Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

28
KEOBJEKTIFAN PENULISAN SEJARAH Keobjektifan penulisan sejarah merupakan sesuatu yang diimpikan oleh para sejarawan. Penulisan sejarah sememangnya perlu ditulis secara objektif. 1 Namun, keobjektifan penulisan sejarah tidak dapat dicapai kerana wujudnya penulisan sejarah secara subjektif. 2 Penulisan sejarah secara objektif diasaskan oleh Leopold Von Ranke (1795-1886). Bagi Ranke matlamat penulisan sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian- kejadian “sebagaimana sebenarnya berlaku” (wie es eigentlich gewesen) yang membiarkan fakta-fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan sejarawan. 3 Beliau menggariskan beberapa panduan seperti mempersembahkan fakta yang tulen, mengikis prasangka, 1 Objektif mengikut Kamus Dewan ialah kenyataan berasaskan kepada fakta yang sebenarnya dimana fakta tersebut tidak dipengaruhi oleh perasaan dan prasangka diri sendiri. Kamus Dewan edisi keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.1092. 2 Subjektif mengikut kamus dewan ialah fakta yang terbit berasaskan pandangan orang atau pihak yang melihat atau menilai peristiwa tersebut. Kamus Dewan edisi keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 1529. 3 Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 106. 1

Transcript of Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

Page 1: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

KEOBJEKTIFAN PENULISAN SEJARAH

Keobjektifan penulisan sejarah merupakan sesuatu yang diimpikan oleh para

sejarawan. Penulisan sejarah sememangnya perlu ditulis secara objektif.1 Namun,

keobjektifan penulisan sejarah tidak dapat dicapai kerana wujudnya penulisan sejarah

secara subjektif.2

Penulisan sejarah secara objektif diasaskan oleh Leopold Von Ranke (1795-

1886). Bagi Ranke matlamat penulisan sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-

kejadian “sebagaimana sebenarnya berlaku” (wie es eigentlich gewesen) yang

membiarkan fakta-fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan

sejarawan.3Beliau menggariskan beberapa panduan seperti mempersembahkan fakta yang

tulen, mengikis prasangka, mengelakkan pengadilan moral dan sebagainya.4 Melalui

kaedah ini beliau percaya ahli sejarah pasti akan menghasilkan karya sejarah yang

objektif. Bagi Lord Acton(1834-1902) menyatakan bahawa biarlah gambaran para

sejarawan tentang sesuatu peristiwa itu serupa sahaja dan memuaskan hati setiap pihak

tanpa sebarang perasaan subjektif atau sikap berat sebelah(bias).5 Ini membuktikan

perjuangan Ranke untuk menulis sejarah secara objektif diteruskan oleh sejarawan yang

lain.

1 Objektif mengikut Kamus Dewan ialah kenyataan berasaskan kepada fakta yang sebenarnya dimana fakta tersebut tidak dipengaruhi oleh perasaan dan prasangka diri sendiri. Kamus Dewan edisi keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.1092.2 Subjektif mengikut kamus dewan ialah fakta yang terbit berasaskan pandangan orang atau pihak yang melihat atau menilai peristiwa tersebut. Kamus Dewan edisi keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 1529. 3 Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 106. 4 K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr.R Suntharalingam), 1995. Isu-isu Pensejarahan.Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. hlm.44. 5 Abdul Rahman Haji Abdullah, op. cit, hlm. 106.

1

Page 2: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

Pendapat Ranke ditentang oleh golongan Relativisme, yang terdiri daripada

Charles Beard dan Carl Becker dari Amerika Syarikat yang menulis sejarah secara

subjektif. Menurut Beard, Ranke sebenarnya tidaklah menulis sejarah objektif, bahkan

cuma menulis sejarah politik sahaja dan malah cuba mempertahankan kepentingan kelas-

kelas konservatif yang berkuasa di Eropah.6 Charles A. Beard(1874-1948) pula

menegaskan bahawa “sejarah ialah pemikiran sezaman mengenai masa lampau.” Ia

merupakan hasil penulisan ahli sejarah yang mempunyai kepercayaan, nilai-nilai, atau

prasangka yang dipengaruhi oleh pengalaman zaman tertentu. Bagi Beard, objektiviti

dalam sejarah merupakan satu impian sahaja. Beliau menyatakan sejarah tidak boleh

menjadi objektif selagi ahli sejarah tidak dapat memisahkan dirinya secara mutlak

daripada subjek yang dikaji.7 Carl L Becker(1873-1945), sarjana yang sealiran dengan

