hak cipta

2

Click here to load reader

description

hak cipta

Transcript of hak cipta

Page 1: hak cipta

Tajuk: Hak Cipta.

1. Huraikan kefahaman anda mengenai konsep “Hak Cipta”.Hak cipta merupakan hak ekslusif yang diberi oleh undang- undang kepada pencipta/ penerima haknya untuk kawal pengeluaran semula atau pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu tempoh.

2. Berikan 3 faktor yang perlu wujud sebelum sesuatu item itu boleh dipertimbangkan untuk pemberiaan Hak Cipta.i) Ciptaan asalii) Produk dalam bentuk media yang boleh dilihat, dibaca, atau didengar sama

ada secara langsung atau tidak.iii) Elemen kreativiti

3. Huraikan keistimewaan yang dipunyai oleh pemilik sesuatu Hak-Cipta.Keistimewaan yang dipunyai oleh pemilik sesuatu hak cipta ialah orang lain tidak boleh menyalin hasil kerjanya. Hasil kerja yang dihasilkan itu hanyalah digunakan oleh penulis itu sendiri. Seseorang harus mendapatkan kebenaran pemiliknya terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

4. Huraikan konsep hak cipta “Public Domain”Public Domain merupakan situasi di mana sesuatu yang tanpa hak cipta. Ada dua alasan yang meliputi Public Domain. Jika pemilik itu sendiri tidak mahu barangannya mempunyai hak cipta. Alasan kedua ialah barangan tersebut melebihi batas- batas ataupun peraturan – peraturan yang telah ditentukan. Hal ini akan menyukarkan barangan tersebut tidak mendapat hak cipta dan boleh digunakan oleh semua tanpa was- was.

5. Huraikan penggunaan barangan yang mempunyai Hak Cipta dengan menggunakan konsep “Fair Use”Penggunaan barangan yang mempunyai hak cipta dengan menggunakan konsep ‘fair use’ ini ialah ia lebih digunakan untuk tujuan pendidikan oleh guru- guru dan juga murid- murid. Penggunaan barangan tersebut juga tidak mendatangkan apa- apa kesan buruk kepada penggunanya.

6. Apakan situasi yang membolehkan sesuatu barangan yang dilindungi di bawah akta Hak Cipta.Sesuatu barangan boleh dilindungi di bawah akta Hal Cipta ialah ia mempunyai kawalan ketulenan kerja. Ia bermaksud hasil kerja tersebut merupakan hasil kerja yang dihasilkan dengan sendiri tanpa apa- apa rujukan yang tidak sah. Barangan tersebut juga harus mengawal maklumat penting daripada tidak ketahui umum dan dirahsiakan oleh pemiliknya. Pengawalan perkataan, nama, simbol juga harus diutamakan dalam barangan yang dilindungi di bawah akta Hak Cipta.

7. Nyatakan ciri-ciri penggunaan dalam Fair Use”- Penggunaan minimum- Tidak menjejaskan hak pemilik dan kesan komersial produk- Tujuan pendidikan

Page 2: hak cipta

8. Tonton Video yang disediakan dan berikan ulasan jawapan anda mengenai kes-kes yang dipertontonkan:

9. Kes Pertama: Alasan Penggunaan:Dalam situasi ini pensyarah menayangkan sebuah filem kepada pelajarnya

Saya menganggap perbuatan ini sebagai perbuatan yang melanggar hak cipta kerana beliau tidak mendapatkan kebenaran dari pihak – pihak tertentu untuk menayangkan filem tersebut kepada orang ramai. Mungkin filem ini diambil dengan bajet yang tinggi, dan pensyarah ini pula hanya menayangkannya di kelas dan ia tidak mendatangkan apa- apa keuntungan kepada pihak pengeluar filem tersebut. Pengeluar dilem tersebut boleh mendenda pensyarah tersebut atas perbuatannya.

10. Kes Kedua Alasan PenggunaanDalam situasi ini seorang pelajar sedang memuat turun lagu- lagu daripada laman yang tidak sah.

Saya menganggap perbuatan ini sebagai perbuatan yang melanggar hak cipta kerana, semasa mencari lagu tersebut pun pelajar tersebut menaip ‘ lagu yang haram’. Dia perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak- pihak tertentu untuk memuat turun lagu tersebut. Dia juga menggunakan komputer di perpustakaan untuk memuat turun lagu tersebut. Kemudahan di perpustakaan hanya perlu digunakan untuk tujuan pembelajaran dan bukannya melakukan perbuatan sebegini.

11. Kes Kedua Alasan PenggunaanDalam situasi ini, orang tersebut menggunakan buku hak cipta orang lain untuk dimasukkan ke dalam lamannya yang sendiri.

Sebelum dia melakukan perbuatan tersebut, dia harus meminta kebenaran daripada pihak pengeluar buku tersebut. Dia perlu mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu untuk menggunakan sebarang penulisannya. Orang tersebut boleh dikenakan denda oleh penulis buku tersebut atas tindakannya yang menentang hak cipta seseorang.