Penulisan Huruf Vokal

download Penulisan Huruf Vokal

of 11

description

penulisan huruf vokal

Transcript of Penulisan Huruf Vokal

  • 5/28/2018 Penulisan Huruf Vokal

    1/11

    PENULISAN HURUF VOKAL

    Dalam bahasa Melayu, ada enam fonem vokal atau bunyi vokal standard. Huruf-

    huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o danu. Contoh

    penggunaannya seperti berikut:

    (a) Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu:

    fonem e pepet yang ditulis secara fonetik //

    foneme taling yang ditulis secara fonetik /e/

    (b) Huruf e pepet dalam sistem ejaan lama atau Ejaan Za'ba dikenali

    sebagai e bertanda atas, iaitu .

    http://3.bp.blogspot.com/-MWRFBJSSpEk/Tq9mvo-yj_I/AAAAAAAAAR4/PGCTi_P0E3A/s1600/Vokal.png
  • 5/28/2018 Penulisan Huruf Vokal

    2/11

    PENULISAN HURUF KONSONAN

    Dalam bahasa Melayu, ada 25 konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf

    konsonan. Huruf-huruf tersebut diperlihatkan seperti yang berikut:

    http://4.bp.blogspot.com/-yH47tsQcfko/Tq9zaB9VKJI/AAAAAAAAASY/XEY0yNfAUBc/s1600/Konsonen.png
  • 5/28/2018 Penulisan Huruf Vokal

    3/11

    Terdapat lima perubahan huruf konsonan daripada ejaan lama kepada Ejaan

    Rumi Baru seperti yang berikut:

    Penggunaan lambang huruf konsonan dalam ejaan lama, iaitu tanda koma di

    atas (') digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonen Rumi baharu

    mengikut peraturan yang berikut:

    Tanda koma di atas ('), iaitu yang sepadan dengan huruf

    Jawi aindihapuskan jika membuka kata. Contoh:

    'alam (alam)

    maaf (maaf)

    raI (rai)

    Tanda koma di atas (') digantikan dengan huruf konsonan kjika menutupsuku kata. Contoh:

    ma'na (makna)

    rayat (rakyat)

    tama (tamak)

    http://3.bp.blogspot.com/-00xX8SOQP_Y/Tq93I1pL9tI/AAAAAAAAASg/QtOhSjE3SQM/s1600/Ejaan+Baru.png
  • 5/28/2018 Penulisan Huruf Vokal

    4/11

    Tanda koma di atas ('), iaitu yang sepadan dengan huruf Jawi

    hamzah dihapuskan jika membuka suku kata. Contoh:

    Tanda koma di atas (') digantikan dengan huruf konsonankjika menutup

    suku kata. Contoh:

    enche' (encik)

    dato' (datuk)

    ru'yah (rukyah)

    Terdapat 3 huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v

    dan x.

    Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qafuntuk

    mengeja kata istilah agama atau kata yang berasal daripada bahasa Arab.

    Contoh:

    qadak

    qunut

    Quran

    wuquf

    Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada Inggeris dan

    bahasa-bahasa asing lain di pangkal kata atau di pangkal suku kata.

    Contoh:

    versi universiti

    vitamin subversive

    vokasional revolusi

    masalah (masalah)

    soal (soal)

  • 5/28/2018 Penulisan Huruf Vokal

    5/11

    Huruf -vepada akhir kata ditukar menjadi huruf f .Contoh:

    active (aktif)

    negative (negatif)

    octave (oktaf)

    Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus dan tidak

    ditukar kepadaz. Contoh:

    xanthate (xantat)

    xenon (xenon)

    xeromorph (xeromorf)

    PENULISAN DIGRAF

    Daripada sejumlah 26 huruf konsonan dalam bahasa Melayu, terdapat 5 huruf

    gabungan yang disebut digraf atau konsonan rangkap. Digraf ialah gabungan

    huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. 5

    digraf dalam bahasa Melayu itu ialah gh, kh, ng, ny dansyseperti contoh berikut:

    Bil Digraf Awal Tengah Akhir

    1 kh khusus akhbar tarikh

    2 gh ghaib maghrib mubaligh

    3 ng nganga hangat kampung4 ny nyala hanyut

    5 sy syarat masyarakat Quraisy

    PENULISAN DIFTONG

    Dalam bahasa Melayu, ada 3 fonem diftong yang dilambangkan oleh 3 pasang

    huruf vokal. Fonem diftong diperlihatkan seperti yang berikut:

    Fonem Huruf Depan Tengah Belakang/ai/ ai aising ghairah Landai

    /au/ Au auratauditorium

    saudara harimau

    /oi/ Oi oidium boikot kaloi

  • 5/28/2018 Penulisan Huruf Vokal

    6/11

    PENGENALAN HURUF VOKAL

    Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam

    bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.

    Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [] dan [a]

    manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [] dan satuvokal tengah, iaitu [].secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal

    sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut

    persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

    Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika

    menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak

    dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan

    kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari

    paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

    Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa

    ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan,

    bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turunnaik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau

    diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -

    paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau

    oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar

    melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal

    yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari

    paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong

    dan vokal rangkap.

  • 5/28/2018 Penulisan Huruf Vokal

    7/11

    PENGENALAN HURUF KONSONAN

    Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat

    gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu.

    Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara.

    Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara

    yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak

    bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak

    menggetarkan pita suara.

    Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli

    dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan

    yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang

    perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis

    konsonan iaitu :

    a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

    b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

    c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

    d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? )

    e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s)

    dan geseran glotis bersuara ( h ).

    g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ).

    h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ).

    i) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n )

    j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir

    bersuara (w).

    k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

    Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi

    seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan

    rongga hidung.

  • 5/28/2018 Penulisan Huruf Vokal

    8/11

    SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL

    Terdapat dua sistem pengejaan baru bahasa Melayu iaitu Sistem Keselarasan

    Huruf Vokal yang digunakan untuk mengeja kata bahasa Melayu dan Sistem

    Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal yang digunakan untuk pengejaan kata

    pinjaman.

    Pola Keselarasan Huruf Vokal.

    Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu terdapat lapan belas (18) pola

    keselarasan huruf vokal.

    Keselarasan huruf vokal ialah kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk

    dua suku kata pada kata dasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada

    suku kata praakhir dan pada suku kata akhir tertutup.

    Keselarasan huruf vokal ini terbentuk berasaskan prinsip:

    i. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak

    melibatkan pengimbuhan.

    ii. Kata dasar yang berakhiran dengan suku kata tertutup iaitu tidakmelibatkan suku kata akhir terbuka.

    iii. Bagi kata yang lebih daripada dua suku kata , yang termasuk

    dalam sistem keselarasan huruf vokal ini hanyalah daripada dua

    suku kata yang terakhir sahaja.

    18 Pola Keselarasan Huruf Vokal yang Utama.

  • 5/28/2018 Penulisan Huruf Vokal

    9/11

    Pola Contoh Penggunaan

    1) a - a = asah, balak, halaman

    2) a - I = alih, balik, sumbangsih

    3) a - u = asuh, datuk, lembayung

    4) e pepet - a = emas, kelam, cemerlang

    5) e pepet - i = lebih, betik, sembelih

    6) e pepet - u = telur, tempuh, temenggung

    7) e taling - a = elak, dewan, belerang

    8) e taling - e taling = leceh, gelek, selekeh.

    9) e taling - o = esok, telor, selekoh.

    10) i - a = ingat, kilang, selinap

    11) i - I = intip, sisih, belimbimg

    12) i - u = riuh, tidur, periuk

    13) o - a = otak, borang, sekolah

    14) o - e taling = oleh, boleh,celoteh.

    15) o - o = obor,borong,kelompok

    16) u - a = ubat, tumpang, ketupat17) u - i = usik, kuih, gerusih

    18) u - u = untuk, tunduk, tengkujuh.

    Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV)

    Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang ada sekarang terdapat

    beberapa perkataan yang dikecualikan daripada hukum keselarasan vokal.

    Hukum ini dilaksanakan kepada beberapa perkataan yang berasal daripada

    bahasa Nusantara dan kata serapan daripada bahasa Inggeris. Hukum ini

    dikenali sebagai Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV).

  • 5/28/2018 Penulisan Huruf Vokal

    10/11

    Terdapat sejumlah perkataan daripada bahasa Jawa yang sering

    digunakan dalam bahasa Melayu, namun pengejaannya dikecualikan

    daripada hukum keselarasan vokal yang digunakan. Perkataan-perkataan

    tersebut ialah aneh, perabot, lancong, lakon, calon, lapor, tulen, pamer,

    kaget, gembleng.

    Dalam hal ini ramai yang masih keliru dengan pengejaan perkataan-

    perkataan yang disebutkan itu. Cara terbaik untuk itu ialah dengan

    menghafazkannya, ia merupakan salah satu langkah terbaik.

    Hukum kekecualian keselarasan vokal melibatkan pasangan vokal berikut:-

    i. a - e (t) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah a - i .

    Misalnya dalam perkataan /aneh/ dan /kaget/ polanya ialah a - e

    bukan dieja sebagai /anih/ dan /kagit/ yang menggunakan pola a - i

    seperti dalam perkataan balik, kalis, masin yang terdapat dalam sistem

    keselarasan vokal

    ii. a - o yang sepatutnya keselarasan vokal ialah a - u .

    Misalnya dalam perkataan /calon/ dan /lapor/ polanya ialah a - u

    bukan dieja sebagai /calun/ dan /lapur/ yang menggunakan pola a - u

    seperti yang digunakan untuk mengeja kata kasut, amuk dan anjung

    dalam sistem keselarasan vokal.

    iii. u - e (t) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah u - i .

    Misalnya dalam perkataan /tulen/ dan /ulet/ polanya ialah u - i bukan

    dieja sebagai /tulin/ dan /ulit/ yang menggunakan pola u - i seperti

    dalam perkataan kuih, tumis, kudis, bunyi yang terdapat dalam sistem

    keselarasan vokal.

  • 5/28/2018 Penulisan Huruf Vokal

    11/11

    iv. e (p) - e (p) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah e

    (p) - i .

    Misalnya dalam perkataan /pepet/ dan /demdem/ polanya ialah e (p)

    - e (p) bukan dieja sebagai /pepit/ dan /demdim/ yang menggunakan

    pola e (p) - i seperti dalam perkataan kecil, degil, yang terdapat dalam

    sistem keselarasan vokal.

    Rumusan: Kekecualian hukum ini untuk perkataan yang berasal daripada

    bahasa di Nusantara khususnya bahasa Indonesia.