maklumat membaca baru

27
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 “baca” bermaksud melihat isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan cara meneliti dan memahami makna dan tujuan isi tersebut. Mahzan Arshad (2008:158) pula mendefinisikan membaca sebagai suatu proses yang dilakukan pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya sebelum membuat keputusan. Menurut Safiah (1985) membaca adalah proses memahami dan membina pemahaman kerana jika kita tidak memahami apa yang dibaca bermakna kita tidak membaca. Zulkifley Hamid (1994) menerangkan bahawa membaca sebagai suatu proses pembaca mengenal lambang – lambang tulisan , menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapat makna bagi bentuk tulisan tersebut. Robert Lado (1964) menyatakan bahawa membaca sebagai ungkapan pola – pola bahasa daripada bentuk tulisannya . Anderson dan Pearson (1984) mentakrifkan membaca sebagai suatu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca denagn bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca. Kedua – dua aktiviti , membaca dan memberi makna adalah proses yang konstuktif dan saling bantu – membantu antara

description

membaca baru

Transcript of maklumat membaca baru

Page 1: maklumat membaca baru

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 “baca” bermaksud melihat isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan cara meneliti dan memahami makna dan tujuan isi tersebut. Mahzan Arshad (2008:158) pula mendefinisikan membaca sebagai suatu proses yang dilakukan pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya sebelum membuat keputusan. Menurut Safiah (1985) membaca adalah proses memahami dan membina pemahaman kerana jika kita tidak memahami apa yang dibaca bermakna kita tidak membaca. Zulkifley Hamid (1994) menerangkan bahawa membaca sebagai suatu proses pembaca mengenal lambang – lambang tulisan , menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapat makna bagi bentuk tulisan tersebut. Robert Lado (1964) menyatakan bahawa membaca sebagai ungkapan pola – pola bahasa daripada bentuk tulisannya . Anderson dan Pearson (1984) mentakrifkan membaca sebagai suatu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca denagn bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca. Kedua – dua aktiviti , membaca dan memberi makna adalah proses yang konstuktif dan saling bantu – membantu antara satu sama lain . 

Pemahaman makna yang dipeolehi pembaca daam proses ini berlangsung daripada pengetahuan latar yang dipunyai oleh pembaca dan pengetahuan latar ini degerakkan oleh perkataan , ayat dan paragraf penulis dalam bahan yang dibacanya .Walaupun pembaca

Page 2: maklumat membaca baru

tidak perlu memahami setiap perkataan yang terkandung pada setiap ayat yang dibaca , tetapi pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai petanda yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut sebagai panduan bagi memahami maksud keseluruhan bahan yang dibaca. Proses ini disebut proses menaakul atau meneka maksud berdasarkan petanda yang terdapat dalam bahan yang dibaca.Menaakul bermaksud membuat tekaan berasaskan sesuatu petanda yang dapat dijadikan penduan dalam proses meneka tersebut. 

Seterusnya ialah proses interaksi atau peredaran maklumat antara pembaca dengan teks adalah asas bagi memahami bahan bacaan . Dalam proses memahami , pembaca akan menghubungkan antara maklumat yang baru dimuatkan oleh penulis dalam teks dengan maklumat lama yang terkandung dalam mindanya dan inilah dikatakan “membina jambatan” antara maklumat baru dengan maklumat lama.Menurut Rumelhart (1980) , maklumat yang terkandung dalam minda seseorang dikenali sebagai skema atau pengetahuan latar.Setiap individu mempunyai skema tentang sesuatu objek atau konsep. Menurut Anderson, Hiebert , Scott dan Wilkinson (1985) , membaca juga boleh dilihat sebagai satu proses memilih dan mengambil tindakan apabila pembaca menyesuaikan proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang dibacanya.

Proses menentukan apakah tujuan dan tindakan yang akan diambil ini berlaku serentak dengan proses

Page 3: maklumat membaca baru

membina makna daripada bahan yang dibaca . Hal yang demikian ini juga membawa maksud dalam mengatur strategi memahami pembaca akan mengawal pemikirannya atau melakukan metakognitif ketika membaca. Pengawalan pemikiran ini amat penting bagi memberikan manfaat yang sepenuhnya ketika membaca. Kawalan pemikiran yang baik akan menambah makna yang diperolehi daripada teks sekali gus menambah lagi skema dalam pemikiran pembaca. 

 Kesimpulannya , membaca adalah proses memahami makna isi teks yang dibaca oleh pembaca dan mencampurkan segala pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang baru diperolehinya.Jika seseorang tidak faham apa yang dibacanya bermakna dia tidak membaca kerana tiada maklumat baru yang diperolehinya.

Menurut Klein dalam Farida Rahim( 2005:3 ), membaca dapat didefinisikan sebagai suatu proses. Maksudnya adalah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Menurut Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Secara umumnya, membaca merupakan kegiatan harian kita untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang kita baca. Sebagai contohnya, surat khabar, majalah, buku dan sebagainya. Proses membaca dapat didefinisikan sebagai satu proses pemahaman pembaca terhadap kandungan bahan-bahan bacaan yang dibaca. Pembaca akan cuba memahami segala informasi yang terkandung dalam bahan bacaan mereka

Definisi kemahiran membaca

Membaca bermaksud memindahkan tulisan kepada suara.

