Kerangka Modul KBAT

download Kerangka Modul KBAT

of 20

description

kbat

Transcript of Kerangka Modul KBAT

KBAT2014

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH MENENGAHBAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS 1

TajukPEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH

TopikKemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT )

Masa2 Jam

A. Objektif

Pada akhir sesi ini peserta dapat:1. Menerangkan maksud, rasional, prinsip dan isu dalam KBAT

2. Mengenalpasti ciri-ciri KBAR dan KBAT dalam PdP lepas

3. Mengaplikasikan KBAT dalam pembinaan item

4. Membina 6 item mengikut aras kognitif Bloom (semakan semula) berpandukan stimulus yang disediakan5. Meningkatkan kemahiran teknik penyoalan dalam pelaksanaan PdP

B. Kandungan Kursus

1. Hubungkait antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara ) PPPM2. Teknik penyoalan

3. Kepentingan penyoalan berkesan dalam PdP

C. Kaedah dan Strategi

Kandungan

Strategi/Proses

Masa

Peranan

Bahan

Tayangan Video Abad ke-2110 minitVideo1.KBAT

Menerangkan maksud, rasional, prinsip dan isu dalam KBAT Mengenalpasti ciri-ciri KBAR dan KBAT dalam PdP lepas Mengaplikasikan KBAT dalam pembinaan item

Kuliah

- Hubungkait antara KBAT dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

10 minit

JU: Menyampaikan kuliah

Slaid

Aktiviti 1

-Kenalpasti ciri-ciri KBAT &KBAR dan peranan guru berdasarkan artikel secara kumpulan

15 minit

Peserta : Pembentangan secara rawak

Pen

Kertas A4

2. Teknik Penyoalan Tujuan Penyoalan Soalan yang

Berkesan Intelek 3 aras Pembinaan item mengikut Taksonomi Bloom ( semakan semula ) Kemahiran

menyoal

Kuliah

30 minit

JU: Memberi kuliah

Peserta: Think, Pair, ShareSlaid

Aktiviti 2

Membina 6 soalan mengikut aras kognitif Taksonomi Bloom

( semakan semula)

Berdasarkan :

Gambar

Tayangan video Si Tanggang

40 minit

JU : Membimbing peserta membina item

Peserta : Membina item mengikut taksonomi Bloom (semakan semula)

Pen

Slaid

Kertas A4

Video Si Tanggang

Kuliah15 minit

Jumlah masa

120 minit

D. Bahan Kursus

1. Nota kursus

2. Slaid pengajaran

3. Bahan edaran4. Tayangan video

E. Alatan

1. Komputer riba

2. Projektor LCD

3. Alat tulis

4. Kertas A4

F. Penilaian

1. Praujian dan Pasca ujian

2. Soalan lisan

G. Rumusan / refleksi

1. Perbincangan hasil kerja

2. Berasaskan borang penilaian kursus

H. Rujukan

1. Modul KBAT 2013, KPM

2. Modul pedagogi sains 2013, KPM

NOTA

PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs) adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran sains pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT bermula Januari 2013.

APA ITU KBAT?

Berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab, atau membuat penentuan. (Beyer, B.K., 1991).

KBAT ialah kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian.

Senk, et al (1997) characterized HOT as solving tasks where no algorithm has been taught, where justification or explanation are required, and where more than one solution may be possible.

Maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan percaya bahawa masalah atau situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih daripada satu cara penyelesaian.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. (KPM 2013)

KBATPenerangan

MengaplikasiMenggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara

MenganalisisMencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan

MenilaiMembuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta membuat justifikasi

MenciptaMenghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif

TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT

1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman

2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)

3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan

4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik

APA YANG GURU PERLU UBAH?PERANAN GURU UNTUK KBAT

1. Ubah cara berfikir

2. Ubah cara menyoal

3. Ubah cara memotivasi

4. Menekankan aktiviti hands-on

5. Ubah jenis tugasan

6. Ubah cara pentaksiran

7. Ubah cara berkomunikasi

1. Memastikan murid aktif dalam PdP

2. beri peluang kepada murid berbincang, bertanya dan memberi pendapat

3. Mempelbagaikan strategi

4. Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi

KEMAHIRAN KRITIKAL YANG PERLU DIKUASAI OLEH MURID DI ABAD KE-21

NOTA

TEKNIK PENYOALAN

SOALAN BERKESAN1. Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan tertentu)2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)3. Ringkas (dinyatakan dengan perkataan yang mungkin)4. Memprovokasi pemikiran (meransang pemikiran dan tindak balas)5. Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci)6. Skop terhad (soalan yang bercapah akan mengelirukan)7. Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza)KESILAPAN UMUM SEMASA PROSES PENYOALAN

