Kertas Kerja

20
PROF HAMKA DAN CABARAN PEMBAHARUAN Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin Kehendak kepada pembaharuan atau tajdid merupakan satu fonomena biasa dalam kehidupan manusia. Ia berlaku terutama apabila sesuatu keadaan menjadi tepu, atau keadaan yang sedia ada sudah tidak sesuai, atau keadaan yang ada itu salah atau tersasar dari landasan yang sepatutnya. Pembaharuan adalah proses yang sentiasa berterusan dalam kehidupan manusia. Ia berlaku dalam pelbagai bidang kehidupan, dari jenis makanan, pakaian, tempat tinggal, muzik, teknologi dan sebagainya. Manusia sama suka atau tidak, sedar atau tidak, rela atau tidak pembaharuan akan terus berlaku. Ia berlaku dalam urusan kehidupan harian (daily life) dan juga dalam urusan keagamaan. Ia tidak terbatas kepada sempadan bangsa atau agama tertentu sahaja, tetapi adalah yang rentas sempadan bangsa, agama dan tempat. Maka proses pembaharuan, biasanya tidak dapat dihalang. Cumanya, proses itu kadang-kala mengambil masa yang singkat, kadang kala mengambil yang lama. Di sinilah datang peranan golongan mujaddid atau revivalist dalam menyegerakan dan memimpin proses pembaruan dalam pelbagai bidang. Cabaran Antara perkara yang paling buruk yang getir dalam perbaharuan ataupun tajdid dalam agama ini ialah wujudnya sesetengah golongan agama itu sendiri yang menghalang orang lain berfikir atau memahami agama selain dari apa yang mereka fahami. Jika fikiran mereka itu lemah, mereka bimbang orang lain berfikir lebih baik nanti akan dianggap mencabar fikiran mereka. Jika fikiran baik, mereka pula enggan jika wujud keperbagaian fikiran yang 1

description

Hamka

Transcript of Kertas Kerja

PROF HAMKA DAN CABARAN PEMBAHARUAN

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kehendak kepada pembaharuan atau tajdid merupakan satu fonomena biasa dalam kehidupan manusia. Ia berlaku terutama apabila sesuatu keadaan menjadi tepu, atau keadaan yang sedia ada sudah tidak sesuai, atau keadaan yang ada itu salah atau tersasar dari landasan yang sepatutnya.

Pembaharuan adalah proses yang sentiasa berterusan dalam kehidupan manusia. Ia berlaku dalam pelbagai bidang kehidupan, dari jenis makanan, pakaian, tempat tinggal, muzik, teknologi dan sebagainya. Manusia sama suka atau tidak, sedar atau tidak, rela atau tidak pembaharuan akan terus berlaku. Ia berlaku dalam urusan kehidupan harian (daily life) dan juga dalam urusan keagamaan. Ia tidak terbatas kepada sempadan bangsa atau agama tertentu sahaja, tetapi adalah yang rentas sempadan bangsa, agama dan tempat.

Maka proses pembaharuan, biasanya tidak dapat dihalang. Cumanya, proses itu kadang-kala mengambil masa yang singkat, kadang kala mengambil yang lama. Di sinilah datang peranan golongan mujaddid atau revivalist dalam menyegerakan dan memimpin proses pembaruan dalam pelbagai bidang.

Cabaran

Antara perkara yang paling buruk yang getir dalam perbaharuan ataupun tajdid dalam agama ini ialah wujudnya sesetengah golongan agama itu sendiri yang menghalang orang lain berfikir atau memahami agama selain dari apa yang mereka fahami. Jika fikiran mereka itu lemah, mereka bimbang orang lain berfikir lebih baik nanti akan dianggap mencabar fikiran mereka. Jika fikiran baik, mereka pula enggan jika wujud keperbagaian fikiran yang baik dalam kalangan umat Islam nanti akan dianggap orang lain pun setaraf mereka. Ini mempunyai kaitan dengan persoalan ‘kuasa agama’ seperti yang saya sebutkan dalam beberapa artikel saya. Segala usaha dan percubaan kepada pembaharuan (renewal) akan dianggap sebagai musuh, kurang ajar, biadap, tidak hormat orang tua-tua dan seumpamanya. Atau, mereka mungkin melebel pihak yang cuba memberikan pandangan yang berbeza dengan mereka dengan berbagai-bagai istilah. Ramai mereka yang cuba melakukan pembaharuan dalam sejarah melayu dimusuhi dan diberikan berbagai tuduhan. Inilah yang menimpa tokoh-tokoh pembaharuan Nusantara termasuk Prof Hamka yang terkenal dengan sumbangan kesarjanaannya, Za’ba yang dianggap sebagai Bapa Persuratan Melayu, Syeikh Tahir Jalaluddin tokoh reformis progresif dan ahli falak, Syed Syeikh al-Hadi tokoh moderate muslim yang berjasa memajukan pendidikan orang melayu, begitu juga muridnya Dr Burhanudin al-Helmi yang menjadi tokoh politik tanahair dan lain-lain.

