Jual beli

29
ZAFIRAH ABDULLAH Jual Beli

Transcript of Jual beli

Page 1: Jual beli

ZAFIRAH ABDULLAH

Jual Beli

Page 2: Jual beli

Dalam segi Bahasa: Pertukaran sesuatu dengan sesuatu Sama ada kedua-duanya dalam bentuk benda atau bukan benda

Menurut Istilah Para Fuqahak: Jual Beli adalah akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan

harta yang lain bagi tujuan pemilikan tetap Jual Beli perlu membabitkan pemilikan dan penyerahan hak milik Dan tidak boleh ditetapkan untuk tempoh tertentu sahaja.

Dalil Al-Quran“Padahal Allah telah menghalalkan Jual Beli dan mengharamkan Riba” (Al-Baqarah: 275)

TAKRIF

Page 3: Jual beli

Manusia sentiasa memerlukan pelbagai barangan Oleh itu mereka perlu membuat pertukaran untuk memperolehi kesemua barangan yang

diperlukan

Hikmah Pensyariatan

Rukun Jual BeliRukun Pertama: Pihak yang mengikat Kontrak

1. Penjual dan Pembeli haruslah Waras (Baligh , Berakal, dan boleh menguruskan harta dengan baik) Urusal jual beli yang dijalankan oleh kanak-kanak dan orang gila

adalah TIDAK SAH Demikian juga dengan orang yang tidak dibenarkan

menguruskan harta sendiri kerana tidak berkelayakan menguruskan harta. (Contoh: Terlalu Boros..etc)

Page 4: Jual beli

2. Bebas membuat Pilihan ketika mengikat kontrak Apabila seseorang itu menjual atau membeli, dia melakukannya

dengan bebas dan dengan sepenuh hatinya (sukarela). Serta meredhai urusan yang ingin dijalankan Walau bagaimanapun, jika paksaan tersebut dilakukan dengan

sebab yang SAH, jual beli orang yang dipaksa adalah SAH Contohnya, orang yang sengaja melambat-lambatkan pembayaran

hutang sedangkan dia memiliki barangan tetapi enggan menjualnya Dalam hal ini, hakim berhak untuk memaksa orang tersebut menjual

barangan tersebut untuk menjelaskan hutangnya.

3. Penjual dan Pembeli adalah individu yang berlainan Penjual serta pembeli bukanlah orang yang sama Ini kerana kepentingan kedua-dua pihak sentiasa berlainan:

Penjual sentiasa mahukan harga yang lebih tinggi dengan kualiti barangan yang lebih rendah

Pembeli pula sentiasa mahukan kualiti barangan yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah

Page 5: Jual beli

Jika seseorang mewakilkan kepada orang lain untuk menjual barangannya, wakil dilantik tidak boleh menjual barangan tersebut kepada dirinya sendiri

4. Boleh melihat Jual Beli oleh orang buta TIDAK SAH kerana wujudnya kejahilan yang ketara Untuk tujuan Jual Beli, orang buta ini perlu mewakilkan kepada orang lain

untuk membeli atau menjual bagi pihaknya

Rukun Kedua: Sighah Kontrak Ucapan yang dilahirkan oleh kedua-dua pihak yang mengikat kontrak

dengan menyatakan kemahuan, kerelaan dan niat mereka untuk mengikat kontrak.

Kontrak ini merangkumi penawaran (ijab) oleh penjual. Contoh: “ Saya jual kepada anda….”

Sebagai tanda persetujuan, pembeli akan mengucapan Persetujuannya (Qabul).

Contoh: “Saya setuju”

Page 6: Jual beli

Sighah terbagi kepada: Sighah secara Langsung (Soreh)

Contoh: “Saya jual kepada anda” / “ Saya setuju” Dianggap SAH sebagai jual beli (jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan)

Sighah secara tidak Langsung (Kinayah) Contoh: “Saya jadikannya milik engkau dengan harga sekian” / “Saya ambil” Tidak dianggap sebagai jual beli kecuali jika ia dilakukan dengan niat jual beli/ ada

tanda-tanda yang merujuk kepada wujudnya proses jual beli.

