Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

download Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

of 21

Transcript of Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    1/21

    KERTAS KERJA

    PERTANDINGAN INOVASI

    DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

    SEMPENA HARI INOVASI

    JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN

    KUALA LUMPUR

    2013

    Tajuk

    Inovasi Mentor-Mentee-Client (MMC Model) - Teknik Baru Dalam

    Melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran

    Di Sediakan oleh:

    KU MAHANI BINTI KU MAT DESA

    GC KHB-ERT

    SMK Alam Damai 56000, Kuala Lumpur.

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    2/21

    1

    A. KATEGORI PERTANDINGAN

    Individu - Sekolah Menengah

    B. TAJUK/ TEMA INOVASI:

    Inovasi Mentor-Mentee-Client (MMC Model) - Teknik Baharu Dalam

    Melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran

    C. SINOPSIS INOVASI

    MMC adalah satu singkatan kepada Mentor-Mantee-Client. Fokus inovasi MMC

    adalah kepada keutamaan pembelajaran serentak dengan pengajaran guru. Borich

    (1997), menyatakan pembelajaran adalah proses belajar dan faktor-faktor yang

    mempengaruhi proses belajar. Inilah yang menjadi matlamat MMC iaitu mewujudkan

    dan meneruskan proses belajar yang kurang/tiada dalam kalangan pelajar 5 Bestari

    semasa sesi pengajaran berlaku.

    Malah MMC akan diteruskan meskipun selepas selesai proses pengajaran di

    bilik darjah. MCC pada asasnya adalah merupakan salah satu tindakan/aktiviti di

    bawah Program Peningkatan Prestasi Pelajar mata pelajaran pelajaran Ekonomi

    Asas.1Ia adalah lanjutan aktiviti yang ke sepuluh selepas aktiviti ke Sembilan dimana

    pelajar yang menjadi mentor menghadiri bengkel anjuran JPWP.

    Seterusnya menurut Kamaruddin (1993), pengajaran adalah suatu proses

    pengendalian urusan bagi membolehkan pelajar mengetahui @ menyempurnakan

    sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan sendiri sebelum ini. Inilah yang menjadi

    tunjang kepada inovasi MMC, di mana proses pengendalian urusan akan menjadi

    perkara pokok dalam pelaksanaan MMC.

    Lanjutan dari itu dalam (Shahabuddin, 2007), ada menyatakan bahawa

    pembelajaran pada amnya berlaku apabila individu @ masyarakat menghadapi

    masalah. Sebelum inovasi MMC dilaksanakan, apa yang berlaku kepada pelajar 5

    Bestari adalah disebaliknya di mana mereka yang berhadapan dengan pelbagai

    masalah ini, tidak dapat melalui proses pembelajaran disebabkan oleh

    permasaalahan yang mereka hadapi. Kunci pelaksanaan Inovasi MMC adalah:

    1 Rujuk Lampiran 1 Senarai Program Peningkatan Prestasi Pelajar

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    3/21

    2

    a. Lestari dalam konteks pemikiran2

    b. Kerjasama 3 dimensi3

    c. Penerapan nilai pembudayaan peranan dalam kalangan ahli

    d. Bersama mengecapi kejayaan

    e. Membantu orang lain adalah langkah awal membantu diri sendiri

    f. Perkongsian Pintar dalam kalangan ahli4

    g. Membina dan meningkatkan kasih sayang sesama ahli

    h. Meletakkan rasa empati kepada client

    D. KUMPULAN SASARAN

    Kumpulan sasaran adalah Pelajar tingkatan 5 Bahagia. Mereka terdiri daripada 32

    orang yang telah di pecahkan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang

    dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan mempunya seorang mentor yang terdiri

    daripada pelajar yang telah menyertai program yang dianjurkan oleh JPWP5, seorang