Page 4: maklumat membaca baru

Selain itu, membaca juga didefinisikan sebagai bukan memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami perkara yang disuarakan maka murid itu tidak dikira sebagai pandai membaca. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan , mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.

Menurut buku The American Heritage Dictionary of The English Language (2003), definisi membaca ialah:

intepretasi terhadap sesuatu situasi atau perkara yang diperkatakan proses kognitif untuk memahami bahasa tulisan (melibatkan penghasilan dan pemahaman komunikasi linguistik) keupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis (komunikasi yang melibatkan simbol-simbol tulisan gambaran mental tentang makna daripada perkara yang diperkatakan, idea atau visual yang dilihat.

Membaca merupakan suatu kemahiran yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia diajar dan diterapkan secara berkesan dan mempunyai hubungan dengan kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan mengira.

       Menurut Anderson dan Pearson dalam Mahzan Arshad (2008), membaca adalah satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca.

Bagaimana proses membaca berlaku?

Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman  tentang hubungan antara huruf-huruf

Page 5: maklumat membaca baru

dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut  perkataan yang ditulis dengan betul.Manakala poroses pemahaman pula membolehkan  seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

a.     Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)

- Melibatkan 2 deria iaitu deria penglihatan dan deria pendengaran.

Deria penglihatan - Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan  disalurkan ke otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar.  Bagi individu yang bermasalah penglihatan  (buta)   deria penglihatan akan digantikan  dengan  deria sentuhan.

Deria pendengaran - Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang diterima supaya  ia dapat menghasilkan  semula mesej itu dengan jelas dan tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang mengalami masalah pendengatan.

b.      Membaca sebagai proses pengamatan

- Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca  indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan  pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal  dengan  tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan  bunyi-bunyi dan juga makna.  Pengamatan dalam bacaan adalah seperti (1) mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan, (2)  “figure ground” iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak, (3)  ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar, dan (4)  turutan, iaitu seperti memahami  giliran dan  urutan.

c.      Membaca sebagai satu proses bahasa

- Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis.  Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka  melalui sistem lambang-lambang tulisan yang  mereka cipta.

d.      Membaca adalah satu proses kognitif

- Membaca  bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses  kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi  kemajuannya dalam  membaca.

Page 6: maklumat membaca baru

Siti Hajar Abdul Aziz ( 2009:143)  telah merumuskan definisi membaca sebagai  satu tindakan komunikasi iaitu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa .

Apa yang dapat disimpulkan daripada definisi membaca menurut tokoh-tokoh bahasa ialah membaca merupakan proses informasi dari teks yang dimiliki oleh pembaca yang mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. 

Membaca' satu tajuk yang ringkas,namun jika dilihat secara teliti membaca mampu memberi impak yang besar dalam sesebuah masyarakat dan tamadun.Hal ini kerana budaya membaca sering kali dikaitkan dengan dengan ilmu.

Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Kita membaca akhbar untuk mengetahui berita yang disiarkan di dalamnya. Kita membaca pelbagai arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan tugas seharian dengan betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya. Wajar bagi seseorang murid untuk menguasai kemahiran membaca.

Membaca merupakan kegiatan merespons lambang-lambang tertulis dengan menggunakan pengertian yang tepat (Ahmad S. Harjasujana dalam St.Y. Slamet, 2008:67). Hal tersebut berarti bahwa membaca memberikan respons terhadap segala ungkapan penulis sehingga mampu memahami materi bacaan dengan baik. Sumber yang lain juga mengungkapkan bahwa membaca merupakan perbuatan yang dilakukan berdasarkan kerja sama beberapa keterampilan, yakni mengamati, memahami, dan memikirkan (Jazir Burhan dalam St.Y. Slamet, 2008:67).

Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.

Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkarauntuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkarauntuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu

Page 7: maklumat membaca baru

konsepuntuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan

M e m b a c a   i a l a h   p r o s e s   k e b a l i k a n   d a r i p a d a   p r o s e s   m e n u l i s .  P r o s e s m e m b a c a   m e m e r l u k a n   s e s e o r a n g   i t u   m e n t e r j e m a h k a n   k e m b al ilambang-lambang bertuliskepadalambang-lambang bunyiyang hendak disampaikanoleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkankedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kitaakan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yangsama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.K e b o l e h a n   m e m b a c a   s a n g a t   p e n t i n g   d a n   i a   m e r u p a k a n   s a t u  u k u r a n kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggapsebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutamadalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awallagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membacabukan sahaja dianggap sebagai  asas utama bagi mencapai  kejayaan dalamb i d a n g   e k o n o m i   d a n   s o s i a l ,  m a l a h   s i s t e m   p e r s e k o l a h a n   i t u   s e n d i r i menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Seperti yang kita semua maklum,membaca dalah satu gejalah yang penting untuk meningkatkan bahasa kita.Namun begitu,ramai pelajar-pelajar yang enggan mengambil tahu tentang betapa pentingnya membaca itu.Lebih-lebih lagi pelajar yang di peringkat sekolah menengah.Mereka telah merosot dalam subjek-subjek bahasa terutamanya bahasa inggeris dan bahasa ibunda mereka.Tambahan lagi,para pelajar memberitahu guru bahawa membaca itu sangat membosankan dan tidak mengukirkan minat mereka untuk membaca dan memahami jalan cerita tersebut.Di sini saya ingin memberi beberapa langkah untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar. 

