Jalan2 Makan2 JB

14
Jalan-Jalan Cari Makan Johor Bahru Aku memang jenis suka makan,especially during weekend.Nk tau kenapa? sbb weekend selalunya aku sibuk dgn gym n takde masa nak pikir pasal makan yg sedap2. Di bawah nie antara kedai2 makanan kegemeran aku : 1.WARUNG SAGA Mengingatkan aku tentang nostalgia2 masa study kt RIMA COLLAGE.Warung tu dekat je dgn Rima Collage.Antara menu2 yang paling sedap - TAHU GORENG + kuah kacang (bukan Tahu Bakar yea nie lain) - Nasi Goreng Kampung - Mie Hailam , Roti Canai-sedap makan waktu malam. 2.Pasar Borong Pandan.(Pasar Kering yea) Kat sini ada macam2 makanan di jual.Tapi aku selalu makan - Capati Pakistan (sedap sbb tak macam mamak stall nyer) - Roti Beracun (prata+daging+telur+mayonis+fries+nagget) - Blackpaper Crab (sekor RM8 je) - Nasi goreng Pataya Daging Merah - Murtabak Tomok (besar giler-tp mahal sikit) - Mie Rebus Hj Wahid - Bubur Nasi No1 3.Warung Abg Ali (sebelah Maybank Tmn Pelangi bukak 7mlm - 12tmlm) - Semua jenis masakan goreng2 ada yang best makanan kt sini semua EXTRA SIZE Abg Ali masak mmg tak kedekut.

description

Tempat makan popular di Johor Baharu

Transcript of Jalan2 Makan2 JB

Page 1: Jalan2 Makan2 JB

Jalan-Jalan Cari Makan Johor Bahru

Aku memang jenis suka makan,especially during weekend.Nk tau kenapa? sbb weekend selalunya aku sibuk dgn gym n takde masa nak pikir pasal makan yg sedap2.

Di bawah nie antara kedai2 makanan kegemeran aku :

1.WARUNG SAGAMengingatkan aku tentang nostalgia2 masa study kt RIMA COLLAGE.Warung tu dekat je dgn Rima Collage.Antara menu2 yang paling sedap- TAHU GORENG + kuah kacang (bukan Tahu Bakar yea nie lain)- Nasi Goreng Kampung- Mie Hailam , Roti Canai-sedap makan waktu malam.

2.Pasar Borong Pandan.(Pasar Kering yea)Kat sini ada macam2 makanan di jual.Tapi aku selalu makan- Capati Pakistan (sedap sbb tak macam mamak stall nyer)- Roti Beracun (prata+daging+telur+mayonis+fries+nagget)- Blackpaper Crab (sekor RM8 je)- Nasi goreng Pataya Daging Merah- Murtabak Tomok (besar giler-tp mahal sikit)- Mie Rebus Hj Wahid- Bubur Nasi No1

3.Warung Abg Ali (sebelah Maybank Tmn Pelangi bukak 7mlm - 12tmlm)- Semua jenis masakan goreng2 ada yang best makanan kt sini semua EXTRA SIZEAbg Ali masak mmg tak kedekut.- Sup Tulang,Ekor,Kambing,Daging memang kick habis

4.Restaurant Tiga Zam (Taman Pelangi - dekat trafic light)- Nasi Goreng Sotong/Ayam Kunyit + sup kosong- Nasi Goreng Kampung- Tom yam campur

Page 2: Jalan2 Makan2 JB

5.My Friends Tom Yam (Sebelah Highway Pasir Gudang - exit/Masuk ke Tampoi)- Tomyam Pok tek & Tomyam Changmai (tomyam yang paling best kt JB)- Ikan Siakap Masak Nyonya (sedap giler leh terliur)

6.Restaurant Botak (kt Old Cathay Cinema Belakang Bluewave htl di buka Tengahhari)- Asam Pedas nyonya (kedai Baba Cina nie masak asam pedas dia mmg syok)

7.Warung Kastam (sebelah kastam Johor Tanjung Puteri-tepi traffic Light StulangLaut)- Aneka lauk dan Nasi campur (selalunya di bukak utk makan malam 7pm-12mid)

8.Hard Rock Johore (Kt Belakang Jalan Wong Ah Fook,sebelah China Town Johor - Mlm je)- Mie Bandung Muar kt sini mmg sedap giler.ada dekat 30stall makanan kt sini.

