Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/...

44
1 fbsmy.com Panduan Forex bagi Pemula

Transcript of Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/...

Page 2: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

2

KandunganPanduan Forex bagi Pemula 31. Apakah itu Forex? 42. Siapakah yang berdagang di pasaran Forex? 53. Kenapa harus menjadi pedagang Forex? 74. Bilakah waktu seseorang boleh berdagang Forex? 85. Bagaimana caranya untuk memulakannya? 96. Apakah instrumen-instrumen yang boleh saya dagangkan? 117. Bagaimanakah pergerakan harga diukur? 13 Mengira keuntungan 148. Apakah itu spread? 169. Bagaimana boleh kita jangkakan ke mana arah pergerakan kadar tukaran? 1710. Bagaimanakah caranya untuk menggunakan kalendar ekonomi? 1911. Cara-cara membuka Akaun Dagangan di FBS 2112. Antaramuka MT4 2313. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 3114. Apakah itu swap? 32 Bagaimanakah cara untuk menutup suatu pesanan? 3215. Pengurusan risiko 3316. Pengurusan dana 3717. Menentukan saiz dagangan 3918. Psikologi pedagang Forex 41 Mendapatkan ‘mindset’ yang betul untuk berdagang dengan jayanya 41 Menangani kerugian 42 Memantapkan psikologi diri 43Pelajari lebih mendalam tentang Forex di FBS! 44

Page 3: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

3

Panduan Forex bagi Pemula

Anda telah mendengar perkataan ‘Forex’, tetapi hanya ada ke-fahaman yang samar mengenainya? Waktunya telah tiba untuk anda menyelidikinya. Baca tips-tips pendek di bawah untuk mempelajari apakah itu pasaran matawang dan bagaimana anda boleh menghasilkan wang darinya.

Page 4: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

4

1. Apakah itu Forex?

Forex, FX – kependekan bagi ‘foreign exchange’ – adalah perdagangan matawang pelbagai negara, antara satu sama lain. Forex adalah salah satu dari pasaran kewangan global terbesar untuk memperdagangkan pelbagai matawang. Ia melancarkan perdagangan dan pelaburan antarabangsa me-nerusi transaksi tukaran matawang. Pada 2016 volum harian FX adalah sebesar $5.1 trilion, menurut data dari Bank of Inter-national Settlement (BIS).

Transaksi Forex melibatkan dua matawang, yang membentuk apa yang dipanggil pasangan atau regu matawang. Satu ma-tawang dibeli, sementara yang satu lagi dijual. Ambil contoh pasangan EUR/USD. Jika anda beli pasangan ini, anda akan membeli euro dan menjual dolar. Jika anda menjual pasangan ini, anda akan menjual euro dan membeli dolar. Jika pembelian pasangan ini melebihi penjualannya, harga akan meningkat. Jika penjualan melebihi pembelian, harga akan menurun.

Keputusan untuk membeli atau menjual pasangan matawang bergantung kepada jangkaan anda tentang harga di masa hada-

Page 5: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

5

pan. Jika anda fikir EUR/USD akan meningkat, anda akan mem-beli pasangan itu, atau dalam istilah lain membuka posisi long padanya. Jika anda fikir EUR/USD akan menyusut, anda akan menjual pasangan itu, atau seperti kata para pedagang, buka posisi short di pasangan ini. Setelah sekian masa berlalu dan harga EUR/USD pun berubah, anda menutup posisi tersebut dan mendapat keuntungan jika harga berubah selari dengan unjuran anda. Jika harga bergerak menyongsang arah jangkaan, anda akan mendapat kerugian dari transaksi ini. Amaun keuntungan bergantung kepada seberapa banyak harga pasangan matawang ini telah bergerak sepanjang tempoh ini dan saiz posisi anda.

2. Siapakah yang berdagang

di pasaran Forex?

Sesetengah berdagang untuk membuat keuntungan, seba-hagian berdagang untuk melindungi risiko-risiko mereka, dan yang lain hanya kerana mereka memerlukan matawang asing untuk membayar barangan dan perkhidmatan.

Pasaran FX adalah terpencar, iaitu tidak berpusat. Dalam lain perkataan, tiada lokasi fizikal di mana para pelabur pergi untuk mendagangkan matawang. Para pedagang FX boleh meng-gunakan internet untuk memeriksa sebutharga pelbagai pas-angan matawang dari pelbagai peraih. Pusat-pusat kewangan di serata dunia – London, New York, Hong Kong dan Singapura – berfungsi sebagai zon tumpuan perdagangan antara pel-bagai jenis pembeli dan penjual.

Peserta-peserta utama perdagangan adalah bank-bank komer-sil, jadi sebutharga matawang ditetapkan di pasaran interbank.

Page 6: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

6

Anda juga boleh menjadi seorang pedagang Forex dan menyertai kelas keusahawanan matawang ini. Anda boleh mendapatkan akses kepada pasaran interbank menerusi broker FX (lihat 5).

GAMBAR 1. Peserta pasaran Forex

Selain dari bank-bank komersil besar, bank-bank pusat dan syarikat-syarikat multinasional, terdapat juga ramai pelabur pemain risiko yang sentiasa bersedia untuk terlibat dalam pel-bagai jenis spekulasi. Antara mereka adalah pedagang runcit individu tipikal, yang berdagang secara harian atau mingguan untuk meraih wang yang banyak. Ramai dari mereka menta-fahus berita-berita ekonomi dan politik, terbitan statistik dan perjumpaan orang-orang berpengaruh untuk merungkai perger-akan matawang di masa hadapan. Sebahagian yang lain pula bergantung kepada indikator teknikal tanpa mempedulikan tentang apa yang sedang berlaku di dunia kewangan.

Page 7: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

7

3. Kenapa harus menjadi pedagang Forex?

• Anda boleh mendapat pulangan yang sangat jauh lebih besar dari

deposit permulaan anda.

• Anda mempunyai perniagaan anda sendiri dan hanya bergantung

kepada diri sendiri.

• Anda tidak perlukan jumlah wang yang besar. Malah anda boleh mu-

lakan dengan hanya 1 USD.

• Anda bebas menguruskan masa anda sebagaimana yang anda mahu.

• Anda boleh menggunakan leveraj yang disediakan oleh broker dan

berdagang dengan jumlah wang yang lebih besar dari yang ada pada

deposit anda.

• Anda menikmati kos perdagangan yang lebih rendah dari pasaran

kewangan lain.

• Anda mendapat pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam kewangan.

Salah satu kelebihan utama pasaran Forex adalah kecairan yang tinggi. Jumlah wang yang bergerak di dalam pasaran ini adalah besar – lebih dari 5.3 trilion dollar sehari. Justeru, ia me-merlukan hanya kurang sesaat untuk membuka dan menutup posisi perdagangan. Tambahan pula, kadar tukaran biasanya bergerak dengan rancak, dan anda boleh membuat keuntungan dari pergerakan harga bila-bila anda mahu.

Semua dagangan dilaksana menerusi internet. Tiada lokasi fizikal yang perlu dilawati oleh pelabur untuk memperdagang-kan matawang. Semua pemerdagangan matawang yang akan kita lakukan, akan dibuat secara atas talian. Anda hanya perlu muat turun perisian khas dari laman web broker, atau gunakan sahaja terminal dagangan web. Terminal dagangan akan menunjukkan kepada anda harga pelbagai matawang secara masa-nyata (real time).

Page 8: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

8

Perdagangan Forex yang berjaya boleh menjadi sumber pendapatan yang besar. Ada banyak laman web yang mengaku mampu menggandakan wang dua atau tiga kali ganda setiap bulan. Bagaimana pun, secara praktis pedagang profession-al membuat pulangan 20-80% sebulan, jadi pulangan 20-30% bukan sahaja realistik tetapi juga satu jangkaan yang munasa-bah. Ingatlah bahawa perdagangan matawang adalah seperti lain-lain instrumen pelaburan, dan memasang jangkaan yang realisitik tentang pulangan akan memberikan anda lebih pelu-ang untuk berjaya berbanding angan-angan untuk cepat kaya dengan pelaburan hanya $50.

Sila ingat bahawa berdagang Forex sangat berisiko. Forex harus didagangkan dengan modal risiko. Dalam lain perkataan, berdaganglah dengan wang yang anda mampu bakar. Dalam masa yang sama, tidak perlu untuk takut dengan risiko. Se-bagai pedagang, anda perlu mengambil risiko yang munasa-bah, yang mana ganjaran yang diunjurkan untuknya adalah lebih tinggi, dan membuat semua usaha diperlukan untuk men-gurangkan risiko.