Langkah pertama yang patut diambil adalah untuk pihak sekolah mengadakan sesi pembacaan selepas sekolah.Sesi pembacaan itu boleh dilakukan sebanyak dua kali seminggu.Bukan itu sahaja,pelajar akan mendengar lagu yang boleh menukar suasana yang penuh dengan kebosanan menjadi keghairahan.Di samping itu,guru-guru juga boleh turut berlagu dendang kerana itulah yang akan membuat pelajar lebih minat membaca selepas itu.Kehadiran guru sangat penting untuk sesi pembacaan tersebut kerana mereka boleh menolong pelajar yang mempunyai pahit maung membaca buku masing-masing.Dengan berbuat demikian,pelajar akan mula membaca setelah dihiburkan oleh persembahan guru-guru dan dengan demikian dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar. 

Seterusnya,peranan keluarga juga amat penting dalam menolong pelajar untuk membina minat dalam membaca.Tidak syak lagi bahawa ramai ibu bapa kepada pelajar sangat sibuk sehingga mereka mengabaikan tanggunjawab mereka untuk meluangkan masa bersama anak

Page 8: maklumat membaca baru

mereka.Pelajar akan lebih berinspirasi jikalau hadirnya ibu bapa mereka di samping mereka untuk membaca buku bersama-sama.Tambahan pula,perbuatan ini akan membuat pengikatan antara ibu bapa dan anak lebih mendalam lagi.Dengan itu,penglibatan Ibu bapa dalam pelajaran mereka akna memberi impak yang menakjuban.Di sini saya ingin tegaskan bahawa keluarga adalah aspek terpenting dalam membina bahasa di kalangan remaja-remaja. 

Langkah seterusnya yang saya ingin huraikan adalah bagi pihak berkuasa untuk mengiklankan pertandingan membaca atau menulis karangan menggunakan kreativiti mereka.Tambahan lagi pemenangnya akan mendapat penginapan percuma di hotel di negara-negara luar.Mereka juga akan diberi peluang untuk berinteraksi dengan penulis-penulis yang mahir di negara sana.Ini akan merafakkan lagi minat pelajar untuk membaca lebih buku untuk menggandakan lagi ilmu bahasa mereka supaya boleh mencipta karangan yang ikut semampu ilmu tahap mereka.Dengan berbuat demikian,pelajar akan lebih minat membaca dan jikalau mereka tidak memenangi pertandingan tersebut,ilmu bahasa mereka tetap tidak terpupus. 

Yang terakhir sekali,pihak sekolah boleh menggunakan teknologi canggih zaman moden ini seperti Iphone,Ipod dan banyak lagi.Benda ini boleh digunakan untuk pelajaran kerana ia boleh melungsuri lelaman web.Tambahan lagi,banyak buku elektronik yang boleh diambil dengan percuma kerana ia khusus untuk sekolah.Buku elektronik tersebut hanya boleh digunakan di sekolah.Seperti lain kata,pelajar tidak boleh membuka buku elektronik apabila mereka di luar kawasan sekolah.Dengan berbuat demikian,ramai pelajar akan pergi ke perpustakaan selepas sekolah untuk menggunakan benda canggih dan mereka akan terpesona dengan buku elektronik yang ada banyak macam.Untuk menyimpul kata,kehadiran benda-benda yang mengikut teknologi zaman sekarang akan membuat pembacaan di kalangan pelajar-pelajar lebih menarik. 

Seperti apa yang diluahkan di atas,jikalau perkara ini tidak ditangani,para pelajar akan mula merosot dalam pengukuhan bahasa mereka dan ini akan memalukan masyarakat bangsa mereka.Dengan langkah-langkah yang diberikan,pelajar akan mula membina dan mengukuhkan bahasa mereka.Ini akan membawa kebanggaan bagi masyarakat masing-masing kerana tidak lama lagi para pelajar akan menjadi pemimpin bagi generasi akan datang dan mereka mungkin akan peroleh kala depan sempurna jikalau bahasa mereka kukuh.Sebagai akhir kata,membaca itu sangat penting bagi membina bahasa kita.

“Membaca itu jambatan ilmu,” merupakan satu kata-kata hikmat yang jelas

menunjukkan kepentingan amalan membaca dalam hidup  kita. Kendatipun begitu,

kata-kata hikmat ini sering dipandang enteng oleh sebahagian besar masyarakat

Malaysia terutamanya para remaja yang akan menjadi pemimpin negara pada suatu

masa kelak. Masyarakat Malaysia sering kali menganggap bahawa amalan

Page 9: maklumat membaca baru

membaca itu bukan sekadar untuk lulus peperiksaan semata-mata tetapi juga untuk

mengetahui keadaan semasa, meluaskan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Oleh

