LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN PEMULIHAN

27
Langkah-langkah Khusus dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan DISEDIAKAN OLEH: CHEN PECK LIAN JOYCE TING CHIN JULIET COJI SIEW

Transcript of LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN PEMULIHAN

MELAKSANA PENGAJARAN, MENILAI DAN MEMBUAT TINDAK SUSUL

Langkah-langkah Khusus dalam Pengelolaan Sesi PemulihanDisediakan oleh: Chen Peck Lian Joyce Ting Chin Juliet Coji Siew Khor Ceek Vung

Program Pemulihan Khas merupakan satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan dalam pembelajaran. Apa itu langkah?Langkah didefinisikan sebagai tindakan yang akan diambil berdasarkan keperluan tertentu. Terdapat beberapa langkah khusus yang perlu diambil perhatian oleh guru dalam proses pengelolaan sesi pemulihan.

Mengenal pasti muridMenganalisis masalah Membuat perancangan Melaksana pengajaranMenilaiMembuat tindakan susulanTerdapat pelbagai instrumen dan cara untuk mengenal pasti murid layak mengikuti kelas pemulihan. Antaranya: Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP 2M)Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah (PKBS)Pemerhatian guruPerbincangan dengan guru besar, guru kelas, guru Bahasa Melayu, ibu bapa atau kesemua pihak di atas terlibat sama. Mengenal Pasti Murid

PEMILIHAN MURID PEMULIHAN KHAS Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan LINUS.Pencalonan dibuat oleh Guru Mata Pelajaran, Guru Kelas, Guru Besar dan Ibu Bapa.Murid LINUS yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan 1 atau 2 tidak boleh dicalonkan ke program ini. Dalam langkah ini, guru hendaklah mengesan murid-murid yang lebih lemah dalam PdP serta memerlukan pengajaran pemulihan.Cara mengesan masalah-masalah pembelajaran boleh dilihat melalui:Memerhati murid-murid belajar.Temuramah-interaksi dengan murid.Menganalisa hasil kerja bertulis murid.Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lemah, sederhana dan cerdas.

LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN

Mengenal pasti masalah dan membuat perancanganSetelah mengenal pasti murid yang layak mengikuti kelas pemulihan, guru perlu mengenal pasti pula masalah yang dihadapi oleh murid dan membuat perancangan yang sesuai kepada murid berkenaan.

Hal ini kerana setiap murid yang disenaraikan sebagai murid pemulihan menghadapi pelbagai masalah yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Antara masalah yang dihadapi ialah:

Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deriaGuru perlu mengenal pasti sama ada :

Murid berkenaan mengalami kecacatan atau masalah penglihatan, pendengaran atau pertuturan.

Jika masalah tersebut serius, maka bantuan pakar diperlukan utntuk mengesahkan murid tersebut berkemungkinan boleh dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.

Jika masalah tersebut tidak serius, memadai dengan menjalankan ujian pengamatan serta latihan-latihan yang berkaitan sahaja.Masalah yang berkaitan dengan akademik muridMasalah ini boleh dikesan melalui tindakan berikut:

Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur yang ditetapkan.(contoh ujian diagnostik yang terdapat dalam buku Panduan Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas- terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Terdapat tiga jenis ujian diagnostik yang terdapat dalam buku tersebut iaitu ujian diagnostik Bahasa Melayu Lisan, Praktik dan Bertulis.

Elakkan daripada membuat salinan semua halaman ujian berkenaan kemudian diberikan kepada murid untuk menjawab. Tetapi sebaliknya berilah sehelai demi sehelai.Masa untuk menjawab tidak ditetapkan tetapi mengikut kemampuan murid.

Guru hendaklah memerhati cara murid menjawab. Jika didapati murid menjawab dengan salah maka biarlah dahulu.

Tamatkan ujian berkenaan sekiranya murid didapati gagal menjawab 3 item berkenaan secara berturut-turut.

Masalah sosial dan emosiMurid-murid yang menghadapi masalah sosial biasanya boleh dikenal pasti melalui beberapa tindakan berikut:

Bagi murid-murid yang menghadapi masalah sosial seperti ini, guru bolehlah mendapatkan bantuan daripada guru kaunseling dan cuba menyelesaikan masalah tersebut terlebih dahulu.

