Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

download Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

of 11

Transcript of Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

  • 8/9/2019 Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

    1/11

    HUKUM -HUKUM BERKAITAN

    PUASA

    almadani's Site http://almadanii.multiply.com/journal/item/11

    Ta`rif Puasa

    Ta'rif Puasa : merupakan ibadat kepada ALLAH dengan meninggalkan perkara-perkara yangdilarang mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari.Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. Nabi sallallaahu`alaihi wasallambersabda :

    " Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah, mendirikan solat, membayar zakat,berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram" [mutafaq 'alaih].

    Siapakah Yang Wajib Berpuasa

    * Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim. Orang kafirtidak wajib puasa dan mereka tidak perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam.

    * Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa akan tetapi disuruh melakukannya agarmerekaa menjadi biasa dengan berpuasa.

    * Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu sembuh bolehbebuka puasa dan setelah sembuh hendaklah mengqadha'nya.

    * Orang gila tidak wajib puasa tetapi tidak boleh memberinyamakan jika dia sudah baligh.

    * Orang yang tak berupaya ('aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimanaorang tua atau pesakit yang tiada harapan sembuh - setiap hari hendaklah diberi makankepada orang miskin.

    * Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi kesukaran keatasnya berpuasadisebabkan mengandung atau menyusu, boleh berbuka dan menqadha' puasanya setelahdatang keringanan dan hilangnya kebimbangan.

    * Wanita haidh dan Nifas tidak boleh berpuasa didalam keadaan yang sedemikian, dan diawajib mengqadha' puasa yang tertinggal.

    * Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati lemas atau kebakaran boleh berbukauntuk menyelamatkannya dan hendaklah diqadha' puasa.

    * Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha'sekiranya berbuka didalam musafir, samada yang 'emergency', atau seperti Umrah atau

    http://almadanii.multiply.com/journal/item/11/HUKUM_-HUKUM_BERKAITAN_PUASAhttp://almadanii.multiply.com/journal/item/11/HUKUM_-HUKUM_BERKAITAN_PUASAhttp://almadanii.multiply.com/journal/item/11/HUKUM_-HUKUM_BERKAITAN_PUASAhttp://almadanii.multiply.com/journal/item/11/HUKUM_-HUKUM_BERKAITAN_PUASA
  • 8/9/2019 Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

    2/11

    sentiasa bermusafir seperti pemandu teksi, mereka boleh berbuka selama mana merekatidak berada dinegara mereka.

    Perkara Yang Wajib Didalam Berpuasa

    1-Niat : Wajib berniat didalam puasa sebelum terbit fajar, Nabi sallallaahu`alaihi wasallam

    bersabda :

    "Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasabaginya"[Sahih Abi Daud] .

    Sabda Nabi sallallaahualaihi wasallam didalam hadith lain :-

    Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahihal-Nasaa'i].

    Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang dari nabi sallallaahu`alaihi wasallam dantiada mana-mana sahabat radhiallaahu`anhum melakukannya. Melafazkan niat hanyalahsewaktu mengerjakan haji dan umrah sahaja berdasarkan hadith-hadith sahih. Ada pun niatsolat fardhu dan solat sunat termasuk sunat tarawih dan witir tidak kita ketemu dalamhadith Nabi sallallaahu`alaihi wasallam.

    [Komentar: Umumnya,masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "NawaituSauma ghadin..." Kalau ingin melafazkan niat seperti ini maka hendaklah dia berazamdidalam hatinya untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukunadalah niat yang berbentuk azam dan sekiranya terlintas dihati pada malam hari atausewaktu sahur untuk berpuasa Ramadhan maka itu lah niat]

    2- Waktu berpuasa :Firman ALLAH :

    "Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis)hitam, iaitu fajar" [surah al-Baqarah : 187]

    * Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat subuh, tidak diharamkan makan dan minum.Ia merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi empat (komentar : seperti tiangcahaya putih yang menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat fajar).* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar,kelihatan segi empat merah diatas puncak gunung ganang.(komentar: garis putihbertebaran secara mendatar).

    Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu dari arah barat, dan matahari terbenam,maka bolehlah berbuka puasa.Nabi sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :

    "

    Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnyamatahari, maka berbukalah puasa" [Hadith Mutafaq a'alaih].