hal yang demikian, setiap pihak haruslah melaksanakan obligasi masing-masing

untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia

            Ibu bapa merupakan insane yang memainkan peranan signifikan untuk

memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut

Confucius, “ keluarga merupakan unit asas pembentukan masyarakat”. Kata-kata ini

jelas menunjukkan pembentukan peribadi  seseorang individu bermula daripada

keluarga dan keluarga itu pula lahir dengan sepasang ibu bapa. Dalam hal ini,

sebagai insane yang paling penting, ibu bapa perlulah menjadi entity mithali yang

terbaik bagi anak-anak. Ibu bapa mestilah menunjukkan uswah terbaik dengan

mengamalkan amalan membaca di hadapan anak-anak. Hal ini demikian kerana,

apabila ibu bapa hanya menasihati anak-anak supaya membaca tetapi mereka

sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik, pasti anak-anak akan mempersoalkan

sebab mereka perlu membaca, sedangkan ibu bapa mereka tidak perlu membaca.

Oleh hal yang demikian, sebagai insan yang terdekat dengan anak-anak, ibu bapa

perlulah mengamalkan amalan membaca di hadapan anak-anak sama ada

membaca akhbar, buku ilmiah, novel dan sebagainya. Dengan adanya contoh yang

baik di hadapan anak-anak, barulah ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya

membaca pada saat itu, anak-anak tidak akan mempersoalkan lagi sebab mereka

perlu membaca, seperti cogan kata, “ kepimpinan melalui teladan.”

            Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlulah membelanjakan sedikit daripada

wang pendapatan mereka untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak. Ibu bapa

seharusnya tidak kedekut dalam membelanjakan sebahagian daripada wang

pendapatan mereka untuk membeli bahan bacaan kerana mereka perlu sedar

bahawa yang dibelanjakan oleh mereka itu tidak sia-sia dan bakal menjadi sesuatu

yang berguna untuk anak-anak mereka sebagai peneraju masa hadapan, seperti

kata-kata seorang tokoh, “ masa hadapan itu dibeli oleh masa sekarang.” Apabila ibu

bapa sudi membelanjakan sebahagian daripada wang mereka untuk membeli bahan

bacaan untuk anak-anak, pasti anak-anak akan lebih mudah mendapatkan bahan

bacaan dan tidak perlu ke mana-mana untuk mendapatkan bahan bacaan sekali gus

meningkatkan minat membaca dalam diri anak-anak. Seiring dengan itu, selain

sebuah keluarga ini dapat membentuk sebahagian masyarakat, apabila anak-anak

kecil ini keluar dari rumah mereka dan membaca di hadapan masyarakat lain, pasti

masyarakat lain akan mencontohi perbuatan anak-anak kecil ini sebagai orang yang

lebih dewasa, pasti mereka akan berasa malu terhadap anak-anak kecil ini. Hal ini

demikian kerana, apabila masyarakat yang lebih dewasa melakukan kerja yang sia-

Page 10: maklumat membaca baru

sia, dalam mengisi waktu lapang mereka, pasti akan terdetik dalam sukma mereka,

sedangkan anak kecil ini lebih menghargai masa dengan memenuhkan masa lapang

mereka dengan membaca, mengapa mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman

tidak melakukan hal yang yang sama. Dengan itu, secara implisit, tabiat suka

membaca dalam diri masyarakat Malaysia dapat dipupuk.

            Selain itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan untuk memupuk tabiat

membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, pihak kerajaan

bolehlah mengadakan kempen-kempen yang menggalakkan amalan membaca.

Pihak kerajaan seharusnya menggunakan sebahagian daripada pendapatan negara 

untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat Malaysia. Bagi golongan

miskin pula, dalam menjayakan kempen memupuk budaya membaca ini, pihak

kerajaan bolehlah membantu warga miskin ini dengan memberikan buku-buku

percuma kepada mereka. Dengan adanya buku-buku mahupun bahan-bahan

bacaan yang percuma, pasti kempen ini dapat dijayakan oleh seluruh rakyat

Malaysia kerana tidak timbul lagi masalah ketiadaaan bahan bacaan dalam

kalangan masyarakat Malaysia. Pihak kerajaan juga seharusnya tidak memandang

enteng terhadap usaha mengadakan kempen untuk memupuk minat membaca

dalam diri masyarakat kerana dengan adanya usaha yang bersungguh-sungguh 

dan beristiqamah oleh pihak kerajaan, pasti matlamat kudsi kerajaan untuk

mewujudkan masyarakat yang minat membaca dapat diwujudkan. Pihak kerajaan

seharusnya tidak takut akan kegagalan usaha mereka ini, seperti kata-kata

Phytagoras, “ kegagalan bukanlah bererti kemusnahan tetapi jadikanlah kegagalan

itu sebagai lanjakan untuk mencapai kejayaan”. Oleh itu, wajarlah pihak kerajaan

mengadakan kempen untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat

kerana “ belum cuba, belum tahu.”

