Konsep syahadah-dan-tuntutannya

26
SYAHADATAIN DAN TUNTUTANNYA

description

 

Transcript of Konsep syahadah-dan-tuntutannya

Page 1: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

SYAHADATAIN DAN TUNTUTANNYA

Page 2: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

 OBJEKTIF

1.  memahami pengertian syahadah dan kepentingannya kepada manusia.

2.  menghayati isi kandungan syahadah dan pembahagiannya.3.  dapat membezakan di antara tauhid Rububiyah dengan Tauhid

Uluhiyah serta  hubungan antara kedua-duanya.4.  memahami makna syahadah Rasul dan menghayati apa yang

terkandung di dalamnya.5.  melaksanakan dan menghayati tuntutan dan hak-hak syahadah

dengan ikhlas dan jujur. 6. menjaga keimanannya supaya terhindar dari perkara yang

merosakkan aqidah.

Page 3: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

Syahadatain : -Asas terpenting tertegaknya Islam bagi diri seorang Islam -Rukun pertama dalam Rukun Islam -Melambangkan jiwa Islam yang syumul

•Kemasukan seseorang ke dalam Agama Islam yang keluar daripada agama asalnya, dipisahkan dengan pengisytiharan syahadah•Pengisytiharan dilakukan dengan dorongan kepercayaan dan keyakinan terhadap kepalsuan zaman silamnya serta kebenaran Islam. •Mesti disertakan dengan KEIMANAN DAN KEYAKINAN.• Disusuli dengan KEBERANIAN untuk memperjuangkan.

Page 4: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

syarat la ilaha illalah:

1.    Memberi makna ilmu العلم penerangan, pengkhabaran, kenyataan  (47: 19) (43:86)

Oleh itu orang yang bersyahadah dipanggil saksi atau naik saksi kerana ia boleh mengkhabarkan atau  memberitahu apa yang diketahui olehnya mengenai sesuatu perkara

2.    Memberi makna pengakuan,  atau pengiktirafan atau kepercayaan. (49:15)       Jadi seseorang yang bersyahadah/bersaksi  memang mempercayai dan berkeyakinan akan kebenaran / benarnya sesuatu yang disaksikan.  Tegasnya mesti mempercayai dan berkeyakinan terhadap kebenaran  apa yang disyahadahkan.  Jika tidak, bermakna syahadah  itu dusta atau palsu.  Ini disebabkan ketenangan atau kenyataan yang dibuatnya itu tidak menepati keyakinannya.

Page 5: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

3. Menerima (2:136)  Maksudnya adalah menerima semua ajaran yang terdapat dalam kalimat tersebut dalam hati dan lisannya. Dia membenarkan dan beriman kepada semua berita dan apa yang disampaikan Allah dan Rasul-Nya, tidak ada sedikitpun yang ditolaknya dan tidak berani memberikan penafsiran yang keliru atau perubahan atas nash-nash yang ada

Page 6: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

3. Tunduk (39:54)Yang dimaksud adalah tunduk atas apa yang diajarkan dalam kalimat Tauhid, yaitu dengan menyerahkan dan merendahkan diri serta tidak membantah hukum-hukum Allah.

5. JujurMaksudnya  jujur dengan keimanannya dan aqidahnya, selama itu terwujud maka diadikatakan orang yang membenarkan terhadap kitab Allah ta’ala dan sunnah 

Nabi-Nya. 

6. Ikhlas (39:54)Maksudnya adalah mensucikan setiap amal perbuatan dengan niat yang murni dari kotoran-kotoran syirik, yang demikian itu terwujud dan tampak dalamperkataan dan perbuatan yang semata-mata karena Allah ta’ala dan karena mencari ridha-Nya.

Page 7: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

7. Cinta (3:30)Yaitu mencintai kalimat yang agung ini serta semua 

ajaran dan konsekwensi yang terkandung didalamnya, 

maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya dan mendahulukan kecintaan kepada keduanya atas semua 

kecintaan kepada yang lain, serta melakukan semua 

syarat-syarat dan konsekwensinya.

Page 8: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

PEMBAHAGIAN SYAHADAH1.    Syahadah TauhidIaitu penyaksian bahasa Allah sahaja Tuhan yang sebenarnya berhak disembah, tiada Tuhan melainkan Allah.