Beard juga mengakui pemisahan mutlak adalah di luar keupayaan semua bidang

empirikal termasuk sains semulajadi. Bagi Carl Becker misalnya, beliau menganggap

bahawa penulisan sejarah ditentukan oleh ahli sejarah sendiri, yang mempunyai akal

fikiran, tujuan, pemilihan dan kecenderungan yang berasaskan pengalamannya pada

zaman tertentu.8 Ini kerana, Becker menghujah, peristiwa sejarah sudah tidak ada lagi

tetapi hanya wujud dalam pemikiran ahli sejarah sahaja.9 Hujah Beard dan Becker,

walaupun nampaknya meyakinkan, hanya mencerminkan satu sikap negatif. Ini kerana,

pemisahan mutlak antara subjek dengan objek tidak boleh digunakan untuk mengukur

keobjektifan penulisan sejarah.

6 Ibid, hlm. 108.7 K. Anbalakan, op. cit,hlm.45.8 Ibid, hlm.108.9 K. Anbalakan, loc. cit.

2

Page 3: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

Perkembangan penulisan sejarah objektif dibahagikan kepada dua zaman iaitu

zaman klasik dan zaman moden. Sejarawan pada zaman klasik hanya berusaha untuk

menulis sejarah secara objektif tetapi pada hakikatnya perkembangan penulisan

dipelopori pada suku pertama kurun ke-19 iaitu Leopold Von Ranke. Tokoh pada zaman

klasik yang menulis sejarah secara objektif ialah Herodotus (484-424 S.M) dan

Thucydides (460-400 S.M). Herodotus dalam karyanya iaitu Histories atau Sejarah

Perang Parsi. Dalam karyanya, beliau telah menyaksikan sendiri tempat-tempat berlaku

pertempuran, menemuduga saksi-saksi dengan melawat dan menemui mereka yang

terlibat dalam peperangan serta menggunakan bahan-bahan bertulis seperti babad-babad

Greek, karya-karya Hecateus dan sebagainya.10 Tujuan Herodotus cuba menulis sejarah

secara objektif adalah untuk merakamkan kegemilangan Greek dalam menghadapi Parsi,

agar ia tidak dilupakan oleh generasi akan datang dan untuk mengesan sebab-sebab orang

Greek dan Parsi berperang. Thucydides yang muncul tidak lama kemudian berusaha

menulis karya sejarah secara objektif. Karyanya tentang Perang Pelopponesia merupakan

sejarah sezamannya. Beliau memilih untuk menulis sejarah sezaman kerana berasa hanya

bagi sejarah sezaman sahajalah ahli sejarah dapat memberi jaminan bahawa apa-apa yang

ditulis itu adalah benar.11 Kaedah yang digunakan oleh Thucydides untuk menulis

sejarah secara objektif adalah sama dengan kaedah yang digunakan oleh Herodotus.

Perkembangan penulisan objektif dimantapkan lagi pada zaman moden, iaitu oleh

John Locke (1632-1704) dan Auguste Comte (1798-1857). John Locke yang berasal dari

Wrington, England membawa aliran Empirisisme yang menghasilkan teori pengetahuan

melalui sumber pancaindera. Manakala Auguste Comte pula berasal dari Montepellier,

10 Abdul Rahman Haji Abdullah, 2000. Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur .Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. hlm.11.11 K. Anabalakan, loc. cit.

3

Page 4: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

Perancis. Antara karya beliau yang terkenal ialah Sistem Filosofi Positif(1824). Beliau

membawa aliran positivisme yang menganggap bahawa yang bererti itu hanya dapat

dibuktikan secara empirik dan saintifik.12 Tradisi itu menjadi asas kepada Leopold Von

Ranke untuk memperkembangkan penulisan sejarah secara objektif. Ranke yang

dilahirkan di Wieche, Saxony, Jerman dianggap sebagai bapa pensejarahan moden kerana

menggunakan kaedah saintifik dan objektif dalam kajian sejarahnya. Penulisan sejarah

yang dilaksanakan Ranke sentiasa panjang dan terperinci yang melambangkan percubaan

beliau merealisasikan teori sejarahnya melalui kaedah yang kritis. Sejarawan yang

terpengaruh dan kemudian meneruskan pandangan Ranke ialah Lord Acton, J.B. Bury

dan Fustel de Colenges. Coulanges berpendapat sejarah adalah sains dan sepatutnya

demikian. Pendapat beliau dimantapkan lagi oleh J.B Bury. J.B Bury (1861-1927)

