LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat...

25
78 LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALAN Sejarah pembabitan sarjana Barat dalam pengkajian terhadap adat Melayu secara langsung atau tidak langsung adalah sambungan kepada usaha yang telah dirintis Francis Light, William Marsden, Thomas Stamford Raffles, James Richardson Logan dan William Maxwell sebelumnya. 1 Namun begitu, selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 0gos 1957, undang-undang adat Melayu telah memasuki tahap yang lebih kritis dengan Hooker tampil sebagai tokoh utamanya. Penglibatan Michael Barry Hooker dalam pengkajian adat Melayu khususnya telah menyumbang kepada pelbagai karya termasuklah buku-bukunya yang berkaitan dengan adat masyarakat melayu tradisional. Malah kepakaran beliau dalam bidang ini telah menjadikan beliau antara penulis dan pengkaji adat Melayu yang terkenal pada masa kini. Beliau merupakan antara sarjana Barat yang masih bergiat aktif dalam pengkajian adat khususnya adat masyarakat melayu tradisional iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Segala perbincangan terhadap undang-undang adat Melayu menampilkan ciri kesarjanaan Hooker melalui buku-bukunya seperti Readings in Malay Adat Laws (1970) dan Legal Pluralism: An Introduction to Colonial and Neo-Colonial Laws (1975). Namun begitu, pengkaji hanya menfokuskan kepada salah satu daripada karya-karyanya sahaja iaitu “Islamic Law in South-East Asia” selari dengan kajian yang pengkaji lakukan. 1 Lihat bab satu sejarah ringkas karya serta biografi semua sarjana Barat ini dalam subtopik kajian literature iaitu karya-karya sebelum Hooker.

Transcript of LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat...

Page 1: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

78

LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER

3.1 PENGENALAN

Sejarah pembabitan sarjana Barat dalam pengkajian terhadap adat Melayu

secara langsung atau tidak langsung adalah sambungan kepada usaha yang telah dirintis

Francis Light, William Marsden, Thomas Stamford Raffles, James Richardson Logan

dan William Maxwell sebelumnya.1 Namun begitu, selepas Tanah Melayu mencapai

kemerdekaan pada 31 0gos 1957, undang-undang adat Melayu telah memasuki tahap

yang lebih kritis dengan Hooker tampil sebagai tokoh utamanya. Penglibatan Michael

Barry Hooker dalam pengkajian adat Melayu khususnya telah menyumbang kepada

pelbagai karya termasuklah buku-bukunya yang berkaitan dengan adat masyarakat

melayu tradisional.

Malah kepakaran beliau dalam bidang ini telah menjadikan beliau antara

penulis dan pengkaji adat Melayu yang terkenal pada masa kini. Beliau merupakan

antara sarjana Barat yang masih bergiat aktif dalam pengkajian adat khususnya adat

masyarakat melayu tradisional iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Segala

perbincangan terhadap undang-undang adat Melayu menampilkan ciri kesarjanaan

Hooker melalui buku-bukunya seperti Readings in Malay Adat Laws (1970) dan Legal

Pluralism: An Introduction to Colonial and Neo-Colonial Laws (1975). Namun begitu,

pengkaji hanya menfokuskan kepada salah satu daripada karya-karyanya sahaja iaitu

“Islamic Law in South-East Asia” selari dengan kajian yang pengkaji lakukan.

1 Lihat bab satu sejarah ringkas karya serta biografi semua sarjana Barat ini dalam subtopik kajian

literature iaitu karya-karya sebelum Hooker.

Page 2: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

79

Justeru, secara keseluruhan kandungan utama dalam bab ketiga disertasi ini

akan mengupas secara terperinci biografi MB Hooker, karya-karyanya serta kelebihan

karya-karyanya yang merangkumi penerangan tentang perpustakaan koleksi khas milik

Hooker sendiri.

3.2 LATAR BELAKANG MB HOOKER

Nama sebenar beliau adalah Michael Barry Hooker atau lebih dikenali dengan

panggilan MB Hooker,2 merupakan seorang pakar dalam bidang undang-undang adat

Melayu. Kini beliau telah menetap di Canberra Australia bersama isterinya, iaitu

Professor Virginia Hooker3 yang merupakan seorang Profesor di Pusat Pengajian Asia

2 Pengkaji telah mendapat kesulitan dalam mengumpul biografi lengkap MB Hooker. Sepanjang kajian,

banyak email telah dihantar kepada pihak Australia National University (ANU), namun jawapan yang

diberi amat mengecewakan apabila mereka memaklumkan bahawa Hooker telah lama bersara dari

universiti tersebut. Malang sekali, pihak universiti tersebut tidak mempunyai sebarang rekod simpanan

beliau. Oleh itu, pengkaji telah mengambil inisiatif dengan menghantar email kepada isterinya Prof.

Virgina Hooker sebanyak beberapa kali namun tetap tidak mendapat maklum balas. Selepas itu, dalam

bulan Mei 2013 pengkaji telah mengutuskan surat kepada alamat isterinya di Australia dan hampir 3

bulan selepas itu sekitar bulan Ogos 2013 surat tersebut telah dikembalikan semula atas alasan tidak

sampai. Usaha di teruskan lagi apabila pengkaji mendapat jemputan daripada salah seorang pensyarah

UITM Shah Alam iaitu Dr. Hidayah bagi menghadiri satu seminar yang akan disampaikan oleh sahabat

Hooker iaitu Professor Tim Lindsey dan akhir sesi seminar pengkaji telah bertemu dengan beliau untuk

mengajukan soalan namun di sebabkan kesuntukan masa, beliau telah memberi kad nama kepada

pengkaji sekiranya hendak menghubungi beliau. Setelah di ajukan soalan dalam email beliau beberapa

kali tetap tidak mendapat maklum balas juga. Untuk maklumat, Dr. Hidayah merupakan salah seorang

daripada supervisee Professor Tim Lindsey semasa belajar di luar negara dan beliau berkesempatan

berjumpa dengan Hooker dan pernah sekali mendapat alamat tetap Hooker tetapi malang sekali alamat

tersebut sudah hilang. Malah, dia juga memberitahu bahawa segala persoalan mengenai Hooker

hendaklah di hantar melalui surat bukan melalui email disebabkan Hooker sendiri tidak mempunyai

sebarang email untuk dihubungi.