Syahadah Tauhid itu mengandungi dua bahagian.1.    Tauhid Rububiyah2.    Tauhid Uluhiyah3. Tauhid asma wa sifat

2.    Syahadah RisalahIaitu penyaksian bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah yang terakhir.

Page 9: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

Tauhid Rububiyah                Iaitu menyaksikan atau mengiktirafkan bahawa Allah sahajalah Tuhan yang Maha Pencipta, Pemilik yang Mutlak, Pemeliharaan, Penguasa dan Penentu terhadap seluruh makhluknya.   Sebab itu Tauhid Rububiyah dapat diertikan dengan Tauhid Ciptaan.  Maksudnya Allahlah pencipta yang menghidupkan dan mematikan, yang melaksanakan perintah dan hukum kepada  semua makhluk. Ditangannyalah terletak pemerintahan dan Dialah yang berkuasa  atas sesuatu.  Allah mengurus  dan mentadbirkan alam buana menurut kehendaknya.  Dialah  yang mengatur segala maslahat untuk kebaikan makhluknya.  Dialah yang berkuasa memberi manfaat dan mendatangkan mudharat.  Seterusnya berkuasa penuh untuk menghidupkan atau mematikan. Dalil : (29:61)

Page 10: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

Tauhid Uluhiyah                 Menyaksikan atau mengiktikadkan bahawa  Allah sahaja Tuhan yang berhak disembah, mengabdikan atau memperhambakan diri kepadanya semata-mata.  Tegasnya bahawa hanya kepada Tuhan yang satu itulah kita menyembah, memuja,  meminta tolong, beribadat dan berzikir.  Hanya  Tuhan yang satu itulah yang kita sanjung, kita puji dan Tuhan yang satu itulah kita meminta kebahagiaan  hidup di dunia dan  di akhirat nanti.  Jadi kita tidak boleh bermohon, meminta kepada selain  daripada  Allah seperti kubur, berhala, syaitan seterusnya kepada manusia, ulamak tertentu, wali-wali, malaikat dan sebagainya.dalil (72:18)

Page 11: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

Tauhid Asma’ dan Sifat   beriman bahwa Allah ta’ala memiliki zat yang tidak serupa dengan berbagai zat yang ada, serta memiliki sifat yang tidak serupa dengan berbagai sifat yang ada. Dan bahwa nama-nama-Nya menyatakan dengan jelas akan sifat-Nya yang sempurna secara mutlak.

dalil : (42:11 )

Page 12: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

Hubungan               Hubungan antara syahadah Rububiyah dengan syahadah Uluhiyah  sangatlah rapat dan tidak boleh dipisahkan.  Syahadah Ruhubiyah menjadikan kita percaya  wujudnya Allah sebagai Tuhan yang maha Esa.  Pencipta, Pemilihara, Pengawasan dan Penentu.  Pengakuan syahadah ini mestilah melahirkan  kesan yang sentiasa ada hubungannya dan kaitannya dengan Allah iaitu dengan cara beribadat, menghambakan dan mengabdikan diri kepada Allah  semata-mata.  Pengabdian itu sebagai hasil  atau buah syahadah Rububiyah, mempercayai wujudnya Tuhan yang Maha Esa. Tauhid asma wa sifat merupakan penguat kepada ibadat dan kehidupan.              Tauhid Rububiyah tidak bernilai apa-apa kalau tidak disertai dengan Tauhid Uluhiyah.  Pengakuan bahawa alam ini diciptakan seluruhnya oleh satu Tuhan tidak mempunyai nilai apabila tidak diiringi dengan ibadah serta ketaatan terhadap Tuhan yang satu kerana kesanggupan kita mentauhidkan  Allah Taala dari segi Rububiyah mestilah dengan  segala  pengertiannya yang  bersedia mengabdikan diri  kepadanya.       

Page 13: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

Oleh itu nyatalah bahawa Tauhid Rububiyah dipunyai oleh semua manusia sama ada yang mukmin atau yang kafir bahkan dipunyai oleh binatang-binatang yang tidak berakal, alam benda atau alam batu, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan yang segala macam jenis cakerawala di dunia dan di alam akhirat.       Sedangkan Tauhid  Uluhiyah dipunyai hanya oleh beberapa orang manusia iaitu orang-orang yang beriman kepadanya.  Di samping mereka mengaku adanya Tuhan yang menciptakan segala yang ada, mereka juga menundukkan kepadanya  menyembah kepada Allah, beribadat menyembah Allah, berzikir membesarkan Allah, memuji Allah dan mensucikan Allah dan menjalankan perintah Allah dengan perantaraan Nabi dan Kitab-kitab Suci dan dengan perantaraan agamanya serta agama Islam.