            Media massa juga berperanan penting untuk memupuk minat membaca

dalam kalangan masyarakat. Media massa seperti televisyen, internet, radio dan

sebagainya penting dalam menghebahkan kepada masyarakat tentang kepentingan

tabiat membaca. Dalam hal ini, pihak-pihak yang terlibat seperti penerbit stesen

televisyen haruslah mengadakan satu dokumentasi yang memaparkan kepentingan

membaca dalam kehidupan dan menayangkannya di televisyen. Dengan ini,

masyarakat yang cetek ilmu tentang kepentingan membaca akan lebih tahu

mengapa membaca itu penting dalam kehidupan mereka. Drama pendek yang

berkaitan dengan kepentingan membaca juga boleh dipertontonkan di televisyen

kerana mesej yang disampaikan oleh drama-drama yang ditayangkan di televisyen

akan meresap dengan lebih mudah dalam jiwa masyarakat Malaysia. Hal ini

demikian kerana, jiwa masyarakat selalunya lebih tertarik dengan dunia hiburan.

Page 11: maklumat membaca baru

Jadi, sebagai pihak media massa yang prihatin, mereka seharusnya lebih kreatif

dalam melaksanakan usaha untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan

masyarakat Malaysia agar Malaysia terus maju seiring dengan arus globalisasi.

            Pihak sekolah juga menggalas tanggungjawab untuk memupuk minat

membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, guru merupakan

insan terpenting yang berperanan memupuk minat membaca dalam diri pelajar.

Sebagai guru yang penyayang dan ingin pelajarnya berjaya, pasti guru-guru sedar

akan kepentingaan membaca dalam kehidupan. Guru-guru di sekolah seharusnya

bekerjasama dalam mengadakan pertandingan bagi memupuk minat membaca

dalam diri pelajar. “melentur buluh biarlah dari rebungnya,” jelas menunjukkan dalam

usaha membentuk peribadi seseorang, kita perlulah membentuknya sejak dari kecil

lagi. Guru-guru tadika mahupun guru-guru sekolah rendah memikul tanggungjawab

yang paling penting untuk menerapkan minat membaca dalam kalangan pelajar

sekolah kerana pada saat ini, pelajar-pelajar ibarat kain putih yang belum

dicorakkan. Pada ketika ini, pelajar-pelajar masih belum dapat membezakan antara

baik dan buruk mahupun dosa dan pahala. Oleh itu, apabila guru-guru mengadakan

pertandingan seperti pertandingan membaca paling banyak dan memberikan hadiah

berupa wang tunai dan bahan bacaan kepada para pemenang,pasti pelajar-pelajar

tersebut tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil bahagian sekali gus

mereka akan selalu membaca. Mungkin pada mulanya, pelajar-pelajar ini membaca

kerana ingin memenangi pertandingan tetapi pasti lama-kelamaan minat membaca

akan timbul dalam diri mereka. Oleh hal yang demikian, guru-guru haruslah

menjalankan peranan mereka untuk memupuk minat membaca dalam diri pelajar

sekali gus membentuk masyarakat Malaysia yang minat membaca.

Kebimbangan mengenai kurangnya minat membaca dalam kalangan rakyat negara ini sudah disuarakan sejak sekian lama. Malangnya, kebimbangan ini berterusan meskipun pelbagai usaha dan kempen dijalankan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. 

Semua faham bahawa membaca menjadikan mereka orang berilmu, yakin diri, kreatif dan tidak kekok berbual dengan sesiapa saja. Program yang dianjurkan untuk murid sekolah rendah hinggalah majlis penerangan kepada ibu bapa diadakan dari semasa ke semasa untuk tujuan itu. Setiap tahun pelbagai pameran dan pesta buku diadakan di seluruh negara untuk merapatkan masyarakat dengan buku. Pada masa ini pun berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Sambutan orang ramai juga menggalakkan. 

Di Malaysia, usaha meningkatkan kadar minat membaca dalam kalangan rakyat sangat mendesak. Sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia tidak selesa jika

Page 12: maklumat membaca baru

tahap kadar membaca kalangan rakyat masih tidak berganjak sejak sekian lama. 

Berbanding dengan tahap minat membaca rakyat di negara lain seperti di negara Barat, Jepun, Korea dan China, Malaysia masih ketinggalan. 

Pelbagai alasan diberikan sebagai punca rakyat negara ini tidak minat membaca. Ada yang mendakwa anak tidak digalakkan berdamping dengan buku sejak kecil. Ibu bapa juga dikatakan tidak memberi perhatian serius untuk membimbing anak mereka supaya menjadikan buku sebagai kawan karib. Galak anak membaca 

Ibu bapa hanya membebel bila anak mereka tidak belajar pelajaran sekolah. Bila anak membaca bahan bacaan lain selain buku teks sekolah, mereka dianggap membazirkan masa. Keadaan ini berlaku walaupun mereka tahu apa juga bahan bacaan adalah ilmu. 

Bagi membuktikan komitmen kerajaan, perkara berhubung minat membaca ini dimasukkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan melihat isu ini dari pelbagai sudut. Ini termasuk membaca dari perspektif Islam, kepekaan masyarakat negara Barat terhadap buku, tradisi Timur dan tamadun dunia. 

Malangnya, walaupun begitu banyak penegasan mengenai galakan minat membaca dalam kalangan masyarakat, ia belum berkesan. Mungkin sudah sampai masanya menilai semula punca sebahagian besar rakyat negara ini tidak gemar membaca. 

