Minggu 3 Sumber Sejarah

download Minggu 3 Sumber Sejarah

of 33

description

Minggu 3 Sumber Sejarah

Transcript of Minggu 3 Sumber Sejarah

PowerPoint Presentation

Sumber sejarahAhli sejarah pada lazimnya tidak menyaksikan hal-hal yang ia selidik itu. Pengetahuannya mengenai masa lampau hanya diperolehi melalui sumber-sumber atau bukti yang ditinggalkan oleh saksi-saksi. Pengetahuan yang diperolehi dengan cara ini disifatkan oleh Marc Bloch sebagai pengetahuan tak langsungIstilah "sumber" dalam sejarah kerap digunakan sebagai bererti "punca", "dokumen" atau "rekod". Makna Sumber

Menurut Oxford English Dictionary, sumber atau "source" bermaksud sebuah karya, dan Iain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan se- suatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut". Pada lazimnya sumber-sumber sejarah diertikan sebagai bahan bertulis atau bercetak.Tidaklah menghairankan kenapa sumber sejarah juga digelar sebagai "dokumen" yang mengikut Kamus Dewan bererti keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti (seperti surat beranak, surat nikah dll)Walau bagaimanapun pengertian tersebut adalah agak sempit dan berpisah sedikit daripada pengertian umum para ahli sejarah kini yang memandang dokumen sebagai men- cakupi bukan sahaja bahan-bahan bertulis bahkan pula kesan-kesan peninggalan lama seperti koin, batu nisan, gambar dan sebagainyaMemang wujud anggapan bahawa "bukti" membawa erti yang sama de- ngan istilah sumber. Anggapan ini adalah kurang tepat. Bukti sebenarnya bermaksud keterangan atau fakta-fakta yang dapat mengesahkan atau menyangkal sesuatu hal yang khusus. Misalnya, jika seseorang ahli sejarah diminta untuk menyediakan bukti bahawa J.W.W. Birch dibunuh oleh kerana dasar-dasarnya mengancam kepentingan ekonomi pembesar Melayu, maka ia dikehendaki untuk menurunkan keterangan-keterangan atau fakta-fakta yang boleh menyokong dakwaan ini.

Dalam usaha ini, ahli sejarah akan meneliti sumber-sumber yang berkenaan yang memberikan maklumat yang dikehendaki itu. Nampaknya istilah sumber dalam sejarah bermaksud bahan-bahan yang menyediakan bukti berkenaan sesuatu yang dikaji itu. Perkara kedua yang juga menjadi punca kekaburan ialah maksud sumber "pertama" dan sumber "kedua". Nampaknya kebanyakan ahli sejarah membuat satu garis pemisah di antara dua jenis sumber ini.[Mengikut Profesor L. Gotts- chalk, sumber pertama ialah merujuk kepada "keterangan dari seseorang saksi... yakni, seseorang atau sesuatu yanghadir di dalam kejadian-kejadian yang dia atau ia ceritakan itu". Sumber kedua sebaliknya bererti "keterangan daripada seseorang yang tidak hadir di dalam kejadian-kejadian yang berlaku

Sumber kedua ialah tulisan ahli sejarah seperti "karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau bukuPenekanan kepada ukuran "saksi" dalam menentukan perbezaan di antara sumber pertama dan kedua bermakna bahawa tiap-tiap bahan sebelum ia boleh disahkan sumber pertama semestinya memenuhi syarat tersebutMemang ada kebenaran dalam f pendapat Profesor Sartono Kartodirdjo yang mensifatkan dokumen sebagai bererti "monumen, artifact, foto, tape dsb", disamping "data verbal yang berbentuk tulisan".

