Keberkesanan Penggunaan Abm Dan Bbm Sebagai Alat Bantu

9
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ABM DAN BBM SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH. CHE HAFIZIE BIN CHE HASSAN FAKULTI SENI DAN MUZIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan penggunaan ABM dan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai alat bantu mengajar yang berkesan bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Penyelidikan telah dijalankan secara soal selidik kepada sampel pelajar seramai 40 orang iaitu daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dapatan juga menunjukkan penggunaan alat sebenar dalam pembelajaran dapat menarik minat pelajar serta dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan bagi memberikan keberkesanan yang lebih baik dalam memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup. Kata kunci : ABM dan BBM sebagai alat bantu mengajar dengan berkesan. BAB 1 Pengenalan Penguasaan ilmu kemahiran yang banyak merupakan satu kelebihan yang besar dalam kehidupan seseorang kerana membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang pekerjaan. Guru memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk dan menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran Kemahiran Hidup. Pernyataan Masalah.

description

kajian tindakan

Transcript of Keberkesanan Penggunaan Abm Dan Bbm Sebagai Alat Bantu

Page 1: Keberkesanan Penggunaan Abm Dan Bbm Sebagai Alat Bantu

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ABM DAN BBM SEBAGAI ALAT BANTUMENGAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGIMATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH.CHE HAFIZIE BIN CHE HASSANFAKULTI SENI DAN MUZIKUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ABSTRAKKajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan penggunaan ABM dan BBMdalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai alat bantu mengajar yang berkesan bagimatapelajaran Kemahiran Hidup. Penyelidikan telah dijalankan secara soal selidik kepadasampel pelajar seramai 40 orang iaitu daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Dapatan juga menunjukkan penggunaan alat sebenar dalam pembelajaran dapat menarik minatpelajar serta dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap matapelajaranKemahiran Hidup. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan bagi memberikankeberkesanan yang lebih baik dalam memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaranmatapelajaran Kemahiran Hidup.Kata kunci : ABM dan BBM sebagai alat bantu mengajar dengan berkesan.

BAB 1PengenalanPenguasaan ilmu kemahiran yang banyak merupakan satu kelebihan yang besar dalamkehidupan seseorang kerana membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang pekerjaan.Guru memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk dan menarik minat pelajar untukmempelajari matapelajaran Kemahiran Hidup.

Pernyataan Masalah.Merupakan salah satu matapelajaran yang sukar dan susah untuk difahami apatah lagiuntuk dikuasai sekiranya teknik pembelajaran dan pengajaran yang berkesan tidak dipraktikkan.Kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup adalah berpunca daripadakelemahan pelajar untuk membuat andaian, intuitif dan gambaran visualisasi bagi topik yangmelibatkan kemahiran dan penggunaan anggota badan. Penggunaan ABM dan BBM dalampengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup dapat membantu pelajar untuklebih memahami isi kandungan pembelajaran.

Objektif Kajian.1) Mengenalpasti keberkesanan penggunaan alat ABM dan BBM dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran Kemahiran Hidup.2) Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan penggunaan ABM dan BBM dalam pengajaran danpembelajaran dalam matapelajaran Kemahiran Hidup.3) Mengenalpasti jenis alat ABM dan BBM yang sesuai di gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Kemahiran Hidup.

Page 2: Keberkesanan Penggunaan Abm Dan Bbm Sebagai Alat Bantu

Persoalan Kajian.1. Adakah penggunaan alat ABM dan BBM sebagai alat yang berjaya menarikminat pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup?2. Adakah penggunaan alat ABM dan BBM akan membantu pelajarmengukuhkan pemahaman dalam matapelajaran Kemahiran Hidup danmengaplikasikannya?

Hipotesis Kajian.Bagi persoalan 1, hipotesis kajian adalah seperti berikut:1. H1 : Penggunaan alat ABM dan BBM berjaya menarik minat pelajarterhadap matapelajaran Kemahiran Hidup.Bagi soalan 2, hipotesis kajian adalah seperti berikut:2. H2 : Penggunaan alat (ABM) dan BBM membantu pelajar mengukuhkanpemahaman dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan mengaplikasikannya.

