Kajian tindakan
Transcript of Kajian tindakan
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN (KPR 4063)
NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ABDUL LATIF BIN GAPOR
NAMA AHLI KUMPULAN 8:
AZURA BINTI HASHIM L20111006494NORHIDAYU BINTI DAHALAN L20111006504NORNAJIAH BINTI MAT KHATIB L20111006508NATASYA BINTI OTHMAN L20111006519
Tajuk Proposal :
Penggunaan Konsep Bayar Hutang Dalam Meningkatkan Kefahaman Dan Kemahiran Pelajar Tingkatan 1 Harmoni Bagi Tajuk Penambahan Dan Penolakan Nombor Negatif Dalam Mata Pelajaran
Matematik.
Nama Sekolah:Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman,
Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang
PENGENALAN
Nombor negatif adalah salah satu tajuk yang terkandung dalam sukatan pelajaran Matematik sekolah menengah, yang mengikut standard Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Nombor negatif merupakan nombor yang mempunyai nilai yang lebih kecil dari nombor sifar seperti -1, -2, -3 dan seterusnya.
Nombor negatif merupakan satu nombor yang dianggap abstrak.
Operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian ke atas nombor negatif sering kali mendatangkan masalah kepada pelajar serta guru untuk memahami prinsip-prinsip konkrit.
PENYATAAN MASALAH
Dalam kertas cadangan kajian tindakan ini, sasaran yang dikaji ialah pelajar-pelajar Tingkatan 1 Harmoni seramai 5 orang. Masalah yang dikenalpasti adalah pelajar sukar untuk memahami dan menguasai konsep asas penambahan dan penolakan nombor negatif.
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar Tingkatan 1 Harmoni bagi topik nombor negatif.
Mengenal pasti bentuk kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam topik nombor negatif.
Menggunakan kaedah Konsep Bayar Hutang dalam pengajaran Matematik supaya dapat mempelajari konsep dan teknik penyelesaian penambahan dan penolakan nombor negatif yang lebih mudah dan berkesan.
Memperbaiki amalan pengajaran guru yang dapat disampaikan dengan berkesan dan menyeronokkan.
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti Model Stringer (2004): Langkah 1 : Mereka BentukLangkah 2 : Mengumpul dataLangkah 3 : Menganalisis dataLangkah 4 : Menyampai hasilLangkah 5 : Mengambil tindakan
Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada:
Kumpulan pengkaji
Puan Hanisah, guru yang mengajar Matematik bagi kelas Tingkatan 1 Harmoni
Pelajar-pelajar Tingkatan 1 Harmoni itu sendiri iaitu seramai 5 orang.
Instrumen Kajian
Dalam kajian akan digunakan 3 kaedah pengumpulan data iaitu: 1) Rekod prestasi pelajarRekod prestasi pelajar akan disemak dan dikemaskini oleh guru Tingkatan 1 Harmoni. 2) PemerhatianPemerhatian akan dilakukan oleh guru Matematik Tingkatan 1 Harmoni terhadap tingkah laku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas semasa pembelajaran dilaksanakan.
3) Soalan-soalan ujian (Ujian pra dan pos)Dua set soalan ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos akan diberikan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 Harmoni. Ujian Pra dan Pos ini mengandungi 10 soalan berstruktur dan berbentuk subjektif. Kedua-dua ujian akan menggunakan set soalan yang sama.
Metod Analisis
1) Rekod prestasi pelajarAnalisis keputusan dan markah pencapaian pelajar Tingkatan 1 Harmoni melalui ujian-ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun. 2) Pemerhatian Analisis secara perbincangan tentang tindak balas pelajar semasa pengajaran. 3) Ujian pra dan ujian posAnalisis pencapaian pelajar melalui perbandingan yang akan dibuat berdasarkan keputusan kedua-dua ujian
KESIGNIFIKANAN / KEPENTINGAN KAJIAN
1) Kepentingan kepada guruSumber rujukan kepada guru.Guru akan dapat mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam tajuk penambahan dan penolakan nombor negatif.Guru juga akan dapat mengetahui teknik dan kaedah baru yang sesuai dan berkesan untuk diaplikasikan dalam pengajaran Matematik
2) Kepentingan kepada pelajarMeningkatkan kefahaman pelajar terhadap nombor negatif.Mengetahui teknik yang betul, cepat dan berkesan dalam memahami konsep penambahan dan penolakan nombor negatif.Menangkis perspektif buruk pelajar terhadap Matematik terutama sekali kepada pelajar yang tidak suka akan Matematik.
Sambungan…………
1) Kepentingan kepada Panitia Matematik Daerah Dengan penyebaran dapatan ini, semua sekolah didalam
daerah tersebut akan mendapat kaedah dan makluman tambahan dalam menyelesaikan penambahan dan penolakan nombor negatif.
TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Kaedah Penggunaan Konsep Bayar Hutang dalam Meningkatkan Kefahaman dan Kemahiran Pelajar Tingkatan 1 Harmoni bagi Tajuk Penambahan dan Penolakan Nombor Negatif dalam Mata pelajaran Matematik.
Langkah-langkah yang dicadangkan dalam kaedah penggunaan konsep ini adalah seperti berikut:
1) Guru akan menerangkan konsep hutang dalam operasi penambahan dan penolakan nombor negatif kepada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
2) Guru menganalogikan tanda negatif sebagai duit yang dihutang manakala positif sebagai duit yang dimiliki (duit untuk membayar hutang).
Contoh 1:
1) – 5 + 9 =
Duit yang dihutang + Duit untuk membayar hutang= Duit untuk membayar hutang adalah lebih banyak/besar daripada duit yang dihutang. Maka jawapan akan menjadi positif
-5 9
Contoh 2:
2) - 7 - 3 =
Duit yang dihutang + Duit yang dihutang = Hutang akan bertambah (jawapan akan menjadi –ve)
-7 -3
Sambungan…….
3) Guru akan menerangkan kaedah menggunakan Konsep Bayar Hutang dalam tajuk penambahan dan penolakan nombor negatif ini berulang kali
4) Guru akan mengaplikasi perbincangan bersama dalam menyelesaikan masalah dan menjawab setiap soalan.
5) Guru akan memberi latih tubi kepada pelajar sebagai pengukuhan
Soalan bagi Ujian Pra dan Pos
LAPORAN PERSEMBAHAN CADANGAN
PELAJAR UJIAN PRA UJIAN POS
Markah Peratus
(%)
Markah Peratus
(%)
1) Pelajar A : Mohd Zamri 3 30% 5 50%
1) Pelajar B : Sathisvaran 3 30% 6 60%
1) Pelajar C : Annissa 4 40% 6 60%
1) Pelajar D : Iffah Nadia 4 40% 7 70%
1) Pelajar E : Khor Wei Siong 5 50% 8 80%
Jangkaan markah (keputusan) bagi 5 orang pelajar Tingkatan 1 Harmoni bagi ujian pra dan pos.
Jangkaan markah (keputusan) bagi 5 orang pelajar Tingkatan 1 Harmoni bagi ujian pra dan pos.
0
20
40
60
80
100
A B C D E
PELAJAR
MA
RKA
H (%
)
UJIAN PRA UJIAN POS
REFLEKSI DAN PENILAIAN
Jangkaan terhadap perubahan yang positif dan peningkatan terhadap tahap penguasaan murid dalam tajuk penambahan dan penolakan nombor negatif ini.
Dengan adanya kaedah penggunaan ‘Konsep Bayar Hutang’ ini, pencapaian murid dalam setiap item penilaian yang dijalankan bagi kedua-dua ujian pra dan pos ini akan menunjukkan peningkatan yang baik dan memberangsangkan.
KESIMPULAN
Kaedah penggunaan Konsep Bayar Hutang ini akan dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar tingkatan 1 harmoni bagi tajuk penambahan dan penolakan nombor negatif.
Mengubah sikap negatif pelajar Tingkatan 1 Harmoni terhadap Matematik dan meningkatkan minat serta prestasi pelajar.
Guru tidak hanya terikat kepada kaedah pengajaran yang sama sahaja.
Kaedah penggunaan Konsep Bayar Hutang ini memerlukan bimbingan yang berterusan di samping latihan pengukuhan yang kerap supaya tahap pencapaian pelajar sentiasa konsisten.
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH KOS
1 Perjalanan RM 100
2 Bahan dan alatan bantuan mengajar RM 10
3 Percetakan soal selidik / ujian RM 5
4 Percetakan modul / bahan pengajaran RM 5
5 Percetakan laporan kajian (5 jilid) RM 20
6 Perbelanjaan mesyuarat RM 10
Jumlah Anggaran Keseluruhan Kos RM 150
Kos dan perbelanjaan yang dianggarkan bagi merancang dan melaksanakan kajian tindakan ini adalah seperti berikut:
PERKARA TARIKH
Mesyuarat Jawatankuasa 12 September 2011
Penulisan kertas cadangan 12 September 2011
Mesyuarat perancangan 19 September 2011
Mesyuarat pembinaan ujian pra / pos 19 September 2011
Pelaksanaan ujian pra 21 September 2011
Memproses data ujian pra 21 September 2011
Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 22 September 2011
Analisis data ujian pra dan pemerhatian 22 September 2011
Pelaksanaan ujian pos 26 September 2011
Refleksi dan penilaian 26 September 2011
Penulisan laporan kajian 27 September 2011
Pembentangan Laporan 3 Oktober 2011
JADUAL KERJA