Sebagaimana yang kita sedia maklum, para ahli sejarah menggunakan berbagai jenis sumber ketika menjalankan penyelidikan mereka. Di antara sumber-sumber yang lazim digunakan oleh ahli sejarah ialah jekod kerajaan, rekod swasta, sumber peribadi, akhbar, sumber lisan, sumber saster hikayat, babad, kitab ugama, inskripsi dan kesan- kesan peninggalan lama.Jenis-jenis Sumber

Kita memang sedar tentang kepentingan akhbar sebagai sumber sejarah memandangkan kepada hakikat bahawa akhbar, di samping melaporkan berbagai jenis kejadian harian, juga mencerminkan pemikiran golongan-golongan tertentu dalam masyarakatOrang ramai memang tidak menyedari dengan tepat kepentingan rekod kerajaan, rekod swasta dan sumber peri- badi oleh kerana sumber-sumber tersebut dirahsiakan dari orang ramaiPerkara yang barangkali tidak boleh disangkal lagi dalam zaman moden ini ialah hakikat bahawa dokumen yang ber- punca dari kerajaan melebihi jumlah semua jenis sumber lain. Hal ini boleh dikaitkan dengan peranan kerajaan yang semakin luas sejak kebelakangan ini, di samping keperluan bahawa segala kegiatan kerajaan harus direkodkan mengikut peraturan pentadbiran awam. Betapa besarnya koleksi rekod kerajaan boleh dikesan dari kewujudan sebuah tempat khas yang dikenali arkib yang bertujuan mengumpul dan memelihara semua rekod kerajaan sebagai satu warisan negara yang bernilai

Secara kasarnya, rekod kerajaan boleh dikatakan merangkumi laporan mahkamah dan parlimen, surat-menyurat kementerian dan jabatan, fail-fail dari badan-badan berkanun dan agensi-agensi kerajaan, surat-menyurat ibu pejabat negeri, pejabat daerah dan pejabat mukim, serta laporan khas yang dikeluarkan oleh jawatankuasa dan suruhanjaya yang ditubuhkan dari masa ke semasa.Kewujudan berbagai jenis sumber kerajaan yang bukan sahaja berpunca dari berbagai pihak bahkan pula disimpan di berbagai tempat bukanlah satu perkara yang luar biasa dalam penyelidikan sejarahSumber-sumber kerajaan boleh dibuktikan jika kita meneliti senarai bibliografi buku Dr. C.M. Turnbull yang bertajuk The Straits Settlements 1826-67. Beliau menyenaraikan sebanyak sebelas jenis rekod kerajaan yang memberi maklumat mengenai Negeri-Negeri Selat, iaitu rekod kerajaan Negeri-Negeri Selat yang disimpan di National Library di Singapura, rekod kerajaan India yang disimpan di India Office Library di London, rekod kerajaan Bengal yang disimpan di West Bengal Archives di Calcutta, rekod kerajaan pusat India yang disimpan di National Archives di New Delhi, rekod Pejabat Tanah Jajahan British, rekod Pejabat Perang British dan Rekod Pejabat Luar Negeri yang semuanya disimpan di Public Record Office di LondonWalaupun pada satu masa dahulu sumber-sumber swasta tidaklah dipandang sepenting seperti rekod kerajaan, namun akhir-akhir ini kepentingan sumber swasta diakui secara meluas di kalangan ahli sejarah. Kesedaran baru ini berpunca sebahahagiannya dari usaha memperluaskan ruang kajian sejarah dan sebahagian dari kesediaan pihak swasta untuk membuka rekodnya kepada para pengkaji sejarah.