mengatakan bahawa “sejarah adalah sains, tidak kurang dan tidak lebih.”13

Pada awal kurun ke-20, pengaruh Ranke mula luntur disebabkan oleh sarjana dari

Amerika Syarikat iaitu Charles Beard dan Carl Becker yang mempersoalkan keupayaan

ahli sejarah untuk menghasilkan karya sejarah yang objektif. Mereka menyatakan bahawa

kebenaran dalam sejarah bukanlah bersifat objektif tetapi relatif. Dengan berlakunya

perbezaan pandangan antara golongan objektiviti dengan realitivisme ini telah

menyebabkan berlakunya penulisan sejarah secara subjektif. Di antara tokoh terkenal

yang menulis sejarah secara subjektif ialah Benedetto Croce (1866- 1952) dan R.G

Collingwood (1889-1943). Mengikut Croce, beliau menegaskan bahawa semua sejarah

ialah sejarah sezaman. Ini bermaksud bahawa sejarah pada dasarnya terdiri daripada

12 Abdul Rahman bin Haji Abdullah, op. cit, hlm.162.13 Muhd. Yusof Ibrahim, 2000. Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 24.

4

Page 5: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

melihat masa lampau melalui kaca mata masa kini dan dalam hubungannya dengan

masalah-masalah dan bahawa kerja utama ahli sejarah bukanlah untuk mencatat tetapi

untuk menilai.14 Croce mendapat tempat yang meluas di Perancis dan Great Britain

kerana beliau seorang pemikir yang lebih halus berbanding sejarawan Jerman terdahulu.

Manakala bagi Collingwood, beliau menganggap bahawa semua sejarah ialah sejarah

pemikiran yang memerlukan sejarawan menggambarkan kembali dalam fikirannya

pengalaman-pengalaman yang lalu. Pandangan Collingwood dalam The Idea of History

(1945) dapat diringkaskan seperti berikut. “Masa lampau yang dikaji oleh ahli sejarah

bukanlah suatu masa lampau yang telah mati tetapi suatu masa lampau yang dari

beberapa segi masih hidup pada masa kini.” Tetapi sesuatu tindakan masa lampau itu

sudah mati iaitu tidak bermakna apa-apa kepada ahli sejarah kecualilah sekiranya dia

dapat memahami pemikiran yang ada di belakangnya. Dengan demikian, “semua sejarah

adalah sejarah pemikiran dan sejarah adalah pembentukan semula dalam fikiran ahli

sejarah tentang pemikiran sejarah yang sedang dikaji olehnya.”15

Antara ciri penulisan sejarah secara objektif ialah tidak berat sebelah. Penulisan

sejarah tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan sejarawan itu sendiri. Ia perlulah

berasaskan sumber dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ini bererti seorang ahli

sejarah tidak boleh membiarkan perasaan peribadinya bermaharajalela semasa

menjalankan kajian.16 Ini merupakan satu tugas yang agak susah tetapi tidak mustahil jika

ahli sejarah sedar tentang ketidakupayaan dirinya untuk memisahkan secara mutlak

daripada perkara yang dikaji serta kesan yang akan berlaku jika perasaan berat sebelah 14 E.H. Carr (terjemahan oleh Ab. Rahman Haji Ismail), 1988. Apakah Sejarah?. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 17.15 Ibid, hlm. 18.16 K. Anabalakan, op. cit, hlm. 46.

5

Page 6: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

tidak dapat dikawal. Dengan kesedaran untuk mengelakkan perasaan berat sebelah ini,

maka sejarawan dapat menulis sejarah secara objektif. Perasaan ragu-ragu dan seperti

yang diketahui semua melalui pengalaman sendiri menyebabkan berlakunya berat

sebelah.17 Menurut pendapat Ibn Khaldun pula “kesemua catatan sejarah, oleh sifatnya itu

sendiri, tidak bebas dan kekeliruan, bahkan catatan itu mengandungi faktor yang akan

menuju ke arah kekeliruan.18 Ibn Khaldun dalam bukunya Muqaddimah ada memberi

tujuh sebab mengapa penulisan sejarah tidak dapat ditulis secara objektif. Salah satu ciri

tersebut ialah “adanya fakta bahawa terdapat manusia cenderung unuk mengambil hati

orang-orang yang berpangkat besar dan orang yang berkedudukan tinggi dengan cara

memuji-muji, menyiarkan kemasyhuran, membujuk-bujuk, menganggap baik segala

perbuatan mereka dan memberi tafsiran yang selalu menguntungkan terhadap semua

tindakan mereka.”19 Ini jelas menunjukkan sikap sejarawan yang berat sebelah dengan

mempunyai maksud di dalam diri bagi kepentingan dirinya. Dengan ini sejarawan perlu

berusaha untuk tidak mencampurkan perasaan dan fikiran semasa menghasilkan sesuatu

karya.

