Jangan Tukar Minyak Hitam

55
Penafian

Transcript of Jangan Tukar Minyak Hitam

Page 1: Jangan Tukar Minyak Hitam

Penafian

Page 2: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |2

Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada

pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk

sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda..

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam naskah

ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya

tidak bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi

atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada

secara langsung atau tidak langsung.

Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan

tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 W.M.SYAFIS

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan

ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik,

fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis.

Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar hiasan tiada kena mengena dengan artikel

atau individu itu sendiri.

Page 3: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |3

Isi Kandungan

Pendahuluan

Bab 1 FUNGSI MINYAK HITAM

Bab 2 JANGAN SALAH PILIH…

Bab 3 UIHH MAHALNYA!

Bab 4 MITOS DAN LEJEN MINYAK HITAM

Bab 5 TEORI KONSPIRASI STIKER MINYAK

Bab 6 RAHSIA BESAR

Penutup

Page 4: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |4

PENDAHULUAN

Page 5: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |5

Jangan Tukar Minyak Hitam

Pelik kan? Tajuk buku ini membawa seribu satu persoalan, kenapa jangan

tukar? Teruskan membaca, dan anda akan tahu mengapa .

Nama saya W.M.Syafis, seorang pemandu dan pemilik kereta seperti anda.

Sejak saya mula belajar memandu hingga sekarang, puluhan kereta telah saya

bawa. Dari Datsun 120Y, Mitsubishi Lancer lampu bulat, Saga first

edition,Honda Knight Rider, Proton Limo (yang ini rare!) sampai la ke Honda

Civic 2012, ada peluang saya akan bawa.

Minat saya memandu kereta-kereta season ini menjadikan saya pakar. Saya

pakar dalam bidang breakdown - bukan saya yang rescue, tetapi kawan-kawan

yang biasanya rescue saya. Bayangkan ketika lebuhraya SKVE Pulau Indah baru

dibuka, saya orang pertama merasmikannya dengan hos radiator pecah betul-

betul lepas jambatan tinggi tu. Dahlah malam. Kereta Kancil 660 pulak tu.

Dari banyak pengalaman itu, satu yang saya belajar iaitu pandai bawa kereta,

pandai lah jaga. Kebanyakan kereta yang saya bawa itu bukan kereta saya pun.

Banyaknya kereta kawan-kawan, saudara mara. Tetapi maintenance dan servis

semuanya kelaut. Semuanya mengharapkan bengkel, mekanik dan pomen.

Dalam ebook ini, saya akan ceritakan mengenai menukar minyak enjin sahaja.

Kenapa? Sebab ini adalah rutin wajib. Ada kereta 10 tahun masih tak perlukan

servis aircond, tetapi kereta anda perlu menukar minyak enjin setiap 6 bulan.

Jom.

Page 6: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |6

BAB 1

FUNGSI MINYAK HITAM

Page 7: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |7

Apa fungsi minyak enjin @ hitam ? Di dalam buku ni kedua-dua terma ini akan

digunakan silih berganti, Sama je bendanya. Untuk mengetahui fungsi minyak

hitam, kita tengok cara enjin anda berfungsi. Enjin kereta anda terdiri dari

komponen komponen logam yang bergerak laju. Jadi bila komponen ni

bergeser, haba akan terhasil. Nak test senang je, rapatkan kedua belah tapak

tangan anda, gosok kuat-kuat dan tekap kat dahi. Panas kan?

Ini ditambah lagi dengan pembakaran bahan api di dalam enjin, jadi lagi panas

enjin itu. Jadi untuk melindungi enjin dari kepanasan yang melampau

(overheat) kita menggunakan minyak enjin. Selain itu minyak enjin juga

melindung komponen yang bergerak tadi dari haus.

Enjin kereta turbo BMW. Panas kan?

Page 8: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |8

Selain itu minyak hitam juga digunakan untuk membersihkan enjin.

Pembakaran bahan api menghasilkan karbon, kotoran, asid nitrik dan lebihan

minyak. Minyak enjin yang berkualiti akan memerangkap dan membersihkan

kotoran ini dan mengumpulnya di oil sump.

Sebab itu setiap kali kita tukar minyak enjin, warnanya hitam. Itu semua

kotoran.

Keadaan di dalam enjin. Yang hitam tu kita panggil Sludge.

Page 9: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |9

Ehh, kalau macam tu pakai minyak apa pun sama kan?

Mungkin, kalau kereta anda zaman tok kadok. Boleh pakai apa sahaja minyak,

waima minyak masak pun boleh. Tetapi sekarang dengan teknologi enjin yang

maju, minyak yang kita pakai pun merupakan satu faktor penting. Kalau salah

pilih minyak, itu yang kita dengar enjin leaking, kuat makan minyak hitam, tak

cukup power dan macam-macam lagi masalah akan timbul. Belum kira lagi

kereta kena overhaul.

Jadi amat penting anda memilih minyak yang betul, dan lagi penting anda

memilih minyak tulen, bukan minyak recycle atau tiruan. Bab seterusnya kita

cerita pasal memilih minyak.