Bagi orang bisu, mereka hanya perlu menunjukkan isyarat yang mudah difahami dan biasa digunakan dalam keadaan seperti ini

Syarat Sighah Kontrak1) Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab) dan persetujuan

(qabul) yang boleh menggambarkan pada adatnya penawaran tersebut tidak diterima. Jika setelah penjual menawarkan jualan, berlaku diam yang berpanjangan atau wujud

perbualan yang tiada kene mengena dengan kandungan kontrak (walaupun untuk tempoh yang singkat)..

Kemudian barulah pembeli menyatakan persetujuannya Kontrak tersebut TIDAK SAH

Page 7: Jual beli

Jika perbualan mengenai jual beli tersebut memakan masa yang panjang kemudian barulah dipersetujui, kontrak tersebut masih SAH walaupun wujud tempoh masa yang lama di antaranya.

2. Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli dan penawaran oleh penjual dalam semua sudut Contoh, Penjual berkata: “ Saya jual kepada anda dengan harga RM100, semetara Pembeli

pula berkata “Saya beli dengan harga RM50 Contoh, Penjual berkata: “Saya jual kepada anda dengan harga RM30000, sementara Pembeli

pula berkata “Saya beli dengan harga RM30000, secara bertangguh. Kesemua jual beli ini TIDAK SAH kerana wujudnya Ketidaksamaan antara

Persetujuan dan Penawaran.

3. Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat atau dihadkan dengan tempoh tertentu Sighah kontrak mestilah menunjukkan kontrak telah sempurna dan pemilikan mestilah

bersifat kekal Contoh: Penjual berkata “Saya jual rumah ini kepada anda jika si fulan dating” / “Saya

menjual kereta ini kepada anda selama setahun” Larangan menetepkan tempoh atau syarat tertentu ini hanya membabitkan barangan

yang dijual. Berbeza dengan pembayaran… Jika penjual ingin menjual sesuatu barangan dengan pembeli perlu menunaikan

bayarannya pada awal bulan depan, jual beli ini SAH kerana pembayaran di sini dianggap dalam bentuk hutang yang menjadi tanggungan pembeli

Page 8: Jual beli

Rukun Ketiga: Barang Jualan dan Harganya1. Barangan Jualan hendaklah wujud ketika kontrak jual beli dimeterai

Barangan yang tidak wujud tidak boleh dijual Contohnya: Penjual yang mahu menjual buah-buahan yang bakal berbuah di pokok tertentu /

Anak kambing yang bakal dikandung oleh ibunya Jual Beli dengan cara ini termasuk dalam ketegori Jual Beli berisiko (al-Gharar)

2. Barangan yang dijual mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syarak Syarat ini ditetapkan bagi barangan jualan dan bayaran yang ditetapkan Segala barangan yang dikategorikan sebagai najis dan Haram oleh syarak, TIDAK SAH

diperniagakan Barangan seperti Arak/Bangkai/Darah/Najis/Anjing adalah tidak sah untuk dijadikan

sebagai barangan jualan dan bayaran Termasuk barangan yang terkena najis dan tidak boleh dibersihkan lagi, seperti cuka, susu,

minyak..etc

3. Barangan jualan mestilah barangan yang bermanfaat menurut Syarak dan Uruf (Kebiasaan Orang) Pada adatnya, manfaat barangan tersebut menjadi tujuan Jual Beli dan dibenarkan oleh Syarak Dengan ini, TIDAK SAH menjual serangga berbisa/ haiwan yang tidak boleh dimanfaatkan Kerana membayar sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah

perbuatan yang membazir

Page 9: Jual beli

4. Barangan tersebut hendaklah boleh diserahkan, daripada segi fizikal dan syarak Contoh : TIDAK SAH menjual kereta yang telah hilang / Burung yang masih

bebas di udara / ikan yang masih di dalam sungai. Kerana secara Fizikalnya, barangan ini tidak mampu diserahkan Barangan yang dirampas juga TIDAK SAH dijual jika barangan tersebut

berada di tangan perampas Menjual sebahagian barangan yang tidak boleh dibahagikan juga TIDAK

SAH kerana jualan ini akan menyebabkan nilai barangan tersebut hilang/ tidak boleh digunakan lagi. ( Buku, Pedang..etc)

