Penggunaan BSPP dalam mata pelajaran sejarah

8
Nama: Normunira binti Muhammed Yaccoff Unit : Sejarah Jun 2014 1.0 Pengenalan Kekuatan pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh guru sejarah memainkan peranan yang cukup penting agar pelajar dapat mengetahui, memahami, menghayati dan meminati pendidikan sejarah (Ishak saat, 2012). Tuntutan pembelajaran matapelajaran sejarah yang mengamalkan kemahiran meneroka bukti, kronologi, interpretasi, rasionalisasi, imaginasi dan empati juga bertujuan agar pelajar dapat mengetahui, memahami, menghayati dan meminati pendidikan sejarah. Oleh yang demikian, guru sejarah telah mengamalkan pelbagai inovasi dalam proses pengajarannya bagi memastikan perkara tersebut. Hal ini jelas menangkis isu pembelajaran sejarah hanya melibatkan teknik hafal fakta serta membosankan (Azman Azhari, 2014). Penyataan Ishak Saat (2012) menjawab persolan tersebut dengan menyatakan proses pembelajaran sejarah memerlukan sumber sejarah sebagai bahan sokongan untuk membangkitkan minat pelajar. Kesimpulannya, guru haruslah menggunakan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran sejarah bagi menghasilkan pembelajaran yang efektif dan berkesan. 2.0 Bahan bantu mengajar (BAHAN BANTU MENGAJAR). Atan Long (1982) menyatakan BAHAN BANTU MENGAJAR terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Jelaslah bahawa medium yang digunakan bagi membantu guru dalam proses pengajarannya dinamakan BAHAN BANTU MENGAJAR adalah dalam bentuk yang pelbagai dan dikategorikan mengikut jenis bahan iaitu bahan bercetak, bahan maujud dan bahan elektronik. Jelaslah pelbagai bentuk BAHAN BANTU MENGAJAR telah didedahkan kepada guru sejak tahu 80-an. Koleksi BMM yang pelbagai sudah semestinya membantu guru untuk membuat inovasi terhadap BAHAN BANTU MENGAJAR sedia ada dan membentuk BAHAN BANTU MENGAJAR yang paling berkesan. 2.1 Kepentingan penggunaan BAHAN BANTU MENGAJAR Isu mengenai P&P Sejarah kurang berjaya menarik minat telah ditimbulkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-170 (Pusat Perkembangan Kurikulum: 2003). Minat murid terhadap kandungan pengajaran guru adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan pembelajaran murid. Fasa Pembelajaran Gagne dalam Halimatussaadiah et. al (2015) turut mengukuhkan penyataan pentingnya peringkat menarik perhatian murid dalam memastikan 5

description

..

Transcript of Penggunaan BSPP dalam mata pelajaran sejarah

Page 1: Penggunaan BSPP dalam mata pelajaran sejarah

Nama: Normunira binti Muhammed YaccoffUnit : Sejarah Jun 2014

1.0 Pengenalan

Kekuatan pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh guru sejarah

memainkan peranan yang cukup penting agar pelajar dapat mengetahui, memahami,

menghayati dan meminati pendidikan sejarah (Ishak saat, 2012). Tuntutan pembelajaran

matapelajaran sejarah yang mengamalkan kemahiran meneroka bukti, kronologi, interpretasi,

rasionalisasi, imaginasi dan empati juga bertujuan agar pelajar dapat mengetahui, memahami,

menghayati dan meminati pendidikan sejarah. Oleh yang demikian, guru sejarah telah

mengamalkan pelbagai inovasi dalam proses pengajarannya bagi memastikan perkara

tersebut. Hal ini jelas menangkis isu pembelajaran sejarah hanya melibatkan teknik hafal fakta

serta membosankan (Azman Azhari, 2014). Penyataan Ishak Saat (2012) menjawab persolan

tersebut dengan menyatakan proses pembelajaran sejarah memerlukan sumber sejarah

sebagai bahan sokongan untuk membangkitkan minat pelajar. Kesimpulannya, guru haruslah

menggunakan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran sejarah bagi menghasilkan

pembelajaran yang efektif dan berkesan.

