Kebanjiran Warga AsinG

download Kebanjiran Warga AsinG

of 3

Transcript of Kebanjiran Warga AsinG

  • 8/19/2019 Kebanjiran Warga AsinG

    1/3

    Kebanjiran Warga AsinG  Kebanjiran warga asing sejak akhir-akhir ini menjadi isu yang semakin hangat di negara kita,Malaysia. Negara kita telah menjadi tumpuan warga asing dari pelbagai negara untuk mencari rezeki,dan mereka ini biasanya datang dari negara yang miskin seperti Indonesia, angladesh, Myanmar dan!ietnam. "emandangan di bandar-bandar besar di Malaysia yang dibanjiri dengan warga asing telahmenjadi #enomena dan pemandangan biasa. Kebanjiran warga asing di negara ini semakin meningkatdan bandaraya kini sesak dengan warga asing yang melepak, dan bergelandangan seperti di K$%%,

    tepi-tepi jalan, dan lain-lain lagi.

      &erdapat pelbagai #aktor yang menyebabkan warga asing untuk berhijrah ke Malaysia. 'ntaranya

    ialah kerana keadaan politik yang tidak stabil di Indonesia contohnya, telah menggalakkan pemuda-

    pemudi negara itu datang mencari rezeki di negara kita kerana peluang pekerjaan adalah terhad di

    Indonesia. (elain itu, kadar in)asi yang tinggi di negara yang miskin telah menyebabkan mereka yang

    miskin menjadi lebih miskin. "ermintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan tempatan juga

    telah menyebabkan warga asing sanggup menerima gaji yang lebih rendah berbanding pekerja

    tempatan. Keadaan ini menjadi lebih teruk dengan adanya sikap pekerja tempatan yang suka memilih

    kerja dan mengharapkan gaji yang lebih tinggi.

      "ersekutuan Majikan-Majikan Malaysia *M+ menyi#atkan kebanjiran terlalu ramai warga asing ke

    Malaysia juga berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab agensi pekerja asing yang membawa

    masuk mereka ke negara ini. Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, jugamendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram.

    (esetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan

    perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti

    sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. leh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku.

    (elain itu, pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan

    ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta

    pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. &erdapat juga kawasan perkampungan haram yang

    mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

      &idak dapat dina/kan bahawa kedatangan warga asing ke Malaysia ini memberi banyak kesan

    positi# dan negati#. 'ntara kesan positi#nya ialah dalam mengatasi masalah kekurangan pekerja,

    terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan, dan pembuatan serta perkhidmatan. Ini kerana,

    pekerja tempatan kurang berminat dalam sektor-sektor ini dengan alasan kurang popular dan ada

    yang memandang rendah pekerjaan sebegini. Namun bagi pekerja asing, mereka tidak memilih

    pekerjaan. 'pa sahaja yang ditawarkan akan diterima tanpa banyak soal, kerana pengalaman berada

    dalam suasana kesempitan di negara asal menjadikan mereka berjiwa kental dan tahan lasak.

      0engan kedatangan warga asing juga dapat mempercepat atau memacu pembangunan negara ke

    arah kewujudan sebuah negara maju, selaras denagn wawasan 1212. "urata indeks pertumbuhan

    negara telah mencatatkan pertumbuhan yang memberansangkan, jadi dapat dilihat disini Malaysia

    memerlukan tenaga buruh untuk membangunkan in#rastruktur dan prasarana negara. Kebanjiran

    pekerja asing ke Malaysia dengan kadar upah yang rendah dan murah menyebabkan pelabur asing

    tertarik untuk membuat pelaburan di Malaysia. 3al ini dapat dilihat terutamanya dalam sektor

    perkilangan dan perladangan.

      (elain itu, hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Indonesia dan ilipina dapat dipereratkan

    dan boleh menyebabkan negara asing terhutang budi dengan Malaysia kerana membantu negara-negara tersebut mengurangkan masalah pengangguran di negara masing-masing.