REKOD SWASTASebelum tahun 1945, apabila penulisan sejarah Malaysia telah dikuasai oleh sarjana-sarjana Barat seperti F. Swettenham, R.J. Wilkinson, R.O. Wintstedt dan L.A. Mills, nampaknya sumber-sumber kerajaan telah diutamakan sedangkan sumber swasta hampir-hampir diabaikan.Sebelum tahun 1945, apabila penulisan sejarah Malaysia telah dikuasai oleh sarjana-sarjana Barat seperti F. Swettenham, R.J. Wilkinson, R.O. Wintstedt dan L.A. Mills, nampaknya sumber-sumber kerajaan telah diutamakan sedangkan sumber swasta hampir-hampir diabaikan.Walau bagaimanapun keadaan mula berubah sejak tamatnya Perang Dunia Kedua apabila para ahli sejarah yang sebilangan besarnya terdiri dari orang tempatan telah mula memberi perhatian kepada sumber-sumber swasta yang berpunca dari dewan perniagaan, parti politik, persatuan sukarela, pertubuhan agama dan budaya, sekolah persendirian, kesatuan sekerja dan sebagainya. Misalnya karya Dr. Yeo Kim Wah yang berjodol Political Development in Singapore 1945-1955 di antara telah menggunakan Surat- Menyurat Labour Front dan Progressive Party. Berbanding denganf sumber swasta, sumber peribadi sudah lama menarik minat para ahli sejarah, khususnya bahan-bahan seperti buku catatan harian, jernal dan surat peribadi. Ada kesedaran di kalangan para ahli sejarah bahawa sumber peribadi ini memberikan maklumat yang rapat dengan isi hati penulis itu yang barangkali tidak dipaparkan dalam surat-surat rasmi kerajaan atau swastaSUMBER PERIBADISebagaimana yang dipamerkan dalam koleksi surat-menyurat R.A. Kartini, sumber peribadi meluahkan perasaan dan cita-cita penulis, menggambarkan adat istiadat dan cara hidup keluarga penulis, serta mendedahkan sikap penulis terhadap kerajaan dan golongan-golongan lainSekurang-kurangnya dari tnasa Voltaire pada abad yang ke-18, para ahli sejarah telah bertungkus lumus untuk mencari sumber-sumber peribadi. Voltaire misalnya telah berjaya mencari buku catatan harian dan surat peribadi para pemimpin Perancis seperti Colbert ketika mengarang buku yang bertajuk Siele de Louis XIV yang diterbitkan dalam tahun 1751Dalam penulisan sejarah Malaysia sendiri, Wilkinson ketika mengarang A History of the Peninsular Malays dalam tahun 1900an telah merujuk kepada buku harian J.W.W. Birch yang membantunya menyiasat latar belakang kepada pembunuhan Residen British itu.Salah satu soalan yang berbangkit dari hakikat bahawa ahli sejarah menggunakan berbagai jenis sumber ialah sama ada wujudnya tanggapan yang melihat sumber-sumber tertentu sebagai lebih penting berbanding dengan lain. Tidak dapat dinafikan bahawa tanggapan begini memang wujud. Misalnya para ahli sejarah Yunani seperti Herodotus dan Thucydides telah memandang tinggi sumber lisan berbanding dengan babad dan inskripsiPara ahli sejarah Kristian seperti Sextus Julius Africanus dan Eusebius pula telah melihat kitab Injil sebagai lebih penting daripada sumber- sumber lain. Manakala Ranke dengan terang-terang menyebelahi rekod kerajaan yang mengikut pendapatnya adalah sumber yang paling tulen dan lengkap.

Walau bagaimanapun kebanyakan ahli sejarah kini adalah keberatan untuk memutuskan secara amnya mana-mana jenis sumber sebagai sumber yang paling tulen atau asli. Malahan mereka berpegang kepada pendapat bahawa semua jenis sumber mempunyai nilainya yang sendiri dan oleh itu harus diberikan perhatian yang sama. Dalam pada itu, tidak dinafikan bahawa kepentingan sesuatu jenis sumber sedikit sebanyak akan ditentukan oleh tajuk yang dikaji oleh ahli sejarah ituMisalnya bagi ahli sejarah seperti Dr. Yeo Kim Wah yang mengkaji tentang The Politics of Decentralisation, sumber kerajaan merupakan sumber terpenting oleh kerana kajiannya bertumpu kepada usaha kerajaan British untuk mewujudkan perpaduan di antara negeri-negeri Melayu. Sebaliknya bagi Ramlah Adam yang mengkaji UMNO: Organisasi dan Kegiatan 1945-1951, sumber utamanya ialah temuramah dengan tokoh-tokoh UMNO dan fail-fail parti itu.