Pembangunan bandar mapan ( pembaharui bandar kajang)
-
Upload
mashitoh-azizan -
Category
Education
-
view
261 -
download
1
Transcript of Pembangunan bandar mapan ( pembaharui bandar kajang)
Bahagian 7: Rekabentuk Bandar Cadangan Memperbaharui Bandar MASHITOH BINTI AZIZAN A154816PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang SoalanKajang telah menjelma dari sebuah bandar kecil menjadi bandar besar dengan membina bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra serta melebarkan pusat bandarnya sehingga ke Sungai Chua. Akan tetapi pusat bandar yang asal tidak banyak berubah dan sebahagian besar penduduknya bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan-kawasan luaran. Anda diminta mencadangkan satu perubahan besar untuk pusat bandar Kajang supaya Kajang boleh berdiri sendiri. Gunakan lukisan dan gambar-gambar yang sesuai.
Bandar Kajang
Pengenalan
Kajang merupakan antara mukim yang terletak di dalam daerah Hulu Langat yang terdiri daripada 7 buah mukim yang meliputi seluas 826 km persegi (82.994 hektar).
Keluasan Kajang adalah 9340 hektar yang meliputi petempatan etnik Melayu, Cina dan India.
Kajang terletak di bahagian selatan dalam daerah Hulu Langat dan di bahagian tenggara Negeri Selangor.
Bahagian selatan, terdapat bandar Semenyih, Bandar Baru Bangi dan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Manakala di barat, terdapat sebuah bandar kecil, iaitu Serdang dan kampus Universiti Putra Malaysia (UPM).
Kedudukan Kajang adalah disebelah tenggara Kuala Lumpur. Kajang merupakan sebuah kawasan yang strategic kerana saling berhubung dengan
Kuala Lumpur, Seremban, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Namun begitu, perlunya pembaruan yang perlu dilakukan untuk terus memajukan Bandar
Kajang.
Cadangan Pembaharui Bandar Kajang
Pembangunan berasaskan transit Kedudukan Bandar Kajang yang strategik dengan bandar-bandar lain
membolehkan Kajang menjadi laluan utama ke Seremban, Kuala Lumpur, Putrajaya dan KLIA.
Walaupun Kajang mempunyai kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi namun perkhidmatan yang sediakan kurang memuaskan kerana sering berlaku kesesakan dan kelewatan dalam perkhidmatan yang disediakan
Antara langkah yang dapat memperbaharui Kajang ialah dengan mewujudkan bandar yang mempunyai aliran transit. Misalnya monorel, lrt dan mrt. Hal ini akan membawa kepada pembaharuan di Bandar Kajang.
Perkhidmatan penyediaan bas yang menepati masa Perkhidmatan penyediaan bas yang menepati masa membolehkan
penduduk Kajang menggunakannya setiap masa berbanding kenderaan sendiri. Misalnya di Korea.
Korea menggunakan sistem ini bagi menjadikan Korea sebuah metropolitan yang baik dalam semua aspek.
Penggunaan kad untuk memastikan kelancaran ketika menggunakan system pengangkutan bas.
Stesen tempat menunggu bas yang baik di mana memperlihat waktu-waktu perjalanan bas yang tepat dan efisien.
Memberikan nilai ekonomi kepada Bandar kajang Bandar Kajang perlulah la dibangunkan seperti mana berkembangnya
Kajang sebagai sebuah bandar dalam aspek penempatan. Misalnya membangunkan Kajang sebagai tempat pelancongan yang
mampu menarik lebih ramai orang luar dan juga pelancong-pelancong asing.
Dengan adanya nilai ekonomi kepada Kajang, ini akan membantu untuk mempergiatkan pertumbuhan ekonomi Bandar Kajang.
Sebagai contoh, Melaka yang mendapat pengiktirafan daripada UNESCO .
Mereka bentuk semula pusatnya- Disebabkan Bandar Kajang yang sesak di tengah-tengah kawasan, perkara yang perlu dilakukan ialah dengan mereka bentuk semula pusatnya. Dengan mereka semula pusat Bandar Kajang, ini membolehkan Bandar Kajang
menjadi lebih sistematik dan efisien. Mereka semula Bandar Kajang akan memberikan perspektif baru kepada masyarakat
dan menekankan aspek-aspek sosial yang akan menjadi identiti Bandar Kajang. Contohnya, menjadikan Kuala Lumpur sebagai model dalam mereka semula pusat
bandar.
Kesimpulan
Untuk mencapai kejayaan dalam melakukan pembaharuan terhadap Bandar Kajang semua pihak perlulah memainkan peranan antaranya kerajaan, badan bukan kerajaan dan masyarakat.
Pembaharuan yang ingin dilakukan mestilah memberikan impak yang positif dalam aspek sosial, ekonomi dan juga politik.
Dengan ini, pembaharuan yang hendak dilakukan mestilah disambut baik oleh semua pihak dan alam sekitar juga terjamin.