Page 10: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |10

BAB 2

JANGAN SALAH PILIH…

Page 11: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |11

Jangan risau. Nak memilih minyak ni bukannya susah. Senang je. Apabila kita

dah tahu kodnya dan standard yang kita perlukan, kita tak mudah keliru.

Tengok pada botol minyak anda. Benda pertama anda kena cari ialah

perkataan API. API kat sini bermaksud American Petroleum Institute (bukan

api yang panas tu. :) ) Hanya minyak yang mengikut standard API sahaja

dibenarkan menggunakan simbol itu.

Sebotol Minyak Enjin API SN

Standard API yang terkini adalah API-SN dimana S itu bermaksud SPARK

IGNITED - (Enjin yang menggunakan palam pencucuh) dan N adalah standard

terkini. Jika anda jumpa API-SM maksudnya ini adalah standard lama dan

barang yang lama. Sekarang semua kilang mengeluarkan produk dengan API

SN

Page 12: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |12

Kalau API CJ-4 pula untuk enjin diesel. C tu maksudnya compression - Enjin

diesel tak pakai spark plug. Dia hanya pakai compression sahaja. Apa sahaja

pangkal C, itu adalah untuk diesel.

Jadi jangan beli minyak enjin diesel pulak kalau anda pakai Waja. Setakat ini

okeh? Bagus. Kepada otai-otai ampunkan saya, ebook ini untuk yang tak biasa

je tuan. Kalau salah betulkan saya.

Ada setengah produk tak letak pun Diesel ke Petrol kat Label.

Page 13: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |13

Perkara kedua yang kita lihat adalah kelikatan minyak ini. Minyak ada yang

pekat dan ada yang cair. Jadi mana yang bagus?

Pertama sekali kita lihat macam mana minyak enjin berfungsi di dalam enjin.

Dalam keadaan tidak beroperasi dan enjin sejuk, minyak akan berkumpul di

dalam oil sump (takung minyak). Apabila enjin mula di hidupkan, minyak ini

akan dipam dan beredar melalui komponen enjin. Perlu diingat, laluan untuk

minyak ini beredar amat kecil dan secara logik, lebih cair minyak itu, lebih

mudah ia lalu dan lagi cepat ia sampai ke komponen yang memerlukan. Jadi

lebih cair minyak anda, lebih bagus, kerana komponen enjin anda tidak

berjalan terlalu lama tanpa pelincir (dry run).

Apabila enjin mulai panas, komponen logam akan mengembang. Ini

membuatkan ruang antara komponen akan mengecil. Masalah akan timbul

apabila minyak tidak cukup likat kerana ia tidak akan melekat cukup lama di

ruangan ini. Sebab itu, minyak yang cair tidak dapat memberi perlindungan

yang secukupnya. Macam tilam span dan tilam spring yamg tebal. Kan jauh

beza tu. Tilam span nipis, ada batu dibawah pun boleh terasa. Tilam tebal

sedap rasanya. Haa... minyak pun sama .

CONFUSE? Tak mengapa. Senang je. Perkara pertama anda kena ingat adalah minyak akan pekat apabila sejuk dan cair apabila panas.

Jadi pada suhu 0 darjah selsius, Minyak adalah pekat. Akan tetapi minyak berbeza kepekatannyaMinyak 5W adalah lebih cair daripada 10W dan 15W.

Apabila minyak mencapai tahap 100 darjah selsius, ia akan cair. Sama juga kecairan adalah berbeza.Gred 30 adalah lebih cair dari 40 dan 50.

Apabila sejuk, lebih cair lagi bagus, apabila panas, lebih pekat lagi bagus.

Dapat? :)

Page 14: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |14

Perbezaan antara kelikatan minyak. Gambar diatas menunjukkan beza kelikatan minyak. Minyak

yang cair, bearing tu jatuh dengan lebih cepat, dan minyak yang likat, bearing mengambil masa lama

untuk jatuh.

Untuk mendapatkan kedua-dua kelebihan ini, pengeluar minyak menambah

Viscocity Improver kedalam minyak enjin mereka. Jadi minyak ini cair pada

suhu biasa tetapi apabila suhu meningkat, minyak ini akan menjadi lebih likat.

Page 15: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |15

Mari kita lihat minyak ini .

Minyak API SN 10W-40

Minyak ini pada suhu bilik, kecairannya pada tahap SAE10. Boleh tahan la

cairnya. Apabila kita start enjin kereta, minyak ini agak mudah mengalir dan

sampai ke komponen enjin dengan cepat.Dan apabila enjin panas, minyak ini

akan berada pada SAE 40. Ia akan menjadi likat dan mengambil masa untuk

mengalir kebawah dari komponen enjin. Jadi lebih perlindungan untuk kereta

anda.

Page 16: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |16

Kita tengok ini pula.

Minyak API SN 5W-40

Wow. Lagi cair. Maksudnya lagi mudah minyak mengalir sewaktu sejuk, apabila

enjin panas, ia akan jadi pekat sehingga SAE40. Jadi lebih bagus untuk enjin

anda. Pemanduan akan lebih selesa.