  • 8/9/2019 Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

    3/11

    Perkara Yang Membatalkan Puasa

    * Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya bermunafaat atau mudharat sepertiasap. Jika dia terlupa atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah mengapa dengan kehendakALLAH, Nabi sallallaahualaihi wasallam bersabda ;

    "Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya,kerana sesungguhnya ALLAH yang memberi dia makan dan minum" [Hadith Muttafaq'alaih].Batal puasa jika menelan dengan sengaja sesuatu walau sebesar biji sawi atau sisamakanan di gigi.

    * Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut.Sabda Nabi sallallaahu`alaihi wasallam:

    "Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak adaqadha' baginya, dan barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha'"[Hadith Sahih AbuDaud].Jika muntah tanpa sengaja maka puasanya tidak batal dan tidak wajib diqadha.

    * Berjima' : jika berlaku pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, makakeatasnya qadha' kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpaihendaklah berpuasa 2 bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60orang miskin.

    * Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengantujuan pemakanan keatas pesakit, dan jenis-jenis ini membatalkan puasa, kerana ini masukmelalui rongga.

    * Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samada menjumpainyaawal atau akhir, dia wajib berbuka dan mengqadha'nya.

    * Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atauapa sahaja perbuatan kearah itu, dan jika dia bermimpi bersetubuh maka tidaklahmembatalkan puasa kerana ia bukanlah diatas kehendak mereka yang berpuasa.

    * Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku kepada yang berpuasa, diberikan gantiatas apa yang dikeluarkan.

    * Memasukkan sesuatu yang bukan makanan pokok melalui lubang atau rongga yang boleh

    sampai ke perut seperti gula, garam, mentega, dan lain lain.

    * Makan, minum dan bersetubuh dengan meyakini bahawa matahari sudah terbenam ataufajar belum terbit tetapi setelah itu ternyata sebaliknya, matahari belum terbenam ataufajar sudah terbit. Dalam keadaan seperti ini batallah puasa dan wajib baginyamengqadhanya di kemudian hari.

    Qadha' Puasa

  • 8/9/2019 Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

    4/11

    Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha' puasa dan tidak disukaimelewatkannya, tidak wajib berturut2 didalam Qadha'. Pada ulama' rahimahumullahbersetuju secara ijma' bahawa barangsiapa yang mati dan dia juga meninggalkan solatmaka tiada qadha' baginya. Begitulah dari golongan yang lemah ('ajuz) yang tidak berpuasasekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki memberi makan hari-hari yangditinggalkan kepada orang miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang berpuasa mati,

    maka wajib puasa keatasnya. Sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam :

    "Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih mempunyai puasa wajib, maka berpuasalahwalinya untuknya" [Hadith Muttafqa 'Alaih].Yang membatalkan puasa dan mewajibkan qadha(ganti) dan kaffarah(denda) ialah ;-

    Jima' atau bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan dengan sengaja, walaupun tanpamengeluarkan air mani, dan kewajiban ini berlaku bagi keduanya, lelaki dan wanita, sepertiyang terjadi kepada seorang badui yang datang kepada Nabi sallallaahu`alaihi wasallamdan menceritakan bahwa dia telah bersetubuh dengan isterinya, maka kemudian Nabisallallaahu`alaihi wasallam mewajibkan dia untuk membayar kaffarah, iaitu secara

    berurutan; memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu berpuasa dua bulan berturutturut, dan jika tidak mampu memberi makan 60 orang miskin. (HR. Jama'ah dari AbiHurairah. Lihat : Nailul Autor 4/214)

    Perkara-perkara yang dimakruhkan ketika berpuasa :

    1. Puasa wisol (dua hari bersambung tanpa berbuka).

    2. Melakukan hubungan mesra dengan isteri tanpa bersetubuh, seperti mencium,meraba, dan lain lain, kerana dikhuatirkan boleh mengeluarkan air mani yang bolehmembatalkan puasa, dan dikhuatiri jatuh dalam persetubuhan yang haram untuk dilakukan,yang mana dendanya amat berat iaitu berpuasa 2 bulan berturut-turut.

