KULIAH 10 Aplikasi Teknik Pengajaran
Transcript of KULIAH 10 Aplikasi Teknik Pengajaran
TEKNIK-TEKNIKPENGAJARAN
TEKNIK-TEKNIKPENGAJARAN
1. TEKNIK DRAMA (MIMOS, ARCA, IMPROVISASI, MAIN PERANAN, SIMULASI, TEATER BERCERITA, PENTOMIN, MESTAMU, DEKON)
2. TEKNIK PERMAINAN BAHASA
3. TEKNIK LATIH TUBI
4. TEKNIK BERCERITA
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
TEKNIK DRAMA
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu.Drama berperanan sebagai ragam
pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar
MIMOS
Lakonan menyampaikan idea atau cerita melalui gerak laku atau ekspresi air muka tanpa bahasa. Ia merupakan kefahaman daripada rangsangan atau arahan yang diberikan.
Penggunaan memos dalam pengajaran akan dapat melatih pelajar membuat pengamatan, penaakulan sesuatu gerak laku yang dilakukan.
Pelajar perlu menggunakan pengalaman, daya kreativiti dan imiginasi dalam mentafsirkan aksi memos.
Pengalaman dan budaya yang berbeza mungkin akan menyebabkan tafsiran yang berlainan
Bagi pelajar yang malu bercakap atau kurang lancar pertuturannya, memos merupakan peluang bagi mereka melibatkan diri dalam aktiviti dalam kelas
MIMOS
v. Dalam memos pelajar dilatih memindahkan idea, KBKK dengan cara mengamati pergerakan badan dan ekspresi tanpa dialogvi. Aktiviti ini menarik kerana tidak melibatkan kos , masa, ruang -yang penting ialah pengamatan pelajar. vii. Guru hanya perlu menetapkan sesuatu reaksi atau watak dan meminta pelajar melakonkannya. viii. Pelajar lain diminta meneka apakah aksi yang sedang dilakonkan itu.
MIMOS
Contoh beberapa situasi yang dapat dilakonkan oleh pelajar-pelajar:
i. Anda sedang membaca surat khabar
dan angin bertiup kencangii. Anda sedang meanonton satu
perlawanan tinjuiii. Anda sedang menumbuk cili dan
serpihan cili masuk ke mata anda.
ARCA
i. Gambar beku yang dihasilkan oleh pelajar sebagai tindak balas kepada sesuatu tema, situasi atau cerita.
ii. Arca menunjukkan kebijaksanaaan pelajar memilih pergerakan utama yang dijadikan fokus.
iii. Dalam lakonan arca, pelajar membuat pemilihan dan penilaian aras tinggi- aras sentisis.
iv. Pelajar dapat memfokus perhatian kepada suatu
detik/peristiwa yang singnifikan/ bermakna/
penting.
v. Pelajar dapat memberi gerak balas yang sesuai dengan mood atau tema dan memahami matlamat beesama tanpa suara.
vi. Pelajar menyampaikan sesuatu menerusi gambaran yang berbeza dan sudut pandangan yang berbeza.
ARCA
Contoh Aktiviti:
Malaysia sebuah negara membangun yang pesat kemajuannya. Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam bidang ekonomi telah menyemarakkan nama Malaysia di negara membangun yang lain, malahan menjadi contoh dan ikutan.
Buat satu lakonan arca yang dapat mencerminkan kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia.
IMPROVISASI
-Merupakan satu aksi fizikal yang tidak memerlukan latihan. Ia terjadi tanpa dirancang – tetapi selalunya melalui pengalaman atau desakan yang kuat dari dalam diri atau imaginasi.
-Merupakan satu cara menyampaikan mesej dengan menggunakan isyarat, pergerakan badan atau suara.
Jenis-jenis improvisasi
1. Improvisasi yang berdasarkan situasi / Suasana- Suasana di pasar- Suasana pilihanraya- Pertemuan dua sahabat- Satu kejadian di stesen bas
IMPROVISASI
- Tinggal seorang diri, terdengar pintu diketuk
- Didatangi seorang pengemis
- Bertemu seorang gadis yang hampir serupa dengan
saudara yang sudah meninggal dunia.
- Menerima satu bungkusan misteri
- Melihat perlawanan bola sepak
- Menonton cerita seram.
Boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.
IMPROVISASI
- Contoh Aktiviti:
Anda sendirian di rumah. Hujan lebat mencurah-curah.