5. Pihak yang berkontrak mestilah orang yang mempunyai kuasa ke atas barangan yang ingin dijual beli sama ada kuasa sebagai seorang penjaga atau kuasa sebagai pemilik Pemilik dibenarkan menjual barangan miliknya kerana syarak

mengesahkan kuasa hak miliknya Penjaga / Wakil/ Pemegang Wasiat juga dibenarkan menjual

barangan milik orang di bawah jagaan mereka / menggunakan barangan tersebut untuk membuat belian

Page 10: Jual beli

6. Barangan tersebut mestilah dalam pengetahuan kedua-dua belah pihak Menjual barangan / membayar menggunakan barangan yang tidak

diketahui oleh kedua-dua pihak / salah satu pihak adalah TIDAK SAH Kerana wujudnya unsur RISIKO (al-Gharar) TIDAK SAH menjual sesuatu barangan tertentu dengan hanya

meletakkan satu angka, contohnya 1000, tanpa dijelaskan apakah nilai yang dimaksudkan.

TIDAK SAH menjual sesuatu barangan dengan harga yang sama yang dijual oleh seseorang yang lain, sedangkan kedua-dua pihak yang berkontrak tidak tahu berapa jualan barangan tersebut

1. Jika barangan tersebut wujud dan dipamerkan, jual beli tersebut adalah SAH, walaupun tidak dinyatakan spesifikasinya dan kadarnya

2. Kedua-dua pihak melihat katalog sebelum kontrak jual beli dimeterai dengan kedua-duanya menyebutkan spesifikasi dan deskripsi barangan tersebut1. Tetapi dengan syarat barangan tersebut biasanya tidak akan

berubah antara waktu melihat dan waktu kontrak dimeterai

Page 11: Jual beli

Jika pada kebiasaannya barangan tersebut akan berubah dalam tempoh tersebut, maka melihat katalog sahaja tidak memadai Melihat sebahagian barangan yang dijual beli jika bahagian tersebut adalah

cukup untuk menggambarkan bahagian yang lain Contohnya, melihat sebahagian Fabrik kain cukup untuk menggambarkan

keseluruhan baju tersebut Atau sample bagi barangan yang sama

'Melihat bahagian luar barangan yang dijual beli yang mana bahagiannya dianggap sebagai ‘penjaga’ kepada barangan tersebut

Barangan seperti ini cukup dengan hanya melihat bahagian kulitnya sahaja

Contoh: Tembikai / Delima / Telur

Penerimaan Barangan yang dijual beli dan Tanggung-jawabnya Jika barangan tersebut rosak / dirosakkan oleh penjual, jual beli tersebut

akan BATAL dan pembeli tidak perlu memikul sebarang tanggung-jawab Pembeli boleh mengambil semula wangnya jika pembayaran telah dibuat

Jika pembeli telah menerima barangan tersebut, tanggung-jawab tersebut berada di tangan pembeli

Segala kerosakan pada barangan akan ditanggung oleh pembeli

Page 12: Jual beli

Bentuk Penerimaan barangan yang dijual Beli adalah bergantung kepada jenis barangan yang dijual beli

Bagi barangan jenis harta boleh alih, bentuk penerimaanya boleh dengan cara mengambilnya dengan tangan, jika barangan tersebut boleh diambil dengan tangan

Contoh : Baju , Buku.. Jika tidak boleh diambil dengan tangan (kereta, haiwan..etc),

penerimaan boleh dilakukan dengan cara memindahkan barangan tersebut

Bagi barangan jenis harta tidak boleh alih seperti Rumah,Tanah.. Penerimaan boleh berlaku dengan cara penjual melepaskan haknya

kepada pembeli

Penerimaan mestilah berlaku dengan kebenaran penjual kerana pada asalnya barangan tersebut adalah miliknya.

Page 13: Jual beli

Pilihan untuk meneruskan atau membatalkan kontrak yang telah dipersetujui diberikan oleh syarak kepada pihak yang menjalankan kontrak jual beli dalam 3 keadaan yang disebut sebagai KHIYAR

Khiyar Majlis Khiyar Syarat Khiyar Aib

Khiyar Majlis Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jual beli tersebut walaupun kontrak

tersebut telah dipersetujui dan disahkan. Dengan syarat, ia dilakukan di majlis yang sama dan secara fizikalnya, mereka

masih belum berpisah Namun demekian, hak khiyar yang dimiliki tidak boleh digunakan jika salah

seorang di antara mereka atau pun kedua-dua pihak membuat keputusan untuk memeterai kontrak jual beli