1. Tanya terlalu banyak soaln pada masa yang sama

2. Tanya soalan kemudian menjawabnya sendiri

3. Tanya soalan hanya kepada pelajar yang pandai di dalam kelas

4. Tanyakan soalan yang sukar terlalu awal

5. Tanya soalan yang tidak ada kaitan

6. Selalu tanya jenis soalan yang sama

7. Memberi masa untuk murid berfikir sebelum menjawab soalan

JAWAPAN SOALAN KBAR DAN KBAT

1. Apakah ketumpatan bongkah X?

0.25 g/cm3KBAR

2. Apakah ketumpatan bongkah Y?

2.0 g/cm3KBAR

3. Perihalkan keadaan bongkah X dan Y di dalam air

Bongkah X timbul manakala bongkah Y tenggelamKBAR

4. Berikan satu inferens mengenai kedudukan bongkah X di dalam air

Ketumpatan X kurang tumpat daripada airKBAT

5. Ramalkan keadaan bongkah Z di dalam air jika ketumpatan Z ialah 0.8g/cm3 Bongkah Z akan berada di tengah antara bongkah X dan bongkah Y KBAT

PERBEZAAN KBAT DAN KBAR

Jika diperhatikan pada perbezaan antara soalan KBAT dan KBAR, dapat disimpulkan secara ringkas bahawa soalan KBAR adalah soalan yang terus kepada jawapan dan jawapan yang ada hanyalah betul atau salah sahaja. namun bagi soalan KBAT, pelajar perlu kreatif untuk mencari jawapan dan boleh memberikan jawapan lebih daripada satu.SOALAN KBAR VS KBAT

KBARKBAT

Tidak memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran berfikir pada aras tinggiMemerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi

Operasi yang perlu digunakan adalah jelasJawapan dan prosedur yang perlu digunakan tidak serta merta jelas

Menggalakkan lebih daripada satu jawapan

Terdapat lebih daripada satu jawapan

Memerlukan masa yang mencukupi untuk diselesaikan

Menggalakkan perbincangan dalam kumpulan untuk mendapatakan penyelesaian

AKTIVITI 1Artikel 1 ( Sumber : Berita Harian 2013/07/31)

Kaedah KBAT membantu pelajar dan guru berfikiran kritikal dan kritis serta dapat dapat diterap dalam aktiviti kokurikulum.

Transformasi ubah pengajaran dan pembelajaran, lebih bertumpu kepada peperiksaan dan menghafal.

Seremban: Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.Secara umumnya, mengikut taksonomi Bloom yang disemak semula, KBAT merujuk kepada empat aras teratas kemahiran berfikir (lihat grafik) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, manakala aras paling bawah yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) iaitu memahami dan menghafal.Kemahiran berfikir antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi kementerian untuk mereka berupaya bersaing pada peringkat global.

Pelajar tak lagi menghafal

Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung KBAT ialah inisiatif supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan, sebaliknya tahu menggunakannya. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin, berkata transformasi itu akan mengubah pengajaran dan pembelajaran yang sebelum ini lebih bertumpu kepada peperiksaan dan menghafal.Kita dapati keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap memuaskan.

Kajian mendapati antara punca kepada keadaan itu ialah soalan dalam kedua-dua ujian yang menjadi penanda aras tahap pendidikan antarabangsa berbentuk KBAT, iaitu bukan mengingat sesuatu fakta, tapi bagaimana hendak menggunakannya.Kita menyedari kelemahan itu, seterusnya membuat cadangan dalam PPPM supaya KBAT diberi penekanan, katanya kepada BH di sini.

Beliau berkata, walaupun KBAT wujud dalam kokurikulum sebelum ini, tidak dilaksanakan secara berfokus, sebaliknya konsep pemikiran itu hanya diharap digunakan pelajar secara semula jadi.

Katanya, pelaksanaan KBAT di bawah PPPM kali ini difokuskan kepada subjek Sains, Matematik dan Sejarah serta dilakukan secara menyeluruh membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran, soalan peperiksaan, penyediaan alat bantuan mengajar, malah diterapkan dalam aktiviti kokurikulum seperti kuiz dan pertandingan.

Konsep soalan peperiksaan ada elemen KBAT

Katanya, bagi memastikan pelajar mengaplikasi kemahiran berfikir, kementerian juga mengubah konsep soalan peperiksaan dengan memasukkan elemen KBAT dalam soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berperingkat.

Sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan KBAT dimasukkan dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM (50 peratus) menjelang 2016, katanya. Beliau berkata, untuk memastikan pelaksanaannya berjaya, guru terlebih dulu perlu mengikuti kursus jangka pendek dalam program i-Think kendalian Agensi Inovasi Malaysia, bagi membolehkan mereka menguasai teknik berfikir KBAT.Tahun ini, guru dari 500 sekolah dihantar mengikuti program ini dan tahun depan, kita mahu guru dari semua sekolah negara ini mengikuti kursus itu.Mereka akan pulang ke sekolah dan berkongsi kemahiran itu dengan rakan sejawatan seterusnya mengajar murid menggunakan teknik terbabit, katanya.

Lebih interaktif

Mengulas lanjut, Amin berkata, penekanan terhadap KBAT secara tidak langsung mengubah corak dan proses pembelajaran dalam kelas, menjadikannya lebih interaktif kerana memerlukan pembabitan aktif pelajar dan guru.Kita tidak lagi melihat proses sehala dengan guru berada di depan kelas mengajar, manakala murid hanya menyalin dan menghafal.

Sebaliknya guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajar, seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan, katanya.

Amin berkata, kejayaan pelaksanaan itu akan dinilai daripada keputusan peperiksaan pelajar, terutama cara pelajar menjawab peperiksaan berbentuk KBAT.Artikel 2

Kemahiran berfikir dalam pendidikan

Oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom

Guru harus melakukan penambahbaikan dalam proses pembelajaran agar murid-murid

PERUNTUKAN tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2013 yang lalu menggambarkan keprihatinannya terhadap usaha meningkatkan kualiti pendidikan.

Peruntukan tambahan ini adalah khusus untuk melaksanakan latihan, kursus atau penambahbaikan kepada guru berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skills.

Semasa berucap merasmikan Konvensyen Guru-Guru Muda 2011 di Shah Alam pada tahun lalu beliau pernah menjelaskan tentang perlunya negara mempunyai warga pendidik yang memiliki daya kreativiti dan inovasi yang tinggi selain komitmen dan sikap dedikasi terhadap profesion perguruan.

Ketika melayari era globalisasi ini golongan guru perlu berkemahiran tinggi dalam soal adaptasi dan bersikap proaktif serta melakukan penambahbaikan semasa menjalankan tugas.

Tindakan sebegini menyebabkan murid tidak merasa bosan ketika mengikuti proses pembelajaran. Najib berkata - Kita tidak mahu anak-anak kita hanya menggunakan kaedah menghafal atau rote learning dalam pembelajaran mereka.

Apakah sebenarnya kemahiran berfikir aras tinggi itu?

Secara umum terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.

Sebagai contoh kemahiran ini hanya memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada mereka. Kemudian meluahkannya semula sekiranya terdapat soalan yang memerlukan jawapan mereka.

Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan.

Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid.

Kemahiran berfikir aras tinggi ini mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuhkan pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu.

Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka.

Dalam proses pendidikan terdapat lima peringkat bagaimana kemahiran ini dapat disampaikan kepada murid secara terancang iaitu melalui set induksi, penggunaan bahan asas atau bahan bantu mengajar, aras soalan atau teknik menyoal, aktiviti atau gerak kerja dan latihan bertulis.

Dalam set induksi kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru akan menjelaskan tentang tajuk pengajarannya, matlamat dan apakah yang akan difahami selepas pengajarannya. Set induksi yang berkesan akan membolehkan murid bersedia mengikuti pengajaran guru dan merupakan langkah permulaan dalam proses berfikirnya.

Penggunaan bahan asas atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tajuk pengajaran akan membolehkan murid memahami dengan lebih jelas sesuatu istilah dan konsep. Malah ia akan menjadikan pengajaran guru lebih mudah diikuti dan menyeronokkan.

Melihatkan suasana pembelajaran yang berjalan dengan lancar maka guru hendaklah mengambil kesempatan dengan mengemukakan berbagai soalan kepada muridnya bermula dalam bentuk tahap yang rendah dan berkembang kepada soalan yang bertahap tinggi.

Ketika ini murid banyak menggunakan kemahiran berfikir mereka dalam menjawab soalan-soalan yang berbagai bentuk. Dalam masa sama, guru akan dapat menilai sama ada murid memahami pengajarannya.

Selanjutnya aktiviti atau gerak kerja pembelajaran akan dapat memperkukuhkan lagi pengajaran guru. Aktiviti seperti teka silang kata, kuiz, syarahan, bahas, lakonan, kerja berkumpulan, menyediakan projek dan gerak kerja di luar bilik darjah akan memantapkan lagi kefahaman murid. Sudah tentu murid akan membuat perbincangan, merujuk dan mencari maklumat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Akhirnya proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid melakukan latihan bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea baru. Di sinilah peluang kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar murid menjadi lebih produktif dan berdaya maju.

