modelassuredanrph-140330035506-phpapp02.docx

download modelassuredanrph-140330035506-phpapp02.docx

of 13

Transcript of modelassuredanrph-140330035506-phpapp02.docx

EDU 3105

EDU 31052013

1.0 PENGENALAN

Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka bentuk oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar.

Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid di untuk lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model Assur.

ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:-

A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ) S = State objective ( Nyatakan Objektif ) S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ) U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ) R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)

Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi pengajaran.

2.0MODEL REKA BENTUK ASSURE

Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 5. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama 90 minit untuk kelas 5 yang memiliki seramai 30 orang pelajar.

2.1Analisis Pelajar (Analyze Learners)

Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku. Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru cepat difahami oleh pelajar.

Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun pergerakan murid inilah maka guru akan menentukan kaedah pengajaran, media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Kami mendapati murid-murid kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.

2.2 Nyatakan Objektif Pembelajaran

Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearah pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience), peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkat prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai.

2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods)

Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan latih tubi.

Guru memberi penerangan tentang antara sebab berlaku pencemaran alam sekitar. Murid dalam kumpulan tertentu menyenaraikan masalah yang menyebabkan pencemaran serta kesan pencemaran kepada kehidupan di bumi.Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan rakan-rakan yang lebih pandai sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang secara aktif.

2.4 Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media)

Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Faktor asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Di dalam pengajaran ini, guru telah memilih untuk menggunakan CD-Rom,gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar. Ia juga dapat menggalakkan penglibatan keseluruhan pelajar. Penggunaan CD-ROM dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi.

Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan penggunaan bunyi, video dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah pengajaran waktu itu. Malah penggunaan lembaran kerja juga membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan memahami apa yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan seperti gam dan gunting dalam aktiviti buka skrap juga dapat membantu murid menggunakan teknik yang betul ketika menggunting dan menggunakan kreativiti sendiri supaya lebih bahan yang digunting itu lebih menarik. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar merasa dan melihat sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik.

2.5 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)

Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi. Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran. Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954).

Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan. Untuk aktiviti seterusnya , murid-murid diminta menuliskan ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal yang diberi.

2.5.1 Perbincangan

Perbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalam rancangan pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaian dengan tempoh masa pengajarannya yang panjang dan memerlukan pelajar mengemukakan seberapa banyak punca pencemaran alam sekitar.

2.5.2 Soal jawab

Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam rancangan pengajaran ini kerana ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudah dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dengan tujuan :i.Untuk mengesan pengetahuan pelajariiUntuk menggalakkan pelajar berfikiriii.Untuk menggalakkan pelajar berfikir

2.5 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)

Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Mata pelajaran : Bahasa MelayuTahun : 5 BestariBilangan Murid : 30 orangTema :Alam SekitarTajuk : Manusia Perihatin Bumi TerpeliharaTarikh : 18 Mac 2013Masa : 60 minit ( 0810-0910 )

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;i. Membina dan menulis lima ayat majmuk dengan betul berdasarkan ayat-ayat tunggal diberi.ii. Membaca petikan dengan kuat dan lancar dengan intonasi yang betul.iii. Menyatakan punca-punca pencemaran dan akibat daripada pencemaran.

Hasil Pembelajaran: Fokus Utama: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Fokus Sampingan: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.

1.5 Memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.Aras 2 (1) Memberi penjelasan tentang sesuatu perkara menggunakan kata, ungkapan, dan ayat yang sesuai.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.Sistem Bahasa : Ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi.Ilmu : Bahasa Melayu, KesihatanNilai : Kerjasama, menghormati dan menghargai alam.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan kemahiran meramalKemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menyertai aktiviti gotong-royong di taman perumahan dan di sekolah.BBM : Power point, lambaran kerja dan carta bergambar.

Langkah / MasaIsi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi(5 minit)Murid ditayangkan video berkaitan berkaitan pencemaran alam sekitar. 1. Murid menonton tayangan video dan menghayatinya.