    Mantee dan seorang Client.6

    E. LATAR BELAKANG

    Pada tahun 2010 SMK Alam Damai baru dibuka. Untuk sesi persekolahan ini kelas

    tingkatan 1, 2 dan empat dibuka bagi kohort pertama sesi persekolahan 2010. Untuk

    tingkatan 4 hanya dua kelas saja di buka iaitu 4 Aman untuk pelajar sains dan 4

    Bestari untuk pelajar yang tidak layak ke kelas sains, di mana semua pelajar dari

    semua aliran lain di masukkan ke dalam satu kelas kerana bilangan pelajar yang

    sedikit. Kelas 4 Aman menempatkan pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang

    pelajar yang terdiri daripada;

    a. Seorang pelajar mendapat 3A dalam PMR

    b. Seorang pelajar yang mendapat 1A dalam PMR

    c. Kebanyakan pelajar hanya mendapat lulus D dan mendapat E dalam PMRd. 2 pelajar yang dibuang sekolah dari sekolah lain

    2Merujuk kepada bagaimanakah aktiviti kumpulan ini dapat memberi kesan kepada ahli-ahlinya.

    3Natijah lestari 3 dimensi dalam Inovasi MMC adalah gabungan daripada 3 elemen iaitu Dimensi Mentor,

    Dimensi Mentee dan Dimensi Client.4Perkongsian pintar bukan aja boleh diwujudkan di antara sekolah dan bilik darjah, di antara komuniti dan

    sekolah dan di antara sekolah dan persekitaran malah ia boleh juga diwujudkan antara pelajar mengikut

    deminsi yang terdapat dalam Model MMC ini dan ia amat bermakna kerana merekalah 'core business' dan

    'the main player' dalam mempastikan kecemerlangan diri sindiri seterusnya sekolah.5Lampiran 1: Surat Panggilan Bengkel dari JPWP

    6Lampiran 2: Senarai 10 pelajar yang dihantar ke Bengkel Ekonomi Asas

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    4/21

    3

    e. 1 pelajar dari sek Agama yang mempunyai masalah disiplin

    f. 1 pelajar yang tidak menduduki PMR

    g. Ramai pelajar yang hanya lulus satu mata pelajaran PMR sahaja.

    Berdasarkan keputusan peperiksaan PMR hanya beberapa orang sahaja pelajar

    sebenarnya layak mengambil mata pelajaran ekonomi. Oleh kerana kelas ini dihuni

    oleh pelbagai pelajar dari pelbagai latar belakang yang pelbagai seperti di atas maka

    ia membayangkan kesukaran untuk melaksanakan PdP. Pengkaji adalah guru

    ekonomi yang sama mengajar semasa tingkatan 4 dan 5.

    Oleh sebab itu pengkaji telah cuba untuk mencari satu penyelesaian

    membantu pelajar untuk mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti. Inovasi MMC

    adalah diharapkan dapat membantu bagi menyelesaikan masalah ini. Meskipun pada

    masa itu pengkaji sendiri tidak pasti akan keberkesanan MMC ini namun setidak-

    tidaknya pengkaji telah cuba melakukan sesuatu bagi membantu pelajar-pelajar ini.

    F. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

    Gangguan utama terhadap perjalanan proses Pembelajaran dan Pengajaran sebelum

    inovasi dilaksanakan adalah masalah disiplin pelajar. Masalah lain yang wujud dari

    pemerhatian pengkaji adalah:

    a. Pelajar tidak fokus

    b. Gangguan tidak langsung kepada pelajar lain yang sedang belajar.

    c. Pelajar tidak berminat

    d. Pelajar tidak bermotivasi

    e. Pelajar Suka berbual

    f. Pelajar tidak menyiapkan kerja rumah

    g. Pelajar ponteng kelas

    h. Terdapat pelajar tidak lancar membacai. Terdapat pelajar yang tidak pandai menulis

    Kepelbagaian permasalahan di atas wujud berikutan dari masalah awal penempatan

    pelajar dalam satu kelas, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza,

    dari segi pencapaian PMR terutamanya. Pun begitu terdapat juga pelajar yang

    cemerlang, rajin dan memberi tumpuan di dalam kelas.

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    5/21

    4

    G. MASALAH- MASALAH YANG DIHADAPI

    Antara masalah yang dihadapi semasa proses pelaksanaan Inovasi ini ialah:

    a. Masalah dalam proses pemilihan Client.