Page 17: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |17

Kita tengok ini

Minyak API SM 15W-40

Wah, pekatnya. Jadi sewaktu sejuk, Minyak ini berada di kepekatan SAE15 dan

ia akan naik sehingga SAE40. Minyak ini adalah antara minyak paling murah

dalam pasaran tetapi ia juga mendedahkan enjin anda kepada dry run.

Page 18: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |18

(Ada yang bertanya, W tu apa? Ok, W itu bermakna winter grade – Ukuran

ketika minyak berada di keadaan musim sejuk)

Ketiga tiga minyak ini adalah gred minyak popular di dalam pasaran. Ia mudah

didapati. Minyak gred lain pun ada tetapi kurang popular. Kebanyakan minyak

yang gred lain tidak diformulasi untuk pemanduan di dalam cuaca panas

seperti Malaysia.

Jadi nak pilih mana?

Petua pertama yang anda perlu pakai ialah lihat manual kereta anda dan lihat

kelikatan minyak yang disyorkan. Jangan lihat jenama, kerana jenama berubah-

ubah. Lihat kelikatan yang disyorkan.Pengeluar kereta kebiasaanya

mengesyorkan minyak gred 10W-30 atau lebih bagus. Ini kerana di dalam

keadaan pemanduan biasa, gred ini sudah cukup. akan tetapi, ia juga

bergantung kepada gaya pemanduan anda, usia dan keadaan pemanduan

anda.

Page 19: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |19

Minyak ini grednya 10W-40 (Juga dikenali sebagai minyak Semi Sintetik atau Sintetik Blend.) Julat

operasinya lebih daripada standard minima yang disyorkan.

Namun, saya mengesyorkan minyak yang melepasi tahap minima ini iaitu 10W-

40. Kenapa sampai 40? Kerana kebanyakan pengguna minyak ini adalah kereta

yang telah melepasi tempoh waranti pengeluar (100,000 km). Jadi kereta-

kereta ini memerlukan minyak yang mudah mengalir ketika sejuk, dan ketika

enjin dah panas ia akan kekal di dalam ruang komponen enjin. Jika kereta anda

digunakan untuk pergi balik kerja, sekejap berhenti, selalu terperangkap dalam

kesesakan lalulintas, tak selalu berjalan jauh dan digunakan untuk jalan dalam

bandar je, maka saya syorkan minyak ini. Sebab utamanya adalah enjin anda

kebiasaanya tak sempat panas pun anda dah sampai ke destinasi. Jadi anda tak

perlukan kelikatan minyak yang tinggi. Yang anda perlukan adalah minyak

yang cepat mengalir semasa enjin sejuk.

Page 20: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |20

Minyak ini grednya 5W-40 (Juga dikenali sebagai minyak Sintetik) Julat operasinya lebih daripada

standard minima yang disyorkan.

Jika kereta anda digunakan untuk berjalan jauh, macam saya dahulu KL-

Penang 3 kali sebulan, maka saya syorkan 5w-40 atau minyak Fully Sintetik. Ini

kerana enjin anda akan sentiasa berjalan dalam RPM yang tinggi.Jadi enjin

anda perlukan pelincir yang mempunyai julat operasi yang besar.

Page 21: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |21

Minyak ini grednya 15W-40 (Juga dikenali sebagai minyak mineral) Julat operasinya sesuai untuk

kereta lebih 15 tahun

Jika kereta anda kereta lama (lebih 15 tahun), maka minyak pelincir yang saya

sarankan adalah 15W-40 atau 20W-50. Enjin lama banyak komponen dah haus,

gasket dan seal pun dah banyak bocor. Jadi minyak enjin yang pekat lebih

sesuai sebab ia melekat lebih lama.

Page 22: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |22

Teknik pemanduan anda.

Tadi saya ada cerita teknik pemanduan kan? Kalau anda seperti saya, pemandu

berhemah dengan rekod bersih tak pernah kena saman speedtrap, maksudnya

anda jarang memecut dan membawa kereta dalam RPM yang rendah. Jika

pemanduan anda sebegini, Semi Sintetik lebih sesuai untuk anda.

(Editor - Penulis pernah kena saman, 2006 kat Taiping. Bawak kereta Savvy

lebih 185KM/sejam.)

Tetapi jika anda suka memecut dan merasakan suntikan adrenalin, maka anda

perlu pakai minyak Fully Sintetik. Ini kerana enjin anda beroperasi dalam julat

yang besar.

Gaya Pemanduan Bandar Jalan Jauh

Berhemah Semi Syn 10W-40 Fuly Syn 5W-40

KL Drift Fuly Syn 5W-40 Fuly Syn 5W-40

Page 23: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |23

BAB 3

UIHH MAHALNYA!

Page 24: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |24

Okey, Habis bab seleksi minyak.

Sekarang kita cerita bab paling sensitif, iaitu kos servis. Dalam keadaan

ekonomi sekarang, kita memang menitikberatkan kos servis ni. Kos servis

kereta sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu kos barang dan kos upah

Lihat servis kereta saya di Proton.