3 Profesor Dr. Virginia Matherson Hooker merupakan Profesor di Pusat Pengajian Asia Tenggara, ANU

(Australia National University) dalam bidang penyelidikan Indonesia dan Malaysia. Beliau dilahirkan

di Sydney, manakala mendapat B.A.Hons dalam pengkhususan Pengajian Oriental dari ANU

(Australian National University) di Canberra, Australia. Sementara Phd pula dari MU (Universiti

Monash) dalam kajian tentang Indonesia dan Malaysia. Antara bidang-bidang penyelidikan beliau

adalah: Islam di Asia Tenggara, budaya dan politik kontemporari Indonesia, Islam dan perubahan

sosial di Indonesia, serta Islam dan proses autonomi daerah di Indonesia. Beberapa buah karya beliau

telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama, beliau turut terlibat dalam usaha

sama dengan beberapa tokoh dari beberapa negara luar antaranya dari Asia Tenggara, Amerika

Page 3: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

80

Tenggara di Australia National Universiti (ANU). Beliau memiliki dua orang cahaya

mata iaitu Elizabeth Matheson dan juga Jamie Matheson. Manakala bapa mertuanya

pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal dunia pada tahun 1989.

5

Kerjaya beliau dalam bidang doktor falsafah bermula apabila beliau pernah

berkhidmat di Fakulti Undang-Undang Perbandingan di Universiti Kent di Canterbury6

dan pada Jun 1991 beliau telah bersara dari Universiti tersebut.7 Kemudian kerjaya

beliau diteruskan lagi dengan menjadi Professor di Fakulti Undang-Undang di

Australian National Universiti (ANU) khususnya dalam bidang Syariah (Undang-

Undang Islam) dan Adat (Undang-Undang Adat Tradisional).

Seterusnya, pada tahun 1997 beliau telah dilantik menjadi salah seorang

daripada 18 orang Ahli Bersekutu Kanan Kehormat Pusat Undang-Undang Asia di

Universiti Melbourne.8 Kesemua yang terlibat ini terdiri daripada ahli-ahli akademik

dari universiti luar serta merupakan pakar dalam bidang Sistem Undang-Undang Asian

dan Pengajian Asian. Pengalaman beliau selama 40 tahun dalam bidang pendidikan dan

Syarikat, Belanda dan Israel. Beliau turut menjalankan projek penyelidikan lanjutan tentang Islam bagi

negara Indonesia dan Malaysia. Di samping itu juga, Prof Dr Virginia Matheson Hooker turut terlibat

sebagai ahli Lembaga Penasihat Penggubal journal Tawarikh yang telah diterbitkan pada Oktober 2010

bagi edisi terkini. Kini beliau berkhidmat sebagai Profesor Indonesia dan Melayu serta sebagai Felo

Pelawat di RSPAS (Research School of Pasific and Asian Studies), Fakulti Pengajian Asia ANU

(Australian National University), Canberra, Australia. “Victor Pawley”, dikemaskini pada 10 January

2013, dicapai pada 19 September 2013, http://news.anu.edu.au/1998/09/17/new-professor-of-

indonesian-and-malay-at-anu/. “Virginia Matheson Hooker”, dikemaskini pada 2010, dicapai pada

22 September 2013, http://www.tawarikh-journal.com/index.php?p=board&act=view&id=15. 4 Pengkaji kurang mendapat maklumat tentang keluarga Hooker.

5 Virginia Matherson Hooker, Mencipta Masyarakat Baru Perubahan Sosial Menerusi Novel Melayu,

terj. Shamsuddin Jaafar, Zainab Ahmad dan Zaleha Abidin (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2003), xviii.

6 Hooker, MB, The Laws of South-East Asia Volume 1: The Pre-Modern Texts (Singapore: Butterworth

& Co (Asia) Pte.Ltd., 1986), vii.

7 John Randall, “Special Collections: A Booksellers View With Reference To Professor M.B. Hookers's

Library” (Seminar Antarabangsa Koleksi Khas Pengajian Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan

Malaysia, 19-21 Jun 1995), 5.

8 Antaranya adalah Professor Camille Cameron, Professor Kent Anderson, Professor Simon Butt, Mr.

Neri Colmenares, Mr Charles Coppel, Mr Hop Dang, Mr Howard Dich, Mr Michael Dutton, Mr

Stewort Fenwich, Mr Richard Garnett, Dr Gitte Heij, Dr David Cinnan, Dr Vera Mackie, Dr Richard

Mitchell, William Neilson, Dr Paul Pangalangan, Dr Kerstin Steiner, Dr Benny Tabalujan.

Page 4: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

81

penulisan mengenai Asia Tenggara cukup bernilai. Pada masa yang sama beliau juga

turut terlibat sebagai pengarang asal di Malaysia, Undang-Undang Islam di Asia

Tenggara, Pengenalan kepada Undang-Undang Jawa, dan Sejarah Ringkas Undang-

Undang Asia Tenggara.

Meskipun begitu, beliau juga turut dikenali sebagai kuasa dunia dalam bidang

Undang-Undang Islam dan Undang-Undang Adat Tradisional di Asia Tenggara serta

merupakan pengasas dan penerbit Jurnal Australia Undang-Undang Asia. Penerbitan

ketara beliau termasuklah Indonesia Syariah: Penentuan Undang-Undang Islam

Kebangsaan (ISEAS Singapore, 2008).9

Di samping berpengalaman berkhidmat sebagai doktor falsafah di ANU dan

Universiti Melbourne, Hooker juga merupakan Felo Tmran di Universiti Hebrew

Jerusalem. Penglibatan beliau sebagai pensyarah Pengajian Islam dan juga Syariah serta

terlibat sebagai ahli akademik British begitu bermakna. Kemudian, beliau juga turut

menjadi Felo Penyelidik di Sekolah Penyelidikan Pengajaran Pasifik di ANU dan turut

memberi kuliah di Royal Asiatic Society, London. Pada masa yang sama juga, beliau

adalah pengajar di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika, London.10

Selain daripada itu juga, Professor MB Hooker turut dilantik sebagai penasihat

kerajaan Negeri Sembilan, serta peguam Negara Malaysia. Beliau juga turut

mengusulkan pendapat di Mahkamah Tinggi London, Jabatan Kerajaan British,

Suruhanjaya Diraja dan juga peguam Negara Malaysia dalam bab-bab perkahwinan dan

perceraian bagi yang bukan Islam. Hooker juga turut mempunyai penerbitan yang

sangat meluas meliputi negara Malaysia dan Indonesia.11

9 t.p., dikemaskini pada 4 Jun 2013, dicapai pada 10 Jun 2013,

http://www.law.unimelb.edu.au/alc/people/members-and-associates/members-and-associates,11 Mei