4. Bilakah waktu seseorang boleh

berdagang Forex?

Pasaran FX buka 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Walaupun matawang didagangkan tanpa henti 24 jam sehari, pemain pasaran mengasing-asingkan sesi perdagangan berdasarkan kepada masa di mana pasaran saham dibuka untuk rantau tertentu di dunia ini. Biasanya volum dagangan lebih tinggi sewaktu pertindihan sesi-sesi ini. Suatu hari dalam FX sentiasa bermula di Australia dan New Zealand, kemudian menyebar

Page 9: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

9

Musim Panas (sekitar April — Oktober) Musim Sejuk (sekitar Oktober — April)

Australia 22:00–07:00 21:00–06:00Jepun 23:00–08:00 23:00–08:00

UK 07:00–16:00 08:00–17:00AS 12:00–21:00 13:00–22:00

TABLE 1. Sesi perdagangan Forex

5. Bagaimana caranya

untuk memulakannya?

Perdagangan FX biasanya dilakukan menerusi broker-broker. Broker adalah syarikat-syarikat yang menyediakan kepada indivi-du seperti anda akses kepada pasaran interbank di mana semua perdagangan berlaku. Dalam lain perkataan, sebuah broker memberikan anda perisian khas di mana anda boleh melihat sebut harga matawang secara live dan membuat pesanan untuk membeli/menjual matawang dengan hanya beberapa klik. Bila anda memutuskan untuk meghentikan dagangan, broker akan menutup posisi di pasaran matawang interbank dan kreditkan akaun anda dengan keuntungan atau kerugian. Ia hanya memer-lukan beberapa minit sahaja dari masa anda untuk membuka akaun dengan broker Forex pilihan anda dan memulakan karier

ke Asia. Selepas itu giliran Eropah pula, dan akhirnya Amerika Syarikat dan Kanada turut ikut serta.

Anda boleh berdagang bila-bila masa yang anda mahu sewaktu hari berkerja. Anda boleh buka posisi matawang untuk bebera-pa jam atau malah kurang dari itu (perdagangan intrahari) atau untuk beberapa hari (dagangan jangka panjang) – apa sahaja yang anda fikirkan sesuai.

Page 10: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

10

perdagangan anda. Apa yang anda perlukan adalah akses inter-net. Sebagai ganjaran bagi perkhidmatan-perkhidmatan tersebut, pedagang membayar kepada broker spread atau komisen.

Platform perdagangan untuk FX dipanggil MetaTrader 4 dan 5 (MT4 dan MT5) dan ia boleh dimuat turun dengan mudah dari sini. FBS menawarkan perisian ini untuk pelbagai sistem pengo-perasian, termasuk versi untuk peranti mudah alih. Untuk men-jual atau membeli pasangan matawang, anda perlu membuat pesanan — beri perintah khusus kepada broker anda menerusi MT4.

Anda boleh lihat contoh tetingkap terminal perdagangan anda di bawah:

GAMBAR 2 . Cetakan skrin dari MT4

Anda tidak perlu terus melaburkan wang anda di Forex. Keban-yakan broker menawarkan akaun latihan demo, yang membole-hkan anda mencuba pasaran Forex menggunakan wang maya berdasarkan data pasaran yang sebenar. Menggunakan akaun demo adalah cara yang baik untuk belajar berdagang. Anda boleh berlatih dengan menekan butang-butang tanpa khuatir

Page 11: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

11

dan memahami semuanya dengan lebih pantas.

Di samping itu, anda juga perlu tahu bahawa deposit minimum di FBS bermula dari hanya $1. Ini bermakna, anda boleh mula berdagang dengan jumlah wang yang kecil dan seterusnya menghadkan risiko anda, di samping masih mempunyai pelu-ang untuk meraih keuntungan!

6. Apakah instrumen-instrumen

yang boleh saya dagangkan?

Matawang di pasaran Forex sentiasa didagangkan secara ber-pasangan. Untuk mencari nilai relatif sesuatu matawang, anda perlukan suatu matawang lain untuk dijadikan perbandingan. Bila anda beli suatu matawang, anda juga menjual matawang lain secara automatik.

Pasangan matawang di Forex disebut menggunakan singka-tan. Sebagai contoh, EUR/USD bermaksud Euro berbanding Dollar AS, dan USD/JPY bermaksud Dollar AS berbanding Yen Jepun. Jika anda membeli EUR/USD, anda membeli Euro dan menjual Dollar. Jika anda menjual EUR/USD, anda menjual EUR dan membeli Dollar.

Matawang pertama pada pasangan dipanggil matawang asas (base currency), sementara matawang kedua dipanggil ma-tawang sebutharga (quote currency) atau matawang imbalan.

Sebagai contoh, kadar tukaran pasangan EUR/USD adalah 1.1000. Itu bermakna kos 1 euro adalah 1.1000 dollar AS (satu dollar dan 10 sen).

Page 12: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

12

Pasangan-pasangan matawang selalunya dibahagikan kepada pasangan major, silang dan eksotik. Semua pasangan major mengandungi Dollar AS dan sangat popular di kalangan peda-gang: EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CHF, AUD/USD dsb.

Pasangan silang terdiri dari 2 matawang popular tetapi tidak mengandungi dollar AS. Pasangan silang paling lazim men-gandungi euro, yen, dan pound British: EUR/GBP, EUR/JPY, GBP/JPY, EUR/AUD, dsb.

Pasangan matawang eksotik terdiri dari 1 matawang major dan satu matawang dari ekonomi membangun (Brazil, Mex-ico, India, dsb.) atau ekonomi kecil (Sweden, Norway, dsb.). Pasangan eksotik jarang-jarang didagangkan di Forex dan biasanya mempunyai syarat-syarat perdagangan yang kurang menarik.

Selain daripada pasangan matawang, anda juga boleh dagang-kan logam dan CFD (contract for difference). Instrumen CFD adalah cara mudah untuk berdagang indeks, saham dan lain-lain aset tanpa perlu membayar atau memilikinya secara fizikal.

Matawang-matawang kripto pula adalah tambahan terbaru ke-pada terminal perdagangan. Ia adalah matawang digital yang direkabentuk untuk berfungsi sebagai medium pertukaran nilai menggunakan kriptografi untuk menjadikan transaksi selamat, untuk mengawal penghasilan koin baru, dan untuk mengesah-kan pindahan aset. Para pedagang boleh mendagangkan ma-tawang-matawang seperti Bitcoin, Ethereum dan lain-lain.

Page 13: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

13

7. Bagaimanakah

pergerakan harga diukur?

“Bahasa” Forex mempunyai istilah-istilah penting seperti pip dan lot. Ini adalah dua perkara yang paling penting anda perlu tahu sebelum berdagang di pasaran forex. Tanpa mereka, anda tidak akan boleh mentakrifkan saiz posisi anda dan mengira keuntungan dan kerugian potensial. Jadi, mari kita selesaikan yang ini sebelum poket anda jadi kering.

Di pasaran Forex, nilai suatu matawang diberi di dalam pip. Pip adalah singkatan untuk “Percentage in Point”. Ia mewakili perubahan terkecil yang boleh berlaku untuk kadar tukaran. Pip adalah amaun terkecil perubahan harga yang mungkin bagi sesuatu matawang. Ia adalah tempat perpuluhan terakhir untuk suatu harga/sebutharga. Contohnya, untuk EUR/USD satu pip adalah tempat perpuluhan ke empat – $0.0001; untuk matawang yang mengandungi yen Jepun seperti USD/JPY, ia adalah tempat perpuluhan kedua ($0.01). Jika EUR/USD be-rubah dari 1.0800 kepada 1.0805, ini adalah perubahan 5 pip. Jika USD/JPY berubah dari 120.00 kepada 120.03, ini adalah perubahan 3 pip.

Kadar tukaran biasanya disebut sehingga 5 angka. Tiga digit pertama pada harga dipanggil angka besar.

GAMBAR 3. Sebutharga matawang

Page 14: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

14

Sila beri perhatian bahawa sesetengah broker mengambil kira tempat perpuluhan ke-5 dan ke-3. Ia dipanggil “pipettes” dan menjadikan kiraan spread lebih anjal.