Kilat sabung-menyabung. Anda berasa amat takut.
Bekalan elektrik terputus.
Anda teringat ajakan ibu bapa supaya menyertai mereka
pulang ke kampung. Timbul kekesalan di hati anda.
Tiba-tiba anda terdengar ketukan di pintu. Anda pasti di
luar itu bukan ibu bapa anda.
Apakah tindakan anda? Lakonkan.
IMPROVISASI
2. Improvisasi berdasarkan alat/benda.
Sama ada guru menyediakan alat atau alat yang
dimiliki murid.
Contoh 1: Sebilah pedang
Murid mungkin akan membayangkan
pahlawan gagah berani dan mungkin garang.
IMPROVISASI
2. Improvisasi berdasarkan alat/benda.
Contoh 2: Gayung / tali /tongkat /serampang /
pisau
Pilih 8 orang murid. Arahkan mereka duduk
dalam bulatan. Berikan alat yang telah dipilih
dan minta mereka fikirkan kegunaan alat
tersebut.
Lakonkan aksi yang sesuai dengan idea yang
hendak disampaikan.
IMPROVISASI
3. Improvisasi berdasarkan watak.
Ibu tua yang kesepian ditinggalkan anak
kesayangan tanpa khabar berita. Setiap hari Si
Ibu akan duduk di beranda rumah memandang
ke jalan raya menanti kepulangan anaknya. Dari
kejauhan Si Ibu melihat seorang pemuda yang
mirip anaknya menuju ke rumahnya.
Lakonkan aksi Si Ibu.
IMPROVISASI
4. Improvisasi berdasarkan petunjuk.
Guru memberikan beberapa patah perkataan
sebagai rangsangan dan murid dikehendaki
menyambungnya menjadi ayat atau sebuah cerita.
Pilih beberapa orang murid ke hadapan kelas. Guru
memberikan sebaris ayat dan murid-murid tersebut
diminta menyambung ayat tersebut secara bergilir-
gilir sehingga murid-murid itu kehabisan idea.
IMPROVISASI
4. Improvisasi berdasarkan petunjuk.
Contoh ayat:
Dia tersenyum malu.
Emak sudah menasihatkan kamu berkali-kali.
Dia masih ingat lagi.
Aku akan menolak pinangannya.
Puas sudah dia mencari cincin pemberian kekasihnya.
IMPROVISASI
5. Improvisasi berdasarkan kostum.
Pakaian, topi selendang dan barang kemas akan dapat
mencipta pelbagai jenis perwatakan. Murid melalui
pengalaman dan imaginasi mereka akan dapat
melakukan aksi spontan.
Contoh:
Guru memberi seorang murid pakaian kebaya dan
selendang sementara seorang pelajar lain diberikan pula
seluar jean dan kemeja T. Aksi pelajar pasti berbeza.
TEKNIK MAIN PERANAN
Pelajar melakonkan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak –watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, iaitu pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajarpelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri danmembina keyakinan mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui
MAIN PERANAN
Apakah yang dimaksudkan dengan peranan?
Aktiviti pengajaran membolehkan murid
berlagak seperti watak dalam situasi.
Membuat penghayatan watak termasuk cara
berdialog, bentuk dialog dan ekspresi wajah
dan perlakuan.
MAIN PERANAN
Apakah yang dimaksudkan dengan main peranan?
Melahirkan pelbagai perasaan dan penghayatan
mendalam secara bebas mengikut situasi watak.
Melakonkan pelbagai tingkah laku mengikut
situasi seolah-olah mengalami peristiwa/kejadian
itu sendiri. Ini dapat menambah pengalaman dan
pengetahuan.
MAIN PERANAN
Jenis main peranan:
a) Memperihal:
-masalah
-situasi
-proses
MAIN PERANAN
Contoh situasi:
Dua makhluk dari planet Marikh sedang dalam perjalanan
ke bumi Malaysia. Mereka berpakaian serba putih. Di
Malaysia, terdapat 3 orang pelajar sedang berbincang
dengan serius sehingga kelihatan begitu letih dan terus
tertidur. Dua makhluk asing dari atas terus sampai ke bilik 3
orang pelajar tadi. Apabila kaki mereka terpijak lantai, 3
pelajar tersebut terkejut jaga dan tercengang-cengang buat
seketika. Melihat sesama sendiri. Mereka sekali lagi
terperanjat melihat makhluk asing menghampiri mereka.