2013

10 Ibid.,

11 Ibid.,

Page 5: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

82

Walaupun begitu, semasa di New Zealand beliau telah berkecimpung dalam

bidang Undang-undang semasa. Sekitar tahun 1966 dan 1969 beliau telah mencatat

kerjaya pertamanya sebagai penyelidik di Universiti Singapura. Menurut Hooker lagi,

sebelum ia menjadi penyelidik beliau terpaksa bergantung kepada artikel-artikel

deskriptif dari pegawai-pegawai kolonial British serta dari cendiakawan Eropah yang

kebanyakkannya terletak dalam keadaan bertaburan dan kabur di dalam jurnal-jurnal.12

3.3 KARYA-KARYA HOOKER

3.3.1 Latar Belakang Buku Islamic Law in South-East Asia

Pada dasarnya, sebelum pengkaji menganalisis secara detail akan bentuk-

bentuk pemikiran Hooker pada bab selanjutnya, adalah amat perlu untuk kita ketahui

serba sedikit latar belakang buku „Islamic Law in South-East Asia‟ secara detail kerana

ia merupakan bahan analisis utama yang pengkaji gunakan di dalam penulisan ini.

Dalam konteks ini, Buku “Islamic Law in South-East Asia” dalam

terjemahannya iaitu “Undng-undang Islam di Asia Tenggara” merupakan salah sebuah

daripada karya-karya Hooker yang diterbitkan pada tahun 1984. Manakala

terjemahannya telah diterbitkan pada tahun 1991 oleh tiga penterjemah iaitu Rohani

Abdul Rahim, Raja Rohana Raja Mamat dan juga Anisah Che Ngah atas persetujuan

Oxford University Press yang merangkumi 374 muka surat. Tujuan utama buku ini

adalah untuk menggariskan ciri- ciri utama Undang- undang Islam di Asia Tenggara. Ini

12

John Randall, “Special Collections: A Booksellers View With Reference To Professor M.B. Hookers‟s

Library”, 7.

Page 6: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

83

termasuklah negeri Burma, Singapura, Malaysia, Brunei, Filipina (Selatan) serta

Indonesia. Turut dimuatkan juga tentang nota ringkas selatan Negara Thailand.

Meskipun begitu, buku ini mengandungi tujuh bab bercetak dan satu bab

pengenalan. Bagi bab pengenalan yang bertajuk Pengenalan: Sejarah Perundangan

Islam di Asia Tenggara, bab ini memuatkan tajuk-tajuk antaranya; Etos Islam di Asia

Tenggara, Ikhtisar Undang- undang, „Pengislaman‟ dan Pemikiran Perundangan di Asia

Tenggara, Islam di Negara-negara Asia Tenggara. Secara keseluruhannya bab

pengenalan ini merangkumi 49 muka surat bercetak.

Sementara itu, bagi bab pertama yang bertajuk Undang-undang Islam bagi

negara Burma merangkumi 42 muka surat dan setiap muka surat merangkumi subtopik

tertentu iaitu Pemakaian dan Pembatasan terhadap Undang-undang Inggeris-Islam di

Burma, Undang-undang Islam dan Adat (Orang Burma): Golongan Zerbadi, Prinsip

Undang-undang untuk Orang Islam di Burma serta Undang-undang Islam di Burma

Selepas Kemerdekaan.

Manakala bagi bab kedua pula yang bertajuk Undang-undang Islam di Negeri-

negeri Selat dan Singapura. Bab ini merangkumi 50 muka surat secara keselurannya dan

di dalamnya terdapat tiga subtopik iaitu Takrif Undang-undang untuk Orang Islam di

Negeri-negeri Selat, Pentadbiran Undang-undang untuk Orang Islam di Singapura dan

terakhir adalah Undang-undang untuk Orang Islam dan Percanggahan Undang-undang.

Selanjutnya, Undang-undang Islam di Negeri-negeri Melayu dan Semenanjung

Malaysia merupakan bab ketiga buku ini yang memuatkan lima subtopik utama

antaranya; Negeri- negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu,

Persekutuan Tanah Melayu dan Semenanjung Malaysia, Undang-undang Islam dan Adat

Page 7: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

84

Melayu,13

Perkembangan Mutakhir dan Tambahan bagi Undang-undang untuk Orang

Islam di Negara Thai. Secara keseluruhannya, bab ini mempunyai hampir 49 muka surat

bercetak dan merupakan antara bab yang akan pengkaji sentuh dalam membuat analisis

terhadap adat di Tanah Melayu menurut perspektif Hooker.

Di samping itu, bab seterusnya iaitu bab keempat yang bertajuk Undang-

undang Islam di Brunei memuatkan sebanyak 16 muka surat, di dalamnya merangkumi

dua subtopik antaranya; Undang-undang untuk Orang Islam di Brunei: Perundangan

Awal dan Majlis Agama Islam, Adat Negeri dan Enakmen Mahkamah Kadi. Bab

seterusnya iaitu bab kelima bertajuk Undang-undang Islam di Sabah dan Sarawak yang

merangkumi 36 muka surat. Antara subtopik-subtopiknya termasuklah Undang-undang

Islam di Sarawak, Undang-undang Islam di Sabah dan ke arah Pengislaman Undang-

undang untuk Orang Islam di Sabah dan Sarawak.

Seterusnya bagi bab keenam iaitu Undang-undang Islam di Filipina yang

merangkumi 29 muka surat serta tiga subtopik utama antaranya; Islam, Struktur Sosial

dan Undang-undang, Pentadbiran Negara terhadap Orang Moro dan Undang-undang

untuk Orang Islam, dan Kadaulatan Islam dan Penakrifan semula Undang-undang

Islam. Bagi bab terakhir iaitu Undang-undang Islam di Indonesia memuatkan sebanyak

empat subtopik iaitu Islam dalam Undang-undang Kolonial Belanda, Islam dan Dasar

Perundangan di Republik Indonesia, Mahkamah Syariah di Republik Indonesia, serta

Islam, Undang-undang untuk Orang Islam serta Republik Indonesia. Keseluruhan bab

ini merangkumi 32 muka surat bercetak.

Sementara itu, Hooker juga telah mengklasifikasikan buku ini mengikut tiga

ciri utama Undang-undang Islam di Asia Tenggara. Pertama; wujudnya bukti bagi

penyesuaian dari segi sejarah antara undang-undang Syariah dengan sistem preskripsi

13

Merupakan subtopik analisis pengkaji di mana terdapat kekaburan dan ketidakjelasan pada subtopik

tersebut.