Pihak sekolah boleh memberi bantuan dari segi kewangan atau lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

MELAKSANA PENGAJARAN, MENILAI, DAN MEMBUAT TINDAKAN SUSULAN

Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perluMenganalisis semua jawapan murid dan merekodkannya dalam satu fail khas.Menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan untuk rujukan akan datang. Senarai masalah murid ditampal di dalam fail peribadi murid supaya mudah dilihat. KELAS PEMULIHAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT JAYA SEREMBAN

Nama murid : Mohamad Ali bin HassanTahun : 1 GemilangTarikh masuk kelas Pemulihan Khas :4 April 2012Bil Masalah Objektif pengajaranTarikh menguasai1Tidak kenal abjad kecil m/n/j/lMengenal abjad kecil m/n/j/l2Keliru membaca suku kata KV + KVMembaca suku kata KV + KV3Keliru menulis perkataan suku kata KV + KVMenulis perkataan suku kata KV + KVStrategi kumpulanDigunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid yang menghadapi masalah yang sama.Guru boleh membetulkan kesalahan murid-murid secara berkumpulan.

Guru membetulkan kesalahan murid secara individu. Guru boleh menggalakkan murid cerdas untuk mengajar murid-murid bermasalah secara individu.Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan.Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan.Strategi individuPelaksanaan Guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut urutan carta alir yang telah ditetapkan.

Pencalonan dan pengumpulan maklumatUjian Saringan (Ujian Pelepasan II (LINUS)Tahun 2 dibuat semasa Tahun 1Tahun 3-6 dibuat pada tahun semasaSkor 0 9(Cadangan ke Pendidikan Khas) Skor 10 45Ke kelas Pemulihan Khas

Ujian diagnostik dan analisisPengajaran dan pembelajaranUjian Pencapaian II (Ujian Pelepasan II LINUS)Ujian Pencapaian 1 (Ujian Pelepasan II LINUS)Skor 10 45Ulang pengajaran dan pembelajaran

Skor 10 45Ke kelas Pemulihan Khas tahun berikutnya

skorKelas biasaFasa IFasa IIMinggu ke-2 Januari

Minggu ke-3 Mac

Minggu ke-4 Julai

1 Ogos

1 NovSkor 46-60

Skor 46-60

Skor 46 - 60Kaedah pengajaran membaca Kaedah abjadKaedah pandang dan sebutKaedah gabungan bunyiKaedah campuran dan lain-lainPerkara yang perlu dititikberatkan semasa dalam proses pelaksanaan:Guru boleh memilih mana-mana pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keupayaan guru sendiri.Pengajaran perlu meliputi lima aspek utama Lisan Bacaan TulisanEjaan Pemahaman3. Dalam kelas pemulihan khas, hanya kemahiran asas sahaja ditekankan sementara kemahiran-kemahiran lain seperti menulis karangan dan tatabahasa dipertanggungjawabkan kepada guru kelas atau lebih kepada pemulihan di dalam bilik darjah.

Penilaian Dibuat secara individu jika didapati seseorang murid itu telah dapat menguasai sesuatu kemahiran.Sekiranya masih gagal, guru perlu mengkaji sebab-sebab murid berkenaan masih gagal.Kemungkinan strategi guru tidak sesuai dan perlu mengubah strategi atau pendekatan yang lain.Jika murid tersebut telah berjaya menguasai sesuatu kemahiran, dia bolehlah beralih kepada kemahiran yang seterusnya. Murid dikembalikan ke kelas biasa apabila didapati murid tersebut telah menguasai kemahiran asas membaca menerusi ujian pencapaian.penutup

Untuk memastikan sesi pemulihan dapat dilaksanakan dengan jayanya, guru perlu mengenal pasti dan menganalisis masalah yang dihadapi melalui ujian Saringan dan ujian diagnostik.

Selepas mengenal pasti masalah, guru merancang aktiviti pemulihan dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Apabila kemajuan murid telah mencapai tahap yang baik, maka tindakan susulan bolehlah diambil seperti memindahkan semula murid berkenaan ke dalam kumpulan murid yang biasa ataumerancang semula aktiviti pemulihan yang baharu sekiranya murid berkenaan belum pulih.rujukanBUKUKhairuddin Mohamad, Maridah Alias, & Faiziah Hj. Shamsudin. 2013. Bahasa Melayu Pemulihan. Puchong: Penerbitan Multiedia Sdn. Bhd.

LAMAN SESAWANGAtiqah Aiza. (2013). Langkah-langkah Khusus Dalam Pengelolahan Sesi Pemulihan. Dicapai pada 29 Januari 2015, daripada: http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/05/nota-bmm3106-langkah-langkah-khusus.html