Kaum Jahut

21
EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM 1. PENDAHULUAN Mungkin ramai di antara kita yang tidak pernah mendengar salah satu nama kaum orang asli dari suku kaum Jah Hut, apatah lagi mengetahui sosio budaya , bahasa dan kepercayaan mereka. Orang Asli suku kaum Jah Hut juga dipanggil Jah Het. Orang Asli Jah Hut hanya berada di daerah Temerloh dan Jerantut Pahang sahaja. Menurut JHEOA (2002), perkampungan Orang Asli Jah Hut di daerah Temerloh berada di Kerdau-Paya Paleng, Payang Mengkuang, Kuala Krau-Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Pian dan Galong. Manakala di Jerantut pula berada di Sungai Kiol dan Kekwel (Kol). Namun, kali ini saya berpeluang untuk berada di kampung Jah Hut Lubok Wong yang terletak di Kuala Krau. Kawasan ini mempunyai beberapa buah kampung Orang Asli Jah Hut yang lain, iaitu Penderas, Pasu, Pian, Kuala Terbul, Ulu Ceka, Sungai Koi dan Damak. Jarak kampung Lubok Wong dengan jalan besar Kuala Krau ialah sejauh 18.2 km. Kampung Lubok Wong dihubungi jalan bertar dan jalannya menuju ke Jerantut, Gua Musang dan beberapa kawasan lain. 2. SOSIO BUDAYA KAUM JAH HUT 2.1 Perlantikan Batin Tok batin merupakan seorang ketua bagi sesebuah penempatan orang asli. Perlantikan ini pada tradisinya merupakan satu jawatan yang diwarisi turun temurun oleh anak lelaki sulung tok batin. Setiap tok batin perlu mempunyai pengetahuan tentang adad istiadat kaum dan perubatan tradisional.selain itu perlantikan perlu persetujuan Penghulu Mukim dan direstui oleh Sultan. [1]

Transcript of Kaum Jahut

Page 1: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

1. PENDAHULUAN

Mungkin ramai di antara kita yang tidak pernah mendengar salah satu nama kaum

orang asli dari suku kaum Jah Hut, apatah lagi mengetahui sosio budaya , bahasa dan

kepercayaan mereka. Orang Asli suku kaum Jah Hut juga dipanggil Jah Het. Orang Asli

Jah Hut hanya berada di daerah Temerloh dan Jerantut Pahang sahaja. Menurut

JHEOA (2002), perkampungan Orang Asli Jah Hut di daerah Temerloh berada di

Kerdau-Paya Paleng, Payang Mengkuang, Kuala Krau-Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu,

Pian dan Galong. Manakala di Jerantut pula berada di Sungai Kiol dan Kekwel (Kol).

Namun, kali ini saya berpeluang untuk berada di kampung Jah Hut Lubok Wong yang

terletak di Kuala Krau. Kawasan ini mempunyai beberapa buah kampung Orang Asli

Jah Hut yang lain, iaitu Penderas, Pasu, Pian, Kuala Terbul, Ulu Ceka, Sungai Koi dan

Damak. Jarak kampung Lubok Wong dengan jalan besar Kuala Krau ialah sejauh 18.2

km. Kampung Lubok Wong dihubungi jalan bertar dan jalannya menuju ke Jerantut,

Gua Musang dan beberapa kawasan lain.

2. SOSIO BUDAYA KAUM JAH HUT

2.1 Perlantikan Batin

Tok batin merupakan seorang ketua bagi sesebuah penempatan orang asli. Perlantikan

ini pada tradisinya merupakan satu jawatan yang diwarisi turun temurun oleh anak lelaki

sulung tok batin. Setiap tok batin perlu mempunyai pengetahuan tentang adad istiadat

kaum dan perubatan tradisional.selain itu perlantikan perlu persetujuan Penghulu

Mukim dan direstui oleh Sultan.

Zaman kian berubah, perlantikan jawatan Batin sekarang ini adalah melalui pemilihan

penduduk setempat. Syarat-syarat yang perlu ada pada batin merupakan seseorang

yang berpelajaran, berwibawa dan mendapat sokongan terbanyak daripada penduduk

kampung.