Mengira keuntunganJika anda masuk posisi long pada 1.0500 dan harga bergerak lebih tinggi menjadi 1.0550, itu bererti anda sudah meraih 50 pip. Ada formula yang mudah untuk ini: 1 pip di dalam bentuk angka perpuluhan / kadar tukaran bagi matawang sebutharga kepada Dollar AS = nilai per pip. Di dalam kes kita: 0.0001/ 1 = 0.0001 USD. Ini bermakna anda akan mendapat jumlah ini bagi setiap pip dari perdagangan yang menguntungkan. Seperti yang anda dapat lihat, ia bukanlah jumlah wang yang besar. Ini adalah kerana ia adalah nilai per pip bagi setiap 1 unit, tetapi para pedagang berop-erasi dengan bilangan unit yang lebih besar – yang dipanggil lot.

Di masa silam, perdagangan spot Forex hanya boleh dilakukan dalam suatu jumlah spesifik matawang asas, yang dipanggil lot. Saiz standard untuk satu lot bersamaan dengan 100,000 unit ma-tawang asas (base currency). Kemudiannya, bila pasaran Forex dibuka untuk para pedagang yang modalnya lebih kecil, lot “mini” dan lot “mikro” turut ditawarkan.

Lot Bilangan Unit Standard 100,000Mini 10,000Mikro 1,000

Mengambil kira semua yang telah disebutkan di atas, 1 pip sentiasa berbeza untuk anda. Ia bergantung kepada pasangan yang anda dagangkan dan saiz posisi anda di dalam lot. Mari kita lihat bagaimana cara pengiraannya.

Page 15: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

15

100 000 * 0.0001 / 1 = $10 (NILAI PER PIP BAGI EUR/USD)

Untuk pasangan di mana Dollar AS adalah matawang asas (USD/CHF, USD/CAD), nilai pip bergantung kepada kadar tukaran:

100 000 * 0.0001 / 1.0195 = $9.8 (PIP VALUE FOR USD/CHF)

Dalam kes iniJadi jika seperti di contoh terakhir, anda membu-ka dagangan ‘long’ EUR/USD sebesar 1 lot standard, anda akan membeli 100,000 unit. Dalam kes ini, keuntungan anda bukan lagi 0.0001 USD untuk 1 pip pergerakan harga searah jangkaan anda, tetapi 0.0001 USD didarab dengan 100,000 yang bersa-maan dengan 10 USD.

Jika anda mendapat keuntungan 50 pip berdagang 1 lot stan-dard EUR/USD, keuntungan anda adalah 50*10 = $500.

Anda perlu ingat bahawa Dollar AS adalah matawang sebuthar-ga bagi kebanyakan pasangan (EUR/USD, GBP/USD, dsb.). Itu bermakna kadar tukaran matawang sebutharga tersebut den-gan USD bersamaan dengan 1. Untuk pasangan yang sebegi-tu, satu pip sentiasa bernilai $10 bila kita dagangkan kontrak 100,000 unit (1 lot standard):

Untuk pasangan yang mengandungi Yen Jepun, nilai pip adalah dikira seperti berikut:

100 000 * 0.01 / 120.65 = $8,28 (NILAI PIP UNTUK USD/JPY)

Page 16: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

16

8. Apakah itu spread?

Ada dua jenis harga untuk pasangan matawang dalam Forex, ianya adalah Bid dan Ask. Harga yang kita bayar untuk mem-beli pasangan dipanggil Ask. Ia sentiasa tinggi sedikit dari harga pasaran. Harga yang diguna jika kita menjual pasangan dalam Forex dipanggil Bid. Ia sentiasa rendah sedikit dari har-ga pasaran.

Harga yang kita lihat di carta adalah sentiasa harga Bid. Nanti, kita akan pelajari bagaimana hendak mendapatkan harga Ask di platform dagangan kita. Harga Ask sentiasa lebih tinggi dari harga Bid sebanyak beberapa pip. Beza antara dua harga ini di-panggil spread. Spread adalah komisyen yang kita bayar kepa-da broker untuk setiap transaksi. Anda mungkin pernah mene-mui logik yang serupa di pengurup wang: kadar yang digunakan sentiasa berbeza untuk pembeli dan penjual.

SPREAD = ASK – BID

Sebagai contoh, harga Bid/Ask untuk EUR/USD adalah 1.1250/1.1251. Anda akan membeli pasangan itu pada harga Ask yang lebih tinggi iaitu 1.1251 dan jual di harga Bid yang lebih rendah iaitu 1.1250. Ini adalah contoh spread 1 pip.

Lebih popular sesuatu pasangan matawang, spreadnya se-makin kecil. Sebagai contoh, spread untuk transaksi EUR/USD biasanya sangat kecil, atau dalam bahasa pedagang, sangat “ketat”. Perhatikan, kos spread di Forex biasanya sangat kecil berbanding kos di pasaran saham atau opsyen. Disebabkan spread disebut di dalam pips, pedagang boleh mengiranya dengan mudah dengan mendarabkan spread di dalam unit pip dengan nilai 1 pip.

Page 17: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

17

9. Bagaimana boleh kita jangkakan ke

mana arah pergerakan kadar tukaran?

Seperti lain-lain pasaran, dalam pasaran FX harga (kadar tu-karan) didorong oleh penawaran dan permintaan:

• Jika pembeli lebih ramai dari penjual, harga meningkat.• Jika penjual lebih ramai dari pembeli, harga akan turun.

Ada banyak faktor yang mempengaruhi penawaran dan per-mintaan bagi setiap matawang tertentu dan, natijahnya, kadar tukarannya berbanding matawang-matawang lain. Sebagai contoh, prestasi ekonomi nasional sangat-sangat mempen-garuhi. Jika KDNK zon euro lebih tinggi dari jangkaan, dan semua faktor lain tiada perubahan, euro akan meningkat ber-banding matawang lain dan anda boleh membuat keuntungan dengan membeli EUR/USD. Anda boleh pelajari tentang peristi-wa-peristiwa penting dari kalendar ekonomi kami (lihat 10).

Selain dari itu, ada juga apa yang dipanggil indikator dan perka-kas teknikal. Bila anda lihat suatu pasangan matawang di termi-nal dagangan anda, anda harus menganggap bahawa carta itu mencerminkan semua maklumat yang wujud tentang pasaran. Hasilnya, anda boleh menggunakan pergerakan harga silam untuk menjangkakan harga masa hadapan. Menurut konsep ini, poin-poin tertinggi dan terendah sebelum-sebelum ini adalah aras-aras penting di mana pasangan matawang boleh berle-gar-legar dan berpatah balik. Jika aras tersebut dilanggar, suatu pergerakan besar akan menyusul dan pergerakan besar bererti peluang baik untuk membuat keuntungan. Selain itu, anda boleh mengenal pasti trend — menaik, menurun dan mendatar — dan membuka posisi di dalam arah trend untuk meraih keuntungan.

Page 18: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

18

Kesimpulannya, untuk membuat keputusan perdagangan yang baik anda perlu lakukan analisa pasaran. Ada 2 jenis analisa pasaran Forex: teknikal dan fundamental.

Sesetengah pedagang menggolongkan diri mereka sebagai “pedagang teknikal”. Mereka bergantung kepada pola pergera-kan harga dan perkakas teknikal dan tidak memberikan banyak perhatian kepada arus berita ekonomi. Hanya satu perkara yang penting di fikiran mereka, iaitu harga aset matawang/ke-wangan. Lain-lain hal adalah pengacau.

Satu lagi golongan tidak bersetuju dengan “technician” tadi, dan mendukung kaedah fundamental untuk analisis pasaran. Para pedagang ini menteliti terbitan dan berita makroekonomi untuk menyingkap arah pergerakan pasaran di masa depan – mereka ini adalah pengamal analisis fundamental.

Golongan pertama tadi secara amnya terdiri dari pedagang hari-an jangka pendek yang membuka dan kemudian menutup posi-si dalam sehari, selang beberapa jam, minit, bahkan sependek beberapa saat sahaja. Para pedagang fundamental beroperasi lebih strategik. Mereka lebih gemar memegang posisi untuk berhari-hari, berminggu-minggu, atau malah berbulan-bulan.

Analisis Teknikal Analisis FundamentalTakrifan Menggunakan pergerakan

harga itu sendiri untuk mera-

malkan pergerakan harga di

masa hadapan.

Menjelaskan faktor fundamental (ekonomi)

mana yang telah menyebabkan harga bergerak

seperti yang terlihat di carta, dan apakah fak-

tor-faktor yang menentukan pergerakan harga

di masa hadapan.