Ciri seterusnya ialah mengkaji sumber dengan proses penyelidikan sistematik.

Sejarawan harus memahami dan mengamalkan proses penyelidikan yang sistematik

kerana teknik inilah yang akan memandu sejarawan dalam penghasilan karya sejarah

yang objektif. Sejarah ada mengemukakan kaedah dan teknik penyelidikannya yang

tersendiri. Dengan cara ini, dapat memudahkan sejarawan menyusun matlamat dan

struktur penyelidikan serta penulisan agar dapat menepati kriteria-kriteria yang 17 W. H. Walsh, 1967. An Introduction to Philosophy of History. London: Hutchinson Uniersity Library London. hlm. 99-100. 18 Muhd. Yusof Ibrahim, op. cit. hlm.195.19 Ahmad Thobie, 2001. Ibn Khaldun Muqaddimah. Jakarta: Penerbit Pustaka Firdaus, hlm. 58.

6

Page 7: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

diperlukan dalam pengarangan sesebuah karya sejarah.20 Ini amat penting untuk

menghasilkan satu penyelidikan yang sistematik tanpa berlaku kepincangan. Perancangan

yang teratur dan teliti diperlukan semasa penyelidikan dijalankan. Perancangan ini terdiri

daripada langkah penyelidikan yang tersusun dengan sistematik bagi memudahkan proses

penyelidikan dilaksanakan. Menurut Garragham terdapat tahap utama dalam

penyelidikan sejarah iaitu mencari sumber maklumat untuk dikerjakan(heuristik), menilai

sumber-sumber dari sudut pandangan nilai kebuktiannya(kritisme) dan pernyataan rasmi

tentang penemuan-penemuan (sintaksis) heuristic dan kritisme termasuk pengumpulan

data-data sejarah dan membentangkannya berasaskan objektif dan kesignifikasinya.21

Oleh itu sejarawan perlu meneliti sumber yang diperolehi agar dapat disahkan sama ada

sumber tersebut sumber asli atau sumber kedua.

Selain daripada itu ciri berikutnya ialah menggunakan sumber utama dan benar.

Sejarawan seharusnya mendapatkan dan menggunakan sumber utama dan benar, sumber

yang diselewengkan ataupun dipalsukan tidak boleh dijadikan sumber sejarah. Oleh itu

sejarawan perlu menganalisis untuk memastikan sama ada sumber tersebut sumber asli

atau tidak. Selain daripada itu, melalui sumber ini sejarawan juga mendapat dan

menentukan fakta yang diperlukan dan juga penerangan yang berkaitan dengan fakta

tersebut. Sumber asli dalam bidang sejarah dibahagikan kepada dua jenis iaitu sumber

primer dan sumber sekunder.22sumber primer merupakan sumber yang masih asli dan

masih belum ditafsirkan lagi termasuklah dokumen-dokumen awam, undang-undang dan

20 Belcher Bala, 2000, Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Selangor: Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm.48.21 Bilcher Bala, loc. cit. 22 Ibid, hlm.64.

7

Page 8: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

sebagainya. Selain daripada itu, artifak-artifak yang dijumpai dalam proses carigali juga

tergolong dalam sumber ini.

Menganalisis sumber secara kritis dan jujur merupakan salah satu ciri yang perlu

ada dalam menulis sejarah secara objektif. Sejarawan perlu bersikap jujur terhadap

sumber sejarah agar maklumat yang diperolehi masih kekal. Sejarawan tidak boleh

mengenepikan matlamat dan semangat untuk kebenaran agar tidak berlakunya salah tafsir

fakta. Oleh itu semasa melakukan pentafsiran dan penerangan, sejarawan perlulah

berfikiran terbuka iaitu dengan berpandukan sumber semata-mata dan bukannya

didasarkan oleh ideologi, motif dalam diri, desakan-desakan, memenuhi permintaan

seseorang dan sebagainya sehingga memyebabkan penulisan itu berat sebelah dan juga

tidak objektif.23 Dengan itu sejarawan tidak boleh mendiamkan diri apabila berlakunya

kesalahan dalam maklumat. Ini diusulkan oleh Barzun(1977) yang menyatakan seorang

penyelidik yang tidak mencatat apa yang benar dengan penuh ketulusan hatinya, maka