2.0 Bahan bantu mengajar (BAHAN BANTU MENGAJAR).

Atan Long (1982) menyatakan BAHAN BANTU MENGAJAR terdiri daripada pelbagai

bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk

buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Jelaslah bahawa medium

yang digunakan bagi membantu guru dalam proses pengajarannya dinamakan BAHAN BANTU

MENGAJAR adalah dalam bentuk yang pelbagai dan dikategorikan mengikut jenis bahan iaitu

bahan bercetak, bahan maujud dan bahan elektronik. Jelaslah pelbagai bentuk BAHAN BANTU

MENGAJAR telah didedahkan kepada guru sejak tahu 80-an. Koleksi BMM yang pelbagai

sudah semestinya membantu guru untuk membuat inovasi terhadap BAHAN BANTU

MENGAJAR sedia ada dan membentuk BAHAN BANTU MENGAJAR yang paling berkesan.

2.1 Kepentingan penggunaan BAHAN BANTU MENGAJAR

Isu mengenai P&P Sejarah kurang berjaya menarik minat telah ditimbulkan dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-170 (Pusat Perkembangan

Kurikulum: 2003). Minat murid terhadap kandungan pengajaran guru adalah sangat penting

dalam memastikan keberkesanan pembelajaran murid. Fasa Pembelajaran Gagne dalam

Halimatussaadiah et. al (2015) turut mengukuhkan penyataan pentingnya peringkat menarik

5

Page 2: Penggunaan BSPP dalam mata pelajaran sejarah

Nama: Normunira binti Muhammed YaccoffUnit : Sejarah Jun 2014

perhatian murid dalam memastikan berlakunya proses pembelajaran murid. Minat terhadap

sesuatu pengajaran akan dapat menarik perhatian murid untuk fokus terhadap proses

pembelajaran seterusnya mengaktifkan minda murid kerana. Menurut fasa pembelajaran

Gagne pembelajaran tidak akan berlaku sekiranya tiada perhatian.

3.0 KEBERKESANAN BAHAN BERCETAK PETA BERMAKLUMAT TEKA-TEKI.

Bahan bercetak ini adalah inovasi daripada peta kosong dan seterusnya mempunyai

maklumat berkenaan negeri di Malaysia pada sampul bahagian belakang peta serta teka teki

berkenaan negeri yang terdapat pada peta.

3.1 Menarik minat melalui Kaedah Penyoalan

Bahan bercetak tersebut mempunyai pelbagai fungsi dalam menarik minat murid

untuk mengikuti pembelajaran mata pelajaran sejarah. Contohnya Kad imbasan teka-

teki adalah bertujuan untuk pengukuhan dan kaedah penyoalan. Kaedah penyoalan

adalah sesuai bagi menarik minat murid dan mengembangkan tahap kognitif murid.

Penyataan ini adalah berdasarkan penyataan Adenan dan Khairuddin (2012) yang

menyatakan objektif kaedah penyoalan adalah melibatkan murid secara aktif. Jelaslah

penggunaan kad imbasan teka-teki dalam kaedah penyoalan mampu menarik minat

murid untuk mengikuti proses pembelajaran. John W. Satrock (2011) menyatakan

6

Belakang

Peta berserta poket flash card teka teki.

Kad imbasan teka teki peta

Page 3: Penggunaan BSPP dalam mata pelajaran sejarah

Nama: Normunira binti Muhammed YaccoffUnit : Sejarah Jun 2014

intelligent is ability to solve problems. Jelaslah penyelesaian soalan kad imbasan teka

teki peta ini turut tahap kognitif murid di samping menggalakkan penglibatan murid

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pembelajaran afektif dan

berkesan.

