carta bar terkumpul spt dalam rajah berikut.

Daripada rajah di atas,kita dapati bahawa bilangan yang mendapat gred B pada tahun 2010 telah bertambah seramai 28 orang berbanding dengan tahun 2009. Sebenarnya bilangan gred B semakin bertambah sejak tahun 2008.

3. Carta Pai Katakan suatu maklumat berangka terdiri drp banyak komponen, cara yang sesuai untuk mewakilikan data ini ialah dengan melukiskan carta pai.

Carta pai ialah satu bulatan yang dibahagikan kepada beberapa sektor yang setiap satunya mewakili satu komponen. Luas setiap sector berkadar dengan magnitude komponen yang diwakilinya berbanding dengan jumlah keseluruhan.

Perbelanjaan Pelajar PPISMP dalam Bulan Jun 2010

Carta pai dapat menunjukkan saiz setiap komponen berbanding di antara satu sama lain dan juga dengan jumlahnya.4. Graf Garis Graf garis menunjukkan data yang dikumpul untuk suatu tempoh.

Suhu Air Suhu ( 0C)

100

80

60

40 20 0

9.05 9.10 9.15 9.20 9.25 Waktu (pagi)

Contoh 2:

Peratusan calon yang lulus mata pelajaran Matematik, Sains, BM dan BI untuk 4 tahun Peratus (%)

_1371279514.

_1371280670.

_1371237931.