2.1.1 Tanggungjawab Batin

Tugas-tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh Batin ialah menjadi Ketua

Pentadbiran Kampung, ketua Adat, menjadi orang perantaraan dengan agensi kerajaan

[1]

Page 2: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

dan kampung jiran. Selain itu, batin menjadi tetamu khas dalam majlis dan upacara

tertentu di kampung sendiri , dikampung jiran pada hari kebesaran negeri.

2.2 Perkahwinan

Upacara perkahwinan mengikut hukum adad yang diwarisi dari nenek moyang mereka

adalah agar menjaga keharmonian masyarakat terpelihara. Bagi pasangan yang akan

berkahwin mestilah tidak membunyai perhubungan antara adik beradik, sepupu, dua

pupu, anak saudara, emak saudara,anak tiri, bapa tiri, emak tiri, menantu, tunang orang

dan isteri orang.

2.2.1 Perkenalan

Perkenalan antara teruna dan dara bermula dari upacara “nisaoi”.nisaoi ialah upacara

mengubat penyakit yang diadakan pada waktu malam. Pada malam itu pihak si teruna

akan memberikan buah tangan kepada si dara Apabila si dara menerima buah tangan

itu, maka itulah tandanya setuju. Kemudian teruna akan meminta keluarganya untuk

meminang si dara idamannya.

2.2.2 Bertunang

Urusan bertunang diserahkan kepada bapa saudara teruna yang akan pergi ke rumah

keluarga perempuan untuk bertanya dan berunding.jika pihak perempuan bersetuju,

pertunangan akan diadakan di rumah pihak perempuan. Dalam majlis itu juga tarikh

pernikahan akan ditentukan.tempoh masa pertunangan mestilah tidak melebihi 3 bulan.

Pihak lelaki perlu memberikan wang belanja kepada bakal isterinya mengikut

kemampuan.

Semasa dalam pertunangan pula, bakal isteri perlu ke rumah keluarga bakal suami

untuk membantu membuat kerja-kerja harian di waktu siang. Antara kerja-kerja yang

biasa dilakukan adalah seperti menumbuk padi, mencari kayu api, dan mengambil air

untuk kegunaan harian. Bagi bakal pengantin lelaki pula perlu mengusahakan ladang,

mencari peralatan membina rumah dan membina rumah untuk mereka selepas nikah.

[2]

Page 3: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

2.2.3 Melanggar Syarat Pertunangan

Jodoh dah maut diatas kehendakNya. Sekiranya pihak perempuan memungkiri janji, ia

akan terpaksa membayar denda pada kadar 2 kali ganda perjanjian asal. Sekiranya

pihak lelaki yang memungkiri janji, dia dikehendaki membayar adat “ bayang” ( mas

kahwin ) berdasarkan kedudukan keuarga pihak perempuan.

2.2.4 Pernikahan

Kebiasaan majlis pernikahan akan berlangsung pada waktu malam di rumah pihak

perempuan. Dalam majlis ini hanya keluarga kedua-dua belah pihak yang dijemput

hadir namum begitu orang lain juga boleh turut serta.

2.2.5 Aturcara Pernikahan

Jamuan makan merupakan perkara yang perlu ada dalam majlis pernikahan. “Makan

Beradab “ merupakan satu perkara yang amat dinantikan, pengantin lelaki akan diiringi

oleh pengapit dan pengantin lelaki duduk berhadapan dengan pengantin perempuan.

Setelah upacara itu pihak pengantin lelaki akan menjamu pihak pengantin perempuan

dengan sirih pinang dan rokok. Sambil itu pihak perempuan akan member kata nasihat

kepada kedua-dua pengantin.

Semasa majlis itu pihak keluarga pengantin perempuan akan menghadiahkan

pasangan itu dengan peralatan asas dapur seperti periuk dan kuali, dua keping pinggan

dan dua biji mangkuk serta dua batang senduk dan sudu.

Kebiasaannya majlis pengantin dirumah lelaki pula dilakukan pada hari keesokannya.

Upacara pembayaran adat dan member nasihat oleh pihak pengantin lelaki dilakukan

pada masa itu.pengantin akan pulang keremah pengantin perempuan pada sebelah

petang.

Mengikut adat kaum Jah Hut , pengantin perempuan tidak boleh duduk berjauhan

dengan keluarga asalnya. Kini adat ini sudah dilonggarkan kerana isteri terpaksa

berpindah mengikut suami bekerja.