3.2 Penyertaan aktif mampu meningkatkan tahap kognitif murid

Seterusnya kaedah penggunaan bahan bercetak ini juga mampu

mengembangkan tahap kognitif murid yang membawa kepada matlamat asal

pembelajaran iaitu perubahan murid daripada tidak tahu kepada berpengetahuan

(Halimatussaadiah, 2015). Hal demikian kerana murid akan menghujahkan jawapan

teka teki pada kad imbasan yang wajar menurut pemikiranya berdasarkan pengetahuan

murid. Jelaslah penggunaan kad imbasan teka teki peta ini menggalakkan pembelajaran

kognitif murid. Benjamin S. Bloom menyatakan hujahan murid adalah menunjukkan

penggunaan mental murid. Jelaslah penglibatan murid dengan menyatakan jawapan

berdasarkan hujahan adalah melibatkan pembelajaran kognitif sekaligus mentafsir

jawapan soalan pada kad imbasan teka teki peta. Terbuktilah, Penggunaan kad

imbasan teka teki peta ini jelas mengembangkan tahap kognitif murid dan

menggalakkan kemahiran pemikiran sejarah iaitu tafsiran,rasionalisasi dan imaginasi.

Kesimpulannya penyertaan aktif murid menunjukkan minat terhadap Sejarah.

3.3 Mengatasai masalah pembelajaran sejarah yang bosan.

Selain itu, penggunaan kad imbasan teka teki peta peta sebagai bahan bantu

mengajar bahan bercetak juga dapat mengelakkan murid bosan dengan teknik hafalan

yang biasa diaplikasikan dalam pembelajaran mata pelajaran sejarah. Jelaslah, kad

imbasan teka teki peta mampu mempelbagaikan kaedah dalam pembelajaran sejarah.

Seterusnya, kaedah yang pelbagai ini mampu mengelakkan pelajar menghafal peristiwa

sejarah tanpa menghayati dan memahaminya. Terbuktilah, bahan bercetak ini juga

bertujuan mencapai objektif pembelajaran mata pelajaran sejarah yang menginginkan

murid menghayati peristiwa bersejarah bagi memupuk semangat patriotik dan bukan

hanya menghafal fakta untuk tujuan peperiksaan (Zahara & Nik Azleena, 2007).

3.4 Menghargai kepelbagaian pelajar

Kepelbagaian kecerdasan murid memerlukan guru untuk mempelbagaikan

kaedah pengajarannya untuk menarik minat murid terhadap proses pengajarannya. Peta

7

Page 4: Penggunaan BSPP dalam mata pelajaran sejarah

Nama: Normunira binti Muhammed YaccoffUnit : Sejarah Jun 2014

berfungsi menghargai kepelbagaian kecerdasan murid. L.I Thunston dalam

Halimatussaadiah (2015) menyatakan setiap individu memiliki kecerdasan asas yang

meliputi keupayaan verbal, mengira, fasih, berkata-kata, ruang visual, mengasosiasi

memori, pemikiran logik dan membuat persepsi. Penggunaan peta adalah melibatkan

Fkecerdasan ruang visual. Menurut Garden dalam Halimatussaadiah (2015)

menyatakan keupayaan ruang-visual adalah memperincikan sesuatu yang dilihat dan

mengubahnya dalam bentuk objek visual. Jelaslah murid yang mempunyai kecerdasan

visual adalah mempunyai kekuatan pada deria penglihatan. Oleh yang demikian guru

haruslah melibatkan deria penglihatan murid untuk menghasilkan pembelajaran yang

berkesan pada pelajar visual. Penggunaan peta merupakan satu contoh bahan bantu

mengajar bercetak bagi pelajar visual supaya dapat memberi gambaran yang sebenar

kedudukan tempat bersejarah berserta maklumat tempat berkenaan disebelah peta.

Oleh itu, murid dapat merasionalkan sesuatu peristiwa bersejarah berdasarkan

kedudukan tempat pada peta. Jelaslah ia membantu murid mengingat lokasi dan

maklumat secara bersamaan dan ia jelas dapat mengukuhkan ingatan murid tentang

peristiwa bersejarah tersebut.

3.5 Memudahkan murid mengingat fakta.

Selain itu, penggunaan bahan bercetak peta berserta maklumat dalam

menyampaikan fakta dan peristiwa bersejarah turut dapat membentuk memori ingatan

jangka pendek dan jangka panjang berkenaan input yang guru sampaikan. Alan

Baddeley’s model of working memory in John Santrock (2011) notice that it includes two

short-term stores-one for speech and one for visual and spatial information-as well as a

central executive. It is the job of the central executive to monitor and control the system-

determining what information is stored relating information from long-term memory to the

information in the short term stores and moving information into long term memory.

