kebaikan pantun

2
Pantun merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang masih hidup sehingga sekarang. Fungsinya yang terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan seperti kegiatan berunsur ucapan, kegiatan seni, dan kegiatan bernsur pendidikan menyebabkan pantun terus digemari. Pantun-pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional ini memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga merupakan hasil pengalaman hidup sederhana, yang dijalinkan dengan daya keintelektualan, dan seni masyarakat Melayu tradisional. Maka, pastinya pantun ialah pemerian latar hidup dan penghayatan seni masyarakat Melayu. Kebaikan Aktiviti Berpantun dalam P n P Bahasa Melayu i) Melatih murid supaya peka terhadap keindahan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun empat kerat. Kesedaran murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan. ii) Untuk melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran

description

kebaikan

Transcript of kebaikan pantun

Page 1: kebaikan pantun

Pantun merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang masih hidup sehingga sekarang. Fungsinya

yang terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan seperti kegiatan berunsur ucapan,

kegiatan seni, dan kegiatan bernsur pendidikan menyebabkan pantun terus digemari. Pantun-

pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional ini memperlihatkan pemikiran

masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga merupakan hasil pengalaman hidup sederhana,

yang dijalinkan dengan daya keintelektualan, dan seni masyarakat Melayu tradisional. Maka,

pastinya pantun ialah pemerian latar hidup dan penghayatan seni masyarakat Melayu.

Kebaikan Aktiviti Berpantun dalam P n P Bahasa Melayu

i) Melatih murid supaya peka terhadap keindahan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun

empat kerat. Kesedaran murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya

sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan.

ii) Untuk melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai

makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid

mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran

bahasa mereka.

iii) Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, mesej

dan pengajaran  yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap dan pantas. Ini

membantu menambah kecekapan kefahaman mereka.

iv) Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara

keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid memupuk daya kreativiti untuk

menghasilkan karya seni mereka.

v) Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang semakin

dilupakan masyarakat.

vi) Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu kemanusiaan.

vii) Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokan kerana

terdapat  unsur berhibur.

viii) Menyuburkan minat serta menhidupkan lagi imaginasi murid-murid