Sesungguhnya peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan digunakan untuk meningkatkan lagi kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru. Diharap langkah ini akan menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran PISA yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kata-kata aluan laporan awal Pelan tersebut - Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.

PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikir-dalam-pendidikan#ixzz2hCG26DYf Utusan Melayu (M) Bhd

Kenapa Perlu Penyoalan?

Penyoalan membantu murid berfikir secara kritis dengan memberi fokus secara eksplisit terhadap proses pemikiran. Semasa soalan yang teratur dan berstrukutur, murid memperlahankan proses pemikiran mereka dan meneliti proses tersebut. Penyoalan yang berfikrah dan teratur di dalam kelas berupaya mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran:

Model saintifik amalan inkuiri

Menyokong pembelajaran secara aktif dan berpusatkan pelajar

Membantu pembelajaran berasaskan inkuiri

Membantu murid membina pengetahuan

Membantu membentuk kemahiran menyelesaikan masalah

Meningkatkan ingatan pengetahuan jangka masa panjang

Petua Untuk Guru

Rancang soalan sesuai yang memberikan struktur dan arah kepada tajuk pengajaran.

Bina soalan yang jelas dan spesifik.

Masa tunggu: Diam, dengar dan tunggu sekurang-kurannya 5 -10 soalan untuk murid memberi respon.

Kekalkan fokus perbincangan.

Ikuti respons murid dan sentiasa undang mengembangkan perbincangan.

Rangsang perbincangan dengan soalan-soalan yang dapat mencungkil jawapan.

Rumus perkara-perkara yang dibincangkan secara berkala (contoh: papan hitam /overhead projector).

Cuba libatkan sebanyak pelajar yang mungkin dalam perbincangan.

Jangan kemukan soalan, Ya/Tidak , kerana tidak merangsang pemikiran atau merangsang perbincangan.

Jangan kemukakan soalan yang tidak jelas, kabur atau di bawah aras keupayaan murid.

4

Memahami

Kata kerja yang digunakan

Contoh soalan

Contoh aktiviti dan hasil

menerang mengintepretasi menggariskan membincang mengesan meramal menyatakan semula menterjemah membanding menggambarkan

Nyatakan dalam perkataan sendiri ... Beri gambaran ringkas .... Apakah yang akan berlaku selepas ini ...? Pada pendapat anda siapa..? Apakah perkara utama ...? Siapakah watak utama..? Apakah perbezaan antara..? Beri contoh untuk menyokong jawapan anda. Apakah definisi...?

Cari atau lukis gambar yang menerangkan peristiwa. Terangkan pendapat anda tentang idea utama. Sediakan satu jalur kartun yang menerangkan urutan peristiwa. Tulis dan lakonkan pementasan berdasarkan jalan cerita Ceritakan semula dalam perkataan sendiri Lukiskan satu aspek yang anda suka Tuliskan ringkasan Sediakan satu carta alir untuk menggambarkan urutan peristiwa Sediakan satu buku mewarna

Menganalisis

Kata kerja yang digunakan

Contoh soalan

Contoh aktiviti dan hasil

menganalisis membezakan menilai membanding menyiasat mengkategori mengenalpasti menerangkan memisahkan mempromosi

Peristiwa manakah akan berlaku..? Sekiranya ... berlaku, apakah peleraian yang akan berlaku? Apakah persamaan .. dengan ..? Apakah hasil lain yang mungkin...? Himpunkan mengikut perwatakan Apakah faktor yang anda ubah jika..? Kenapa perubahan ini berlaku? Banding perubahan yang anda kemukakan dengan yang disampaikan. Terangkan apa yang sepatutnya berlaku apabila..? Apakah persamaan..? Apakah masalah yang mungkin timbul? Apakah motif..? Apakah titik perubahan ...?

Bina sebuah soal selidik untuk mengumpul maklumat Reka sebuah iklan untuk menjual satu produk Bina sebuah carta alir yang mempunyai peringkat kritikal Bina sebuah jigsaw Bina sebuah salasilah keluarga untuk menunjukkan perhubungan Tuliskan sebuah biografi seseorang Sediaka laporan .. Anjurkan sebuah majlis lengkap dengan susun atur, langkah, rekod yang diperlukan Nilaikan hasil seni persamaan dan permasalahan

Menilai

Kata kerja yang digunakan

Contoh soalan

Contoh aktiviti dan hasil

mengadili memilih memutuskan membenarkan membahas mengesahkan berhujah mengesyorkan menilai membincang mengutamakan memberi kadar menentukan

Adakah terdapat satu penyelesaian yang lebih baik untuk ... Nilaikan ... Bolehkah anda mempertahankan kedudukan anda tentang ...? Adakah anda berfikir ... adalah baik atau sesuatu yang buruk? Bagaimana anda akan mengendalikan ...? Apakah yang mengubah ... Adakah anda akan mengesyorkan? Adakah anda percaya? Adakah anda seorang ... orang? Apakah perasaan anda jika ...? Adakah berkesan ...? Apakah pendapat anda tentang ...?

