PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

download PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

of 20

Transcript of PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    1/20

    TEMA 4: SISTEM HIDROLOGI

    TAJUK : KAITAN SISTEM HIDROLOGI DENGAN

    MANUSIA

    A. Kepentingan Sumber Air

    Air merupakan anugerah Allah s.w.t. yang amat berharga di dalam kehidupanmanusia, tanpanya semua hidupan akan mati. Menurut Kamus Dewan, air bolehdidefinasikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satubahagian oksigen (H2O). Secara geografinya, air yang digunakan oleh manusia berpunca

    daripada air hujan. Air adalah anugerah Allah yang sangat bernilai kepada seluruhhidupan di mukabumi ini. Air adalah satu sumber keperluan asas yang sangat pentingkepada manusia. Manusia mungkin masih boleh hidup dengan selesa selama beberapahari tanpa elektrik, komputer, internet dan apa-apa sahaja tetapi tidak tanpa air. Krisis airdi Lembah Kelang yang melanda negara pada tahun 1998 dan awal tahun 2002 yang laluadalah bukti jelas bahawa betapa pentingnya air di dalam kehidupan kita. Krisis inibanyak membuka mata masyarakat dan kerajaan tentang kepentingan air.

    Kepentingan air kepada kehidupan dan alam seluruhnya memang tidak dapat dinafikan.Sebagai sumber asli yang paling berharga, air diperlukan sebagai kegunaan asasi dandapat dimanfaatkan bagi tujuan pelbagai aspek kehidupan. Tanpa air, kita mungkin tidakdapat menikmati dan meneruskan penghidupan ini dengan selamat, selesa dan sempurna.

    Kita memerlukan air kerana tubuh kita mempunyai 75% air. Jika air itu tiada lagi, sel-seldi dalam badan kita akan menjadi kering lalu mati. Proses ini dinamakan sebagaidihidrasi.

    Sebagai sumber yang sangat bermanfaat, air dapat digunakan bagi melaksanakanpelbagai aktiviti kehidupan. Bagi memenuhi keperluan domestik/harian, air digunakansebagai minuman, mencuci, mandi dan keperluan-keperluan lain seperti membersihkanhalaman, persekitaran dan menyuburkan tanaman-tanaman. Usaha memanfaatkan airseumpama ini sudah setentunya dapat meningkatkan taraf kehidupan yang sihat sejahteradan dapat mengelakkan dari segala kekotoran, pencemaran dan penyakit.

    Dalam konteks ekonomi, air sangat diperlukan di sektor-sektor pertanian, perikanan,

    perkilangan dan industri-industri lain. Air juga dapat dijadikan sumber ekonomi sepertimenjadikannya sebagai minuman yang dibotolkan atau ditinkan, tambahan kepada jusbuah-buahan, pencair, pewarna atau sebagai bahan untuk dibuat kajian saintifik. Malahair juga berguna bagi bahan-bahan konkrit untuk membina rumah dan bangunan. Selainitu air juga boleh diguna untuk menjana tenaga elektrik yang dikenali sebagai Kuasaelektrik hidro (KEH).

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    2/20

    Daripada pelbagai sumber air yang ada di muka bumi ini, air sungai dan laut dapatmenjadi penyumbang rezeki dan makanan laut yang banyak dan beraneka. Sebagaisumber asli yang meliputi persekitaran, air juga digunakan bagi pengaliran di saluranpembentung-pembentung dan parit-parit serta kawasan tertentu untuk mengelak banjir. Diempangan-empangan air, air juga terus dipelihara dari segi kebersihan, kesihatan dankeselamatannya untuk dapat digunakan. Sebagai air bersih yang terjamin, air digunakandalam pelbagai cara seperti sebagai pencuci dan membersihkan produk-produk dan hasil-hasil perindustrian dan perusahaan.

    Selain itu air juga berfungsi sebagai sumber yang dapat menambah keindahan tempat-tempat rekreasi dan tarikan pelancong, air memainkan peranan penting bagi sesebuahtasik, air terjun atau pantai. Memajukan tempat-tempat seumpama ini bukan saja dapatmengekalkan keindahan alam sekitar yang ada, malah dapat dinikmati bagi memenuhikeperluan dan pembangunan sosio-ekonomi.

    Kepentingan air darpada aspek alam sekitar fizikal.

    Di antara ilmu pengetahuan yang berkait langsung dengan air ialah hidrologi. Hidrologiialah kajian ke atas hidrosfera dan proses-proses pergerakan bentuk-bentuk air di dalamsistem bumi-atmosfera. Secara ringkas, kebanyakan ahli-ahli hidrologi berpendapatbahawa teras hidrologi ialah kajian terhadap 'kitaran hidrologi', iaitu pusingan air (dalamberbagai bentuk - cecair [air], wap [wap air] dan pepejal[ais]). Ahli-ahli hidrologi sentiasaberminat terhadap air sebagai satu sumber yang teragung yang diperlukan oleh semuamakluk hidup. Dengan kepentigan air untuk fungsi-fungsi biologi yang tidak dapatdinafikan, ilmu hidrologi juga tertumpu kepada peranan air di dalam sistem bumi-atmosfera. Air mempunyai banyak kepentingan dan fungsi. Air adalah diperlukan untuk:(i) Air Untuk Manusia (ii) Air Untuk Hidupan Lain (iii) Air Untuk MenghasilkanMakanan (iv) Air Untuk Alam Sekitar.

    Selain itu, kajian hidrologi adalah tertumpu kepada Air Untuk Alam Sekitar di mana airdiperlukan untuk: sfera bumi, hidupan akuatik, hidupan terrestrial/daratan, pemindahantenaga, penghasilan hujan (air tawar), pemuliharaan/perlindungan hutan, pengawalan araslaut, pembalikan bahangan suria, pengawalan bencana alam, penyerapan danpenyimpanan tenaga haba, pengawalan suhu, air bawah tanah, pengurangan bahan-bahanpencemaran, dan mengekalkan bumi sebagai 'dunia air'.

    Kepentingan air daripada aspek alam sekitar manusia

    Jika ditinjau dari segi sejarah, air telah lama digunakan untuk pembangunan. Ini terbuktidengan wujudnya tamadun-tamadun silam di sekitar sungai yang menjadikan tanahtersebut subur dan dibangunkan. Sebagai contoh, tamadun Mesir di sepanjang Sungai Nil,

    tamadun China purba di Sungai Kuning dan tidak kurang juga penempatan awal di TanahMelayu adalah di tepi sungai dan dipersisiran pantai.

    Air juga merupakan bahan mentah yang penting dalam kebanykan bidang industri danperusahaan. Contohnya seperti dalam industri pemakanan dan industri pembinaan.Pengeksploitasian air sebagai sumber semula jadi yang mudah didapati ternyata bolehmendatangkan pulangan kepada negara dalam bidang ekonomi dan pembangunan.

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    3/20

    Pembinaan empangan-empangan juga membolehkan air untuk digunakan untuk menjanakuasa elektrik.

    Di dalam sektor perindustrian, penggunaan air semakin kompleks. Dalam usaha menujunegara maju, keperluan air perlu sejajar dengan kepesatan industri moden. Begitu jugajika dilihat keperluan air di bidang pertanian. Secara amnya, tumbuh-tumbuhan

    memerlukan kuantiti air yang mencukupi. Contohnya sawah padi, memerlukan sistempengairan yang sistematik. Kawasan ladang, kebun sayur, hutan-hutan dan lain-lainbergantung penuh kepada air untuk hidup subur. Sektor pertanian merupakan salah satusektor yang paling banyak bergantung kepada sumber air. Tanpa bekalan air yang cukup,sektor tersebut akan lumpuh dan boleh membawa kepada fenomena kebuluran sepertiyang kita lihat terjadi di negara-negara yang bergantung kepada hasil pertanian yangditimpa kemarau panjang. Kepentingan sumber air boleh diringkaskan seperti jadual 1 dibawah:

    Jadual 1: Kepentingan Sumber Air : Kajian Kes di Malaysia.

