Pengadilan Moral

3
5. Pengadilan Moral Definisi 1. Kosim Ahmad: perlakuan menjatuhkan hukuman, atau mengenakan penilaian tertentu, kepada sesuatu peristiwa sejarah dan/atau kepada seorang pelaku dalam sejarah. 2. Adrian Oldfield: pengadilan moral dibuat dalam bahasa yang memuji atau mempersalahkan dengan berpandukan kepada ukuran “baik dan buruk” Thucydides, Leopold Von Ranke, Kitson Clark merupakan golongan yang menentang pengadilan moral dalam penulisan sejarah.Dikenali sebagai aliran Progresif. Croce (History as the Story of Liberty) DALAM BUKU R.SUNTHARALINGAM - Menyangkal tanggapan yang melihat sejarah sebagai Mahkamah Tinggi ulung yang meneliti semua pengadilan sulit yang berpunca daripada nafsu-nafsu dan kesilapan-kesilapan manusia, membetulkannya dan menjatuhkan satu keputusan muktamad sebagai satu pengadilan sejagat yang membezakan orang yang mulia daripada orang yang berdosa. - Alasannya: a. Sejarawan tidak berupaya untuk menembusi ke lubuk hati manusia yang menjadi pelaku sejarah b. Cenderung untuk memasukkan unsur prasangka dalam pengadilan c. Kekurangan bukti d. Ketidakmampuan untuk membuat pengadilan yang dipersetujui oleh semua ahli sejarah. - Menggugat kewibawaan penulisan sejarah - Croce juga menarik perhatian kepada perbezaan yang wujud dalam cara bagaimana pengadilan dijatuhkan di mahkamah dan dalam sejarah Pengadilan di mahkamah Pengadilan moral - Tertuduh masih hidup - Mengadili orang yang telah meninggal dunia - Dapat membela diri sendiri - Orang yang diadili tidak dapat membela diri - Berpandukan undang-undang yang diiktiraf pada zaman itu - Menggunakan nilai-nilai yang barangkali tidak diiktiraf pada zaman orang yang diadili itu - - Tindakan ahli sejarah menggunakan nilai zaman ini untuk mengadili tindakan zaman silam memperlihatkan “kejahilan tentang kesedaran sejarah”. - Croce juga memandang pengadilan moral sebagai satu kegiatan yang tidak berguna oleh kerana, di samping mengganggu ketenangan orang yang sudah meninggal dunia, ia juga boleh mengalirkan perhatian para ahli sejarah kepada hal-hal yang tidak penting. Herbert Butterfield (Moral Judgements in History) - Tugas mengendali pengadilan moral menimbulkan pelbagai jenis

description

historiografi

Transcript of Pengadilan Moral

5. Pengadilan MoralDefinisi1. Kosim Ahmad: perlakuan menjatuhkan hukuman, atau mengenakan penilaian tertentu, kepada sesuatu peristiwa sejarah dan/atau kepada seorang pelaku dalam sejarah.2. Adrian Oldfield: pengadilan moral dibuat dalam bahasa yang memuji atau mempersalahkan dengan berpandukan kepada ukuran baik dan buruk

Thucydides, Leopold Von Ranke, Kitson Clark merupakan golongan yang menentang pengadilan moral dalam penulisan sejarah.Dikenali sebagai aliran Progresif.

Croce (History as the Story of Liberty) DALAM BUKU R.SUNTHARALINGAM Menyangkal tanggapan yang melihat sejarah sebagai Mahkamah Tinggi ulung yang meneliti semua pengadilan sulit yang berpunca daripada nafsu-nafsu dan kesilapan-kesilapan manusia, membetulkannya dan menjatuhkan satu keputusan muktamad sebagai satu pengadilan sejagat yang membezakan orang yang mulia daripada orang yang berdosa. Alasannya:a. Sejarawan tidak berupaya untuk menembusi ke lubuk hati manusia yang menjadi pelaku sejarahb. Cenderung untuk memasukkan unsur prasangka dalam pengadilanc. Kekurangan buktid. Ketidakmampuan untuk membuat pengadilan yang dipersetujui oleh semua ahli sejarah. Menggugat kewibawaan penulisan sejarah Croce juga menarik perhatian kepada perbezaan yang wujud dalam cara bagaimana pengadilan dijatuhkan di mahkamah dan dalam sejarahPengadilan di mahkamahPengadilan moral

