Nik Rashiddin Nik Hussein

2
 Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein, Pengukir Tersohor, Peraih Ukiran Kayu dan Ahli Falfasah (1955 - 2002) 1.0 Biodata Nik Rashiddin  Nik Rashiddin Bin Nik Hussein merup akan seorang pengukir kayu, artis dan seorang guru yang tersohor. Beliau merupakan anak kelahiran Kelantan yang dilahirkan pada tahun 1955. Menurut adik beliau, Nik Rashiddee Bin Nik Hussein, Nik Rashidin tidak berminat dengan  bidang akademik sehinggakan b eliau tidak memberikan perhatian penuh terhadap pelajaran  beliau semasa berada di bangku persekolahan. Namun beg itu, beliau telah menunjukkan minat dan bakat yang luar biasa terhadap ukiran kayu sehinggakan beliau akan mengukir  pelbagai objek atas permintaan guru dan rakanny a dengan mengenakan sedikit bayaran sebagai upah. Minat yang mendalam inilah telah mendorong beliau untuk belajar seni ukiran ini dengan lebih jauh walaupun bapanya menyarankan beliau supaya memilih bidang yang lebih realistik dan dapat menjanjikan pulangan dan masa depan yang lebih cerah. Beliau berguru dengan pelbagai pengukir kayu di Kelantan dan salah seorang daripada gurunya ter masuklah Latif Long, seorang pengukir tersohor dan berjaya pada masa tersebut.  Nik Rashiddin sebenarnya merupakan seorang y ang bernasib baik kerana tinggal di Kelantan disebabkan terdapat banyak bengkel ukiran kayu dan pelatih-pelatih ukiran di negeri tersebut. Tambahan pula, beliau tinggal dalam persekitaran se ni bina kayu tradisi yang  berkembang sebagai satu industri tempatan. 2.0 Sumbangan Nik Rashiddin 2.1 Kandis Resource Centre (KRS) Beberapa tahun yang lalu, Nik Rashiddin berhasrat untuk menubuhkan sebuah pusat yang mana artis, pengukir, penyelidik dan pencinta seni boleh berkumpul untuk bertukar-tukar maklumat tentang budaya dan tradisi Melayu......... http://www.sinarharian.com.my/rencana/khazanah-ukiran-tradisional-di-anr-1.79107  http://carver-legacy.blogspot.com/2006/12/kandis-resource-centre.html  2.2 Akademi Nik Rashiddin (ANR) ANR ditubuhkan pada tahun 2000. Sebelum ini, akademi itu dikenali sebagai Kandis Resource Centr e........................... http://www.sinarharian.com.my/rencana/khazanah-ukiran-tradisional-di-anr-1.79107  2.2.1 Visi Akademi Nik Rashiddin Sebagai pusat pertukangan, peminat seni, penyelidik, dan artis bagi mendapatkan maklumat dan bertukar nota mengenai kebudayaan dan tradisi Melayu.

Transcript of Nik Rashiddin Nik Hussein

Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein, Pengukir Tersohor,Peraih Ukiran Kayu dan Ahli Falfasah(1955 - 2002)

1.0Biodata Nik Rashiddin

Nik Rashiddin Bin Nik Hussein merupakan seorang pengukir kayu, artis dan seorang guru yang tersohor. Beliau merupakan anak kelahiran Kelantan yang dilahirkan pada tahun 1955. Menurut adik beliau, Nik Rashiddee Bin Nik Hussein, Nik Rashidin tidak berminat dengan bidang akademik sehinggakan beliau tidak memberikan perhatian penuh terhadap pelajaran beliau semasa berada di bangku persekolahan. Namun begitu, beliau telah menunjukkan minat dan bakat yang luar biasa terhadap ukiran kayu sehinggakan beliau akan mengukir pelbagai objek atas permintaan guru dan rakannya dengan mengenakan sedikit bayaran sebagai upah.Minat yang mendalam inilah telah mendorong beliau untuk belajar seni ukiran ini dengan lebih jauh walaupun bapanya menyarankan beliau supaya memilih bidang yang lebih realistik dan dapat menjanjikan pulangan dan masa depan yang lebih cerah. Beliau berguru dengan pelbagai pengukir kayu di Kelantan dan salah seorang daripada gurunya termasuklah Latif Long, seorang pengukir tersohor dan berjaya pada masa tersebut.Nik Rashiddin sebenarnya merupakan seorang yang bernasib baik kerana tinggal di Kelantan disebabkan terdapat banyak bengkel ukiran kayu dan pelatih-pelatih ukiran di negeri tersebut. Tambahan pula, beliau tinggal dalam persekitaran seni bina kayu tradisi yang berkembang sebagai satu industri tempatan.

2.0Sumbangan Nik Rashiddin

2.1Kandis Resource Centre (KRS)

Beberapa tahun yang lalu, Nik Rashiddin berhasrat untuk menubuhkan sebuah pusat yang mana artis, pengukir, penyelidik dan pencinta seni boleh berkumpul untuk bertukar-tukar maklumat tentang budaya dan tradisi Melayu.........http://www.sinarharian.com.my/rencana/khazanah-ukiran-tradisional-di-anr-1.79107http://carver-legacy.blogspot.com/2006/12/kandis-resource-centre.html

2.2Akademi Nik Rashiddin (ANR)

ANR ditubuhkan pada tahun 2000. Sebelum ini, akademi itu dikenali sebagai Kandis Resource Centre...........................http://www.sinarharian.com.my/rencana/khazanah-ukiran-tradisional-di-anr-1.79107

2.2.1Visi Akademi Nik Rashiddin Sebagai pusat pertukangan, peminat seni, penyelidik, dan artis bagi mendapatkan maklumat dan bertukar nota mengenai kebudayaan dan tradisi Melayu.

3.0Karya Nik Rashiddin

Malay Traditional Woodcarving Artefacts in Nik Rashiddins Personal Collection at Kandis, Kelantan by Zawiyah Baba (PDF dalam emel)

4.0Keratan Akhbarhttp://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19831017-1.2.124.6.2.aspx