Page 14: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

SYAHADAH RASUL DAN KEPENTINGANNYA

       Syahadah  ini merupakan lunas-lunas kedua dalam Islam.  Tidak dapat ditegakkan kalimah ini kecuali terlebih dahulu mengetahui Rasulnya.  Dengan perantaraan Rasul ia dapat menunjukkan jalan bagi mentahkikkan kuasa Allah.  Tanpa jalan-jalan  dan petunjuk  dari Rasul di dalam  mentauhidkan Allah nescaya seseorang itu akan menemui jalan yang  buntu dan terbenam di dalam kesesatan, tidak berpijak di atas asas-asas yang betul.  Oleh itu seseorang yang faham tentang makrifah kerasulan ia  akan faham makrifah ketuhanan.  Ia tidak melaksanakan hak-hak Allah keatasnya kecuali setelah mengetahui tentang kerasulannya.       Manusia tidak sampai kepuncak kesempurnaan dan kebahagiaan yang sebenarnya melainkan setelah mendapat bimbingan dan petunjuk daripada  Rasul.  Kemampuan dan kesanggupan otak atau akal fikiran manusia dalam mencapai matlamat tersebut amat terbatas sekali.  Dengan itu setiap pengingkaran kepada rasul bererti kejahilan kepada Allah dan tidak menghargai Allah  sebagai penghargaan  yang sewajarnya.  Oleh itu orang yang bersikap demikian dinamakan kafir.

Page 15: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

KANDUNGAN-KANDUNGAN SYAHADAH RASUL        Syahadah Rasul mengandungi beberapa pengertian  dan aspek yang luas yang mesti diyakini oleh semua umat Islam iaitu :

1.Yakin bahawa Nabi Muhammad itu sebenarnya seorang Rasul atau utusan dari  Allah.

2.Yakin bahawa Nabi Muhammad itu utusan yang terakhir.

3.Yakin tentang segala ajaran yang dibawa oleh Muhammad adalah benar.

4.Yakin bahawa syari’ah (Ad-din) agama yang dibawa oleh Muhammad adalah  lengkap dan sempurna.

5. Menerima dan mengamalkan syariah atau ajaran yang dibawa oleh Muhammad.

6. Memberikan taat setia dan menghormati Rasul semasa  hayatnya dan setelah wafatnya.

Page 16: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

TUNTUTAN SYAHADAH Secara umum apabila seseorang itu bersyahadah maka bermakna ia :        1. Memperakui dan menerima Islam sebagai Ad-din       2. Memperakui tunduk di bawah naungannya       3. Wajib menyesuaikan hidupnya mengikut lunas-lunas Islam       4. Menghayati dan memperjuangkan prinsip-prinsip  Islam       5. Melaksanakan amalan dan tindakan semata-mata kerana Allah.

Page 17: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

HAK-HAK SYAHADAHDi antara hak-hak syahadah yang penting terkandung di dalam tuntutan agama ialah :       1. Menerima Islam sebagai cara hidup dan menolak sistem lain yang bertentangan dengannya. 2.Menunaikan tuntutan agama dalam perkara-perkara yang disuruh dan  meninggalkan perkara-perkara yang dilarang.

Perkara-perkara yang disuruh oleh agama terbahagi kepada tiga :       1.  Diwajibkan secara fardhu ain.       2.  Diwajibkan secara  fardhu kifayah       3.  Disuruh secara sunat.

Page 18: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

Diantara kewajipan yang tergolong dalam lingkungan fardhu ain :

1.  Menuntut ilmu iaitu Ilmu Tauhid, Ilmu mengenai rahsia hati dan Ilmu syariah.       2.  Memenuhi tuntutan-tuntutan rukum Iman dan rukun Islam dengan mengimani rukun-rukun itu dan membentuk kepercayaan dan pandangan hidupnya yang sesuai dengannya.       3.  Meninggalkan semua  larangan yang disenaraikan di dalam lingkungan dosa-dosa besar seperti syirik, derhaka kepada kedua ibubapa, lari dari jihad, membunuh diri, meninggalkan sembahyang dan lain-lain.

Page 19: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

Di antara kewajipan-kewajipan yang tergolong dalam lingkungan Fardhu Kifayah ialah :       1.  Menyeru manusia kepada yang maaruf dan menegah kemungkaran       2.  Mengadakan dan mendirikan solat berjemaah       3.  Menyediakan keperluan umat Islam seperti pakaian, bahan-bahan makanan, peralatan senjata da sebagainya sehingga umat Islam tidak bergantung kepada belas kasihan orang-orang lain untuk mendapatkana keperluan hidupnya.       4.  Mempertahankan syahadah yang dilafazkan dan makna yang terkandung di dalamnya.  Maksudnya mempertahankan akidah Islam dan syariat yang dibawanya.       5.  Membentuk  jemaah yang memperjuangkan aqidah dan syariat Islam dalam rangka memenuhi hak syahadah.