1

Di‘cop’

Nama-nama yang disebutkan itu pada zaman mereka menghadapi tuduhan yang berbagai terutama di‘cop’ sebagai ‘kaum muda’ atau wahabi atau sesat atau menentang mazhab. Usaha-usaha pembaharuan mereka ditentang. Pendeta Za’ba hari ini disanjung sebagai tokoh cendiakawan melayu tapi pada hayat diharamkan tulisan ucapan dan tulisan di banyak negeri. Tokoh-tokoh traditionalis Perak pernah menggunakan Sultan Perak untuk mengharamkan tulisan beliau. Za’ba pernah menyebut: “Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulu kala itu. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta! Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat”1.

Dua Pembaharuan Yang Sukar

Setiap pembaharuan biasa mendapat tentangan dari pengamal tradisi atau pegangan yang sedia wujud dalam sesuatu masyarakat. Namun, dalam urusan kehidupan biasa tidaklah begitu ditentang kerana biasanya ia tidak banyak mencabar kepentingan pihak lain. Pembaharuan dalam reka bentuk pakaian (fashion design) umpamanya, tidak akan mendapat tentang yang banyak. Ia lebih kepada soal pilihan peribadi yang bukan bersifat prinsip. Cumanya, samada reka bentuk yang baru itu mendapat tempat atau tidak, ia membabitkan soal kehendak pelanggan atau market-demand. Ini selagi mana ia tidak membabit soal pengaruh dan kuasa politik pihak lain.

Namun perubahan yang paling sukar adalah dalam dua bidang; pertama,

dalam bidang keagamaan. Kedua, dalam bidang politik. Ini kerana kedua bidang ini

1 Za’ba, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri, m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005

2

membabitkan kepentingan pihak yang berkuasa dan mempunyai kedudukan

istimewa dalam masyarakat yang sukar untuk dipisahkan.

Sebab itu dalam sejarah semua bangsa dan agama, usaha pembaharuan

dalam dua bidang ini sering memakan korban yang banyak. Jika kita baca cabaran

usaha pembaharuan yang dilakukan oleh Martin Luther (1482-1546M)2 yang

mengasaskan Mazhab Protestan dalam Kristian, amat besar dan hebat. Kebangkitan

beliau mencabar ajaran dan kuasa Pope atau Katholik mendapat tidak balas yang

menakutkan. Gerakan pembaharuan yang dikenali sebagai Protestant Reform

dianggap sebagai Christian Reform Movement yang terbesar dalam sejarah Kristian

dan Eropah. Ramai yang menjadi korban dan Martin Luther sendiri hampir dibunuh.

Demikian juga pembaharuan dalam politik. Ramai yang menjadi mangsa atau

terkorban. Mereka itu sekalipun bukan muslim, tetapi terpaksa juga membayar

harga pembaharuan dengan bayaran yang mahal. Pengorbanan hidup dan keperitan

perjuangan terpaksa direntasi. Orang yang seperti Nelson Mandela sanggup

dipenjarakan demikian lama untuk mengubah lanskap politik negaranya. Dalam

bukunya ‘Long Walk to Freedom’ 3 beliau mencatatkan misi dan kepayahan

perjuangannya.

Ramai lagi mereka yang bukan muslim sanggup berkorban atas prinsip-prinsip kemanusiaan yang mereka yakin. Maka, apakah wajar kita yang muslim tidak menyumbang kea rah tajdid atau pembaharuan yang sememangnya merupakan titah Allah dan rasulNya.

Gabungan Kuasa Agama Dan Politik

2 Beliau adalah theologian Kristian di German. Professor theology di Wittenberg. Bangkit menentang apa yang disifatkan penyelewengan, bidah, salahguna kuasa dan pelbagai kesalahan lain yang merebak dalam ajaran Kristian ketika zamannya. Sehingga akhirnya, terasasnya Mazhab Protestan.

3 Antara yang menarik beliau sebut: “It was during those long and lonely years that my hunger for the freedom of my own people became a hunger for the freedom of all people, white and black. I knew as well as I knew anything that the oppressor must be liberated just as surely as the oppressed. A man who takes away another man's freedom is a prisoner of hatred, he is locked behind the bars of prejudice and narrow-mindedness. I am not truly free if I am taking away someone else's freedom, just as surely as I am not free when my freedom is taken from me. The oppressed and the oppressor alike are robbed of their humanity”. (Mandela, Long Walk to Freedom, 617. South Africa: Macdonald Purnell).