Pemerhatian di PBAKL 2014, menunjukkan ramai anak-anak membeli buku di gerai buku yang disediakan. Ada yang datang bersama ibu bapa, rakan dan guru. Kebanyakan mereka membeli buku yang nipis daripada pelbagai tajuk sama ada agama, sains dan teknologi, komputer, cerita pendek, buku ulang kaji dan sebagainya. 

Di sudut dan rak yang lain pula, kelihatan buku yang tebal tidak kurang daripada 200 atau 300 halaman dan ke atas. Sudah tentu bilangan mereka yang berkunjung di bahagian ini agak berkurangan. Ia hanya dikunjungi oleh profesional, pensyarah dan pelajar. 

Tak berani belek buku tebal 

Walaupun tidak sepatutnya berlaku, kebanyakan rakyat biasa, tidak berani membelek buku yang tebal. Pada fikiran mereka, harga buku seperti itu tentulah mahal. Mereka juga tidak yakin akan dapat membaca buku tebal itu sampai habis. Pada peringkat awalnya, mereka ghairah membaca tetapi separuh jalan, ia ditinggalkan. 

Bagi sesetengah orang, mereka tidak berminat membaca novel terlalu tebal kerana ia mengambil masa panjang untuk menghabiskannya. Ketebalan sesebuah buku khasnya buku fiksyen, tidak semestinya menggambarkan mutu. Yang pasti, lebih tebal sesebuah buku itu, harganya lebih mahal. Untuk mendapatkan ketebalan sesebuah buku, penulis terpaksa

Page 13: maklumat membaca baru

memerah otak untuk memanjangkan cerita dalam novelnya. Ini bermakna jalan cerita novel direka-reka supaya ia menjadi tebal. 

Novel Ombak Rindu, umpamanya, apabila difilemkan, berakhir dalam tempoh sejam setengah saja, tetapi jika membaca novel itu, mengambil masa beberapa hari, minggu atau bulan dan tidak kurang juga yang tidak menghabiskannya. 

Membaca kandungan novel dan jalan cerita berbelit-belit hanya menjadikan buku itu seperti filem Hindustan. Adakalanya ia dilakukan secara berlebihan hingga hilang logiknya. Tetapi, disebabkan panjang filem itu sudah ditetapkan, pengarah terpaksa mencari jalan memanjangkan cerita itu. 

Begitu juga dengan buku, ada buku yang tidak perlu tebal kerana sebahagian besar kandungannya adalah maklumat yang tidak perlu. Ada buku yang prakata saja menggunakan halaman yang banyak sedangkan tidak ramai yang membaca prakata seperti itu. 

Pengecualian mungkin boleh diberikan kepada buku akademik dalam pelbagai bidang, sejarah, biografi dan sebagainya yang kandungannya tidak boleh diubah sesuka hati. Tetapi, jika buku akademik ini boleh dipermudahkan, ia mungkin boleh menarik minat lebih ramai orang membacanya. 

Hari ini orang ramai tidak mempunyai masa untuk membaca bahan-bahan yang meleret-leret. Mereka lebih suka kepada fakta. 

Apa yang penting maklumat yang disampaikan mestilah jelas. Itulah sebabnya mereka lebih suka membaca majalah ringan daripada membaca buku tebal dengan tajuk yang berat. 

Bahan daripada majalah lebih pendek berbanding buku. Mereka mempunyai pilihan untuk membaca di dunia maya. Kanak-kanak minat kepada buku sewaktu mereka kecil terutama buku bergambar dan berwarna warni. Tetapi, apabila besar, mereka dapati buku tidak lagi menjadi bahan yang menarik perhatian mereka. 

Tujuan buku ditulis ialah untuk menggalakkan orang ramai membeli dan membacanya. Tetapi, jika buku terlalu tebal, ia mungkin lebih sesuai untuk diletakkan pada rak almari di rumah sebagai bahan perhiasan.

Kebolehan membaca adalah amat penting untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kebolehan membaca membolehkan manusia mengumpul ilmu pengetahuan daripada buku-buku ilmiah dan bahan-bahan bacaan yang lain.Orang yang berilmu pengetahuan adalah orang yang luas pembacaannya. Seperti mana kita tahu kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada membaca,menulis, atau mengira.

Page 14: maklumat membaca baru

Adalah menjadi harapan pelajar-pelajar pemulihan mempunyai minat membaca yang tinggi. Sehubungan dengan itu cara yang paling berkesan menanam tabiat membaca ialah dengan menguasai kemahiran membaca .

Secara ringkas,membaca bolehlah dimaksudkan sebagai memahamkan perkataan-perkataan dalam bentuk tulisan.Oleh itu kebolehan membaca bolehlah dirumuskan sebagai memahami isi kandungan dalam tulisan.Kebolehan melafazkan bunyi-bunyi bahasa sahaja tanpa memahami ertinya tidaklah boleh dianggap sebagai membaca dalam erti kata sebenar.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca .Ramai murid yang gagal menguasai kemahiran membaca kerana mereka telah diajarkan dengan cara pendekatan yang kurang sesuai. Kegagalan menguasai kemahiran membaca tentu akan menjejaskan taraf pencapaian pelajaran mereka. Murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca tidak akan memahami mata pelajaran yang mereka pelajari. Sifat minat membaca tidak dapat dipupuk kerana kegagalan menguasai kemahiran membaca.