9.Amigos Cafe (Sutera Mall sebelah Vivo Pizza-days n nights)- Spegetti Meat Ball dia mmg sedap- Aneka Piza menu baru ada.- Cocktail dia pun sedap.

10.Warung makan Taman Univeristy (berdekatan Masjid Tmn Universiti-Malam sahaja)- SATEY daging LABIS dia mmg sedap.- Makanan Thai kat sini memang murah.

11.Restaurant Zorro - Cawangan Tmn Pelangi- Kalau nak try minum minuman jus,try la mintak size triple X kt sini memang m

enjanjikan.

Jalan-jalan Cari Makan Johor II

1.RESTAURANT MEI SAN - MUTIARA HOTEL

Jalan - Jalan cari makan di Johor bagi tahun 2012 ini kita mulakan dengan "Restaurant Mei San" @ Mutia Hotel Johor Bahru.Restaurant ini adalah restaurant masakan Cina yang sudah pun

mendapat sijil Halal dari Jakim.So far memang takde tempat lain di JB nie yang boleh tandingi masakan Cina halal di sini.Harga makanan kat sini pun boleh tahan mahalnya,tapi memang

berpatutan dengan makanan yang di hidangkan.

Page 3: Jalan2 Makan2 JB

2.YEW'S CAFE - JALAN ABDULAH TAHIR

Kita beralih pula pada restauran ke 2.Nama restaurant ini adalah Yew's Cafe.Ada banyak cawangan mereka di seluruh JB , tapi yang menjadi kegemaran aku adalah yang terletak di

Bangunan MAA,Jalan Abdulah Tahir.Juadah buffet untuk berbuka puasa pun boleh tahan sedap & murah.

3.SNACK & SMOOTHIES - NUSA DUTA

Dari Yew's Cafe kita ke Snack & Smoothies Restaurant yang terletak di Taman Duta Nusa - along the way nak ke Bukit Indah.Restaurant ini menyediakan masakan Barat & Local.Antaranya Nasi

Lemak Special,Sandwich Daging,Chicken Chop dan macam-macam lagi.Harga memang berpatutan.

Page 4: Jalan2 Makan2 JB

4.BREAKFAST AT 7 - DANGA BAY

Kalau nak tempat lepak yang lebih Kozi dan selesa,Datanglah ke Restaurant Breakfast at 7 di DangaBay,Tingkat 2 bersebelahan Clark Hatch.Makanan yang ada semuanya jenis local.Pelbagai Nasi Goreng,Noodle,Mie Hoon,Capati & masakan goreng.Harga standard Restaurant pada harga

mampu makan

5.SATEY COLOK - DATARAN BANDARAYA

Kalau singgah ke Johor Bahru,tak sah kalau tidak merasa Steamboat satey colok.Terletak di Dataran Bandaraya Johor Bahru,ada terdapat lebih 20 gerai bergerak yang beroperasi dari jam

6ptg hinnga ke pagi.Rata-rata gerai di sini menjual makanan yang sama,cuma yang membezakan rasanya adalah kuah steamboat di setiap gerai yang ber beza-beza.Harag satu cucuk dari 50sen

hingga RM4 mengikut warna pada hujung lidi cucuk makanan tersebut.

Page 5: Jalan2 Makan2 JB

6.CARABAO RESTAURANT - JLN ABD TAHIR

Di JB ini juga terdapat banyak restaurant & gerai yang menjual makanan Thai & Kelantan.Antara Restaurant yang popular adalah Carabao di Jalan Abdulah Tahir bersebelahan Bangunan MAA.Cubalah rasa tomyam Changmai nya.Rasanya cukup berlemak dan masam-masam

manis.Tidak seperti tomyam-tomyam lain yang berwarna merah.Ada Nasi Goreng Thai,Kerabu mangga dan pelbagai menu yang lebih kurang 50 jenis kesemuanya.Harga makanan kat sini sedikit mahal dari tempat lain.Tapi untuk kepuasan dan kesedapan,saya leh bagi 4star untuk restaurant

ini.