penyelidik itu menjadikan keputusan sesuatu peritiwa yang direkodkan itu sebagai tidak

sah.24 Bagi menganalisis sumber secara kritis terdapat dua cara iaitu kritikan luar dan juga

kritikan dalaman. Kritikan luaran ialah usaha untuk mengesahkan ketulenan sesuatu

sumber asli dari sifat luarannya iaitu yang lain dari yang keterangan isi kandungan

sumber tersebut. Manakala kritikan dalaman pula tentang kemunasabahan keterangan

atau perihal yang boleh dipercayai atau tidak boleh dipercayai. Tujuan kritikan sumber

dilakukan ialah untuk menentukan keaslian sumber.25 Selepas dapat menentukan

23 Mohd. Yusof Ibrahim, loc. cit.24 Bilcher Bala , hlm. 35.25 Ibid, hlm. 66.

8

Page 9: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

ketulenan sumber maka tafsiran maklumat akan dilakukan bagi menghasilkan karya yang

bersifat objektif.

Antara ciri-ciri dalam penulisan sejarah yang subjektif ialah sikap sejarawan itu

sendiri yang telah menanamkan sikap subjektif dalam dirinya. Sikap subjektif ini

sebenarnya telah wujud di dalam diri sejarawan itu sendiri sejak awal-awal lagi. Hal ini

jelas dalam menjawab sesuatu persoalan pasti terdapat lebih daripada satu jawapan

daripada ahli sejarawan. Menurut E.H. Carr, misalnya menyatakan sudah menjadi tugas

ahli sejarah untuk mencari semua sebab-musabab yang mencetuskan sesuatu peristiwa

dan mengaturnya dengan hierarki yang munasabah agar ia dapat menjelaskan apa-apa

yang sebenarnya yang berlaku beliau menyatakan bahawa semasa susunan itu dilakukan,

yang dianggap sebab utama didahulukan dan dianggap sebagai sebab sampingan

dikemudiankan. Semasa penghuraian pula, faktor utama itu dijelaskan dengan terperinci

dengan faktor-faktor sampingan itu dikaitkan juga.26 Maka, dengan memilih faktor utama

dan faktor sampingan tersebut dan menyusunnya mengikut kepentingan sudah pun

menonjolkan sifat subjektif sejarawan tersebut yang menyokong isinya sendiri sejak awal

lagi. Begitu juga dalam menerangkan pengertian sejarah, ahli sejarawan pastinya

mempunyai pandangan yang berbeza terhadap pengertian sejarah. Pengertian sejarah bagi

mereka yang bersikap objektif cenderung memilih pengertian sejarah sebagai kisah-kisah

yang berlaku pada masa lampau.Hal ini pula berbeza bagi sejarawan yang bersikap

subjektif menganggap sejarah sebagai sesuatu kajian atau penyelidikan yang dilakukan

oleh sejarawan. Sebenarnya dengan memilih salah satu antara dua takrif ini, maka sejak

awal-awal lagi sejarawan sudah menonjolkan subjektivitinya.

26 E. H. Carr( terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail), op. cit. hlm. 93-97.

9

Page 10: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

Ciri seterusnya dalam penulisan sejarah yang subjektif ialah motif dalam diri

sejarawan yang mempunyai hasrat ataupun tujuan tertentu dalam penulisannya. Sebagai

contohnya, Abdullah Munsyi, cendekiawan Melayu kurun ke-19 yang terbilang. Telah

menulis sebuah rikwayat dirinya berjudul Hikayat Abdullah, kerana ingin memenuhi

permintaan seorang sahabat karibnya. Dalam karya sejarah tradisional kita yang paling

tersohor, iaitu Sulalatus Salatin yang telah diperbaiki oleh Tun Seri Lanang pada T.H.

1021 untuk mendapat unsur-unsur yang subjektif itu termuat dengan jelasnya. Misalnya,

terdapat beberapa kisah yang dengan jelas dimuatkan untuk menganggungkan raja

memerintah itu. Salah satu daripada contohnya ialah kisah Raja Cina, yang terkena sakit

gatal seluruh tubuh yang hanya boleh diubati dengan kaki Sultan Mansur Syah.