    KEPENTINGAN/ KEGUNAAN CONTOH

    1. Kegunaan Domestik;kegunaan/keperluan harian penduduk danisi rumah sepertimemasak,membasuh/mencuci,mandian dansebagainya. Kegunaan ini diurus dandisediakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) dibawah pentadbiran kerajaan negeri masing-masing. Sesetengah negeri telahmenswastakan pengurusan dan bekalanairnya seperti PUAS di Selangor danKelantan Waters di Kelantan.

    Bekalan air dari pada JBA,air sungai,tasik,perigi dllsumber.

    2. Kegunaan pertanian. Empangan untukmembekalkan air dan mengawal input-output air kepada kawasan tanamankhususnya padi sawah. Dilaksanakanmelalui projek-projek pengairan untukpertanian (irrigation) khususnya kepadatanaman padi sawah.

    Empangan MUDA, di Kedahdan Empangan KEMUBU diKelantan.

    3. Membekalkan Kuasa Elektrik Hidro(KEH); untuk keperluan industri danpenduduk. Sumber alternatif yang pentingkerana sumber kuasa ini murah, bersih danberterusan. Sumber air di peringkat hulusungai dijana melalui system empanganbagi membekalkan kuasa elektrik hidro.

    Stesyen Janakuasa diEmpangan Kenyir

    Terengganu, EmpanganCenderoh di Perak ,(Empangan Bakun diSerawak dan EmpanganPergau di Kelantan masih

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    4/20

    dalam pembinaan).

    4. Kegunaan Industri. Bahanpencucianuntuk pelbagai jenis industri danpenyejukan engine/generator. Sektorperkilangan juga memerlukan bekalan airbersih dan berterusan misalnya dalamindustri pemprosesan kertas danpetrokimia.

    Industri pembuatan kertasdan industri petro-kimia.

    5. Kegunaan pengangkutan.Sungai,selat,terusan digunakan untukmengangkut barangan dan pendudukkhususnya di kawasan pedalaman. Sungaisebagai sistem pengangkutan air yang

    murah dan mudah, tidak memerlukan kosyang tinggi. Juga sebagai pengangkutanutama di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi jalan darat.

    Sungai Pahang,SungaiRajang di Serawak, SungaiKinabatangan di Sabahserta Selat Melaka,Selat

    Teberau dan beberapa

    contoh jalan laut yang lainseperti laut China Selatan.

    6. Kegunaan reakreasi, eko pelancongandan sukan air. Pembinaan Chalet-chaletterapung, resort dan rumah rehat, pusatsukan air aktiviti berkayak, aktivitiberkelah di kawasan jeram, air terjun dansebagainya.

    Kawasan air terjun sepertiLata Kijang, air terjun Kota

    Tinggi, Lata Iskandar dansebagainya.

    B. Pengaruh Manusia ke atas kitaran hidrologi -Aktiviti-aktiviti ManusiaYang Menjejaskan kitar Hidrologi.

    Aktiviti manusia boleh menyebabkan kitar hidrologi di sesuatu tempat terganggu danmenjadi tidak seimbang samada mengalami ketidakseimbangan negatif (kekurangan air)atau ketidakseimbangan positif (lebihan air). Antara aktiviti manusia yang bolehmempengaruhi kitar hidrologi ialah;

    1. Pembalakan dan penyahutanan. Pemusnahan hutan secara besar-besaran

    menyebabkan proses transpirasi (pepeluhan) tumbuhan berkurangan dan inimempengaruhi kelembapan udara sekitar. Udara menjadi kering yang akan menggangupula proses pemelowapan dan hujan. Selain itu ia akan mengurangkan proses pintasantumbuhan, susupan dan air bawah tanah semakin berkurangan. Kesimpulannya kitarhidrologi kekurangan air akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semulajadi ini.

    2. Aktiviti pembandaran. Pembandaran melibatkan aktiviti penurapan muka bumisamada dengan tar, bitumen atau aspalt. Akibatnya liang-liang pore tanah akan ditutup.

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    5/20

    Ini akan menjejaskan proses susupan air hujan ke dalam tanah. Kadar susupan yangberkurangan akan menggangu pula sistem akuifer dan aliran air bawah tanah yang jugasemakin berkurangan. Pada masa yang sama air hujan banyak mengalir di permukaansebagai larian air permukaan. Lebihan air permukaan ini membolehkan imbanganhidrologi positif berlaku sehingga boleh mewujudkan fenomena banjir seperti banjir kilat.

    3. Aktiviti perindustrian. Perindustrian banyak membebaskan bahan pencemar keudara yang mampu bertindak sebagai nukleus higroskopik. Semakin tinggi kadarpencemaran bererti semakin banyak nukleus ini wujud. Nukleus higroskopik ini mampubertindak menyerap wap-wap air dalam proses pemelowapan untuk turun bersama-samanya sebagai hujan. Dengan itu di kawasan industri hujan mungkin lebih kerapberlaku. Ini menyebabkan input air kepada kitar hidrologi telah bertambah. Daripada segikualiti kitar hidrologi di kawasan perindustrian pula adalah tidak bersih kerana airhujannya tercemar dengan hujan asid.

    4. Pembinaan empangan seperti empangan kuasa hidro elektrik. Aktiviti ini

    boleh menggangu dan membantu kitar hidrologi. Daripada segi gangguan ia akanmengurangkan kadar larian air permukaan kerana kawasan-kawaan cerun bukit telahditenggelami air menjadi sebuah tasik buatan yang besar. Daripada segi membantu pulaia akan menambahkan kadar sejatan dari permukaan tasik yang telah terbentuk.

    5. Aktiviti penghutanan semula dan penghijauan persekitaran. Hutan yangditebang dan ditanam semula atau kawasan lapang yang ditanami dengan pokok-pokokpeneduh akan membantu meningkatkan kadar pepeluhan seterusnya proses pemelowapandalam atmosfera. Pada masa yang sama pokok-pokok itu juga akan menjalankan fungsipintasan untuk membantu proses susupan air ke dalam tanah seterusnya aliran air bawahtanah.

    C. Fenomena Banjir Kilat Gangguan Manusia ke Atas Sistem HidrologiBandar.

    Definasi Banjir kilat.

    Banjir kilat adalah sejenis banjir permukaan yang berlaku dalam jangkamasa yang singkat (cepatberlaku dan cepat hilang). Akibat curahan hujan yang lebat, menghasilkan aliran permukaan yangbanyak (run-off) dalam jangka masa yang singkat. Kadar larian air permukaan (run-off) yangtinggi berpunca daripada susupan yang rendah apabila liang pore sesuatu permukaan tanahseperti di Bandar sudah ditutup dengan tar, bitumen, aspalt dan sebagainya. Kesannya air

    permukaan cepat melimpah membanjiri sesuatu kawasan yang lebih rendah. Kehilangan air yangcepat pula berpunca daripada proses sejatan yang cepat berlaku di bandar ( kerana memiliki habapendam yang tinggi) serta mengalir di dalam sistem saliran seperti sungai,parit dan longkang.

    Punca-Punca Berlakunya Banjir Kilat.

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    6/20

    Fenomena banjir kilat sering berlaku di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur,Ipoh, Georgetown dan sebagainya. Sebab-sebab banjir kilat sering berlaku di kawasanBandar ialah kerana:.

    1. Kekurangan permukaan telap air. Lebih daripada 80% muka bumi kawasanbandar khususnya bandar-bandar besar seperti kuala Lumpur, George Town, Ipoh danlain-lain adalah dilitupi dengan permukaan yang tidak telap air seperti ditutup denganbitumen, simen,aspalt dan sebagainya. Litupan ini mengurangkan kadar susupansebaliknya meninggikan aliran permukaan (run-off). Kesannya apabila hujan turun lebihbanyak air yang akan bertakung di permukaan berbanding dengan yang meresap ke dalamtanah. Justeru tadensi untuk berlakunya limpahan air di permukaan adalah amat tinggi.

    2. Sistem saliran yang tidak cekap khususnya sistem longkang yang sempit dancetek yang tidak dapat menampung kuantiti dan velositi air larian permukaan pada satu-satu tempoh masa tertentu khususnya ketika hujan lebat. Sistem longkang yang ada dibandar bandar besar mungkin sudah lama, bersaiz kecil berbanding berbanding denganisipadu larian air permukaan semasa yang mengalir di bandar. Justeru itu ia memang

    tidak cukup untuk menampung kapasiti air yang mengalir. Kesannya air akan lebih cepatmelimpah keluar dan membanjiri kawasan-kawasan yang lebih rendah seperti di lembahsungai dan dataran banjir di dalam bandar.