Sediakan satu senarai kriteria untuk menilai ... menunjukkan. Jalankan perbahasan tentang isu kepentingan khas. Buat buku catatan 5 peraturan anda anggap penting. Menyakinkan orang lain. Membentuk panel untuk membincangkan pandangan, misalnya "Pembelajaran di Sekolah." Tulis sepucuk surat kepada ... memberi nasihat mengenai perubahan yang diperlukan di ... Sediakan kes untuk membentangkan pandangan anda tentang ...

Mencipta

Kata kerja yang digunakan

Contoh soalan

Contoh aktiviti dan hasil

Mencipta Mereka Mengarang Meramal Merancang Membina Mereka bentuk Mengembangkan imaginasi Mengusul Menjana Mencipta formula

Adakah anda boleh mencipta? Mengapa tidak mengarang sebuah lagu..? Dapatkah anda melihat penyelesaian jika? Jika anda mempunyai akses kepada semua sumber , bagaimana anda akan berurusan dengan ...? Mengapa tidak anda merangka? Adakah anda mempunyai cara tersendiri ? Apakah yang berlaku jika.? Berapa banyak carakah anda boleh cipta ..yang baru dan luarbiasa untuk..? Bolehkan anda tulis resepi baru untuk hidangan yang sedap? Bolehkan anda bina kertas kerja untuk..

Cipta sebuah mesin untuk tugasan tertentu Reka bentuk sebuah bangunan untuk menempatkan kajian anda Cipta sebuah produk baru. Berikan nama dan merancang kempen pemasaran Menulis tentang perasaan anda berhubung dengan.........? Tulis rancangan TV, rancangan permainan, pertunjukan boneka, main peranan, lagu atau pantomim tentang ...? Rekabentuk rekod, buku, atau penutup majalah untuk ...? Jual idea. Merangka satu cara untuk ... ? Reka satu rentak atau meletakkan perkataan baru kepada melodi yang dikenali....?

Mengaplikasi

Kata kerja yang digunakan

Contoh soalan

Contoh aktiviti dan hasil

menyelesaikan menunjukkan menggunakan membuat ilustrasi membina meramal Melengkapkan menilai mengklasifikasi menggambarkan

Tahukah anda peristiwa lain di mana..? Bolehkah perkara ini berlaku ...? Himpunkan mengikut perwatakan Apakah faktor yang anda ubah jika..? Dapatkah anda mengaplikasikan kaedah ini dengan pengalaman sendiri? Apakah soalan yang akan ditanya...? Daripada maklumat yang diterima, bina satu set arahan untuk .. Adakah maklumat ini berguna jika anda ada...?

Bina sebuah model yang akan menunjukkan bagaimana ia berfungsi. Bina sebuah diorama untuk menceritakan sesuatu peristiwa. Ambil beberapa keping gambar untuk menunjukkan sesuatu perkara. Bina sebuah model tanah liat. Rangka satu strategi pemasaran produk anda menggunakan strategi yang diketahui sebagai panduan. Pakaikan anak patung dengan pakaian kebangsaan / tradisional. Lukis mural berdasarkan perkara yang sama. Tulis buku teks tentang

Blooms Taxonomy

(Revised)

Anderson and Krathwohl (2001)

Benjamin Bloom (1956)

HOTS

32

32

61

Mengingat

Kata kerja yang digunakan

Contoh soalan

Contoh aktiviti dan hasil

memberitahu menyenarai menggambar menghubung kait mengesan menulis mencari menyata menama

Apakah yang berlaku selepas...? Berapa banyak...? Siapakah itu yang...? Namakan...? Terangkan apa yang berlaku di...? Siapa yang memberitahu...? Beritahu kenapa...? Cari maksud bagi...? Apakah yang...? Yang manakah benar dan salah...?

Buat satu senarai tentang peristiwa-peristiwa utama .. Buat satu garis masa peristiwa. Buat satu carta fakta. Senaraikan fakta yang anda boleh ingat. Senaraikan kesemua.... Dalam cerita ini. Buat satu carta untuk menunjukkan... Buat satu akrostik Deklamasikan satu puisi.