Contohnya apabila mereka berkata : “Kami telah bersetuju untuk meneruskan kontrak ini” Jika hanya satu pihak sahaja yang membuat pilihan, hak menuntut Khiyar hanya gugur daripada

pihak tersebut dan pihak kedua masih berhak menuntut Khiyar

Membuat Pilihan (Khiyar) dalam Jual Beli

Page 14: Jual beli

Khiyar Syarat Khiyar syarat berlaku apabila salah satu pihak atau kedua-dua pihak

menetapkan syarat dia mempunyai hak khiyar iaitu hak untuk membatalkan kontrak dalam tempoh tertentu

Syarat ini boleh dinyatakan ketika memeterai kontrak atau selepas out, tetapi mestilah sebelum mereka berpisah dari majlis tersebut.

Khiyar ini dinamakan khiyar syarat kerana pihak yang terlibat meletakkan syarat tertentu

Khiyar ini perlu memenuhi beberapa Syarat:1. Mestilah terhad kepada tempoh tertentu

Jika mereka berkata “Saya berhak menuntut Khiyar” tanpa dihadkan pada tempoh tertentu, Khiyar tersebut TIDAK SAH

2. Tempoh yang ditetapkan tidak boleh melebihi 3 hari jika barangan tersebut tidak mudah rosak dalam tempoh tersebut Jual beli tersebut akan terbatal jika melebihi tempoh tersebut walaupun

sesaat Jual beli juga akan TERBATAL jika barangan tersebut akan rosak dalam

tempoh yang ditetapkan walaupun tempoh tersebut tidak sampai 3 hari

Page 15: Jual beli

3. Tempoh mestilah berturutan dan bersambung dengan kontrak Jika disyaratkan Khiyar tersebut bermula selepas mereka berpisah atau

ditetapkan pada hari-hari yang tertentu yang tidak berturutan.. Atau tempoh khiyar tidak bermula sebaik sahaja kontrak dimeterai, jual

beli tersebut TIDAK SAH dan kontrak tersebut BATAL

Mensyaratkan Khiyar untuk Orang Lain Selain dibenarkan pihak yang mengikat kontrak menetapkan syarat

boleh Khiyar untuk dirinya, dia juga boleh menetapkan syarat boleh Khiyar untuk orang lain (iaitu pihak yang tidak terlibat dalam kontrak tersebut)

Kerana ada orang yang lebih berpengetahuan tentang barangan yang dijual berbanding dirinya

Sebabnya, syarak membenarkan khiyar demi keperluan dan kepentingan pihak yang terlibat dan bertujuak mengelak sebarangan penipuan dan kemudaratan kepada pihak yang mengikat kontrak

Hak khiyar dimiliki oleh orang yang diberikan hak tersebut adalah Pihak Ketiga

Ia tidak lagi dimiliki oleg pihak yang mengikat kontrak.

Page 16: Jual beli

Bilakah Hak Khiyar Dibatalkan?1. Tamat tempoh yang disyaratkan

Setelah tamat tempoh yang ditetapkan dan kontrak tersebut tidak dibatalkan oleh pemegang hak khiyar

Tiada siapa lagi selepas itu berhak membatalkan kontrak tersebut

2. Jual Beli diteruskan dan dipersetujui dalam tempoh Khiyar Apabila pemegang hak khiyar berkata “Saya setuju dengan kontrak ini”

3. Apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu pada kebiasaannya hanya dilakukan oleh seorang pemilik Perbuatan ini menunjukkan dia bersetuju meneruskan jual beli tersebut dan

membatalkan hak Khiyarnya Jika tindakan tersebut lahir daripada penjual, tindakan ini menunjukkan kontrak

tersebut telah dibatalkan.