    3. Kekurangan litupan tumbuhan. Kawasan bandar juga mempunyai kekuranganlitupan tumbuhan yang amat ketara, manakala tumbuhan peneduh yang ditanam pulamungkin tidak padat atau masih kecil. Kesannya kekurangan litupan tumbuhan telahmengurangkan proses pintasan air hujan (cegatan silara) oleh pokok. Tumbuhan amatpenting untuk memperlambatkan aliran air permukaan melalui proses pintasan air hujanmenerusi daun, ranting,dahan dan batang. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan prosespenangguhan air ke dalam sistem saliran tidak berlaku lalu air akan mengalir-limpah

    dengan cepat.

    4. Penebusgunaan kawasan tanah lembab (wet land). Sesetengah kawasan di dalambandar juga terdiri daripada kawasan tanah lembab seperti kawasan paya yang selama inibertindak sebagai kawasan tadahan dan simpanan air hujan. Apabila kawasan paya iniditebus guna misalnya untuk pembinaan kawasan perumahan maka fungsi hutan payauntuk menyimpan air akan musnah. Justeru air hujan yang selama ini boleh disimpan didalam paya terpaksa mengalir-limpah sebagai banjir kilat.

    5. Faktor penduduk. Sikap penduduk yang negatif menyebabkan sistem salirankhususnya sungai, longkang dan perparitan tersumbat dengan sampah sarap/sisa domestikdan juga sisa buangan projek perumahan. Selain longkang dan parit, sistem sungai didalam bandar merupakan laluan untuk discas/luahan air dari kawasan bandar ke muara/laut. Oleh itu apabila sungai menjadi tempat pembuangan sampah sarap dari penduduksekitar dan juga sisa domestik lain seperti sisa projek perumahan maka ia akan menyekataliran sungai tersebut disamping dasarnya menjadi cetek. Dasar sungai yang cetekmenyebabkan ia tidak mampu menampung volume air yang mengalir dalam salurannyalalu mengalir melimpahi tebing sebagai banjir.

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    7/20

    Langkah-langkah mengatasi masalah banjir kilat di kawasan bandar.

    1. Langkah perundangan seperti mewartakan hutan paya sebagai hutan rezab kekal(tidak ditebus guna sepenuhnya). Sebahagian sahaja ditebus guna untuk perumahan dansebahagian lagi dikekalkan dalam keadaan semulajadi yang berperanaan sebagai tempatsimpanan air permukaan.(hutan paya sebagai wet land scantuary). Penguatkuasaanundang-undang juga boleh dikenakan kepada penduduk bandar yang tidakbertangungjawab membuang sampah dengan sewenangnya ke dalam sungai sepertipenduduk setinggan.

    2. Menyediakan dan menyelenggara sistem saliran yang lebih cekap sepertimelebar,mendalam dan meluruskan sistem longkang agar dapat menampung kapasiti air

    larian permukaan disamping membersih, melebar dan memperdalamkan sistem sungaiyang ada seperti kes Sungai Gombak dan sungai kelang di Bandaraya kuala lumpur darisampah sarap dan sisa perumahan agar alirannya tidak tersekat untuk discas air .

    3. Menambahkan kawasan hijau dalam bandar dengan tanaman rumput dan pokok-pokok peneduh yang boleh bertindak sebagai pintasan air hujan (proses cegatan silara)seterusnya boleh melampatkan larian air permukaan daripada mengalir-limpah. Padamasa yang sama mengurangkan kawasan permukaan yang berturap dan diganti denganlaluan/medan berumput.

    4. Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada pendudukkawasan bandar khususnya agar tidak membuang sampah sarap dengan sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Kesedaran sivik mestilah diberikan dari masa ke semasaagar tidak menjadikan sungai, parit dan longkang sebagai mangsa pembuangan sisa. Inimengelakkan daripada sistem saliran tersebut daripada tersumbat.

    D. Kemerosotan Kualiti Sumber Air Akibat Gangguan Manusia

    Konsep Kemerosotan Kualiti Sumber Air.

    Kemerosotan kualiti sumber air bererti pencemaran terhadap sumber-sumber air dimanasumber-sumber air bersih samada dari sungai, laut, tasik,kolam dan takungan semulajadi, airbawah tanah dan juga air hujan tercemar atau semakin rendah kualitinya. Indeks kemerosotan

    kualiti air bersih (kadar pencemaran air) dari pelbagai sumber ini boleh diukur melalui pelbagaiindikator seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteriaEscherichia Coli (E. Coli), kandungan Amoniakal Nitrogen (NH3 - N), kandungan PepejalTerampai (SS), Nilai Keasidan ( pH) disamping perubahan warna dan bauyang ada di dalamsesuatu sumber air tersebut.

    Contoh-Contoh pencemaran sumber air ialah: Pencemaran sungai seperti Sungai Gombak danSungai Kelang, pencemaran laut seperti di Selat Melaka, , pencemaran tasik seperti TasikMinimata di Jepun akibat pembuangan raksa ke dalamnya, pencemaran air bawah tanah dan

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    8/20

    juga pencemaran air hujan iaitu hujan asid khususnya di kawasan-kawasan perindustrian yangpadat. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mendaftar 18,956 pusat pencemaran air pada tahun2004.Angka itu mungkin lebih tinggi sekarang memandangkan JAS masih menyusun laporanbagi tahun 2008/2009.

    Punca-punca yang menyebabkan kualiti sumber air merosot .

    Aktiviti pembangunan oleh manusia dikenalpasti menyebabkan sumber-sumber airtercemar dan merosot kualitinya. Di antara aktiviti pembangunan tersebut ialah:

    1. Pembangunan tanah secara besar-besaran samada untuk pertanian,petempatan,pembandaran,perindustrian dan lain-lain yang melibatkan aktivitipembalakan dan penyahutanan. Ini menyebabkan sumber air seperti sungai dan tasiktercemar apabila partikel-partikel tanah yang terhakis di bawa oleh larian airpermukaan ke sungai. Kemerosotan kualiti air dikesan melalui kandungan pepejalterampai (SS) dan juga kekeruhan/perubahan warna air. Sebagai contoh pencemaran diSungai Kelantan akibat pembangunan tanah kawasan KESEDAR pada tahun 1970-an.

    2. Pembangunan pertanian .Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimiamenyebabkan sumber-sumber air seperti air tanah tercemar apabila bahan kimiatersebut dilarutresapkan, air sungai, paya dan tasik juga tercemar akibat dibawa oleh airhujan. Kemerosotan kualiti sumber air ini dikesan melalui nilai pH. Contohnya banyakterdapat di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit.

    3. Pembangunan sektor penternakan. Penyaliran najis haiwan seperti najis khinzir kesungai atau pembuangan sisa-sisa haiwan yang disembelih atau yang mati ke sungai,tasik dan paya. Air sungai berbau busuk, kandungan bakteria E.Coli amat tinggi, kadaralir sungai amat perlahan - sungai mati. Contoh terbaik ialah sungai Sepang,

    Selangor yang telah dikelaskan sebagai terjejas teruk akibat pembuangan najis dan sisaternakan dari hampir 100 ladang khinzir yang terletak di tebingnya.

    4. Pembangunan perindustrian. Perlepasan Enfluen/sisa kilang ke sungai, tasik,payadan sebagainya. Sektor perkilangan dianggap sebagai sector yang paling banyakmenyumbang kepada pencemaran sumber air khususnya air sungai. Kilang-kilang yangbanyak mencemarkan sungai ialah kilang memproses getah serta kelapa sawit. Sebagaicontoh sungai Sekudai, Johor dan sungai Prai di Pulau Pinang. Kadar kemerosotandiukur dengan indikator kandungan BOD dalam air di samping perubahan warna danbau. Selain itu perlepasan bahan-bahan pencemar dari serombong kilang ke udara bolehmenyebabkan kualiti air hujan merosot - hujan asid.

