Kertas Kerja Internship

10
KERTAS KERJA PROGRAM INTERNSHIP INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NAMA PROJEK INOVASI: TEKNIK JADUAL DALAM PENGAJARAN KATA NAMA KHAS TAK HIDUP TEMPAT PELAKSANAAN : SK TAMING JAYA TARIKH : 29 MAC – 24 APRIL 2015 MASA PROGRAM : WAKTU PDP BAHASA MALAYSIA NAMA PELAKSANA : NOORLIDA BINTI HUSIN KUMPULAN PENGAJIAN : PPG AMBILAN JUN 2011 SEMESTER 8 BM B NAMA MENTOR : PUAN HANIZAH BINTI MAT SOHO

description

Kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Internship

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

AMBILAN JUN 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur

Tel:0322822389/22840184/22822502/22840194/22840206

Fax: 03-22823016

KERTAS KERJA

PROGRAM INTERNSHIP

INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA PROJEK INOVASI: TEKNIK JADUAL DALAM PENGAJARAN KATA NAMA KHAS TAK HIDUP

TEMPAT PELAKSANAAN:SK TAMING JAYA

TARIKH : 29 MAC 24 APRIL 2015

MASA PROGRAM : WAKTU PDP BAHASA MALAYSIA

NAMA PELAKSANA: NOORLIDA BINTI HUSIN

KUMPULAN PENGAJIAN : PPG AMBILAN JUN 2011 SEMESTER 8 BM B

NAMA MENTOR : PUAN HANIZAH BINTI MAT SOHO

1.0PENDAHULUAN

Program Internship merupakan satu program yang wajib dilaksanakan oleh setiap pelajar yang mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru. Program ini dilaksanakan pada semester akhir pengajian. Bagi pelajar program Pensiswazahan Guru (PPG), mereka dikehendaki menjalani program tersebut yang memerlukan mereka menghasilkan satu projek inovasi dan dikendalikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut subjek major masing-masing. Program tersebut perlu dilaksanakan di sekolah sendiri. Setiap pelajar dikehendaki mempunyai seorang mentor sebagai pembimbing dan juga penilai bagi program yang dilaksanakan ini. Ini merupakan projek yang terakhir bagi para pelajar Program Pensiswazahan Guru bagi melayakkan mereka mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru.

2.0MATLAMAT

Matlamat Projek Inovasi ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Projek ini juga memberi peluang kepada guru (pelajar) untuk meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan, jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan keguruan ke arah melahirkan guru yang lebih berinovasi.

3.0OBJEKTIF

Melalui Program Inovasi ini akan dapat :

3.1Melahirkan murid yang mampu bekerjasama dalam kumpulan bagi

pemberian markah kepada persembahan rakan sekelas.

3.2Memberikan pendedahan kepada murid bagaimana cara untuk memberi markah yang terbaik menggunakan bahan penilaian yang jelas.

3.3Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dalam menjadikan

persembahan yang terbaik bagi mendapatkan markah yang terbaik

daripada rakan-rakan kelas sendiri.

3.4Mewujudkan sikap releven dalam usaha pemberian markah berdasarkan

kreativiti persembahan rakan sekelas.

3.5Menggalakkan penglibatan secara aktif murid-murid dalam aktiviti di

dalam bilik darjah

3.6Mempertingkat daya keyakinan serta percaya pada diri sendiri terutama

ketika pemberian markah kepada persembahan rakan sekelas.

3.7Memberi peluang kepada murid-murid untuk memberi sendiri markah

kepada persembahan rakan mereka di dalam kelas. .

3.8Menyemai nilai-nilai murni seperti adil dan saksama melalui penglibatan

mereka dalam pemberian markah kepada rakan.

3.9 Menjadi satu bahan aktiviti yang boleh diguna pakai oleh para guru kerana sesuai untuk semua mata pelajaran terutama apabila melibatkan

persembahan murid di dalam kelas.

4.0MAKLUMAT PROGRAM

4.1Nama Program: Program Internship IPG

4.2Tajuk Projek: Inovasi dalam PdP

(Penggunaan Jadual dalam

pengajaran dan pembelajaran kata nama khas tak hidup)

4.3Pelaksana: Noorlida Binti Husin

Pelajar Semester 8 PPG Kelas B

4.4Tarikh: 5 April 2015 24 April 2015

4.5Tempat: 4 Amanah (SK Taming Jaya)

4.6Masa:Mengikut jadual PdP Bahasa Malaysia

4.7Bilangan Murid Terlibat: 33 orang

5.0 CARA PELAKSANAAN

Bahagian 1 Jadual Kata Nama Am

Bahagian 2 Jenama

Bahagian 3 Nama Tempat

PENERANGAN CARA PENGGUNAAN

1. Murid menyatakan kata nama am.

2. Murid menyatakan kata nama khas tak hidup berdasarkan kata nama am.

3. Murid menulis kata nama am di bahagian jadual kata nama am.

4. Murid menulis sama ada kata nama am tersebut sama ada jenama atau nama tempat menggunakan huruf besar.

5. Murid berada di dalam kumpulan. Murid diberi kad manila dan menulis kata nama khas tak hidup mengikut kategori iaitu tempat, pakaian, alat, kenderaan, makanan/minuman dan buku/majalah/kamus.