[3]

Page 4: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

2.3 Gelaran Dalam Masyarakat

2.3.1 Panggilan Kepada Ibu Bapa

Masyarakat akan memanggil nama jiran yang telah berkeluarga berdasarkan nama

anak sulung mereka. Contohnya jika anak sulung bernama Abu makan panggilan

kepada bapa ialah Pak Abu atau Tai Abu. Ibu pula di panggil Mak Abu atau Deh Abu

atau Wei Abu. Namum begitu tiada panggilan yang khusus kepada anak-anak,

2.3.2 Panggilan Umum

Suku kaum Jah Hut masih mengamalkan panggilan mesra terhadap jiran atau anggota

masyarakat setempat berdasarkan umur dan jantina.

3. AMALAN KESIHATAN

3.1 Pemakanan

Makanan utama kaum Jah Hut lebih kurang sama dengan kaum asli yang lain. Antara

makanan bagi kaum Jah Hut ialah nasi, jagung, dan ubi. Selain itu mereka makan

sayur-sayuran seperti bayam, pucuk paku dan pucuk ubi.

Mereka juga membeli barang makanan di kedai-kedai juga seperti garam, gula , minyak

masak, kopi dan susu. Pantang larang kaum Jah Hut dalam makanan pula , mereka

percaya ada makanan yang tidak boleh dimakan serentak sepertu terung tidak boleh

dicampur dengan telur ayam.

3.2 Punca Air

Masyarakat kaum Jah Hut juga mendapatkan sumber air dari sungai, perigi dan air

paip.

4. AMALAN SOSIAL

4.1 Hubungan Dalam Keluarga

Rasa hormat menghormati antara satu samalain bukan sahaja di terapkan dalam

masyarakat melayusahaja. Bagi masyarakat kaum Jah Hut juga mementingkan rasa

[4]

Page 5: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

hormat menghormatidan mengamalkan adat atau peraturan hidup yang telah menjadi

amalan kaum mereka turun temurun. Dikalangan keluarga, anak perlu menghormati

kedua ibu bapanya, malahan mereka tidak boleh membantah arahan dan percakapan

ibu bapa mereka.

Amalan kaum jahut yang agak unik ialah dari segi perhubungan ibu bapa mertua

mereka dengan menantu mereka.

4.2 Hubungan Dengan Jiran

Hubungan dengan jiran dan masyarakat juga penting bagi mengeratkan perhubungan

antara satu sama lain dalam kaum Jah Hut.bagi kaum Jah Hut mereka mempunyai

adat-adat dan peraturan yang perlu diikuti.

Antara adat-adat yang telah digariskan adalah seperti berikut:

4.2.1 Mengamalkan sikap memberi dan menerima apabila mendapat rezeki, jiran

tidak boleh di lupakan sama sekali.

4.2.2 Menziarahi jiran yang sedang dalam sakit dan kesusahan.

4.2.3 Memberitahu kepada masyarakat apabila ada berita buruk dan kematian

dengan segera.

4.2.4 Menziarahi rumah yang ada kematian dan memberikan bantuan yang

sepatutnya.

4.2.5 Beri isyarat bila sampai di halaman rumah jiran dengan cara berdehem

supaya tuan rumah tahu akan kehadiran tetamu.

4.2.6 Buka kasut sebelum masuk ke rumah orang yang dikunjungi.

5. BAHASA KAUM JAH HUT

5.1 Asal Usul Bahasa Kaum Jah Hut

Setiap kaum dan etnik di negara kita mempunyai bahasa dan dialek yang unik dan

berbeza. Begitu juga dengan kaum Jah Hut yang mempunyai bahasa yang unik..

bahasa yang dituturkan telah lama digunakan. Bahasa mempunyai dialek yang berbeza

dengan kaum asli yang lain. Mereka telah dididik oleh golongan yang terdahulu dan

[5]

Page 6: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

diajar menggunakan bahasa mereka melalui percakapan. Mereka akan mengajar anak

mereka secara tidak langsung dengan mengenalkan perkataan yang biasa mereka

lakukan.