Page 17: Jual beli

a) Hak milik barangan (Barang Jualan) dalam tempoh Khiyar Jika kedua-dua pihak mempunyai hak khiyar, hak milik barangan tersebut dibekukan

sehingga ada keputusan sama ada kontrak tersebut diteruskan atau dibatalkan. Kontrak dibatalkan = Hak Milik Penjual Kontrak Diteruskan= Hak Milik Pembeli

b) Kerosakan barangan dalam tempoh Khiyar Jika kerosakan berlaku sebelum barangan tersebut diterima oleh pembeli = Jual beli

terBATAL dan hak khiyar dilucutkan Jika kerosakan berlaku selepas barangan tersebut diterima oleh pembeli, maka Jual

Beli TIDAK TERBATAL Jika Jual Beli itu dibatalkan, pihak pembeli perlu menggantikan barangan yang

sama atau membayar nilai barangan tersebut pada waktu kerosakan berlaku

Hukum barangan dalam Tempoh Khiyar

Page 18: Jual beli

Khiyar Aib Salah satu contoh menipu dalam perniagaan adalah:

Penjual menyembunyikan kecacatan yang ada pada barangan yang dijual walaupun dia mengetahuinya

Menjadi tanggung-jawab penjual untuk memperlihatkan kecacatan yang ada pada barangan yang dijual dan menyatakannya pada pembeli

Selain penjual, sesiapa sahaja yang mengetahui kecacatan tersebut juga wajib menjelaskan kepada orang lain walaupun dia bukan penjual mahupun pembeli

Syarat Dibenarkan Khiyar Aib Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada

Kecacatan tersebut wujud pada barangan yang dijual sebelum diterima oleh pembeli

Jika kecacatan tersebut berlaku selepas barangan diterima, pembeli TIDAK BERHAK untuk menuntut Khiyar

Cuma jika kecacatan ini berpunca daripada sesuatu sebab yang berlaku sebelum ia diterima oleh pembeli

Contohnya: Pembeli mendapati barangan itu berkarat dan apabila diteliti, ia telah terdedah kepada air sebelum penerimaan

Page 19: Jual beli

Syarat Dibenarkan Khiyar Aib Berdasarkan amalan perniagaan,kecacatan tersebut dianggap sebagai

kecacatan yang boleh menjejaskan nilai barangan Jika kecacatan tersebut hanya menjejaskan fizikal tanpa menjejaskan nilainya, pembeli

tidak berhak memulangkannya semua Kecuali jika kecacatan tersebut menjejaskan tujuan pembeli membelinya

Pada Kebiasaannya, Kecacatan tersebut tidak wujud Contoh : Seorang pembeli membeli sebuah kereta baru daripada wakil pengedar

kemudian mendapati tayar kereta tersebut botak. Beliau berhak untuk memulangkan semula kereta tersebut

Melainkan jika dia membeli kereta terpakai dan kemudian mendapati tayarnya botak, pembeli TIDAK BERHAK untuk menuntut Khiyar Aib kerana barangan terpakai biasanya mempunyai kecacatan sedemikian

Bilakah barangan Khiyar Aib boleh dipulangkan? Sebaik sahaja kecacatan tersebut dikenal pasti Jika dia lewat memulangkan lebih awal, hak Khiyarnya gugur Hak ini juga gugur jika pembeli menggunakan barangan tersebut setelah menyedari

kecacatannya dan dia mampu memulangkannya sebelum menggunakannya Ini kerana kelewatan pembeli memulangkan barangan tersebut/ menggunakan

sebelum mengembalikannya menjadi tanda dia memilih untuk meneruskan jual beli walaupun menyedari kewujudan kecacatan

Page 20: Jual beli

Pertambahan pada Barangan yang cacat Jika pertambahan tersebut tidak boleh dipisahkan (bersekali)..

Contohnya: Pertambahan dalam bentuk lemak pada haiwan atau jahitan pada baju.. Pembeli boleh memulangkan semuanya ataupun meneruskan jual beli tersebut

Jika pertambahan tersebut berasingan, pembeli boleh memulangkan barangan cacat tersebut tanpa pertambahannya

Ini kerana pertambahan ini berlaku dalam tempoh pemilikannya

Kecacatan Tambahan kepada Kecacatan Sedia ada Jika wujud kecacatan baru selain daripada kecacatan yang sedia ada, hak pembeli untuk

memulangkan semula kepada penjual secara paksa digugurkan Ini bermakna pembeli tidak berhak memaksa penjual untuk menerima semula barangan

tersebut Jika penjual bersetuju menerimanya, pembeli boleh memulangkannya Atapun jika pembeli bersetuju menerima kecacatan tersebut, dia boleh menggunakannya teros