Page 8: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

85

yang dibentuk mengikut keadaan tempatan. Perkara ini dihuraikan dengan baik dalam

teks undang-undang (“Ikhtisar”)14

Tanah Melayu, Sumatera dan Jawa yang diterangkan

dalam bahagian Pengenalan. Kedua; di bawah pemerintah penjajah, undang-undang

Syariah dibentuk semula dari segi pemikiran orang Eropah. Ia menjadi undang-undang

diri „orang Islam‟ (atau „pengikut Muhammad‟) yang dihadkan ruang lingkup dan

kandungannya kepada hal-hal undang-undang keluarga. Ketiga; pada tahun-tahun

selepas perang wujud aliran yang konsisten ke arah „mengislamkan‟ undang-undang,

iaitu ke arah memperkenalkan atau menguatkuasakan semula cara pemikiran secara

klasik dalam proses kehakiman dan menambahkan kandungan berunsurkan Islam dalam

undang-undang substantif. Aliran ini sangat jelas kelihatan di Malaysia dan Indonesia;

ia kurang ketara di Singapura dan selatan Filipina dan tiada langsung di Burma. Tetapi

Malaysia dan Indonesia mengandungi jumlah penduduk Islam yang terbesar di Asia

Tenggara (lebih kurang 140 juta) dan di sini, proses “Pengislaman” terus berlaku.

14

Menurut Hooker Ikhtisar Undang-undang di nusantara merupakan dokumen sejarah dari beberapa segi

yang berbeza. Pertama, ia sering mengandungi penulisan (“sejarah”) tentang penaung teks atau

keturunannya. Dalam setengah-setengah keadaan (Minangkabau, Sulawesi Selatan) ia juga memberi

sejarah sesuatu budaya dan menyatakan asal usul undang-undang dan pengamal budaya tersebut dan

juga pembentukan dunia. Kedua, Ikhtisar ini sering dirujuk dalam sejarah dan dalam kebanyakan kes

kita mesti membaca teks dan sejarah bersama-sama untuk mendapat pemahaman yang mencukupi

tentang konsep utama yang berunsurkan sejarah seperti „kaedah‟, „kedaulatan‟, „undang-undang‟ dan

sebagainya. Dengan itu, Ikhtisar tidak wujud secara berasingan. Ia merupakan hasil daripada budaya

perundangan yang agak dan wujud dalam bentuknya yang klasik sejak abad keenam belas dan

seterusnya. Secara umumnya, Ikhtisar merupakan bahan asal yang selari dengan penerangan Islam

tentang keadaan manusia dan tanggungjawab yang terhasil daripada penerangan itu. Lihat Hooker,

MB, Undang-Undang Islam di Asia Tenggara, terj. Rohani Abdul Rahim, Raja Rohana Raja Mamat

dan Anisah Che Ngah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia,

1991), 9-10.

Page 9: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

86

3.3.2 Karya-Karya Lain

Penglibatan MB Hooker dalam pengkajian perundangan Islam dan adat

masyarakat Melayu Islam telah menghasilkan pelbagai karyanya dalam bentuk buku

dan juga artikel. Untuk itu, kesemua karya ini sesuai untuk dijadikan rujukan dan

tatapan pengkaji-pengkaji dalam bidang perundangan Islam dan adat masyarakat

Melayu atau pun masyarakat awam sendiri yang berminat dalam bidang tersebut.

Tambahan lagi, karya-karya beliau telah dikenalpasti jumlahnya sejak dari

tahun 1967 sehingga 1988 sebanyak 56 karya berhubung dengan bidang tersebut.

Senarai tersebut telah bertambah sebanyak dua karya iaitu pada tahun 2003 dan juga

2008. Maka, jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 58. Daripada 58 karya ini, 16

karya dikategorikan sebagai buku, manakala selebihnya terdiri daripada artikel-artikel

dalam kuantiti sebanyak 42 jenis. Antara buku-buku yang telah dihasilkan oleh MB

Hooker berkaitan dengan perundangan Islam dan adat masyarakat melayu Islam adalah:

1967 “A Sourcebook of Adat, Chinese Law and the History of

Common Law in the Malayan Peninsula”15

Buku “A Sourcebook of Adat, Chinese Law and the History of Common Law in

the Malayan Peninsula” merupakan penerbitan yang paling laris sekitar tahun 1967

sehingga kekal sebagai sumber rujukan pertama bagi ahli sains sosial yang berkerjaya.16

15

Hooker, MB, A Sourcebook of Adat, Chinese Law and the History of Common Law in the Malayan

Peninsula (Singapore: Faculty of Law University Singapore, 1967).

16 Ibid., 7.

Page 10: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

87

1970 (Ed) “Readings in Malay Adat Laws”

(University of Singapore Press)17

1972 “Adat Law in Modern Adat Laws”

(Oxford University Press. Reprinted 1976)18

1975 “Legal Pluralism: An Introduction to Colonial and Neo-

Colonial Laws”19

1976 “The Personal Law of Malaysia” (Oxford University Press)20

1978 “A Concise Legal History of South-East Asia”21

1978 “Adat Law in Modern Indonesia”22

1980 “Native Law in Sabah and Sarawak”23

1981 (with M.C. Hoadley) “An Introduction to Javanese Law”24

17

Hooker, MB, Readings in Malay Adat Laws (Singapore: Singapore University Press, 1970).

18 __________, Adat Laws in Modern Malaya Land Tenure, Traditional Government and Religion

(London: Oxford University Press, 1972).

19 __________, Legal Pluralism An Introduction to Colonial and Neo-colonial Laws (London: Oxford

Clarendon Pree, 1975).

20 __________, The Personal Laws of Malayasia (Melbourne: Oxford University Press, 1976).

21 __________, A Concise Legal History of South-East Asia (Oxford: Clarendon Press, 1978).

22 __________, Adat Law In Modern Indonesia (London: Oxford University Press, 1978).

23 __________, Native Law In Sabah And Sarawak (Singapore: Malayan Law Journal Pte.Ltd, 1980).

Page 11: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

88

1983 (Ed) “Islam in South-East Asia”25

1984 “Islamic Law in South-East Asia”26

1986 (Ed) “Malaysia Legal Essay”27

1986 (Ed) “The Laws of South-East Asia.Vol. 1: The Pre- Modern Texts”28

1988 (Ed) “The Laws of South-East Asia. Vol. 11: European Laws”29

2003 “Indonesia Islam: Social Through Contemporary Fatawa”30

2008 “Indonesia Syariah: Defining a National School of Islamic Law”31

Dalam hal ini, bagi karyanya yang bertajuk “The Laws of South-East Asia”

merupakan antara koleksi yang paling hebat dan terkemuka di kalangan sarjana-sarjana

serta mengandungi dua jilid yang bercetak. Isi kandungan buku ini mempunyai skop

24

M.C. Hoadley dan Hooker, MB, Introduction to Javanese Law (Arizona: The University of Arizona

Press, 1981).