7.SATEY WAK RADOL - BANDAR BARU UDA

Bagi Peminat satey,jangan lepaskan peluang untuk merasa satey terbaik di Johor Bahru.Restaurant Satey Wak Radol memang terkenal dengan rasanya yang sedap.Terletak di Bandar Baru Uda (baru berpindah dari Kempas) di Jalan Padi Emas di Lot paling corner,Satey dagingnya memang sedap terperi di sukai ramai dari satey ayam.So kalau nak try , leh amik

banyak-banyak satey daging dari satey ayam.Ada satu lagi lokasi satey yang sedap di JB,anda boleh ke Medan selera Taman Universiti yang berhampiran dengan Masjid Taman Universiti.Satey

di sana terkenal dengan nama Satey Labis.Satu lagi yang sedap kt Pasar Borong Pandan.Nama sateynya Satey Taman Molek.Dagingnya pun empuk dan sedap.Rasanya 3tempat nie je la yang

Page 6: Jalan2 Makan2 JB

paling sedap.tempat lain tak tak garenti coz tak rasa.Selain Satey restauran Wak Radol ini juga ada menjual mie bandung,nasi goreng,mie goreng,mie sup,mie soto & pelbagai rojak & tahu.

8.RESTAURANT REMAJA SEAFOOD - TAMPOI

Zaman kanak-kanak aku dulu,aku selalu makan kt Remaja Seafood di Taman Kobena bersebelahan pasar borong Kobena (sekarang dah jadi Kondo Pulai View).Sekarang Remaja Seafood telah

membuka Restaurant barunya berhadapan Menara Jati (pejabat LHDN).Nasi Goreng Specialnya memang sedap,cuma tidak boleh menandingi original rasanya 15tahun yang sudah.Gambar di

bawah ini adalah makanan pilihan aku.

9.YONG TAUFU - KAMPUNG MELAYU

Kalau nak rasa makan yong Taufu,datang saja ke Pasar Kampung Melayu atau di sekitar kampung Melayu.Rasa bagi setiap gerai amat berbeza.Tetapi kebanyakkan semuanya sedap belaka.Nak-nak

jika di campur dengan sambal cili di kuahnya.Tangkap Leleh....

Page 7: Jalan2 Makan2 JB

10.RESTAURANT SEKINCAN - DANGA BAY

Resturant Sekincan Ikan Bakar juga sudah di buka di Johor Bahru.Lokasinya di DangaBay,berhadapan Hotel Tune.Harga Boleh tahan lumayan juga.Tapi kalau tidak mahu makan ikan bakar boleh try makan nasi lemaknya yang sedap.Mereka juga ada menjual ubi rebus,cecah

dengan sambal & kopi petang-petang fuuyoooo..sedap....Tak de apa yang leh komen pasal restaurant ini,semua menu seafoodnya di bakar dengan

mengunakan sos dan perencah yang sama.Bezanya cuma ikan,sotong,udang & ketam,tapi rasa sosnya sama.

11.RESTURANT SAYAM - STULANG LAUT

Lagi gerai masakan Thai & Kelantan.Memang banyak terdapat di Stulang Laut.Tapi banyak-banyak gerai di sana,saya memilih Gerai Sayam yang terletak bersebelahan kondominium Stulang Laut.Selain harganya yang murah,rasanya juga sedap.Cuma kalau boleh jangan makan nasi

gorengnya,sebab mereka memasak nasi goreng mengunakan nasi yang baru sahaja di masak (nasi putih yg masih panas,basah & lembab tidak sesuai di buat nasi goreng)

12.TEA GARDEN - PLAZA KSL

Tea Garden Resturant di ground floor Plaza KSL,pula menjual makanan Halal Cina.Ayam stim ginsengnya memang sedap dan menyelerakan.Begitu juga kueh tiew goreng & nasi

lemaknya.Untuk ke sana,cari saja Plaza KSL yang berhampiran Holiday Plaza.

Page 8: Jalan2 Makan2 JB

13.RESTAURANT ISTANA LAMA - SERENE PARK

Kalau ke Istana Lama bersebelahan Sekolah Dato Jaafar,ada satu lagi restaurant yang menjual pelbagai makanan.Berada di atas bukit mengadap bandaraya Johor Bahru ianya satu pengalaman yang cukup manis.Resturant ini juga ada menyediakan tempat untuk berkaraoke (pentas terbuka)

di sebelah penjuru.sambil menikmati makanan malam,boleh juga mendengar nyanyian karaoke dari pelbagai pengunjung.Rata-rata yang menyanyi di situ adalah pelanggan tetap yang terdiri dari Otai-otai.Jadi jangan marah kalau ada yang nyanyi lagu yang membingitkan.Pandai-pandai la yea

14.ZZ SUP TULANG - JALAN ABDUL SAMAD

ZZ sup tulang restaurant juga terkenal dengan makanannya.Terletak berdekatan dengan Yayasan Warisan Johor,menu popular restaurant ini adalah sup gear box,Mie Rebus tulang/Ayam,Laksa

Johor dan mie Bandung Muarnya.