2. Murid diminta member pandangan tentang hal yang berlaku dalam tayangan video. 3. Guru menerangkan kaitan video dengan tajuk pelajaran.KB : Menghubungkait, inferens

BCB: Menonton dengan aktif

BBM : Power point

Langkah 1(15 minit)

LisanMembaca petikanbertajuk Manusia Perihatin Bumi Terpelihara dalam power point.

1.Apakah jenis pencemaran yang berlaku di dalam petikan?=(Pencemaran sungai/ air )

2. Nyatakan lain-lain pencemaran yang sering berlaku di kawasan anda ?=pencemaran udara=pencemaran bunyii) 1.Guru menayangkan petikan / teks bertajuk Manusia Perihatin Bumi Terpelihara

ii) 2. Murid membaca petikan itu secara senyap.

3. Murid membaca kuat mengikut intonasi yang betul dalam secara bergilir mengikut kumpulan meja (3 kumpulan)

4. Guru mengemukakan beberapa soalan kepada murid berkaitan dengan tajuk petikan tersebut.

5. Murid mengemuka jawapan yang sesuai.

-pencemaran sungai-pencemaran udara-pencemaran bunyi

KB : Membuat inferens

BCB : i) membaca dengan intonansiyang betul. ii)mendengar dengan aktif.

BBM : Manusia Perihatin Bumi Terpelihara

power point

Analisin murid : Murid dalam kelas ini seramai 30 orang. Bilangan lelaki dan perempuan yang boleh dikatakan seimbang. Murid-murid dalam kelas ini juga terdiri dari murid sederhana kebijaksanaan mereka.

Langkah 2(10 minit)

MembacaPunca-punca pencemaran:A).Pencemaran Sungai /Air-sisa toksik-air kumbahan-sampah

B) Pencemaran Udara-asap pembakaran hutan-asap dari kilang-asap kenderaan-bau busuk dari kilang/ amalan penternakan

C) Pencemaran Bunyi-bunyi kenderaan/kilangi) 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

ii) 2. Murid diminta membuat perbincangan tentang punca-punca pencemaran.

3.Wakil setiap kumpulan membentang hasil perbincangan di hadapan kelas.

KB:Menghubungkaitkan, menjana Idea

BCB : Memproses maklumat danmelaporkan maklumat.

KP : Verbal linguistik,visual,Intrapersonal.

Nilai : Kerjasama, berusaha

BBM : power point

Objektif : Objektif yang disasarkan oleh guru adalah sama dikalangan murid-murid. Ini kerana murid adalah hampir sama peringkat kebolehan. Dalam hal ini mereka diharap dapat memahami dan menulis ayat majmuk serta memahami ayat tunggal.

Pemilihan Media : Media yang digunakan guru adalah terdiri dari gabungan pelbagai sumber. Contohnya ialah lambaran kerja, bahan maujud, tayangan video, serta powerpoint yang dijangka menarik perhatian murid-mnurid.

Penggunaan Media : Murid-murid terlibat terus dengan penggunaan media yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan dalam aktiviti yang dirancang. Murid diberi peluang menjalankan aktiviti melalui powerpoint yang dirancang.

Langkah 3(15 minit)

Menulis

Contoh:1.Sungai itu kotor. (a.tunggal)

2.Sungai itu kotor kerana sampah dibuang di situ. (a.majmuk)

Aktiviti Pengayaan:Perkataan sinonim.Intip-intaiTimbul-terapungToksik-beracunSisa-lebihanMelapor-mengadu

Aktiviti Pemulihan:Mengisi tempat kosong dalam ayat dengan kata hubung.KeranaDanKalauSambilTetapi

i) ii) 1.Guru menunjukkan contoh ayat tunggal dan ayat majmuk.

Latihan Bertulis:2.Guru mengedar lambaran kerja kepada murid.

3.Murid-murid (berpasangan) membina / menulis lima ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal.

4.Murid merujuk kamus perkataan sinonim untuk mencari maksud perkataan.

5. Guru membimbing murid melengkapkan tempat kosong dengan kata hubung.

KB : Menjana idea,menghubungkaitkan, membuat inferens.

BCB : Mengumpul, memproses,mencatat dan melaporkan maklumat.

KP : Intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik.