25 Hooker, MB, Islam in South-East Asia (Leiden: E.J. Brill,1983).

26 __________, Islamic Law in South-East Asia (Singapore: Oxford University Press, 1984).

27 __________, Malaysian Legal Essay (Singapore: Malayan Law Journal Pte. Ltd, 1986).

28 __________, Laws Of South-East Asia Volume 1: The Pre- Modern Texts (Singapore: Butterworth &

Co (Asia) Pte Ltd, 1986).

29 __________, Laws Of South-East Asia Volume 11: European Laws in South-East Asia (Singapore:

Butterworth & Co (Asia) Pte Ltd, 1988).

30 __________, Indonesia Islam: Social Through Contemporary Fatawa (North America: University of

Hawai‟I Press, 2003).

31 __________, Indonesia Syariah: Defining a National School of Islamic Law (Singapore: Institute of

Southeast Asian Studies, 2008).

Page 12: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

89

yang amat luas meliputi sejarah sistem pra-moden undang-undang Mynmar, Thailand,

Kemboja, Vietnam, Indonesia, dan Filipina.

Seperti yang telah pengkaji jelaskan tadi, pengkajiaan Hooker terhadap

perundangan Islam dan adat masyarakat melayu juga telah menghasilkan sebanyak 42

jenis artikel yang mempunyai kaitan secara langsung dengan kajiannya. Antara artikel-

artikel yang telah dihasilkan Hooker adalah:

1967 “Semai House Constructions in Ulu Slim, Perak”32

1968 “A Note on the Malayan Legal Digests”33

1968 “The Interaction of Legislation and Customary Law in a Malay

State”34

1968 “Private International Law and Personal Law”35

1968 “The East India Company and the Crown, 1773-1858”36

1968 “The Formal Statement of Chinese Law in Hong Kong”37

32

Hooker, MB, “Semai House Construction in Ulu Slim, Perak”, Federation Museums Journal 12

(1967), 27-34.

33 ___________, “A Note on the Malayan Legal Digests”, JMBRAS 41, no. 1 (1968), 157-170.

34 ___________, “The Interaction Of Legislation And Customary Law In A Malay State”, American

Journal of Comparative Law, vol.16 (1968), 415- 430.

35 ___________, “Private International Law and Personal Law”, Malay Law Review 10 (1968), 55-67.

36 ___________, “The East India Company and the Crown, 1773-1858”, Malaya Law Review 11 (1968),

1-37. Lihat juga C.H. Alexandrowicz, Grotion Society Papers, (1968), 166-211.

Page 13: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

90

1969 “The Relationship between the Adat and State Constitutions of

Negeri Sembilan”38

1969 (Ed) “A Judicial History of the Straits Settlements, 1786-1890”39

1971 “The Early Adat Constitution of Negeri Sembilan (1773-1824)”40

JMBRAS: 44 (1) 104-116.

1971 “Law, Religion and Bureaucracy in a Malay State”41

1973 “The Challenge of Malay Adat Law in the Realm of

Comparative Law”42

1973 “A Note on the Malaysian Petition Writer”43

1974 “Adat and Islam in Malaya”44

37

Hooker, MB, “The Formal Statement of Chinese Law in Hong Kong”, Malayan Law Review 10

(1968), 230-247.

38 __________, “The Relationship between the Adat and State Constitutions of Negeri Sembilan”,

JMBRAS 42, no. 2 (1969), 155-172.

39 __________, A Judicial History of the Straits Settlements, 1786-1890, ed J. W. Norton Kyshe ( t.tp:

t.p, 1969)

40 __________, “The Early Adat Constitution of Negeri Sembilan (1773-1824)”, JMBRAS 44, no.1,

(1971), 104-116.

41 __________, “Law, Religion and Bureaucracy in a Malay State”, American Journal of Comparative

Law 19, (1971), 264-286.

42 __________, The Challenge Of Malay Adat Law In The Realm Of Company Law (Vol. 22,

International and Comparative Law Quarterly, t.tp, t.t.), 492-514.

43 __________, “A Note on the Malaysian Petition Writer”, Journal of Asian Studies 32, no. 4 (1973),

661-662.

Page 14: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

91

1976 “The Terengganu Inscription in Malayan Legal History”45

1978 “The India-Derived Law Texts of South- East Asia”46

1978 “India‟s Judiciary”47

1978 “Towards a Legal History of South-East Asia”48

1978 “Islamic Law”: U.K. Report for the International Congress of

Comparative Law: Section IAI. Budapest.49

1980 “An Outline History of the Administration of Native Law in

Sarawak”50

1980 “The Administration of Native Law in Sabah”51

44

Hooker, MB, “Adat and Islam in Malaya” dalam Legal Essay in Memoriam, ed. Bartholomew

(Singapore: Malayan Law Reviev, 1974), 164-187.

45 __________, “The Terengganu Inscription in Malayan Legal History”, JMRAS 49, no. 2 (1976), 127-

131. Lihat t.p, Royal Asiatic Society- Malaysian Branch Centenary Volume, (1977), 350-355.

46 __________, “The Indian-Derived Law Texts of Southeast Asia”, Journal of Asian Studies, vol.

xxxvii, no. 2, (1978), 201-219.

47 __________, “India's Judiciary”, (Asian Affairs IX, t.tp, 1978), 112-113.

48 __________, “Towards a Legal History of South-East Asia”, JMBRAS: LI, no.1, (1978), 110-121.

49 __________, “Islamic Law”, (U.K. Report for the Xth International Congress of Comparative Law:

Section IAI, Budapest, 1978).

50 __________, “An Outline History of the Administration of Native Law in Sarawak”, dalam Cases on

Native Customary Law in Sabah, ed H.H.Lee ( Malaysia: Kuching government printer, 1980),

51 __________, “The Administration of Native Law in Sabah”. Ibid., XI-XXI.