3

Untuk menahan arus perubahan atau reform yang boleh menjejaskan kepentingan kuasa dan pengaruh yang dimiliki, maka dalam sepanjang sejarah golongan agama dan politik saling bergantung antara satu sama lain dalam memastikan survival kuasa dan aliran yang dipegang. Maka, sering kali orang politik menggunakan orang agama untuk mengukuhkan kuasa mereka, dan golongan agama pula menggunakan orang politik untuk mengukuhkan pengaruh, kedudukan dan sekaligus aliran kefahaman yang dipegang.

Saya pernah jelaskan, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila ‘iman rakyat’ dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan ‘Tuhan’ atau ‘pegangan agama’ adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin. Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai ‘tuhan’ atau ‘jelmaan Tuhan’ adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai ‘iman rakyat’. Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadang-kala atas tujuan sedemikian.

Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau ‘Tuhan’, tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya.

Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian dari kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian ‘penguasaan politik’ atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya. Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang ‘senior’ tidak mahu memberi laluan kepada ‘imam junior’ di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampong. Walaupun kadang-kala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun ‘pengaruh politik agama’ amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampong, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar?! Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea atau pemikiran semata, tetapi kerana ‘kemaruk kuasa’ seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan

4

wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka. Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H):

م��ا رأيت الزه��د في ش��ئ أق��ل من��ه في الرئاس��ة، ت��رى الرج��ل يزه��د في المطعم والمش��رب والم��ال والثي��اب، ف��إن ن��وزِع الرئاس��ة، ح��امى عليه��ا،

وعادى“Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya”4.

Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat.

Hamka

Hamka ataupun nama penuhnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim bin Amrullah lahir di Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau kembali ke rahmatullah pada 24 Julai 1981 di Jakarta.

Nama asal ayahnya ialah Rasul namun setelah pulang dari Mekah ditukar kepada Haji Abdul Karim kerana menurut adat yang dipakai ketika itu apabila seseorang sudah menunaikan haji diberikan nama baru5.

Ayahanda beliau seorang ulama yang belajar di Mekah, kemudian pulang ke Sumatera menjadi pejuang islah di tanahairnya.

Anak Seorang Pejuang

Ayah Hamka, ‘Tuan Rasul6’ yang kemudian memakai nama Haji Abdul Karim itu bangkit membantah amalan Tarikat Naqsyabandiyah di tempat. Sekalipun ayahnya sendiri (datuk Hamka) merupakan antara tokoh tarikat berkenaan7.

4 Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262, Beirut : Muassasah al-Risalah.5 Lihat: Prof Hamka, Ayahku, m/s 104. Selangor: Pustaka Dini 2007.6 Gelaran masyarakat kepada beliau.7 Ibid, m/s 108.

5

Hamka meriwayatkan kisah debat ayahnya dengan ulama-ulama tua Padang seperti yang diceritakan kepada Hamka murid ayahnya Tuanku Syeikh ‘Abbas:

“Setelah dimesyuaratkan dengan secara halus, diadakanlah oleh Haji Jamil Kampung Pondok Padang, suatu jamuan makan di rumahnya. Dipanggillah ulama-ulama Padang yang ternama, iaitu Tuan Syeikh Khatib Ali, Khatib Sayidina, Tuanku Syeikh Bayang, Tuanku Syeikh Seberang Padang dan Imam Masjid Ganting. Dari pihak kami hadir Ammi Daud, saya sendiri (Tuanku Syeikh Abbas), Haji Abdullah Ahmad dan Haji Abdulkarim Amrullah. Sehabis makan bersuka-suka, barulah Haji Jamil meminta fatwa kepada ulama yang hadir untuk menjadi pegangan hidupnya iaitu tentang Tariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah yang sekarang banyak menjadi perbincangan. Kerana ulama-ulama telah lengkap hadir dia meminta fatwa daripada mereka tentang boleh atau tidaknya Tariqat itu.

Semua ulama yang hadir saling memandang hendak menjawab. Kami golongan yang telah berpegang dengan pendirian Syeikh Ahmad Khathib berdebar-debar menanti pendirian dari 'Tuan Rasul' (panggilan kepada ayah Hamka). Akhirnya kerana masih bertolak-tolakkan hendak menjawab itu, beliau pun tidak sabar lagi. Beliaulah yang terlebih dahulu menyatakan pendirian bahawasanya merabithahkan guru dalam melakukan suluk itu tidak ada asal pada Syariat. Kaifiat-kaifiat yang dibuat penganut-penganut Tariqat itu tidak ada yang berasal dari Nabi Muhammad (s.a.w). Suaranya lantang dan tegas. Bukan main gembira kami mendengar keterangannya itu. Haji Jamil selalu pula mengemukakan bantahan seakan-akan mempertahankan Tariqat. Tetapi setiap bantahan yang didatangkan ditolaknya pula dengan hujah yang tegas. Akhirnya ulama-ulama tua tadi tidak dapat menahan hatinya, lalu tampil mempertahankan Tariqat. Satu demi satu mereka itu ditentang oleh Tuan Rasul dengan hujahnya yang kuat dan suaranya yang lantang, apatah lagi kalau beliau tersinggung, beliau lekas marah. Tetapi marahnya itu bukanlah menghilangkan akalnya, melainkan penambah kuat hujahnya dan hebat tangkisannya apabila diserang.

