Jual beli dan sewa
Transcript of Jual beli dan sewa
JUAL BELIMenukarkan barang dengan barang mengikut cara yang tertentu
Firman Allah yang bermaksud:“Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”………..(Surah All-Baqarah : ayat 275)
ERTI
DALIL
HUKUM Harus
Penjual dan Pembeli
• Islam khususnya penjualan al-Quran & Hadis• Mukallaf iaitu berakal dan baligh• Bukan paksaan• Merdeka• Bukan dari golongan yang ditahan hartanya
kerana muflis
Ijab dan Qabul (persetujuan ant penjual dan pembeli)
• Had masa tidak dibenarkan
• Taklik tidak dibenarkan
• Ijab dan Qabul adalah sama walaupun berlainan lafaz.
Contoh lafaz ijab: Saya jualkan basikal ini kepada engkau dengan harga RM200”
Contoh lafaz qabul: “Saya membelinya dengan harga yang disebut”
Harga/wang
• Milik pembeli
• Mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual
• Bersih dan suci mengikut syarak
• Tahu jenis mata wang yang digunakan
Barang• Bermanfaat dan berfaedah (tidak sah menjual serangga atau 2
biji beras)
• Boleh diserahkan kepada pembeli ketika akad kecuali belian tertangguh
• Bersih dan suci (tidak sah menjual najis spt bangkai, anjing & babi)
• Mengetahui jenis, sifat dan kadar barang
• Kepunyaan penjual atau wakilnya (bukan kepunyaan waris)
JUAL BELI YANG DILARANG TETAPI SAH• Membeli barang dgn tujuan menyekat pembelian
orang lain drpd membeli barang tersebut.
• Membeli barang yang sedang dibeli oleh org lain walaupun masih dalam tempoh pilihan (khiar)
• Menyekat penjual dr desa di tengah jalan supaya dia dapat membeli barang dagangan dengan harga yang murah drpd harga pasaran kerana penjual tidak mengetahui hal sebenar
• Monopoli dalam jual beli iaitu membeli barang dengan maksud orang lain tidak dapat menjualnya.
• Berjual beli barang yang halal tetapi digunakan untuk maksiat.
• Berlaku penipuan seperti penjual sengaja meletakkan barang yang baik di bahagian atas tetapi di bahagian bawah adalah sebaliknya.
• Mengurangkan sukatan dan timbangan
JUAL BELI YANG DILARANG DAN TIDAK SAH
• Haram menjual benda yang disimpan bagi tujuan maksiat atau hasilnya itu akan mendatangkan keburukan spt menjual patung berhala, salib, babi dan sebagainya.
• Tidak dimiliki dengan sempurna spt menjual burung di udara
• Menjual buah-buahan atas pokok kecuali setelah nyata masak. Dilarang menjual buah yang masih putik atau kemungkinan buah itu gugur dan busuk.
• Menjual anak haiwan yang masih dalam kandungan ibunya.
• Menjual barang yang bertujuan maksiat atau boleh membawa kemudaratan spt dadah, ganja
• Jualan bersyarat (taklik). Contohnya, saya jual kereta ini kepada tuan sebanyak RM5000 dengan syarat jualkan kereta tuan kepada saya sebanyak RM25000.
SEWA (AL-IJARAH)
Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.
ERTI
Bayaran sewa
• Boleh digunakan dan bernilai spt Membayar dengan wang
• Jenis wang bayaran diketahui
• Mengetahui kadar, jenis dan sifatnya
Manfaat
• Berharga dan bernilai spt menyewa rumah uti didiami.
• Dapat diberikan oleh yang mengambil upah. Tidak sah menyewa rumah yang telah rosak.
• Kadar dan jangka masa diketahui
SYARAT SEWA
• Masa sewaan adalah jelas
• Barangan yang disewakan mestilah kekal zatnya sepanjang sewaan. Tidak sah menyewa lilin atau sabun kerana zatnya tidak kekal.
• Bayaran sewaan telah ditentukan dengan persetujuan dari dua pihak
• Nyatakan manfaat yang hendak digunakan
• Tidak boleh melebihi dari apa yang ditentukan
• Barangan yang hendak disewakan mestilah ditentukan
TAMAT KONTRAK SEWA
• Barang yang disewa hilang atau musnah
• Batal kontrak
• Kontrak sewa tamat dgn sebab tamat tempoh kecuali uzur
• Tidak menepati syarat-syarat kontrak
• Barang yang disewa rosak
HIKMAH SEWA
• Eratkan perhubungan
• Tambah keuntungan oleh pemilik barangan
• Kemudahan kepada orang tidak memiliki barang
RUMUSAN• Jual beli dan sewa merupakan salah satu cara untuk
mendapat keuntungan yang halal dan diredai Allah
• Peluang bersedekah dan menolong orang susah dan miskin
• Keharusan jual beli dan sewa bertujuan mendidik orang ramai hidup bermasyarakat dan tolong-menolong
• Kita akan mendapat ganjaran pahala sekiranya urusan jual beli dan sewa dilakukan dengan jujur dan amanah.