    5. Pembangunan sektor pelancongan. Perlepasan sisa kumbahan dari hotel, resort danchalet ke laut menyebabkan pencemaran air laut. Kemerosotan kualiti air laut inidikesan melalui kandungan bakteria E.Coli. Jika melebihi paras yang dibenarkan 200MPN/100 ml maka air laut tersebut sudah tercemar. Punca ini banyak terdapat dikawasan pelancongan popular seperti di Port Dickson Negeri Sembilan dan Batu Feringgi diPulau Pinang. Menurut statistik JAS, air kumbahan menyumbang 50 peratus kadar pencemarankepada sumber air negara kita.

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    9/20

    6. Pembangunan sektor pengangkutan. Sumber air laut tercemar melalui pembuanganenap cemar serta perlanggaran dan tumpahan minyak oleh kapal-kapal tangki. Dikesanmelalui kewujudan ketulan-ketulan tar/minyak mentah menutupi permukaan air laut. Diperairan Selat Melaka berisiko tinggi untuk sumber laut tercemar kerana selat inimerupakan antara jalan air tersibuk di dunia.

    7. Pembangunan pesat sektor pembandaran. Pertambahan penduduk bandar,kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domestik seperti sampah sarap danair kumbahan ke sungai. Termasuk juga pembuangan sisa-sisa makanan oleh peniagakecil dan lain-lain sisa dari kawasan perumahan ke sungai dan paya . Pembuangan sisadomestik khususnya sampah sarap dari kawasan-kawasan setinggan menjadi puncapenting mengapa sungai Gombak dan Sungai Kelang di Kuala Lumpur tercemar teruk.

    8. Pembangunan sumber tenaga. Di peringkat awal pembinaan empangan hidroelektrik biasanya mencemarkan sungai dengan kelodak dan bahan ampaian. Begitu jugapenggunaan air untuk pembersihan dan penyejukan loji janakuasa elektrik yangmenggunakan petroleum sebagai bahan bakarnya. Air buangan setelah loji

    dibersih/disejukkan yang disalirkan ke sungai menyebabkan sungai tercemar.

    9. Pembangunan sektor perlombongan. Sisa perlombongan bijih timah, emas dantembaga mencemarkan sungai dan tasik apabila ia dialirkan/dibuang ke dalamnyaseperti kes perlombongan tembaga di Mamut Sabah. Pencemaran laut di kawasanpelantar cari gali petroleum juga boleh berlaku semasa kerja-kerja pengerudiandijalankan.

    Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan kualitisumber air.

    1. Langkah perundangan. Penguatkuasaan undang-undang - pengawasan/pemantauanyang teliti serta tindakan tegas termasuk denda/kompaun, menarik balik lesen operasidan juga penjara ke atas mana-mana pihak yang dikenalpasti mencemarkan sumber-sumber air samada dari pekilang, penternak, pemilik-pemilik kapal, orangperseorangan dan sebagainya. Langkah ini dilaksanakan oleh JAS di bawah AktaKualiti Alam Sekitar 1974.

    2. Mengawal - selia aktiviti pembalakan dan penyahutanan terutamanya di kawasanrezab sungai, kawasan tadahan/hutan simpan dan sebagainya bagi menjamin sumberair sungai sentiasa bersih dan berterusan. Misalnya kawasan 10 km dari tebing sungaimerupakan kawasan rezab atau kawasan penampan yang tidak boleh diusik untukpembalakan dan penyahutanan.

    3. Merawat air yang telah tercemar khususnya akibat sisa kilang dan air kumbahan.Di samping menyedia/memperbanyakkan loji merawat air. Hanya air yang sudahdirawat sahaja yang boleh dialirkan ke sungai semula. Loji perawatan bolehditempatkan terus di tebing-tebing sungai . Selain itu menyediakan sistem

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    10/20

    pemerangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaransampah sarap dan juga melicinkan kadar alirnya. Pada masa yang sama juga usaha-usaha mempertingkatkan R&D dan teknologi haruslah dijalankan dari masa ke semasaseperti teknologi kitar semula air atau mengubah teknologi perindustrian ke arah yangtidak mencemarkan air bagi menjamin sumber-sumber air masa hadapan sentiasabersih.

    4. Meningkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran laut. Misalnya dikalangan negara ASEAN - kerjasama dilakukan melalui pemantauan dan rondaanbersama, perkongsian teknologi dan kos pemuliharaan /pembersihan air laut yangtercemar di samping penyelarasan undang-undang dan peraturan laut.

    5. Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar. Menyedarkan masyarakattentang pentingnya air bersih dan menjaga sumber air sebagai penerus kehidupan.Kempen dilaksanakan melalui pelbagai saluran media massa seperti kempen cintailahsungai kita, hargailah airdan sebagainya atau menganjurkan pelbagai aktiviti sosialseperti gotong-royong pembersihan sungai.

    E. Pembandaran dan kesan terhadap sistem hidrologi.

    Konsep Hidrologi Bandar.

    Proses pembandaran yang pesat lazimnya akan memberikan impak negatif kepada keseimbanganhidrologi bandar. Hidrologi bandar adalah satu edaran hidrologi tempatan yang melibatkan tigamedium penting iaitu atmosfera bandar, daratan bandar dan juga sumber-sumber air di bandar.Sepertimana kitar hidrologi global, kitaran hidrologi bandar juga melibatkan beberapa prosespenting seperti sejatan dan sejat-peluhan, alir lintang, kerpasan khususnya hujan, pintasan, larian

    air, susupan serta pergerakan air dalam tanah. Pada asalnya kitaran hidrologi ini berada dalamkeadaan yang seimbang dan apabila proses pembandaran bertambah pesat, keadaanketidakseimbangan akan berlaku yang memberikan impak negatif kepada elemen-elemenhidrologi dalam bandar itu sendiri. Misalnya kejadian banjir kilat, kesan ke atas luahan (discas)sungai, kemerosotan kualiti air di bandar dan juga kesan ke atas sumber air bawah tanah.

    Kesan Aktiviti Pembandaran ke atas Kitar Hidrologi

    1. Aktiviti pembangunan bandar seperti aktiviti penurapan muka bumi, pembinaanbangunan konkrit dan penghapusan tumbuhan untuk memperluaskan tapakbina bandar bolehmenggangu proses-proses hidrologi yang sedia ada. Penurapan muka bumi telah menyebabkan;

    a. Kelembapan tanih di bandar berkurangan ekoran daripada sifat bitumen atau aspaltyang dapat menyerap dan menyimpan haba.b. Saiz ruang udara menjadi kecil dan melindungi lapisan yang dapat dilalui dengan

    mudah oleh air tanah seperti lapisan pasir dan lapisan kerikil.c. Mengurangkan potensi kapilari tanih ekoran daripada permukaan yang kalis air.

    2. Ketiga-tiga keadaan inilah yang menyebabkan jumlah dan kadar susupan air hujan dibandar berkurangan. Kadar susupan yang rendah akan mengakibatkan pengurangan paras airtanah, mengurangkan bekalan air kepada sistem akuifer sekali gus menggangu keseluruhan

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    11/20

    edaran air tanah. Sebaliknya kuantiti dan halaju (velositi) larian air permukaan di bandar akanmeningkat dengan mendadak sehingga boleh menyebabkan fenomena banjir kilat sekiranyasistem saliran yang ada tidak dapat menampung kapasiti air permukaan tersebut.

    3. Satu lagi faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan kitar hidrologi bandar ialahmenerusi aktiviti pemusnahan/penghapusan tumbuhan hijau dalam bandar bagi tujuan

    memperluaskan tapak bina sesuatu bangunan. Penghapusan tumbuhan ini akan menyebabkan;

    a. Pengurangan proses pepeluhan (transpirasi) pokok yang seterusnya mengurangkanwap air dalam udara. Pembentukan udara lembab yang mengandungi banyak wap-wap air semakin sedikit dan ini boleh menjejaskan jumlah dan taburan hujan dibandar.

    b. Menghapuskan fungsi cegatan silara pokok (pintasan) terhadap air hujan. Kehilangankanopi dan silara pokok membolehkan air hujan terus menimpa permukaan bandartanpa dihalang. Halaju titisan air hujan yang tinggi ini tidak berpeluang untukmenyusup masuk ke dalam tanah apatah lagi keadaan liang pore tanah yang tertutup.Justeru itu, air hujan cenderung untuk membentuk larian air permukaan.

    c. Disokong pula oleh kehilangan fungsi pintasan mendatar oleh akar-akar pokokterhadap pergerakan larian air permukaan. Oleh itu larian air permukaan tidakberpeluang untuk menyusup ke dalam tanah sebaliknya mengalir-limpah ke sistemsaliran dalam bandar.