Sumber data Carta harga Pengumuman ekonomi, peristiwa berita

Isyarat Masuk Formasi harga dan isyarat

indikator teknikal

Beli (jual) apabila aset dagangan sudah terku-

rang (terlebih) nilai

JADUAL 2. Perbandingan antara analisis teknikal dan fundamental

Page 19: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

19

Analisis Teknikal Analisis FundamentalJenis-jenis Ped-

agang

Para pedagang harian jangka

pendek

Kebiasaannya pedagang jangka panjang

Selang Masa Posisi dipegang aktif untuk

tempoh beberapa hari, jam,

minit, saat

Posisi dipegang aktif untuk beberapa hari,

minggu, bulan

Konsep-konsep

Utama

Teori Dow, sokongan & rintan-

gan, pola harga

Perbandingan antara perangkaan ekonomi se-

benar berbanding bacaan jangkaan/silam

JADUAL 2. Perbandingan antara analisis teknikal dan fundamental

Kedua-dua analisis fundamental dan teknikal mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, jadi yang terbaik adalah dengan menggabungkan 2 kaedah ini. Anda boleh pe-lajari lebih mendalam lagi tentang perkara-perkara ini bila anda sudah bermula. Analitik FBS sangat-sangat membantu untuk tujuan ini.

10. Bagaimanakah caranya untuk menggu-

nakan kalendar ekonomi?

Faktor-faktor Fundamental bukanlah satu konsep yang ab-strak. Para pedagang berhadapan dengannya sehari-hari da-lam bentuk berita ekonomi, yang diterbitkan di dalam kalendar ekonomi.

Mari kita teliti kalendar ekonomi tersebut. Untuk setiap tarikh, anda boleh lihat senarai pengumuman ekonomi bagi salah satu matawang utama Forex. Beri perhatian kepada waktu pengumuman: anda perlu selaraskan dengan zon waktu tem-patan anda. Anda boleh lihat bagaimana semua acara mem-

Page 20: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

20

punyai impak yang berbeza: lebih besar impaknya, dijangkakan pasaran akan bergerak lebih kuat, jadi anda boleh memberikan fokus kepada acara-acara yang paling penting. Kebanyakan berita di kalendar adalah indikator ekonomi dan mempunyai nilai perangkaannya. Bacaan silam sudah tersedia awal-awal lagi. Perangkaan jangkaan adalah jangkaan sederhana dari 20-240 ahli-ahli ekonomi yang diselidik oleh agensi-agensi besar seperti Bloomberg, Reuters, dll. Angka sebenar pula adalah angka yang diterbitkan oleh sumber rasmi (agensi perangkaan kebangsaan atau pusat analisis). Bagi kebanyakan indikator, jika angka sebenar adalah lebih tinggi dari angka jangkaan, ia adalah positif untuk sesuatu matawang itu. Indikator pengang-guran adalah terkecuali: untuk ini lebih rendah angkanya, lebih baik kesannya kepada matawang.

GAMBAR 4. Kalendar ekonomi di FBS.com

Page 21: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

21

11. Cara-cara membuka Akaun

Dagangan di FBS

Proses membuka akaun di FBS adalah mudah.

1. Lawati laman web fbsmy.com

2. Klik butang “Buka Akaun” di sudut kanan-atas laman web. Anda perlu

lalui proses pendaftaran dan dapatkan sebuah Laman Peribadi.

3. Anda boleh daftar menggunakan laman sosial atau masukkan data

yang diperlukan untuk pendaftaran akaun secara manual.

Mari kita cuba pilihan yang kedua. Pertama sekali, anda perlu pilih je-

Ada pelbagai cara untuk menggunakan kalendar ekonomi. Ses-etengah pemain dalam pasaran berdagang berdasarkan “berita”. Ertinya, mereka itu membuka posisi sejajar dengan jangkaan mereka tentang perubahan yang akan berlaku pada indikator ekonomi (contohnya, KDNK zon Euro dijangka akan bertam-bah baik — kita akan membeli Euro). Para pedagang lain pula, sebaliknya, mengelak untuk berdagang di waktu berita kerana ia dikaitkan dengan risiko pergerakan harga yang terlalu deras. Pedagang-pedagang jenis ini lebih gemar menunggu sehingga pasaran sudah selesai mencerna berita tersebut, dan masuk apabila trend sudah terbentuk. Tidak kira strategi mana yang anda pilih, kami sangat mengesyorkan supaya anda mengikuti berita agar anda waspada dengan cetusan pergerakan pasa-ran. Sesetengah siaran data meningkatkan kemeruwapan dan mencetus pergerakan mengejut di pasaran. Contoh terbaik adalah Daftar Penggajian Bukan Perladangan AS (Nonfarm Pay-rolls, NFP). Penyiaran data indikator ini boleh membawa kepada penutupan posisi anda dalam rupa pesanan renti rugi (stop-loss order).

Page 22: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

22

nis akaun. FBS menawarkan pelbagai jenis akaun. Jika anda seorang

pemula, pilih akaun Cent atau akaun Micro untuk berdagang dengan

jumlah dana yang lebih kecil sambil mengenal pasaran. Jika anda

sudah pun mempunyai pengalaman berdagang, anda mungkin mahu

memilih akaun Standard atau Unlimited. Akaun Zero Spread sesuai

untuk mereka yang tidak boleh atau tidak mahu membayar spread,

dan sebagai ganti mereka akan membayar komisyen dari $20 untuk

setiap dagangan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis-jenis

akaun, periksa seksyen “Perdagangan” laman web FBS.

Seterusnya, anda perlu pilih matawang akaun anda, dan isikan nama

penuh, emel dan nombor telefon. Silakan baca perjanjian pelanggan

FBS. Pastikan anda membaca sehingga habis dengan cermat.

Setelah anda membaca semua maklumat tersebut, klik untuk men-

gakui anda menerima perjanjian pelanggan dan tekan butang “Buka

Akaun”.

4. Tahniah! Pendaftaran anda sudah selesai. Sistem telah menjana kata

laluan sementara untuk anda. Kami sangat menyarankan anda untuk

mengubah kata laluan itu dan cipta kata laluan anda sendiri.

Masukkan kata laluan baru dan tekan “Tukar kata laluan”. Anda akan

melihat butiran-butiran akaun anda. Pastikan anda simpan semua

kata laluan dengan cermat di tempat yang selamat. Sila ambil per-

hatian bahawa nanti anda akan perlu masukkan nombor akaun, kata

laluan dagangan dan pelayan dagangan di dalam MetaTrader 4 untuk

mula berdagang.

5. Periksa emel anda. Anda akan temui satu emel pendaftaran. Klik

pautan di dalam emel tersebut untuk mengesahkan alamat emel anda

dan menyempurnakan pendaftaran. Supaya boleh mengeluarkan

wang dari akaun anda, anda perlu sahkan profil anda.

Cara-cara mendepositkan dana ke akaun andaAnda boleh depositkan dana ke akaun anda di Laman Peribadi anda. Sila lihat pada seksyen “Operasi Kewangan”. Pilih nom-bor akaun dari senarai, sistem pembayaran, nyatakan amaun

Page 23: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

23

GAMBAR 5. Visual laman peribadi pedagang

dana yang anda mahu tambahkan ke akaun ini dan pilih ma-tawang. Kemudian klik “Bayar”. Pengeluaran dan pindahan dalaman juga boleh dilakukan dengan cara yang sama.

Anda boleh juga pilih “Deposit dana” di sini dan lihat senarai sistem pembayaran dan pilihan-pilihannya yang ada. Anda boleh memantau status permohonan kewangan di dalam kotak di sebelah kanan.

12. Antaramuka MT4

Untuk log masuk ke terminal dagangan, tekan “File” – “Login to Trade Account”. Masukkan nombor akaun anda, kata lalu-an dan nama pelayan di kotak berkenaan. Periksa “Connec-tion status” untuk memeriksa status sambungan anda sudut bawah-kanan platform. Jika anda nampak bar hijau & biru dan angka kelajuan sambungan internet anda, itu bermakna anda tersambung dengan pelayan dan boleh berdagang.

Page 24: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

24

GAMBAR 6. Antaramuka MT4

Di bahagian atas, ada menu utama, di mana semua arahan dan fungsi ditampilkan.

Di bawahnya, anda akan lihat 4 toolbar standard yang me-mang sedia ada dalam MT4: “Standard”, “Charts”, Line Stud-ies” dan “Timeframes”. Toolbar ini semua boleh diubah suai, anda boleh mengurusnya dengan menekan View > Toolbars di menu utama.