Guru haruslah berusaha dengan menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut Kaedah yang sesuai supaya murid-murid pemulihan boleh menguasai kemahiran membaca dengan sepenuhnya. Prof Atan Long dalam tesisnya yang disiarkan dalam “masalah Pendidikan” menyarankan kaedah penggabungan vokal dan konsonan dan suku-suku kata menjadi perkataan yang pada pendapatnya lebih berkesan daripada kaedah mengajar huruf demi huruf.

Faktor-faktor mengapa murid kurang minat membaca juga disebabkan kekurangan bahan-bahan bacaan yang sesuai.

Pihak sekolah seharusnya memain peranan penting menggalakkan minat membaca di kalangan murid. Pihak sekolah hendaklah memastikan terdapat banyak buku-buku yang bersesuaian di pusat sumber sekolah .Murid-murid membuat anggapan hanya buku teks sekolah lebih penting untuk dibaca berbanding dengan buku-buku lain. Guru haruslah membuang tangggapan negatif  itu dalam kalangan pelajar.

Guru pemulihan atau guru kelas boleh menanam minat membaca dengan mengadakan satu sudut bacaan dalam kelas , di mana buku-buku cerita, majalah pelajar dan kad-kad bergambar . Tiap-tiap murid mesti membaca kad-kad gambar dan guru hendaklah menanda di dalam buku. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan pertandingan bercerita, penulisan, bersajak dan lain-lain.

Progaram Nilam yang dijalankan di sekolah sekarang perlulah diselaraskan dengan baik supaya memberikan kesan yang lebih positif. Ibu bapa juga haruslah menunjukkan minat membaca semasa di rumah supaya menjadi teladan kepada anak-anak. Ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke kedai –kedai buku atau ke perpustakaan yang berdekatan seperti Perpustakaan Negeri dan sebagainya.

Pepatah ada mengatakan “Membaca Jambatan Ilmu”. Membaca diibaratkan seperti pelita hidup. Seseorang yang rajin membaca akan menjadi orang yang berilmu. Negara akan lebih

Page 15: maklumat membaca baru

maju dan membangun jika rakyatnya minat membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya akan menjadi para bijak pandai.

Usaha menanam minat membaca dalam kalangan murid-murid adalah menjadi tanggungjawab bersama guru, ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat. Sikap ini akan menghasilkan warga yang berpengetahuan dan sentiasa berusaha untuk maju ke depan.

Statistik tahun 1997 menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka surat buku dalam setahun. Pada tahun 2002 pula, statistik itu dikatakan ‘meningkat’ kepada dua muka surat setahun. Manakala kajian profil membaca pada tahun 2005 oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati bahawa kalangan rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun. Purata dua naskhah buku yang dibaca dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Statistik ini jelas menunjukkan dalam tempoh 1996 – 2005, tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap kecenderungan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India.

Di peringkat pengajian tinggi pula, hobi membaca buku dalam kalangan mahasiswa Malaysia juga sangat jauh ketinggalan dibandingkan negara lain. Berdasarkan suatu kajian, jumlah buku yang dibaca oleh pelajar Australia ialah 180 buah buku, Indonesia 94 buah, India 130 buah, Thailand 56 buah dan Brunei 26 buah buku. Seperkara lagi, daripada hampir 600 buah institusi pengajian tinggi (termasuk 20 institut pengajian tinggi awam) yang sedia ada dengan tenaga akademik atau ilmuwan melebihi 20,000 orang, hanya 6.4 peratus yang menyumbang dalam penerbitan buku pada tahun 2005. Penemuan ini adalah hasil perbandingan yang dibuat oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya (UM), mengenai tabiat membaca dalam kalangan pensyarah dan mahasiswa di Malaysia. Kajian itu juga menggambarkan bahawa mahasiswa Malaysia hanya membaca empat buah buku setahun, manakala dalam kalangan pensyarah

Page 16: maklumat membaca baru

pula mendapati, rata-rata hanya membaca 20 buah buku untuk tiga tahun pengajian (enam semester).

Dari aspek pembelian bahan bacaan pula mendapati, mahasiswa Malaysia hanya membeli empat buah buku untuk tiga tahun pendidikan (enam semester). Jumlah ini sangat berbeza dengan dapatan kajian jumlah buku yang dibeli oleh mahasiswa di negara lain seperti Australia (160 buah), Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah).

Walau bagaimanapun, menurut Presiden Universiti Terbuka PTS,

Puan Ainon Mohd., rakyat Malaysia semakin suka membeli dan

membaca buku. Buktinya, PNM melaporkan bahawa bagi tahun

2007, jumlah buku yang diterbitkan di Malaysia sudah meningkat

kepada 14,000 judul. Pada tahun 2003, jumlah tersebut hanya

6,000 judul. Hal ini bermakna lonjakan jumlah yang amat ketara,

iaitu lebih 100 peratus dalam tempoh empat tahun. Perkembangan

pesat ini membuktikan bahawa gerakan kempen membaca yang

dijalankan oleh PNM selama ini sudah menghasilkan kemajuan ke

atas tabiat membeli dan membaca buku dalam kalangan rakyat

Malaysia.

