Kertas Kerja - Buletin Matematik Tahun 2012

download Kertas Kerja - Buletin Matematik Tahun 2012

of 5

Transcript of Kertas Kerja - Buletin Matematik Tahun 2012

  • 8/2/2019 Kertas Kerja - Buletin Matematik Tahun 2012

    1/5

    KERTASKERJA

    PENERBITAN

    BULETIN

    PANITIA

    MATEMATIK

    TAHUN 2012

    Panitia Matematik

    SK KANGKAR PULAI

    Jalan Ilmu, Kampung Melayu Kangkar Pulai

    81110 Johor Bahru, Johor

    Tel / Fax: 07-527 1979

  • 8/2/2019 Kertas Kerja - Buletin Matematik Tahun 2012

    2/5

    Page 2 of5

    1.0 PENDAHULUANPenerbitan Buletin Panitia Matematik merupakan satu usaha yang dijalankan oleh sidang

    redaksi panitia matematik SK Kangkar Pulai bagi merakam segala perjalanan aktiviti

    panitia dan juga perjalanan aktiviti sekolah sepanjang tahun persekolahan sama ada

    dalam aspek akademik mahupun kokurikulum. Penerbitan ini juga turut merakamkan

    kenangan yang manis untuk setiap warga SK Kangkar Pulai sama ada dari kalangan guru

    mahupun murid dengan turut serta terlibat di dalam penerbitan buletin ini.

    2.0 RASIONAL2.1 Buletin Panitia Matematik ini diterbitkan untuk merakamkan segala aktiviti yang

    dijalankan sepanjang sesi persekolahan dalam tahun semasa di sekolah.

    2.2 Sebagai tanda ingatan kepada warga sekolah secara keseluruhan di dalammengekal dan meningkatkan prestasi sekolah.

    2.3 Sebagai salah satu dokumentasi sekolah.

    3.0 OBJEKTIF3.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat dalam menghasilkan

    karya-karya penulisan yang bermutu.

    3.2 Mewujudkan kerjasama secara bersama antara pelajar dengan pelajar dan antara

    pelajar dengan guru dalam menghasilkan bahan penerbitan yang berkualiti.3.3 Penerbitan ini juga bertujuan supaya warga luar sekolah dapat mengetahui segala

    aktiviti dan pencapaian yang diperoleh oleh SK Kangkar Pulai.

    4.0 TARIKH PENERBITANSepanjang tahun 2012, disasarkan buletin ini akan diterbitkan sebanyak tiga kali

    merangkumi tempoh masa berikut:

    JanuariMac diterbitkan pada minggu pertama bulan April

    AprilJun diterbitkan pada minggu pertama bulan Julai

    JulaiSeptember diterbitkan pada minggu pertama bulan Oktober

  • 8/2/2019 Kertas Kerja - Buletin Matematik Tahun 2012

    3/5

    Page 3 of5

    5.0 SASARANSemua warga SK Kangkar Pulai terutama guru yang terlibat dengan panitia Matematik

    akan terlibat dalam penerbitan ini. Murid-murid boleh menyumbang karya mereka dan

    akan disunting oleh guru sebelum diterbitkan. Semua murid dan guru akan menerima

    buletin ini secara percuma.

    Sumbangan bahan karya boleh meliputi pelbagai bentuk seperti berikut:

    1. Sajak

    2. Pantun

    3. Syair

    4. Karangan tentang pengalaman diri sendiri atau hal lain

    5. Lukisan

    6. Apa-apa artikel yang bersesuaian

    6.0 ISI KANDUNGANAntara isi kandungan buletin ini ialah :

    6.1 Kata alu-aluan Guru Besar

    6.2 Ucapan dari Ketua Sidang Redaksi

    6.3 Senarai jawatankuasa buletin

    6.4 Peristiwa sekolah6.5 Kejayaan sekolah

    6.6 Analisa pencapaian matematik

    6.7 Senarai murid pencapaian terbaik matematik untuk ujian terkini

    6.8 Hasil karya murid

    6.9 Bahan bacaan tambahan berkaitan matematik

    6.10 Kuiz dan latihan ringkas matematik untuk murid

  • 8/2/2019 Kertas Kerja - Buletin Matematik Tahun 2012

    4/5

    Page 4 of5

    7.0 JAWATANKUASAPengerusi : En. Zakaria bin Md Yunus

    Timb. Pengerusi : Pn. Hjh Simah binti Basir

    Naib Pengerusi : Tn. Hj Rashid bin Othman

    En. Zaba bin A. Rahman

    Pn. Hajah Kartinah binti Abdul Kadir

    Penyelaras / Ketua Sidang Redaksi : En. Shamsudin bin Mohd Rosli

    Setiausaha : En. Hammad Nazir bin Hasbullah

    Ahli Jawatankuasa : Pn. Suhaiza binti Jaafar

    Pn. Hjh Che Bushra binti Hassan

    Pn. Siti Nirwanie binti Mohd AminPn. Diana binti Abu

    Pn. Hairul Aniza binti Abd HamidPn. Ruhaida binti Paiman

    Pn. Suzaita binti Tahir

    Pn. Siti Fatimah binti Misran

    Cik Nurul Ain binti Che Harun

    8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

    Dianggarkan pada setiap kali penerbitan akan menggunakan 4 helai kertas bersaiz A4.

    Bagi setiap helaian kertas, terdapat 4 ruangan. Cara cetakan dilakukan ialah

    menggunakan kaedah 2 in 1 dan cetakan duplex.

    Anggaran penggunakan kertas untuk edaran kepada murid ialah seperti berikut:

    4 helai x 700 murid = 2 800 helai

    Anggaran 1 rim kertas = 450 helai

    Bilangan rim kertas diperlukan = 6.2 rim (7 rim kertas) : untuk setiap kali terbitan

    Anggaran kos kertas untuk 1 rim = RM10Jumlah anggaran kos kertas = RM70 bagi setiap kali terbitan

    Untuk hadiah kuiz pula dicadangkan 3 hadiah diberi kepada setiap aliran (darjah) yang

    meliputi tahun 3, 4, 5 dan 6 dengan setiap murid diperuntukkan sebanyak RM4.00

    Jumlah kos hadiah = RM4.00 x 3 murid x 4 aliran

    = RM48.00

  • 8/2/2019 Kertas Kerja - Buletin Matematik Tahun 2012

    5/5

    Page 5 of5

    9.0 PENUTUPMelalui penerbitan Buletin Panitia Matematik ini secara tidak langsung dapat menyuntik

    semangat kepada pelajar untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu disamping

    menambah pengetahuan am murid. Buletin ini juga boleh dijadikan sebagai salah satubahan dokumentasi yang memaparkan nostalgia dan iktibar tentang kejayaan sekolah

    sepanjang tahun.

    Disediakan oleh,

    ..

    SHAMSUDIN BIN MOHD ROSLI

    Ketua Panitia MatematikSK Kangkar Pulai

    Diluluskan oleh:

    ..

    EN. ZAKARIA BIN MD YUNUS

    Guru BesarSK Kangkar Pulai