MAIN PERANAN
b) Demonstrasi:
- Tunjuk cara supaya dapat dicontohi
Contoh situasi:
i. Dialog antara murid dengan pegawai pejabat pos di
kaunter.
ii. Dialog antara murid dengan guru besar
iii. Dialog bagaimana seorang murid menegur dan
memberi salam kepada orang tua.
MAIN PERANAN
c) Latihan Berkomunikasi:
Melatih murid membiasakan diri dan berani untuk
berkomunikasi secara formal dan tidak
formal.
Contoh situasi:
i. Dialog murid dengan jurujual.
ii. Dialog Doktor dengan pesakit.
MAIN PERANAN
d) Mencipta:
Menggalakkan murid berfikir secara kreatif
membuat imaginasi.
Berpeluang meluahkan perasaan secara
kreatif mengikut situasi.
MAIN PERANAN
Contoh situasi:
Liza, adiknya Lia dan emaknya pergi ke pasar malam.
Lia asyik membelek-belek barang mainan. Ketika emak
singgah membeli air kacang soya di sebuah gerai, kami
menyedari Lia tiada. Emak mula cemas. Dia menyuruh
Liza mencari Lia. Setelah puas Liza mengintai dan
bertanya di segenap ceruk pasar malam, Lia masih
tidak ditemui. Mereka sangat bimbang.
SIMULASI
Apa itu simulasi?
- Satu situasi yang diwujudkan hampir
menyerupai situasi sebenar dalam kehidupan.
Murid berinteraksi/mewujudkan perlakuan
berdasarkan peranan masing-masing (yang
diberi oleh guru)
SIMULASI
Contoh peranan:
i. Menggayakan situasi, menyelesaikan masalah,
membuat keputusan atas isu/tugasan dan
melapor.
ii. Menjadi juruacara dalam majlis sukan.
iii. Bermesyuarat
iv. Bersidang dalam dewan rakyat.
v. Perbicaraan mahkamah.
vi. Watak dalam cerita.
SIMULASI
Mengikut sejarah silam Matahari telah jatuh cinta kepada
Bulan. Setelah sekian lama memadu kasih, mereka
mengambil keputusan untuk berkahwin. Majlis
perkahwinan mereka cukup meriah dan diraikan oleh
semua cakerawala. Mereka hidup bahagia dan mencintai
satu sama lain. Selang beberapa tahun, Bulan
mengandung dan melahirkan seorang bayi perempuan.
Bayi itu sungguh cantik dan comel sekali dan dinamakan
Bumi.
Setelah kelahiran Bumi, pasangan ini mula sering berselisih faham dan bertengkar antara satu sama lain. Masalah rumah tangga yang makin tegang menyebabkan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bercerai. Bulan dan Matahari berebut hak penjagaan ke atas Bumi. Kes mereka tidak dapat diselesaikan dan dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan. Mahkamah memutuskan supaya Bumi dijaga secara bergilir-gilir. Matahari akan menjaga pada waktu siang dan Bulan akan menjaga pada waktu malam.
SIMULASI VS MAIN PERANAN
Aktiviti simulasi:
Perbicaraan di mahkamah tentang hak
penjagaan Bumi.
Aktiviti main peranan:
Pertengkaran antara Matahari dan Bulan berebut
Bumi.
DEKON VS PENTOMIN - KONSEP
Dekon: 1. Lakonan bisu semasa pendeklamator
mendeklamasi sajak. Pendeklamator di hadapan pentas. Pelakon di hadapan pentas.
Pentomin: Lakonan bisu. Pendeklamasi berada di belakang pentas. Hanya suara yang berkumandang. Pelakon di hadapan pentas.
TEATER PEMBACA
i. Murid yang terlibat berada sebaris di hadapan kelasii. Murid akan melangkah setapak ke hadapan bila tiba giliran membaca dan melangkah kembali ke belakang setelah selesai membaca
watak yang dipegang. iii. Murid membaca dengan penuh penghayatan
menggunakan intonasi yang sesuai serta
bahasa badan yang betul.
