Laporan Arga Sepinggang

5
NAMA : ARGATYA.I.P NO : 08 KELAS : 8D ----------------------------------------------------- ------------------------------------------- HIDANGAN SEPINGGAN Hidangan sepinggan lengkap ialah satu hidangan seimbang yang mengandungi semua jenis nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Nutrisi-nutrisi tersebut seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral yang harus terdapat dalam satu hidangan dengan kadar yang seimbang. Hidangan sepinggan dapat dihidangkan sebagai hidangan utama dan hidangan sampingan atau camilan. Faktor-faktor yang harus diperhatikan dalam menyediakan hidangan sepinggan lengkap ialah: Mempunyai semua nutrisi yang diperlukan oleh badan untuk menjaga kesehatan, menambah tenaga yang cukup dan menunjang pertumbuhan. Mudah disediakan dan tidak memerlukan waktu yang lama untuk disediakan. Mengandungi nutrisi-nutrisi. Hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan kepada tiga cara iaitu cara timur, cara barat dan mengikut budaya setempat: 1. Hidangan sepinggan lengkap cara timur

description

laporan tentang masakan sepinggang

Transcript of Laporan Arga Sepinggang

Page 1: Laporan Arga Sepinggang

NAMA : ARGATYA.I.PNO : 08KELAS : 8D------------------------------------------------------------------------------------------------

HIDANGAN SEPINGGAN

Hidangan sepinggan lengkap ialah satu hidangan seimbang yang mengandungi semua

jenis nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Nutrisi-nutrisi tersebut seperti

karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral yang harus terdapat dalam satu

hidangan dengan kadar yang seimbang. Hidangan sepinggan dapat dihidangkan sebagai

hidangan utama dan hidangan sampingan atau camilan. Faktor-faktor yang harus diperhatikan

dalam menyediakan hidangan sepinggan lengkap ialah:

Mempunyai semua nutrisi yang diperlukan oleh badan untuk menjaga kesehatan,

menambah tenaga yang cukup dan menunjang pertumbuhan.

Mudah disediakan dan tidak memerlukan waktu yang lama untuk disediakan.

Mengandungi nutrisi-nutrisi.

Hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan kepada tiga cara iaitu cara timur, cara

barat dan mengikut budaya setempat:

1. Hidangan sepinggan lengkap cara timur

Hidangan ini merupakan hidangan utama di negara kita yang digemari oleh semua kaum.

Hidangan seperti nasi lemak, mihun goreng sering dihidangkan sebagai sarapan pagi atau

semasa berkelah.

Kebiasaannya disediakan secara menggoreng (mi goreng, nasi goreng) dan merebus (mi

sup dan mihun sup).

2. Hidangan sepinggan lengkap cara barat

Banyak hidangan makanan kita dipengaruhi oleh masakan cara barat. Di negara kita

makanan cara barat mudah di dapati seperti di kedai Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken,

Burger King.

Dalam menyediakan makanan ini, antara bahan utama yang sering digunakan ialah tepung

gandum, sos tomato, mentega, susu dan keju.

Roti burger, spageti dan makaroni adalah contoh hidangan sepinggan lengkap cara barat.

Page 2: Laporan Arga Sepinggang

3. Hidangan sepinggan lengkap mengikut budaya setempat

Hidangan ini adalah mengikut budaya setempat dan terkenal mengikut sesuatu negeri atau

daerah. Kebiasaannya ia menjadi hidangan kegemaran penduduk setempat.

Dalam penyediaan hidangan ini, mereka banyak menggunakan rempah-ratus seperti kulit

kayu manis, ketumbar, kunyit, buah pelaga dan sebagainya.

Nasi kerabu, laksa Johor, nasi dagang adalah contoh hidangan sepinggan mengikut budaya

setempat.

Hidangan sepinggan lengkap boleh dijadikan hidangan utama atau hidangan

sampingan. Antara contoh hidangan sepinggan lengkap adalah:

Burger Makaroni Pizza Sandwich Chicken Chop Stik Daging Lembu

Terdapat banyak kelebihan menyediakan hidangan sepinggan lengkap seperti:

badan memperolehi khasiat yang mencukupi proses menyedia dan memasak lebih mudah menjimatkan masa dan tenaga

Page 3: Laporan Arga Sepinggang

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan

yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian

paling bawah dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas.

Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan

berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.

ARAS 1-Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan

karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga

membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan

daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini

adalah roti, pasta, bijirin sarapan, nasi, bubur, mi, mihun, capati, thosai, biskut, dan ubi

keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2-Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya

dengan vitamin, mineral dan serat. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dimakan dengan

banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

ARAS 3-Daging, Ayam, Ikan, Kekacang dan Hasil Tenusu

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini

kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak

dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan

penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.

Page 4: Laporan Arga Sepinggang

Contoh kekacang adalah kacang panggang, kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan

tempe, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan

dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D.

Plihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4-Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4

Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu

dimakan.