Kesignifikan KajianKBSR dan KBSM menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepadapelajar dengan berbantukan alat bantu mengajar. Boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitukepada pihak sekolah, guru, dan pelajar.1) Guru pula dapat menggunakan hasil dapatan.2) pelajar, kajian dapat membantu pelajar memahami kandungan pembelajaran.

Batasan Kajian1) Membataskan hanya dijalankan kepada perkara-perkara tertentu sahaja supaya skopkajian ini tidak terlalu meluas.2) Meninjau tentang keberkesanan penggunaan alat (ABM) dan BBM dalam menarik minat pelajar dan mengukuhkan kefahaman pelajar.

Definisi IstilahKeberkesanan = Perihal keberkesanan, berkesannya sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya.(Kamus Dewan, 1991).Pelajar = Individu yang selalu menerima bimbingan daripada guru.Pengajaran = Proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran.Pembelajaran = Proses mendapat, mengembang, dan menyerap kemahiran dan pengetahuandalam bentuk maklumat, konsep dan idea melalui pengalaman dan aplikasi(Borman dan Levine, 1996).Alat bantu mengajar = Kelangkapan untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

Page 3: Keberkesanan Penggunaan Abm Dan Bbm Sebagai Alat Bantu

PengenalanPenggunaan alat (ABM) dan BBM yang berkesan dapat membolehkanmenarik minat dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatmeningkatkan dan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap kandungan pembelajaran. Pelajardapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka berkaitan dengan apa yang telahmereka pelajari oleh guru.

Penggunaan Alat Sebenar Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran DanPembelajaran Matapelajaran Kemahiran Hidup.Pelajar lemah dan tidak berminat mempelajari matapelajaran Kemahiran Hidupdisebabkan tidak dapat memahami kandungan pelajaran yang diajar. Mereka tidak dapatmembayangkan secara intuitif perkaitan antara kemahiran yang dipelajari dengan keadaan yangsebenar. Penggunaan alat yang sebenar dalam pengajaran, pelajar akan lebih memahami denganmendalam apa yang disampaikan. Alat bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yangdigunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah(Kamaruuin Hussin, 1986, m/s 133).

Perkaitan Penggunaan Alat Sebenar Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Dengan MinatPelajar Terhadap Matapelajaran Kemahiran Hidup.Minat adalah sesuatu yang boleh dibentuk dan dikembangkan. Ianya memerlukanbimbingan daripada orang disekeliling pelajar. Menurut Abu Zahari, (1988, dalam RohaniKasmani, 1999, m/s 5), mengatakan minat dan kecenderungan memainkan peranan untukmempengaruhi pencapaian pelajar. Dapat membantu pelajar memperkukuhkan danmengaplikasikan hasil pembelajaran yang dipelajari oleh mereka. Penggunaan ABM dan BBM yang berkesan dan mampu menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran danpembelajaran di dalam kelas.

Perkaitan Penggunaan Alat (ABM) dan (BBM) DenganKefahaman Konsep Matapelajaran Kemahiran Hidup.Boleh digunakan untuk membantu mencapai objektif pembelajaran. Dapat membantumeningkatkan kefahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Daya kefahaman pelajarterhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi berbanding hanya dengan tertumpukepada teks dan bahan paparan saja.Membolehkan pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajaridengan cara pendedahan dan pengalaman yang betul.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Page 4: Keberkesanan Penggunaan Abm Dan Bbm Sebagai Alat Bantu

Pengenalan.Menggunakan pendekatan kuantitatif soal selidik untuk mendapatkan maklumatberkenaan fakta-fakta, kepercayaan, kehendak dan sebagainya. Menurut Mohd Majid Konting(1993), soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Pengkajimenggunakan kaedah ini kerana kaedah soal selidik mudah dijalankan kepada responden.Penyelidik juga akan mendapat tindak balas yang seragam daripada responden.