TEATER BERCERITA
i. Murid duduk dalam bentuk separuh bulatan menghadapi ruang lakon.ii. Edarkan bahan cerita kepada murid yang
menjadi pencerita.iii. Pencerita duduk di sebelah kiri penonton dan
membaca cerita.iv. Apabila pencerita menyebut nama watak dalam
cerita, murid yang berminat/ditentukan watak tersebut keluar melakonkan aksi seperti yang dibacakan dalam cerita dan duduk semula apabila tidak terlibat lagi dalam cerita. Aktiviti diteruskan sehingga cerita berakhir.
Lakonan
Berlakon atau berdrama ialah satu teknik yang melibatkan tubuh badan. Ia merupakan segala bentuk
perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia . Ia dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat.
Di sekolah , berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria.
Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat, bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan dalam keadaan yang tidak formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran bahasa pelajar.
Pelajar hanyalah diperlukan beraksi atau melakukan sesuatu pergerakan sambil bercakap.
Antara bentuk lakonan yang boleh dijalankan ialah :-
( i ) Lakonan Bisu Lakonan ini bertujuan melatih pelajar memahami
serta menggambarkan maksud dan perasaan melalui penggunaan unsur-unsur bukan inguistik seperti mimik muka, gerak tangan, kepala , badan dan lain-lain.
( ii ) Lakonan Spontan Lakonan spontan pula bertujuan untuk melatih
pelajar-pelajar berlakon secara spontan bagi menggambarkan maksud dan perasaan yang ingin disampaikan melalui penggunaan unsur-unsur bahasa dan bukan linguistik yang berkesan.
( iii ) Lakonan Berskrip Tujuan pengajaran bahasa melalui
penggunaan teknik lakonan berskrip atau dialog drama bukanlah untuk membolehkan pelajar-pelajar mementaskan persembahan lakonan tersebut tetapi hanya untuk membolehkan pelajar-pelajar membaca, memahami serta menghayati dan kemudian melakonkan skrip tersebut dengan menggunkan unsur-unsur paralinguistik dan bukan lingustik yang betul.
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Mempelajari bahasa melalui teknik permainan Kebanyakan aktiviti menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Objektifnya adalah:
i - merangsang interaksi verbal pelajarii -menambah kefasihan dan keyakinaniii - menyediakan konteks pembelajaraniv - tindak sebagai alat yang dapat mengikis
rasa bosanv- bertindak sebagai alat pemulihan,
pengukuhan dan penggayaan
TEKNIK LATIH TUBI
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya.
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataanperkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran sama ada bahasa rasmi atau bahasa kedua.
TEKNIK BERCERITA
Satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,membaca dan menulis dalam kalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan
Langkah supaya teknik bercerita lebih menarik
Memilih cerita yang menarik, mudah dan sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pengajaran.
Guru memahami dan menghayati isi cerita terlebih dahulu
Elak dari menghafaz cerita, sebaliknya menggunakan perkataan sendiri.
Gunakan aksi mudah, mimik muka dan intonasi yang sesuai
Menggunakan BBM seperti kad perkataan, gambar, boneka, tali dan sebagainya yang boleh menarik perhatian murid dan membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas.
Menggunakan suara yang jelas dan lantang dan disertai dengan gerak laku yang menarik dan penuh emosi .
Elak daripada berlakon kerana murid mungkin tertumpu pada lakonan dan tidak mendengar cerita.
Jangan bercerita terlalu laju atau terlalu lambat.
PERINGKAT-PERINGKAT DALAM TEKNIK BERCERITA
1. Perancangan dan persediaan Guru mulakan dengan memilih cerita yang
sesuai, menarik serta mengandungi nilai moral yang tinggi.
Guru fahami, hayati dan hafaz cerita. Menyediakan BBM seperti kad perkataan,
gambar dan sebagainya. Memastikan suasana bilik darjah sesuai
dengan aktiviti P&P
2 Sesi bercerita Mulakan dengan set induksi yang
menarik dan ada kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan.
Bercerita dengan suara, gaya dan BBM yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan.
Memastikan semua murid member perhatian yang sepenuhnya
3. PenutupMembantu murid-murid mengukuhkan nilai
murni yang diterapkan dalam isi cerita.Membuat pengukuhan seperti :Menyoal murid-murid tentang isi ceritaMenyuruh murid-murid mengulang isi cerita
dengan menggunakan perkataan sendiri.Berbincang dengan murid-murid tentang
tema dan nilai murni yang terkandung dalam cerita.
Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita.
Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita
TERIMA KASIH