KONSEP ATMOSFERA

download KONSEP ATMOSFERA

of 5

description

nota

Transcript of KONSEP ATMOSFERA

KONSEP ATMOSFERA

Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi. STRUKTUR ATMOSFERA

(Termosfera, Mesosfera, Stratosfera, Troposfera) a. Termosfera/ionosfera

Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000C.

Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen. Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen. Penting untuk telekomunikasi. b. Mesosfera

Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90C. Di kawasan ini wujud awan noktilusen. Bahan meteor mula terbakar di sini c. Stratosfera Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian. Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca. Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini. d. Troposfera Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi. Pengurangan suhu 6.5C bagi setiap 1000m.

Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca

KANDUNGAN ATMOSFERA

1. Gas kekal Gas yang tetap di atmosfera seperti Nitrogen ( 78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon (0.93%). 2. Gas berubah

Gas yang kandungannya tidak tetap di atmosfera. Contohnya :

a. Karbon dioksida : sentiasa bertambah; memasuki atmosfera melalui tindakan organisma hidupan lautan dan daratan.

peningkatan penggunaan bahan api fosil oleh manusia b. Ozon : sentiasa berkurangan; melalui kitar fotokimia iaitu melibatkan percantuman semula dengan atom oksigen menyebabkan kehilangan bersih oksigen ganjilc. Klorofluorokarbon (CFC) :sentiasa bertambah punca: bahan-bahan aerosol, bahan penyejuk (freom) , bahan pencuci dan penyaman udara

terlerai dan membebaskan klorin yang juga terlibat dalam pemusnahan lapisan ozon. d. Nitrogen Oksida (NOX)sentiasa bertambah mekanisme biologi di lautan dan juga dalam tanah, pembakaran industri, kenderaan, biojisim, dan penggunaan baja kimia. e. Sulfur dioksida (SO2)sentiasa bertambah pembakaran arang batu dan minyak serta peleburan tembaga.

Penambahan dan pengurangan kumpulan gas ini akan mempengaruhi :

pencemaran udara

peningkatan gas rumah hijau

hujan asid

Penipisan lapisan ozon

pemanasan global

3. Juzuk bukan gas Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk galian daripada pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi. Mengakibatkan fenomena jerebu PERANAN ATMOSFERA1. Kepada Biologi Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi. 2. Mencorakkan kontur permukaan bumi

Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira masa dan tempat.

3. Kekayaan semula jadi Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan. 4. Perdagangan / rekreasi Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin. 5. Membentuk dan mempengaruhi cuaca Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan perubahan tersebut