Page 15: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

92

1981 (with R.F. Ellen and A.C. Milner) “The Hervey Malay

mss in the Wellcome Institute Library”52

1981 “Negeri Sembilan: Adat, the Constitution and the Federal

Court”53

1982 “Problems in Malay Law”54

1983 “The Translation of Islam into South-East Asia”55

1983 “Muhammadan Law and Islamic Law”56

1983 (with M.C. Hoadley) “Javanese Law”57

1983 “Introduction” to the Oxford University Press Historica Reprint58

1983 (with V.J. Matheson) “Slavery in the Malay Texts”59

52

Hooker, MB, R.F. Ellan and A.C.Milner, “The Hervey Malay mss in the Welcome Institute Library”,

JMBRAS: LIV, no.1 (1981), 82-92.

53 __________, “Negereri Sembilan: Adat, the Constitution and the Federal Court”, Malayan Law

Journal (1981), cxc-cxciii.

54 __________, “Problems in Malay Law”, Malayan Law Journal (1982), xcvii-xcix.

55 __________, “Introduction: The Translation of Islam into South-East Asia”, dalam Islam in South-East

Asia, ed. Hooker (Leiden: Brill, 1983), 1-22.

56 __________, “Muhammadan Law and Islamic Law”, Ibid.,160-182.

57 __________ and M.C.Hoadley., “Javanese Law”, ASAA Review 6, no. 3 (1983), 136-138.

58 __________, “Introduction” to Oxford University Press Historica Reprint”, dalam The Law of the

Straits Settlements, ed R.St.J.Bradell (t.tp: t.p, 1983), v-xi.

Page 16: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

93

1984 Various entries in A.W.B. Simpson (Ed): Biographical

Dictionary of the Common Law.60

1984 “Asia Polities: State, Laws and the Ideologies of

Modernization”61

1986 “The oriental Law Text”62

1986 “Islamic and Malaysian Law”63

1986 “The South-East Asian Law Text: Materials and Definitions”64

1986 “The Laws of Muslim South-East Asia”65

1986 (with M.C. Hoadley) “The Law Texts of Java and Bali”66

59

Hooker, MB, dan V.J.Matheson, “Slavery in the Malay Texts”, dalam Slavery, Bondage and

Dependency in Southeast Asia, ed Hooker (St. Lucia: University of Queensland Press, 1983), 120-208.

60 __________, “Various Entries” dalam Biographical Dictionary of the Common Law, ed Simpson,

A.W.B. (London: Butterworths, 1984).

61 __________, “Asian Polities: State, Law and the Ideologies of Modernization”, Int. Congress of

Human Sciences in Asia and North Africa, vol.11 (1984), 723-724

62 __________, “The Oriental Law Text” dalam Malaysian Legal Essay, ed Hooker (Singapore: Malayan

Law Journal, 1986), 431-456.

63 __________, “Islamic And Malaysian Law,” Ibid., 1-14.

64 __________, “The South-East Asian Law Texts: Materials and Definitions”, dalam Hooker ed The

Laws of South-East Asia: Vol.1 The Pre-Modern Texts ( London: Butterworth, 1986), 1-22.

65 __________, “The Law Texts of Muslim South-East Asia”. Ibid., 347-434.

66 Hoadley, M.C. dan Hooker, MB, “The Law Texts of Java and Bali.” Ibid., 241- 346.

Page 17: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

94

1988 “Adat”67

1988 “Law, South- East Asia”68

1988 (with Virginia Matheson) “Jawi Literature in Patani”69

1988 “European Laws in South-East Asia”70

1988 “(with John Villiers) “The Laws of Portugal and Spain”71

1988 “English Law in Sumatera, Java, the Staraits Settlements,

Malay States, Sarawak, North Borneo and Burnei”72

1988 “The „Europeanization‟ of Siam‟s Law, 1885- 1908”73

67

Hooker, MB, “Adat”, dalam Encyclopedia of Asian History, ed A.T. Embree (vol.2, New York: Charles

Scribner's Sons, 1988), 13-14.

68 __________, “Law, South-East Asia.” Ibid., 414-417.

69 __________, dan Virginia Matheson, “Jawi Literature in Patani” JMBRAS: LXI, no. 1 (1988), 1-86.

70 __________, “European Laws in South-East Asia”, dalam The Laws of South- East Asia, ed Hooker

(vol. II, London: Butterworths, 1988), 1-26

71 John Villiers, “The Laws of Portugal and Spain”, dalam The Law of South-East Asia, ed Hooker

(vol.11, London: Butterworth, 1988), 27-145.

72 __________,“English Law in Sumatra, Java, the Straits Settlements, Malay State, Sarawak, North

Borneo and Brunei”. Ibid., 299-446.

73 __________, “The „Europeanization‟ of Siam‟s Law, 1885-1908”. Ibid., 531-578.

Page 18: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

95

3.3.3 Kelebihan Karya-Karya Hooker

Penghasilan karya-karya yang dirintis oleh Hooker sedikit sebanyak telah

memberi banyak pendedahan kepada pengkaji bahawa pentingnya mendalami adat

Melayu itu sendiri dan ia bukannya suatu bidang yang sempit malahan ia tetap di

aplikasikan sehingga sekarang. Apa yang pengkaji dapati daripada karya-karya tersebut,

Hooker cuba untuk mengetengahkan serta mengumpul karya-karya sarjana Barat yang

lepas tentang undang-undang dan adat Melayu di dalam satu buku sebagai contoh

Reading in Malay Adat Law.

Pada masa yang sama, pengkaji dapati karya-karya tersebut sesuai untuk

dijadikan rujukan bagi mereka yang membuat kajian dalam bidang ini kerana mengikut

pandangan pengkaji mungkin akan kedapatan isu-isu yang sesuai yang boleh kita olah

dan gunapakai untuk meneruskan kajian kita. Hal ini sedikit sebanyak dapat

mengintelektualkan gaya pemikiran kita bagi menghasilkan input yang berkualiti di

samping tidak mengenepikan addin.

Sungguhpun demikian, hasil pengkajian yang telah dilakukan Hooker ke atas

perundangan Islam dan undang-undang adat Melayu telah mendapat perhatian satu

pihak bagi mengelak daripada kehilangan sumber yang begitu berharga ini. Ianya

merupakan satu alternatif yang begitu bermakna dan berharga sekali kepada para

pengkaji adat Melayu terutama sekali kepada generasi yang akan datang untuk melihat

sendiri karya-karya beliau. Justeru, ucapan terima kasih yang tidak terhingga pengkaji

ucapkan kepada pihak Perpustakaan Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) di atas keprihatinan dan jasa baik mereka menubuhkan satu bilik khas iaitu

Page 19: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

96

„Koleksi Khas Hooker‟ bagi mengumpulkan kesemua karya-karya serta rujukan Hooker.