5.2 Pengaruh Bahasa Dalam Bahasa Jah Hut

Masyarakat kaum Jah Hut sering berkomunikasi dengan kaum lain seperti kaum

melayu, cina dan india. Kebanyakan mereka mendiami penempatan yang berdekatan

dengan masyarakat melayu sejak dahulu lagi. Oleh yang demikian pertuturan yang

digunakan banyak kepada bahasa melayu. Dengan adanya pengaruh bahasa melayu

mereka dapat berkomunikasi dengan mudah dalam kehidupan seharian.

Melalui perkahwinan dengan kaum laian juga menjadi salah satu factor pengaruh

bahasa kepada mereka. Sebagai contoh ada masyarakat kaum Jah Hut yang

berkahwin dengan kaum Melayu, jadi mereka lebih terpengaruh dengan bahasa

melayu.

5.3 Kosa Kata Kaum Jah Hut

Untuk tidak melupakan bahasa ibunda kaum Jah Hut mereka akan mengajar dan

menggunakan perkataan bahasa ibunda dalam perbualan meraka seharian. Untuk

mengelakan daripada bahasa ibunda lenyap oleh arus perkembangan semasa, mereka

akan menggunakan bahasa ibunda dalam perbualan seharian sesame mereka.

Antara perkataan dan kosa kata yang digunakan oleh masyarakat kaum Jah Hut adalah

seperti berikut;

[6]

rumput panjang = stuuk trenk tepi = teper tengah = mendek cakap besar = kleng menak cakap bohong = kleng makheng banyak janji = baklek janjik tapi tak buat apa-apa = het buat mende-

mende.

kembali/pulang/balik = balik pergi =cip suka =sukak sedih = sedih rindu = ngunt tidur = cikceat jaga = tungui

Page 7: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

6. KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM KAUM JAH HUT.

6.1 Kepercayaan

Setiap kaum atau bangsa di dunia ini mempunyai kepercayaan dan adat resam yang

tersendiri. Kepercayaan adalah sesuatu yang mereka percaya dan anuti termasuklah

dalam bidang keagamaan. Adat resam pula ialah kegiatan atau amalan yang telah

menjadi kebiasaan dilakukan sesuatu kaum itu. Suku kaum Jah Hut juga mempunyai

kepercayaan dan pegangan terhadap adat resam yang tersendiri.

Secara umumnya suku kaum Jah Hut mengamalkan pegangan fahaman animisme.

Fahaman animisme ialah pegangan yang mempercayaai bahawa sesuatu objek seperti

busut, pokok dan lain-lain lagi mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit atau

menyempurnakan sesuatu hajat.

Antara beberapa fahaman lain Kaum Jah Hut yang berkaitan dengan fahaman

animisme ialah menganggap tempat baru yang baru diterokai mempunyai penunggu.

Penunggu ialah jin atau syaitan yang menjaga tempat itu. Sebelum membuka tempat itu

samada untuk pertanian atau membuat rumah mereka akan melakukan semahan

mengikut kepercayaan mereka. Mereka cenderung untuk membuat pengorbanan

seperti menyembelih binatang dan lain-lain lagi untuk dipersembahkan kepada mahluk

yang menjaga tempat itu. Persembahan itu diberikan dengan harapan penunggu itu

tidak akan mengganggu mereka semasa melakukan pertanian dan mengganggu

keluarga mereka.

Terdapat juga benda-benda yang dianggap pelik seperti batu hampar, gua dan pokok

beringin mempunyai penunggu. Seperti biasa mereka akan melakukan semahan

terhadap benda-benda tersebut atau mengelakan dari pergi ke tempat-tempat berikut.

Para dukun daripada puak itu akan memainkan peranan dengan jampi mentera dan

membuat persembahan.

Mereka juga percaya bahawa setiap penyakit yang dihidapi adalah berpunca daripada

hantu atau syaitan. Mereka akan berusaha untuk mengubati penyakit tersebut dengan

[7]

Page 8: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

kaedah tradisional seperti memakan daun-daun kayu dan juga jampi mentera

berdasarkan fahaman animisme yang mereka anuti.

6.2 Pantang Larang Kaum Jah Hut

Selain itu terdapat juga kepercayaan-kepercayaan yang berbentuk larangan. Sekiranya

larangan tersebut tidak dipatuhi, ia akan mendatangkan kemudaratan kepada

masyarakat itu. Diantara kepercayaan itu ialah larangan menjala ikan di waktu senja.

