Murid Dan Alam Belajar

20
MURID DAN ALAM BELAJAR ( EDU 3103) ALAM BELAJAR DISEDIAKAN OLEH : GVITHAMALAR SUBRAMANIAM PARVATHY PISMP RBT SJKT (SEM 2)

description

mrid alam belajar

Transcript of Murid Dan Alam Belajar

PowerPoint Presentation

MURID DAN ALAM BELAJAR ( EDU 3103)

ALAM BELAJAR

DISEDIAKAN OLEH :GVITHAMALAR SUBRAMANIAMPARVATHYPISMP RBT SJKT (SEM 2)KONSEP ALAM BELAJARSuatu keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif. Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan tingkah laku yang positif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. ALAM BELAJARFIZIKALPSIKOSOSIALKOMUNITI PEMBELAJARANASPEK FIZIKALKeadaan fizikal pula termasuklah keadaan fizikal bilik darjah, bahan-bahan bantu mengajar dan persekitaran.Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar. Bagi menggalakkan pemikiran yang kreatif suatu suasana yang selesa perlu disediakan.Kreativiti yang wujud dalam bilik darjah seharusnya akan menjadikan pelajar-pelajar lebih berminat dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan minat serta pemikiran pelajar untuk belajar. Guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan-bahan bantu mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan untuk menarik minat pelajar.Guru yang bijak mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira ilmu pengetahuan pelajar dan menambahkan nilai-nilai murni yang sesuai dengan isi pelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan berjaya menarik perhatian seluruh bilik darjah.Suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas dan bersih membolehkan pelajar belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang.Persekitaran sebegini membolehkan pelajar memberi tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari. Susun atur perabot dan pengcahayaan yang baik juga turut mempengaruhi mood belajar.ASPEK PSIKOSOSIALPsikososial ialah berkaitan dengan jiwa dan hubungan seseorang indivudu dengan individu lain. Antara komponen yang termasuk dalam psikososial ialah keselamatan, kesihatan, kebersihan dan perapatan atau kemesraan.Amalan keselamatan dan kesihatan yang positif dapat membentuk keyakinan diri pelajar. Kemampuan fizikal pelajar dari segi psikomotor dan kesihatan minda juga dapat dikembangkan dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan juga alam sekitar.

Perapatan atau kemesraan ialah merupakan hubungan antara individu dengan individu lain.Contohnya hubungan dengan ibu bapa dan keluarga, hubungan dengan rakan sebaya, guru dan sebagainya. Ia adalah penting bagi membina disiplin diri dan menyedari tanggungjawab sosial dan moral. Dunia sosial pelajar juga turut berkembang melalui perbincangan berkenaan keadaan keluarga serta hubungan dengan rakan-rakan mereka yang saling memerlukan antara satu sama lain. KOMUNITI PEMBELAJARAN Komuniti pembelajaran bermaksud sekumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar.Pengalaman belajar dalam bentuk komuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman yang bermakna, wajar dan semula jadi.Komuniti pembelajaran membina kesedaran berkerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya.

Sekolah atau bilik darjah sebagai satu komuniti pembelajaran boleh disamakan dengan satu keluarga yang rapat.Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama sama serta saling belajar daripada individu lain.Komuniti pemblajaran dalam satu bilik darjah dapat bergerak sebagai satu kumpulan yang mantap. Guru boleh mengaplikasi pembelajaran koperatif, pembelajaran dalam kumpulan, bimbingan rakan dan aktiviti pembelajaran. Komuniti pembelajaran yang sihat akan dapat membentuk insan yang dapat berkembang secara menyeluruh dan menjadi anggota masyarakat yang positif. CIRI CIRI ALAM BELAJARMengalakkan Ppenglibatan AktifBersifat KendiriBerpusatkan Pelajar Penglibatan AktifKanak-kanak belajar dengan melakukannya sendiri.Mereka belajar melalui eksplorasi dan penemuan, menggunakan semua deria. Alam belajar optimum yang menggalakkan penglibatan aktif dan menyediakan banyak peluang untuk kanak-kanak melihat, merasa, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh. Bersifat KendiriKeperluan kanak-kanak adalah unik dan bersifat tersendiri. Perbezaan di kalangan kanak-kanak adalah jelas dan perbezaan ini memberi panduan dalam memilih instruksi. Aras perkembangan, gaya pembelajaran, latar belakang keluarga dan minat kanak-kanak adalah di antara faktor-faktor yang membantu dalam memformulasikan alam belajar.Berpusatkan PelajarPendekatan berpusatkan pelajar yang memfokuskan perkembangan kanak-kanak secara total, menyokong pertumbuhan kognitif, sosial, afektif dan fizikal kanak-kanak. Amalan yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak ialah kaedah berpusatkan pelajar. PENGALAMAN BELAJAR KANAK- KANAKTerdapat tiga pembahagian melalui pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum iaitu:

Pengalaman Langsung ( First hand experience )Pengalaman ini selalunya melibatkan penggunaan deria seperti deria sentuh, bau,rasa, lihat dan dengar. Pengalaman ini juga adalah berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak biasanya akan melakukan sesuatu perkara. Selepas itu, kanak-kanak itu sendiri akan merasai kesan disebalik perbuatan yang dilakukannya.Contohnya: apabila kanak-kanak menyentuh pemanas air di dapur, secara automatik kanak-kanak akan menarik tangannya kerana merasa panas. Di sini, kanak-kanak telah menggunakan deria sentuhnya dengan merasai kepanasan. Pengalaman yang sebegini akan mengingatkan kanak-kanak supaya tidak akan menyentuh sesuatu yang panas lagi. Secara tidak langsung kanak-kanak ini telah belajar dari pengalaman mereka sendiri.Kanak-kanak akan belajar melalui perkara yang dilakukannya. Kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif akan mempunyai pengalaman yang banyak berbanding kanak-kanak yang tidak aktif atau pasif. Kanak-kanak yang dapat melibatkan diri secara aktif dapat menambah pengalaman dari segi komunikasi dengan rakan yang lain dan menguasai bahasa dengan lebih baik.

Penglibatan aktif ( active involvement )Contohnya: kanak-kanak yang suka bermain bola dengan rakan-rakannya pada setiap petang akan mendapat lebih ramai kawan dan dapat memperkembangkan dirinya sendiri dari sudut fizikal dan kognitif. Berbanding dengan kanak-kanak yang hanya mengurungkan diri di dalam bilik, mereka tidak mempunyai ramai kawan-kawan dan ini mungkin akan mempengaruhi kemahiran berbahasa kanak-kanak tersebut.

Setiap kanak-kanak mempunyai minat, gaya belajar, gaya berfikir dan gaya belajar yang berbeza. Pengalaman yang mereka dapati adalah ditentukan bagaimana kanak-kanak belajar serta minat mereka terhadap sesuatu perkara.Contohnya: kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta akan mula menunjukkan bakat dalam menamakan jenis-jenis kereta yang diketahui atau akan membuat sendiri model keretanya sendiri. Pengalaman kanak-kanak ini akan lebih bertambah dengan adanya buku-buku yang berkaitan atau mereka dibawa pergi untuk menonton perlumbaan kereta. Kebebasan belajar mengikut gaya belajar, gaya berfikir, minat, masa dan lain-lain.