Kos Barang = 134 Kos Upah 55 total RM 189 dengan tax. (lebih kurang la)

Page 25: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |25

Ini pula dari bengkel yang terkenal – Harga pakej sebelum GST

Ramai orang mempersoalkan kenapa pusat servis rasmi mengenakan caj upah

yang terlalu mahal. Salah satu sebab utama ialah jaminan terhadap

workmanship dan barang yang digunakan dijamin tulen. Ini adalah sebab yang

mereka berikan walaupun secara kasarnya kerja yang dilakukan adalah mudah.

Ada sesetengah bengkel menggunakan harga pakej seperti diatas. Sebenarnya

kita boleh menolak harga pakej tersebut dan meminta untuk servis mengikut

kemahuan kita. Ini adalah salah satu hak pengguna untuk melindungi kita dari

ditipu. Jika diperhatikan betul betul, banyak opsyen dimasukkan kedalam pakej

yang tidak kita perlukan.

Page 26: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |26

Selain itu, pakej yang diberikan juga memungkinkan kita ditipu dengan produk

tiruan. Ini kerana produk tiruan banyak dipasaran dan apabila kita memberi

kepercayaan kepada bengkel ini, kemungkinan kita diberi produk tiruan adalah

tinggi

Anda yakin minyak anda tulen?

Jadi bagaimana untuk mengelakkan dari menggunakan alat ganti tiruan dan

dalam masa yang sama mengelakkan disembelih oleh Pusat Servis? Caranya

adalah dengan membeli sendiri alatganti anda dari pengedar sah. Setelah

anda membeli spareparts tersebut, bawalah ke bengkel kesukaan anda dan

minta mereka pasang.

Ingat, jangan sekali-kali beli di kedai spareparts yang anda jumpa di tepi jalan.

Melainkan anda ada sijil automotif, anda tidak akan tahu membezakan antara

yang tulen ataupun tidak. Dapatkan alatganti anda dari orang yang dipercayai

sahaja!

Page 27: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |27

Kalau Bengkel Marah Macam Mana?

Sebenarnya, RAMAI pengusaha bengkel menyukai cara ini. Anda nak tahu

kenapa? Ini kerana kerja mereka mudah dan dapat mengurangkan kereta

sangkut. Anda selalu lihat kereta tersadai di bengkel kan, satu sebab utama

adalah tuan punya kenderaan tidak mampu membayar kos pembaikian dan

spareparts. Jika anda bawak semua barang, mereka cuma pasang dan caj anda

upah. Tak perlu pening kepala.

Komponen Utama- Minyak Enjin dan Oil Filter. Beli dan berikan kepada mekanik untuk dipasang

Tetapi peringatan, jika anda membuat servis di pusat servis yang tidak diiktiraf,

warranti kereta anda akan dibatalkan. Ini adalah taktik pengeluar. Lagi lama

anda servis dengan mereka, lebih banyak jualan merekaJadi kesimpulannya,

sebagai pengguna kita ada hak untuk menentukan barang apa yang mahu

ditukar. Jangan kita harapkan hanya kepada bengkel.

Page 28: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |28

BAB 4

MITOS DAN LEJEN MINYAK

HITAM

Page 29: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |29

Saya mulakan dengan mitos-mitos yang anda dengar, baik dari orang

perseorangan, pemilik bengkel, pomen dan dari internet. Mitos ini telah

dibuktikan tidak benar, namun tetap disebarkan. Jadi, jangan berhenti selagi

anda tidak habiskan buku ini. Anda juga pasti tidak akan percaya, kerana apa

yang akan saya perkatakan disini akan menggugat kepercayaan anda sejak

sekian lama.

Mitos # 1

Minyak perlu ditukar apabila ia bertukar warna. Salah satu fungsi minyak yang

utama adalah membersihkan kotoran dalam enjin. Apa yang anda lihat itu

adalah kotoran yang dibersihkan oleh minyak itu dan menunjukkan minyak

berfungsi dengan baik. partikel Kotoran besar akan ditapis oleh penuras

minyak. Hanya dengan melihat warna sahaja anda tidak boleh mengagak

jangkahayat minyak. Cara terbaik adalah dengan menghantar sampel minyak

ke makmal untuk diuji

Page 30: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |30

Mitos # 2

Minyak sintetik membuatkan enjin anda leaking. Salah satu sifat minyak

sintetik adalah keupayaan untuk mencairkan kotoran dan varnish di dalam

enjin. Jika anda menggunakan kereta lama yang lebih 15 tahun dan

menggunakan minyak mineral, kemungkinan besar seal anda telah retak tetapi

kotoran dan sludge telah melekat di dalam retakan itu. Apabila anda

menggunakan minyak sintetik, sludge ini mencair dan retakan itu akan

nampak.