Page 20: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH       Oleh kerana agama Islam ialah agama Fitrah maka setiap orang Islam hendaklah bersyukur kerana ia bertuah menerima taufik dan hidayah dari Allah s.w.t. hingga dengan itu ia menjadi seseorang yang beragama Islam.       Oleh yang demikian hendaklah ia meneguhkan pegangannya  kepada agama  yang mulia itu  dan memeliharanya dari segala apa yang boleh merosakkannya kerana agama Islam sahajalah yang diredhai Allah dan menentukan nasibnya untuk mencapai kebahagiannya yang sebenar-benarnya khasnya di akhirat kelak.

Surah Al-Imran (102)

Maksudnya :       “Hai  orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benarnya takwa kepadanya dan jangan sekali-kali kami mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.       

Page 21: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

Adalah tidak akan menerima taubat orang yang murtad sebagaimana diterangkan dalam Al-Quran berbunyi :Surah Al-Imran (90)Maksudnya  :

       

“Sesungguhnya orang-orang kafir sesudah beriman kemudian bertambah kekafirannya, sekali-kali tidak akan diterima taubatnya dan mereka itu orang-orang yang sesat.”

Rosaknya syahadah, iman dan Islam dinamakan riddah yang ditakrifkan oleh ulamak sebagai berbalik menjadi  kafir setelah beragama Islam dan orang yang melakukan yang demikian dinamakan murtad.

Page 22: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

Riddah ialah seburuk-buruk dan sekeji-keji  jenis kafir kerana  orang  yang  murtad berlainan hukumnya dengan orang-orang kafir yang lain pada beberapa perkara :

1.Orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan riddahnya melainkan hendaklah pihak yang berkuasa menyuruhnya bertaubat  kembali kepada Islam.  Kalau tidak hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang diterangkan oleh beberapa hadis Rasulullah s.a.w. bersabda :Maksudnya :              “Sesiapa yang menukar agama Islamnya maka hendaklah kamu membunuhnya”       2.Tidak sah perkahwinan orang murtad sama ada ia sendiri berkahwin atau mengahwinkan orang lain.  Bahkan isterinya wajib dipisahkan daripadanya.  Sekiranya ia kembali menjadi Islam semula sebelum habis iddah maka kekallah isterinya itu menjadi isteri kepadanya kalau tidak maka isterinya itu bercerai daripadanya mulai dari saat itu menjadi murtad.       3.Haram memakan penyembelihannya       4.Tidak boleh menerima pusaka dan tidak boleh pula dipusakai bahkan semua hartanya dimasukkan ke dalam Baitul Mal

Page 23: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH Perkara-perkara yang menyebabkan batalnya syahadah atau rosaknya iman dan Islam itu terbahagi  kepada tiga :-       1.    Iktiqad       2.    Perkataan       3.    PerbuatanIktikad       Ialah segala kepercayaan yang berlawanan dan bertentangan dengan dasar-dasar kepercayaan agama Islam.

Perkataan       Ialah tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-gejek dan mempermainkan nama-nama Allah, sifatnya, malaikatnya, Rasulnya, kitab-kitabnya, ayat-ayatnya dan hukum-hukumnya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh Rasulnya

Page 24: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

Perbuatan       1.    Tiap-tiap perbuatannya yang dilakukan untuk menghormati dan mengagongkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesarkan  dan mengagongkan Allah seperti sujud kepada  makhluk walaupun tidak  dengan niat untuk menghormatinya sama seperti Tuhan atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga  sampai kepada had sekurang-kurangnya rukuk sembahyang dengan  tujuan menghormatinya sama menghormati Allah.  Kalau tidak dengan tujuan itu maka tidaklah menjadi orang yang melakukan itu murtad tetapi hukumnya berdosa.       2.    Melakukan upacara ibadah terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.       3.    Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah.       4.    Meletakkan ayat-ayat suci, hadis-hadis nabi, nama Tuhan, rasulnya, malaikatnya dan ilmu-ilmu agama di tempat Najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendahkannya.  Kalau tidak dengan tujuan tersebut maka hukumnya tetap haram.       5.    Meninggalkan sembahyang jika ia ingkarkan akan hukum kewajipannya.

Page 25: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

CNN News: a quarter of the estimated six million Muslims in the United States are Converts!

Page 26: Konsep syahadah-dan-tuntutannya

SEKIAN, TERIMA KASIH