PANTUN

5

description

4tdrf

Transcript of PANTUN

Page 1: PANTUN

DEFINISI PANTUN

Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau

struktur visualnya.

Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap

aktiviti kehidupan masyarakat Melayu

(Jamilah Hj. Ahmad, 1993: 114).

Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (tema dan persoalan).

Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun

mengikut tanggapan dan pandangan dunia

masyarakat Melayu

Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang

maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

Pantun merupakan puisi melayu yang paling

popular jika berdasarkan daripada penggunaannya

yang paling meluas.

Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau

empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak

boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a)

Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat,

jenaka, budi dan teka-teki.

Page 2: PANTUN

Fungsi Pantun

Untuk mendidik

Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu

Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih

Untuk adat istiadat

Untuk sindiran dan tempelak

Untuk menguji minda

Untuk hiburan

Tujuan adat istiadat

Meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan.

Menyampaikan mesej berunsur keagamaan

Page 3: PANTUN

CONTOH- CONTOH PANTUN

Pantun Mendidik

Air melurut di tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.

Pantun Kasih Sayang

Ribu-ribu pokok mengkudu, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.

Pantun Penghargaan

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Pantun Adat Istiadat

Tok Sami ke Teluk Lipat, Kain sekodi dibawa sama; Datang kami membawa hajat, Kalau sudi minta terima.

Pantun Sindiran

Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.

Pantun Uji Minda

Kalau tuan pergi ke kedai, Belikan saya buah keranji; Kalau tuan bijak pandai, Apakah binatang keris di kaki?

Pantun Hiburan

Tuan Puteri memasang panjut, Dayang tolong menghalau lalat; Kucing tidur bangkit terkejut, Melihat tikus pandai bersilat.

Page 4: PANTUN

PANTUN

Page 5: PANTUN

CONTOH PANTUN BERKAIT

Pantun berkait agama

Di atas pohon burung bersarang,

Burung terbang di ruang angkasa,

Dalam kita ada terlarang,

Jangan sekali membuat dosa.

Burung terbang di ruang angkasa,

Jatuh ke laut lalu tenggelam,

Jangan sekali membuat dosa,

Wahai umat beragama Islam.

Jatuh ke laut lalu tenggelam,

Sayap patah badan terbelah,

Wahai umat beragama Islam,

Tetapkan iman kepada Allah.