Sebelum menukar minyak kepada sintetik, adalah lebih baik anda menukar seal

dan gasket terlebih dahulu. Ini akan memanjangkan hayat enjin anda dan anda

akan dapat menggunakan minyak sintetik selepas ini

Mitos # 3

Jika saya memakai minyak sintetik, saya tidak akan dapat kembali ke minyak

mineral atau semi sintetik. Tidak ada masalah jika anda bertukar dari minyak

sintetik, semi sintetik dan mineral. Asalkan manual kenderaan anda

mengesyorkan minyak itu untuk kegunaan enjin anda. Sebenarnya, minyak

semi sintetik adalah campuran minyak sintetik dan semi sintetik, dan jika anda

bertukar kepada sintetik, enjin kereta anda tidak anak mengalami apa apa

masalah.

Ramai pengguna yang telah mencuba sintetik tidak mahu menukarnya kerana

perbezaan ketara dari segi kuasa, bunyi enjin yang lebih senyap dan

pemanduan yang lebih lancar jika dibandingkan dengan minyak Semi Sintetik.

Page 31: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |31

Mitos # 4

Additif tambahan meningkatkan prestasi minyak anda. Teknik ini sudah tidak

relevan lagi sekarang dengan perkembangan teknologi. Teknik ini mungkin

berkesan jika anda menggunakan minyak tiruan, kitar semula atau base stok

berkualiti rendah. Additif tambahan tidak perlu kerana pengeluar telahpun

menambah additif semasa di kilang. Satu lagi, tidak ada jaminan bahan additif

yang anda tambah sesuai dengan minyak sedia ada.

Mitos # 5

Mitos PALING mengejutkan adalah

TIDAK ADA MINYAK 5000, 7500 atau 10000km. Mitos tersebut hanya direka

oleh industri untuk memastikan anda menukar minyak pada sela masa yang

tetap. Teknologi bendalir telah banyak kemajuan dan kereta sekarang

dilengkapi dengan pelbagai sensor.

Tahukah anda secara purata kereta di EU menukar minyak setiap 10,000 batu?

Ini lebih dari 16,000 km. Kekerapan anda menukar minyak enjin bergantung

kepada banyak faktor. Tetapi yang paling utama adalah seperti berikut

1.Gaya Pemanduan.

Jika anda memandu dalam keadaan lasak, Minyak perlu ditukar dengan lebih

kerap. Lasak disini bermaksud berhenti sekejap-sekejap, keadaan yang sentiasa

berdebu, pemanduan yang panjang dan jauh, sentiasa memecut dan berhenti

mengejut.

Page 32: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |32

2. Jadual Pengeluar.

Setiap pengeluar kenderaan mempunyai jadual penukaran minyak yang

disyorkan. Seboleh-bolehnya ikuti jadual ini

3. Kualiti Bahan Api Dan Komponen.

Bahan api yang bermutu rendah menghasilkan lebih banyak kotoran. Kotoran

ini akan terkumpul di dalam enjin dan memendekkan tempoh penggunaan

minyak enjin.

4. Kualiti Komponen Penuras.

Komponen berkualiti rendah dibuat daripada bahan yang bermutu rendah.

Penuras udara yang kurang bermutu tidak dapat menghalang habuk dan debu

halus dari memasuki silinder. Penuras minyak yang kurang berkualiti juga tidak

dapat menuras kotoran dengan sempurna.

5. Jenis Enjin

Jika anda menggunakan enjin Turbo, enjin anda akan lebih panas dan

menyebabkan minyak berada di dalam suhu yang tinggi. Suhu yang tinggi

menyebabkan minyak terurai dengan lebih cepat. Jadi kena tukar lagi cepat.

Page 33: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |33

Jika anda kurang pasti, maka ikutilah cadangan penukaran minyak 10,000 km

seperti yang disyorkan. Ya.. 10,000 km atau setiap 6 bulan! Abaikan kata-kata

mereka yang menyuruh anda menukar setiap 5000km

Ye ke? Bukan Mereka kata saya memandu lasak?

Melainkan anda seorang drifter professional atau pemandu UBER dan teksi

sapu, pemanduan anda tidaklah lasak. Dan melainkan anda memandu di

kawasan lombong bauksit (sori orang kuantan) keadaan sekitaran anda ni

bukan berdebu pun. Jadi anda boleh yakin dengan servis 10,000 km ini.

Satu keperluan adalah filter minyak dan udara anda kena cari yang original

ataupun yang mahal sikit. Kalau yang murah tu, masalahnya dia tak dapat

menyekat partikel halus. Pertikel ni yang aka menyebabkan enjin anda banyak

sludge. Alah membeli menang memakai.

Page 34: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |34

BAB 5

TEORI KONSPIRASI STIKER

MINYAK

Page 35: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |35

Tuan, saya dah baca buku tuan, tetapi saya ada satu soalan.

Stiker Di Cermin Saya Mengatakan Next Servis Lagi 5000 Km! Bagaimana?