Kira-kira pukul 12 tengah malam terlanjurlah dari mulutnya perkataan : "Anak kecil yang baru belajar alif-ba-ta pun dapat memahami keterangan saya itu".

Perkataan yang agak kasar ini amat menyinggung ulama-ulama tua tadi. Sampai salah seorang di antara mereka berkata : "Sedangkan saya yang telah tua ini lagi tidak dapat mengerti apa yang Haji katakan itu, apatah lagi anak kecil".

Lantaran perang mulut yang demikian, suasana sudah menjadi amat panas dan telah berkisar dari pertukaran fikiran ilmiah menjadi kemarahan. Ulama-ulama tua tidak lagi mempunyai hujah yang kuat untuk mempertahankan Tariqat. Kami yang membantah Tariqat hanya sedikit-sedikit sahaja lagi yang bicara. Yang banyak mengeluarkan alasan ialah Tuan Rasul. Kami merasa gembira benar malam itu.

6

Tetapi melihat mereka sudah panas, seorang yang hadir mengusulkan supaya pertukaran fikiran ditangguhkan pada pukul 9 pagi esok, di rumah Haji Jamil di Pondok itu juga. Kedua belah pihak bersetuju dan majlis pun bersurai dalam suasana yang kurang jernih.

Tetapi rupanya pada malam itu juga, ulama-ulama tua di Padang tadi sudah membuat cara yang lain. Dikatakan bahawa ulama-ulama muda dari Darat hendak mengacau di Padang dan mencuba hendak mengalahkan ulama Padang. Orang-orang parewa anak Padang disuruh berkumpul dan kalau perlu ulama-ulama muda dari Darat itu diberi ajaran yang setimpal!”8

Ini bukan bererti Hamka ataupun ayahnya menolak Tasawuf, namun ilmu tasawuf yang diterima ialah yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang bebas dari karut marut yang tiada asalnya dari dua sumber yang agung itu. Hal ini disebut oleh Hamka: “..yang penting ertinya untuk menentukan persimpangan jalan di antara tasawuf yang asli menurut sunah, dengan tasawuf yang sudah bercampur aduk dengan perbuatan yang membawa kepada wasilah, iaitu mengadakan perantaraan di antara seorang hamba dengan Tuhannya, dengan tasawuf yang tetap berpegang pada pengkalan Tauhid, iaitu mengadap Tuhan secara langsung, tidak melalui perantaraan”9

Prof Hamka menceritakan pendirian ayahnya ketika kematian atuknya yang terpaksa menghadapi adat yang tidak berasal dari ajaran Islam. Kata Prof Hamka: “Sebagai anak yang mencintai ayah, beliau turut bersama saudara-saudaranya yang lain memandikan ayahnya, bersama-sama juga adik ayahnya (amminya). Tetapi setelah penghulu-penghulu dan ulama-ulama, tuanku-tuanku dan lebai-lebai di seluruh Danau memutuskan hendak mengadakan kenduri kerana kematian itu, beliau menyatakan pendirian yang tegas, bahawa kenduri kerana kematian adalah haram dalam agama, wahsyah namanya. Sama hukum dengan meratap. Yang berasal dari agama hanyalah jika orang pergi menjenguk kematian membawa makanan untuk orang yang tengah ditimpa dukacita itu, sebaiknya makanan dimasak. Fatwa ini dilancarkannya disuraunya di Muara Pauh”10.

Dalam suasana yang penuh semangat dan melalui pelbagai rintangan, Hamba membesar sebagai anak seorang dai yang berusaha melakukan islah dalam masyarakatnya.

Semangat Ayah

8 Ibid m/s 110-112.9 Ibid m/s 114.10 Ibid m/s 117.

7

Semangat perjuangan ayahnya menyerap masuk ke dalam jiwanya. Ini dapat kita lihat apabila Prof Hamka menceritakan pengalaman ayahnya dengan penuh semangat.

Umpamanya, ketika Prof Hamka mencerita bagaimana ‘ulama-ulama tua’ (istilah digunakan Hamka) menentang kedatangan ayahnya ke Tanah Melayu pada tahun 1916. Kedatangan ayahnya ditentang oleh mufti-mufti Tanah Melayu. Hamka memetik kata-kata ayahnya: “Menjadi mufti dalam kerajaan-kerajaan melayu itu sangatlah megahnya. Memakai pakaian rasmi yang pakai polet, berpisang sesikat di bahu, jubah berukir-ukir benang emas, dan serban dari sutera dan berkereta sendiri. Rakyat pun sangat takut dan taat, sisanya dimakan, sepah sirihnya dikunyah, dan kalau beliau ingin hendak kahwin bismillah”.