    Masalah dalam pemilihan client. Mentor dan Mantee mungkin sukar untuk

    menerima seorang pelajar dari kumpulan halus untuk menyertai

    kumpulan mereka pada permulaannya. Tetapi selepas diberi penjelasan

    tentang matlamat program ini barulah mereka dapat menerima dengan

    rela hati.

    b. Masalah dalam proses pemil ihan Mentee

    Timbul kesukaran untuk memilih mentee mengikut kreteria yang

    ditetapkan iaitu pelajar yang mendapat A atau sekurang-kurang B+ bagi

    peperiksaan yang lepas, kerana di dapati taburan pemarkahan pelajar

    adalah lebih kepada C, D dan E. Untuk mengatasi masalah in pelajar

    yang mendapat C dipilih sebagai mentor.

    c. Pelajar yang tidak mempunyai kumpulan.

    Kelas ini mempunyai 32 pelajar. Terdapat lebihan 2 pelajar yang tidak

    mempunyai mentor.7 Untuk mengatasi masalah ini pengkaji terpaksa

    memohon kumpulan yang secara sukarela untuk menerima 2 orang

    pelajar ini.

    H. OBJEKTIF INOVASI

    Pada akhir aktiviti pelaksanaan MMC ini, diharapkan 50% pelajar lulus dalam SPM.

    Ilmu dan teknik yang diterima oleh 10 yang mengikuti bengkel Teknik menjawabanjuran JPWP dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain secara langsung, ini dapat

    membantu rakan dalam kumpulan mendapat pengetahuan yang sama walaupun

    mereka tidak menghadiri bengkel tersebut. Jadi dengan itu peluang untuk mereka

    mendapat markah yang baik adalah sama setanding dengan kawan-kawan yang

    menghadiri bengkel.

    7Lampiran 3 : Senarai Pelajar Program Mentor-Mentee

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    6/21

    5

    a. Bimbingan cara terus menerus daripada:

    i. Guru kepada Kumpulan

    ii. Mentor kepada Mantee

    iii. Mentor kepada Clent

    iv. Mentor dan Mantee kepada Client

    b. Mentor dan Mantee akan bergabung membantu Client.

    Seterusnya bagi objektif tingkah laku pula diharapkan terdapat:

    a. Penambahbaikan dari segi disiplin pelajar secara tidak lagsung.

    b. membantu ke arah peningkatan sahsiah

    c. Penambahbaikan dalam kemahiran berkomunikasi dalam kalangan ahli

    kumpulan.

    d. Penambahbaikan berterusan8

    d. Meningkatkan keyakinan diri dalam berhujah.

    I. TARIKH MULA DAN TARIKH SIAP PELAKSANAAN

    Secara formalnya aktiviti kumpulan wujud sebaik sahaja mentor pulang ke sekolah

    selepas menghadiri Bengkel Teknik menjawab sehinggalah ketibaan SPM. 9 Tetapi

    persediaan awal sebenarnya telah bermula satu minggu lebih awal dimana sesi

    taklimat perlu dibuat untuk memberi penerangan tentang perlaksanaan program ini

    agar pelajar yang terlibat memahami kerana ini akan memudahkan

    pelaksanaannya.10

    J. INOVASI YANG DILAKSANAKAN

    Inovasi adalah merupakan perkara baru yang dihasilkan yang akan memudahkan

    pengajaran dan pengajaran serta pengurusan guru. Penghasilan inovasi boleh

    datang dalam pelbagai bentuk, antaranya:

    a. Alat bantu mengajar

    b. Teknik atau kaedah

    8Peringatan daripada Saidina Ali karramalluhu wajhah kepada umat Islam: "Beruntunglah bagi mereka yang

    hari ini lebih baik dari hari semalam, sia-sialah bagi mereka yang hari ini sama dengan hari semalam, dan

    celakalah bagi mereka yang hari ini lebih buruk dari hari semalam".9Merujuk kepada Lampiran Program Peningkatan Prestasi Pelajar Program ini bermula pada tarikh 14 Julai

