penjodoh bilangan tahun 3

18
PENJODOH BILANGAN TAHUN 3 DISEDIAKAN OLEH : LALITHA A/P PANEERSELVAM M20142001930 KPT 6044 (PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB DAN TEKNOLOGI) PM DATO’DR ABD LATIF HJ GAPOR BAHASA MALAYSIA

Transcript of penjodoh bilangan tahun 3

Page 1: penjodoh bilangan tahun 3

PENJODOH BILANGAN TAHUN 3

DISEDIAKAN OLEH :

LALITHA A/P PANEERSELVAM M20142001930

KPT 6044 (PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB DAN TEKNOLOGI)

PM DATO’DR ABD LATIF HJ GAPOR

BAHASA MALAYSIA

Page 2: penjodoh bilangan tahun 3

MAKSUD : Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama - sama kata bilangan. Beberapa contoh penjodoh bilangan ialah buah,biji,batang,utas,kaki, rawan,bidang,dan sebagainya.

PENJODOH BILANGAN

Page 3: penjodoh bilangan tahun 3

1.  Penjodoh bilangan mesti diletakkan selepas kata bilangan dan sebelum kata nama yang mengikutnya .Contohnya:       • dua biji bola                  • beberapa ekor burung

2.  Elakkan penggunaan penjodoh bilangan yang melibatkan ukuran. Contoh:     • sekilo gula                      • empat meter kain

Page 4: penjodoh bilangan tahun 3

Senarai penjodoh bilangan,Kegunaan dan

contoh kegunaan.

Page 5: penjodoh bilangan tahun 3

bijiDigunakan untuk : Jenis buah-buahan dan benda yang bulat.Contoh penggunaan : ciku, durian, nanas, tembikai, batu, bola, butang, cawan, gasing, gula-gula, guli, pinggan, telur.

Page 6: penjodoh bilangan tahun 3

batangDigunakan untuk : Benda yang lurus, panjang dan keras.Contoh penggunaan : berus gigi, galah, gigi, jalan, jari, kapur, kayu, lidi, lilin, mancis, paku, pembaris, pena, pensel, penyapu sungai, tiang, tongkat.

Page 7: penjodoh bilangan tahun 3

kepingDigunakan untuk : Benda yang rata, nipis dan lebar.

Contoh penggunaan : atap, biskut, gambar, getah, kad, kertas, kuih papan, roti, tanah.

Page 8: penjodoh bilangan tahun 3

buahDigunakan untuk :Benda yang besar, tempat, bangunan dan semua jenis kenderaan.

Contoh penggunaan : almari, basikal, beg, songkok, kereta, lori, kapal, feri, stadium, atsik, komputer, kipas angin, alat hawa dingin, pencetak dan telefon bimbit.

Page 9: penjodoh bilangan tahun 3

barisDigunakan untuk :Benda yang berbaris atau manusia yang

beratur.

Contoh penggunaan : bangku, kedai, murid, orang, pokok, rumah, tulisan.

Page 10: penjodoh bilangan tahun 3

jambakDigunakan untuk : Benda yang berangkai-rangkai.

Contoh penggunaan : bunga, kunci.

Page 11: penjodoh bilangan tahun 3

tangkai

Digunakan untuk : Benda yang bertangkai.

Contoh penggunaan : buah-buahan, bunga , daun.

Page 12: penjodoh bilangan tahun 3

utas

Digunakan untuk : Benda yang panjang dan dapat digulung.

Contoh penggunaan : dawai, rantai, tali.

Page 13: penjodoh bilangan tahun 3

kuntumDigunakan untuk : Bunga.

Contoh penggunaan : anggerik, kenanga, melur, mawar, teratai

Page 14: penjodoh bilangan tahun 3

bilahDigunakan untuk : Benda yang tajam dan runcing.

Contoh penggunaan : gergaji, gunting, kapak, keris, lembing, parang, pedang, sabit, pisau, tombak.

Page 15: penjodoh bilangan tahun 3

ekorDigunakan untuk : Binatang, ikan dan serangga.

Contoh penggunaan : angsa, arnab, ayam, cicak, gajah, nyamuk, jerung, ketam, lebah, siput, rama-rama dan burung gagak

Page 17: penjodoh bilangan tahun 3

            bilah              ulas             buah(a)

(b)

(c)

(a)

(b)

(c)

(a)

(b)

(c)            bilah              utas             buah(a)

(b)

(c)

(a)

(b)

(c)

(a)

(b)

(c)

LATIHAN BERGAMBARA. Berikan tiga contoh benda yang menggunakan penjodoh bilangan yang sama dengan   gambar yang diberikan.

Page 18: penjodoh bilangan tahun 3

             batang               biji            helai(a)(b)(c)

(a)(b)(c)

(a)(b)(c)

            bilah              ulas             buah(a)

(b)

(c)

(a)

(b)

(c)

(a)

(b)

(c)

             batang               biji            ekor(a)(b)(c)

(a)(b)(c)

(a)(b)(c)

LATIHAN BERGAMBARA. Berikan tiga contoh benda yang menggunakan penjodoh bilangan yang sama dengan   gambar yang diberikan.