Di sebelah kiri carta ada perkakas “Market Watch”. Ia mengand-ungi senarai matawang dan harganya. Jika anda tidak nam-pak pasangan matawang yang anda perlukan, bawa kursor ke tetingkap itu, klik kanan dan tekan “Show All”. Kesannya, anda akan dapat melihat semua instrumen dagangan yang dise-diakan oleh broker.

Untuk membuka carta baru bagi suatu pasangan matawang, klik-kanan pada instrumen dagangan yang berkenaan di tetingkap “Market Watch” dan pilih “Chart Window”. Satu cara lain untuk

Page 25: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

25

membuat perkara yang sama adalah dengan klik-kiri pada pas-angan ini di tetingkap “Market Watch” dan menariknya ke teting-kap carta tanpa melepaskan klik. Anda boleh juga menekan File > New Chart atau klik pada ikon (“Create a new chart”).

Semua akaun-akaun yang pernah diakses, advisor, dan indikator dihimpun di dalam tetingkap “Navigator”. Anda boleh dengan mudah mengawal komponen utama dagangan anda di sini.

Di bahagian bawah skrin anda boleh lihat panel “Terminal”. Ia menunjukkan amaun dana yang anda ada di dalam akaun dan berapa banyak dana yang telah digunakan untuk dagangan anda. Anda boleh juga mengubah suai posisi anda dan menye-mak dagangan silam anda di sini.

Pilih tab “Account History” di bahagian bawah terminal. Klik-kanan di tetingkap terminal dan pilih “All History”. Anda boleh juga memohon sejarah akaun anda untuk mana-mana tempoh.

Carta harga menggunakan sebahagian terbesar skrin. Carta digunakan untuk membuat analisa pasaran, menggunakan pelbagai perkakas teknikal. Anda boleh tambah indikator, per-kakas linear, nombor dan teks dengan menekan butang “insert” di menu utama dan memilih unsur yang anda mahukan.

Secara default, hanya harga Bid yang diperlihatkan di car-ta di MetaTrader. Untuk melihat harga Ask, pilih “Charts” --> “Properties” di menu program atau tekan sahaja kekunci F8 di papan kunci anda. Di dalam tetingkap yang terbuka, pilih tab “Common” dn letak tanda semak pada pilihan “Show Ask Line”. Kemudian klik OK.

Adalah lebih baik untuk membesarkan carta yang anda sedang analisa. Anda boleh ubahsuai skema warna setiap carta (klik-

Page 26: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

26

kanan pada carta — “Properties”). Anda boleh memilih diagram warna sedia ada atau buat skema warna anda sendiri. Jika anda mahu simpan skema anda, dan gunakan di carta lain, tekan “Charts” — “Template” — “Save template”. Kemudian bila anda buka carta baru, tekan sahaja “Charts” — “Template” — “Load template”.

Ada 3 jenis carta yang berbeza:

1. Carta garisan. Ia memaparkan dinamik harga penutupan suatu aset.

2. Carta bar. Terdiri dari lajur-lajur menegak. Titik tertinggi dan terendah

adalah harga maksimum dan minimum untuk tempoh tersebut. Garis

melintang di kira dan kanan menandakan harga pembukaan dan penu-

tupan.

3. Candlestick Jepun. Jenis carta paling popular di kalangan para peda-

gang dan ia juga dianggap yang paling mesra pengguna. Candlestick

Jepun menunjukkan harga pembukaan, penutupan, tertinggi dan

terendah dalam suatu tempoh.

GAMBAR 7. Struktur candlestick jepun

Warna yang paling popular untuk candlestick adalah hijau dan merah. Untuk kandil hijau, harga penutupan lebih tinggi dari harga pembukaan (bullish candle). Untuk kandil merah, harga penutupan adalah dibawah harga pembukaan. Sumbu menan-

Page 27: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

27

13. Bagaimanakah caranya untuk

membuka/mengubah/menutup

suatu dagangan di MT?

Jika anda tahu pasangan matawang yang anda ingin beli atau jual, pergi ke terminal dagangan untuk membuka dagangan anda. Untuk melakukannya, anda perlu membuat pesanan – beri arahan khusus kepada broker anda di MetaTrader.

Bagaimanakah cara untuk membuka suatu pesanan?Terdapat beberapa cara berbeza untuk membuka suatu pe-sanan dagangan:

1. Pilih “Tools” – “New order” di menu utama program

2. Klik-kanan pada carta; pergi ke “Trading” – “New order”.

3. Klik dua kali pada nama instrumen dagangan di tetingkap “Market

Watch”.

4. Klik pada butang “New Order” di toolbar.

5. Tekan kekunci F9 di papan kekunci.

dakan harga tinggi dan rendah. Candlestick adalah cara yang pantas dan mudah untuk memahami apa yang sedang dilaku-kan oleh pasaran dalam tempoh berkenaan.

Setiap batang candlestick mewakili suatu tempoh masa. Jika kita bertukar kepada M30, setiap batang candlestik mewakili pergerakan harga dalam tempoh 30 minit. Pada carta H4, seti-ap kandil mewakili pergerakan harga selama 4 jam.

Page 28: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

28

GAMBAR 8. Tetingkap pesanan baru di MT4

Mula-mula sekali, periksa simbol. Pilih dari senarai (secara au-tomatik ini akan diset kepada simbol carta yang sedang aktif). Carta tick yang sepadan akan terpapar di sebelah kiri.

Berikutnya adalah volume dagangan dari segi saiz lot. Ingatkah lagi perbualan kita tentang lot (lihat 7)? 1.0 bersamaan dengan 1 lot, atau 100,000 unit. Kebanyakan pedagang memilih volum yang kecil.

Sekarang tiba masanya untuk kita tetapkan SStop Loss (Renti Rugi) dan Take Profit (Ambilan Untung). Ruang ini adalah kosong secara default. Anda boleh masukkan maklumat ini sekarang, atau kemudian, atau pilih untuk tidak menetapkann-ya langsung.

Setelah anda lakukan salah satu dari cara di senarai di atas, sebuah kotak pesanan akan terbuka. Anda perlu mengisi ru-ang-ruang berikut.

Page 29: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

29

Renti Rugi (SL, Stop Loss) adalah kadar tukaran pada mana dagangan anda akan ditutup secara automatik jika harga bergerak menyongsang arah. Justeru, SL menghadkan keru-gian anda dan memadam kekhuatiran yang setiap pedagang pastikan akan lalui ketika dalam kerugian bila berdagang tanpa pelan. Adalah perlu untuk memahami bahawa tiada sistem perdagangan akan membawa keuntungan di setiap dagangan, dan kerugian itu suatu yang alamiah. Pengurusan risko yang berjaya bermakna kerugian harus diminimakan. Pesanan renti rugi mampu menjadi penyelesaiannya. Sebagai contoh, anda memasukkan renti rugi 50 pip dari titik masuk anda. Sebaik pasaran bergerak 50 pip melawan anda, pesanan renti rugi anda akan menutup dagangan anda, menyelamatkan anda dari kerugian lebih dari 50 pips.

Jika anda sudah memutuskan untuk menggunakan pesanan renti rugi, adalah penting untuk tentukan juga tempat yang baik untuknya. Jika pesanan renti terlalu hampir dengan har-ga semasa, wujud risiko bahawa harga yang meruwap akan mengena pesanan ini sewaktu gerakan palsu (false move) dan kemudian bergerak pada arah yang anda jangkakan, jadi anda akan kerugian wang dan tidak mendapat sebarang untung. Jika pesanan renti terlalu jauh dari harga semasa, pedagang boleh terdedah kepada bahaya kerugian besar jika pasaran benar-be-nar menyongsang jangkaannya.

Ambilan untung (TP) adalah kadar tukaran pada mana dagan-gan anda akan ditutup secara automatik jika harga bergerak menyebelahi anda. Dalam lain perkataan, ia adalah sasaran keuntungan anda. Jika renti rugi dan ambilan untung ditetap-kan, ia akan dipaparkan pada carta sebagai garisan melintang di harga yang tersebut, membuatkannya mudah untuk anda pantau dagangan aktif. Jika SL dan TP ditetap terlalu hampir dengan harga semasa, anda akan lihat pesanan ralat: “Incor-

Page 30: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

30

rect S/L or T/P”. Anda akan perlu gerakkan arasnya lebih jauh dari harga semasa dan ulangi permintaan ke pelayan.