Reka Bentuk KajianUntuk mendapatkan maklumat dan mengawal varians. Data-data kajian diperolehidengan cara soal selidik. Segala maklumat yang diterima akan ditafsir secara kuantitatif. Rekabentuk kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara berikut:1) Adakah penggunaan alat(ABM) dan (BBM) yang di laksanakan berjayamenarik minat pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah?2) Adakah penggunaan alat (ABM) dan(BBM) akan membantupelajar mengukuhkan pemahaman dalam matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah danmengaplikasikannya?

Populasi Dan sampel KajianBertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan alat ABM dan BBM. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang pelajar di Universiti Pendidikan SultanIdris, Tanjung Malim, Perak. Responden yang dipilih adalah pelajar yang mengambilmatapelajaran Kemahiran Hidup yang dibuat secara pilihan rawak. Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuankajian.

Instrumen KajianInstrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah soal selidik. Menurut MajidKonting (1998), penggunaan borang selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji.Mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, dan bahagian C. Soalan adalahberbentuk pilihan dengan menggunakan skala likert. Lima peringkat darjah kesetujuan terhadapsoal selidik telah dikemukakan, iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), tidak pasti (TP),setuju (S), dan sangat setuju (ST).

Prosedur Kajian.Penyelidik perlu mendapatkan pandangan daripada orang yang lebih arif terlebih dahuluuntuk menjalankan proses soal selidik. Penyelidik menjalankan uijian soal selidik di dalam kelas.Penyelidik memberi sedikit penerangan yang berkaitan untuk menjawab soalan tersebut.

Analisis Data

Page 5: Keberkesanan Penggunaan Abm Dan Bbm Sebagai Alat Bantu

Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan alat ABM dan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudiannya dikumpulkandan disemak oleh pengkaji bagi memastikan pelajar telah menjawab dengan lengkap. Data yangdipungut daripada soal selidik akan dianalisa. Bahagian memerlukan responden menjawabdengan menggunakan skala likert.

STS TS S TP SS 1 2 3 4 5

BIBLIOGRAFIAdiana Said (2005). Pembangunan Dan Pengujian Keberkesanan Modul Multimedia BertajukIkatan Kovalen. Tanjung Malim : Perak.Atan Long (1998). ”Pedagogi Kaedah Am Mengajar”. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn.Bhd.Blake, J.A Dan Champion, D.J. (1976). Method And Issues In Social Research. New York : JohnWiley And Sons.Borman, S & Levine, J. (1996). A Practical Guide To Elementary Intstruction : From Plan ToDelivery. Boston : Allyn & Bacon.Cheong Lai Fong (2000). Keberkesanan Pendekatan Pengajaran Secara Inkuiri PenemuanDalam Penguasaan Konseo-Konsep Fizik Berbanding Dengan Bab KeelektromagnetanDi SMK ST. Bernadettes Convent, Batu Gajah, Perak. Tesis. Universiti PendidikanSultan Idris.Kamarudin Hussin (1986). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya : Logman Malaysia Sdn.Bhd.Kamus dewan edisi kedua (1991). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kamus dewan edisi ketiga (1997). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kamus dewan edisi ketiga (1998). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.Khalid Johari (2003). Penyelidikan Dalam Pendidikan : Konsep & Prosedur. Selangor : PrenticeHall.Maimun Aqasha (1991). Satu Perbandingan Kesan Dua Kaedah Pengajaran Bahasa ArabTerhadap Pencapaian Kemahiran Bahasa Di Pusat Matrikulasi UIA. Tesis Yang TidakDiterbitkan. Bangi : UKMMohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Deawan Bahasa Dan Pustaka.Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1991). Pengajaran & Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mok Soon Sang (1993). Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Moon, B (1985). Introducing The Modular Curriculum ToTeachaers. Moon, B. (Pernyataan) Kurikulim Modular. London : Paul Chopman.Mok Soon Sang (2008). Murid Dan Alam Belajar. Ipoh : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Musa Daia (1978). Prinsip Am Pendidikan. Kota Bharu : Kelantan Press Sdn. Bhd.Rohani Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Alat BantuMengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Dato MohdYunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan,Universiti Teknologi Malaysia, Jahor, Malaysia