UKM merupakan antara universiti yang memiliki kesemua karya-karya M.B Hooker.74

3.4 KOLEKSI KHAS HOOKER75

Pada dasarnya, „Koleksi Hooker‟ merupakan sebahagian daripada koleksi-

koleksi yang terdapat di Perpustakaan Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM).76

Koleksi ini telah ditubuhkan pada awal Februari 1994, yang menempatkan

hampir 2040 koleksi di dalamnya. Keistimewaannya ia merupakan suatu koleksi

penyelidikan yang menyeluruh mengenai sejarah, pengajian Islam, falsafah dan aplikasi

sistem undang-undang Asia Tenggara.

Seperti kita semua maklum, Asia Tenggara merupakan kawasan yang

mempunyai berbagai latar belakang sebelum dan selepas zaman penjajahan dan bahan-

bahan yang berbeza-beza daripada Timur Tengah hingga ke India, Burma dan Indochina

ke Malaysia dan Kepulauan Asia Tenggara. Disiplin yang diwakili adalah lebih berbagai

74

Pengkaji telah melakukan lawatan ke Perpustakaan Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia

pada April 2013 bagi melihat sendiri koleksi tersebut.

75 Abu Bakar Maidin, Panduan Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2007-2008 (Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia, 2007), 47.

76 Menurut sejarah, penubuhan Perpustakaan Undang-undang bermula dengan penubuhan cawangan dan

koleksinya pada bulan Mac 1985 di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Kini cawangan ini telah

memperolehi bangunannya sendiri dan mula beroperasi sebagai Perpustakaan Cabang pada bulan Jun

1996. Penubuhan Perpustakaan Undang-undang adalah untuk menampung keperluan pelajar dan

pensyarah Fakulti Undang-undang di samping memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang

memerlukan bahan undang-undang. Pada dasarnya Perpustakaan Undang-undang memiliki koleksi

yang terdiri daripada statut, laporan undang-undang, bahan terbitan bersiri, buku teks dan buku am

undang-undang. Perpustakaan ini juga memiliki latihan ilmiah oleh pelajar-pelajar Fakulti Undang-

undang dan Koleksi Pandang Dengar Selari dengan perkembangan teknologi. Perpustakaan Undang-

undang ini juga menyediakan beberapa pangkalan data yang boleh diakses secara dalam talian dan juga

dalam bentuk CD-ROM. Ibid., 47.

Page 20: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

97

seperti Pengajian Islam, falsafah, antropologi, sejarah, kesusasteraan, ekonomi dan

undang-undang.77

Lagi pula, koleksi ini dikategorikan sebagai koleksi tertutup yang ditempatkan

di Bilik Koleksi Hooker di aras 2. Bahan-bahan ini dahulunya merupakan koleksi Prof.

MB Hooker, seorang pengkaji undang-undang adat. Setiap bahan diberi awalan ë23í

pada nombor panggilannya. Bahan ini adalah untuk rujukan sahaja dan pelanggan tidak

dibenarkan membawa keluar bahan dari bilik tersebut.78

Penjagaan terhadap bahan-

bahan ini amat rapi sekali.

Selanjutnya, perpustakaan peribadi Profesor Hooker menjadi sumber utama

bagi penulisan dan pengajaran beliau. Koleksi beliau kaya dengan sumber utama dan

teks rujukan. Katalog Koleksi Profesor Hooker pula merekodkan lebih dari 2000 jenis

bahan. Manakala, judul-judul yang disenaraikan di dalam satu entri merangkumi

berbagai judul iaitu lebih daripada 2500 judul. Secara keseluruhannya ia meliputi buku

nadir serta pelbagai monograf.79

Meskipun begitu, sebahagian besar dari koleksinya mengandungi buku-buku

berkisar tentang undang-undang dan sejarah Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kesemua ini menjadi tema utama koleksinya. Lebih daripada 250 buah buku diterjemah

di dalam bahasa Malaysia atau Indonesia, manakala sebanyak 450 buah buku adalah di

dalam bahasa Inggeris dan Belanda yang disenaraikan mengikut pengarang. Negara-

negara seperti Thailand, Burma, Indochina dan Filipina juga turut diwakili. Dalam

Katalog Koleksi Hooker yang dihasilkan oleh John Randall menyenaraikan sebanyak

1262 judul adalah di dalam bahasa Melayu dan Indonesia. Manakala 97 judul

77

Maimunah Kadir, “Koleksi Profesor MB Hooker: Dokumentasi dan Organisasi Bahan” (makalah,

Seminar Antarabangsa Koleksi Khas Pengajian Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia, 19-21

Jun 1995), 1.

78 Abu Bakar Maidin, Panduan Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2007-2008, 52.

79 Ibid., 1.

Page 21: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

98

merupakan dalam bahasa Arab serta lebih daripada 100 buah buku adalah bahasa

Inggeris. Selebihnya adalah karya-karya berbentuk bibliografi termasuk lima jilid oleh

Brockleman dan Ensiklopedia Islam.80

Selain itu, lebih kurang 230 buah terdiri daripada buku Patani yang

dikumpulkan hasil daripada penyelidikan di dalam bidang tersebut dan disenaraikan

sebagai bahan “Patani”. Koleksi ini juga mengandungi 31 buah tesis kategori sarjana

dan kedoktoran dengan skopnya hanya berkisar tentang Melayu dan Islam. Kebanyakan

daripada bahan-bahan ini tidak diterbitkan.81

Sungguhpun begitu, satu ciri penting mengenai koleksi ini yang menonjolkan

kesungguhan penyelidikkan Profesor Hooker ialah lebih kurang 600 fail yang lengkap

diindeks yang mengandungi bahan-bahan salinan gambar foto, nota penyelidikan, nota

pengajaran, draf dan struktur kursus yang telah dikumpulkan hasil penyelidikan selama

lebih kurang 25 tahun. Hampir semua rujukan yang dipetik dalam penulisan Profesor

Hooker terdapat di sini.82

Sementara itu juga, terdapat 13 manuskrip Arab membincangkan tentang fikah

dan hadith serta 9 manuskrip adalah bahasa Jawi. Kebanyakkannya dalam bahagian

kecil termasuk “Hikayat Bakhtiar” yang lengkap dengan tulisan rumi dan berasingan.

Selanjutnya, sebanyak empat puluh lapan teks Arab yang dicetak dari satu Perpustakaan

di Pulau Pinang dan disenaraikan di bawah tajuk “Basheer” merupakan satu lagi aspek

unik mengenai koleksi ini.83

80

Maimunah Kadir, “Koleksi Profesor MB Hooker: Dokumentasi dan Organisasi Bahan”, 2. 81 Ibid,.