Setelah beberapa lamanya di jalan maka sampailah ke benua Cina. Maka surat

dan air basuh kaki Raja Melaka itu pun diarak ke dalam. Tiadalah sempat Raja Cina membaca

surat itu lagi; air basuh kaki Sultan Mansur Syah itu disantap, dimandi dan dibasuhkan muka

baginda. Maka dengan sesaat itu juga penyakit kedal tubuh baginda itu pun hilanglah. Maka

Raja Cina pun sembuhlah , dan baginda bersumpah tiada mahu disembah oleh segala anak cucu

Raja Ujung Tanah datang sekarang . Maka, titah Raja Cina, “Segala anak cucu kita jangan lagi

berkehendak disembah Raja Melaka datang kepada anak cucu Raja Melaka, kadar muafakat

berkasih-kasih jua.”27

Hal ini jelas yang menunjukkan penulis ingin mengagung-agungkan kuasa Raja

Melaka, iaitu Sultan Mansur Syah dalam penulisannya.

27 Abdul Samad bin Ahmad, 2003. Sulalatus Salatin . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 128.

10

Page 11: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

Di samping itu, ciri penulisan yang subjektif yang berikutnya adalah terdapat

sentimen memihak kepada sesuatu pihak dalam penulisan. Antara sejarawannya ialah

R.O. Winstedt, yang walaupun banyak menyelidik serta menulis sama ada tentang

kesusasteraan mahupun sejarah tanah air kita, tetapi beliau lebih percaya kepada catatan

orang Barat sendiri daripada bahan tempatan itu sendiri.28 Beliau hanya menulis melalui

tanggapan ataupun perasaannya sahaja. Begitu juga dengan Frank Swettenham, beliau

menulis tentang apa yang dianggapnya sebagai The Real Malay, kebanyakan dalam

penulisannya adalah berdasarkan pemerhatiannya sahaja. Selain daripada Frank

Swettenham, R. J. Wilkinson juga menunjukkan penulisan subjektif yang jelas di dalam

penulisannya. Beliau pernah mengatakan bahawa pertarungan di antara Hang Tuah

dengan Hang Jebat itu sedikit pun tidak menarik minat citarasa orang Eropah. J. F. A Mc

Nair juga merupakan salah seorang daripada orang Barat yang menulis tentang sistem

politik orang Melayu Tradisional, penulisannya adalah lebih kepada tanggapannya sendiri

daripada menggunakan atau merujuk kepada masyarakat tempatan itu sendiri. Dapat

disimpulkan bahawa terdapat sejarawan menulis dengan berdasarkan anggapan peribadi

mereka yerhadap sesuatu peristiwa.

Komited terhadap agama dan ideologi tertentu juga merupakan salah satu

daripada penulisan yang subjektif. Akibat terlalu taksub dengan agama dan ideologi

masing-masing telah menyebabkan lahirnya pelbagai penulis yang subjektif. Ada di

antara sejarawan yang mengambil kesempatan dengan menjalankan dakwah dan

menyebarkan ideologi tertentu. Dalam pensejarahan Kristian umpamanya, tujuannya

28 Mohd. Yusof Ibrahim, op. cit. hlm.233.

11

Page 12: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

tidak lain adalah untuk menegakkan kesucian ajaran Kristian.29 Masih terdapat juga

sejarawan zaman moden yang berpegang teguh kepada ajaran-ajaran moral Kristian. Oleh

yang demikain, beliau menganggap penyingkiran orang-orang Arab Palestin oleh Israel

sama ganasnya dengan pembunuhan enam juta Yahudi oleh golongon Nazi. Selain itu,

karya-karya sejarawan komunis pastinya lebih kepada model Marxis, ia megandungi

propaganda Marxisme dan polisi-polisi komunisme. Dengan ini dapat ditafsirkan bahawa

penulisan sejarah secara subjektif dipengaruhi atau berasaskan ideologi dan juga agama.

Ini kerana terdapat sejarawan menggunakan sejarah untuk menyebarkan dakwah dan

propaganda.

Bagi menulis sejarah secara objektif, terdapat pelbagai halangan dan ini

menyebabkan penulis terpesong lalu karya yang dihasilkan bersifat subjektif. Antara

halangan untuk menulis sejarah secara objektif ialah sikap berat sebelah. Kegagalan

sejarawan untuk memisahkan antara objek dan subjek menyebabkan penulisan bersifat

subjektif berlaku. Sejarawan perlu mengabaikan fikiran dan perasaan sejarawan itu

sendiri. Ini dapat dilihat dalam penulisan Tuhfat An-Nafis yang bersifat berat sebelah. Ini

kerana Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad lebih memihak kepada orang Bugis. Selain itu

beliau juga memperkecilkan Raja Kecik dari Siak. Kecenderungan Raja Ali Haji terhadap

semangat Bugis menyebabkan beliau lebih menggambarkan tentang kehandalan

pahlawan-pahlawan Bugis yang sememangnya handal dalam peperangan sehingga

mereka dapat memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan kerajaan Johor.30 Walaupun