Seterusnya Prof Hamka mengulas: “Sebelum beliau datang telah keluar fatwa Syeikhul Islam (gelaran mufti-pen) itu menyatakan bahawa akan datang ke mari seorang ulama yang sesat lagi menyesatkan, wahabi, kaum muda, tidak percaya kepada ulama-ulama dan keluar dari mazhab Syafi’I”11.

Prof Hamka juga menceritakan bagaimana beliau nekad seperti ayahnya: “Bahkan seketika terjadi pertemuan ulama Sumatera-Malaya yang diadakan Jepun pada tahun 1943 di Singapura, sengaja beberapa orang ulama Singapura menemui kami sebelum ke perjumpaan di mulai, menyatakan bahawa sekali-kali jangan dibawa ke mari fahaman-fahaman yang keluar dari Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan keluar dari Mazhab Syafi’i. Ketika ada kawan-kawan yang nakal memberitahu bahawa saya anak Haji Rasul, mata ulama itu ‘melotot’ serupa biji rambutan melihat saya dan saya pun jadi nekad pula sebagai mana nekadnya ayah saya. Takut benar ulama-ulama di sana pada waktu itu bahawa Mazhab Syafi’i akan berubah lantaran Kaum Muda Sumatera atau Muhammadiyyah di Jawa...alangkah sempitnya, perkara pakaian pun mereka kaitkan dengan mempertahankan berfikir dalam satu mazhab…tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!”12

Rintangan Fitnah

“Memang apabila orang kehabisan hujah dan alasan, mereka pun kembali memakai perkakas fitnah. Dan inilah yang menyebabkan pecah belah umat Islam, berkaum tuan berkaum muda. Bagi kami yang dikatakan kaum muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya boleh dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain

11 Ibid m/s 16012 Ibid m/s 162.

8

adalah daripada penganut Mazhab Hanbali dan memang mazhab Hanbali terkenal mazhab yang keras mempertahankan sunah. Dan yang berpengaruh memperbaharui faham Mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi bukanlah satu penghinaan.”13

Prof Hamka menceritakan bagaimana strategi fitnah yang dilalui oleh gerakan pembaharuan yang didokong oleh beliau dan mereka yang lain.

“Bersama dengan penghinaan kepada Wahabi, diperbuat pula buku-buku yang memburukkan as-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, dan as-Syeikh Muhammad Abduh, dan al-Sayyid Rasyid Ridha. Yang sangat bersemangat membuat buku demikian ialah al-Syeikh Yusuf bin Ismail al-Nabahani yang menjadi kadi di mahkamah Beirut dalam Kerajaan Turki. Bukunya ‘Shawahidul haq’ penuh dengan kata-kata yang penuh dengan fitnah dan penghinaan…kitab-kitab seperti inilah yang sampai ke tangan kaum-tua. Oleh kerana mereka biasa dengan taklid tidaklah mereka mahu membaca pula kitab-kitab lain yang menerangkan pokok-pokok pendirian yang sebenar daripada orang yang dihina dan dicela itu. Syeikh Yusuf al-Nabahani menyatakan bahawa as-Sayyid Jamaluddin dan Syeikh Muhammad Abduh tatkala mati terjulur lidah! Maka lekatlah kata-kata ini pada seluruh pembaca kitabnya. Syeikh Nabhani tidak sanggup menerangkan apakah kesalahan beliau-beliau itu, melainkan membuat fitnah yang tidak-tidak. Sampai as-Sayyid Rasyid Ridha dikatakan sama dengan Abu Jahal. Sehingga orang yang otaknya telah beku dan fikirannya tidak jalan, telah percaya kepada fitnah yang dibawa oleh al-Nabhani itu. Oleh kerana ulama yang mula-mula melepaskan tauhid Islam yang suci daripada khurafat dan bidaah mutasawwifin (kelompok sufi-pen) ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan muridnya-muridnya Ibnu Qayyim maka beliau-beliau inipun tidak pula lepas daripada serangan. Segala kata yang bukan-bukan pula yang diperbuat atas diri beliau-beliau itu. Memang apabila orang kehabisan hujah dan alasan, mereka pun kembali memakai perkakas fitnah. Dan inilah yang menyebabkan berpecah-belah umat Islam, berkaum tua berkaum muda”14.