    2011.10

    Lihat Lampiran 4 Gambar sesi taklimat kepada pelajar terlibat

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    7/21

    6

    c. Pengendalian urusan11

    d. Borang Pengurusan

    Inovasi MMC melibatkan gabungan keempat-empat item diatas. Uniknya di sini

    pelajar sendiri yang akan memainkan peranan penting sebagai alat bantu mengajar

    yang istimewa. Yang boleh bercakap dan menerangkan dan membantu anggota

    kumpulannya. Yang dapat membuat penilaian terhadap peningkatan prestasi

    kumpulannya. Yang mempunyai perasaan sedih bila mereka tidak dapat memahami

    dan gembira apabila kumpulan mereka berjaya mendapat pujian dari guru.

    Bagi penerangan Teknik atau kaedah dan pengendalian akan diterangkan

    dengan detail melalui lampiran berkaitan Model MMC.12

    Fasa Pra Perlaksanaan Model MMC:

    Pelajar diberi taklimat sebelum mereka menghadiri bengkel yang berkaitan. Taklimat

    adalah berkaitan:

    i. Pemilihan pelajar dalam kumpulan

    ii. Tanggung-jawab dan peranan setiap ahli kumpulan

    iii. Perancangan dan proses pelaksanaan program

    iv. Aktiviti Penilaian: Penentuan kejayaan kumpulan

    v. Seterusnya persediaan untuk melaksanakan program

    Pemilihan pelajar. 10 pelajar yang dipilih untuk menyertai bengkel adalah terdiri

    daripada 10 pelajar yang mendapat markah antara 15 35m bagi mata pelajaran ini

    semasa ujian pertama. Ini adalah pra syarat pemilihan yang di beri oleh penganjur.

    Tumpuan yang diberikan semasa mereka berada di dalam bengkel. Mereka

    sebenarnya bukan saja bertanggung-jawab untuk diri mereka sendiri tetapi merekasebenarnya mewakili mantee dan client yang akan mereka bimbing nanti selepas

    pulang dari Bengkel.

    Selepas Bengkel Mentor akan memilih seorang mantee untuk

    bimbingannya. Mantee adalah pelajar dari kumpulan Cemerlang dan sederhana yang

    11Rujuk Kamaruddin (1993)- Dalam buku Psokologi Pendidikan, mengatakan pengajaran adalah suatu

    proses pengendalian urusan bagi membolehkan pelajar mengetahui @ menyempurnakan sesuatu yang

    mereka tidak dapat lakukan sendiri sebelum ini.12

    Rujuk Lampiran 5-Penerangan tentang pelaksanaan Model MMC

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    8/21

    7

    tidak layak menghadiri bengkel ini. Biasa mentor akan memilih seorang pelajar yang

    merupakan sahabat karibnya. Ini tidak menjadi masaalah. Seterusnya Mentor dan

    Mantee akan berbincang untuk memilih seorang Client. Biasanya Client adalah dari

    kategori kumpulan pelajar yang mempunyai markah yang sangat rendah iaitu antara

    0 hingga 15 ataupun mungkin dari kumpulan halus.

    K. BENTUK KEJAYAAN

    Dapat dilihat dari 2 segi iaitu:

    a. Perubahan-perubahan yang dil ihat dan dirasai

    Perubahan-perubahan yang berlaku kepada pelajar semasa sesi Pembelajaran

    dan Pengajaran berlangsung. Minat mereka terhadap subjek ekonomi kelihatan

    ketara. Rasa tanggungjawab mereka jelas dapat dilihat sebagai contohnya

    mentor yang bertungkus lumus memahami sesuatu tajuk kerana tugasnya untuk

    menerngkan kembali kepada Mentee dan Client. Terasa akan perubahan yang

    berlaku kepada pelajar seolah-olah telah berlaku suatu revolusi dalam kelas

    tersebut.