Menurut beliau, statistik PNM itu tidak memberi gambaran sebenar

judul-judul yang dibeli dan dibaca oleh rakyat Malaysia. Statistik

tersebut hanya terhad pada judul buku-buku yang diterbitkan dalam

negara dan tidak mengambil kira jumlah judul buku yang diimport

dan dijual kepada rakyat Malaysia yang berlipat kali ganda lebih

banyak daripada jumlah judul yang diterbitkan dalam negara. Jika

rakyat Malaysia masih tidak suka membeli dan membaca buku,

tidak mungkin setiap tahun jumlah kedai buku  bertambah banyak.

Page 17: maklumat membaca baru

Maklumat yang menyebut bahawa orang Malaysia malas membaca

buku boleh memberi kesan negatif ke atas motivasi para penulis

dan para penerbit.Tahun 2005. (Statistik ihsan Perpustakaan Negara Malaysia).

Pada tahun 2005, satu kajian telah dijalankan secara usaha sama antara Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia bertujuan untuk mengenal pasti profil tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai kesinambungan daripada kajian yang telah dijalankan pada tahun 1996. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dan laporan kajian ini telah disediakan oleh sekumpulan panel penulis yang diketuai oleh Prof. Datin Dr. Rahimah Hj. Ahmad iaitu Pengarah Institut Pengajian Kepengetuaan dari Universiti Malaya. 

Kajian tersebut telah dijalankan secara temubual bersemuka menerusi kaji selidik berstruktur melibatkan informen seramai 60,441 orang atau bersamaan dengan 0.23% jumlah penduduk Malaysia. Kajian telah menumpukan kepada golongan yang berumur 5 tahun ke atas dan melibatkan kawasan persekitaran yang berbeza iaitu penduduk di bandar dan di luar bandar. Kajian telah mendapati bahawa peratusan ‘boleh membaca’ atau literasi membaca rakyat Malaysia pada tahun 2005 adalah 92.0% bagi mereka yang berumur 10 tahun dan ke atas. Sebagai perbandingan, Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 1996 telah mendapati bahawa kadar literasi rakyat Malaysia bagi mereka yang berumur 10 tahun dan ke atas ialah 93.0%. Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun lalu, didapati kadar literasi rakyat Malaysia telah menurun sebanyak 1.0% bagi kumpulan umur 10 tahun ke atas. Terdapat tiga punca utama kalangan masyarakat di Malaysia tidak membaca iaitu mereka lebih berminat kepada aktiviti lain (60.4%), tiada masa lapang (15.2%) dan tidak berminat membaca (13.5%). 

Kajian Olahan Semula Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2010 pula merumuskan bahawa secara puratanya, golongan yang berusia 10 hingga 40 tahun membaca 8 buah buku setahun, manakala mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun hanya membaca enam buah buku setahun. Fenomena ini menjelaskan bukti bahawa tahap

Page 18: maklumat membaca baru

pembacaan dalam kalangan masyarakat di negara ini masih sangat rendah dimana menjelaskan bahawa semakin meningkat umur seseorang maka semakin menurun tabiat membaca dalam kalangan penduduk di negara ini. (Sumber: Perpustakaan Negara - 17 Feb 2011)

Kajiselidik oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 dan 2005 kedua-duanya menunjukkan rakyat Malaysia secara purata hanya membaca dua buah buku setahun. Rakyat Jepun dan Perancis membaca 10 buku, manakala rakyat Amerika dan Kanada paling hadapan dengan 17 buku.

Kurangnya tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia sememangnya membimbangkan. Golongan belia dan dewasa kini lebih menjerumus ke arah hedonisme dan hiburan berasaskan digital. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan dalam membaca sebagai hobi di waktu lapang, jauh pula sebagai sumber hiburan. Akibatnya, hujah dan perbualan harian semakin tegar dinodai pandangan peribadi yang kurang berasas dengan kesahihan yang berpaksikan maklumat picisan dari Facebook dan Twitter.

Satu kajian telah dijalankan oleh Ambigapathy Pandian pada tahun 2002. Kajian

ini bertujuan untuk melihat tabiat pembacaan di kalangan 975 belia. Hasil kajian

menunjukkan 76.2% daripada golongan belia ini enggan membaca bahan bacaan

berbahasa Inggeris manakala 61.4% daripada mereka tidak menggemari bahan bacaan

yang berbahasa Melayu.

Masalah membaca juga dapat menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam

semua mata pelajaran. Menurut Mahzan (2003) dan Yahya (2008), kajian berkaitan

proses membaca penting dilakukan untuk membantu murid menambahkan khazanah

ilmu. Penyelidikan berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya

kesedaran untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya ilmu yang perlu

Page 19: maklumat membaca baru

dikekalkan. Dalam pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, penekanan terhadap proses

membaca telah diberikan perhatian, terutama melalui penetapan kemahiran bahasa

yang perlu dicapai seperti yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah

(Kementerian Pendidikan Malaysia 2000). Justeru, masalah membaca memberi kesan

terhadap keupayaan murid-murid untuk mencapai keputusan yang lebih baik dalam

semua mata pelajaran, termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.