Isu Kaum Tua-Kaum Muda

Prof Hamka mengkritik gelaran Kaum Muda kepada golongan pembaharuan. Kata Hamka: “Menurut lughah yang dipakai dalam bahasa Arab dinamai ‘Mazhab Salaf’ dan salaf itu ertinya nenek moyang yang dahulu-dahulu. Lawannya ialah al-khalaf. Di Mesir golongan Muhammad Abduh dinamai mazhab al-salaf, orang Wahabi di Tanah Arab supaya dirinya juga Mazhab Salaf: ertinya semuanya Kaum Tua. Inilah suatu pengertian yang salah yang berlaku di negeri kita selama 50 tahun. Maka tukang-tukang bidaah, tukang khurafat, tukang menambah-nambah tiang agama atas tiangnya yang asli sepatutnyalah digelarkan Kaum Muda. Dan yang hendak langsung

13 Prof Hamka, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, 76-77. Selangor: Pustaka Dini 2009.14 Ibid, m/s 76

9

berpegang dengan asal dan hulu agama, sepatutnya bergelar Kaum Tua! Dan Kaum Tua dan Kaum Muda di Indonesia dan Malaya dan Siam sudah taqlid saja erti yang salah 50 tahun lamanya”15.

Kata Hamka segala gelaran itu bukan sesuatu yang terbaik:

“Adapun saya sendiri tidaklah keberatan didakwa (sebagai) Kaum Tua sebab yang paling tua di dalam Islam ialah al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang muthi’ah dikatakan Kaum Muda pun boleh sebab telah terbiasa begitu. Tetapi, jika saya dikatakan (sebagai) orang Islam saja, tidak Kaum Tua, tidak Kaum Muda, itulah yang lebih baik. Saya sefahaman dengan pangkal kata mufti (bahawa) tidak ada berkaum-kaum seperti itu di dalam asal Islam.

Kata Hamka lagi: “Kaum Muda (dan) Kaum Tua pun tidak dapat diukur pada umur. Ada seorang tua yang umurnya telah 90 tahun dan wafat di dalam usia lebih 90 tahun. Di dalam usia setua itu, dia masih mengeluarkan “Risalah Penebas Ke Atas Bid’ah-Bid’ah Di Kepala Batas” yang isinya menegakkan Sunnah Rasulullah s.a.w. Dialah asy-Syaikh Tahir Jalaluddin. Ada (pula) seorang pemuda di bawah umur 20 tahun, padahal dia tidak mahu berpegang kepada Sunnah Rasulullah s.a.w.! Dia hanya berkeras mempertahankan apa yang telah diterima daripada nenek moyangnya! Tak mahu berganjak!

Siapakah antara kedua-duanya yang Kaum Tua? (Dan) siapa (pula) yang Kaum Muda? Oleh sebab itu, pada hakikatnya, tidaklah ada faedahnya kita memakai segala gelaran atau nama yang akan mendatangkan ragu-ragu atau perpecahan, sebagaiman sabda Tuhan di dalam al-Quran, “wala tanabazu bi-l-alqab”, ertinya janganlah kamu bersenda-senda pada gelaran-gelaran”16.

Membela Perjuangan

Berkaitan dengan tajuk ini, ingin disentuh sepucuk surat Hamka yang panjang lebar kepada Mufti Johor ketika itu, iaitu al-Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad. Surat itu dinamakan Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, sekarang telah dijadikan sebuah buku yang dijual di pasaran. Surat ini sekalipun membabitkan persoalan yang kadang-kala menyentuh soal sikap dan peribadi individu, namun ia penting untuk dibaca sebagai pengajaran kepada mereka yang ingin membangunkan Islam. Mempelajari sejarah lepas adalah panduan penting bagi kehidupan insan di hari ini dan akan datang. Sejarah jika tidak diingati untuk pengiktibran bak kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”. Membaca sejarah bukan bertujuan untuk mengungkit kesalahan orang yang lepas atau sudah tiada, tetapi panduan dan juga peringatan untuk mereka yang masih

15 Ibid m/s 9816 Ibid m/s 99.

10

hidup kerana para pelakon di pentas sejarah itu datang dan pergi, tetapi watak yang diwarisi tetap seiras. Al-Quran menceritakan sejarah penentang Nabi Musa a.s. dan kerakusan Firaun, bukan untuk kita pergi Mesir menyokong Nabi Musa, atau bersiap menentang Firaun Mesir. Mereka semua sudah tiada lagi dan hanya tinggal dalam lembaran, tetapi watak perjuangan Musa dan kerakusan Firaun terus diwarisi zaman berzaman. Maka kita wajib bersama dengan perjuangan ala Musa, dan menentang kerakusan watak ala Firaun. Demikian al-Quran menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf a.s. dan adik-beradiknya, bukan untuk kita mengungkit kesalahan adik-beradik Yusuf, tetapi pengajaran dan panduan untuk kita yang masih hidup.