    Pembandaran dan Kesan Ke atas Kuantiti dan Isipadu Air Sungai.

    1. Proses urbanisasi yang pesat akan meningkatkan jumlah air sungai secara mendadakterutama sekali selepas hujan lebat turun dalam bandar. Walaupun curahan hujan hanya beberapajam sahaja tetapi jumlah air permukaan biasanya adalah tinggi. Apabila situasi ini berlaku sistemsaliran yang ada khususnya sungai-sungai di bandar sama sekali tidak boleh menampung kapasitiair tersebut dan terpaksa mengalir melimpahi tebingnya sebagai banjir kilat. Banjir kilat adalahsejenis outflooding yang berlaku dalam jangka masa yang singkat sahaja. Terdapat empat

    mekanisme utama yang menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar;

    a. Bertambahnya kawasan permukaan tak telap air yang akan menambahkan jumlahlarian air permukaan dan mengurangkan jumlah air yang menyusup (infiltrasi) ke dalam tanah.

    b. Menurap, melurus atau memperbaiki saluran sungai yang kesemuanya mengurangkantempoh masa tangguhan antara hujan turun dengan larian air permukaan mengikut saluran.

    c. Kerja-kerja landskap dan pembahagian tanah menjadi tapak bina bangunan selalunyamemendekkan jarak air mengalir sebelum sampai ke laluan saliran dan dengan itu mengurangkantempoh masa antara hujan turun dengan berlakunya larian air mengikut saluran.

    d. Penebusgunaan tanah seperti menimbus kawasan wet land (tanah lembab) seperti payadan dataran banjir dalam bandar yang selama ini berfungsi menakung/menyimpan air. Oleh itutakungan air banjir semakin berkurangan dan air hujan lebih cepat mengalir sebagai larian air

    permukaan.

    2. Ke empat-empat mekanisme inilah yang telah menyebabkan ruang daratan bandarmengalami daya susupan yang kurang tetapi kadar larian air permukaan yang tinggi. Akhirnyaapabila kuantiti air tidak dapat ditampung oleh saliran yang ada maka akan wujudlah banjir kilat.Kajian oleh ahli hidrologi yang bernama L.B. Leopold di kawasan seluas 44 batu persegi dibandar Sacremento, California mendapati bahawa Pembandaran boleh meningkatkan minbanjir tahunan sebanyak 6 kali di bandar berkenaan. Manakala sistem lembangan saliran didalam bandar berkenaan boleh melimpahi air sebanyak 5 hingga 6 kali lebih kerap selepas

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    12/20

    pembandaran berlaku berbanding dengan pada masa sebelum pembandaran. Di kawasanbandar yang hanya 20% sahaja diturap kebarangkalian untuk banjir berlaku adalah sebanyak20% juga tetapi di kawasan bandar yang 100% diturap maka kebarangkalian untuk berlakunyabanjir, juga adalah 100%.

    3. Apabila sesebuah kawasan hutan itu digantikan dengan permukaan-permukaan tiruan

    yang tidak telap air seperti bitumen (tar), simen (konkrit) dan aspalt maka sudah pastinya resikobanjir akan meningkat. Permukaan-permukaan tiruan ini akan mengurangkan dengansignifikannya masa tangguhan titisan hujan tiba ke dalam sistem saliran (sungai dan longkang).Hal ini amat berbeza jika kita bandingkan di antara kawasan hutan dengan kawasan bandar yangtelah dibangunkan dengan pesat. Di dalam sesebuah ekosistem hutan semulajadi, titisan-titisanhujan terpaksa melalui beberapa proses fizikal yang memanjangkan masa air hujan tiba ke dalamsistem saliran. Tambahan lagi hutan dan tanah juga berupaya menyerap sebahagian daripada airhujan yang turun lalu menyimpannya sebagai storan tanih. Justeru itu hanya sebahagian kecilsahaja daripada air hujan yang akan mengalir masuk ke dalam sistem saliran di permukaan. Halini tidak berlaku di bawah permukaan tiruan yang tidak telap air tadi. Hampir ke semua air hujanyang turun akan masuk ke dalam sistem saliran dalam tempoh yang singkat. Akibatnya masatangguhan kadangkala cuma beberapa minit sahaja. Aliran yang begitu pesat ke dalam alur-alursungai dan longkang-longkang dalam tempoh masa yang cepat ini akan menyebabkan berlakunyabanjir kilat.

    4. Di Malaysia, kekerapan fenomena banjir kilat meningkat dengan ketara pada tahun-tahunkebelakangan ini terutamanya di kawasan bandar-bandar besar yang berkepadatan penduduktinggi seperti di Kuala Lumpur, Georgetown, Ipoh dan lain-lain. Di Kuala Lumpur misalnyabanjir kilat bukan sahaja melanda di kawasan pusat bandar tetapi juga merebak ke kawasanpinggir bandar seperti di Gombak, Cheras, Ampang dan lain-lain sejajar dengan tersebarnyapembangunan pesat bandar ke kawasan pinggiran tersebut. Bukit-bukit kawasan pinggir bandarseperti bukit Antarabangsa, Bukit Damansara, Bukit Kiara, Bukit Jalil sudah dipotong, ditarah,diteres untuk dijadikan kawasan kediaman dan juga kawasan perniagaan. Justeru itu kehilangankawasan tadahan berlaku yang menyebabkan air hujan mengalir dengan lajunya sebagai larian airpermukaan. Pada masa yang sama, kawasan-kawasan paya dan tanah bencah yang selama ini

    berfungsi menakung dan menyimpan air telah ditimbus. Akhirnya air hujan terpaksa mengalirdalam bentuk aliran banjir.

    5. Kawasan dataran banjir di Malaysia juga menjadi pilihan utama untuk manusia tinggal.Hal ini boleh dikaitkan dengan sejarah awal ekonomi dan sistem pengangkutan. Justeruperkembangan bandar-bandar utama adalah terletak di dataran banjir. Kini terdapat sekurang-kurangnya 3 juta penduduk Malaysia tinggal di bandar-bandar besar yang terletak di dataranbanjir ini. Dari tahun 1911 hingga 1990 kadar pembandaran di Malaysia telah meningkat dari10.7% kepada 40.7% dan sebahagian besarnya berlaku di kawasan dataran banjir. Sehubunganitu, kadar penurapan muka bumi khususnya di kawasan dataran banjir ini meningkat denganpantas. Sebagai contoh di kawasan dataran banjir tengah Lembah Kelang mengalami penurapansebanyak 80% menjelang tahun 2005. Hal ini pastinya meningkatkan kekerapan dan magnetiudbanjir di kawasan berkenaan. Di Malaysia peningkatan kadar banjir kilat adalah sebenarnyaberpunca daripada pembangunan yang melampau di kawasan dataran banjir sehinggamencetekkan dasar sungai, kaedah pengurusan banjir yang tidak cekap, memajukan tanah bukitsecara berlebihan sehingga merosakkan kawasan tadahan air, menimbus kawasan tanahlembab(wet land) yang menjadi takungan air permukaan, sikap penduduk yang suka membuangsampah sarap sehingga boleh menyekat aliran air sungai serta penggunaan tebing sungai untukpertanian haram, perumahan haram (setinggan) dan lain-lain tujuan.

    Pembandaran dan kesan ke atas Luahan (discas) bahan enapan sungai.