      Namun begitu, kesan negati# terhadap kedatangan warga asing ini juga dapat dilihat begitu ketara

    pada masa kini. 'ntaranya ialah dapat menjejaskan periuk nasi rakyat tempatan, seterusnya

    meningkatkan kadar pengangguran di Malaysia. Ini kerana upah yang murah daripada majikan

    menyebabkan pekerja tempatan menerima tempiasnya, sedangkan pekerja tempatan terpaksa

    menampung pelbagai kos sara hidup yang semakin membebankan. 4elaslah bahawa kehadiran pekerja

    asing menyebabkan banyak peluang kerja kepada penduduk tempatan tertutup. 3ak rakyat kita juga

  • 8/19/2019 Kebanjiran Warga AsinG

    2/3

    sedikit sebanyak terjejas. "ihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor

    perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. 3al ini pasti

    menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam

    bidang pekerjaan ini. (elain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya

    membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada

    antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. "ada

    ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. 3al ini

    memang tidak adil kepada rakyat kita.

      (elain itu, peningkatan masalah sosial dan kadar jenayah daripada seperti merompak,

    membunuh, samun, rogol, pelacuran, dan sebagainya telah menyebabkan rakyat tempatan berada

    dalam keadaan tidak aman dan tenteram seterusnya dapat menjejaskan imej negara di persada dunia.

    erdasarkan laporan, jenayah yang paling tinggi dilakukan oleh warga Indonesia, ilipina, Myanmar,

    !ietnam dan angladesh.

      &erdapat dua kategori bagi warga asing yang datang ke Malaysia iaitu pendatang asing yang

    datang secara sah dan pendatang asing tanpa izin *"'&I. "ekerja yang datang ke Malaysia secara sah

    adalah yang telah ditentukan jenis pekerjaan, siapakah majikannya, dimana tempat tinggal dan telah

    melalui pelbagai proses untuk memenuhi kelayakan sebagai pekerja. Mereka kemudiannya diberikan

    permit kerja yang dinyatakan tempoh untuk mereka bekerja di negara ini. Kategori pekerja jenis ini

    mempunyai dokumen perjalanan yang sah, bebas daripada penyakit berjangkit, mempunyai kontrakpekerjaan yang sah dan tidak membawa banyak masalah kepada masyarakat. Majikan mereka juga

    lebih bertanggungjawab dengan menyediakan tempat kediaman, makanan dan perkhidmatan

    perubatan.

      agi kategori "'&I iaitu pendatang tanpa izin, mereka tidak pernah melalui proses seperti kategori

    pendatang yang sah. Mereka juga tidak mempunyai dokumen perjalanan, risiko penyakit berjangkit

    yang tinggi seperti tuberculosis *tibi dan mudah dieksploitasi. "'&I yang ditangkap kerana pelbagai

    kesalahan imigresen dan jenayah hanya membebankan pihak kerajaan kerana terpaksa menanggung

    kos penahanan dan penghantaran ke negara asal mereka. Kes-kes yang lebih rumit seperti imej

    implikasi buruk terhadap negara asal pendatang berkenaan.

      0alam usaha membendung kehadiran "'&I, beberapa langkah boleh diambil seperti pihak

    berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negarakita. "ihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara

    bersepadu. "ihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk

    menyekat kemasukan "'&I. Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan

    sempadan yang mudah dicerobohi. 5saha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang

    tanpa izin lalu mengurangkan jumlah "'&I di negara kita.

      (eterusnya pihak polis perlu juga meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung

    pekerja asing, terutamanya yang masuk tanpa izin. "ihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi

    dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Mereka yang

    diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang berat termasuk hukuman mandatori. "ara pendatang

    asing yang ditahan ini harus dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka tidak

    mengulangi kesalahan yang dilakukan.

      0i samping itu, semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan,

    menahan dan menghantar semula pekerjapekerja tanpa izin. "elancaran operasi kerajaan seperti

    perasi "emutihan dan perasi Nyah amat berkesan dalam usaha membendung limpahan pendatang

    asing tanpa izin. perasioperasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang

    tanpa izin ke negara kita. 6alau bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini

    amat bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.

      5saha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan

    yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya pihak majikan.

  • 8/19/2019 Kebanjiran Warga AsinG

    3/3

    (esungguhnya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan kerajaan berhubung masalah

    pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah sikap

    demi kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki 7isa

    dan permit kerja yang sah sahaja.

      Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit amat penting untuk

    membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. "ihak kerajaan melalui Kementerian $uar

    Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk

    mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih e#ekti# (elain

    itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih

    teratur dan terkawal.

      Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita

    memang tidak dapat dina/kan. Namun demikian, limpahan pekerja asing terutamanya pendatang

    tanpa izin yang tidak dikawal dan berterusan sudah tentu akan memudaratkan kesejahteraan rakyat

    kita.