Syarat Tiada Cacat Cela Jika penjual meletakkan syarat kepada pembeli ketika kontrak bahawa dia tidak bertanggung-

jawab terhadap sebarang kecacatan yang ada pada barangan yang dijual, kontrak tersebut SAH Jika barangan tersebut tidak bernyawa, syarat tersebut tidak terpakai (Pembeli ada hak

menuntut Khiyar Aib) Jika barangan tersebut bernyawa, penjual boleh melepaskan sebarang tanggung-jawab

terhadap sebarang kecacatan yang tidak nyata sahaja pada barangan tersebut

Page 21: Jual beli

1. Jual beli yang DIHARAMKAN dan TIDAK SAH1. Menjual susu yang masih belum diperah / bulu

Haiwan yang masih belum diketam / Buah-Buahan yang masih belum masak Punca jual beli ini TIDAK SAH kerana wujud ketidak-pastian

tentang barangan yang dijual Contohnya: Menjual buah-buahan sebelum sampai tempoh

matangnya, kerana tidak mengetahui dengan jelas nilai buah-buahan tersebut

Jual beli begini juga mengandungi risiko yang besar Ada kemungkinan wujud kerosakan akibat penyakit atau

sebagainya yang mungkin menyebabkan pokok tidak tersebut tidak mengeluarkan hasil.

Hikmah di sebalik hokum ini : Untuk mengelakkan pertelingkahan atau Pergaduhan yang boleh membawa kepada pertumpahan darah

Jual Beli yang tidak dibenarkan

Page 22: Jual beli

1. Jual beli yang DIHARAMKAN dan TIDAK SAH2. Jual Beli yang mengandungi unsur Perjudian

Merangkumi jual beli yang tidak menyatakan barangan yang dijual secara jelas Atau wujud perbuatan yang menafikan kehendak salah satu pihak Contohnya : Jual Beli Munabazah (campak mencampak) & Mulamasah

(sentuh-menyentuh) Iaitu kedua pihak berurusan dengan suatu barangan yang ditentukan mana

satu Dengan itu, apabila penjual mencampakkan mana-mana satu barangan /

pembeli menyentuh mana-mana satu barangan, barangan tersebutlah dijual Pembeli akan menyentuh tanpa melihat barangan yang ingin dibeli Contohnya: Beberapa barangan diletakkan di suatu tempatdan sekeping

papan/besi akan dipusingkan Mana-mana barangan yang berada di tempat papan/besi itu berhenti,

akan dijual kepada pembeli dengan harga tertentu

Jual Beli yang tidak dibenarkan

Page 23: Jual beli

1. Jual beli yang DIHARAMKAN dan TIDAK SAH3. Kontrak dua dalam Satu

Maksudnya, memasukkan 2 jenis kontrak ke dalam satu sighah kontrak pada masa yang sama

Contohnya, penjual berkata: “Saya jual anda rumah ini dengan harga RM 1000 secara tunai dan RM 2000 secara ansuran selama setahun”

Contoh: Penjual berkata: “Saya jual kereta ini dengan harga RM 1000 dengan syarat anda menjual kepada saya rumah anda dengan harga RM 2000”

Jual Beli ini adalah HARAM dan TIDAK SAH kerana harga sebenar tidak diketahui ataupun jualan tersebut dikaitkan dengan syarat tertentu.

4. Jual beli Cengkeram (Urbun) Suatu barangan dijual dengan pembeli perlu membayar sebahagian

daripada harga barangan yang dibeli kepada penjual Bayaran itu akan menajadi hadiah kepada penjual jika jual beli tersebut

BATAL Jika jual beli diteruskan. Bayaran tersebut dikira sebagai sebahagian

daripada harga barangan Jual Beli ini adalah HARAM dan TIDAK SAH kerana wujudnya syarat yang

tidak betul iaitu Hadiah yang diberikan kepada penjual

Page 24: Jual beli

1. Jual beli yang DIHARAMKAN dan TIDAK SAH4. Jual Hutang dengan Hutang

B berhutang dengan A A berhutang dengan C Lalu si A menjual hutangnya yang perlu dibayar kepada B kepada C.