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    13/20

    1. Sehubungan dengan meningkatnya kejadian banjir kilat di bandar, terdapat satu lagielemen hidrologi yang menerima kesan akibat proses pembandaran iaitu kesan ke atas luahanbahan enapan yang dibawa oleh sungai-sungai yang merintangi bandar atau sungai-sungai yangmenjadi tapak bina sesebuah bandar. Luahan enapan ialah kombinasi antara luahan (discas) airsungai dengan bahan enapannya. Biasanya luahan enapan ini berlaku di muara sungai. Semakin

    banyak larian air permukaan yang memasuki sistem sungai maka semakin banyaklah luahanenapannya. Ini kerana larian air permukaan tersebut akan membawa masuk bahan-bahan sepertikelodak, lumpur, sampah sarap dan bahan-bahan sisa terus ke dalam sungai. Bagi menunjukkankaitan antara kadar alir sungai dengan luahan enapan yang dihasilkan, Leopold (1986) telahmembuat kajian perbandingan antara kawasan bandar Little Falls Branch dengan kawasan luarbandar Watt Branch di Amerika Syarikat. Keputusan kajiannya mendapati;

    a. Kawasan bandar mempunyai jumlah enapan/mendakan yang banyak disebabkanoleh bertambahnya kadar kemuncak air larian permukaan yang masuk ke sungai. Dalam kes iniapabila kadar alir 10 kaki padu per saat maka luahan enapannya ialah 100 tan per hari danapabila air larian mencapai maksimun 100 kaki padu per saat maka luahan enapannya mencapai5000 tan per hari.

    b. Kawasan luar bandar pula mempunyai jumlah enapan/mendakan yang kecildisebabkan oleh kadar kemuncak air lariannya yang kecil. Apabila air lariannya 10 kaki padu persaat luahan enapan hanya 1 hingga 5 tan per hari dan apabila air larian mencapai 100 kaki paduper saat luahan enapan adalah 900 tan per hari.

    2. Perbezan keputusan ini jelas menunjukkan bahawa pembandaran menjadi punca utamakepada pertambahan bahan enapan/mendakan yang terpaksa di bawa oleh larian air permukaandan juga aliran sungai. Oleh sebab itulah setiap kali banjir kilat berlaku penduduk bandarterpaksa berkerja keras membersihkan kawasan rumah masing-masing daripada enapan kelodakdan lumpur.

    Pembandaran dan Kesan Ke atas Kualiti Sumber Air dan Suhu Air di Bandar.

    1. Terdapat pelbagai jenis sumber air semulajadi di bandar misalnya sumber air sungai,tasik, kolam, paya, air bawah tanah serta air hujan. Akibat pembandaran yang pesat kualitisumber-sumber air ini juga kian merosot atau tercemar. Di antara sumber air yang paling terukterjejas ialah sumber air sungai, air hujan dan juga air bawah tanah. Punca pencemaran iniberlaku menerusi pembuangan sisa industri, sisa domestik termasuk sisa kumbahan dan jugaperlepasan asap kenderaan yang sememangnya meningkat sejajar dengan peningkatan jumlahpenduduk bandar.

    2. Kajian mengenai kualiti air sungai adalah berdasarkan kepada nilai BOD (BiochemicalOxygen Demand) iaitu satu pengukuran tentang kadar penggunaan oksigen larut dalam air. ParasBOD rendah menunjukkan kualiti air sungai adalah bersih dan apabila paras BOD semakinmeningkat, maka kualiti air sungai semakin merosot. Dalam konteks ini kajian yang dilakukanoleh Jabatan Alam Sekitar terhadap sungai Gombak dan sungai Kelang menunjukkan bahawa dihulu sungai Kelang paras BODnya adalah rendah hanya 4 ppm (part per million) sahaja tetapiianya meningkat kepada 13 ppm di bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya terus meningkatkepada 20 ppm selepas merentasi bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Selain daripadasumber air sungai, kualiti sumber air bawah tanah juga kian merosot. Sisa-sisa industri yangdilupuskan di tapak pembuangan atau dibuang secara haram dan juga sampah sarap yang dibuangdi tapak pelupusan sampah boleh teroksid menerusi proses pengoksidaan misalnya menghasilkanasid sulfurik dan asid nitrit. Apabila hujan turun asid ini akan turut dilarut resapkan ke dalam

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    14/20

    tanah sehingga air dalam tanah juga mengandungi nilai keasidan yang tinggi. Keaslian danketulenan air terjejas. Di sesetengah kawasan air bawah tanah telah terjejas teruk denganmempunyai banyak bakteria Coliform dan E.Coli. Sumber air bawah tanah di kawasan inilangsung tidak boleh digunakan oleh manusia.

    3. Di antara proses pembandaran dengan perindustrian lazimnya bergerak seiringan dan

    segandingan. Kadar pembandaran yang pesat turut dibantu oleh kepesatan proses perindustrianyang berupaya menarik lebih ramai penduduk berhijrah ke bandar-bandar khususnya ke bandar-bandar besar. Pertumbuhan kilang yang begitu banyak bermakna lebih banyak bahan pencemarakan dibebaskan ke udara. Kesannya kualiti air hujan boleh merosot menerusi fenomena hujanasid. Bahan-bahan pencemar yang dibebaskan ke udara seperti karbon dioksida, karbonmonoksida, sulfur dioksida, hidro karbon-hidrokarbon yang lain boleh bertindak sebagai nukleuspemelowapan untuk menarik wap-wap air berkumpul ke arahnya membesar membentuk manik-manik hujan. Apabila proses ini berlaku bermakna hujan yang turun adalah tidak tulen danmengandungi asid.4. Selain itu terdapat juga kajian yang menunjukkan suhu air di bandar turut meningkatakibat daripada proses pembandaran. Permukaan bandar yang terdiri daripada bitumen, aspalt danbangunan konkrit telah berupaya menyerap dan menyimpan haba dari bahangan matahari. Habayang tersimpan ini dinamakan sebagai haba pendam. Dengan adanya haba pendam inilah suhu airdi kawasan bandar lebih tinggi jika dibandingkan dengan suhu air di kawasan luar bandar.

    Pembandaran dan Kesan Ke atas Sumber Air Tanah di Bandar

    1. Air dalam tanah adalah salah satu sumber bekalan air yang penting bagi kebanyakanbandar samada sebagai sumber air alternatif atau sebagai bekalan sumber air yang tetap. Puncautama sumber air dalam tanah adalah datangnya dari air hujan atau air pencairan salji yangmenyusup masuk melalui liang-liang pore tanah. Penyusupan (infiltrasi) ini disebabkan oleh;diserap oleh koloid tanah, ditarik oleh daya kapilari dan ditarik oleh graviti air. Proses susupanboleh berlaku secara vertikal dan juga horizontal. Pembandaran telah mengurangkan sumber airtanah dimana jumlah air yang disumbangkan oleh air hujan atau pencairan salji semakinberkurangan yang disebabkan oleh permukaan bandar tidak mampu melakukan proses

    susupan/infiltrasi. Pada amnya terdapat empat kesan pembandaran terhadap sumber air dalamtanah iaitu; Pertama, mengurangkan akuifer (pengandung air), ke dua mengurangkan aras airtanah (water table ground water), ke tiga mengurangkan sumber air tanah untuk sungai dan keempat mengurangkan kekonduksian hidrolik iaitu media berliang untuk meneruskan air bergerak.

    2. Akuifer ialah formasi geologi yang boleh menyimpan air dalam tanah. Sistem akuifermelakukan dua fungsi hidrologi iaitu pertama, menyimpan air dalam tanah sehingga air tersebutdikeluarkan dan kedua menyediakan konduit untuk aliran air dalam tanah berlaku. Fungsi yang kedua inilah yang menjamin sumber air kepada sungai sentiasa ada (based flow) kerana air dalamtanah sentiasa bergerak di sepanjang konduit tersebut menuju ke sungai. Sebagai sebuah sistemsemulajadi, akuifer sentiasa berada dalam keadaan seimbang jika ia tidak diganggu. Ini bermaknainput air yang memasuki sistem akuifer adalah sama dengan output air yang keluar dari sistem

    tersebut. Pada masa yang sama input air yang masuk akan disimpan sebagai storan. Ketiga-tigaelemen input storan output ini akan menentukan keseimbangan dinamik dalam sistemakuifer akan sentiasa dikekalkan.