Berbalik kepada surat Prof Hamka, dalam menghadapi pemikiran pembaharuan pada zaman tersebut, Mufti Johor berkenaan telah mengeluarkan kenyataan yang bercampur fitnah kononnya kelompok pembaharuan yang dituduh sebagai kaum muda atau pun wahabi penyebab orang jadi sesat, anti-mazhab, menolak ulama, terpengaruh dengan musuh Islam dan berbagai lagi. Kenyataan itu dibuat menerusi akhbar pada 14 Julai 1958. Prof Hamka sekalipun dari Indonesia mengambil tanggungjawab menjawab fitnah-fitnah tersebut. Kata Prof Hamka: “Melihat cara-caranya samahah al-mufti sebagai pembela kaum-tua di dalam menghentam kaum-muda bagi beliau rupanya tidaklah mengapa memukul kaum-muda dengan membuat fitnah…sekarang samahah al-mufti rupanya memakai cara-cara pula: matlamat menghalalkan cara. Asal saja kaum-muda dapat dipukul hancur tidaklah mengapa berdusta..”17

Kata Hamka juga dalam surat tersebut: “Maka orang tua yang dahulunya berusaha keras mempertahankan gelaran itu dengan segala daya upaya, menuduh sesat, zindiq, Wahabi, mulhid, orang tua itu sekarang masih hidup untuk menyaksikan dengan kepalanya sendiri kemenangan yang sekian kalinya dari gerakan kaum-muda! Akhirnya, semua orang hendak dikafirkannya”18

Katanya juga: “Maka pengalaman kita sejak 50 tahun patutlah mennjadi ikhtibar kita sekarang, banyak isi kitab yang tersembunyi dikeluarkan. Dan banyak tumbuh masalah baru yang hendak kita kiasi dan kita tapis! Jangan marah tetapi telek baik-baik, bicara dengan tenang. Kerana kalau disambut hanya dengan marah, tentu yang mengeluarkan pendapat itu marah campur pula orang awam. Maka bahas berganti jadi jidal, tumbuhlah permusuhan! Pengalaman 50 tahun jadi pelajaran bagi kita. Hanya kucing saja yang tidak berubah kerana pengalaman walaupun bermukim di Mekah 20 tahun. Memang ada juga orang yang tidak suka berebut-rebut. Jangan buka-buka masalah baru. Biarkan orang tinggal bodoh seperti dahulu dan kalau adapun fatwa dari mufti, hendaklah terima dengan: Na’am! Tetapi orang itu sudah sangat jauh ditinggalkan keretapi!” 19

17 Ibid m/s 85.18 Ibid m/s 48.19 Ibid m/s 49.

11

Dakwaan Tidak Hormat Ulama

Antara perkara yang sering dibangkit ketika itu ialah Kaum Muda tidak menghormati ulama. Prof Hamka menjawab tuduhan ini dengan berkata: “Kadang-kala dikatakan Kaum Muda tidak hormat kepada ulama. Padahal yang mereka katakan ulama itu bukanlah Imam Malik atau Imam Syafie, tetapi beberapa pegawai kerajaan yang memakai serban dan jubah. Dan beliau pun merasakan dirinya ulama kerana pada tangannya sudah ada surat tauliah”20

Seperti biasa, golongan yang tidak puas hati dengan gerakan pembaharuan sering memutar belit maksud kelompok tajdid yang menyatakan tidak salah kita melihat hukum dari berbagai mazhab dan tokoh. Mereka yang membantah itu menganggap mengkritik pandangan itu sebagai menghina tokoh. Ini kerana sikap kelompok agama berkenaan yang pantang dikritik dan menganggap seakan pandangan tokoh agama kesemuanya mesti ditelan. Hal ini kita dapat lihat kelangsungannya sehingga hari ini. Di mana akan ada kelompok yang menghalang umat Islam untuk melihat sendiri teks asal perkataan-perkataan imam-imam berkenaan bagi mengetahui apakah yang dikatakan pendapat mazhab itu benar-benar dari imam berkenaan atau andaian semata. Juga untuk sendiri membandingkan pandangan-pandangan mereka secara ilmiah dan membuat pilihan yang terbaik. Kelompok ini akan membantah dengan seakan berkata: terima sahaja apa yang kami beritahu, jangan sibuk yang menyemak yang asal! Jangan hendak dibuat kajian perbandingan, terima sahaja apa yang kami cakap. Prof Hamka menjawab hal ini dengan katanya:

“Kedua, kata orang kami tidak menghormati ulama. Sebab mereka pun telah memasukkan pula sebuah lagi tiang baru ke dalam Islam, iaitu wajib menghormati ulama. Wajib taklid kepada ulama! Wajib taat kepada guru. Hal ini saya huraikan dengan saksama, kaum muda amat hormat kepada: ulama. Kaum-muda insaf bahawa pengetahuan yang kita dapat sekarang ini, manakan sampaikan ke tangan kita kalau bukan lantaran ulama. Kami sangat patuh kepada ulama ikutan kita keempat-empatnya: Imam Malik, Imam Syafie, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal. Demikian cinta hormati kami kepada beliau-beliau sehingga kalau ada ulama yang menjadi pengawal di luar yang mencuba-cuba menghalangi kami buat bertemu dengan pendapat-pendapat beliau-beliau, kami sirwak (memalukan) apa ulama lain itu, dan kami berkata kepinggirlah engkau! Kami hendak bertemu dengan beliau keempat-empatnya (imam empat) menyuruh kami meneruskan perjalanan ke atas, ke hulu agama: kepada al-Kitab dan as-sunnah dan keterangan-keterangan yang diberikan oleh orang yang terdekat kepadanya, iaitu sahabat-sahabat Rasulullah.

20 Ibid m/s 66.

12

Padahal tatkala kami masih di muara-muara, banyak benar yang menghalangi. Datang syeikh fulan dan sudah jauh di bawah mutaakhirin (kebelakang), bahkan mutaakhiril mutaakhirin (kebelakang dari yang belakang) melarang keras! Jangan pergi ke hulu. Jangan! Haram! Padahal kami tidak mahu dihalang-halangi lagi. Maka dituduhlah kami sesat, siapa kita yang sesat?21

Berikut Prof Hamka menjawab tuduhan kononnya kelompok pembaharuan tidak menghormati guru-guru agama yang sedia ada. Kata Hamka: “Alhasil bagi kami ijtihad itu harus digalakkan dan bagi kaum tua pula “taklid dijadikan tiang agama” dan kalau kami bantah taklid, dikatakan kami merosakkan tiang agama. Kadang-kadang dituduh kaum-muda tidak hormat kepada guru. Lantaran itu dikata pula merosak tiang-tiang agama. Yang sebenarnya kami hormat kepada guru dan hormat kepada ibubapa. Sebagai juga saudara-saudara muslimin yang lain. kedudukan guru sama dengan kedudukan ibubapa wajib dihormati dan dimuliakan. Tetapi kalau guru itu silap jalannya, maka sebagai tanda kami hormat ialah kami tegur, dan jika dibawanya dengan sengaja atau tidak dengan sengaja kepada yang salah, kami tidak akan menurut”.22

Tidak Hormat Kaum Sayyid

Kata Hamka: “Disiarkan berita bahawa Kaum Muda membenci ahlu bait, tidak hormat kepada kaum sayyid, zuriat Rasul”23

Berkaitan kaum sayyid, Prof Hamka mengkritik keras dakwaan Ibn ‘Arabi iaitu tokoh rujukan sebahagian besar golongan tarekat yang menyatakan kita hendaklah menerima apa sahaja yang dilakukan oleh mereka yang berketurunan Nabi s.a.w. atau kaum sayyid kepada kita. Kata Prof Hamka: “Tegasnya menurut fatwa Ibn Arabi ini kalau bangsa sayyid atau habib mengambil harta-benda kita hendaklah redha, hendaklah serahkan, hendaklah sabar, kalau diganggunya diri kita ditamparnya, dipukulnya hendak redha, hendaklah menyerah, hendaklah sabar. Sebab beliau cucu nabi kita dan kalau diganggunya kehormatan kita sehingga kita jadi malu, hendaklah redha, hendaklah menyerah, hendaklah sabar, kalau diganggu anak isteri kita dan kaum keluarga kita, hendaklah terima dan redha dengan menyerah dan sabar…maka perkataan Ibn Arabi ini ditanamkanlah kepada orang awam. Padahal sangat membawa hinanya sesetengah manusia di hadapan yang setengahnya, sehingga lebih hina mereka daripada budak yang telah sepuluh kali dijual dan sepuluh kali berganti tuan. Walaupun hartanya atau dirinya bahkan walaupun anak gadisnya diganggu oleh ahli bait, zuriat Rasul, dia menyerah saja dan wajib memandang itu sebagai nikmat sesudah iktisadnya dann hidupnya dijajah oleh British dan Belanda

21 Ibid m/s 63.22 Ibid m/s 65.23 Ibid m/s 67

13

dan Cina, maka jiwanya pula wajib dijadikannya sebagai budak dan jajahan kepada kaum sayyid”24

Penutup

Kertas ini hanya menyebut secebis dari pengalaman Prof Hamka dalam melayari perjuangan pembaharuan di Indonesia dan Nusantara. Sesiapa yang membaca tulisan dan karya beliau akan terasa bahang semangat pembaharuan itu dalam jiwa Prof Hamka. Tanpa mengetahui latar fikir Hamka, seseorang mungkin tidak memahami apa yang tersirat dan tersurat dalam karya-karya beliau.

24 Ibid m/s 72.

14