82 Ibid., 3

83 Ibid.,

Page 22: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

99

3.4.1 Keistimewaan Koleksi Hooker

Perpustakaan Koleksi Hooker telah membahagikan kesemua koleksinya

kepada tiga tema utama dan satu bahagian kecil iaitu pertama; Undang-undang dan

sejarah Malaysia, Indonesia dan Singapura yang mewakili tema utama dalam koleksi

Profesor Hooker. Kedua; Islam dan Undang-undang Islam, dan ketiga; meliputi

bahagian teori, merangkumi lebih daripada 200 buku mengenai undang-undang

perbandingan, sejarah undang-undang, dan antropologi undang-undang. Kesemua ini

amat penting dalam kajian Undang-undang Asia Tenggara.84

Selain terdiri daripada buku, koleksi ini juga mengandungi bahan-bahan seperti

manuskrip, peta, slaid, nota penyelidikan, nota pengajaran, draf, struktur kursus, pita

audio, gambar foto, mikrofilem dan negatif filem. Kesemua bahan-bahan ini perlu

diproses, di katalog dan di kelaskan mengikut bentuk untuk menyenangkan para

penyelidik mengakses. Antara bahan-bahan tersebut:85

1) Bahan Monograf

Bagi bahan-bahan monograf ianya dikatalog dan dikelaskan mengikut AACR

2. Oleh kerana buku-buku tersebut bukan hanya mengenai undang-undang tetapi

merangkumi subjek lain seperti falsafah, sejarah dan Islam dan dua jenis nombor

panggilan akan wujud dan terdapat di skrin OPAC, satu nompor panggilan

menunjukkan buku-buku undang-undang dikelaskan mengikut sistem pengkelasan

84

John Randall, “Special Collections: A Booksellers View With Reference To Professor MB Hookers‟s

Library” (makalah, Seminar Antarabangsa Koleksi Khas Pengajian Asia Tenggara, Universiti

Kebangsaan Malaysia, 19-21 Jun 1995), 9.

85 Ibid., 4.

Page 23: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

100

Koleksi Undang-undang. Sementara buku-buku bukan mengenai undang-undang

dikelaskan mengikut sistem pengkelasan „Library of Congress‟.86

2) Bahan-bahan

Bagi bahan-bahan seperti peta, slaid, pita audio, gambar foto, mikrofilem dan

negatif filem juga dikatalog dan dikelaskan dan awalan berikut akan diberikan

berpandukan GMD (General Material Designation). GMD yang digunakan diselaraskan

untuk keseragaman dengan awalan pengkelasan bahan Media oleh Cawangan Pandang

Dengar, Perpustakaan Tun Sri Lanang.87

3) Jurnal

Jurnal dalam bidang undang-undang dan bidang lain dikatalog dan dikelaskan

mengikut sistem pengkelasan „Library of Congress‟. Awalan 23 siri diberikan untuk

membezakannya dari Koleksi Terbitan Bersiri yang terdapat di Perpustakaan Tun Sri

Lanang.88

4) Nota Penyelidikan

Sebanyak 600 fail yang mengandungi bahan-bahan salinan gambar foto, nota

penyelidikan, nota pengajaran, draf dan struktur kursus telah disusun mengikut abjad

86

Maimunah Kadir, “Koleksi Profesor MB Hooker: Dokumentasi dan Organisasi Bahan”, 5.

87 Ibid., 6.

88 Ibid., 7.

Page 24: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

101

nama pengarang. Nota-nota ini akan dikekalkan dalam fail yang sedia ada tetapi setiap

nota tersebut akan diindeks mengikut pengarang atau judul. Satu kad indeks mengikut

pengarang dan satu kad indeks mengikut judul akan disediakan.89

5) Suhu

Suhu bilik Koleksi Profesor Hooker perlu dikekalkan kepada 70°F/ 21°C dan

kelembapan atau “relative humidity” pada 50%. Bilik tersebut juga akan dipasang

dengan cermin gelap. Keperluan-keperluan ini perlu diutamakan untuk mempastikan

bahan-bahan yang ada dalam Koleksi Profesor Hooker akan terjamin dari segi

hayatnya.90

3.5 KESIMPULAN

Penglibatan MB Hooker dalam bidang perundangan Islam dan adat masyarakat

Melayu tradisional khususnya telah menghasilkan pelbagai karya yang boleh kita lihat

sekarang ini. Kesemua karya tersebut bersifat menyeluruh dan sedikit sebanyak dapat

memberi manfaat kepada para sarjana moden khususnya dalam mendalami

perkembangan perundangan Islam dan adat masyarakat Melayu tradisional meliputi

Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

Pengetahuan mendalam beliau dalam bidang tersebut telah mencetuskan

pembinaan koleksi khas beliau iaitu „Koleksi Hooker‟ yang menempatkan kesemua

karya-karya dan rujukan beliau dalam bidang perundangan Islam dan adat masyarakat

89

Maimunah Kadir, “Koleksi Profesor MB Hooker: Dokumentasi dan Organisasi Bahan”, 8.

90 Ibid., 9.

Page 25: LATAR BELAKANG DAN KARYA MB HOOKER 3.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/6071/4/BAB_3.pdf · 1 Lihat bab satu sejarah ringkas ... pula bernama Max Lee dan ibu mertuanya4 telah meninggal

102

Melayu Islam yang masih dijadikan rujukan penyelidikan para sarjana Islam moden

dewasa ini. Kemahiran beliau dalam bidang ini secara tidak langsung adalah lanjutan

daripada sarjana-sarjana lepas antaranya John Rigby, William Edward Maxwell, James

Richardson Logan, William Marsden, Thomas Stamford Raffles, dan Richard James

Wilkinson.

Sehubungan itu, karya-karya tersebut adalah harus untuk dikaji dan dianalisis

semula akan tujuan penghasilannya. Hal ini kerana berkemungkinan boleh berlaku

kesalahfahaman penafsiran pemikiran mereka terhadap Islam. Justeru adalah wajar bagi

para penyelidik untuk melibatkan diri dalam menganalisis karya-karya para sarjana

Barat yang berlatarbelakang untuk memusuhi Islam secara halus. Tambahan pula,

pengkajian yang dibuat barat tidak mustahil hanya pada lapisan selaput nipis sahaja

terhadap Islam walaupun mengambil masa berpuluhan tahun lamanya. Ini kerana faktor

keislaman itu merupakan jurang perbezaan yang wujud antara orang Islam dan orang

kafir.