    3. Tetapi apabila proses pembandaran berlaku, input air ke dalam sistem akuifer akanterganggu. Liang-liang pore permukaan tanah yang tertutup dengan bitumen, konkrit dan aspaltakan mengurangkan input air kepada sistem akuifer sekaligus mengurangkan storannya. Padamasa yang sama proses output sentiasa berlaku khususnya pengambilan air tanah oleh manusia dibandar itu sendiri di samping aliran semulajadinya menuju ke sungai. Apabila input berkurangan

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    15/20

    sedangkan output berlebihan akan menyebabkan sistem akuifer tidak lagi stabil. Dalamjangkamasa panjang keadaan ini amat merbahaya sekali kepada manusia. Pertama, sungai akankehilangan sumber air yang tetap dan ke dua menggalakkan kejadian tanah mendap di bandarkerana fungsi akuifer sebagai span tidak dapat dilaksanakan. Dalam konteks membekalkansumber air kepada sungai L.B. Leopold seterusnya menambah Kesemua air yang masuk kedalam sistem akuifer samada menerusi infiltrasi (susupan) atau perkolasi (rembesan) pada

    akhirnya akan menuju ke sungai. Jumlah air dari kedua-dua proses inilah yang memberikanbekalan air yang tetap kepada sistem sungai untuk membolehkan ianya terus mengalir sebagaialiran dasar (based flow). Apabila infiltrasi dan perkolasi berkurangan maka sungai-sungai dibandar akan menjadi cetek dan kekeringan air.

    4. Gangguan kepada sumber air tanah di bandar bukan sahaja melibatkan aktiviti penurapanmuka bumi malah ia juga melibatkan aktiviti penyahutanan di kawasan pinggir bandar. Kita telahsedia maklum bahawa proses rebakan bandar dari pusat ke pinggir akan melibatkan banyakkawasan hutan ditebang dan bukit-bukit di pinggir bandar di teres atau diratakan untuk dijadikantapakbina petempatan/perumahan, kawasan perniagaan, pusat bandar baru, kawasan industri danlain-lain lagi. Kawasan hutan di pinggir bandar yang selama ini berfungsi sebagai kawasantadahan air dimusnahkan. Justeru, ini akan memberikan kesan kepada bekalan air tanah. Sudahpastinya proses susupan akan berkurangan ekoran daripada kehilangan proses pintasan olehkanopi pokok yang menyebabkan paras air tanah akan menurun. Keadaan ini akan menjejaskanbekalan air yang tetap kepada sistem sungai. Di samping itu ia turut mengurangkan bekalan airkepada punca sungai yang bermula di kawasan tadahan berkenaan.

    F. Pengurusan Sumber Air.

    Konsep Pengurusan Sumber Air Lestari.

    1. Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya Water Manegment, ..Pengurusansumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan ramalanterhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap dan optimun tanpa membazir untukmenjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijakbagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar.Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.

    2. Pengurusan sumber air yang lestari pula mesti boleh memenuhi dua kreteria berikut:

    a) Menjamin bekalan air sentiasa ada, bersih dan berterusan untuk memenuhikeperluan generasi masa kini dan akan datang. Kegunaan dan keperluan airbukan sahaja boleh dinikmati oleh generasi masa kini tetapi juga mestilah bolehdirasai bersama oleh generasi akan datang malah daripada segi kualitinyamestilah lebih baik daripada masa kini. Justeru itu generasi masa kini perlumengambil kira keperluan generasi masa hadapan dalam mengurus tadbir dan

    mengguna sumber-sumber air yang ada sebagai satu amanah.b) Mengadunkan penggunaan air yang cekap dan optima dengan usaha-usaha

    pemeliharaan serta pemuliharaan sumber air tersebut agar ia sentiasa cukup,bersih, berterusan dan dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja.

    3. Pelbagai jenis sumber air yang perlu diurus dn dibangunkan dengan cekap. Antaranyaialah seperti sumber air permukaan (sungai, tasik,kolam,paya dll), sumber air tanah (akuifer),sumber air masin (laut), sumbr air payau (muara), sumber air kerpasan khususnya hujan, sumberais seperti iceberg dan juga sumber air yang telah diguna yang boleh dikitar atau dirawat semula.

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    16/20

    Pada masa kini Singapura banyak menggunakan sumber air yang telah dirawat semula yangdikenali sebagai New Water.

    Pendekatan Pengurusan Sumber Air Lestari.

    1. Sebelum penggunaan sumber air, amalan penting dalam pengurusan sumber air yangcekap ialah mengadakan perancangan yang sistematik. Perancangan yang sistematik adalahmelibatkan pembinaan polisi dan strategi atau langkah yang tersusun. Antara contoh susunanlangkah yang strategik dalam pengurusan sumber air ialah:

    a) Menggariskan objektif atau tujuan sumber air itu perlu dijana dan dimajukan.b) Membuat invonteri tentang potensi sumber air yang ada daripada segi

    kepelbagaian jenis sumbernya, kapasiti yang ada, sifat dan keberterusan sumberair, kualiti sumber air dan sebagainya.

    c) Menjana strategi dan pilihan-pilihan kaedah yang boleh digunakan atau dipilihbagi mencapai objektif sesuatu sumber ai itu dimajukan.

    d) Memilih strategi yang terbaik, cekap, berkesan dan meminimakan kos dan resikoserta pada masa yang sama mengoptimakan penggunaan serta keuntungan.

    e) Melaksanakan strategi-satategi yang telah dipilih.f) Menjalankan pemantauan dan penilaian tentang kesesuaian strategi berdasarkan

    realiti dan keadaan di lapangan yang sebenar. Seperti menjalankan impakpenilaian alam sekitar (EIA).

    g) Menyediakan plan alternative atau strategi baru jika strategi asal kurang berkesanatau tidak mencapai objektifnya.

    2. Melaksanakan invonteri sumber air dan kajian keperluan adalah satu langkah yang amatpenting bagi menjamin sumber-sumber air yang ada dapat diuruskan dengan bijaksana. Dalamkonteks kajian keperluan ini perkara-perkara berikut mestilah diambil kira iaitu:

    a) Mengenalpasti jenis-jenis sumber air yang hendak dibangunkan samada air

    sungai, tasik semulajadi, tasik buatan manusia, air baah tanah dan sebagainya.Sebagai contoh jika air sungai yang hendak dibangunkan maka penelitian tentangisipadunya, halajunya, kadar alirnya, arah alirannya, saiz lembangannya dan lain-lain mestilah diukur dengan tepat.

    b) Membuat pertalian antara kapasiti air yang boleh dibekalkan atau dijana denganpermintaan terhadapnya samada dari penduduk, industri dan governan.

    c) Menganggarkan kos yang diperlukan jika sumber air itu hendak dibangunkan.d) Meramal impak khususnya terhadap alam sekitar samada dalam jangka masa

    pendek atau jangka masa panjang.

    3. Pilihan strategi yang sesuai dalam membangunkan sumber air pula boleh dibuat melaluipelbagai pendekatan berasaskan kepada objektif atau keperluan yang telah ditetapkan. Antaranya

    ialah:

    a) Jika keperluannya tunggal dan hanya satu sumber sahaja yang ada di sesebuahkawasan itu maka struktur tunggal adalah strategi yang terbaik. Misalnya jikatujuannya hanya untuk pertanian sahaja dan sumber air yang ada hanyalah airsungai sahaja, maka strategi terbaik yang digunakan ialah empangan dan terusanseperti empangan Muda di Kedah.

    b) Jika keperluannya adalah pelbagai dan sumber yang ada juga pelbagai makastrategi pelbagai struktur (multi structur) perlu digunakan. Sebagai contoh

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    17/20

    pembinaan empangan hidro elektik. Selain daripada kegunaannya untuk menjanakuasa elektrik hidro ia juga boleh digunakan sebagai kawalan banjir, bekalan airkepada penduduk, reakreasi dan sebagainya.

    4. Menjalankan penilaian. Penggunaan dan penjanaan sumber-sumber air perlu dinilai darimasa ke semasa terutama sekali yang berkaitan dengan jaminan kecukupannya, keberterusannya

    dan juga kebersihannya. Penilaian tentang kos untuk merawat semula, keupayaan bekalan air jikaberlaku kecemasan seperti jika berlaku bencana kemarau dan lain-lain. Dalam konteks sistemalam sekitar pembangunan sumber air perlu dilihat daripada segi impaknya kepada system-sistemyang lain. Misalnya jika sesebuah empangan hidro elektrik hendak dibina maka kajian tentangEIA hendaklah dilakukan yang meliputi kemusnahan ekosistem hutan, kepupusan biodiversiti,kesan ke atas geomorfologi sungai, kesan ke atas kelembapan udara dan keseluruhan sistem-sistem kecil alam sekitar yang ada di situ.

    Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Air Lestari : Menjamin Bekalan Air Yang

    Bersih dan Berterusan.

    1. Membuat penelitian dan pengkajian awal tentang sumber-sumber air yang ada sebelum

    projek pembangunannya dijalankan. Ini meliputi; Taburan dan kapasiti sumber air berbandingdengan permintaan pengguna, sifat-sifat sumber air yang ada samada tetap atau bermusimdisamping kajian EIA (Impak Alam Sekitar) jika sesuatu sumber air itu ingin dimajukankhususnya secara komersial. Contohnya kajian EIA telah dijalankan dalam projek Hidro ElektrikBakun di Serawak. Kajian elemen hidrologi daripada awal adalah amat penting untukmemastikan kapasiti bekalan air akan berterusan dalam jangka masa yang panjang. Jika tidakmasalah terputus bekalan akan sentiasa dihadapi oleh pengguna. Sebagai contoh kajian terhadaptaburan hujan di sesuatu kawasan, input dan kadar alir sungai,simpanan air bawahtanah,topografi dan lain-lain yang berkaitan.

    2. Perlaksanaan Undang-undang untuk mengawal penggunaan sumber air tanpa kebenaranatau undang-undang untuk mencegah pencemaran air. Meliputi undang-undang untuk mencegahindustri atau pengguna yang mencemarkan sumber-sumber air khususnya di sungai. Undang-

    undang mengekalkan kawasan tadahan dan mewujudkan zon-zon penampan bagi menjaminstoran air bawah tanah tidak diganggu serta sentiasa berterusan untuk sungai-sungai danempangan. Industri-industri yang dibina berhampiran dengan sumber air khususnya sungai dantasik hendaklah mengawal pembuangan sisa toksidnya. Sebagai contoh hampir 500 buah industriyang dibina disepanjang sungai Gombak dan sungai Kelang didapati menjadikan sungai tersebutsebagai saluran perlepasan enfluennya. Justeru tindakan yang tegas mestilah diambil sepertimengenanakan denda yang berat, penjara, menarik balik lesen operasi dan mengenakan cajperawatan air kepada kilang-kilang terbabit sepertimana yang diperuntukkan dalam akta kualitialam sekitar 1974.

    3. Langkah merawat sumber-sumber air yang telah tercemar khususnya sumber air sungaidan tasik disamping melaksanakan program kitar semula air yang telah digunakan. Langkah ini

    boleh dilaksanakan melalui usahasama antara pihak kerajaan dengan pihak swasta. Sumber airyang telah tercemar mestilah dirawat agar airnya bersih kembali sebelum dilepaskan ke dalamsungai atau tasik. Sebagi contoh air sungai Kelang pernah mengalami proses rawatan. Kosrawatan yang tinggi mestilah dikongsi bersama oleh kerajaan mahupun swasta. Selain itu pihakberkuasa tempatan sepeti DBKL dan juga Jabatan Parit dan Saliran (JPS) perlu menyediakanperangkap sampah yang lebih banyak di dalam sungai-sungai tertentu yang dikenalpasti berisikotinggi untuk tercemar. Ini merupakan salah satu langkah yang baik untuk mengurangkan kuantitipencemaran bahan pepejal (Solid Waste ). Selain itu air yang telah digunakan oleh industri dandomestik boleh dikitar semula untuk pelbagai tujuan lain agar ia tidak terus membazir.

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    18/20

    4. Memajukan sumber-sumber air alternatif. Bekalan air yang ada tidak seharusnyamengharapkan sungai dan empangan semata-mata. Sumber-sumber air yang berpotensi seperti airbawah tanah, air takungan tasik,kolam samada semulajadi atau buatan manusia termasuk juga airhujan boleh dimanfaatkan sebagai sumber pilihan dan pengganti jika berlaku sesuatu krisisbekalan air. Di Malaysia sumber air bawah tanah merupakan sumber alternatif yang paling

    berpotensi boleh dimajukan. Selain daripada kos dan teknologinya yang murah air bawah tanahjuga masih bersih dan selamat digunakan dengan rawatan yang minimun. Justeru itu ia patutdimajukan dengan sebaik mungkin.

    5. Memperbaiki sistem pengagehan dan pengurusan air di samping kempen pendidikan alamsekitar kepadamasyarkat pengguna air agar menggunkan air dengan bijak, terurus tanpamembazir. Sistem bekalan air di Malaysia patut diswastakan agar perkhidmatannya lebih cekap.Justeru kerajaan pusat mesti mengambil-alih kuasa pengurusan air daripada kerajaan negeriberikutan daripada kerajaan negeri menghadapi masalah kekurangan kewangan dan kepakaran.Sebagai contoh krisis air di kelantan Kelantan Waters hanya dapat diselesaikan dengancampurtangan kerajaan pusat. Dengan memperbaiki sistem perpaipan yang sedia ada makapembaziran air dapat dikurangkan. Pendidikan kepenggunaan air seharusnya di berikan kepadapengguna dari masa ke semasa agar sumber-sumber air tidak dibiarkan membazir. Kempenpendidikan ini boleh dilaksanakan menerusi pelbagai media cetak dan media elektronik. Airmerupakan satu khazanah yang patut dijaga dengan sebaik mungkin untuk kepentingan generasikini dan akan datang meneruskan kelangsungan hidupnya tanpa menghadapi masalah yanggawat.

    Justeru bagi melindungi kepentingan sumber air negara, langkah-langkah berikut perlu diambildengan segera:

    + menjadikan kawasan tadahan air sebagai kawasan simpanan kekal dengan tidak membenarkansebarang projek pembangunan;

    + mengawal secara tegas pembuangan air kumbahan ke sungai-sungai;

    + merancang integrasi industri di mana sisa industri dikitar semula dan

    + membina penghadang di sekitar kawasan rawatan air dan sungai-sungai supaya air tidaktercemar.

    Soalan Latihan:

    Soalan 1:

    a) Berikan definasi banjir kilat. (3 Markah)b) Jelaskan mengapa banjir kilat sering berlaku di kawasan Bandar. (10 Markah)c) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah banjirkilat di kawasan Bandar. (12 Markah)Soalan 2:

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    19/20

    a) Berdasarkan contoh-contoh tertentu terangkan kepentingan pelbagai jenis sumber airkepada penduduk dan pembangunan sosio- ekonomi sesebuah negara. (10 Markah)

    b) Tunjukkan bagaimana aktiviti-aktiviti manusia telah mempengaruhi kemerosotan kuantitidan kualiti sumber air di sesebuah Negara. (7 Markah)

    c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan kualiti sumber air disesebuah Negara. ( 8 Markah)

    Soalan 3:

    a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber air yang lestari?. (5 Markah)

    b) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjamin sumber air di Malaysiaagar sentiasa bersih dan berterusan. (10 Markah)

    c) Jelaskan kesan-kesan pembandaran terhadap sistem hidrologi bandar. (10 Markah)

    BIBLIOGRAFI

    1. Buku Teks (WAJIB): Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, (2009).Teks Pra U Geografi Alam Sekitar Fizikal, Petaling Jaya, KL. PearsonEducation Sdn.Bhd.

    de Blij, H.J. dan Muller, P.O. 1993. Physical Geography of the Global

    Environment. New York: John Wiley and Sons.

    Prof Datuk Dr Zaini Ujang ialah Naib Canselor, Universiti Teknologi

    Malaysia (UTM) dan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara(SPAN).

    http://web.utm.my/vicechancellor/index.php?option=com_content&task=view&id=127&Itemid=46

    Jamaluddin Md. Jahi & Ismail Ahmad. (1988). Pengantar GeografiFizikal. Kuala Lumpur: Tropical Press.15. Jamaluddin Md. Jahi, Mohd

  • 8/2/2019 PBS 4 - Sistem Hidrologi Dan Manusia

    20/20

    Strahler, A.N. (1978). Geografi Fizikal. Kuala Lumpur: John Wiley and

    Sons.

    Wan Ruslan Ismail (1994). Pengantar Hidrologi. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa Dan Pustaka.