Imbuhan awalan mempe r

download Imbuhan awalan mempe r

of 17

  • date post

    18-Jul-2015
  • Category

    Documents

  • view

    5.187
  • download

    11

Embed Size (px)

Transcript of Imbuhan awalan mempe r

  • MemperMemper.kanMemper.i

  • mempeR-

    Awalan mempeR- digunakan untuk membentuk kata kerja transitif (bermaksud: diikuti dengan Kata Nama)

  • mempeR-

    Awalan mempeR- seringkali digabungkan dengan kata dasar dari golongan kata nama, adjektif dan tugas

  • Makna yang dipancarkan..Awalan mempeR- boleh membawa maksud..

    Menjadikan sebagai atau sepertiMenjadikan lebih atau bertambahMendapat sesuatu

  • Menjadikan sebagai atau seperti

    Contoh: memperhamba, memperlembu

    Suzi memperhamba ibu kandungnya.

    Suami Suzi sering memperlembu ibu mertuanya.

  • Menjadikan lebih atau bertambah

    Contoh:Memperbesar, memperkecil, memperlebar, memperkemas- Encik Safiee memperbesar masalah itu- Linda diminta memperkecil lukisannya- Pekerja-pekejerja itu sedang memperlebar jalan raya.- Puan Syafiqah memperkemas ruang tamu rumahnya.

  • Mendapat sesuatu

    Contoh:memperoleh

    Idris memperoleh kejayaan yang cemerlang setelah tekun berusaha dengan gigih.

  • Jika diperhatikan, awalan mempeR- digunakan dalam ayat-ayat aktif

  • mempeR--kan

    Ia juga membentuk kata kerja transitifTetapi.. Ia tidak boleh digabungkan dengan kata adjektif

  • Apakah Perbezaannya?

    1. Ibu menanam pokok bunga untuk mempercantik tamannya. 2. Ibu menanam pokok bunga untuk mempercantikkan tamannya.

  • Makna yang dibawa oleh imbuhan mempeR--kan

  • Menjadikan atau menyebabkan

    Contoh:Mempertemukan

    memperisterikan

    - Encik Kassim mempertemukan Elfee dengan gadis idamannya.

    - Puan Lam memperisterikan anaknya dengan seorang gadis Melayu.

  • Menyebabkan orang lain melakukan perbuatan

    Contoh:MemperlihatkanMemperbahaskanmempertunjukkan

    - Kaum India itu mempertunjukkan tarian kebudayaannya.- Penulis terkenal itu memperlihatkan bukunya yang terbaru.- Mereka memperbahaskan masalah itu dengan panjang lebar.

  • mempeR--i Ia juga membentuk kata kerja transitif Namun, hanya beberapa perkataan sahaja yang boleh digabungkan dengan apitan ini.

  • Menjadikan

    contoh:Memperingati

    Mempersetujui

    Tugu itu dibina untuk memperingati askar-askar yang gugur semasa mempertahankan negara.

    Mereka semua mempersetujui untuk mengijabkabulkan pasangan itu.

  • Bulan Mac ini, Samad akan isteri, Sakina, seorang wanita yang begitu ayu sekali. Dia begitu gembira apabila Pak Ali bersetuju untuk isteri Sakina dengannya. Oleh kerana, samad begitu gembira dan bersyukur, dia mengupah sekumpulan pekerja untuk besar lorong di hadapan rumah Pak Ali dan menanam pokok bunga untuk cantik taman rumah Pak Ali. Pak Ali dan isterinya, Munah,berpuas hati lalu setuju untuk mengadakan majlis persandingan mereka berdua dengan besar-besaran.

  • Bulan Mac ini, Samad akan memperisteri, Sakina, seorang wanita yang begitu ayu sekali. Dia begitu gembira apabila Pak Ali bersetuju untuk memperisterikan Sakina dengannya. Oleh kerana, samad begitu gembira dan bersyukur, dia mengupah sekumpulan pekerja untuk memperbesar lorong dihadapan rumah Pak Ali dan menanam pokok bunga untuk mempercantik taman rumah Pak Ali. Pak Ali dan isterinya, Munah,berpuas hati lalu mempersetujui untuk mengadakan majlis persandingan mereka berdua dengan besar-besaran.