6. Ketua murid membentangkan jawapan dan membina satu ayat berdasarkan salah satu kata nama khas yang disenaraikan.

7. Kumpulan masing-masing membacakan ayat yang dibina oleh wakil kumpulan.

8. Kumpulan lain menyatakan sama ada betul atau salah jawapan dan ayat yang dibina.

9. Murid diberikan lembaran kerja salin semula ayat menggunakan kata nama khas tak hidup dengan betul.

6.0SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT: Puan Romna Binti Rosli

PENGERUSI: En. Shuhaimi Bin Abdul Rani (Pen. Kanan dan Tadbir

Kurikulum)

En. Mohd Faizal Bin Abd Aziz (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)

En. Zulkipli Bin Othman (Pen. Kanan Ko-Kurikulum)

MENTOR : Puan Hanizah Binti Mat Soho

PELAKSANA: Puan Noorlida Binti Husin (Pelajar PPG Sem 8B)

7.0JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM (INOVASI DALAM PdP)

MINGGU

KETERANGAN AKTIVITI

Minggu 1

- Membuat kertas cadangan projek inovasi pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang.

- Kenal pasti dan menyediakan bahan inovasi.

- Mengadakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

- Membuat refleksi

- Perbincangan bersama mentor

Minggu 2

- Membina rancangan pengajaran harian untuk projek inovasi beserta penambahbaikan.

- Menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

-Membuat refleksi pengajaran

- Pemantauan mentor terhadap keberkesanan projek

Minggu 3

- Menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas setelah mengenal pasti kelemahan semasa pengajaran yang lalu.

- Mentor memberi cadangan penambahbaikan untuk pengajaran yang seterusnya.

Minggu 4

- Menjalankan projek inovasi di dalam kelas dalam pengajaran dan pembelajaran setelah penambahbaikan dilakukan.

- Membuat rakaman projek inovasi di dalam kelas.

- Membuat refleksi pengajaran

- Membuat laporan projek inovasi.

8.0ANGGARAN KOS

BIL

PERIHAL BARANG

KOS SEUNIT

KOS SEBENAR

1.

Kertas Kad Manila warna kuning dan oren

RM0.70 x 4

RM2.80

2.

Pita Pelekat

RM3.50 x 1

RM3.50

3.

Kertas Putih A4 Double A 1 Rim

RM10.50 x 1

RM10.50

JUMLAH KOS

RM16.80

9.0SENARAI NAMA PESERTA

Rujuk Lampiran A

10.0PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa projek ini adalah sesuatu yang amat perlu sebagai satu langkah bagi memantapkan lagi kreativiti dan inovasi yang telah sedia ada dalam kalangan guru-guru khususnya para pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG). Projek ini juga diharapkan dapat memberi kesan yang positif dalam usaha menyediakan murid yang mampu bekerjasama dalam aktiviti yang bermanfaat bersama rakan-rakan kelas mereka. Melalui projek tersebut, murid-murid akan lebih melibatkan diri secara sepenuhnya dalam aktiviti yang dirancang oleh guru kerana sangat sesuai digunakan dalam semua mata pelajaran di sekolah. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada para guru dan murid-murid dalam merancang serta melaksanakan aktiviti yang lebih menarik di dalam kelas.

Disediakan oleh,Disemak dan disahkan oleh:

.................................................

(NOORLIDA BINTI HUSIN)(PN. HANIZAH BINTI MAT SOHO

Pelajar Program Pensiswazahan GuruMentor Program Internship

Semester 8BSK Taming Jaya

IPG Kampus Bahasa Melayu

Lampiran A

SENARAI NAMA MURID 5 CEMERLANG (PROJEK INOVASI)

BIL

NAMA PESERTA

1

ABDUL HAKIM BIN MOHAMAD TAHAIR

2

ADAM MIKHAIL BIN MOHD ZAHINI

3

AHMAD 'AQIL BIN AHMAD ASFANIZAM

4

AHMAD DANISH BIN MUHAMMAD HAFAS

5

AIN NURSUFFIYA BINTI AZLAN

6

AIREES QISTINA BINTI ROMI

7

AISYAH BATRISYA BINTI SUHAWADI

8

AREESSYA BINTI MD SAIDI

9

ARIFF FIKRI BIN RATHUAN

10

ARIFF ISKANDAR BIN SAHAR EFFENDI

11

ERYSSA SUFI BINTI IRWAN SHAH

12

FARAH ZULAIKHA BINTI ZAMRI

13

MOHD FATIH BIN MOHD ZAINAL ABIDIN

14

MUHAMMAD FAIZ BIN DEDI

15

MUHAMMAD HARITH IRFAN BIN MOHD HAZLAN

16

MUHAMMAD IRSYAAD BIN MOHAMED NAZUMUDEEN

17

NABEELA NUR AMBER BINTI ROHAILAN

18

NOR ERINA NATASHA BINTI MOHD ZAINE

19

NORDIANA BINTI MOHD NORZAM

20

NUR AFIQAH IRDINA BINTI MOHAMMAD AZMAN

21

NUR AINA SYAZWANI BINTI MOHD NIZAM

22

NUR ANIS SAKINAH BINTI MASRI

23

NUR BALQIS BINTI AHMAD LATFAN

24

NUR FATIN DIANA BINTI REMY JULIAN

25

NUR IRDINA SOFEA BINTI ABDULLAH

26

NUR SAFIYYAH BINTI MUHAMMAD HELMI BALAKUMAR

27

NUR SYAHIDAH BINTI HASHIM

28

NURUL IZZATI BINTI MOHD SHARIZAL

29

PUTERI SYAKIRAH BINTI MEGAT ZAM BAHARI

30

SAIDATUL ZAHRAA' BINTI MOHD ZAKI

31

SHARIFAH KARMILA NASHIHIN BINTI SAID TAJUL AKMA

32

SITI AMINAH BINTI MOHD ZAHID

(INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYULembah Pantai, 59990 Kuala LumpurTel:0322822389/22840184/22822502/22840194/22840206Fax: 03-22823016)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

AMBILAN JUN 2011