Ruang penting yang kedua adalah “Type” (jenis). Ada 2 jenis pesanan – pesanan pasaran (market orders) dan pesanan ter-tangguh (pending orders). Perbezaan antara 2 jenis pesanan ini adalah pesanan pasaran dibuka pada harga pasaran, sementa-ra pesanan tertangguh boleh ditetapkan pada suatu harga yang spesifik di masa hadapan.

Jika anda memilih Market Execution (Perlaksanaan Pasaran), dagangan anda akan dibuka sebaik sahaja selepas anda tekan butang “Sell by Market” atau “Buy by Market”. Jika anda pilih pilihan Pending Order (Pesanan Tertangguh), anda akan boleh memilih aras masuk terlebih dahulu. Di dalam kes ini, dagan-gan akan dibuka secara automatik bila aras harga yang anda pilih dicapai, dan anda tidak akan perlu berada di depan moni-tor bila ia berlaku.

Terdapat beberapa jenis pesanan tertangguh. Jika anda fikir-kan harga sesuatu pasangan matawang akan meningkat dan kemudiannya berpatah balik, letakkan Sell Limit di atas harga semasa. Jika anda menjangkakan pasangan matawang akan melemah dan kemudian berpatah balik ke atas, pasang Buy Limit di bawah harga semasa. Jika anda fikir pasaran akan semakin galak menjual apabila harga menembus ke bawah paras tertentu, letakkan Sell Stop di bawah harga semasa. Jika anda menjangkakan pasaran semakin galak membeli apabila harga menembus ke atas paras tertentu, pasang Buy Stop di atas harga semasa. Masukkan harga masuk bagi dagangan tersebut di ruangan “at price”. Harga buka yang anda tetapkan haruslah berbeza dari harga pasaran sekurang-kurangnya 20 point. Pada ruangan “Expiry” masukkan tarikh dan masa pada mana pesanan ini akan luput. Pesanan tidak boleh luput kurang

Page 31: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

31

dari 10 minit. Klik “Place” untuk menghantar pesanan anda.

Jika butang “Sell” dan “Buy” tidak aktif, ini bermakna anda telah memilih volum pesanan yang salah untuk jenis akaun ini. Sila semak volum pesanan pada tetapan anda dan band-ingkan ia dengan syarat perdagangan yang dinyatakan di laman web kami.

Pesanan yang dibuka boleh dilihat di tetingkap Terminal den-gan mengklik tab Trade.

Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan?Selepas pesanan dibukan, anda boleh tambah pesanan renti rugi untuk perlindungan dan/atau sebuah pesanan ambilan untung (sasaran keuntungan). Untuk mengubah suatu pesanan sebegini, anda perlu highlight order tersebut di tab “Trade” pada Terminal, kemudian klik-kanan dan pilih “Modify or Delete Order” pada menu konteks.

Sebuah tetingkap akan muncul di mana anda boleh menetapkan aras renti rugi dan/atau ambilan untung. Butang “Copy As” boleh anda klik untuk mengisi renti rugi dan ambilan untung dengan harga semasa. Kemudian anda boleh ubah harga tersebut supaya ia menjadi aras renti rugi dan ambilan untung yang dima-hukan.

Setelah seleasi menetapkan aras yang dimahukan, klik pada butang “Modify” di bahagian bawah tetingkap. Butang ini akan menyerlah bila aras harga renti rugi dan ambilan untung yang sah telah dimasukkan (sekurang-kurangnya 10 pip dari aras harga masuk). Jika tidak, bar akan kekal kelabu dan tidak aktif.

Page 32: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

32

Bagaimanakah cara untuk menutup suatu pesanan?Jika anda telah menetapkan aras renti rugi dan ambilan un-tung, dagangan akan tutup secara automatik bila harga men-capai salah satu aras ini. Jika anda mahu menutup suatu dagangan pada bila-bila masa, highlight dagangan tersebut di tab “Trade” di Terminal, klik-kanan dan pilih “Close Order”. Satu cara lain adalah untuk klik dua kali pada dagangan tersebut di Terminal. Sebuah tetingkap akan muncul menanyakan anda jika anda mahu mengesahkan bahawa dagangan itu mahu ditutup. Klik “Close #####” (butang melintang berwarna kuning di bahagian bawah tetingkap) untuk menutup dagangan itu. Posisi yang terbuka juga boleh ditutup dengan posisi berla-wanan, atau dalam perkataan lain, posisi yang menyongsang untuk simbol yang sama. Untuk melakukan ini, buka tetingkap suatu Order, pilih “Close by” di ruangan “Type”. pilih satu posisi dan pilih “Close”. Ia membolehkan anda menutup dua posi-si serentak. Jika saiz lot posisi berbeza, hanya satu dari dua posisi akan kekal. Volum pesanan ini akan bersamaan dengan perbezaan antara dua posisi yang ditutup, dan jarak serta harga buka (short atau long) akan mengikut posisi yang lebih besar (secara volum) di antara dua posisi yang ditutup itu.

14. Apakah itu swap?

Rollover (juga disebut sebagai rollover swap) adalah prosedur peralihan untuk satu posisi yang masih aktif dari satu hari per-dagangan kepada hari seterusnya. Rollover, secara istilahnya, boleh diterjemah ke Bahasa Melayu sebagai “peralihan” atau “bawa ke hadapan”. Jika seorang pedagang itu melanjutkan usia posisinya lebih dari satu hari, beliau akan menanggung kos atau menerima laba, bergantung kepada kadar faedah yang sedang berkuatkuasa.

Page 33: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

33

Ingatlah bahawa di dalam pasaran Forex matawang asas (base currency) menentukan berapa banyak matawang se-butharga yang diperlukan untuk anda mendapatkan seunit matawang asas. Pedagang meminjam wang untuk membeli matawang lain, dan kadar faedah dibayar bagi matawang yang dipinjam dan ia diterima bagi matawang yang dibeli. Dalam lain perkataan, posisi anda akan menerima kadar faedah matawang yang anda beli, dan anda akan membayar kadar faedah matawang yang anda jual. Kebanyakan broker melak-sanakan rollover secara automatik dengan menutup posisi di penghujung hari, dan seraya itu membuka posisi yang serupa di hari berkerja seterusnya.

Mari kita kaji sebuah contoh. Setiap bank pusat menetapkan kadar faedah, dan kadar faedah ini boleh jadi besar selisihn-ya. Sebagai contoh, mari kita anggap kononnya kadar faedah Dollar New Zealand lebih tinggi dari Dollar AS. Jika anda beli NZD/USD, anda akan menerima laba dari perbezaan kadar faedah antara NZD dan USD, juga dipanggil swap, di atas po-sisi anda bagi setiap peralihan hari yang dilalui oleh posisi tersebut. Bagaimana pun, jika anda menjual NZD/USD, anda membayar swap bagi posisi tersebut bagi setiap peralihan hari yang dilalui.

Anda boleh semak kadar swap long dan short di laman web FBS. Terminal perdagangan mengira dan melaporkan semua swap bagi posisi aktif anda secara automatik.

15. Pengurusan risiko

Walaupun anda telah membangunkan sistem perdagangan yang pintar, anda masih boleh gagal dalam Forex tanpa strategi

Page 34: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

34

pengurusan risiko yang munasabah. Pengurusan risiko adalah gabungan beberapa idea untuk mengawal risiko kerugian. Den-gan menghadkan risiko anda memastikan bahawa anda akan mampu terus berdagang walaupun perkara tidak berlaku seperti dirancang. Penerapan pengurusan risiko yang konsisten membe-zakan antara seorang pedagang amatur dan yang profesional.

Lantas bagaimanakah anda boleh menghadkan dedahan risiko anda? Peraturan asasnya agak mudah.

1. Jangan gunakan leveraj terlalu tinggi. Broker-broker menyediakan

kepada anda lebih banyak wang dari yang ada di baki akaun anda

dengan membenarkan anda menggunakan leveraj. Leveraj membantu

meningkatkan potensi keberuntungan anda. Sebagai contoh, jika anda

dagangkan 1 lot standard ($100,000) bila anda hanya mempunyai

cuma $1000 sahaja, itu bermakna anda menggunakan leveraj 1:100.

Bagaimana pun leveraj adalah pisau yang memotong kiri dan kanan.

Akses kepada modal tambahan adalah bagus, tetapi ingat leveraj juga

meningkatkan kerugian anda jika pasaran melawan anda, jadi sentia-

sa anggarkan kemampuan anda.