Mereka percaya diwaktu inilah hantu atau syaitan akan keluar untuk mencari mangsa.

Kanak-kanak dilarang bermain sehingga melewati waktu senja. Kanak-kanak tersebut

ditakuti akan dirasuk oleh jembalang atau dibawa oleh hantu masuk ke dalam hutan.

Seperti yang diketahui bahawa hutan belantara adalah tempat tinggal bagi binatang

buas dan mahluk seperti jin dan syaitan.

Larangan seterusnya ialah larangan bagi pasangan yang baru berkahwin (dalam

tempoh 7 hari) masuk ke hutan. Ia dibimbangi akan mendapat kecelakaan atau

gangguan daripada hantu atau syaitan.

Masyarakat Jah Hut juga dilarang daripada menegur atau menyapa orang yang hendak

pergi memasang jerat atau mengail. Ia dikatakan akan menyebabkan jerat yang

dipasang tidak akan mengena atau terkena pada orang lain dan tidak dapat menangkap

ikan dengan banyak.

Ketika membuat perangkap, orang asli Jah Hut dilarang darpada membuang air besar.

Seperti biasa ia dikuatiri akan menyebabkan perangkap yang dipasang tidak akan

mengena atau membawa malang.

Orang Jah Hut juga dilarang memuji kecantikan anak kecil. Ia dikuatiri akan

menyebabkan kanak-kanak tersebut akan tidak cantik lagi apabila dewasa kelak.

Masyarakat Jah Hut melarang bersiul pada waktu malam kerana perbuatan itu akan

mengundang hantu atau jembalang datang ke rumah.

[8]

Page 9: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

6.3 Pantang Larang Semasa Berkebun.

Masyarakat Jah Hut mempercayai tentang kewujudan semangat padi. Semangat padi

adalah semangat yang menjaga padi dan membolehkan padi hidup subur. Padi adalah

makanan utama bagi masyarakat ini. Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa

menanam padi sehinggalah proses menuai kerana dibimbangi semangat padi itu akan

marah. Jika semangat padi itu marah, maka tanaman padi tidak akan menjadi dan

mereka akan kelaparan. Oleh itu, mereka dilarang memijak batang padi ketika menuai

dan memberi hasil tuaian kepada orang lain selain daripada isi rumah tersebut.

Larangan iti berkuat kuasa selama 3 hari

Selain itu juga, orang yang sedang menuai padi dilarang menegur dengan orang yang

lalu di ladangnya, membawa naik ke rumah alat-alat seperti parang, songkok dan

selepang. Mereka juga dilarang untuk membawa keluar barang-barang dari dalam

rumah. Semua ini dilarang demi untuk menjaga semangat padi.

6.4 Pantang Larang Semasa Membuat Rumah.

Peranan puyang (pawang) adalah besar dalam masyarakat orang Jah Hut selain

daripada tok batin sebagai ketua masyarakat kaum Jah Hut. Masyarakat Jah Hut

adalah sama dengan masyarakat orang asli yang lain mengamalkan cara hidup yang

berpindah randah. Sekiranya kawasan pertanian mereka sudah tidak subur lagi mereka

akan berpindah ke tempat lain. Dalam membuka perkampungan baru, puyang akan

menentukan kawasan itu sesuai atau tidak untuk dijadikan perkampungan. Kawasan

perkampungan mestilah berhampiran dengan sungai atau pancuran air.

Dalam sebuah kampung, rumah-rumah yang dibina adalah berdekatan antara satu

sama lain. Jiran terdekat kebiasaannya adalah terdiri daripada keluarga terdekat atau

sanak saudara. Keadaan rumah yang berdekatan ini akan memudahkan mereka untuk

saling membantu apabila ditimpa masalah atau untuk mengelakan serangan binatang

buas seperti gajah dan lain-lain lagi.

Sebelum rumah-rumah dibina, puyang akan menentukan samada tapak rumah tu

sesuai untuk dibuat rumah atau pun tidak. Mereka percaya sekiranya rumah itu

[9]

Page 10: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

didirikan di tapak yang tidak sesuai, isi rumah itu akan mudah mendapat penyakit atau

serangan mahluk halus.