Penyataan beliau jelas menunjukkan aktiviti visual turut membantu membentuk memori

murid yang membolehkan murid mengingat fakta. Contohnya, peta berfungsi sebagai

bahan konkrit yang dapat menjelaskan konsep yang abstrak sama ada perkataan yang

ditulis atau disebut oleh guru melalui pembentukan imej mental dalam minda murid

(John W. Santrock, 2011) . Pembentukan imej mental ini akan membantu murid untuk

lebih faham dan jelas tentang perkara yang disampaikan oleh guru. Jelaslah, kalaborasi

peta bersama kad imbasan teka-teki jelas bertujuan mengukuhkan ingatan murid serta

menjelaskan peristiwa tersebut dengan lebih terperinci.

8

Page 5: Penggunaan BSPP dalam mata pelajaran sejarah

Nama: Normunira binti Muhammed YaccoffUnit : Sejarah Jun 2014

3.6 Memudahkan penyampaian peristiwa bersejarah yang berkesinambungan

Seterusnya penggunaan peta turut membantu memudahkan penyampaian guru.

Menurut A.A Padi peristiwa sejarah pasti tidak dapat dilepaskan dari tempat di mana

peristiwa tersebut terjadi. Buktinya, topik dua dalam buku teks sejarah tahun lima

memisahkan tajuk-tajuk yang berkaitan kepada unit-unit. Misalnya, Unit empat:

tergugatnya kedaulatan negara dan unit lima: perjuangan tokoh tempatan. Guru dapat

menyatakan maklumat dan rentetan peristiwa kemasukan kuasa luar dan tokoh pejuang

di kerajaan berkenaan menggunakan peta yang sama agar murid tidak mengasing fakta

yang sebenarnya berkaitan. Ia bertujuan agar murid mengetahui kronologi peristiwa

dengan lebih jelas. Jelaslah, penggunaan peta adalah membantu penyusunan maklumat

dengan teratur. Seterusnya, membantu murid membuat perkaitan tentang peristiwa

sesuatu tempat serta mengetahui kronologi sesuatu peristiwa dengan jelas tanpa

mengasingkan peristiwa-peristiwa yang berentetan. Tegasnya, setiap peristiwa

bersejarah yang berlaku adalah mempunyai kronologi. Jelaslah penggunaan peta turut

membantu memudahkan penyampaian guru dan kefahaman murid terhadap peristiwa

sejarah secara teratur atau berkronologi.

3.7 Pembelajaran Inkuiri

Kalaborasi maklumat dan peta bertujuan untuk membimbing pelajar sekiranya

pelajar tidak dapat menjawab soalan teka-teki pada kad imbasan yang telah guru

berikan. Pelajar akan mencari kad yang yang berkaitan dan merasionalisasikan

jawapannya. Aktiviti ini menggalakkan pembelajaran dalam bentuk inkuiri iaitu murid

meneroka sendiri maklumat dan mencari jalan penyelesaian. Menurut Bruner dalam

Halimatussaadiah (2015) murid akan lebih mudah mengingati maklumat kerana murid

terlibat secara aktif dalam penyelesaian masalah tersebut. Selain itu, aktiviti ini juga turut

menggalakkan kemahiran berfikir murid dalam mencari jawapan yang sesuaidan

seterusnya membawa kepada pembelajaran masteri. Buktinya, John W. Santrock

menyatakan more you challenge your brain to learn, the more your brain cell grow.

Jelaslah bahawa bahan bercetak ini menggalakkan murid mencari maklumat dengan

lebih mendalam seterusnya menguasai tajuk dengan jelas dan terperinci.