2. Pilih saiz posisi yang betul. Adalah terang lagi bersuluh, anda tidak

seharusnya mempertaruhkan semua modal di dalam satu dagangan.

Terimalah satu petua berharga dari pedagang berpengalaman: risiko-

kan tidak lebih dari 1-2% deposit dalam 1 dagangan. Sila lihat jadual

di bawah. Ia menunjukkan 2 pedagang dengan jumlah modal permu-

laan bersamaan dengan $20,000. Perbezaannya, pedagang pertama

merisikokan 2% dari akaunnya bagi setiap dagangan, sementara yang

satu lagi merisikokan 10% dari akaunnya pada setiap dagangan. Jika

setiap pedagang mempunyai 10 dagangan yang rugi berturut-turut,

pedagang pertama masih mempunyai $16,675 sebagai baki, sementa-

ra yang kedua akan mempunyai hanya $7,748.

3. Hadkan kerugian. Jangan abaikan pesanan Renti Rugi (Stop Loss):

ia menghadkan kerugian anda menjadikan hasil perdagangan lebih

terjangka. Pasang Renti Rugi di peringkat awal lagi dan jangan ubah

Page 35: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

35

GAMBAR 9. Mengapa saiz posisi adalah penting

GAMBAR 10. Mengapa ianya penting untuk meng-hadkan kerugian

melainkan arah pasaran memihak kepada anda (dalam kes ini, anda

boleh gerakkan Renti Rugi ke titik pulang modal).

Sila maklum bahawa lebih besar kerugian yang akaun anda tanggung,

lebih sukar untuk pulihkan modal anda ke posisi asal. Sebagai contoh,

jika anda ada $100 dan kerugian $50 (50% dari modal anda) anda

akan perlu meningkatkan baki $50 itu sebanyak 100% agar akaun

anda kembali ke $100. Kesimpulannya, adalah perlu untuk berhati-hati

dan cermat, serta tidak membiarkan kerugian terus membesar.

4. Sentiasa cari pulangan yang lebih besar dari kerugian yang dirisiko-

kan. Ini dipanggil “nisbah risiko/pulangan”. Jika anda berdepan risiko

kehilangan pips yang sama dengan pips yang anda harap untuk raih,

maka nisbah risiko/pulangan adalah 1:1. Jika anda mensasarkan

Page 36: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

36

keuntungan 80 pip dengan risiko 40 pip, nisbah risiko/pulangan anda

adalah 1:2. Jika anda ikut petua mudah ini, walaupun anda di jalan

yang betul hanya untuk separuh dari dagangan anda tetapi anda ma-

sih membuat wang kerana anda akan mendapat lebih banyak keun-

tungan melalui dagangan yang menguntungkan berbanding kerugian

dari dagangan yang melingkup.

5. Waspada dengan korelasi matawang. Sesetengah pasangan ma-

tawang, contohnya USD/JPY dan USD/CHF, cenderung untuk bergerak

dalam arah yang sama, atau dalam perkataan lain, mempunyai korela-

si langsung. Jadi, mempunyai 2 posisi yang bergerak dalam arah yang

sama, dedahan risiko anda adalah sekali ganda lebih besar.

6. Jejak dagangan anda. Simpan sebuah diari untuk merekod dan anal-

isa transaksi Forex anda; dengan cara ini anda akan boleh mengurus-

kan wang anda dengan lebih efisyen dan akan boleh mengkaji sejarah

perdagangan anda.

Anda tidak boleh mengawal pergerakan harga dan tidak boleh 100% pasti apakah hasil dari dagangan anda kelak, Namun, anda boleh mengawal banyak lagi perkara lain: bila untuk ber-dagang, bila untuk tidak berdagang, bila anda harus keluar dari dagangan. Bila anda membuka suatu pesanan, anda boleh tahu senario terburuk yang mungkin jika anda mempunyai me-kanisma seperti renti rugi terpasang. Ini bererti anda tidak perlu berasa khuwatir tentang kerugian, tetapi hanya fikirkan tentang kemenangan.

Ada dua pendekatan untuk perdagangan Forex: perdagangan yang semberono, dan yang terkawal. Seorang pedagang yang semberono tidak mempunyai pendekatan yang sistematik dan tidak menggunakan pesanan renti rugi. Pedagang seperti ini memperjudikan modal yang dia tidak mampu hanguskan. Kesannya, pedagang ini stres berpanjangan – sesuatu yang mendorong beliau untuk membuat keputusan yang lemah dan, penghujungnya, kerugian. Pedagang yang terkawal, di satu sisi

Page 37: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

37

Seberapa banyak wang perlu ada di dalam akaun anda untuk terus berdagang? Secara logiknya, anda perlukan wang untuk mengekalkan posisi supaya terus aktif. Jumlah yang diperlu-kan ini dipanggil margin.

Margin adalah sebahagian dari ekuiti akaun pedagang yang diketepikan dan diperuntukkan sebagai deposit kepada broker Forex. Broker Forex menentukan keperluan margin untuk pe-langgan. Biasanya margin adalah bersamaan dengan 1-2% dari saiz posisi.

Konsep margin ini berkait rapat dengan istilah ‘leveraj’. Bila anda berdagang dengan margin anda menggunakan leveraj; anda boleh membuka posisi yang amaunnya lebih besar dari yang ada di akaun anda.

Mari kita lihat cara kerjanya menggunakan contoh. Anda mela-burkan wang anda sendiri sebanyak $10,000. Ini adalah leveraj bernisbah 1:1 (pada dasarnya, ini sebenarnya posisi tanpa leveraj), kerana anda tidak meminjam apa-apa dari broker. Jika anda beroleh $100, pulangan anda adalah sebanyak 1% (100%*$100/$10,000). Dalam masa yang sama, jika anda keru-gian $100, kerugian ini hanya -1% juga.

16. Pengurusan dana

lain, mempunyai sistem perdagangan yang sesuai dengan per-sonalitinya. Beliau menggunakan peraturan pengurusan risiko dan berdagang dengan wang lebihan. Pedagang seperti ini adalah pelajar aktif, stabil secara psikologi dan mampu untuk berada di pasaran bagi jangka masa yang lama, menjadi seo-rang profesional.

Page 38: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

38

GAMBAR 11. Tab Trade di panel Terminal

Broker biasanya mentakrifkan aras panggilan margin (“margin call”). Di FBS, margin call adalah pada 40% dan lebih rendah. Ini bermakna bahawa anda mendapat margin call jika ekuiti akaun anda menyusut sehingga bersamaan dengan 40% dari amaun margin atau malah lebih rendah lagi (dalam contoh kita, ia adalah 40% dari $100, iaitu $40). Dalam kes seperti

Sekarang bayangkan jika anda tidak mempunyai $10,000 teta-pi masih mahu berdagang sebanyak ini. Perdagangan Forex membenarkan anda berbuat demikian dengan bantuan leveraj. Dalam kes ini, broker anda memerlukan margin 1%, bersamaan dengan hanya $100 di dalam akaun anda. Ini adalah margin digunakan (“used margin”) anda. Leverajnya adalah 100:1 kera-na anda mengawal posisi bersaiz $10,000 dengan cuma $100. Baki 99% lagi disediakan oleh broker. Margin diperlukan se-bagai jaminan kepada broker seandainya pasaran menentang posisi anda. Seandainya anda untung $100, pulangan anda adalah 100% ($100/$100*100). Namun, jika anda rugi 100%, pulangan anda adalah -100%. Seperti yang anda boleh lihat, dengan leveraj, pergerakan kecil matawang boleh mendatang-kan keuntungan besar atau kerugian besar bila dibandingkan dengan posisi tanpa leveraj.

Di dalam terminal, di tetingkap “Trade” (Dagangan) anda dapat melihat lajur “Balance” (Baki), “Equity” (Ekuiti) dan “Free Mar-gin” (Margin Bebas). Margin bebas anda sentiasa bersamaan dengan “Equity” ditolak “Margin”.

Page 39: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

39

Bayangkan jika anda meletakkan deposit $1000 dan anda mahu berdagang. Haruskah anda gunakan keseluruhan jumlah tersebut sekali gus? Mungkin tidak: ingatkah lagi bagaimana kita sudah bincangkan tentang pengurusan risiko? Jadi saiz posisi bagaimana yang harus dipilih?

LANGKAH 1. Jangan risikokan lebih dari 1%-2% dari deposit anda di dalam satu dagangan. Dengan cara begini, walaupun sebahagian dari dagangan anda tidak berjaya, anda tidak akan kerugian semua wang anda dan akan mampu untuk terus ber-dagang.