    Mereka boleh bekerja sama dan saling bantu antara satu. Tidak ada

    lagi pelajar yang mengantuk dan tidur di dalam kelas. Walaupun kelas

    menjadi agak bising kerana terdapat 10 kumpulan yang berbincang namun

    semuanya masih terkawal kerana mereka mempunyai matlamat yang hendak

    mereka capai.

    b. Peningkatan Markah dalam peperiksaan

    Markah yang diperolehi dalam peperiksaan adalah antara instrument yang

    digunakan untuk mengetahui keberkesanan Inovasi MMC ini. Didapati

    terdapat peningkatan dalam pemarkahan pelajar bagi peperiksaan UK 2berbandingan dengan peperiksaan UK 1.13 Peningkatan pemarkahan pelajar

    bergantung kepada individu. Terdapat pelajar yang mempunya peningkatan

    yang amat cemerlang iaitu markah ujian lepas adalah 28 berbanding ujian

    semasa 86 di mana perbezaannya adalah +58. Manakala yang paling sedikit

    sekal peningkatannya adalah +1, dimana markah peperiksaan lalu adalah 27

    berbanding peperiksaan semasa 28. Pun begitu terdapat seorang pelajar

    13Rujuk Lampiran 6: Borang penilaian Peningkatan Prestasi Ahli Kumpulan

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    9/21

    8

    yang mengalami penurunan iaitu -19, di mana markah peperiksaan lepas

    adalah 51 manakala markah peperiksaan semasa ialah 32. Prestasi menurun

    pelajar ini adalah di sebabkan masalah kesihatan yang dihadapi, ini

    dimaklumkan sendiri oleh ibunya yang datang ke sekolah pada suatu hari

    untuk membawa anaknya bagi membuat rawatan lanjut di hospital.

    Seterusnya melalui markah yang di perolehi dalam peperiksaan spm

    dapat mengambarkan kejayaan program ini kerana seramai 17 orang pelajar

    telah lulus berbanding hanya 6 orang saja yang lulus semasa peperiksaan

    percubaan.14

    c. Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

    Secara tak langsung dengan pelaksanaan Inovasi MMC ini, Proses

    pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah dan lebih berkesan. Nilai-nilai

    murni yang dipupuk secara tak langsung menyebabkan Pengajaran dan

    Pembelajaran lebih berkesan apabila pelajar memberikan sepenuh tumpuan

    semasa di dalam kelas, malah sesi perbincangan kumpulan ini bukan saja

    berlaku di dalam kelas sewaktu PdP tetap juga berlaku di luar kelas dan juga

    di luar kawasan sekolah.

    Pengkaji sendiri pernah terserempak dengan beberapa kumpulan

    berbincang tentang subjek di Taman sebagai bukti ditangan mereka terdapat

    nota dan buku rujukan Ekonomi dan pernah juga terserempak di MC Donald

    dengan sekumpulan pelajar yang lain. Ini adalah kerana apabila mereka

    bersama belajar dalam kumpulan maka mereka tahu ada banyak perkara lagi

    yang mereka tidak tahu. Peranan mentor dan mentee penting dalam

    menerangkan kepada Client yang rata-ratanya terdiri pelajar dari golongan

    halus. Di sini pengkaji membuat andaian kerana itulah mereka terpaksamemperuntukan lebih masa untuk berada bersama dalam kumpulan masing-

    masing.

    d. Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Guru dan Pelajar

    Sudah semestilah apabila kelas dapat berjalan dengan tenang guru pasti merasa

    puas hati tambahan lagi apabila keputusan diumumkan ramai pelajar yang lulus

    14Rujuk Lampiran 7: Keputusan Ekonomi Asas pelajar 5 Bahagia.

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    10/21

    9

    dan ada juga yang mendapat A dalam subjek ekonomi tentu akan mendatangkan

    kepuasan kepada guru.

    Bagi pelajar pula, melalui pemerhatian didapati mentor yang memainkan

    peranan penting merasa begitu berbangga kerana dia telah diberi amanah untuk

    mengajar pelajar lain. Keyakinan diri mentor terserlah kerana mereka telah

    menguasai tajuk tersebut dan menyebabkan mereka merasa yakin untuk

    menerangkan kepada Mantee dan Client. Sebenarnya tanpa pengetahuan

    Mentee dan Client, Mentor selalu datang bertanya dan meminta pencerahan dari

    guru terhadap tajuk-tajuk yang mereka kurang faham.

