Gerhana manusia

23

Transcript of Gerhana manusia

Page 1: Gerhana manusia
Page 2: Gerhana manusia

SINOPSISCerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad ICU sebuah hospital. Ketika itu, di wad ICU terlantar Tuan Besar Musa yang sedang mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru akibat gaya hidupnya yang tidak sihat. Tuan Besar Musa memerlukan pek darah yang banyak untuk meneruskan hidup. Nusia seorang jururawat yang bertugas membantu Dr Juaidi dan Dr Murni di Wad ICU yang menempatkan Tuan Besar Musa . Dr Juaidi dan Dr Murni bertanggungjawab merawat semua pesakit di wad tersebut.

Page 3: Gerhana manusia

SINOPSIS

Ketika itu, terdapat beberapa orang pesakit lain yang memerlukan darah untuk membantu merawat mereka. Antaranya ialah Solehah yang tenat akibat keguguran dan Al-Hafiz pula terlibat dalam kemalangan yang teruk. Pada wad yang sama terdapat seorang bayi yang dibuang di tepi jalan dan telah cedera digigit oleh anjing liar. Selain itu, terdapat seorang gadis yang menjadi mangsa sumbang mahram oleh ayahnya dan seorang mahasiswa yang mengidap leukimia.

Page 4: Gerhana manusia

SINOPSIS Nusia telah dipertanggungjawab untuk membantu Dr Murni merawat semua pesakit di wad ICU dan dipantau oleh Dr Juaidi. Dr Juaidi lebih memberi perhatian kepada Tuan Besar Musa kerana Tuan Besar Musa merupakan seorang ahli korporat yang ternama. Tuan Besar Musa banyak memberi sumbangan kepada kelab elit hospital berkenaan.Selain itu, Tuan Besar Musa juga telah menderma beratus ribu ringgit untuk majlis makan malam hospital tersebut. Nusia tidak berpuas hati apabila Dr Juaidi tidak mempedulikan pesakit lain disebabkan taraf sosial berbeza.

Page 5: Gerhana manusia

SINOPSIS

Nusia tidak berpuas hati dengan arahan Dr Juaidi yang menyuruhnya membawa lima pek darah untuk merawat Tuan Besar Musa sedangkan darah-darah tersebut sangat diperlukan oleh pesakit lain. Tuan Besar Musa memang tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak berpuas hati terhadap tindakan Dr Juaidi lalu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Dr Murni.

Page 6: Gerhana manusia

SINOPSIS Dr Murni tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Dr Juaidi lebih berkuasa di wad tersebut. Namun demikian, akhirnya Tuan Besar Musa telah meninggal dunia dan Dr Murni telah dipersalahkan kerana tidak memberi bantuan darah kepada Tuan Besar Musa . Dr Murni sedar bahawa setiap insan wajib ditolong tidak kira pangkat dan darjat. Nusia dan Dr Murni sendiri akhirnya yang menderma darah mereka untuk membantu 4 orang pesakit di wad tersebut yang masih memerlukan darah.

Page 7: Gerhana manusia

TEMATema Gerhana Manusia menjurus kepada konflik terhadap etika kerja. Konflik antara memenuhi etika seorang jururawat dan tuntutan dari pihak atasan dalam membantu pesakit yang lebih berpengaruh.

Contoh:Doktor Juaidi menyuruh Nusia memberi bantuan darah kepada Tuan Besar Musa kerana Tuan Besar Musa banyak memberi sumbangan kewangan kepada hospital sedangkan pada masa yang sama masih ramai lagi pesakit lain yang sangat memerlukan darah tersebut.

Page 8: Gerhana manusia

PERSOALANPersoalan tanggungjawab seorang doktor

terhadap pesakit.Contoh: Dr Juaidi dan Dr Murni bertanggungjawab merawat pesakit di hospital.

Persoalan perbezaan golongan berpangkat dengan masyarakat.Contoh : Tuan Besar Musa diberi layanan istimewa berbanding pesakit lain kerana dia seorang korporat ternama dan juga menjadi penyumbang kepada kelab elit hospital.

Page 9: Gerhana manusia

PERSOALAN Persoalan kepentingan menderma darah dalam

masyarakat.Contoh : Tuan Besar Musa, Solehah, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu amat memerlukan bekalan darah untuk merawat mereka.

Persoalan peranan wad ICU kepada pesakit kritikal.Contoh : Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu dimasukkan ke wad ICU kerana memerlukan rawatan yang rapi.

Persoalan pengambilan alkohol memudaratkan kesihatan.Contoh: Tuan Besar Musa telah dijangkiti dengan virus pada paru-paru akibat pengambilan alkohol.

Page 10: Gerhana manusia

Watak Utama: Nusia

• Seorang jururawat di wad Unit Rawatan Rapi.

Page 11: Gerhana manusia
Page 12: Gerhana manusia

Watak Sampingan: Doktor Murni

• Bertugas di wad Unit Rawatan Rapi.

Page 13: Gerhana manusia
Page 14: Gerhana manusia

• Merupakan pegawai perubatan senior di sebuah hospital.

• Berumur, mata bulat dan berkening lebat.

• Merupaka ketua jabatan kepada doktor murni dan jururawat, Nusia.

Page 15: Gerhana manusia
Page 16: Gerhana manusia

Tuan Besar Musa• Seorang ahli korporat dan teknokrat yang

memiliki gedung perniagaan yang besar.• Seorang dermawan• Suami kepada wanita jelita yang tidak setia.• Ada anak yang menjadi penagih dadah

berjenis heroin.• Mempunyai perut yang BUNCIT!!!!!

Page 17: Gerhana manusia
Page 18: Gerhana manusia

NILAI1. Bertanggung jawab.

Contohnya, Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pangkat.

2. Keprihatinan. Contohnya, Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah.

Page 19: Gerhana manusia

NILAI3. Baik hati.

Contohnya, Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi.

4. Keberanian. Contohnya, Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain.

Page 20: Gerhana manusia

PENGAJARAN1. Kita perlulah bertanggung jawab dalam

melaksanakan tugas. Contohnya, Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat.

2. Kita haruslah prihatin terhadap nasib orang yang dalam kesusahan. Contohnya, Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah.

Page 21: Gerhana manusia

PENGAJARAN3. Kita mestilah berbuat baik terhadap orang yang

memerlukan bantuan. Contohnya, Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi.

4. Kita perlulah berani membuat keputusan.Contohnya, Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain.

Page 22: Gerhana manusia

SUMBERhttp://bmlabukau.blogspot.my/2016/06/dramatingkatan-5-gerhana-manusia.html

https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:jihMZOXyqW0J:https://lamanbahasa.files.wordpress.com/2010/03/cerpen-gerhana-manusia.docx+&cd=2&hl=en&ct=clnk

http://www.slideshare.net/thynissha/gerhana-manusia-watak-dan-perwatakan

Page 23: Gerhana manusia