15.RESTAURANT NANDO'S - JUSCO BKT.INDAH

Page 9: Jalan2 Makan2 JB

Untuk yang suka makanan barat.Anda boleh ke Jusco Bukit Indah mencuba makanan di Restaurant Nando's.

16.PANDAN UPTOWN - TEBRAU HIGHWAY

Salah satu lagi Hotspot tempat makan terbaik di Johor Bahru adalah terletak di Pandan Uptown A.K.A Pasar Borong Pandan.Semua makanan popular Johor Bahru terletak di bawah satu

bunbung.Ada Murtabak Tomok,Mie rebus Hj Wahid,Bubur Nasi Taman Sentosa,Nasi Goreng Sri Tomyam,Satey Taman Molek,Nasi Ayam Penyet,Roti Beracun dan menu wajib cuba adalah Roti

John , capati & kebab Pakistan.

17.MONSTER CAFE - NUSA BISTARI

Kat Nusa Bistari pun ada port makan yang sedap.Nama Restaurant nie Monster Cafe.Terletak di tepi jalan utama menghubungkan Nusa Bistari dengan Bukit Indah.Restaurant ini berkonsepkan makanan barat dengan berlatar belakangkan dekoration karector-karector dalam filem Cartoon

Monster Inc.

Page 10: Jalan2 Makan2 JB

18.RESTURANT HASLIN - TJ.PUTRI

Kalau tetiba malam-malam terasa nak makan asam pedas,anda boleh pergi ke Restaurant Haslin di Tanjung Puteri bersebelah dengan komplek Kastam.Kedai ini terletak di hadapan Old Cathay

Cinema(dah roboh pun pawagam tu).Asam Pedas Claypot Ikan Parinya boleh tahan sedap juga,tapi bagi yang tak suka makanan berminyak,saya tidak syorkan di sini.Sebabnya kuah asam

pedas dia memang banyak minyak..Harga mengikut berat ikan.

19.ASAM PEDAS PADANG TEMBAK - KLUANG

Kalau Ke Kluang pula jangan lupa ke Warong Asam Pedas & Kari Kepala Ikan di Pandang Tembak-Kluang.Warong ini terletak di tepi jalan dan menghadap padang tembak Kluang.Honestly Kari dia

memang SUPERB....Leh bagi 4 1/2 Star untuk karinya.Makan dengan sambal belacan dan sayur kobes mau 3kali tambah nasi.Pengat pisangnya pun sedap.Warong ini sudah hampar 20tahun

beroperasi.Memang Sedap.

20.WARONG MEDAN SELERA - JLN ABD.TAHIR

Sarapan pagi di warong berhadapan Menara MAA di Jalan Abdulah Tahir adalah satu kemastian.Cubalah roit peratanya,memang lembut & garing.Harga sekeping prata kosong cua

Page 11: Jalan2 Makan2 JB

50sen.Tak cukup dengan tu anda boleh makan nasi lemak telurnya RM1.30 sebungkus.memang murah dan sedap terutamanya sekali sambalnya.Mebeles la.

21.SENIBONG SEAFOOD - KAMPUNG SENIBUNG

Senibong adalah salah satu lagi medan selera makanan laut yang popular di Johor Bahru.Terletak di Permas Jaya,Perkampugan Senibung menawarkan pelbagai makanan laut sambil menikmati

pemandangan Laut Selat Johor dan Singapura.Makanan di sini boleh tahan mahal juga.Hati-hati memilih ketam nipah sebab hargaya boleh mencecah RM30-40 seekor.

22.RAWA STEAMBOAT - TAMAN GAYA

Steamboat Buffet juga sangat popular di Johor Bahru sekarang.Harga steamboat di sini rata-rata RM18-RM23 sekepala bergantung pada kedai mana yang anda pilih.Gambar kat bawah ini di ambil

kat Restaurant Rawa Steamboat Taman GAYA.Harga buffet RM20 sekepala.Makan la sampai kenyang.Udang yang di sediakan pula adalah hidup-hidup dan anda boleh masak mengunakan cara anda sendiri.Ada 2 jenis kuah,kuah tomyam dan kuah steamboat sup.anda boleh rebus kt

alam kuah-kuah tu atau anda boleh grill kt tepi steamboat kuali tu.Selain Rawa ada satu lagi restaurant yang terletak di hujung kedai Rawa ini iaitu Restaurant Orchad.