Ini salah satu teknik manipulasi. Anda perlu ingat, tujuan utama perniagaan

adalah untuk mengambil untung. Dan tidak ada yang lebih menguntungkan

dari pelanggan tetap yang datang setiap 3 bulan. Kemajuan teknologi bendalir

sekarang dengan standard API SN memungkinkan penukaran minyak sehingga

15,000 km. Dan ini satu rahsia. Mereka akan sengaja menulis 5000 km untuk

memerangkap mereka yang tidak cukup ilmu.

Jika anda tidak percaya, lawati laman web ini

Page 36: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |36

Http://www.calrecycle.ca.gov/usedoil/oilchange/findinterval/checkyournumbe

r.aspx

Nah, Honda Civic tahun 2001 boleh pergi sejauh 10,00 batu ( 16000 km!) setiap kali servis. Itu

dengan minyak normal. Kalau dengan minyak sintetik, sampai 20,000 batu.

Sebenarnya di US kempen untuk menukar minyak enjin lebih dari 3000 batu (

~5000km) telah lama dijalankan. Cuma di sini biasalah.. Malaysia Boleh kan.

Kalau boleh kita ni digasak sampai terburai.

Bila anda dah keluar dari bengkel, ambil marker dan tulis balik next change

anda. Kepada 10,000km

Page 37: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |37

Kalau Macam Tu, Apa Beza Minyak Semi Dan Fully?

Jadi, tiada beza ke antara minyak Mineral, Semi dan Sintetik? Ada, dan jauh

bezanya. Kelebihan minyak sintetik adalah bagaimana ia boleh memanjangkan

hayat enjin anda dan juga prestasi enjin dan penjimatan minyak.

Katalah anda memandu di lebuhraya dengan kelajuan 110km sejam. Dengan

minyak semi sintetik, enjin anda berada pada paras 3500 rpm. Akan tetapi

dengan minyak sintetik, enjin anda akan berada pada paras 2800 rpm sahaja

walaupun kelajuan yang sama

Jadi, dengan enjin yang lebih efisyen, anda boleh pergi lebih laju.Minyak

sintetik juga memberikan lebih penjimatan minyak untuk anda. Berapa

banyak? Mengikut kajian yang dijalankan oleh pengeluar kereta, anda boleh

mendapat penjimatan sekitar 1% - 2% Itu sahaja? 2%?

Takdelah jimat sangat kan.Tetapi penjimatan sebenar datang dari hayat enjin

yang lebih panjang dan sela masa servis yang lebih panjang. Harga minyak

sintetik lebih mahal dalam RM 40 - RM 100, tetapi dengan additif dan dan

perlindungan yang diberikan, enjin anda boleh digunakan hingga lebih 15,000

km tanpa ada masalah untuk setiap servis. Jadi dari servis 2 kali setahun, anda

cuma perlukan 1 kali servis

Page 38: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |38

Katalah sebelum anda membaca buku ini, anda mengikut sahaja apa kata

mekanik anda. Jadi anda tukarlah minyak setiap 5000 km.

Pemanduan - 30,000 km

Setiap 5000 - RM168 x 6 = RM1008

Selepas membaca buku ini

Servis 3 kali sahaja - RM 510!!

Wah.. Ini sudah betul Jimat!

Page 39: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |39

BAB 6

RAHSIA BESAR

Page 40: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |40

Nak jimat lagi?

Yang ini rahsia lagi besar.

Anda nak tahu? Kita kena lihat bagaimana minyak enjin ini dikilangkan.

Tangki Penyimpanan Base Oil Milik Feoso Oil

Minyak enjin ini ada 3 komponen. Base Oil, Additif dan Dye/Fragrance. Base oil

inilah yang menentukan samada minyak itu jenis mineral, semi sintetik atau

Sintetik. Mineral base oil dibuat daripada penyulingan petroleum manakala

base oil sintetik dibuat daripada proses reaksi kimia.

Base oil akan dibancuh di dalam tangki dan bahan aditif akan dicampurkan.

Bahan aditif inilah yang menentukan kegunaan minyak ini nanti. Minyak enjin

diesel additifnya lain, minyak gear additifnya lain. Dye dan fragrance pula

ditambah untuk astetik dan branding. Sebab itu minyak M7 warnanya hijau

Page 41: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |41

dan minyak 2T wangi baunya. Minyak semi sintetik pula adalah campuran base

oil mineral dan sintetik. Sebenarnya ada banyak lagi group tetapi ia tidak

relevan untuk buku ini.

Tangki Pengadun Minyak – Kredit kepada Feoso Oil

Kenapa anda perlu tahu proses ini? Kerana proses inilah yang mempengaruhi

harga minyak enjin yang anda beli dan lambakan minyak tiruan di pasaran.

Apa? Minyak Tiruan? Ya. Kerana proses mengadun minyak sebenarnya amat

mudah, dan anda sendiri boleh membuatnya. Dan kebanyakan minyak tiruan

ini tidak melalui proses Kawalan Kualiti, tidak seperti minyak tulen.

Page 42: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |42

Proses kawalan kualiti di kilang minyak Feoso

Minyak Enjin Import- Rare sungguh!