    3. Berlebih lebihan dalam melakukan hal yang mubah (harus) seperti mencium wangiwangian disiang hari bulan Ramadhan.

    4. Merasa makanan dilidah kerana dikhuatiri tertelan dan bercampur ludah yang kemudian tertelan.

    5. Berkumur dan istinsyaq (menghisap air dengan hidung) secara berlebihan keranadikhuatiri tertelan yang mengakibatkan puasanya menjadi batal.

    Sunat-sunat Puasa

    1- Berbuka Puasa : Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabisallallaahu`alaihi wasallam dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani, merekamelewatkannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi sallallaahu`alaihi wasallambersabda :

    "Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan selama dia mendahulukan berbuka puasa"[Hadith Muttafaq 'alaih].* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas radhiallahu `anhu, dia berkata :

  • 8/9/2019 Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

    5/11

    "Rasulullah sallallaahu`alaihi wasallam pernah berbuka sebelum bersolat' [Hadith hasanriwayat Abu Daud].

    * Apa yang sallallaahu`alaihi wasallam makan sewaktu berbuka?

    Dari Anas bin Malik radhiallahu`anhu, dia berkata :

    "Nabi sallallaahu`alaihi wasallam berbuka dengan Rutabaat (kurma matang) sebelum solat,

    dan jika tidak ada kurma matang maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurmabiasa, cukuplah dengan beberapa teguk air" [Hadith Sahih Abi Daud].

    * Apa yang baginda sallallaahu`alaihi wasallam ucapkan ketika berpuasa?Nabi sallallaahu`alaihi wasallam berkata :

    "bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan ditolak" [Hadith Sahih Ibn Majah].

    Nabi sallallaahu`alaihi wasallam sewaktu berbuka puasa berdo'a

    "Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendakALLAH" [Hadith Sahih Abi Daud] .[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkanbaginya azan maghrib masih berkumandang.

    2-SahurSabda Nabi sallallaahu`alaihi wasallam:

    "Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:" [HadithRiwayat Muslim]. Bersabda Nabi sallallaahu`alaihi wasallam didalam hadith yang lain :

    "Barakah ada didalam 3 perkara : Jaemaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabaranididalam al-Kabir].

    Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak wajar ditinggalkan kerana mematuhi Sunnah.Sahur memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkatisebagaimana Nabi sallallaahu`alaihi wasallam menyebut namanya : "Anda telah sampaikepada makanan yang diberkati" [Sunan Abu Daud]. Sabda Nabi sallallaahu`alaihi wasallamlagi :

    "Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salahseorang dari kamu minum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatasorang2 yang bersahur" [Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad]. Sabda Nabi sallallaahu`alaihiwasallam lagi :

    "Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih Riwayat Abi Daud].

  • 8/9/2019 Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

    6/11

    Dan telah menjadi petunjuk Nabi sallallaahu`alaihi wasallam agar melewatkan sahursebaik2 sebelum subuh/fajar.

    [Komentar : waktu Imsak yang diamalkan 10 minit sebelum masuk waktu fajar bukanlahdiamalkan oleh para salaf rahimahumullah. Ibnu Kathir rahimahullah meriwayatkan bahawakebanyakkan ulama Salaf rahimahumullah bertolanransi didalam bab makan sahur sehingga

    hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azanberkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan meludahkan air.Sabda Nabi sallallaahu`alaihi wasallam:

    "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan,janganlah piring itu diletakkan sehingga dia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-Hakim] .

    3. Mengurangkan makan dan minum sewaktu berbuka dan bersahur.Orang yang berpuasa tidak akan dapat faedah berpuasa apabila gelojoh sewaktu berbukadan sewaktu bersahur. Penyediaan makanan yang berlebihan dan lebih istimewa pada bulanpuasa berbanding bulan-bulan yang lain adalah hanya untuk menambah selera dan

    memenuhi hawa nafsu. Maka puasa tiada lagi berfungsi untuk mematahkan syahwat yangberlebihan.