    L. KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN INOVASI

    a. Ini merupakan satu Inovasi baru yang belum dipertandingkan.

    b. Kewujudan Satu Model Pembelajaran dan Pengajaran yang baru.

    Melalui Inovasi ini juga secara tidak langsung satu model baru telah tercipta.

    Penulis menamakan ia sebagai "Model 3-Paksi". Model 3-Paksi ini pada

    asasnya terbentuk melalui 3 paksi utama iaitu paksi X, Paksi Y dan Paksi Z. Ia

    boleh diimplementasi untuk apa sahaja mata pelajaran berdasarkan asas

    penggunaan model ini. Ia sangat flexible, mengikut kreativiti guru yang

    menggunakan model ini. Seterusnya ia perlulah dilakukan dengan cara

    bijaksana.15

    Sebagai contohnya, untuk Inovasi MMC penulis menggunakan model ini

    berikutan Pelaksanaan Bengkel Teknik Menjawab Ekonomi Asas yang

    dianjurkan oleh JPWP. Bengkel ini sangat baik dalam menyalurkan maklumat

    malah untuk mendedahkan Teknik menjawab Kertas Ekonomi kepada pelajar..Memandangkan adalah suatu yang tidak mungkin bagi pihak JPWP memanggil

    semua pelajar Ekonomi yang bilangannya yang ramai di Wilayah ini, sebaliknya

    maklumat dan pendedahan teknik menjawab oleh guru pakar ini seharusnya

    sampai kepada semua pelajar. Malang sekali guru ekonomi yang mengiring

    pelajar hanya dibenarkan menghantar pelajar ke tempat bengkel diadakan dan

    15Hord & Leslei (1986), menyatakan bahawa sebarang perubahan dan inovasi yang hendak dilaksanakan

    perlulah dilakukan dengan cara bijaksana.

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    11/21

    10

    pulang semula untuk meneruskan PdP di sekolah, kemudian datang semula

    disebelah petang untuk membawa pulang pelajar.

    Jadinya, Inovasi MMC nerupakan satu alternatif bagi menyelesaikan kebuntuan

    bagaimana ilmu dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar yang menghadiri

    bengkel boleh disampaikan kepada pelajar lain yang tidak berpeluang mengikuti

    bengkel tersebut. Malah melalui cara ini juga, Mentor yang menghadiri bengkel

    akan lebih comited terhadap bengkel tersebut kerana dia merasakan satu

    tanggungjawabnya untuk menyampaikan kepada kawan-kawan lain di sekolah

    nanti.

    Bagaimana menggunakan Model ini?Dalam Inovasi MMC, penulis menggantikan paksi-paksi mengikut kesesuaian

    penggunaan, di mana untuk paksi X di dimasukkan Dimensi Mentor, dan Paksi Y

    dimasukkan Dimensi Mentee manakala bagi Paksi Z di masukkan Dimensi Client

    dalam melaksanakan Model ini.

    Paksi X - MENTOR

    Paksi Y -MENTEEPaksi Z - CLIENT

    MODEL 3-PAKSI

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    12/21

    11

    Contoh yang lain, penulis juga telah melaksanakan Inovasi ini bagi mata

    pelajaran KHB. 16 Pelajar dari kumpulan cemerlang dapat menyiapkan projek

    KHB dengan lebih cepat berbanding dengan pelajar dari kumpulan sederhana

    dan halus. Di sinilah Inovasi MMC berfungsi. Mentor-Mentee-Client dari 3

    kumpulan berbeza17 di temukan. Mentor dari kumpulan cemerlang akan

    memberi bimbingan kepada Mentee diperhatikan oleh Client, jadi dalam masa

    yang sama mentee dan client dapat menyiapkan projek dalam masa yang

    singkat. Bonusnya di sini mentor dilihat begitu gembira kerana diberikan

    pengiktirafan sebagai mentor kepada mentee dan client.