Pembahagian tapak rumah atau kawasan ditentukan oleh ketua keluarga dan akan

diputuskan oleh tok batin. Rumah-rumah dibina secara ”derderau” (gotong-royong) dan

bergilir-gilir. Pembinaan rumah dimulakan pada awal bulan Islam dan seboleh-bolehnya

harus disiapkan pada bulan itu juga. Bahan binaan untu membuat rumah adalah

diperlehi dari hutan itu juga. Misalnya lantai rumah dubuat daripada buluh atau rotan,

dinding daripada kulit kayu, atap dibuat daripada cucuh, pedor dan semang(pelepah

palma). Bahan ikatan semuanya diperbuat daripada rotan.

Jika diamati daripada kepercayaan masyarakat Jah Hut ini, terdapat sedikit pengaruh

Islam dalam proses mereka membuat rumah. Ini mungkin berlaku disebabkan

terdapatnya orang Islam yang pernah datang untuk mengajar tentang agama Islam

kepada masyarakat ini. Tidak dinafikan juga kebelakangan ini, ada orang Jah Hut yang

telah memeluk Islam dan mengamalkan cara hidup Islam.

[10]

Page 11: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DARI ASPEK GURU DAN MURID

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan

memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara

umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Implikasi kepelbagaian

sosio-budaya ini melibatkan murid dan guru. Kefahaman yang baik terhadap

kelpelbagaian sosio-budaya khasnya bagi subjek kajian iaitu kaum Jahut amatlah

berguna kepada guru guru yang akan mengajar di kawasan pendalaman.

Guru

Sebagai pendidik kita mestilah memahami semua kaedah, teknik dan strategi

pengajaran dengan baik. Pengetahuan yang baik itu penting kerana untuk mengajar

murid-murid yang pelbagai sosio-budaya hendaklah menggunakan kaeadah dan

strategi yang betul. Guru mestilah merangka pengajaran dan pembelajaran dengan baik

dan mengambil kira kesuaian pengetahuan murid-murid. Sekiranya cara pengajaran

guru tidak betul ia akan menyebabkan isi pelajaran tidak dapat disampaikan dengan

baik. Lebih buruk lagi murid-murid akan tidak mahu datang ke sekolah, mungkin

tersinggung dengan kata-kata guru yang tidak tepat.

Guru haruslah merancang sesi pembelajaran dengan baik. Bagi murid-murid yang

tinggal dipendalaman yang mungkin daripada keluarga yang miskin, mereka diperlukan

untuk membantu ibu bapa mereka bekerja di ladang atau mencari ikan. Sekiranya guru

merancang untuk menjalankan aktiviti kokurikulum disebelah petang, janganlah ianya

terlalu lewat hingga ke senja kerana bagi masyarakat Jahut kanak-kanak dilarang

bermain diwaktu senja.

Dari aspek bahasa, guru mestilah memahami sedikit- sebanyak bahasa pertuturan

masyarakat Jahut kerana dengan memperlihatkan guru boleh bertutur dalam bahasa

mereka walaupun sedikit,ini akan merapatkan hubungan antara guru dengan murid.

Daripada sudut negatifnya, murid-murid akan cenderung untuk mempermainkan guru

atau orang yang tidak dikenali dengan menggunakan bahasa yang tidak diketahui oleh

orang itu.

[11]

Page 12: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

Bagi guru-guru yang menguasa pelbagai bahasa, khasnya bagi bahasa yang digunakan

oleh kebanyakan murid atau persekitaran sekolah. Perhubungan antara pihak sekolah

dengan masyarakat akan terjalin erat kerana pihak ibu bapa pelajar dapat berinteraksi

dan berbincang dengan guru dalam hal pembelajaran anak-anak mereka tampa

halangan komunikasi. Keadaan sebaliknya berlaku apabila guru-guru tidak dapat

berkomunikasi dengan ibu dan bapa pelajar dan mungkin akan mewujudkan jurang

antara pihak sekolah dan masyarakat. Sekiranya guru tidak cekap berbahasa atau

mengucapkan sesuatu dengan sebutan yang salah kemungkinan akan membawa

maksud yang lain. Kaum Jahut adalah kaum yang sensitif dan mudah tersinggung.

Dikuatiri akan melibatkan pergaduhan.