    Dengan gaya pemakanan sedemikian akan lahir sifat malas. Bila tabiat makan terlalukenyang menjadi amalan, si pelahap makan ini akan sentiasa lemah lesu. Prosespenghadaman pula turut kelam kabut. Apabila keadaan ini terjadi, beberapa tabiat burukyang lain seperti suka tidur, malas bergerak dan seumpamanya, akan turut hinggap padadiri orang yang demikian.Tabiat ini terbentuk hasil daripada sikap yang suka makan banyakdengan gelojoh itu, akhirnya akan menyebabkan tubuh seseorang menjadi lemah. Seiringitu, aliran darah dalam tubuh akan menjadi lembap.Makanan yang dimakan secara gelojohbiasanya tidak sempat dikunyah dengan lumat. Ini mendatangkan kesan sampingan lainseperti menyukarkan proses penghadaman dan pernafasan.

    Dalam hubungan ini, huraian Imam Syafi`e rahimahullah mengenai sistem pemakananseperti nukilan Ar-Rabi` bin Sulaiman rahimahumallah boleh dijadikan bahan renunganyang baik. beliau menukilkan: Imam Syafi`e rahimahullah pernah berkata,aku tidakpernah makan kenyang sejak berusia 16 tahun kerana kekenyangan akan menambahkanberat badan, mengeraskan hati, menumpulkan otak, menyebabkan mengantuk dan malasberiadah.

    Jelas kepada kita sejak dahulu lagi, ulama rahimahumullah mengambil berat mengenai soalmakan dan pemakanan. Puncak daripada persoalan ini ialah Islam menganjurkan puasaRamadan bagi mengseimbangkan sistem penghadaman dalam tubuh badan manusia.Jikapersoalan ini diabaikan, kesan tabiat pemakanan buruk akan terus melanda diri umat Islam.Sekiranya makanan yang dimakan penuh lemak tepu atau kita selalu makan makanan

    bergula, lama-kelamaan ia akan mewujudkan tahap kolesterol tinggi dalam pembuluhdarah.Akhirnya, timbullah pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dandarah tinggi. Di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa punca utama pelbagai jenispenyakit kronik itu ialah makanan dan cara pemakanan yang diamalkan seseorang setiaphari. Inilah dilema masalah pemakanan tetapi kaedah penyelesaian terbaik yang unik sudahdilahirkan Islam sejak ribuan tahun lalu ketika ALLAH mewajibkan puasa.

    Hikmah puasa sudah terlalu banyak diperkatakan, namun semua itu tersimpul dalam ajaranyang ditinggalkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagaimana sabdanya: Perangilah

  • 8/9/2019 Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

    7/11

    nafsu dalam dirimu dari lapar dan dahaga kerana pahala yang demikian itu seperti pahalaberperang Sabilillah dan tiada amal yang lebih kasih kepada ALLAH, selain lapar dandahaga.

    3. Mengurangkan tidur terutama di siang hari.Kebanyakan antara kita mencari jalan untuk tidur agar tidak keletihan berpuasa. Ini boleh

    menghilangkan rahsia dan hikmah puasa yang sebenarnya.

    Perkara Yang Dibenarkan Didalam Berpuasa :1. Berubat Ketika Puasa ;* Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut ubat gas ventolin inhalerke dalam mulutnya sekadar perlu untuk mengelakkan kemudharatan yang bolehmengancam nyawa maka dibolehkan sebagai keringanan baginya dan tidak batal puasanya.Penggunaan dalam keadaan biasa boleh membatalkan puasa kerana cecair gas itu bolehterasa di kerongkong.

    * Tidak batal puasa orang yang menderma darah ketika berpuasa tetapi makruh, begitujuga berbekam.

    * Tidak batal puasa orang yang terpaksa mendapatkan suntikan daripada doctor bagi tujuanperubatan kerana dharurah.

    * Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidakmembatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung.Namun begitu batal puasa orang yang menjalani pemindahan darah atau memasukkancecair gelukos dan sebagainya ke dalam badan melalui suntikan pada urat kerana ainbenda itu akan masuk ke rongga perut dan mengalir ke seluruh tubuh badan sertamenyebabkan rasa kenyang.

    * Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa

    * Tidak batal puasa orang yang memakai contact lens (kanta lekap) pada matanya.

