Membuat origami bunga tulip

17
Mari kita mulaikan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.. 1. Gunakan kertas berbentuk segi empat sama. Ukurannya bergantung kepada bunga yang ingin dihasilkan. Untuk tutorial ini kami menggunakan kertas memo yang berukuran 9.5' X 9.5' (ianya akan menghasilkan bunga yang berdiameter 2.5 cm dan tingginya 3.5cm) 2. Kemudian kita akan lipatkan ianya mengikut garisan. Garisan putus-putus ini bermaksud, kita akan lipat dan buka semula lipatan. Tujuannya hanya untuk mendapatkan garis lipatan.

Transcript of Membuat origami bunga tulip

Mari kita mulaikan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim..

1. Gunakan kertas berbentuk segi empat sama. Ukurannya bergantung kepada bunga yang ingin dihasilkan. Untuk tutorial ini kami menggunakan kertas memo yang berukuran 9.5' X 9.5' (ianya akan menghasilkan bunga yang berdiameter 2.5 cm dan tingginya 3.5cm)

2. Kemudian kita akan lipatkan ianya mengikut garisan. Garisan putus-putus ini bermaksud, kita akan lipat dan buka semula lipatan. Tujuannya hanya untuk mendapatkan garis lipatan.

Kita akan dapat hasilnya seperti ini. 

5. Kemudian, kita lipatkan ia, supaya menjadi segitiga sama kaki. Anak panah menunjukkan ruang yang dilipat ke dalam bagi menghasilkan segitiga sama kaki. 

Nanti dia akan jadi macam ni. Bawahnya terbuka dan berlipat, bucu atasnya macam payung.

6. Kemudian, kita lipatkan mengikut garisan supaya dia menjadi bentuk diamond. 

Macam di atas ni.

7. Kita buatkan lipatkan yang sama di bahagian belakang pula. Ia akan jadi seperti di dalam gambar.

Baiklah, lepas ni agak tricky sikit, perhatikan gambar betul-betul dan baca keterangan ye kawan-kawan.

8. Untuk langkah ini, kita akan lipatkan dari kanan ke kiri (flip over). Buat di kedua-dua bahagian.

Kawan-kawan boleh nampak tak perbezaannya, bila kita buat flip overtu, di bahagian tengahnya takkan terpisah seperti sebelumnya. Kedua-dua bahagian depan dan belakang akan kelihatan seperti di dalam gambar. 

9. Sebelum lipatan seperti di atas dilakukan, kawan-kawan kena pastikan yang bahagian atas (seperti yang ditunjukkan oleh anak panah) adalah bucu yang mempunyai lubang. Bukan bucu yang 'berambu-ramba' (kawan-kawan fahamkan, hehehe). 

10. Bila dah berada di keudukan yang betul bolehlah kita mula lipatkan ia, lebih sedikit dari garisan tengah (garisan dot-dot mewakili garisan tengah) Lihat kedudukan titik hitam tu, di situlah bucu lipatan kita akan berada. 

11. Lakukan lipatan yang sama di kedua-dua belah. Seperti gambar di atas. Pastikan juga ianya dilipat lebih sedikit dari titik tengah (ia akan menjadi lipatan yang bertindih).

Langkah seterusnya juga agak tricky, tapi jangan bimbang, nampak je macam susah. Hakikatnya, melakukan lebih mudah dari melihat.

12. Apabila kita close up di bucu tu, kita akan dapat lihat ruang lipatan seperti di dalam gambar. Betulkan? Kawan-kawan hanya perlu masukkan bucu yang lagi satu ke dalam ruang lipatan tu. (p/s: untuk langkah ini tidak kisah mahu masukkan dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri, ikut keselesaan kawan-kawan)

13. Kemudian, tekankan ia dengan jari bagi mengemaskan lagi lipatan.

Ia akan kelihatan seperti gambar di atas.. 

14. Lakukan langkah yang sama di bahagian belakang. Dan ia akan kelihatan seperti di dalam gambar. Masih ingat tak lagi bucu yang mempunyai lubang tu (dalam bulatan)

15. Kita akan tiup di bahagian lubang itu. Tujuannya untuk jadikan ianya mengelembung macam bola. Sesiapa yang pernah buat origami bola masa kecil-kecil dulu, mesti tau bagaimana mahu tiup. (p/s: kami tak tiup, hanya tekan-tekankan dan tarik dasar garisan supaya ianya menjadi dasar yang berbentuk petak)

Taraaa...ia akan jadi macam ni. Macam bentuk piramid pun ada kan ^-^

16. Kemudian, kita akan tarikkan kertas (macam kopek kulit pisang) ke bawah. (Tip: ada kertas yang bertindih, jadi kita tarikkan yang tak bertindih dulu, baru yang bertindih tu. Nanti kelopak bunganya akan kelihatan cantik)

Haaa...cantik tak hasilnya. Terujakan bila dah siap ^-^

Sebenarnya nampak remeh, tetapi percayalah, membuatnya lebih senang dari menulis tutorial ni. Hehehehehe.

Baiklah bunga dah siap, daun dan batangnya mana?

Sabar...sabar...ambil nafas sekejap ^-^ alhamdulillah...

Dah bersedia semua? Jom!

1. Kita akan gunakan kertas berbentuk segiempat sama (kami gunakan sama saiz dengan yang buat bunga tadi). Kami gunakan warna hijau...daunkan...tapi kalau kawan-kawan nak bereksperimen dengan warna, boleh je gunakan warna yang disukai ^-^ (p/s: ketinggiannya nanti lebih kurang 6.5 cm)

2. Buatkan lipatan mengikut garisan, dan bukakan semula lipatan.

3. Kemudian, kita akan lipat mengikut garisan (rujuk gambar di atas).

4. Kita akan dapat hasilnya seperti di dalam gambar. Kemudian kita lipatkan lagi mengikut garisan.

5. Dan ulang lipat mengikut garisan (Tip: Untuk langkah nombor 4 dan 5, ketelitian dan ketepatan amat diperlukan bagi menghasilkan batang yang tajam meruncing dan cantik)

Hasilnya seperti gambar di atas ini.

6. Kemudian kita terbalikkan ia.

7. Lipatkan dari bucu bawah ke bucu atas berpandukan garisan. (Tip: Temukan bucu bawah dan bucu atas bagi mendapatkan hasil yang cantik)

8. Kemudian kita akan lipatkan ia mengikut garisan tengah.

9. Ia akan kelihatan seperti di dalam gambar. Kemudian, kita akan tarikkan kertas (sama seperti kita tarikkan kelopak bunga tadi) bagi menghasilkan bahagian daun.

Taraaa...dah siap batang dan daunnya ^-^

Akhir sekali, cantumkan bunga di bahagian batangnya (masukkan je di bahagian lubang). Kawan-kawan boleh juga menggunakan gam bagi bunganya terletak, tetapi jika dibiarkan begitu sahaja, nampak lebih semulajadi. Chewaahhhh... Kami selalunya tidak meletakkan gam, tetapi untuk jualan, akan diletakkan gam supaya tidak tercabut-cabut. Hehehehe ^-^