Raja Ali Haji menyatakan tentang penentangan orang melayu yang dipimpin oleh Raja

29 Abdul Rahman Haji Abdullah, op. cit. hlm. 109.30 Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 125.

12

Page 13: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

Kecik dari Siak terhadap orang Bugis, namun beliau bersikap berat sebelah dengan tidak

menceritakan penentangan Sultan Sulaiman terhadap Bugis. Dalam Tuhfat An-Nafis

terdapat susunan tentang peperangan antara Raja Kecik dengan opu-opu Raja Bugis.31

Jelas disini sikap untuk mengagung-agungkan orang yang mempunyai pangkat telah

menyebabkan penulisan sejarah bersifat berat sebelah.

Halangan yang kedua ialah pemesongan kerana motif dalam diri. Jika dilihat

sebab pemesongan ini berlaku kerana motif tertentu seperti untuk mengekalkan

kekuasaan dengan memperkecil-kecilkan keadaan. Namun tidak semua penulis

menonjolkan motif ini dengan ketara dalam penulisannya. Penulis seperti Frank

Swettenham, merupakan penulis yang terkenal dengan beberapa kenyataan sehingga

menimbulkan persoalan di kalangan bangsanya sendiri dan juga kepada orang Melayu.

Antara kenyataan yang di keluarkan sehingga menimbulkan kontroversi ialah beliau

mengatakan orang melayu tidak mempunyai institusi politik dan secara semulajadinya

orang Eropah lebih pandai berbanding orang Melayu.32 Ini jelas tidak benar serta

menunjukkan beliau menulis sejarah hanya berdasarkan pemerhatian sahaja dan

bukannya melalui penyelidikan terhadap sumber sejarah. Selain beliau terdapat juga

penulis sejarah lain seperti Harry Ord yang menulis tentang keadaan Tanah Melayu

selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Beliau menceritakan bahawa pergolakkan

yang berlaku di Tanah Melayu telah menimbulkan simpati orang British sehingga mereka

bertindak untuk campur tangan di Tanah Melayu.

31 Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji(editor Virgina Matheson),1997. Tuhfat An-Nafis, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, hlm. 149-150. 32 Mohd. Yusof Ibrahim, op. cit, hlm. 204.

13

Page 14: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

Selain itu terdapat juga sejarawan yang mentafsir sumber sesuka hati.

Pengumpulan fakta merupakan langkah pertama dalam usaha menghasilkan sejarah yang

objektif. Jika langkah ini tidak dapat dijalankan maka penulis tidak berjaya menghasilkan

karya sejarah yang objektif. Tafsiran atau interprestasi yang akan dikemukakan oleh ahli

sejarah akan dibuat berpandukan kepada fakta-fakta yang diperolehinya. Interprestasi

yang dibuat tanpa fakta yang mencukupi pasti akan ditolak sebagai kurang munasabah.

Sebaliknya bilangan fakta yang banyak tidak semestinya menjadikan sesuatu tafsiran itu

objektif.33 Kekurangan fakta sejarah telah menyebabkan cuba membuat spekulasi sendiri

dan juga mengusulkan teori agar dapat mengukuhkan sesuatu peristiwa. Ini dapat dilihat

tentang tarikh pembukaan Melaka dan juga raja pertama yang memerintah Negara

berdaulat itu. Mengikut Sejarah Melayu raja pertama yang membuka melaka ialah

Iskandar Syah tetapi menurut sumber Cina pula mengatakan Parameswara ialah orang

yang membuka Melaka.34 Bagi tarikh pembukaan Melaka pula, tidak terdapat sumber asli

yang membuktikan tarikh tersebut. Mengikut R. O. Winstead, berdasarkan sumber

daripada Gadinho de Eredia ialah pada 1398. Manakala R. J Wilkinson menyatakan ia di

buka pada kurun ke13. Ini jelas menunjukkan kekurangan bukti menyebabkan pelbagai

tafsiran telah berlaku.