    * Tidak batal puasa orang yang menitiskan cecair ubat mata (drops) yang memasuki matakecuali jika diyakini cecair yang dititiskan itu terasa masuk sampai ke kerongkong danditelan, maka batal puasa. Tetapi jika diludahkan maka tidak membatalkan puasa.

    [Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korektelinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakanperkara2 yang membatalkan puasa.]

    2) Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah rahiallaahu`anha :

    "Telah masuk fajar dan Nabi sallallaahu`alaihi wasallam masih berjunub dengan isterinya,kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith Muttafaq a'alaih].

    3)Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :

  • 8/9/2019 Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

    8/11

    "Jika tidak menyusahkan umatku,nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kaliberwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih].

    Nabi sallallaahu`alaihi wasallam tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, danini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu'dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum tergelincir atau selepasnya.

    3 ) Berkumur dan memasukkan air melalui hidung : Nabi sallallaahu `alaihi wasallamberkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akantetapi dia tidak melakukan nya secara melampau-lampau. Sabda Nabi sallallaahu `alaihiwasallam:

    "Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan dia sedang berpuasa"[hadith Shahih Abu Daud]5) Orang berpuasa bercumbu dan bercium: Dari 'Aisyah radhiallaahu`anha,beliau berkata :

    "Rasulullah sallallaahu`alaihi wasallam pernah mencium dan dia sedang berpuasa, diapernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi Baginda sallallaahu`alaihi wasallam lahorang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih].

    Baginda sallallaahu`alaihi wasallam tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecualiyang tua. Baginda sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih RiwayatAhmad].

    6) Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halqum, dan begitu juga denganpenggunaan ubat gigi. Dari Abbas radhiallaahu`anhu.dia berkata :

    '

    Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dandia masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[

    Hukum-hukum Dan Kemusykilan Berkaitan Puasa1. Berpuasa Tetapi Meninggalkan Solat :Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun pentingdidalam rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermunafaat apa2 selama-manadia meninggalkan solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantungkepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir tidak diterima

    amalannya sebagaimana hadith Nabi sallallaahu`alaihi wasallam:

    "Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat,barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith Sahih Riwayat ImamAhmad] .

    2. Terlupa niat puasa. Apakah sah puasa? -Berikut adalah jawapan almarhum Sheikh `Atiyah Saqr, bekas pengerusi jawatankuasauniversiti Al Azhar:

  • 8/9/2019 Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

    9/11

    Niat didalam puasa, tidak boleh lari darinya, dan tidak sah tanpanya, Ramai ulama'rahimahumullah yang mengisyaratkan niat pada setiap hari, dan ada yg berpuas hatidengan menyatakan niat malam permulaan ramadhan untuk keseluruhan bulan, waktunyaialah bila terbenamnya matahari sehingga terbit fajar, jika seseorang itu berniat didalammana-mana jam didalam waktu malam maka itu mencukupi, dan tidak memudharatkan jika

    dia makan atau minum selepas niat kerana semua nya berlaku sebelum fajar, RiwayatAhmad, Abu daud, An-Nassai, Ibnu Majah dan Tirmizi bahawa Nabi sallallaahu`alaihiwasallam bersabda :

    "Sesiapa yang tidak berniat berpuasa sebelum fajar, maka tiada puasa untuknya".Tidak ada syarat melafazkan niat dengannya, sesungguhnya tempatnya di hati (qalb), Jikadia berazam dengan hatinya maka cukuplah puasa atasnya itu, walaupun dia berniat puasasemasa sahur, atau dia minum sehingga ia tidak merasa dengan bersin disiang hari, niatnyasudah mencukupi, Jika dia tidak melakukan perkara tersebut semasa malam hari makatidak sah puasanya, keatasnya qada' puasa. Ini dalam puasa Ramadhan. Bagi puasa sunatpula, sah niat pada siang hari, sebelum zawal (tergelincir) matahari.