Tertuduh masih hidup Mengadili orang yang telah meninggal dunia

Dapat membela diri sendiri Orang yang diadili tidak dapat membela diri

Berpandukan undang-undang yang diiktiraf pada zaman itu Menggunakan nilai-nilai yang barangkali tidak diiktiraf pada zaman orang yang diadili itu

-- Tindakan ahli sejarah menggunakan nilai zaman ini untuk mengadili tindakan zaman silam memperlihatkan kejahilan tentang kesedaran sejarah.- Croce juga memandang pengadilan moral sebagai satu kegiatan yang tidak berguna oleh kerana, di samping mengganggu ketenangan orang yang sudah meninggal dunia, ia juga boleh mengalirkan perhatian para ahli sejarah kepada hal-hal yang tidak penting.

Herbert Butterfield (Moral Judgements in History) Tugas mengendali pengadilan moral menimbulkan pelbagai jenis kerumitan. Para ahli sejarah tidak berupaya untuk menilai dari segi moral semua tindakan manusia. Cenderung untuk membuat pengadilan moral secara sekali sekala yang berupa setengah masak atau palsu. Pengadilan moral menjadi alat untuk mendedahkan kesalahan lawan dan menutup kesalahan kawan.* Ahli sejarah tidak berupaya untuk menembusi ke peringkat lubuk pemikiran atau hati seseorang pelaku sejarah yang merupakan tempat pembentukan niat atau garis tanggungjawab itu bagi sesuatu tindakan sejarah. Pengadilan moral tidak bersangkut paut dengan penyiasatan sejarah dan asing bagi ruang intelek sejarah saintifik. Butterfield mengesyorkan agar para ahli sejarah menumpukan perhatian mereka kepada memahami dan memaparkan secara lengkap dan perinci semua butir tentang hal yang dikaji itu tanpa menjatuhkan pengadilan moral. Para ahli sejarah dikehendaki untuk hanya mengisi ruang deskripsi dan penjelasan, tetapi menjauhkan diri dari ruang pengadilan moral. Peranan ahli sejarah adalah mengisahkan dengan jelas dan terpulanglah kepada pembaca untuk mengadili baik buruknya.

Kitson Clark Pengadilan moral bukan sahaja didorong oleh hasrat mencari keadilan bahkan juga oleh perasaan membalas dendam. Menurut beliau tabiat buruk manusia untuk membalas dendam boleh dikikiskan sekiranya para ahli sejarah tidak cuba untuk mengutuk orang tetapi sebaliknya memahami dan menjelaskan apa yang telah berlaku.

Aliran Konservatif menyokong pengadilan moral: Voltaire, Lord Acton, E.H. CarrVoltaire Tugas sejarah: mengajar kita kewajipan-kewajipan kita dan hak-hak kita Mahukan sejarah bertindak sebagai pembela keadilan dengan memuji mereka yang berjasa dan memalukan mereka yang berdosa. Jika ada raja atau menteri yang tidak senang hati dengan tindakan ahli sejarah ini, Voltaire mengingatkan mereka bahawa sebagai para pegawai awam mereka harus bertanggungjawab untuk tindakan-tindakan mereka kepada orang ramaibahawa sejarah adalah saksi dan bukan pemuja. Sejarah yang berasaskan unsur kerasionalan boleh membantu masyarakat memerangi kejahatan-kejahatan seperti fanatisisme, kekejaman, keganasan dan kepercayaan ajaib. Contoh: memuji rahib Kristian pada zaman pertengahan- hidup sederhana, bercucuk tanam

Lord Acton Setiap insan di dunia ini seharusnya diadili oleh nilai-nilai ulung yang mendukung kehidupan manusia. Pendapat-pendapat berubah, tabiat-tabiat berubah, kepercayaan-kepercayaan bangkit dan jatuh tetapi hukum moral telah diukirkan ke atas kepingan logam yang berkekalan Pengadilan moral membolehkan sejarah menjadi pedoman kepada manusia dan dapat membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sempurna. *

Adrian Oldfield (Moral Judgements in History) Ahli sejarah dikehendaki menitikberatkan niat-niat individu, jenis-jenis tindakan yang digalakkan niat-niat tersebut, serta kesan-kesan tindakan tersebut Jika pengadilan moral dikikiskan, sejarah tinggal tinggal tidak lebih daripada cerita.