17. Menentukan saiz dagangan

ini, anda akan menerima amaran dari broker anda yang anda perlu menutup dagangan anda atau depositkan lebih banyak wang untuk memuaskan keperluan margin minimum. Sebagai tambahan, anda perlu awas kerana broker akan terpaksa me-nutup posisi anda pada harga semasa pasaran jika nisbah deposit kepada kerugian anda mencapai apa yang dipanggil aras “stop out”. Oleh kerana stop out berlaku pada aras 20% di FBS, ini akan berlaku jika ekuiti anda jatuh sehingga 20$ (20% nilai margin, atau lebih rendah). Ada masanya, margin call dan stop out adalah sama, dan jika ia jatuh di bawah 100% keper-luan minimum untuk berdagang, posisi tersebut ditutup tanpa sebarang amaran.

Keperluan margin, aras margin call dan stop out ditetapkan oleh broker bagi setiap jenis akaun dan ditunjukkan di laman web. Sebagai pedagang anda harus melakukan yang terbaik untuk mengelak dari terlanggar aras margin call dan stop out.

Page 40: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

40

[ACCOUNT RISK/(TRADE RISK X PIP VALUE)] = POSITION SIZE IN LOTS

Menggunakan contoh jarak stop loss 50 pip bagi EUR/USD, po-sisinya adalah sebesar: [$10/(50x$10)] = $10/$500 = 0.02 lot.

Bilangan pip risiko selalu berbeza-beza dari satu dagangan ke dagangan lain, jadi posisi anda selepas ini mungkin mempu-nyai stop 20 pip sahaja. Gunakan formula yang sama: [$10/(20x$10)] = $10/$200 = 0.05 lot.

Sebagai contoh, jika deposit anda adalah $1,000, jangan risiko-kan lebih dari $10 (1% dari akaun) untuk satu dagangan.

LANGKAH 2. Tetapkan kedudukan renti rugi untuk setiap da-gangan. Kemudian ukur jarak, di dalam kiraan pip, antara renti rugi tersebut dan juga harga masuk posisi. Itulah jumlah pip yang anda risikokan. Berdasarkan maklumat ini, dan had risiko akaun dari Langkah 1, kirakan saiz posisi yang ideal.

Sebagai contoh, anda mahu membeli EUR/USD pada 1.1100 dan memasang renti rugi pada 1.1050. Risiko bagi dagangan ini adalah 50 pip dan anda mampu merisikokan $10.

LANGKAH 3. Dan sekarang anda tentukan saiz posisi ber-dasarkan risiko akaun dan risiko dagangan. Ingat bahawa satu lot standard bernilai $10 bagi setiap pergerakan 1 pip. Ini ter-pakai untuk semua pasangan di mana USD disebut di hujung, seperti pada EUR/USD. Jika USD bukan pada sebutan kedua, maka nilai pip tersebut akan berlainan sedikit.

Gunakan formula:

Page 41: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

41

JADUAL 3. Saiz posisi yang dibolehkan untuk EUR/USD

18. Psikologi pedagang Forex

Psikologi adalah satu isu panas dalam Forex. Aspek-aspek psi-kologi sememangnya mempengaruhi prestasi pedagang. Emo-si sering mempengaruhi keupayaan kita untuk melihat pasaran dengan jelas dan untuk berfikir secara tenang. Malahan ada masanya, pedagang-pedagang yang berprofil tinggi, berpen-galaman luas dan berkemahiran juga gagal mengawal emosi mereka semasa berdagang. Tiada insan yang sempurna. Dan harus kita katakan bahawa pasaran, makhluk jahat yang beru-bah-ubah rupa, memang gemar menghukum orang-orang yang membuat kesilapan, atau orang-orang yang terlebih taksir ke-bolehan sendiri. Jadi, pedagang harus boleh mengawal emosi mereka supaya tidak dihukum di kemudian waktu.

Mendapatkan ‘mindset’ yang betul untuk

Peraturan yang pertama, anda harus berpegang teguh kepada pelan perdagangan dan melaksanakan dengan sempurna pera-turan-peraturan pengurusan asas dana. Ikut metodologi yang

berdagang dengan jayanya

Page 42: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

42

telah ditetapkan. Bersandar kepada logik, bukannya gerak hati, kerana ketika berdagang berdasarkan gerak hati anda cend-erung untuk lupa tentang pengurusan risiko yang sewajarnya. Anda harus tidak berasa was-was dengan tindakan anda dan tidak gusar tentang hasil akhirnya.

Jangan lemaskan diri dengan penyesalan jika harga terus mening-kat selepas anda menutup posisi bullish. Pasaran tidak ke ma-na-mana dan akan sentiasa ada peluang lain untuk membuat duit.

Sesetengah pengarang membicarakan tentang “zon” — kombi-nasi corak fikiran yang positif, fokus yang tajam, dan kepatuhan kepada disiplin berdagang yang membolehkan pedagang-ped-agang elit menghasilkan keputusan mengkagumkan secara berterusan, hari demi hari, tahun demi tahun.

Menangani kerugian

Biasakan diri dengan idea bahawa kerugian akan sentiasa terjadi. Tiada ada pedagang di dunia yang mampu mencatat keuntungan bagi setiap dagangannya.

Fahami bahawa anda tidak boleh memutarkan masa ke be-lakang dan melaksanakan dagangan yang sama sekali lagi. Ia seperti mahu berdiet sambil menikmati kek coklat. Setelah puas makan yang manis-manis, tiada yang boleh dilakukan me-lainkan harus pergi semula ke gym dan bersenam untuk mem-bakar kalori tersebut. Begitu juga halnya dengan berdagang. Bila wang sudah hangus, buat analisa mengapa ia terjadi, buat rumusan dan gunakan pengetahuan dan pengalaman baru ini untuk memperbaiki sistem perdagangan anda. Jangan pernah terdetik untuk membalas dendam dengan memenangi semula wang yang sudah hilang. Redhakan kerugian itu dan mulakan

Page 43: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

43

fasa baru. Matlamat anda bukan untuk bertanding melawan pasaran, tetapi untuk membuat duit dengan Forex.

Memantapkan psikologi diri

Terima kenyataan bahawa hasil yang bagus dalam berdagang memerlukan kerja keras. Jika anda tidak menipu diri sendiri kononnya anda akan dapat keuntungan menggunung dalam masa yang singkat, anda akan melindungi diri sendiri dari keke-cewaan dan akan mampu untuk fokus kepada matlamat. Ingat, Thomas Edison melakukan 2,999 eksperimen sebelum berjaya menemui cara membuat mentol elektrik.

Redakan tekanan anda. Ambil sedikit masa untuk berehat dari berdagang dan sibukkan diri dengan perkara lain. Jalani hidup yang sihat dengan bersukan, atau sekurang-kurangnya rajinkan diri berjalan kaki selalu dan makan makanan yang senonoh. Luangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai anda. Semua ini akan membantu anda untuk bersantai dan akan memberikan lebih kekuatan bila berdagang.

Cari rakan-rakan pedagang yang boleh diluahkan masalah dan kegusaran. Meluahkan keserabutan akan mententeramkan anda dan menghapuskan tekanan.

Sentiasa tambah ilmu tentang perdagangan dan pasaran Forex. Ambil kursus, baca buku dan artikel, belajar dari para profesional. Lebih banyak anda tahu, secara psikologinya anda akan berasa lebih teguh.

Page 44: Panduan Forex bagi Pemula - FBSAntaramuka MT4 23 13. Bagaimanakah caranya untuk membuka/ mengubah/menutup suatu dagangan di MT? 27 Bagaimanakah cara-cara mengubah suatu pesanan? 31

44

Penafian: Perdagangan Forex adalah sangat berisiko. Forex harus didagangkan dengan mod-al risiko. Dalam lain perkataan, berdaganglah dengan wang yang mampu anda siakan. Dalam masa yang sama, tidak perlu untuk takut dengan risiko. Sebagai pedagang, anda perlu mem-bil risiko yang munasabah, yang diatasi oleh potensi ganjaran, dan melakukan usaha-usaha untuk mengurangkan risiko. Kita akan bincangkan lagi tentang usaha-usaha ini di bahagian ke tujuh, bahagian terakhir, kursus kita ini.

Pelajari lebih mendalam tentang Forex di FBS!

Video Pendidikan Forex Anlisis Harian Pasaran Webinar Pendidikan