    3. Bila waktu sahur & berbuka?Jelas almarhum lagi :Maka waktu imsak (menahan diri) apabila bermulanya azan solat fajar dengan takbir, danberbuka apabila terbenamnya matahari menandakan masuk waktu Magrib. Makaberpuasalah dari makan dan minum, hatta jika dia mendengar muazzin melaungkan takbirdan didalam mulutnya mengandungi makanan dan minuman maka wajib ia membuangnyadan tidak dibenar menelannya, maka sahlah puasanya. Akan tetapi adalah lebih afdal iamenghabiskan makanannya sebelum azan dengan waktu yang mencukupi, maka diamenahan diri sehingga mencapai malam dan dia yakin bahawa matahari terbenam denganmendengar azan Magrib, atau sehingga mendengar pengumuman masuknya waktusolat,atau melihat matahari terbenam sepenuhnya jika dia tidak mendengar azan.Jika diamenunggu sehingga azan habis maka puasanya sah.

    Almarhum Sheikh Atiyah Saqr, bekas Lujnah fatwa Al-Azhar berfatwa bahawa : Apabilamengetahui bahawa muazzin tidak melaungkan azan setelah dia mengetahui datangnyafajar, maka mereka yang sedang makan dan minum dan muazzin membenarkan fajar,maka batallah puasanya, dan bagi sesiapa berbuka pada akhir harinya dengan mendengarazan Magrib maka puasanya sah, kerana azan menandakan berakhirnya siang danmasuknya malam. Dan adalah lebih afdal jika dia menunggu sehingga benar-benar masukmalam, dan bermula imsak sebelum azan fajar! Sehingga terbitnya siang dengan azan, dandipastikan malam berakhir! dan sesiapa yang khuatir dengan kehadiran fajar, dan inginberbuka sehingga akhirnya azan solat, dan mereka berbuka berdasarkan pengiraan waktuini. Itulah yang melebihi yang disepakati. Yang sahnya adalah pada waktu tempatan yangdipersetujui.

    4. Kesilapan didalam waktu berbuka dan sahur Berikut adalah pendapat Sheikh Dr. YusufQardhawi[7]

    Amat mashyur dari mazhab-mazhab bagi barangsiapa merasakan ia bersahur pada malamhari, kemudian mengetahui bahawa sahurnya atau sebahagian darinya diambil setelah fajaratau berbuka apabila merasakan matahari telah terbenam kemudian mengetahui bahawa iamasih belum terbenam. Maka ini adalah puasanya, maka ia menjadi batal, keatasnyamenahan diri dari baki hari seterusnya, tiada dosa keatasnya, kerana tidak sengaja.Keatasnya qada'.

  • 8/9/2019 Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

    10/11

    Tetapi menurut Aba Mohammad bin Hazam, beliau melihat puasa itu sah segi dua keadaan,

    kerana dia tidak ingin membatalkan puasanya, dimana pada perasaannya berpuasa, pada masa yg

    sama di terlupa, kedua-duanya berkeyakinan melainkan ia berpuasa, tiada bezanya, berfirman

    ALLAH :

    Dan bukanlah keatas kamu dosa jika kamu keatas apa yang kamu lupa dan tetapi apa yanghati kamu inginkan) dan bersabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam :-"ALLAH mengatasikesalahan dan kelupaan umatnya dan apa yg mereka benci keatasnya".

    Dan katanya : Ini adalah perkataan jumhur ulama' salaf rahimahumullah, dan merawikandengan sanadnya :Sesungguhnya mereka berbuka pada zaman Umar ibn Al-Khattabradhiallaahu`anhu, beliau keluar dengan cawan dari rumah Hafsah radhiallaahu`anha,kemudian beliau minum hingga matahari keluar dari awan,maka syak (kesusahan)dikalangan manusia mereka berkata :"Kita menqada' hari ini", kemudian Umar radhiallahu`anhu bertanya :"Kenapa? Demi ALLAH telah melepaskan kami dari dosa!! Dari Mujahid

    rahimahullah, katanya :"Barangsiapa yg makan setelah terbit fajar dan pada keyakinannyaia belum terbit lagi, maka bukanlah keatasnya qadha'. Sesungguhnya ALLAH berfirman :"Sehingga jelas kepada kamu garisan putih dan garisan hitam dari fajar". Misalnya riwayatdari Hakim bin Utaibah, Hasan Al-basri, Jabir bin Zaid, `Ataa bin Rabi`ah, Urwah bin Zubairdan Daud bin Al-Zahiri rahimahumullah.