Nilai : Bekerjasama, menghargai,.

BBM : lambaran latihan.

Penglibatan Murid : Murid terlibat aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Mereka digalak mengemukakan pandangan tentang punca pencemaran dan kesan pencemeran. Murid-murid juga diberi peluang membimbing rakan-rakan dalam mengemukakan pandangan dan jawapan yang munasabah.

Penilaian : Murid-murid dinilai dengan cara mereka menjawab soalan dan aktiviti melalui lambaran kerja yang diedar oleh guru.

Penutup(3 minit)

Guru merumus isi pelajaran dan menyatakan nilai murni yang harus ada pada setiap masyarakat.i) 1. Murid menyatakan nilai-nilai murni yang telah guru nyatakan dan tidak dinyatakan.

Nilai-nilai murni :

Menghargai,BersyukurbertanggungjawabBekerjasama

Refleksi________________________________________________________________________________________________________________________________

4.0 PENUTUP

Terdapat enam langkah pengajaran terdapat dalam Model ASSURE harus difahami oleh setiap guru apabila mengguna Model ASSURE dalam mengajar murid di sekolah. Dengan memahami setiap langkah maka dijangka aktiviti yang dirancang oleh guru akan menarik minat murid. Maka dengan itu pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan akan menjadi lebih mudah dilakukan. Disamping itu objektif pelajaran juga dijangka dapat dicapai. Langkah-langkah yang berfokuskan kepada murid ini juga dapat menekankan kepentingan interaksi murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan pengelibatan yang menyeluruh dan aktif murid , maka aktiviti yang dijalankan akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

5.0 REFLEKSITugasan projek ini adalah antara yang sangat mencabar. Maka itu, ketika sesi perjumpaan dengan pensyarah mengajar saya banyak kali bertanya perkara yang saya tidak faham. Di awal menerima tugasan ini saya sangat kebinggungan. Antara bidang yang saya kurang memahami dalam tugasan ini ialah yang berkaitan dengan persembahan multimedia ( elektronik ) yang memuatkan pelbagai grafik.

Namun setelah menerima banyak penjelasan yang diberikan oleh pensyarah maka saya mendapat keyakinan sedikit demi sedikit. Di samping itu saya juga banyak bertanya dan meminta pandangan rakan-rakan yang lain. Mereka juga banyak membantu. Di samping itu, saya juga melayari laman-laman web yang turut menambah kefahaman kepada saya tentang tugasan ini. Masa yang saya ambil untuk menyelesaikan tugasan ini agak lama terutamanya persembahan multimedia dan kadang-kadang saya terpaksa berjaga sehingga pukul 1.00 pagi.

Walau bagaimana pun, akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya juga sangat bersyukur kerana menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak mendapat ilmu terutama perkara yang berkaitan dalam tajuk. Ilmu yang berguna ini memberikan semangat kepada saya dalam menjadikan anak-anak didik saya lebih mudah mempelajari Bahasa Melayu.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah mengajar mata pelajaran ini iaitu Encik Muhammad Fariduddin Wajdi Anthony kerana telah banyak membantu menerangkan perkara yang saya muskil pada awalnya. Tidak ketinggalan kepada keluarga dan rakan-rakan seperjuangan atas kata perangsang dan dorongan.

Sekian, terima kasih.

RABI ANAK IMPEN730211135509KUMPULAN : BAHASA MELAYU ( PPGBMM3 )BIBLIOGRAFI

Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir. (2006).Teknologi dan Reka Bentuk Grafik Digital. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

Mohd. Jizat Abdol, Abdul Razak Idris, Jessnor Elmy.(2006). Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran. UTM

Noriati A.Rashid. (2009).Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam. Oxford Fajar.

Wan Zah Wan Ali.(2008).HBEM3103.Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : OUM

Laman Sesawang

http://rostamhamzah68.blogspot.com/2012/11/model-assure.html

http://jalall6791.blogspot.com/2013/01/contoh-rph-berdasarkan-model-assure.html

http://www.slideshare.net/tanaipoh/rph-model-assure

http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/model-assure.html

8