9

Page 6: Penggunaan BSPP dalam mata pelajaran sejarah

Nama: Normunira binti Muhammed YaccoffUnit : Sejarah Jun 2014

3.8 Kaedah Masteri

Pembelajaran inkuiri yang dilakukan dengan meneroka peta seterusnya

membawa kepada pembelajaran masteri murid. Murid akan dapat menguasai serta

menghayati sesuatu peristiwa bersejarah dan melahirkan semangat patriotik murid.

Buktinya Dweck & Master dalam John W. Santrock menyatakan kerja keras akan

membawa anda semakin banyak mencuba dan menyebabkan anda lebih

berpengetahuan. Kesimpulannya murid tersebut haruslah melibatkan diri sepenuhnya

agar pelajar lebih berpengetahuan tentang pembelajaran atau peristiwa bersejarah.

Contohnya, Abruscato & DeRosa dalam John W. Santrock menyatakan children should

be encouraged to explore their world, discover knowledge, reflect, and think critically

with careful monitoring and guidance from the teacher. Jelaslah penggunaan maklumat

yang terdapat pada peta membantu murid meneroka maklumat untuk menjawab soalan

teka-teki dan seterusnya mencapai pembelajaran masteri. Aktiviti ini sememangnya

membentuk pengalaman bermakna murid kerana terlibat lansung secara aktif dan guru

hanya menegur sekiranya murid membuat kesilapan dalam menyampaikan fakta. Maka

murid akan dapat membetulkan maklumat yang diperoleh dengan fakta betul dan tepat.

Tegasnya, bahan bercetak mampu menarik minat murid, menggalakkan

Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam pembelajaran, meningkatkan tahap kognitif,

melahirkan semangat patriotisme, menhargai kepelbagaian murid, memudahkan murid

mengingat fakta seterusnya menghayati peristiwa tersebut, penyampaian maklumat

dalam bentuk konkrit serta mempunyai rentetan, membawa kepada pembelajaran

masteri dan mampu memberi gambaran sebenar berkenaan sesuatu peristiwa.

4.0 Faktor pemilihan kad imbasan teka teki peta

Kewujudan bahan bantu mengajar yang pelbagai jenis memerlukan guru memilih bahan

yang paling efektif, berkesan dan sesuai berdasarkan beberapa faktor iaitu pengurusan dan

pentadbiran, peralatan dan tempat, kepentingan penggunaan, dan penyediaan serta

penggunaan (Kamarul Azmi, 2011). Jelaslah, pemilihan setiap bahan adalah dipengaruhi

kelemahan dan kekuatannya berdasarkan beberapa faktor yang diberi perhatian. Hal ini terbukti

melalui beberapa kajian yang dijalankan oleh para pengkaji. Antaranya, Kamarul Azmi (2011)

menetapkan ciri- ciri asas dalam pemilihan bahan bantu mengajar mestilah menjelaskan idea

yang kabur, menjelaskan bahagian yang sukar difahami, besar dan jelas, warna yang menarik

dan saiz yang tepat, tahan lama, paling memberi kesan dan murah. Tegasnya, ciri-ciri yang

10

Page 7: Penggunaan BSPP dalam mata pelajaran sejarah

Nama: Normunira binti Muhammed YaccoffUnit : Sejarah Jun 2014

dijelaskan adalah sangat bertepatan dengan sifat bahan bercetak hanya memerlukan kos

penyediaan yang rendah serta sesuai dan mudah digunakan dalam proses pengajaran.

Buktinya, Abdul Rahim dan Hayazi dalam kajiannya menyatakan jumlah guru yang

menggunakan Bahan bantu mengajar bercetak adalah paling tinggi. Jelaslah penggunaan

Bahan bantu mengajar bercetak adalah paling berkesan, mudah dan praktikal untuk digunakan

oleh guru.

4.1 Kebolehgunaan.

Pernyataan ini disokong oleh Saemah Rahman & Siti Fatimah (2008) yang

menjelaskan bahan bercetak adalah bahan yang dapat memberi maklumat yang jelas

dan pemerolehan maklumat cepat. Jelaslah bahawa bahan bercetak dapat menjelaskan

bahagian yang sukar difahami dengan turut menjelaskan idea yang kabur. Menurut

beliau lagi maklumat dalam bahan bercetak adalah berfokus kepada maklumat yang

diinginkan. Hal ini bagi mengelakkan murid kebosanan mencari maklumat yang

diperlukan akibat kebanjiran maklumat. Tegasnya maklumat kad imbasan teka teki peta

adalah mempunyai bahasa dan maklumat yang jelas dan mudah difahami.