    Seterusnya apa yang dilihat melalui pemerhatian sebelum terlaksananya Inovasi

    MMC ini, pelajar yang telah menyelesaikan projeknya sememangnya akan

    membantu kawan-kawannya untuk menyiapkan projek. Tetapi bentuk bantuan

    yang diberikan kurang tepat kerana dia sendiri yang menyiapkan projek

    kawannya. Tetapi melalui Inovasi MMC mentor akan diterangkan cara yang betul

    membimbing mentee dan client, agar projek tersebut disiapkan dari hasil tangan

    mentee dan client sendiri.

    Demikian juga untuk subjek-subjek lain samada geografi maupun sejarah

    misalnya. Guru-guru boleh bertuar-tukar mentor mengikut minat pelajar terhadap

    topik ataupun bab yang mereka pelajari, dan 'minat' mungkin boleh dijadikan

    asas pelaksanaan Inovasi MMC ini. Pada hakikatnya pelaksanaan Model 3-Paksi

    ini seperti yang telah dinyatakan tadi amatlah flexible dan ia bergantung kepada

    kreativiti guru. Apa yang penting pelaksanaan model ini akan membantu PdP

    guru agar dapat berjalan lancar dan berkesan.

    K. LAMPIRAN

    Lampiran 1: Senarai Program Prestasi PelajarLampiran 2: Surat Panggilan Menghadiri Bengkel dari JPWP

    Lampiran 3: Senarai 10 Pelajar yang menyertai Bengkel

    Lampiran 4: Taklimat Awal

    Lampiran 5: Penerangan tentang pelaksanaan Model MMC

    Lampiran 6: Borang Penilaian Peningkatan Prestasi Pelajar

    Lampiran 7: Keputusan peperiksaan Ekonomi Asas Tingkatan 5 Bahagia

    16selain mengajar subjek Ekonomi tingkatan 5, juga mengajar subjek KHB Perdagangan & Keusahawanan .

    17Kumpulan Cemerlang, Kumpulan Sederhana dan Kumpulan Halus

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    13/21

    12

    LAMPIRAN 1

    Senarai Program Prestasi Pelajar

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    14/21

    13

    LAMPIRAN 2

    Surat Panggilan Menghadiri Bengkel daripada JPWP

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    15/21

    14

    LAMPIRAN 3

    Senarai 10 Pelajar yang dihanta ke Bengkel Anjuran JPWP

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    16/21

    15

    LAMPIRAN 4

    Taklimat Awal

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    17/21

    16

    LAMPIRAN 5

    Penerangan Berkaitan Model MMC

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    18/21

    17

    Mentor

    Mantee Client

    Model Mentor-Mantee-Client MMC Model)

    Penerangan Model:

    entor

    - Terdiri dari pelajar yang menghadiri kursus

    anjuran JPWP

    entee - Pelajar yang mendapat markah A atau

    sekurang-kurangnya B+ dalam Mata

    Pelajaran Ekonomi Asas bagi peperiksaan

    yang lalu

    lient - Terdiri dari pelajar kumpulah halus

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    19/21

    18

    Mentor akan bertindak sebagai Ketua Kumpulan dan akan membantu Mentee

    dalam perbincangan bagi sesebuah kumpulan ini. Dalam masa yang sama

    Mentor dan Mentee akan bergandingan membantu mentor. Konsep

    Bertiga

    lebih baik dari berdua

    . Applikasi utama dalam kumpulan ini memandangkan

    kelemahan

    pertemuan satu-lawan-satu

    yang yang banyak membuka ruang

    untuk berbual kosong untuk kumpulan. Mentor memainkan peranan paling utama

    dan kerjasama semua ahli kumpulan amat penting demi memastikan kejayaan

    kumpulan. Konsep keterbukaan dan kerelaan adalah perkara pokok yang perlu

    ada pada setiap ahli agar mereka dapat melaksanakan tugasan ini dalam

    suasana yang harmoni dan mesra.

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    20/21

    19

    Lampiran 6

    Borang Penilaian Peningkatan Prestasi Pelajar

    .

  • 8/9/2019 Kertas Kerja Pertandingan Inovasi New

    21/21

    20

    Lampiran 7

    Keputusan peperiksaan Ekonomi Asas

    Tingkatan 5 Bahagia