Halangan seterusnya yang menghalang keobjektifan penulisan sejarah ialah

tafsiran yang di pesongkan. Terdapat sejarawan yang cuba menyembunyikan fakta

kebenaran dengan motif tersendiri. Menurut Ibn Khaldun setiap sejarawan bersikap jujur

pada diri sendiri dengan mengungkapkan perkara yang sebenarnya berlaku ialah dengan

33 K. Anabalakan, op. cit. hlm. 4734 Mohd. Yusof Ibrahim, op. cit. hlm. 207.

14

Page 15: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

memisahkan kebenaran daripada kesilapan dengan membuat penyelidikan setiap fakta

yang diterimanya.35 Hal ini penting, jika sejarah yang ditulis tanpa meihat kebenaran,

maka sejarah yang ditulis itu kurang bermutu. Tafsiran yang dipesongkan ini dapat dilihat

dalam penulisan sejarah mengenai dasar campur tangan kepada dasar tidak campur

tangan British di Tanah Melayu. Sebab campur tangan British di tanah melayu terdapat

dua iaitu keadaan huru-hara dahsyat yang berlaku di Tanah Melayu sehingga

menyebabkan pedagang Cina tidak dapat menjalankan perdagangannya. Manakala sebab

yang kedua pula seperti yang disuarakan oleh Frank Swettenham iaitu akibat huru-hara

itu menyebabakan orang Inggeris simpati dan kasihan dan seterusnya mereka

menghulurkan bantuan.36 Jika dilihat disini, tafsiran yang dipesongkan dapat dilihat

apabila penulis hanya memberi sebab bagi suatu peristiwa sejarah yang berlaku bagi

sebelah pihak sahaja. Mereka tidak menyatakan sebab yang berlaku di Eropah yang

mendorong perluasan kuasa di Asia Tenggara.

Kesimpulannya, penulisan sejarah mestilah bersifat objektif. Ini adalah untuk

membuktikan kesahihan dan kewibawaan sesuatu fakta. Terdapat beberapa tokoh yang

menulis sejarah secara objektif iaitu John Locke, Auguste Comte dan Leopold Von

Ranke. Pelbagai karya telah ditulis oleh tokoh-tokoh ini secara objektif. Penulisan sejarah

yang objektif akan membiarkan dokumen bercakap dengan sendirinya. Ini bermakna para

sejarawan tidak memerlukan penjelasan untuk menulis sesuatu sejarah. Penulisan sejarah

yang objektif haruslah mempunyai ciri-ciri seperti tidak berat sebelah, mengunakan

sumber yang dikaji dengan menggunakan proses penyelidikan yang sistematik,

35 Arbai’yah Mohd Nor, op. cit. hlm.194.36 Mohd. Yusof Ibrahim. op. cit. hlm. 200-201

15

Page 16: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

menggunakan sumber utama yang benar dan sumber dianalisis secara kritis dan jujur.

Dengan adanya ciri-ciri ini, penulisan sejarah dapat ditulis secara objektif oleh sejarawan

tanpa sebarang halangan. Antara halangan untuk mencapai keobjektifan penulisan sejarah

ialah sikap berat sebelah, mempunyai motif dalam diri, mentafsir sesuka hati dan terdapat

tafsiran yang dipesongkan. Namun begitu, pendapat tokoh-tokoh sejarawan aliran

objektif telah disangkal oleh tokoh-tokoh lain seperti Charles A. Beard dan Carl L.

Becker ini menyebabkan wujudnya penulisan sejarah secara subjektif. Antara ciri-ciri

penulisan sejarah secara subjektif ialah sikap sejarawan itu sendiri, motif dalam diri,

sentiment memihak dan komited terhadap agama dan ideologi.

BIBLIOGRAFI

16

Page 17: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

Abd. Rahman Hj. Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abd. Rahman Hj. Abdullah, 2000. Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan

TImur. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributributors Sdn. Bhd.

Abdul Samad Ahmad, 2003. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ahmad Thobie, 2001 Ibn Khaldun Muqaddimah. Jakarta : Penerbit Pustaka Firdaus.

Anabalakan. K, 1995. Isu-isu Pensejarahan(esei penghargaan kepada Dr. R.

Sutharalingam). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Arbai’yah Mohd. Noor 2002, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Bala. B, 2000. Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Selangor: Pusat Pengajian Jarak

Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Carr E. H. (terjemahan oleh Abd Rahman Hj. Ismail),1988. Apakah Sejarah? Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

Page 18: Keobjektifan Penulisan Sejarah Merupakan Sesuatu Yang Diimpikan Oleh Para Sejarawan

Kamus Dewan edisi ke-4,2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim,2000. Ilmu Sejarah Falsafah Pengertian dan Kaedah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji(editor Virgina Matheson),1977. Tuhfat An-Nafis.

Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Walsh W.H. 1967. An Introduction to Philosophy of History. London: Hutchinson

University Library London.

18