4.2 Mobiliti.

Bahan yang dihasilkan adalah mudah untuk digunakan dan tidak memerlukan

masa untuk membuat aturan bahan di awal masa kerana bahan telah siap digunakan.

Menurut Yusuf Hasyim (1994) bahan ini mempunyai ciri keserasian iaitu sejauhmanakah

idea, amalan atau bahan itu serasi atau bernilai dengan mengambil kira pengetahuan

atau kemahiran sedia ada serta keperluan guru dan pelajar. Sekiranya inovasi itu tidak

serasi atau tidak selari dengan pengetahuan kemahiran, keperluan dan budaya guru

dan pelajar, maka kadar penerimaan dan penggunaan inovasi itu akan lewat diterima

ataupun tidak diterima langsung. Jelaslah kad imbasan teka teki peta adalah praktikal

digunakan di seluruh Sekolah di Malaysia. Pada Zaman abad ke-21 ini, teknologi

memang memainkan peranan penting tetapi terdapat halangan sekiranya sesebuah

sekolah mengami masalah bekalan elektrik dan sambungan internet misalnya. Jelaslah

faktor keserasia turut perlu diberi perhatian dalam pemilihan bahan bantu mengajar.

4.3 Bahan Mentah

Seterusnya adalah penggunaan bahan mentah. Bagi bahan bantu mengajar

sumber bercetak, bahan utama untuk menghasilkannya adalah menggunakan bahan

11

Page 8: Penggunaan BSPP dalam mata pelajaran sejarah

Nama: Normunira binti Muhammed YaccoffUnit : Sejarah Jun 2014

kitar semula. Contohnya, kad imbasan teka teki peta yang dihasilkan adalah

menggunakan kotak. Hal ini dapat membantu mengatasi masalah kekurangan

peruntukan kewangan. Hal demikian kerana penggunaan bahan kitar semula hanya

memerlukan kos yang sedikit berbanding penggunaan bahan teknologi dan bahan

maujud.

4.4 Saiz dan warna

Akhir sekali adalah penggunaan warna yang menarik dan saiz bahan bercetak.

Abdul Rahman Ahmad (2003) dalam kajiannya menyatakan penggunaan warna menarik

mampu meningkatkan pemerolehan maklumat berkaitan dengan sesuatu pembelajaran.

Jelaslah pengunaan kertas warna untuk kad imbasan teka teki peta dan warna pada

kotak terpakai adalah sesuai bagi memaksimumkan pemerolehan maklumat murid

dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Saiz bahan juga adalah besar dan

dipaparkan dihadapan kelas. Walaupun demikian, murid turut boleh merujuk peta yang

terdapat dalam buku teks kerana peta yang dihasilkan adalah sama dengan peta yang

terdapat dalam buku teks. Jelaslah guru boleh memilih warna, melakar peta yang sesuai

dengan tajuk pengajaran dan menyusun maklumat dengan kemas kerana bahan

bercetak adalah bersifat mudah atur.

5.0 Rumusan

Inovasi bermaksud idea, amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan

kepada seseorang individu atau sistem sosial. la juga bermaksud idea, latihan atau objek yang

dianggap 'baru' oleh sesorang individu (Rogers dalam A.A Padi, 1994). Bahan bercetak

sememangnya sesuai, berkesan dan mudah dipraktikkan oleh guru dalam pelbagai situasi

sekalipun. Jelaslah bahan bercetak wajar digunakan pada abad kemajuan teknologi sedang

berkembang pesat sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan. Jelaslah inovasi bukanlah

merangkumi penggunaan teknologi semata-mata. Kesimpulannya, bahan bercetak turut boleh

diinovasikan mengikut keperluan murid dan kebolehan guru agar fungsi bahan dapat

dioptimumkan.

12