Untuk menjimatkan kos, pengadunan minyak enjin kebanyakannya dibuat oleh

pengeluar berlesen. Pemilik jenama cuma menghantar formulasi dan

spesisfikasi produk dan pengadun akan membuatnya. Ini adalah lebih jimat

daripada mengimport produk siap sepenuhnya. Sebab itu anda dapati minyak

enjin import sepenuhnya adalah amat mahal.

Page 43: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |43

Keadaan kilang minyak haram.

Sesiapa sahaja yang mempunyai peralatan boleh mengadun minyak mereka

sendiri. Pengadun tidak berlesen ini dikenali sebagai backyard blender. Dan

disebabkan mereka ini tidak berlesen, harga mereka jauh lebih murah daripada

yang asli.

Selain dari itu, pengadun backyard blender ini selalunya menggunakan minyak

kitar semula sebagai base oil mereka. Minyak kitar semula? Aduh. Minyak kitar

semula adalah minyak hitam terpakai yang dikumpulkan oleh pengilang dan

ditapis semula. Ini berbeza dengan base stock virgin oil yang dibuat daripada

minyak petroleum asli.

Page 44: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |44

Minyak pun kena ciplak.

Kelemahan minyak terpakai ini adalah proses penapisan yang hanya

mengeluarkan kotoran dan warna sahaja, sedangkan bahan kimia yang

terdapat di dalam minyak itu tidak dikeluarkan sepenuhnya. Jadi apabila anda

memakai minyak terpakai, prestasi enjin akan jadi lembab dan semput.

Nah.. ini satu kilang backyard blender. Nampak botol-botol minyak mahal yang mungkin anda

gunakan. Minyak yang dimasukkan semua sama.

Page 45: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |45

Jadi, untuk mengelakkan daripada ditipu, ada beberapa perkara yang anda

kena lakukan.

1. Beli minyak anda sendiri. Ya, ini penting. Beli minyak anda sendiri dari

pengedar sah. Elakkan dari mengambil terus pakej servis terutamanya di

bengkel yang bukan pusat servis sah. Pengusaha bengkel tidak ada masalah

jika anda membawa minyak sendiri kerana mereka akan mengenakan anda

upah sahaja.

2. Elakkan membeli minyak berjenama yang dijual terlalu murah dari harga

pasaran. Harga pasaran anda boleh check di stesen minyak atau dari laman

web rasmi syarikat. Jika ada diskaun pun dalam 10% masih boleh diterima.

Page 46: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |46

3. Jangan sandarkan pada jenama. Jenama terkenal selalu menjadi mangsa

produk tiruan kerana permintaan tinggi. Ada banyak jenama Malaysia yang

lebih berkualiti dan dijamin ketulenannya. Feoso Oil adalah salah satu jenama

yang berkualiti.

4.Tahukah anda setiap botol anda mempunyai nombor siri dan boleh dijejak

sehingga pengeluar. Jika botol anda tiada nombor siri pegeluaran, ianya

mungkin tiruan.

Nombor siri minyak FEOSO Oil. Hubungi mereka dan cek betul atau tidak nombor ini wujud.

5. Di belakang setiap label ada maklumat pengilang. Jika pengilang tersebut

meletakkan maklumat minima, kemungkinan ia dibuat oleh backyard blender.

Kalau letak alamat betul kantoilah pulak.

Page 47: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |47

Botol minyak tulen oleh Feoso Oil. Lihat maklumat pengeluar

6. Trend terbaru sekarang ialah membeli secara online. Belilah dari website

yang terkenal seperti 11Street, Qoo10 atau Onpay. Ini kerana mereka

mempunyai skim perlindungan pembeli. Jika anda mengesyaki barang yang

dihantar adalah tiruan, anda boleh membuat laporan dan wang anda

dikembalikan. Selain itu, anda boleh dapat baucer diskaun. (Saya dapat baucer

RM30 Qoo10 dan boleh bayar pakai point) dari mereka sewaktu promosi

Page 48: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |48

11street Malaysia pun ada jual Minyak

7. Elakkan dari membeli dari orang perseorangan yang tidak anda kenali

melalui laman sosial. Ini kerana sesiapa sahaja boleh membuat akaun tanpa

ada dokumentasi.Kalau kawan kawan lain. Ini berbeza dengan website terkenal

dimana anda perlu berdaftar sebagai peniaga terlebih dahulu.

Page 49: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |49

PENUTUP DAN BONUS

JIMATKAN KOS SERVIS

HINGGA RM 100

Page 50: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |50

Tahniah, anda kini telah banyak mengetahui sedikit sebanyak mengenai rahsia

industri minyak.Kesimpulan yang kita boleh dapat adalah

1. Minyak hanya perlu ditukar mengikut sela masa 10,000 km atau 6 bulan

sekali (mengikut buku servis anda)

2. Anda berhak untuk menentukan minyak apa yang digunakan oleh kereta

anda

3. Dapatkan minyak anda dari sumber yang boleh dipercayai.

Page 51: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |51

Sebagai tanda terima kasih kepada anda, pembaca yang budiman, saya nak

berikan tips bagaimana untuk anda jimatkan perbelanjaan servis anda.