Dari aspek sosial, guru harus mewujudkan hubungan baik antara pihak sekolah dengan

masyarakat khasnya dengan ketua masyarakat di situ iaitu tok batin. Hubungan baik ini

perlu kerana sekiranya berlaku apa-apa masalah antara pihak sekolah dengan ibu bapa

pelajar, tok batin akan menjadi perantara yang baik. Sesungguhnya kaum Jah Hut

sangatlah menghormati ketua.

Guru yang baik akan mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat. Oleh

demikian, guru haruslah berhati-hati dan memahami adat resam setempat. Guru

hendaklah menjemput para ibu bapa datang ke sekolah untuk membincangkan hal

persekolahan anak-anak mereka. Namum begitu, sekiranya guru terpaksa pergi ke

rumah kaum Jah Hut, guru haruslah peka dengan simbol-simbol yang digunakan oleh

masyarakat Jah Hut. Sekiranya kaum Jah Hut tudak menerima tetamu, mereka akan

meletakkan daun hijau di tangga rumahnya dan pintu ditutup walaupun siang.

Sebagai guru haruslah bermanis mulut dalam usaha untuk merapatkan hubungan

dengan masyarakat setempat. Namun begitu, guru haruslah berhati-hati kerana bagi

kaum Jah Hut perbuatan menegur orang yang hendak ke sungai atau memasang jerat

adalah dilarang. Niat guru yang baik itu akan mengundang kemarahan pula pada

masyarakat Jahut itu.

Kesimpulannya ialah pemahaman guru terhadap terhadap sosio budaya masyarakat

Jah Hut sangatlah perlu kerana ia memberi implikasi terhadap pengajaran guru dan

[12]

Page 13: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

pembelajaran murid itu sendiri. Kemajuan pendidikan anak-anak masyarakat Jah Hut

bergantung kepada permuafakatan antara pihak sekolah dan keseluruhan struktur

sosial kaum Jah Hut itu sendiri

Murid

Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran dan seharusnya

berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap

rakan bangsa lain. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik

supaya tidak terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang

lain.

Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh murid tidak harus dipertikaikan dan

aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan

mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira

anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid

dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam

masyarakat majmuk di negara kita.

Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid-murid semasa berada

di sekolah terutamanya semasa berlangsungnya pembelajaran. Unsur-unsur dialek

mengikut kaum hendaklah dielakkan, dan murid harus sentiasa berinteraksi dengan

menggunakan bahasa yang betul. Laras bahasa yang tepat akan membantu murid

berkomunikasi dengan lancar.

Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan

jantina mengikut batas-batas yang sepatutnya. Mereka juga perlu diberikan kesedaran

batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina dan saling menghormati

antara satu sama lain.

Kemahiran juga berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan

budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dicapai melalui cara bertutur,

pengunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat tertentu seperti

komputer, telefon dan sebagainya.

[13]

Page 14: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan

sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang

bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi

mengurangkan segala tingkahlaku negatif.

Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh

emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif dan ininovatif dan bermatlamat.

Guru diperlukan membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek

nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru.

Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya,

tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti perasaan

kasih saying dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri

mereka kea rah pembentukan modal insane yang berkualiti.

Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat mengurangkan

kadar ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang

berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang bukanlah

ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang

ditunjukkan oleh bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat

ditransformasikan menjadi sebuah rumah yang menepati slogan ‘bilik darjahku,

rumahku’.

Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap kelas, namun harus

diingat bahawa bukan murid menjadi puncah permasalahan. Kemahiran mengawal

kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam

pengajaran dan pembelajaran. Murid –murid yang menimbulkan punca permasalahan

harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’. Guru mesti mencuba

membantu menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan aktiviti pengajaran

dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat

perhatian dan dihargai sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan

kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru.

[14]

Page 15: Kaum Jahut

EDU 3106 MURID DAN ALAM BELAJAR IPGKPMM

Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan

berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi

lebih kepada pengajaran. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk

perangai murid memang mengambil masa yang lama.

Kesimpulannya ialah pemahaman guru terhadap terhadap sosio budaya masyarakat

Jah Hut sangatlah perlu kerana ia memberi implikasi terhadap pengajaran guru dan

pembelajaran murid itu sendiri. Kemajuan pendidikan anak-anak masyarakat Jah Hut

bergantung kepada permuafakatan antara pihak sekolah dan keseluruhan struktur

sosial kaum Jah Hut itu sendiri.

[15]