Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

13
AHLI KUMPULAN : NUR SHAZLYN ATIKA BT ISMAIL NUR AIN IWANI BT ZAILAN KUMPULAN 15 BAB 2 PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN

Transcript of Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

Page 1: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

AHLI KUMPULAN :NUR SHAZLYN ATIKA BT ISMAIL

NUR AIN IWANI BT ZAILAN

KUMPULAN 15BAB 2

PEMERINTAHAN &

PENTADBIRAN

Page 2: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

SOALAN 4

JELASKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH COUNT CAMILLO DI CAVOUR UNTUK MENYATUKAN ITALI. (20m)

Page 3: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

Pengenalan• Cavour berasal dari keturunan bangsawan Piedmont. Ketika berumur belasan tahun, beliau berkhidmat dengan tentera Sardinia• Beliau pernah menjadi peransang sebuah jurnal II Risorgimento yang mendesak perubahan perlembagaan Sardinia. Apabila Raja Victor Emmanuel II menaiki takhta, beliau terlibat secara langsung dalam bidang politik• Tahun 1849, beliau dipilihn sebagai ahli parlimen Piedmont. Tahun 1850, beliau menjadi Menteri Pertanian & Perdagangan. Tahun 1852, beliau menjadi Menteri Luar & Perdana Menteri Piedmont

Page 4: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

Isi-isi penting• Perubahan yang dilakukan oleh Cavour di Piedmont atau Sardinia dilihat sebagai titik permulaan kepada cita-cita yang lebih besar, iaitu menyatukan Itali. Beliau berharap dapat menggabungkan negeri-negeri Itali ke dalam kerajaan Piedmont yang akhirnya akan mewujudkan negara bangsa Itali• Beliau telah menyusun semula tenteranya dan berunding secara rahsia dengan pihak-pihak di Itali yang ingin menghalau pemerintah Austria di Itali

Page 5: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

Dalam dasar luarnya, beliau bekerjasama dengan Perancis dan Britain dalam Perang Crimea bagi menentang Rusia. Tindakan ini dilakukan agar Britain dan Perancis bersimpati dengannya bagi mengusir Austria di Itali

Bagaimanapun, ramalan Cavour yang menjangkakan Austria akan menyertai Rusia dalam Perang Crimea itu tidak berlaku. Rancangannya yang pertama ini gagal. Namun, beliau berpuas hati kerana diberi peluang menghadiri Kongres di Paris pada tahun 1856 dan mengambil kesempatan mengutuk Austria yang menguasai negeri-negeri di Itali

Page 6: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

Beliau membuat persetiaan dengan Perancis. Pada tahunn 1858, Cavour menandatangani perjanjian dengan Napoleon III yang bertujuan membebaskan Itali daripada penguasaaan Austria. Sebagai balasannya, Sardinia perlu menyerahkan daerah sempadan Savoy dan bandar sempadan Nice

Peperangan antara Sardinia-Perancis dengan Austria meletus dan Austria berjaya ditumpaskan. Bagaimanapun, Raja Perancis memberhentikan peperangan tersebut dan membuat perjanjian dengan Austria

Page 7: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

Perancis hanya dapat memenuhi separuh sahaja daripada janjinya, iaitu hanya menyerahkan lombardy kepada Sardinia manakala Venetia (termasuk Venice) masih dikuasai Austria. Cavour dan tenteranya kecewa dengan penipuan Napoleon III itu

Kekalahan Austria telah memberi kesan kepada pemerintah daerah sekutu Austria, iaitu Tuscany, Parma dan Modena kerana hilang sokongan pihak luar seperti yang diperoleh sebelum ini. Mereka turun takhta dan melarikan diri. Pemimpin tempatan menuntut supaya mereka bersatu dengan Sardinia

Page 8: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

Rusuhan berlaku di negeri-negeri Papal dibawah paus seperti Bologna dan Romagna. Cavour bertindak menghantar Pesuruhjaya untuk mentadbir wilayah itu atas nama Raja Sardinia. Selepas berunding dengan Napoleon III pada tahun 1860, Napoleon III bersetuju Sardinia menguasai negeri-negeri Papal tersebut. Sebagai balasannya, Cavour menyerahkan wilayah Savoy dan Nice kepada Perancis.

Untuk mengukuhkan kedudukan Sardinia, Cavour merasakan perlunya Sardinia melibatkan secara aktif dikawasan tertentu seperti di negeri-negeri Papal.

Page 9: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

Tentera Sardinia menyerang negeri-negeri Papal jatuh ke tangan Sardinia, kecuali Rom. Kemenangan ini bermakna Cavour sudah menguasai bahagian utara dan tengah Itali• Di bahagian selatan Itali, iaitu di Dua Sicily, berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan raja Bourbon, Raja Ferdinands II dan penggantinya Raja Francis II. Garibaldi memimpin tenteranya ke Dua Sicily bagi membantu pemberontak di sana. Dalam masa tiga bulan sahaja, beliau berjaya menguasai Sicily dan Naples

Page 10: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

• Sungguhpun Garibaldi seorang pejuang republik namun beliau membelakangkan kepentingan prinsipnya dan menyerahkan kejayaannya kepada Cavour untuk menyatukan Dua Silicy dalam kerajaan Sardinia• Sehingga tahun 1861, semua negeri berada di bawah kerajaan Sardinia kecuali Rom dan Venetia. Itali meminta bantuan asing, iaitu Prusia dalam usaha mengusir Austria. Akhirnya, Prusia memberikan Venetia kepada Itali

Page 11: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

Pada tahun 1870, meletus peperangan antara Perancis dengan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya Itali untuk memasuki Rom dan menguasai wilayah-wilayah Paus

Pada tahun 1871, Raja Itali (Victor Emmanuel II) memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Usaha-usaha penyatuan Itali tiba ke penghujungnya

Page 12: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

Penutup • Cavour telah menggunakan pelbagai cara untuk menyatukan Itali seperti membuat perjanjian dengan kuasa luar, menggugat musuh, bekerjasama dengan tokoh lain yang ingin mengusir musuh yang sama serta menyerang musuh. Akhirnya, beliau berjaya menyatukan negeri-negeri di Itali

Page 13: Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali

SEKIAN TERIMA KASIH