    Dalil Ibnu Hazam rahimahullah kuat dan jelas, dan maka adalah lebih kuat dan lebih sahihbagi sesiapa yang makan pada malam hari selepas fajar, kerana Al-Quran membenarkanmakan dan minum sehingga fajar jelas kelihatan, dan sesiapa yang sahur dan percaya iamasih malam dan tidak jelas padanya telah masuk fajar. Untuk itu kami melihatpenyelidikan keatas puasa dan keupayaan yang terbatas, khususnya pengetahui mengenaiterbenam matahari dan masuknya malam, maka jika kita pastikan ketiadaannya danberbuka, kemudian jelas ia masih percaya sebenar-benarnya melainkan dijelaskan

    kepadanya pada masa itu, berkata ALLAH :(Bertaqwalah kepada ALLAH dengankemampuan kamu) dan Umar radhiallahu`anhu berkata :Demi ALLAH yg telah melepaskankami dari dosa, persamaan ini ialah apabila kita mengadap kepada qiblat kemudianmengetahui yg ia solat mengadap arah yg lain maka solatnya sah dan di terima. (makamana-mana kamu nmengadapkan muka kamu maka disitulah wajah ALLAH).

    Beberapa bidah pada Bulan Ramadhan.

    Diantara bid`ah tersebut ialah :

    Pertama : Bidah Sahur dan Adzan.

    1. Makan sahur awal

    2. Imsak (menahan diri) dari makan dan minum ketika adzan pertama, yang mereka namakanadzan imsak.

    3. Mandahulukan adzan dari waktu fajar shodiq, dengan alasan untuk berhati-hati.

  • 8/9/2019 Hukum -Hukum Berkaitan Puasa

    11/11

    4. Melafadhkan niat ketika sahur seperti ( )Kedua : Bidah-bidah ketika Berbuka dan selainnya.

    1. Mengakhirkan berbuka dengan klaim alasan untuk menepatkan waktu.

    2. Wanita yang dalam keadaan haidh tidak makan dan minum sepanjang siang hari di bulanRamadhan, dan (ketika) mendekati terbenamnya matahari barulah mereka makan sesuap atauseteguk air.3. Menahan diri untuk tidak bersiwak sesudah tergelincir matahari.4. Sengaja bermusafir dalam bulan Ramadhan untuk mengelak berpuasa berpuasa.

    Ketiga : Bidah-bidah solat tarawih pada bulan Ramadhan.

    1. Mempercepatkan solat tarawih seperti ayam mematuk beras, bahkan ada imam yangmelakukan solat tarawih 23 rakaat, dalam waktu kurang dari 20 minit.2. Membatasi membaca surah tertentu dalam solat tarawih. Sebahagian imam membaca suratal-Fajr atau surat al-Alaa atau seperempat surat ar-Rahman. Diantara keanehan-keanehan

    lainnya, ada sebahagian tariqat sufi mengajar pengikut-pengikut mereka untuk membacadalam solat tarawih surat al Buruj, dimana imam membaca pada setiap rakaat hanya satu ayatdari surah tersebut.

    Keempat : Bidah solat tasbih dalam bulan Ramadhan.

    1. Mengkhususkan solat tasbih di bulan Ramadhan.2. Melakukannya secara berjamaah3. Mengkhususkan solat tasbih pada malam lailatul qadr.4. Dan selainnya yang tidak pernah dituntunkan oleh Nabi yang mulia sallallaahu`alaihiwasallam.

    Kelima : Solat-solat bidah yang dilakukan pada bulan Ramadhan :

    1. Solat pada malam lailatul qadr yang dinamakan Solat Lailatul Qadar.2. Solat jumat Yatimah, iaitu solat jumat pada jumat terakhir dari bulan Ramadhan, danseluruh penduduk negeri melaksanakan solat jumat itu pada masjid yang khusus. (Misalnya)penduduk Mesir solat di Masjid `Amr bin As dan penduduk Palestina solat di Masjid Ibrahimi atauMasjidil Aqsa.3. (Melaksanakan) Solat wajib 5 waktu sehabis selesai solat jumat yatimah, dengan sangkaanbahwasanya solat-solat itu menghapus dosa-dosa, atau menghapus solat yang ditinggalkan.