(bermakna B harus menjelaskan huatangnya A kepada C) Jual beli ini TIDAK DIBENARKAN dan TIDAK SAH kerana

barangan yang dijual tidak boleh diserahkan Contoh yang lain:

Seseorang membeli barangan yang akan diterima dalam tempoh yang tertentu dan harganya dibayar serta merta

Namun apabila tempoh penyerahan tiba, penjual gagal menyerahkan barangan tersebut

Kemudian penjual berkata “Juallah barangan ini kepada saya dengan harga sekian, dan saya akan bayar dalam tempoh sekian.

Termasuk dalam erti jual hutang dan hutang adalah seseorang menjual hutangnya kepada orang yang berhutang dengannya dan bayarannya adalah hutang yang lain

Page 25: Jual beli

1. Jual beli yang DIHARAMKAN dan TIDAK SAH5. Menjual barangan sebelum diterima

Jualan ini tidak dibenarkan dan tidak sah kerana barangan tersebut belum berada dalam tanggungan pembeli selagi ia belum diterima

2. Jual beli yang DIHARAMKAN tetapi SAH1. Jual beli Musorrah

Musorrah adalah unta/lembu/kambing yang sengaja tidak diperah susunya selama beberapa hari bertujuan mengumpulkan susunya di pundi susuhjh

Dengan itu pembeli menyangka susunya sentiasa banyak dan ini boleh menarik minat pembeli untuk membeli

Apabila Jual beli berlangsung, kontrak tersebut SAH tetapi DIHARAMKAN kerana wujud penipuan dan pemalsuan

Jika pembeli mengetahui kedudukan sebenar, dia berhak memulangkan semula belian tersebut serta-merta kerana belian tersebut termasuk dalam hokum Khiyar dan boleh dipulangkan kerana kecacatn tertentu

Page 26: Jual beli

1. Jual beli yang DIHARAMKAN tetapi SAH2. Najasy (Menjuak)

Najasy adalah orang yang sengaja menawarkan harga yang tinggi sedangkan dia tidak berminat membelinya

Tujuannya adalah supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi dan mereka akan membelinya dengan harga yang lebih mahal

3. Penjualan barangan orang kampong oleh orang tempatan Apabila orang kampong tiba membawa barangan untuk dijual

apatah lagi barangan tersebut amat diperlukan oleh penduduk tempatan..

Lalu datang seorang penduduk tempatan yang minta supaya dijualkan barangan tersebut kepadanya supaya dia boleh menjualkan barangan tersebut pada harga yang lebih tinggi

Page 27: Jual beli

1. Jual beli yang DIHARAMKAN tetapi SAH4. Memintas Perdangan

Peniaga berangkat ke luar kawasan Dan bertemu dengan pedagang yang bakal datang ke

kawasannya Dia memperdayakan mereka dengan mengatakan barangan

yang bakal mereka jual sudah bertimbun di kawasannya dan dijual dengan harga yang rendah

Perbuatan peniaga ini bertujuan membeli barangan tersebut dengan harga yang lebih rendah daripada harga asal

Jual beli tersebut adalah SAH tetapi HARAM kerana wujudnya unsur penipuan

Page 28: Jual beli

1. Bertolak ansur dalam urusan jual beli2. Jujur ketika berurusan3. Kerap memberikan sedekah ketika berniaga dan

ketika berjual beli4. Catatan dan Saki

Supaya tidak timbul perbalahan Tidak ada pihak yang akan menafikan kontrak tersebut Menjamin hak masing-masing di samping memantapkan lagi sikap

mempercayai dan semangatt kerjasama antara umat islam5. Tidak bersumpah walaupun benar

Kerana perbuatan ini mencemarkan nama Allah

Tatasusila Berjual Beli

Page 29: Jual beli

Takrif: Membatalkan hokum dan implikasi kontrak

Rukun Iqalah Perlu mempunyai sighah tertentu (penawaran = ijab)

“Batalkan jual beli saya” Syarat-syarat Iqalah

1. Persetujuan kedua-dua pihak seperti yang dinyatakan dalam takrif (Tidak boleh dipaksa)

2. Tidak wujud sebarang penambahan atau pengurangan kepada kontrak asal1. Jika pembatalan berlaku kepada jual beli yang telah berlaku pertambahan

kepada barangan yang asal, pertambahan yang boleh dipisah (kambing yang telah melahirkan anak), dalam keadaan ini, iqalah tidak dapat dilakukan

Pembatalan Kontrak (Al-Iqalah)