Kita lihat harga pakej di bengkel ini. Kebanyakan harga pakej bengkel adalah sekitar ini untuk minyak

semi sintetik.

Jadi anda gunakan ilmu baru anda, anda beli sendiri minyak Feoso Oil 10W40

dan ini harga yang anda akan bayar.

Minyak Feoso Oil 10W-40 RM108

Oil Filter (boleh beli di bengkel) RM10

Upah (bayar terus di bengkel) RM15

Jumlah RM133

PENJIMATAN RM 35!

Wah. RM 35 tu jika dibandingkan dengan harga pakej!

Minyak Feoso Oil 10W40 RM 120

Oil Filter (Beli di bengkel) RM 10

Upah RM 15

Jumlah RM 145

Wah. Dekat RM25 bezanya!

Page 52: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |52

Ini jika anda menggunakan minyak Fully Sintetik

Feoso Oil RM145

Oil Filter (boleh beli di bengkel) RM10

Upah (bayar terus di bengkel) RM15

Jumlah RM170

PENJIMATAN RM98

Wah! Lagi banyak! Dekat RM 100!

Kalau anda mahu lagi jimat, pakai Fully Sintetik je. Beza RM 38 je. Dan alami

sendiri pemanduan lebih best.

FEOSO OIL 5W40 FULLY SYN RM170

OIL FILTER (BELI DI BENGKEL) RM 10

UPAH (BAYAR DI BENGKEL) RM 15

JUMLAH RM 195

WAH! Tak sampai RM200!

50

Page 53: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |53

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa saya gunakan Feoso Oil je jadi contoh.

Ini jawapannya.

1. Feoso adalah Toll Blender berlesen terbesar di Malaysia. Antara jenama yang

dibuat oleh kilang ini adalah BP, Caltex, Petron, HyperLube, Penrite

Australia,TOTAL,Shell dan banyak lagi.

2. Ahli keluarga saya adalah seorang staff di sana. Dan saya mengenali

kebanyakan staf disana, daripada pemandu forklif hinggalah General Manger.

Dari situ saya banyak belajar selok belok industri minyak pelincir. Saya melihat

sendiri kualiti produk mereka, dari Minyak 2T sampai la ke minyak enjin kapal.

Dan kemungkinan, minyak yang anda gunakan sekarang adalah hasil kerja

tangan mereka.

3. Kualiti Feoso adalah yang terbaik disebabkan mereka menggunakan base oil

Group III. Group III adalah antara base oil yang terbaik dari segi kualiti dan

harga.

4. Disebabkan ada agreement dengan pemilik jenama, minyak yang

dikeluarkan seperti BP, Penrite, TOTAL tidak boleh dibawa keluar. Jadi untuk

kegunaan staff, Feoso mengeluarkan produknya sendiri iaitu Feoso Oil. Kualiti

sama dengan jenama Branded.

5. Saya sudah 3 tahun menggunakan produk Feoso Oil. Memang berbaloi.

Harganya cukup murah.

6. Secara jujur, mereka mendapat komisyen daripada jualan. Jadi kenapa tidak

saya bantu orang yang rapat dengan saya. Sekurang-kurangnya dapat mereka

duit lebih tanpa perlu buat tiga kerja.

tulen 100%. Base ini

Page 54: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |54

Jadi bagaimana mahu mendapatkan minyak FEOSO Oil ni?

1. Daripada orang yang memberikan anda ebook ini. Ya. Jika anda dapat ebook

ini daripada kawan, saudara mara anda maka mereka ini tahu dimana untuk

mendapatkan minyak ini.

2. Pembelian secara online di 11Street.my

3. Pembelian secara online di Qoo10.com.my

4. Pembelian secara online di MyLube.onpay.my ( Akaun Personal )

Page 55: Jangan Tukar Minyak Hitam

JANGAN TUKAR MINYAK HITAM!

W.M.SYAFIS M u k a s u r a t |55

Jadi mana satu yang anda mahu pilih? Jika anda senang dengan pembelian

secara online dan mahu membayar menggunakan kad kredit, pilihlah cara 2

atau 3. Kedua-dua store ini mempunyai banyak promosi seperti baucer diskaun

dan point. Jadi harga produk anda lebih murah!

Jika anda lebih senang menggunakan mesin cash deposit atau transfer,

gunakan cara ke 4. Jika anda menerima buku ini melalui kawan-kawan, boleh

hubungi mereka untuk membeli.

Yang penting, apa yang saya berikan ini dapat memberi anda manfaat, dan

membantu anda. Oh, satu perkara lagi, anda kena ingat minyak Feoso Oil ini

limited, mereka buat untuk Staff sahaja dahulu. Jadi kena cepat kalau mahu

harga kasih sayang kat sini. Kalau terlepas karang rugi.

Sekian dulu dari saya. Harap maafkan saya jika ada tersalah Bahasa, buat anda

terasa. Jika ada pertanyaan, boleh emelkan ke [email protected]

Terima Kasih

W.M.Syafis